Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 22 November 2014

How To Be A good Writer (cerpen & novel )


Hi, assalamualaikum semuorang. mahupun y sedang bekerja ataupun y sedang goyangg kaki duduk kt rumah tu. selamat pagi. memandangkan dh TERbangun pagi & bukan senang nak muka pemalas ni nak bangun awal. so terpanggil untuk hapdate blog kejap. tajuk nak gempak jekan, poyonya puih.

Okay okay..
Sesapa dekat sini minat menulis or memang suka menulis or memang takde kerja and teringin nak share korang punya karya untuk tatapan umum? manalah tahu korang memg ada bakat y tersimpan di lubuk jiwa tapi tak digilap. kebolehan y kita ada kenkadang kita sendiri taktahu tau. that's why in ur life kauorang kena ada falsafah "Try & Error" & "Bolos saja dinding itu."
kau faham tak apa y dibebelkan oleh perempuan ini? tak fahamkan? cakap bersepah..
okay camni.
Kau memang perlu berani untuk cuba something new dalam life kau. macam bidang penulisan, aku takpernah terfikira langsung pun nak hasilkan karya untuk tatapan segenap lapisan masyarakat. eh.. ayat nak win saje. menyampah!
Okay, firstly.




Apaa?

Sabarlah..

1) First of all mesti ada confident dalam diri. macam apa y aku buat skrang ni. main bedal je nak tulis apa even cm rasa point tu melalut. mcm kau fikir. eh? ada ke orang nak baca apa aku tulis ni? dah takpayah nak fikir  jauh ngat. kalau minat ada teruskan. kalau usaha ada go on. ayat cm sama je maksud? sama maksud tapi lain bunyi dia. cuba kau pronounce ha. kan lain. okay then, sebelum kau nak write pape story kau mesti ada plan. plan rumah ka? haah bolehlah kalau nak jadi arkitek. ok. serius! plan tu maksud dia cmni kau kena rangka cerita apa kau nak buat. genre apa. karakter dia mcm mana. pada peringkat awal. *ayat formal* better buat cerpen dululah. sebab apa? sebab cerpen tu cerita pendek kan. org senang nak baca sebab pendek. tapi pastikan ringkas dan padat. tolong jangan tulis mcm budak sekolah sebab readers skrang kalau kau peratikan dorang kritik kaw kaw beb. tu psal hati mahu sado ma masuk dunia penulisan ni. dh ckup tough?


2) Then, kau kena faham and kau kena letak diri kau as pembaca. kau sebagai pembaca for sure kau nak jalan cerita y superb and mampu buat kau stick dari awal penulisan smpi hbs kan? so when you dah finished your story tu. kau try anggap y kau sdang membaca karya org lain dan letak diri kau sbgai pembaca. komen and rate kau punya karya tu. puas hati tak as reader? kalau tak puashati, apalagi, kasi edit lah dey!


aiyooooo.


ada lg tak?



eh adoooo.

apo kono eh jang!



nahhh..

3) Haaa yang ni penting beb. kau kena faham rentak and cara cara nak menulis. jangan guna bahasa y membelitkan kpala otak pembaca, kau hanya akan membosankan mereka sahaja. kita berkarya nak bgi org terhibur and kutip skit segala pengajaran dripada cerita tu. bukan nak berseliratkan dorang dengan bahasa y taksesuai. so aku peratikan readers skrang nak bahasa yang digunakan tu takterlalu berat, y santai tapi padat. y ada gelak tapi terselit nilai murni, y nampak macam cakap kosong tapi ada something y interesting. demand kan? haaa tahupun! dah tu sape suruh hg menulis. k tak. memanglah, kita perlu berikan y terbaik. dh namanya penulis. 


4)Okay, hati sado tak? betul nak menulis? so korang kenalah dan wajiblah tabah hadam segala kritikan daripada pembaca, jgn pndg dari sudut negatif jee. biasa ehh asyik nak fikir negatif je. haa kau kena amek semua kritkan tu as pembakar semangat kau untuk terus menggapai kejayaan. jatuh bangun dalam dunia penulisan ni memg asam garam y perlu ditelan oleh semua penulis. kadang kau rasa mcm nak give up yeah aku selalu je rasa cmtu, tapi kalau kau giveup apa kau dapat? nothing, hanya kekecewaan bertamu dihati. dah startkan? so nak taknak you must go on. apa-2 bidang ada risiko and turun naiknya. macam sahamlahh. hidup kena berani bro, sis. hidup jangan mendap, fikiran biar padat walaupun otak serupa orang gila



Lastly.
ehh
dah last?
dahlaaa. habistu kalau bebel pepanjang igt ore nok baco? hoh mung!


5)Belajar dripada writer lain y dh berjaya membuktikan bakat mereka kepada umum. contohnya cmne? jadikan penulisan writer lain sebagai rujukan and contoh sahaja. bukan MENIRU gaya bahasa and idea dorangg, itu copy paste namanya, salah hang tahu dok. takmboh lagu tu, okay. back to the topic.
kau just jadikan y karya2 hebat dorang ni sebagai panduan untuk kau menulis. banyakkan membaca. bila kau nak tulis psal sesuatu tu kau takleh taram main letak je wehhh, nanti teruk hang kena hentam dengan pembca, nak menulis mesti ada ilmu, rajin rajinkanlah dirimu membuat kajian and research, tanya orang bijak pandai. or gunakan khidmat encik google terhormat. kau kena rajin , kalau malas. kau takan berjaya, bukan dalam bidang ni sahaja, semua bidang,

okaylah, as penulis y newbie mcm aku nii taklayak sangat pun senanya nak bagi tips. menyampah yedok? nak kata kejap sangat cebur bidang ni takdalah tapi still newbie. camtuke eja? entahlah, aku hentam ja. kau kena faham confident level tinggi itu pnting, dulikan orang nak ketawa ke apa, lelama nanti kau akan improve urself juga. okay. selamat menulis lah kalau cmtu. have fun everybody! till we meet again (: cehh mcmlah ada y nak keep in touch dgan aku, perasan kan menyampahkan kan kan,

