Terik mentari terus memancar menyebabkan tekaknya
terasa begitu haus. Dengan langkah laju dia mendekati gerai Abc berhampiran
dengan pejabatnya untuk membasahkan tekak. Fathrisya tidak bercadang untuk
makan tengah hari, seleranya patah mengenangkan gajinya untuk bulan ini sudah
dipotong dek kerana sikap gila bossnya itu. “Larilah bajet aku nak belikan
babah motor baru.” Desis hatinya yang berhajat untuk membelikan sebiji motor
untuk babahnya di kampung. Motor cabuk babah nya yang telah lama berkhidmat
dengan mereka sekeluarga sudah nazak. Minggu lepas babahnya baru telefon
mengatakan motornya masuk bengkel lagi. Fathrisya melepaskan keluhan berat. Abc
yang baru sampai dimejanya disedut perlahan. Memang sedap dinikmati tambahan
pula waktu panas begini. Dia selalu menghabiskan masanya di sini. Boleh
dikatakan regular customer di gerai
itu. Peniaga gerai itu juga mesra dengannya.
“Minum sorang je ke?” Tegur satu suara dari arah
belakang menyebabkan gadis itu tersedak.
“Sorry sorry.
Saya tak sengaja.” Ujar lelaki itu serba salah lalu dihulur tishu buat gadis
itu. Fathrisya mendongak lalu dicapai tishu itu dari tangan lelaki yang
menegurnya tadi.
“Thanks.”
Ucap Fathrisya pendek.
“Boleh saya join awak tak?” Soal lelaki itu sambil
membuat memek muka meminta simpati. Tergelak gadis itu dibuatnya.
“Duduk lah. Saya bukan tokey kedai ni yang awak nak
minta izin bagai.” Balas Fathrisya sambil tersenyum nipis. Dia menelek wajah
lelaki yang sudah mengambil tempat duduk menghadapnya. “Dia ni siapa ya, apa
kaitan dia dengan Encik Zefrieq? Hm, comel nya. Muka macam baby.”
“Ada apa apa yang pelik dengan muka saya ni ke? Saya
rasa semuanya terletak betul di tempatnya. Hidung saya dekat sini. Mata saya
pun dekat sini.” Ujar lelaki itu sambil tangannya meraba raba wajahnya. Tergelak
Fathrisya melihat gelagat lelaki itu.
“Awak ni lucu lah. Muka awak comel.” Puji Fathrisya
ikhlas. Dia menyedut minumannya semula.
“Well.
Tahu dah. Saya ni adik kembar Izzue Islam. Sebab tu lah comel semacam je.”
Balas lelaki itu selamba. Dia juga turut memesan Abc dan sepinggan keropok
lekor. Disua pinggan keropok lekor itu kepada gadis itu. Tanpa segan silu,
mereka berkongsi menikmati keropok lekor
bersama.
“Eeei. Kuat perasan betul awak ni!” Balas Fathrisya
sambil mencebik.
“Saya gurau je lah. Awak, tak nak kenal kan diri
dekat saya ke?”
“Nama saya Ainur Fathrisya Mohd Hadi. Encik boleh
panggil saya Risya. Ringkas, pendek dan comel. Mesti Encik rasa, sesuai betul
nama saya dengan diri saya yang comel dan anggun ni kan?” Balas Fathrisya
sambil tersengih sengih, entah mengapa. Dia mulai selesa dengan lelaki itu
meskipun mereka baru sahaja kenal. Dia merasakan seperti sudah mengenali lelaki
itu dalam jangka masa yang lama.
“Comel. Sangat. Macam doraemon.” Balas Farel sambil mengunyah keropok lekor.
“Doraemon
comel apa. Gemuk dan buncit!” Balas gadis itu riang. Farel sudah menghamburkan
tawanya.
“Awak tak nak tahu siapa saya ke?” Soal Farel
setelah tawanya reda. Dia memandang sekilas wajah ayu gadis itu. “Macam kena
dengan taste aku je, bertudung. Sopan, comel pun comel.”
“Tak nak pun.” Balas Fathrisya ringkas.
“Okay lah. Saya balik..” Belum sempat Farel
menghabiskan ayatnya, Ainur Fathrisya sudah menayang penumbok di hadapan lelaki
itu.
“Berani Encik balik sebelum Encik kenalkan diri
Encik. Dah lah tiba tiba sergah saya dari belakang, tak malu duduk makan dengan
saya sekali. Lepas tu nak pergi macam tu je.” Balas Fathrisya lalu diacah buku
lima itu ke muka lelaki itu.
“Huish. Garang nya awak ni. Macam singa lahap.”
Kutuk Farel sambil tersengih, geli hatinya melihat reaksi spontan gadis itu.
