Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 28 November 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab18

Zefrieq yang sedang tekun menyiapkan tugasannya berhenti seketika daripada terus menaip. Matanya dihalakan pada susuk tubuh wanita yang sedang menuju ke arah meja kerjanya. Tiada salam, tiada ketukan pintu, wanita itu terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Zefrieq yang sedang memandang pelik ke arahnya.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang ke?” Soal Qaira dengan wajah masam mencuka. Dia menghempas kuat beg tangannya di meja lelaki itu. Zefrieq semakin hairan dengan kelakuan wanita itu.
“Yang you nak marah-marah ni kenapa? Kenapa tak bagitahu dulu sebelum nak datang?” Soal Zefrieq lembut. Zefrieq sebenarnya tidak gemar berkasar dengan wanita. Namun entah kenapa setiap kali berhadapan dengan gadis yang bernama Ainur Fathrisya, mulutnya sering sahaja meluncurkan kata-kata pedas buat gadis itu. Dia sendiri tidak mengerti.
“You buat-buat lupa atau memang terlupa?” Soal wanita itu sambil memuncungkan bibirnya. Zefrieq hendak tergelak melihat keletah sahabatnya yang sering sahaja merajuk. “Aku gunting juga bibir itik dia ni!” Omel Zefrieq dalam hati.
What are you talking about? I tak faham. Buat-buat lupa apa pula?” Soal Zefrieq seraya memandang Qaira dengan wajah bersahaja. Dia sendiri tidak tahu mengapa sahabatnya itu tiba-tiba naik hantu.
“You sengaja tak datang fashion show I sabtu lepas! you pergi mana? I call banyak kali tak angkat. You memang sengaja Zef. Lain kali takpayah berjanji.” Luah Qaira yang tidak berpuas hati dengan Zefrieq yang dianggap sengaja mahu mempermainkannya.
Zefrieq hanya tersenyum manis mendengar luahan wanita itu. tahulah dia mengapa Qaira Amanda tiba-tiba melenting. Sahabatnya itu memang mudah naik angin jikalau janji tidak ditepati. Zefrieq benar-benar terlupa yang dia ada berjanji mahu menemani wanita itu. Dia bingkas bangun dan mendekati wanita itu lalu dipeluk lembut dari belakang. Qaira hanya membatukan diri.
“Sayang. I betul-betul terlupa pasal tu. I ada appointmentdengan klien I. Serious sayang, I bukan sengaja reka alasan. Tapi I memang betul-betul terlupa nak pergi fashion show tu. I’m so sorry dear.” Pujuk Zefrieq bersama memek muka meminta simpati. Dia memang jaguh jikalau hal-hal yang berkaitan untuk memujuk wanita. Ramai juga wanita yang mampu cair dengan kata-kata manis yang keluar dari mulut lelaki itu. Namun Zefrieq bukan lah lelaki buaya darat, dia hanya bermanis mulut dengan orang yang dia rapat sahaja.
“You tipu.” Balas Qaira sepatah selepas beberapa minit mendiamkan diri.
“Sayang. pandang I. Untuk apa I nak tipu you sayang. I lupa nak save date dalam phoneI. Okay, lepas ni kalau you nak ajak I teman you pergi mana-mana, you sendiri yang save kan date tu dalam phone I ni okay?” Zefrieq sudah melutut di hadapan wanita itu bersama senyuman terukir di bibir. Perlahan-lahan dia menyentuh jari jemari wanita itu dan dicium sekali.
“I minta maaf ya? Janji I tak buat lagi.” Sambung Zefrieq lagi. Qaira Amanda sudah mula tersenyum melihat kesungguhan lelaki itu. Zefrieq Ezzraf adalah teman terbaik buatnya. Pada pandangan mata orang lain yang melihat kemesraan mereka berdua, pastinya dikatakan mereka sedang hangat bercinta.
“Kalau lain kali you buat lagi, you tunggu lah apa yang I akan buat. Merajuk setahun!” Balas Qaira sambil memaut mesra lengan Zefrieq. Jari jemari Zefrieq sudah memaut kemas pinggang wanita itu.
“Tak mahu lah merajuk lama-lama. Nanti I sakit.”
“Sakit apa?” Soal Qaira pelik.