E-novel : Mr. Perfect Annoying Bab11

Terik mentari terus memancar menyebabkan tekaknya terasa begitu haus. Dengan langkah laju dia mendekati gerai Abc berhampiran dengan pejabatnya untuk membasahkan tekak. Fathrisya tidak bercadang untuk makan tengah hari, seleranya patah mengenangkan gajinya untuk bulan ini sudah dipotong dek kerana sikap gila bossnya itu. “Larilah bajet aku nak belikan babah motor baru.” Desis hatinya yang berhajat untuk membelikan sebiji motor untuk babahnya di kampung. Motor cabuk babah nya yang telah lama berkhidmat dengan mereka sekeluarga sudah nazak. Minggu lepas babahnya baru telefon mengatakan motornya masuk bengkel lagi. Fathrisya melepaskan keluhan berat. Abc yang baru sampai dimejanya disedut perlahan. Memang sedap dinikmati tambahan pula waktu panas begini. Dia selalu menghabiskan masanya di sini. Boleh dikatakan regular customer di gerai itu. Peniaga gerai itu juga mesra dengannya.
“Minum sorang je ke?” Tegur satu suara dari arah belakang menyebabkan gadis itu tersedak.
Sorry sorry. Saya tak sengaja.” Ujar lelaki itu serba salah lalu dihulur tishu buat gadis itu. Fathrisya mendongak lalu dicapai tishu itu dari tangan lelaki yang menegurnya tadi.
Thanks.” Ucap Fathrisya pendek.
“Boleh saya join awak tak?” Soal lelaki itu sambil membuat memek muka meminta simpati. Tergelak gadis itu dibuatnya.
“Duduk lah. Saya bukan tokey kedai ni yang awak nak minta izin bagai.” Balas Fathrisya sambil tersenyum nipis. Dia menelek wajah lelaki yang sudah mengambil tempat duduk menghadapnya. “Dia ni siapa ya, apa kaitan dia dengan Encik Zefrieq? Hm, comel nya. Muka macam baby.”
“Ada apa apa yang pelik dengan muka saya ni ke? Saya rasa semuanya terletak betul di tempatnya. Hidung saya dekat sini. Mata saya pun dekat sini.” Ujar lelaki itu sambil tangannya meraba raba wajahnya. Tergelak Fathrisya melihat gelagat lelaki itu.
“Awak ni lucu lah. Muka awak comel.” Puji Fathrisya ikhlas. Dia menyedut minumannya semula.
Well. Tahu dah. Saya ni adik kembar Izzue Islam. Sebab tu lah comel semacam je.” Balas lelaki itu selamba. Dia juga turut memesan Abc dan sepinggan keropok lekor. Disua pinggan keropok lekor itu kepada gadis itu. Tanpa segan silu, mereka berkongsi menikmati keropok  lekor bersama.
“Eeei. Kuat perasan betul awak ni!” Balas Fathrisya sambil mencebik.
“Saya gurau je lah. Awak, tak nak kenal kan diri dekat saya ke?”
“Nama saya Ainur Fathrisya Mohd Hadi. Encik boleh panggil saya Risya. Ringkas, pendek dan comel. Mesti Encik rasa, sesuai betul nama saya dengan diri saya yang comel dan anggun ni kan?” Balas Fathrisya sambil tersengih sengih, entah mengapa. Dia mulai selesa dengan lelaki itu meskipun mereka baru sahaja kenal. Dia merasakan seperti sudah mengenali lelaki itu dalam jangka masa yang lama.
“Comel. Sangat. Macam doraemon.” Balas Farel sambil mengunyah keropok lekor.
Doraemon comel apa. Gemuk dan buncit!” Balas gadis itu riang. Farel sudah menghamburkan tawanya.
“Awak tak nak tahu siapa saya ke?” Soal Farel setelah tawanya reda. Dia memandang sekilas wajah ayu gadis itu. “Macam kena dengan taste aku je, bertudung. Sopan, comel pun comel.”
“Tak nak pun.” Balas Fathrisya ringkas.
“Okay lah. Saya balik..” Belum sempat Farel menghabiskan ayatnya, Ainur Fathrisya sudah menayang penumbok di hadapan lelaki itu.
“Berani Encik balik sebelum Encik kenalkan diri Encik. Dah lah tiba tiba sergah saya dari belakang, tak malu duduk makan dengan saya sekali. Lepas tu nak pergi macam tu je.” Balas Fathrisya lalu diacah buku lima itu ke muka lelaki itu.
“Huish. Garang nya awak ni. Macam singa lahap.” Kutuk Farel sambil tersengih, geli hatinya melihat reaksi spontan gadis itu. Hatinya mudah terhibur dengan tingkah laku gadis itu.
“Singa lahap tu Encik Zefrieq. Saya ni cool je orangnya. Kena hina pun still boleh sabar lagi. Wat lek sudah.” Balas Fathrisya sambil tersenyum kelat. Dia masih lagi terasa dengan kata kata angkuh yang dihamburkan oleh Zefrieq Ezzraf sebentar tadi.
Okay, let me introduce my self. Nama saya Farel Aimar. Oh, saya lupa pula saya dah kenalkan diri masa dalam pejabat Zef tadi. Saya sepupu Zefrieq. Saya ditukarkan bertugas disini untuk membantu Zefrieq menguruskan syarikat ni. Sebelum ni saya kerja dengan anak syarikat keluarga Zef.” Terang Farel panjang lebar. Fathrisya hanya mengangguk mendengar cerita Farel itu.
“Oh, lepas ni selalu lah kita jumpa dekat office ni ya. Selamat bekerja Encik Farel. Saya personal assistant si singa lahap tu.” Balas Fathrisya sambil mengelap mulutnya dengan tishu. Dia sudah selesai menikmati semangkuk Abc. Farel masih lagi meneruskan suapan.
“Awak terasa dengan kata kata Zef tadi?” Soal Farel penuh berhati hati. Bimbang jika pertanyaannya akan melukakan lagi hati gadis itu. Padanya, kata kata Zefrieq dan tindakannya itu memang melampau. Dia juga turut geram dengan perangai angkuh sepupunya itu.
“Kata kata pedas menusuk tangkai hati dia tu dah jadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya diterima bekerja dengan dia. Saya okay lah, Encik. Saya ni nampak je kecil orangnya, tapi hati saya macam The Rock tau.” Kata kata guraun Fathrisya disambut gelak oleh Farel, hatinya terusik dengan sikap selamba dan ceria gadis itu.
“Awak sabar je lah banyak banyak dengan si singa tu. Jangan ambil hati dengan kata kata  dia. Anggap saja dia tak wujud dalam hidup awak. Saya pun tak boleh nak buat apa, hanya mampu nasihat.” Pujuk Farel lembut.
“Encik ni sporting lah. Tak macam si singa lahap tu, mulut tu asyik nak memaki orang je. Encik dah ada girlfriend?” Soalan tidak diduga yang keluar dari mulut comel gadis itu membuatkan Farel tersentak.
“Er.. Kenapa tanya?” Soal Farel gugup.
“Encik mesti ingat saya nak ngorat Encik kan! Hihi, orang comel macam Encik ni tak kan lah tak ada girlfriend. Encik ni dah lah ada rupa, baik hati pula tu.” Puji Fathrisya ikhlas.
“Amboi. Puji puji saya lebih lebih ni nak suruh saya pujuk Zefrieq naikkan gaji awak ke?” Soal Farel bergurau.
“Hmm bukan gaji saya bertambah tambah, takut takut nanti bulan depan tengok tengok gaji saya makin berkurang. Dia tu bukan betul sangat.” Farel hanya tersenyum mendengar keluhan gadis itu, dia turut bersimpati.
“Dah, awak jangan fikir kan pasal tu lagi. Saya dah cuba nasihat kan sepupu saya tu. Tapi dia bukan nak dengar cakap. Jom, masuk office, lunch hour dah nak habis ni.” Ainur Fathrisya hanya menurut. Mereka berjalan beriringan menuju kembali ke pejabat mereka.

*****
“ Dah puas dating? Dah puas mengadu nasib dekat mamat ni?” Jerkah Zefrieq sinis yang baru sahaja keluar daripada lif. Farel dan Fathrisya yang terkejut dengan jerkahan secara tiba tiba oleh Zefrieq berpandangan sesama sendiri. Mereka mahu menuju ke tingkat atas untuk memulakan kerja semula. Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam lif, wajah masam Zefrieq menjadi tatapan mata mereka. Fathrisya mempamerkan muka meluat melihat Zefrieq yang sedang berpeluk tubuh itu.
“Kau kenapa ni Zef? Siapa pula cakap kitaorang pergi dating. Aku dengan Risya cuma keluar minum Abc je. Tak kan tu pun salah.” Soal Farel tidak berpuas hati dengan pertanyaan Zefrieq yang dianggap tidak relevan itu.
“Menghabiskan masa bersama sama waktu pejabat. Tak salah kau cakap? Tu dah langgar policy company kau tahu. Fikir dulu sebelum cakap Encik Farel Aimar.” Balas Zefrieq kedengaran sinis sekali. Fathrisya yang sedari tadi diam membisu hanya memerhatikan pertelingkahan mereka berdua. Bertambah sakit hati dia melihat Zefrieq yang tersenyum mengejek kepada dirinya.
“Langgar policy company apa pula kau ni? Kitaorang keluar waktu lunch. Bukan keluar time office hour.” Farel membela dirinya.
“Tu lah, lain kali kalau cakap tak guna otak macam ni lah jadinya. Lewat 10 minit masuk pejabat. Lunch hour dah habis. Kau berani nak marah aku pasal perempuan ni Rel?” Soal Zefrieq sambil merenung tajam ke dalam bebola mata gadis itu. Fathrisya hanya tunduk merenung lantai.
“Okay. Kalau pasal tu yang buat kau marah sangat aku dan Risya minta maaf sangat sangat. Susah lah kalau dapat boss yang tak boleh nak lebih kurang.”
“Kau tak dapat nak goda aku, sepupu aku pun kau sapu eh? Perempuan jenis apa kau ni? Habis semua staf lelaki dekat office ni kau nak sapu! Nak jadikan Farel sugar daddy kau ke?” Kali ini Zefrieq sudah mendekati Fathrisya. Mukanya merah menahan marah. Dia tidak tahu mengapa dirinya menjadi begitu benci terhadap perempuan itu. Rasa sakit terbit di tangkai hati apabila melihat setiausahanya mulai mesra dengan sepupunya. Padahal mereka baru sahaja kenal.
“Apa yang kau merepek ni Zef?!” Soal Farel yang sudah hilang sabar waktu itu.
“Encik Zefrieq. Saya tak pernah ada niat langsung nak dekati lelaki dalam office ni atas sebab nak jadikan mereka tiket untuk saya mengecapi kemewahan atas angin. Saya masih mampu kerja dengan kudrat saya sendiri untuk sara hidup saya.” Balas Fathrisya yang sedari tadi hanya diam memerhatikan mereka berdua bertikam lidah. Kecewa sungguh dia atas tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki itu.
“Perempuan kampung dan murahan macam kau ni sanggup buat apa sahaja untuk dapat apa yang kau nak. Even kalau aku suruh kau jadi pelacur pun kau sanggup kalau tawaran dia lumayan. Kan Risya? Sebab kau dahagakan duit!” Zefrieq bertempik sekuat hati di hadapan gadis itu. Dia bengang kerana Farel menyebelahi gadis yang dianggap kampung itu.
“Kau memang melampau Zef!” Farel menarik tangan Fathrisya lalu dibawa ke belakangnya, gadis itu sudah mula mengalirkan air mata jernih. Rasa simpati tumpah membuak buak terhadap gadis itu.
“Ingat Risya. Aku tak nak tengok kau keluar dengan mana mana staf lelaki lagi. Aku tak suka dan aku tak benarkan.” Balas Zefrieq dengan wajah yang cukup serius.
“Siapa Encik nak halang saya?” Fathrisya melangkah kehadapan. Dia memberanikan diri menatap mata lelaki berlagak itu.
“Aku tak suka. Kau faham? Waktu kerja, kerja. Bukan melencong pergi tempat lain!” Zefrieq menyudahkan kata katanya lalu dia segera beredar dari situ.
“Encik Farel, jom kita naik.” Fathrisya bersuara perlahan. Dia mengajak Farel untuk naik semula ke pejabat.
“Kejap.” Farel mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya lalu dihulurkan kepada gadis itu. Fathrisya tersenyum lalu mengesat airmatanya dengan sapu tangan bercorak daun itu.
“Jangan fikirkan apa yang dia cakap tadi. Saya minta maaf sebab saya punca awak kena hina macam tu dengan Zef.” Farel bersuara kekesalan.
It’s okay. Bukan salah Encik. Mungkin betul apa yang Zef cakap. Terima kasih Encik Farel. Tapi saya rasa tak payahlah Encik susah susah nak backup saya, saya tak nak jadi punca hubungan Encik Farel dengan boss saya renggang.”
“Awak. Awak tak salah pun. Dia tu memang baran tak tentu pasal. Dah, senyum sikit. Muka monyok macam jeruk dah tu.” Farel bergurau untuk membuat gadis itu ceria kembali. Fathrisya hanya melemparkan senyuman hambar. Lalu, mereka berdua memulakan tugas masing masing selepas sampai di tingkat atas, pejabat mereka.