Hatinya mudah terhibur dengan tingkah laku gadis itu.
“Singa lahap tu Encik Zefrieq. Saya ni cool je orangnya. Kena hina pun still
boleh sabar lagi. Wat lek sudah.”
Balas Fathrisya sambil tersenyum kelat. Dia masih lagi terasa dengan kata kata
angkuh yang dihamburkan oleh Zefrieq Ezzraf sebentar tadi.
“Okay, let me
introduce my self. Nama saya Farel Aimar. Oh, saya lupa pula saya dah
kenalkan diri masa dalam pejabat Zef tadi. Saya sepupu Zefrieq. Saya ditukarkan
bertugas disini untuk membantu Zefrieq menguruskan syarikat ni. Sebelum ni saya
kerja dengan anak syarikat keluarga Zef.” Terang Farel panjang lebar. Fathrisya
hanya mengangguk mendengar cerita Farel itu.
“Oh, lepas ni selalu lah kita jumpa dekat office ni ya. Selamat bekerja Encik
Farel. Saya personal assistant si singa lahap tu.” Balas
Fathrisya sambil mengelap mulutnya dengan tishu. Dia sudah selesai menikmati
semangkuk Abc. Farel masih lagi meneruskan suapan.
“Awak terasa dengan kata kata Zef tadi?” Soal Farel
penuh berhati hati. Bimbang jika pertanyaannya akan melukakan lagi hati gadis
itu. Padanya, kata kata Zefrieq dan tindakannya itu memang melampau. Dia juga
turut geram dengan perangai angkuh sepupunya itu.
“Kata kata pedas menusuk tangkai hati dia tu dah
jadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya diterima bekerja dengan dia.
Saya okay lah, Encik. Saya ni nampak je kecil orangnya, tapi hati saya macam The Rock tau.” Kata kata guraun
Fathrisya disambut gelak oleh Farel, hatinya terusik dengan sikap selamba dan
ceria gadis itu.
“Awak sabar je lah banyak banyak dengan si singa tu.
Jangan ambil hati dengan kata kata dia.
Anggap saja dia tak wujud dalam hidup awak. Saya pun tak boleh nak buat apa,
hanya mampu nasihat.” Pujuk Farel lembut.
“Encik ni sporting
lah. Tak macam si singa lahap tu, mulut tu asyik nak memaki orang je. Encik dah
ada girlfriend?” Soalan tidak diduga
yang keluar dari mulut comel gadis itu membuatkan Farel tersentak.
“Er.. Kenapa tanya?” Soal Farel gugup.
“Encik mesti ingat saya nak ngorat Encik kan! Hihi,
orang comel macam Encik ni tak kan lah tak ada girlfriend. Encik ni dah lah ada rupa, baik hati pula tu.” Puji
Fathrisya ikhlas.
“Amboi. Puji puji saya lebih lebih ni nak suruh saya
pujuk Zefrieq naikkan gaji awak ke?” Soal Farel bergurau.
“Hmm bukan gaji saya bertambah tambah, takut takut
nanti bulan depan tengok tengok gaji saya makin berkurang. Dia tu bukan betul
sangat.” Farel hanya tersenyum mendengar keluhan gadis itu, dia turut
bersimpati.
“Dah, awak jangan fikir kan pasal tu lagi. Saya dah cuba
nasihat kan sepupu saya tu. Tapi dia bukan nak dengar cakap. Jom, masuk office, lunch hour dah nak habis ni.”
Ainur Fathrisya hanya menurut. Mereka berjalan beriringan menuju kembali ke
pejabat mereka.
*****
“ Dah puas dating?
Dah puas mengadu nasib dekat mamat ni?” Jerkah Zefrieq sinis yang baru sahaja
keluar daripada lif. Farel dan Fathrisya yang terkejut dengan jerkahan secara
tiba tiba oleh Zefrieq berpandangan sesama sendiri. Mereka mahu menuju ke
tingkat atas untuk memulakan kerja semula. Belum sempat kaki melangkah masuk ke
dalam lif, wajah masam Zefrieq menjadi tatapan mata mereka. Fathrisya
mempamerkan muka meluat melihat Zefrieq yang sedang berpeluk tubuh itu.
“Kau kenapa ni Zef? Siapa pula cakap kitaorang pergi
dating. Aku dengan Risya cuma keluar
minum Abc je. Tak kan tu pun salah.” Soal Farel tidak berpuas hati dengan
pertanyaan Zefrieq yang dianggap tidak relevan itu.
“Menghabiskan masa bersama sama waktu pejabat. Tak
salah kau cakap? Tu dah langgar policy
company kau tahu. Fikir dulu sebelum
cakap Encik Farel Aimar.” Balas Zefrieq kedengaran sinis sekali. Fathrisya yang
sedari tadi diam membisu hanya memerhatikan pertelingkahan mereka berdua.