Friday 21 November 2014

E- Novel : Mr. Perfect Annoying! bab10

Welcome to Carlvine Holdings Sdn Bhd. Encik Farel Aimar.” Zefrieq bersuara ceria menerima kedatangan sepupunya secara mengejut pagi itu  di syarikatnya. Dia tidak menyangka begitu cepat mummy nya memujuk sepupunya untuk bekerja dengannya.
“Tak payah lah nak formal sangat. Geli pula aku dengar Zef.” Balas Farel sambil tertawa. Dia melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di dalam bilik CEO syarikat itu. Zefrieq turut sama mengikut sepupunya itu.
“Tak sangka cepat betul mummy pujuk kau. Aku rasa baru dua hari lepas aku bagitahu mummy pasal ni. Tup tup hari ni kau datang lapor diri nak start kerja. Wah.” Ujar Zefrieq teruja sambil menepuk lembut bahu sepupunya itu.
“Aku sebenarnya dah lama nak jumpa kau, nak cakap yang aku dah ready nak kerja dengan kau. Tapi aku fikir kau boleh handle company ni sorang. Tu yang aku diam je.” Balas Farel menceritakan hal sebenar.
“Gila tak perlu kan kau? Nak terbalik kepala aku handle company ni sorang sorang tahu tak.” Kata kata Zefrieq itu disambut oleh tawa Farel. Lucu melihat sepupunya yang sedang meluahkan rasa itu.
Relax lah, benda boleh settle Zef. Aku janji aku akan tolong kau sama sama bangun kan syarikat ni even aku perhatikan syarikat family kau ni dah terlebih maju. Syarikat kau salah satu pesaing terhebat tau.” Balas Farel teruja. Dia kagum dengan kemampuan Zefrieq mengendalikan syarikat itu selama 3tahun itu dengan usaha kerasnya sendiri. Dia merasakan kehadirannya di syarikat itu sekadar memenuhi kehendak Zefrieq untuk membantunya apa yang patut.
“Banyak lah kau punya maju. Aku masih tak berpuas hati dengan pencapaian syarikat ni. Aku nak lebih daripada apa yang ada sekarang.”
“Jangan tamak Zef. Beri laluan dekat orang lain nak cari rezeki juga.” Nasihat Farel ringkas. Kadang kala dia merasakan Zefrieq terlalu mementingkan keuntungan syarikatnya sahaja tanpa memikirkan tentang orang lain.
“Selagi ada peluang, kita jangan leka. Jangan sia sia kan peluang yang ada depan mata sebab selalunya peluang hanya datang sekali seumur hidup.” Zefrieq membidas kata katas Farel.
“Encik Boss!” Tiba tiba pintu bilik Zefrieq dirempuh kasar dari luar dan terjengul muka Ainur Fathrisya yang kelihatan tercungap cungap itu.
Terkejut Zefrieq serta Farel dengan kehadiran mengejut wanita itu. Sudah lah pintu tidak diketuk, main redah pintu biliknya sesuka hati. Hati yang sedang tenang tiba tiba menjadi panas seketika. Lantas Zefrieq berdiri mendekati setiausahanya itu.
“Kau ni apahal? Dah tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk? Tak nampak aku ada tetamu ni? Bodoh!” Marah Zefrieq sekuat hati.
“Encik. Siapa nama Encik?” Soal Fathrisya secara tiba tiba kepada sepupu bossnya itu. Zefrieq yang sudah berundur ke belakang sedikit mempamerkan reaksi terkejut dengan pertanyaan gadis itu. “ Apa benda yang minah ni nak sebenarnya?” Bebel hati kecil nya.
“Hah? Saya? Er. Nama saya Farel Aimar. Just call me…” Belum sempat Farel menyudahkan ayatnya, gadis itu pantas memotong.
“Encik Farel, saya minta maaf sebab dah ganggu perbincangan antara Encik dengan lelaki sakit otak ni. I’m really sorry.”
“Apa kau nak hah? Tak ada adab ke main redah masuk bilik aku macam tu? Sekolah mana kau pergi sampai biadap sangat?” Zefrieq yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan biadap gadis itu merenung tajam ke dalam bebola mata Fathrisya. Tanpa gentar, gadis itu membalas pandangan lelaki itu.
“Zef, sabar lah. Dengar dulu penjelasan dia.” Farel tiba tiba menyampuk. Bimbang melihat muka bengis Zefrieq yang sedang mengawal suhu kemarahan yang membuak buak dalam dirinya itu.
“Saya rempuh masuk bilik Encik sebab saya tak puas hati dengan Encik! Apa masalah Encik sampai potong gaji saya untuk bulan pertama ni? Apa kurang nya kerja saya di mata Encik? Encik paksa saya pergi dinner dekat rumah Encik saya ikutkan. Dah tu kenapa gaji saya tetap kena potong?!” Soal Fathrisya bengang. Merah padam wajahnya menahan marah. Geram sungguh dia dengan lelaki hidung tinggi itu. Sesuka hatinya sahaja memotong gajinya untuk bulan ini. Baru bulan pertama kerja dah kena potong gaji tanpa sebab. Dia mula berkira kira untuk berhenti kerja jika perkara ini berterusan.
“Kau ni memang bodoh lah perempuan! Tak payah lah nak berlagak bagus pula dekat sini! Lupa atau buat buat lupa?” Soal Zefrieq sinis. Farel Aimar terpaksa menjadi penonton menyaksikan drama percuma seorang ketua dengan anak buahnya. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tidak mahu masuk campur kerana dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang berlaku.
“Apa yang Encik cuba sampai kan ni? Saya kurang jelas.”
“Kau lupa yang sebelum kau diterima kerja dekat sini, kau dah buat silap besar dengan aku? Kau dah renyuk kan baju kesayangan aku yang mahal tu. Kau tak nak bayar sebab kau tak ada duit, so bila kau ditakdirkan kerja sebagai setiausaha aku dekat sini, aku berhak potong gaji kau sebab insiden tu. Bukan luak sangat pun gaji yang aku potong. Kau tak payah nak kecoh lah macam hilang beribu ribu ringgit.” Balas Zefrieq selamba sambil melabuhkan duduk di atas kerusi di meja kerjanya itu.
“Encik. Memang lah RM150 tu tak banyak bagi Encik. Untuk orang kaya macam Encik, itu tak menjadi masalah yang serius bila duit gaji Encik tak cukup. Sebab apa? Sebab Encik terlalu banyak harta dekat dunia ni. Tapi orang miskin macam saya ni Encik, bila Encik potong gaji sebanyak RM150 atas sebab yang tak munasabah, sangat memberi impak kepada saya.” Balas Ainur Fathrisya kekesalan dengan sikap bossnya itu. Dia sama sekali tidak menyangka Zefrieq bertindak sekejam itu.
“Orang miskin macam kau ni memang ketagih  duit eh? Kau ni tak boleh nak terima salah kau. Lain kali kalau tahu diri tu miskin, jangan buat silap! Jalan tu pandang depan bukan pandang bawah. Orang buta pun boleh jalan dengan sempurna aku rasa.”Zefrieq menghamburkan kemarahannya yang semakin menjadi jadi itu.
“Zef! Enough!” Farel menyampuk apabila dia melihat situasi semakin tegang. Dia bimbang jikalau perkara yang tidak diingini berlaku. Zefrieq Ezzraf bukan boleh diduga tindakannya.
“Saya minta maaf di atas ketelanjuran saya rempuh masuk bilik Encik. Encik Farel, maaf kerana menganggu perbincangan kalian berdua. Lain kali kalau Encik Boss nak potong gaji saya berapa percent sekali pun, please tell me first. Tak adalah saya tertanya tanya macam ni. Saya minta diri dulu.” Ainur Fathrisya tidak menunggu lama, dia terus meninggalkan bilik itu dengan kekesalan yang bersisa di hati.
Farel Aimar bingkas bangun dari duduk nya dan berkira kira untuk mengejar gadis itu. Tiba tiba, dia merasa simpati mendengar luahan hati gadis itu. Dia dapat merasakan wanita itu berasal daripada keluarga yang susah. Masakan cuma sedikit gajinya dipotong dia sudah melenting sebegitu rupa.
“Kau nak ke mana tu Rel? Tak payah nak kejar perempuan kampung tu. Biar kan dia.”Zefrieq menghalang Farel daripada terus mengejar Ainur Fathrisya.
“Kenapa kau sanggup potong gaji dia atas sebab yang tak masuk akal tu? Come on lah Zef! Baju kau bukan koyak, cuma renyuk. Baju macam tu, berlambak kau mampu beli.” Farel yang tidak senang dengan sikap angkuh dan sombong Zefrieq itu sekali lagi menasihati sepupunya itu. Kali ini lebih tegas.
“Kau tak payah nak sibuk pasal perempuan tu. Apa yang aku buat dekat dia, tak ada kaitan langsung dengan kau.” Balas Zefrieq dingin tanpa memandang ke arah Farel yang sedang merenung tepat ke mukanya.
“Zef. Tolong buang sikap angkuh dan sombong kau tu. Tak bawa masuk kubur pun. Jangan buat semua orang benci dengan perangai kau. Tolong jaga sikit perasaan orang lain.” Selesai berkata kata, Farel tidak menunggu lama. Dia segera beredar dan menuju ke biliknya. Bimbang semakin lama dia disitu akan menimbulkan perbalahan antara mereka.

 *Maceh kepada y follow cerita ni dari awal sampai sekarang, bab y lain still dalam progress. pelabagai halangan nak siapkan novel ni (faktor malas, kekangan idea, kesuntukan masa dan hasutan untuk melayan novel novelis lain) fuih banyak benor halangannya,akan terus menulis kalau ada y masih sudi baca coretan takseberapa ni, macehhh,

Thursday 20 November 2014

Jodoh kita?

Tidak kesampaian cinta kita.
Ku bawa harapan.
Ku pendam rahsia,
ku dikejauhan,
mendoakan...

Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Dan ku rela mengundur diri,
ku pasti dikau kan fahami.

Tidak kesampaian cinta kita....
Ku bawa harapan ku pendam rahsia.

Motif tajuk dngan isi yang aku tengah bebelkan ni apa?
apa kaitan sebenarnya ni?
Saje, malam malam kan ramai yang melayan perasaan, kot kot tengah jiwa kacau bilau
ombak tsunami melanda ke, geledah blog aku ni. terus melalak baca bait bait lirik tu..
K tak ada point pun sebenarnya..

Jodoh ni satu benda yang complicated nak bahas, too complicated nak fikir.
tak pening pun. siapa suruh kau duk fikir. banyak lagi benda lain kau boleh rangka dalam otak
kau tu daripada kau fikir pasal cinta ni semua. last-last tidur bertemankan air mata juga.

Kau kena percaya pada Jodoh. janji Allah, qadaq and qadar. kau kena sentiasa percaya yang Allah tahu apa y terbaik untuk kau. jangan menangis kalau seseorang tu tinggalkan hang terkontang kanting. even orang dah kahwin beranak pinak pun boleh bercerai berai, even orang yang besok baru nak nikah pun boleh curang dan dan tu. so benda ni nak bahas memang payah. don't put hope too much on someone. okayy english aku keluat china selatan abaikan. kan aku cakap. confident itu penting.
Ada jodoh, awak dekat pelamin saya. takada jodoh kita jumpa di alam sana. kalau memang jodoh hang dengan dia panjang. keep moving forward. hidup perlu diteruskan. dugaan walaupun sepahit biji nangka sekalipun tetap kau kena hadam telan dan fikir sejenak. Aku diuji sebab aku kuat. so kau jangan mengalah. Cinta tak kejam. cinta bukan tempat persinggahan melepaskan nafsu. tapi cinta lambang kasih suci. cuma orang yang faham tentang cinta mampu bawa cinta tu kekal sehingga ke syurga.

alright.. esok ada class. aku bosan and aku perati ramai sangat frust tertonggeng tak bangun-2, tu yang rasa macam nak tulis something yang ada kaitan pasal tu. maaf jikalau tersalah bicara terhunus hati mana mana pihak. sekadar bercerita. mat malam bulan purnama pungguk bintang di langit

Novel : Mr. Perfect Annoying! Bab9

Suasana di Quadrine Cafe kelihatan meriah dengan pengunjung yang bertali arus datang untuk menjamu selera. Menu di cafe ini yang menyajikan pelbagai makanan barat dan makanan jepun mempunyai tarikan yang tersendiri. Kebiasaannya jika lunch hour dan makan malam cafe ini pasti dipenuhi dengan pengunjung yang menggemari menu yang disediakan di cafe itu. Konsep ringkas dan santai yang menghiasi ruangan cafe itu juga menarik perhatian golongan anak muda untuk menjamu selera di situ. Cafe inilah tempat dia selalu menghabiskan masa berbual-bual kosong bersama Qaira Amanda suatu ketika dahulu.
“Kenapa you bawa I makan dekat sini?” Soal Qaira sambil menikmati hidangan tengahari yang dipesannya.
“You lupa ke tempat ni yang kita selalu lepak lepak dulu? Sebab I rindu kan semua tu.” Ujar Zefrieq bersama pandangan redupnya kepada wanita itu. Sungguh, dia merindui detik detik yang pernah dikongsi bersama wanita itu.
“I pun. You jangan lah sedih sedih okay? I dah balik ni. Kali ni, I memang akan terus tinggal dekat sini.” Balas Qaira bersama senyuman manis di bibir.
“Papa dengan Ibu you macam mana? Diorang okay yang you nak duduk sini terus?” Soal Zefrieq ingin tahu. Setahunya sebelum Qaira berpindah untuk menetap di London, dia bertengkar dengan kedua orang tuanya kerana mereka menentang keputusan Qaira yang ingin tinggal terus disana. Mereka sendiri tidak mempercayai lelaki yang bernama Adam itu. Bekas suami Qaira.
“Diorang okay. I dah minta maaf di atas ketelanjuran I selama ni dengan ibu and papa. I menyesal sangat Zef tak dengar cakap diorang. Kalau I tak degil, mesti I tak lalui penderitaan ni. Sakit bila terpaksa pisahkan anak dengan papanya.” Balas Qaira kesal.
“Let by gone be by gone. You jangan ingat lagi semua tu. Hanya tambah sakit di hati you. You rawat dulu hati you sampai sembuh okay? Lepas tu nanti you fikirkan lah nak kahwin lagi ke tak. Anak you perlukan kasih sayang seorang ayah.”
“Tapi tak sama dengan kasih sayang ayah kandung.” Qaira meluahkan pendapatnya.
“Yes I tahu tak sama, but at least tak adalah you sorang je yang handle semua tanggungjawab tu. Oh ya, kalau ada masa nanti bawa anak you jumpa I okay. Teringin nak jumpa.” Ujar Zefrieq teruja. Dia sememangnya sukakan kanak kanak namun hatinya masih tidak terdetik untuk mencari seseorang untuk dijadikan suri di hatinya.
“I tak nak fikir pasal tu dulu buat sementara waktu ni. I nak focus dengan bisness I and anak I. Okay Zef. Next time kita keluar I bawa dia sekali.”
“Mesti comel anak you macam mama dia. Oh ya, bisness apa? You kerja dengan syarikat family you?” Soal Zefrieq lalu mengesat bibirnya dengan hujung tishu.
“Hisy tak lah. I mana lah minat nak kendalikan syarikat kereta papa I tu. Abang I yang ambil alih. Papa sekarang rehat dekat rumah je. Hm, I buka butik pengantin. Setakat ni baru ada dua cawangan.”
“Papa you sakit ke? Wow! Teringin nak kahwin lagi ke sampai buka butik pengantin?” Soal Zefrieq sambil tersengih.
“Merepek lah you ni. Nanti kalau you nak kahwin, I will give special discount for you. Papa I kurang sihat sikit. Kalau you ada masa, jenguk lah dia.”
“Bagi free terus lah. Kata member. Okay, nanti kalau I tak sibuk I lawat papa you dekat rumah. Eh, you. Jom hantar I balik office. I ada meeting dengan ahli lembaga pengarah pukul 3.30petang ni.” Ucap Zefrieq sebelum berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Qaira hanya mengangguk lalu dia menunggu Zefrieq di dalam kereta.