Bertambah sakit hati dia melihat Zefrieq yang tersenyum mengejek kepada
dirinya.
“Langgar policy
company apa pula kau ni? Kitaorang keluar waktu lunch. Bukan keluar time office hour.” Farel membela
dirinya.
“Tu lah, lain kali kalau cakap tak guna otak macam
ni lah jadinya. Lewat 10 minit masuk pejabat. Lunch hour dah habis. Kau berani nak marah aku pasal perempuan ni
Rel?” Soal Zefrieq sambil merenung tajam ke dalam bebola mata gadis itu.
Fathrisya hanya tunduk merenung lantai.
“Okay. Kalau pasal tu yang buat kau marah sangat aku
dan Risya minta maaf sangat sangat. Susah lah kalau dapat boss yang tak boleh
nak lebih kurang.”
“Kau tak dapat nak goda aku, sepupu aku pun kau sapu
eh? Perempuan jenis apa kau ni? Habis semua staf lelaki dekat office ni kau nak sapu! Nak jadikan
Farel sugar daddy kau ke?” Kali ini
Zefrieq sudah mendekati Fathrisya. Mukanya merah menahan marah. Dia tidak tahu
mengapa dirinya menjadi begitu benci terhadap perempuan itu. Rasa sakit terbit
di tangkai hati apabila melihat setiausahanya mulai mesra dengan sepupunya.
Padahal mereka baru sahaja kenal.
“Apa yang kau merepek ni Zef?!” Soal Farel yang
sudah hilang sabar waktu itu.
“Encik Zefrieq. Saya tak pernah ada niat langsung
nak dekati lelaki dalam office ni
atas sebab nak jadikan mereka tiket untuk saya mengecapi kemewahan atas angin.
Saya masih mampu kerja dengan kudrat saya sendiri untuk sara hidup saya.” Balas
Fathrisya yang sedari tadi hanya diam memerhatikan mereka berdua bertikam
lidah. Kecewa sungguh dia atas tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki itu.
“Perempuan kampung dan murahan macam kau ni sanggup
buat apa sahaja untuk dapat apa yang kau nak. Even kalau aku suruh kau jadi pelacur pun kau sanggup kalau
tawaran dia lumayan. Kan Risya? Sebab kau dahagakan duit!” Zefrieq bertempik
sekuat hati di hadapan gadis itu. Dia bengang kerana Farel menyebelahi gadis
yang dianggap kampung itu.
“Kau memang melampau Zef!” Farel menarik tangan
Fathrisya lalu dibawa ke belakangnya, gadis itu sudah mula mengalirkan air mata
jernih. Rasa simpati tumpah membuak buak terhadap gadis itu.
“Ingat Risya. Aku tak nak tengok kau keluar dengan
mana mana staf lelaki lagi. Aku tak suka dan aku tak benarkan.” Balas Zefrieq
dengan wajah yang cukup serius.
“Siapa Encik nak halang saya?” Fathrisya melangkah
kehadapan. Dia memberanikan diri menatap mata lelaki berlagak itu.
“Aku tak suka. Kau faham? Waktu kerja, kerja. Bukan
melencong pergi tempat lain!” Zefrieq menyudahkan kata katanya lalu dia segera
beredar dari situ.
“Encik Farel, jom kita naik.” Fathrisya bersuara
perlahan. Dia mengajak Farel untuk naik semula ke pejabat.
“Kejap.” Farel mengeluarkan sapu tangan dari poket
seluarnya lalu dihulurkan kepada gadis itu. Fathrisya tersenyum lalu mengesat
airmatanya dengan sapu tangan bercorak daun itu.
“Jangan fikirkan apa yang dia cakap tadi. Saya minta
maaf sebab saya punca awak kena hina macam tu dengan Zef.” Farel bersuara
kekesalan.
“It’s okay.
Bukan salah Encik. Mungkin betul apa yang Zef cakap. Terima kasih Encik Farel.
Tapi saya rasa tak payahlah Encik susah susah nak backup saya, saya tak nak
jadi punca hubungan Encik Farel dengan boss saya renggang.”
“Awak. Awak tak salah pun. Dia tu memang baran tak
tentu pasal. Dah, senyum sikit. Muka monyok macam jeruk dah tu.” Farel bergurau
untuk membuat gadis itu ceria kembali. Fathrisya hanya melemparkan senyuman hambar.
Lalu, mereka berdua memulakan tugas masing masing selepas sampai di tingkat
atas, pejabat mereka.
Best nak lagi sebenar lagi bagus ada blog sendiri .
ReplyDeletemaksudnya?
Delete