********

Zefrieq Ezzraf mengatur langkah mendekati mummy nya yang sedang leka  membaca surat khabar di laman rumah.Selalunya hujung minggu begini, jarang sekali hendak melihat mummy      nya melekat di rumah. Pasti ada sahaja aktiviti yang akan disertai oleh mummy nya itu. Zefrieq yang hanya memakai seluar pendek paras lutut dan tidak berbaju menyapa mesra mummynya.
“Morning my one and only one.” Sapa Zefrieq sambil mengucup perlahan pipi kanan mummynya. Lalu di mengambil tempat duduk di hadapan mummy nya. Di capai keropok lekor yang masih lagi panas seperti baru digoreng.
“Morning dear. Awal bangun?” Ujar Datin Zulaikha lalu dia menggamit orang gajinya, Mak Yam.
“Tolong ambil kan cawan untuk Zef ya, Yam.” Arah Datin Zulaikha lembut. Orang gaji yang sudah menjangkau usia 50-an itu hanya menurut.
“Tidur lama lama pun buat apa. Zef rasa macam nak pergi jogging, tapi macam malas lah pula.”
“Mummy ingatkan Zef nak keluar. Susah betul nak tengok anak teruna mummy ni bangun pagi tau kalau hari cuti.” Balas Datin Zulaikha lalu menuang air teh susu ke dalam cawan yang baru diambil oleh Mak Yam lalu di hulur kepada anak lelakinya.
“Mummy ni suka sangat perli Zef. Yang mummy ni tak keluar jumpa kawan kawan persatuan mummy tu? Selalunya susah nak nampak mummy duduk bersantai kat rumah waktu waktu macam ni.”
“Hisy, ada je Zef ni nak balas kata kata mummy kan. Hari ni mummy rasa nak rehat, sebab malam nanti mummy ada dinner dengan kawan kawan lama mummy. Kalau keluar siang, takut malam nanti penat pula. Badan dah tak larat Zef. Orang tua lah katakan. Cepat je lemah.”
“Mummy jangan lah aktif sangat. Zef risau kalau mummy jatuh sakit nanti. Jaga kesihatan okay my?” Pesan Zefrieq serius sambil memegang erat jari jemarinya mummy nya yang berada di atas meja kecil itu.
“Iya Zef. Zef ni risau sangat lah. Mummy okay je ni.” Balas Datin Zulaikha lalu dia tertawa melihat sikap Zefrieq yang terlalu mengambil berat tentang dirinya.
“Oh ya my, Zef ada something nak bincang dengan my.” Zefrieq cuba mengubah topic. Tujuannya turun menyertai mummy nya adalah untuk berbincang sesuatu dengan mummy nya. baru dia teringat tentang itu. Kalau sudah bersembang dengan mummy nya, hal yang penting juga kadangkala dia terlupa.
“Apa dia Zef? Zef nak kahwin ke?” Soal Datin Zulaikha teruja.
“Mummy. Mummy ni tak ada benda lain ke nak cakap selain kahwin? Hmm.. Zef nak minta tolong mummy pujuk anak Pak Long, si Farel tu untuk kerja dengan Zef. Tolong Zef dekat office tu. Zef tak larat lah my nak handle sorang.” Zefrieq melepaskan keluhan.
“Amar kan ada?”
“Amar Zef dah tukarkan ke bahagian lain. Bahagian kewangan syarikat sebab Abang Razak letak jawatan dua minggu lepas. Zef terpaksa tukarkan Amar untuk ganti position yang Abang Razak tinggalkan sebab dia salah seorang orang kepercayaan Zef.” Terang Zefrieq panjang lebar. Dia benar benar memerlukan pembantu untuk membantunya mengendalikan syarikat. Membantunya mengendalikan beberapa projek kecil. Dia memerlukan seseorang yang berpotensi untuk menggantikan tempatnya jika dia terpaksa ke luar daerah atas urusan perniagaan.
“Oh. Kalau macam tu nanti mummy cuba pujuk Farel. Kalau dia tak nak macam mana Zef? Zef nak try cari orang lain pula?” Soal Datin Zulaikha inginkan kepastian dari anaknya itu.
“No. Pastikan dia kerja dengan company kita. Untuk apa dia kerja lama lama dekat anak syarikat kita tu my, kat sana Izwar dengan Kak Nadia boleh uruskan. Carlvine Holdings Sdn Bhd lagi perlukan khidmat dia.” Zefrieq membuat keputusan. Dia sebenarnya bengang dengan keputusan sepupunya itu yang turut sama melanjutkan pelajaran di Australia bersamanya, untuk menimba pengalaman dahulu dengan bekerja di anak syarikat mereka di Shah Alam. Dia mengharapkan agar sepupu rapat nya itu membantu nya bersama-sama untuk membangun kan syarikat mereka ke arah lebih maju lagi. Farel mempunyai idea yang kreatif. Zefrieq yakin jikalau mereka bergabung tenaga, pastinya keuntungan syarikat akan berlipat kali ganda.
“Kita tak boleh nak paksa orang Zef. Kalau Farel tak nak, mummy tak boleh nak desak dia supaya kerja dengan kita. Biarkan lah sampai dia betul betul bersedia untuk kerja dengan syarikat kita ni.” Datin Zulaikha menasihati anaknya lembut. Zefrieq yang terlalu komited tentang kerjayanya itu kadang kala suka mendesak orang lain untuk mengikut kemahuannya.
“Zef tak nak dengar apa apa alasan daripada dia my. Zef rasa dah cukup tempoh 2tahun dia kerja dekat sana tu. Dah cukup ilmu yang dia kutip. Zef dah lama tak jumpa dia since majlis perkahwinan kakak dia 4bulan lepas. Zef malas nak pujuk dia sebab Zef takut jawapan yang Zef bakal terima akan kecewa kan Zef. Tolong eh mummy?” Zef sudah bangun dari duduk nya. dia memaut bahu mummynya dari belakang.
“Hmm yelah. Esok mummy pergi rumah Pak Long.” Balas Datin Zulaikha mengalah dengan anak lelaki nya itu. Anak terunanya itu sukar untuk dibantah keputusannya. Segala kemahuannya sedaya upaya perlu dipenuhi. Runsing fikirannya seketika.
“Thank you mummy! Zef naik atas dulu. Nak mandi.” Zefrieq sudah tersengih sengih meninggalkan mummynya yang terkebil kebil sendirian.

“Bertuah punya anak! Tak mandi lagi dah cium peluk mummy yang wangi ni. Zef Zef.” Bebel Datin Zulaikha sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Wednesday 19 November 2014

Bab 7 & Bab 8 Mr Perfect Annoying!

Bab7
Makan lah Risya. Makan banyak banyak. Saya masak semua ni khas untuk Risya tau.” Datin Zulaikha bersuara apabila dia melihat gadis itu seperti kekok dan teragak agak untuk mengambil lauk yang terhidang di hadapan matanya itu.
“Aku pelempang juga kau ni. Nak kena suap ke apa. Makan je lah.” Zefrieq bersuara perlahan kerana bimbang jika suaranya itu didengari oleh mummy nya. Dia yang duduk di hadapan gadis itu merenung tajam gadis itu sehingga membuatkan Fathrisya sedikit gugup. Sudu di tangannya terlepas lalu jatuh ke lantai.
“Kau ni apahal? Tak reti pegang sudu ke?” Zefrieq bersuara tegas menyebabkan mummynya menegurnya.
“Zef. Risya tak sengaja tu. Jangan lah sebab hal kecil sampai nak marah macam ni.”
“Saya minta maaf Datin, Encik.” Ainur Fathrisya memohon maaf penuh keikhlasan. Dia memarahi dirinya sendiri kerana tidak tahu menjaga etika dan adab di meja makan. Hisy, buat malu je lah. Mesti mamat berlagak ni tengah syok gelak kan aku.
“Tak apa Risya. Nah, ambil ni.” Datin Zulaikha menghulurkan sudu kepada gadis itu sambil tersenyum.
“Zef, tolong ambil kan lauk sambal udang tu untuk Risya. Jauh tu, tak sampai dia.”
Tanpa berlegah Zef meletakkan beberapa ekor sambal udang yang berada di pinggannya lalu di letak di dalam pinggan gadis itu. Dengan selamba, dia meneguk jus manga yang berada di sisi kananya.
“Hisy Zef ni! Ada ke patut layan tetamu macam tu? Tak senonoh lah Zef ni. Ambil yang baru.” Arah Datin Zulaikha yang tidak senang dengan perbuatan anaknya itu.
“Apa masalahnya. Kau tak kisah kan makan sisa aku atau bekas aku? Kan?” Soal Zefrieq sambil memijak kuat kaki gadis itu. Berkerut muka gadis itu dek kerana terkejut dan tidak menyangka dengan tindakan drastik lelaki itu. Fathrisya sempat menghadiahkan jelingan buat Zefrieq Ezzraf.
“Tak kisah pun. Bukannya kotor. Saya okay. Makan lah Datin, Encik.” Balas Fathrisya lembut menyembunyikan rasa sebal di hatinya itu. Lalu dengan perlahan dia menikmati makanan yang kelihatan sangat lazat itu.
Zefrieq tersenyum puas hati. Tiba tiba Zefrieq meletakkan dua ekor ikan keli goreng ke dalam pinggan gadis itu. Beberapa ketul ayam goreng masak merah diletakkan juga ke dalam pinggan gadis itu. Lalu dia mencedok pula sayur kalian ikan masin ke dalam pinggan gadis itu. Dia mengambil mangkuk kecil, lalu diletakkan beberapa isi ketam masak lemak sehingga penuh mangkuk itu. Kemudian, disua kepada gadis itu sambil tersenyum penuh makna. Teragak agak Fathrisya mencapainya.
“Err mamat ni memang nak kenakan aku nampaknya. Geram nya aku!” Omel Fathrisya di dalam hati yang jelas kebengangan dengan sikap boss nya itu. Sempat pula kau kena kan aku ya depan mummy kau. Hishh annoying!
“Makan lah Risya. Jangan malu malu. Kalau nak boleh tambah lagi.” Zefrieq bersuara sambil tersengih-sengih. Dia menyuruh mummy nya menuangkan air jambu batu ke dalam gelas kosong walhal air yang ada di hadapan gadis itu tidak diteguk sehingga separuh. Sengaja Zefrieq mahu mengenakan gadis itu sepuas hatinya.
“Zefrieq ni memang macam tu Risya. Suka bergurau. Risya jangan ambil hati ya, kalau tak cukup nanti tambah lagi, jangan segan segan.”
“Nak suruh aku tambah lagi? Yang ada depan mata ni pun tak terlarat aku nak habis kan. Eeei bertuah punya boss!” Dia meneguk air liur yang dirasa pahit tika itu. Geram sungguh melihat Zefrieq sedang tersengih sengih memandang dirinya.
“Risya, macam mana kerja dengan Zefrieq? Okay? Kalau dia marah marah Risya tak tentu pasal, jangan takut nak report dengan saya ya.” Ujar Datin Zulaikha sambil menjeling ke arah anaknya yang sudah selesai menikmati hidangan makan malam mereka. Fathrisya masih lagi menikmati ketam yang diambil oleh Zefrieq. Bukan sedang menikmati, lebih tetap jika dikatakan “dipaksa” untuk makan.
“Er. Okay je Datin. Tak ada apa apa masalah. Encik Zefrieq ni memang cerewet tapi saya rasa saya boleh handle perangai dia ni Datin.” Balas Fatrisya selamba menyebabkan mata lelaki itu tertancap pada dirinya seketika.
“Apa kau cakap? Amboi sedap sedap je kau mengata aku cerewet. Kau kalau tak boleh tahan kerja dengan aku, kau boleh angkat kaki.” Matanya merenung tajam ke dalam mata bundar gadis itu. Berani sungguh gadis itu mengatanya di hadapan mummy nya.
“Zef. Kenapa nak angin tak tentu pasal ni? Risya bergurau je tu. Dia bergurau boleh, orang bergurau tak boleh.” Tegur Datin Zulaikha yang tidak senang dengan teguran kasar anaknya terhadap Ainur Fatrisya.
Fatrisya mengulum senyum. Dalam diam dia memuji Datin Zulaikha kerana dia tidak terlalu memanjakan Zefrieq dan menegur anaknya itu jika Zefrieq terlanjur kata.
“Kau senyum senyum apahal? Nak penumbok?” Zefrieq yang sememangnya geram dengan bicara selamba gadis itu sebentar tadi, menayang buku lima di hadapan gadis itu. Ainur Fathrisya pantas menggeleng kepalanya laju. Tergelak Datin Zulaikha melihat keletah gadis itu.
“Dah lah tu Zef. Perangai macam budak budak sungguh.”
Mak Yam menghampiri mereka lalu diletakkan sepiring pinggan yang mengandungi beberapa potong cheese cake. Sempat pula dia melemparkan senyuman manis buat tetamu majikannya itu sebelum berlalu ke dapur.
Ainur Fathrisya meneguk liur. “Tak kan nak suruh aku makan lagi? Gila!”
“Zefrieq cakap, Risya suka sangat makan cheese cake. Mana dia tahu pun saya tak tahu lah. Makan lah Risya. Kalau boleh, habiskan ya.”
Ainur Fathrisya terus memandang Zefrieq yang sedang menikmati cheese cake itu, selamba lagaknya lelaki itu seperti orang tidak bersalah. Ikutkan hati, mahu saja ditempeknya kek itu ke muka lelaki hidung tinggi di hadapannya.
“Apa pandang-pandang? Kau tahu tak kau tu beruntung dapat boss yang sweet macam aku ni. Tahu apa yang kau suka. Hah, makan lah. Kalau tak habis. Siap kau.” Zefrieq tersenyum sinis. Sengaja dia menyuruh orang gajinya membuat cheese cake untuk gadis itu, walhal dia tidak pernah ambil tahu apa apa hal yang berkaitan dengan gadis itu. Dia sengaja mahu mengenakan gadis itu sepuas hatinya.
“Kalau Risya nak, ada banyak lagi dekat dapur tu. Makan lah.” Ujar Datin Zulaikha sambil tersenyum simpul kepada gadis itu. Hatinya senang dapat makan malam bersama gadis itu.
“Zef pergi dapur kejap my, nak basuh mulut.” Zefrieq meminta diri dan memberi laluan kepada mummy nya untuk bersembang berdua bersama gadis itu. Sebelum berlalu ke dapur, sempat dia menghadiahkan jelingan maut buat setiausahanya itu. Tersentak gadis itu dibuatnya.

*****
Datin Zulaikha menghantar Ainur Fatrisya sehingga ke pintu utama banglo dua tingkat miliknya itu. Tangan tua itu disalam lalu dikucup oleh Fatrisya. Dalam beberapa saat, gadis itu sudah berada dalam dakapan Datin Zulaikha. Entah mengapa, hatinya mulai suka dengan tingkah laku dan raut wajah ayu gadis itu.
“Terima kasih Datin sebab sudi ajak saya dinner sekali. Sedap sangat lauk lauk tadi tu.” Fathrisya bersuara ceria tanpa mempedulikan Zefrieq Ezzraf yang merenung tajam ke arahnya. Apa kena lah dengan mamat sakit otak ni. Tak habis habis dengan gila dia tu.
“Dengan aku tak nak ucap terima kasih pula? Ohh, dah puas melantak tak ingat dunia. Nak blah macam tu je. Tak tahu malu eh kau ni?” Zefrieq bersuara perlahan namun pedas sekali kata katanya itu. Sebenarnya dia bengang kerana gadis itu langsung tidak mengucapkan terima kasih terhadapnya.
“Zefrieq!” Tegur Datin Zulaikha yang tidak senang dengan bicara kasar anaknya itu. Ainur Fathrisya kelihatan tenang sahaja.
“Thank you so much Encik Zefrieq Ezzraf. Saya terhutang budi, nyawa dan juga harta.” Selamba gadis itu membalas. Kelihatan Zefrieq mahu membidas kata kata gadis itu namun dihalang oleh mummy nya.
“Sudah lah tu Zef. Risya, saya minta maaf ya. Zef ni perangai dia memang macam budak tadika sikit.”
“Mummy. Apa ni cakap macam tu pasal Zef. Zef merajuk karang.” Rengek Zefrieq manja. Dia memaut lengan ibunya penuh kasih. Datin Zulaikha memaut kemas bahu anak lelakinya lalu ditepuk lembut.
“Manja sungguh mamat ni. Tapi, comel lah pula dia merengek macam tu.” Bisik hati kecil Fathrisya. Dia terpaku melihat kemesraan yang terjalin antara dua beranak itu.
“Hisy, malu lah sikit dekat Risya ni Zef. Manja tak bertempat. Risya, betul ke awak tak nak Zef hantar awak balik?” Tanya Datin Zulaikha ragu ragu apabila Fathrisya menolak pelawaannya untuk dihantar pulang. Dia bimbang akan keselamatan gadis itu.
“Kan dia cakap kawan dia ambil my. Haa, tu kawan dia dah sampai. Pergi balik cepat!” Zefrieq membuka pintu utama rumah itu lalu dengan hanya menggunakan isyarat mata dia menyuruh gadis itu segera pulang. Rimas mahu menatap muka perempuan kampung tak tahu malu itu.
“Hisy Zef ni! Ada ke patut halau tetamu macam tu, sopan lah sikit Zefrieq. Mummy tak ajar tau.”
“Zef naik atas dulu okay mummy. Goodnight.” Dengan selamba Zefrieq mengucup kedua dua belah pipi mummy nya lalu dengan pantas dia segera mengatur langkah meninggalkan dua wanita itu di bawah. Bimbang dirinya akan dileter lagi di hadapan gadis itu. “Boleh jatuh saham aku nanti.”
“Thank you again Datin. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Setelah meminta diri untuk pulang, dia berlari lari anak mendapatkan kereta sahabatnya yang sedang menunggu di luar pagar rumah. Datin Zulaikha menghantar gadis itu dengan ekoran matanya sahaja. Kemudian dia tersenyum.

*****
Bab8
“Babe, macam mana dinner tadi? Okay? Boss kau melamar kau eh?” Soal Nurin Aiman sejurus mereka sampai di rumah. Fathrisya menayang muka menyampah dengan pertanyaan sahabatnya itu. Lalu dia melangkah ke dalam biliknya.
“Kau ni buat tak tahu je kan. Aku punya lah excited nak tahu. Tapi tak di layan.” Nurin bersuara sedih untuk memancing perhatian Fathrisya. Perlahan lahan dia mengambil anak patung lilo stitch kesayangan Fathrisya lalu dipeluk.
“Eii lilo aku lah!!!” Fathrisya menjerit kecil lalu terus mendapatkan Nurin yang berpura pura tidur bersama anak patung kesayangannya itu.
“Sibuk je nak tahu.” Fathrisya mencebik. Anak patung kesayangannya sudah berada di dalam pelukannya. Nurin yang sedia maklum dengan keletah sahabatnya yang terlalu gilakan anak patung lilo stitch hanya tersenyum memandang gadis itu. Kalau dikira, boleh dikatan satu bilik itu dipenuhi dengan anak patung itu. Fathrisya sangat menggemari cerita kartun lilo stitch itu.
“Ala kau ni. Dengan aku pun nak berahsia kan. Cerita lah cepat.” Desak Nurin yang tidak sabar sabar ingin tahu. Mengikut cerita Fathrisya sebelum ini, boss sahabat baiknya itu kacak dan macho. Teruja dia ingin mengetahui kisah tentang lelaki itu.
“Tak ada apa apa yang menarik pun yang berlaku tadi Yin. Makan malam biasa je. Kau jangan nak merepek lah dia nak melamar aku. tak kuasa aku nak bercinta dengan mamat tiga suku tu.”
“Eleh, yeke kau tak suka dia? Kalau kau tak suka dia kenapa kau setuju nak dinner dengan family dia bagai? Bila lelaki ajak dinner, lagi lagi bawa perempuan tu jumpa family dia. Mesti ada something special tau.” Nurin menerangkan panjang lebar.
“Dah lah Yin, tak kuasa aku nak dengar falsafah cinta kau tu. For your information, aku benci gila dengan lelaki yang bernama Zefrieq Ezzraf tu tahu tak!” Luah Fathrisya bersama kekesalan di hati kerana dia bersetuju untuk makan malam bersama lelaki itu. Geram sungguh hatinya apabila terkenangkan peristiwa tadi.
“Dah kenapa pula kau nak benci dia beria ria ni?” Soal Nurin ingin tahu.
“Sebab tadi dia kenakan aku puas puas kau tahu tak. Dia ambil lauk banyak banyak, lepas tu pandai pandai dia je cakap dekat maid dia yang aku suka makan cheese cake. Kau tahu tak betapa aku tak suka makanan yang bernama cheese. Terpaksalah aku telan juga demi nak jaga hati Datin. Geram tahu!” Fathrisya sudah tidak dapat menahan rasa amarah yang membuak buak. Dihamburkan semuanya kepada sahabat baiknya itu.
“Wow! Mamat tu mesti annoying kan? Daripada cerita kau, aku rasa dia tu mesti jenis yang kepala tak betul.”
“Exactly beb! Aku rasa macam nak tonyoh je cili dekat bibir dia yang serupa longkang tu. Huh! Fikir dia tu boss aku je. Lagi satu, tadi masa kau sampai dekat rumah Datin nak ambil aku, dia siap halau aku lagi tau suruh balik cepat. Macam tu kau kata dia suka aku? Memang tak lah.” Fathrisya yang sudah siap menukar pakaian tidurnya memanjat katil lalu dipeluk erat lengan Nurin.
“Hish! Bajet gila mamat tu! Aku yang dengar ni pun rasa macam nak wrestling je dia tu. Apahal berlagak sangat boss kau tu?” Soal Nurin yang kegeraman dengan cerita yang didengar daripada Fathrisya. Nurin sememangnya seorang yang beremosi kadangkala melampau lampau.
“Kan aku dah cakap dia tu berlagak gila. Dah lah, boleh mimpi ngeri aku malam ni kalau asyik cerita pasal dia tau. Jom tidur Yin, esok kerja, jangan buat buat lupa pula!” Ujar Fathrisya seraya menutup suis lampu biliknya.

“Jangan benci sangat, nanti bila jatuh sayang susah nak lepas.” Sempat sahaja Nurin bersuara sebelum keluar daripada bilik Fathrisya.


*****

Zefrieq Ezzraf tekun meneliti beberapa helai kertas yang sudah berada di atas mejanya. Semuanya perlu diteliti dan disemak semula. Dia mengeluh sendirian, masakan cuma dia sahaja yang mengendalikan legasi perniagaan keluarga mereka. Dia berkira kira untuk memerlukan seorang pembantu untuk menolongnya. Serabut kepalanya memikirkan kerja yang semakin bertimbun itu. Tiba tiba pintu biliknya dibuka perlahan dari luar. Zefrieq pantas mendongak dan dia tergamam kemudiannya.
“Hi my dear, Zefrieq Ezzraf.” Sapa tuan empunya suara yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik Zefrieq.
“Hei! You!” Zefrieq bersuara teruja lantas dia berdiri dan mendapatkan tetamu yang tidak diduga itu. Dia mendepakan kedua dua belah tangannya lalu dengan pantas wanita itu sudah berada di dalam pelukannya.
“I miss you so much babe.” Bisik wanita itu perlahan.
“I miss you too. So much more.” Zefrieq meleraikan pelukan antara mereka lalu dengan perlahan dia memimpin tangan wanita itu lalu di ajak duduk di sofa yang terdapat di bilik pejabatnya itu.
“Okay. I tahu you mesti pelik tiba tiba I datang office you tanpa bagitahu you apa apa kan?” Wanita itu menyoal sambil tersenyum melihat reaksi di wajah Zefrieq Ezzraf yang mahu dia menjelaskan sesuatu.
“Yes. I really want to know. Tell me then. You tahu tak, I rindu sangat dekat you, 3 tahun you pergi. Sombong betul dengan I kan. Email I tak balas pun. You senyapkan diri macam tu je.” Zefrieq bersuara seperti merajuk. Hatinya cukup merindui wanita yang bernama Qaira Amanda itu. Matanya tidak lepas dari menjamah seraut wajah di hadapan nya itu. Cantik.
“You tetap cantik macam dulu.” Zefrieq memuji ikhlas sambil tersenyum manis. Gadis itu hanya ketawa mendengar bicara lelaki itu.
“I’m so sorry. Bukan sengaja tak balas email you. I harap you sudi terima I kembali dalam hidup you and maafkan I sebab hilang terlalu lama.
“Hei, you cakap apa ni? I tak pernah buang you dari hidup I. I sentiasa perlukan you. Hm, kenapa tiba tiba you balik Malaysia? Bukan you plan, lepas you kahwin dengan Adam, you nak menetap terus dekat London?” Soal Zefrieq aneh dengan kepulangan mengejut wanita itu ke Malaysia.
“Jodoh I dengan dia tak panjang lah babe.”
“You dah divorce?!” Soal Zefrieq yang jelas terkejut dengan berita yang baru sahaja sampai di telinganya itu.
“Ya Zef. I rasa menyesal sangat kahwin dengan lelaki tak guna tu! Dia ada perempuan lain rupa rupanya selama ni Zef. I cuma bahan untuk dia hilangkan bosan dia sahaja.” Qaira bercerita dengan tenang sekali. Dia cuba menyembunyikan perasaan kecewa yang bermukim di hati. Dia mahu melupakan segala kesedihan dan mulakan hidup baru.
“Tell me what had happened.” Pinta Zefrieq sambil memegang erat jari jemari Qaira.
“After setahun setengah nikah dengan dia, I baru tahu siapa dia sebenar. Dia dah berkahwin 5tahun lepas. tapi dia tipu I, dia tipu family I. I rasa I ni terlalu bodoh percayakan lelaki tu.” Qaira tidak dapat menahan sebak, dia mula menangis teresak esak di bahu lelaki itu. Zefrieq mengusap lembut belakang gadis itu lalu cuba untuk memberi kekuatan.
“Shuhh. Relax. I ada. Ceritakan semua kesedihan you dekat I. I’ll be here for you, always.” Zefrieq memujuk wanita itu sambil tangan sasanya menyeka air mata di wajah Qaira.
“Then, I decide untuk bercerai dengan dia. I tak sanggup nak teruskan hidup dengan lelaki penipu macam tu. And finally, kitaorang bercerai. I bersyukur sebab hak jagaan anak, I dapat. So I decide I nak mulakan hidup baru. Tu yang I balik Malaysia.” Terang Qaira panjang lebar selepas tangisannya reda.
“You dah ada anak? Wah! You didn’t tell me.”
“Ni dah bagi tahu lah ni. You macam mana sekarang? Dah ada girlfriend?” Soal Qaira sambil membelek majalah mingguan wanita yang berada di meja kecil itu.
“Nope, daripada sebelum you pergi. Sampai sekarang. I tetap macam ni.” Balas Zefrieq lalu dia bangun menuju ke meja kerjanya itu. Tangannya pantas mengemas kertas yang berterabur di atas mejanya.
“You nak I cari kan?”
“No need.” Balas Zefrieq pendek. Dia mula menunjukkan muka bosan setiap kali soal jodoh dan perkahwinan dibangkitkan kepadanya. Dia rimas mahu memikirkan tentang itu.
“You busy ke? Kalau you busy, I balik dulu. Nanti kita jumpa lagi okay.” Qaira Amanda meminta diri untuk pulang apabila melihat Zefrieq seperti sedang sibuk meneliti kertas kertas yang sudah berada di tangannya.
“You tunggu I dalam kereta you, kita lunch sekali. Lagi 10minit I turun.”Zefrieq bersuara tanpa memandang ke arah wanita itu.
“Alright.” Balas Qaira ringkas. Dia kemudiannya berlalu ke luar dari bilik lelaki itu.

Zefrieq hanya memandang sehingga pintu biliknya ditutup perlahan. Perasaan rindu terhadap sahabat baiknya yang telah dikenali sejak 15 tahun lepas, terlerai sudah. Namun dia turut bersimpati dengan apa yang menimpa ke atas rumah tangga sahabat baiknya itu. Qaira Amanda Datuk Zaid merupakan sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Dengan wanita itulah dia meluahkan segala perasaan, kesedihan dan juga berkongsi kegembiraan. Selain daripada mummy nya, dia juga rapat dengan Qaira. Namun, hubungan mereka terputus apabila Qaira mengambil keputusan untuk terus menetap di luar negara. Zefrieq kecewa dengan keputusan wanita itu namun dia menganggap bahawa Qaira juga punya kehidupan sendiri. Dan dia sebagai teman yang paling akrab dengan wanita itu sentiasa mendoakan kebahagiaan Qaira Amanda.
*Okay or KO jalan cerita ni? Nak sambung garap if okay..



Bab 6 - Novel Mr. Perfect Annoying!

Ainur Fathrisya membelek belek dirinya di hadapan cermin. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia buat tidak tahu dengan arahan boss nya itu. Sudah lah memaksa orang datang ke rumah dia, tak di jemput pula. Hisy, annoying betul. Aku bukan ada kereta nak gerak ke sana ke mari macam dia tu.
“Wahh gorgeous nya baby I ni!” Sapa Nurin Aiman, teman baiknya sejak dari zaman diploma lagi.
“Hisy kau ni! Nasib baik tak luruh jantung aku ni tau! Tak reti bagi salam dulu ke sebelum nak tegur?” Soal Fathrisya kegeraman.
“Ala sorry lah babe. Kau lawa lawa ni nak pergi mana? Dating eh?” Usik sahabatnya yang kecil molek itu. Tersengih sengih memandang dirinya yang mengenakan dress labuh berwarna biru lembut.
“Err over sangat ke dress yang aku pakai ni Yin?” Soal Fathrisya gusar. Bimbang dirinya akan menjadi bahan ejekan lelaki yang sombong dan berlagak itu.
“Ehh. Mana ada over yang. Kau nampak ayu pakai macam ni tau. Pakai selalu.” Puji Nurin lembut sambil membetulkan selendang yang dipakai oleh sahabatnya itu. Kelihatan senget sedikit.
“Yin, aku pergi dulu eh. Boss baru aku ajak dinner dekat rumah dia.”
“Amboi! Sampai ajak dinner bagai. Ni mesti ada apa apa ni?” Soal Nurin yang jelas terkejut mendengar kata kata Fathrisya itu.
“Haa kau jangan nak merepek tau Yin. Aku baru je kerja dengan dia. Tak ada maknanya aku nak jatuh cinta dengan si hidung tinggi tu. Dinner ni untuk eratkan hubungan pekerja dengan majikan je. Lagipun Datin Zulaikha yang plan semua ni. Anak dia tu ikut je.”
“Aku rasa mesti boss kau tu dah jatuh sayang dekat kau. Tu pasal dia ajak kau pergi dinner.”
“Kau ni karang aku cili kan mulut tu baru tahu. Hisy, aku pergi dulu eh. Take care.” Fathrisya meminta izin untuk berlalu ke ruang tamu. Nurin mengikut langkah teman baiknya itu.
“Kau nak pergi mana ni Yin?” Soal Fathrisya yang sedang memakai kasut itu. Dia pelik dengan tindakan Nurin yang sedang menuju ke arah minicooper miliknya itu.
“Nak hantar kau lah. Boleh pula kau tanya soalan macam tu kan?”
“Yin, tak payah lah susah susah. Aku dah call teksi. Aku dah banyak susah kan kau. Tak payah okay? Kau duduk rumah, jaga rumah elok elok. Kunci pintu. Take care okay.” Balas Fathrisya yang sudah menarik lengan sahabatnya untuk masuk ke dalam rumah semula.
“Don’t worry okay.”
“Nanti balik, aku ambil kau tau. Dah habis nanti call aku. Susah nak dapat teksi malam malam nanti. Take care and have fun dengan bakal suami.” Sempat pula dia mengusik Fathrisya sebelum dia mengunci pintu utama rumah teres dua tingkat itu.
Ainur Fathrisya hanya menggeleng melihat keletah sahabatnya itu. Nurin Aiman yang dikenalinya sejak 6tahun lalu adalah teman terbaik buat nya. Status Nurin sebagai anak orang berada tidak menghalangnya untuk berkawan dengan gadis serba kekurangan seperti dirinya itu. Rumah yang mereka diami sekarang adalah hadiah daripada bapa Nurin kepada anaknya itu. Nurin mengajak dirinya tinggal bersamanya tanpa perlu membayar sewa rumah mahupun bil elektrik dan air. Naik segan dirinya dengan kebaikan yang ditaburkan oleh Nurin Aiman sekeluarga. Sungguh dia terharu masih lagi ada insan yang peduli tentangnya yang tinggal seorang diri tanpa ada saudara mara di bandar metropolitan itu. Hatinya dijentik kerinduan yang teramat terhadap keluarga di kampung.
Bunyi hon sebuah teksi menghentikan lamunan Fathrisya. Dengan pantas dia mengatur langkah memasuki  perut teksi itu.

*****
“Zef, kenapa tak bersiap lagi ni?” Sapa Datin Zulaikha yang sudah mengambil tempat di sebelah anak bujangnya itu. Zefrieq sedang menikmati semangkuk ais krim sambil menonton televisyen.
“Nak pergi mana pula my? Bukan kita dinner dekat rumah? Kan mummy dah masak macam macam tu.” Balas Zefrieq sambil meneruskan suapan ke dalam mulutnya.
“Memang lah dinner dekat rumah. Pergi ambil Risya lah. Pergi siap cepat, ambil dia dekat rumah.”
“Ha? Nak buat apa pula kena jemput perempuan kampung tu? Pandai pandai dia lah datang ke sini nanti. Zef dah bagi alamat, kejap lagi dia sampai lah tu.” Balas Zefrieq bersama keluhan dilepaskan.
“Zef, mana boleh macam tu. Kita yang jemput dia, so kita lah kena ambil dia. Zef tolong jemput dia dekat rumah dia ya. Mummy nak naik atas solat kejap.”
“Mummy. Perempuan tu bukan budak kecil yang nak kena jemput berhantar bagai. Pandai lah dia cari rumah kita ni.”
“Zef ni kan…” Belum sempat Datin Zulaikha hendak meneruskan bicara nya, mereka dikejutkan bunyi deringan loceng dari luar rumah.
“Haa tu, peremuan kampung tu dah sampai. Awal gila dia sampai, ni mesti kes takut kena potong gaji. Dasar bendul punya orang!” Zefrieq membebel sendirian lalu dia berlalu ke dapur untuk mencuci mulutnya. Ditinggalkan mummynya yang terkebil kebil sendirian.




Bab5 Mr. Perfect Annoying!

Zefrieq merenung sejambak bunga ros merah jambu yang sudah berada di tangannya itu. Dengan perlahan, dicium perlahan bunga itu lalu dia tersenyum.
“Wangi…”                                            
“Tapi kenapa perempuan tu tiba tiba bagi bunga ni dekat aku? Tak pernah dibuat orang rasanya perempuan bagi bunga dekat lelaki. Heh. Dasar perempuan tak tahu malu. Kau fikir kau boleh dapat hati aku? Dalam mimpi bolehlah!” Zefrieq bermonolog sendirian. Bunga itu diletak kembali di atas meja, dia tidak berniat untuk membuang bunga itu kerana dalam diam dia membenarkan apa yang diperkatakan oleh Ainur Fathrisya sebentar tadi.
“Alamak! Aku lupa lah pulak!” Zefrieq menepuk kuat dahinya. dengan pantas dia melangkah ingin keluar dari biliknya itu.
“Eh, apasal pula boss nak kena jumpa dengan setiausaha dia? Nanti nampak sangat aku terhegeh hegeh dekat dia. Huish, nanti tak pasal pasal staf staf gosipkan aku dengan perempuan sewel tu. Tak nak aku.” Zefrieq membebel seorang diri, dirinya kembali semula menghampiri meja. Lantas dia mencapai I phone 5s nya. dengan pantas, jari jemarinya menari nari di atas papan kekunci telefon pintar itu.
“Aku nak malam nanti kau datang rumah aku. Datin ajak dinner sekali. Nanti petang aku bagi alamat rumah aku dekat kau.” Butang send di tekan.
“Err kenapa tak cakap masa dalam bilik je tadi boss? Tapi kenapa tiba tiba je boss? Datin tak puas hati dengan kerja saya ke boss?” Gadis itu membalas. Laju pula minah ni reply sms aku. Ni mesti dia curi tulang. Huh!
Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku rimas betul dengan perempuan macam kau ni. Mulut kalah mak nenek. Mana lah aku tahu mummy aku tu. Katanya nak eratkan hubungan majikan dengan pekerja.”
Err boss, saya rasa tak boleh kot. Sebab ada benda penting yang saya kena selesaikan malam ni.” Terbuntang biji mata Zefrieq membaca pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya. Perempuan ni memang sengaja uji kesabaran aku.
Kau fikir aku peduli dengan hal kau tu? Kalau aku cakap kau kena pergi malam ni, maknanya aku tak nak dengar sebarang alasan keluar dari mulut kau. Faham! Malas nak melayan kau ni. Yang penting malam ni pukul 8.30 kau mesti ada dekat depan rumah aku. Kalau lambat, siap kau. Aku potong gaji kau sebanyak 30%” Zefrieq mendengus kasar. Dia menguak rambutnya yang kusut masai itu, runsing fikirannya memikirkan tentang masa silamnya. Dia perlukan ketenangan tika itu. Kehadiran setiausahanya hanya menambah beban di otak nya sahaja.

*****
Ainur Fathrisya terkebil kebil membaca kiriman sms yang baru sahaja diterima daripada lelaki berlagak yang bernama Zefrieq Ezzraf itu. Keluhan berat dilepaskan. Kalau tak memaksa orang, bukan Zefrieq namanya. Datin ni pun satu hal juga, nak buat apa lah ajak makan malam bagai. Macam aku tak tahu si hidung tinggi tu tak suka dekat aku. Eii aku pun menyampah lah tengok muka dia.
“Yang muka Risya berkerut kerut tu kenapa? Mulut tu terkumat kamit macam marah kan seseorang tu kenapa?” Tegur Kak Dhieya yang sedari tadi memerhatikan reaksi di wajah gadis itu.
“Er tak ada apa apa lah kak. Risya pening kepala sikit je ni. Kak, nak tanya sikit boleh?”
“Dah makan ubat belum? Tanya lah, apa dia?”
“Tak teruk sangat, kejap lagi baik lah tu. Hmm, boss kakak tu memang macam tu eh perangai dia? Annoying, cerewet, suka mengamuk tak tentu pasal?” Soal Ainur Fathrisya perlahan. Bimbang jika staf lain mendengar perbualan mereka.
“Encik Zefrieq tu memang macam tu Risya. Setiausaha dia sebelum ni paling lama tahan dengan dia pun 4bulan je. Lepas tu semua resign. Maybe dia stress dengan kerja kot, banyak benda dia kena fikir. Risya dah tak tahan dengan dia ke?” Soal Kak Dhieya mahu mencungkil rahsia dari gadis itu.
“Err tak ada lah kak. Risya tak ambil hati pun dengan sikap berlagak boss kita tu. Tapi kadang kadang rasa macam nak sumbat cili dalam mulut dia. Berbisa juga kata kata dia, merah telinga ni tahan bahang.” Cerita gadis itu bersungguh sungguh. Sebal sungguh dengan arahan lelaki itu yang baru sahaja dia terima, mentang mentang boss. Suka suka kau arah aku buat itu ini eh.
“Lama lama nanti Risya faham lah perangai dia itu. Risya ni penyabar orangnya kakak tengok. Encik Zefrieq tu walaupun kita tengok dia macam tu, tapi sebenarnya hati dia baik tau. Lagi lama Risya kerja dekat sini, Risya akan kenal siapa sebenarnya Encik Zefrieq. Dia tak lah seteruk mana yang kita sangkakan.”

“Hmm, harap harap Risya masih boleh bertahan dengan mamat berlagak tu. Okay lah kak, Risya minta diri dulu nak solat asar sekejap.” Balas Fathrisya sopan. Dia segera meninggalkan kerjanya seketika dan ingin menunaikan tanggungjawab terhadap Maha Suci Allah.