“Sakit merindui seseorang.” Bisik Zefrieq perlahan ke cuping telinga gadis itu. Qaira hanya tersenyum mendengar. Dia sudah masak dengan kata-kata manis yang keluar dari mulut Zefrieq. Namun dia faham yang kata-kata itu tidak membawa apa-apa maksud.
“You ni nakal tau!” Balas Qaira seraya mencubit manja lengan Zefrieq.
“Encik ini airnya…” Terhenti langkah Ainur Fathrisya melihat adegan mesra bossnya bersama wanita yang tidak dikenalinya. Cawan yang dibawa bersama terlepas dari tangan lalu jatuh berkecai ke bawah dek kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya. Wanita itu kelihatan mesra berada dalam pelukan Zefrieq.
“Kau ni dah kenapa? Macam mana kau buat kerja? Pegang cawan pun tak lepas, sampai berkecai jadinya!” Marah Zefrieq seraya melepaskan pelukan antara mereka. Geram sungguh dengan gadis itu yang tidak mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu. Dia sebenarnya malu kerana berkelakuan terlebih mesra dengan Qaira di depan staf nya. Qaira yang kaget melihat Zefrieq yang tiba-tiba mengamuk itu mengambil tempat di sofa. Tidak mahu ikut serta. Zefrieq Ezzraf jikalau angin tak baiknya sudah sampai, jangan siapa berani mendekatinya. Pasti turut sama menjadi mangsa amarahnya.
“Ma.. Maafkan saya boss.” Ujar Fathrisya tersekat-sekat.
“Berapa ribu kali aku nak pesan dekat kau? Sebelum masuk ketuk pintu dulu! Berani kau masuk bilik aku masa aku ada tetamu! Kau ni memang buat kerja guna kepala lutut!” Tengking Zefrieq menyebabkan gadis itu hanya tunduk merenung lantai. Tidak punya kekuatan untuk membalas renungan tajam Zefrieq Ezzraf.
“Saya minta maaf boss. Kan tadi boss suruh saya buatkan air teh susu. So saya ingatkan boss tak ada tetamu, tu yang saya terus masuk. Maaf lagi sekali boss.” Jujur kedengaran suara gadis itu memohon maaf di atas ketelanjurannya sebentar tadi. Zefrieq seakan-akan tersentuh mendengar bicara setiausahanya itu.
“Ada je kau nak menjawab ya. Mengaku sahajalah memang salah kau tak tengok dulu aku ada tetamu ke tidak! Bendul!” Zefrieq yang masih lagi menahan marah menghentak kuat mejana dengan kedua-dua belah tangan.
“You. Yang you nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Kan dia cakap dia tak sengaja. Dah lah tu. Cuba bawa bersabar sikit.” Tegur Qaira yang sudah mula ikut campur itu. Geram juga melihat sikap Zefrieq yang tidak mahu menerima kekurangan orang lain.
“Saya minta maaf sebab dah ganggu privasi kalian berdua. Saya janji ni lastsaya buat macam ni. Encik Zefrieq, saya keluar dulu. Sorry again.” Tutur gadis itu yang sudah selesai mengemas serpihan kaca yang berderai tadi.
“Pastikan tak ada sebarang serpihan kaca dalam bilik ni. Kemas sampai bersih! Selagi tak bersih, jangan berangan nak keluar lunch. Meja aku yang berselerak tu. Pergi kemas!” Arah Zefrieq kedengaran tegas. Dia menarik tangan Qaira lalu ditinggalkan Ainur Fathrisya keseorangan disitu. Qaira hanya menurut langkah Zefrieq. Sempat dia melemparkan senyuman kepada setiausaha sahabatnya itu sebelum beredar pergi. Rasa simpati tumpah buat gadis itu.
****
Zefrieq hanya mendiamkan diri semasa memandu untuk menghantar Qaira pulang ke butiknya. Wanita itu datang ke ofisnya dengan menaiki teksi kerana keretanya rosak. Qaira menjeling Zefrieq yang sedari tadi diam membisu.
“You ni kenapa? Diam je dari tadi. Masa makan tadi pun you tak banyak cakap. Kenapa ni?” Soal Qaira memecah kesunyian antara mereka. Zefrieq hanya memandnag lurus ke arah jalan.
“Tak ada apa-apa. I okay.” Ujar Zefrieq perlahan.
“I tak faham kenapa you nak mengamuk macam orang gila tadi? Tak habis-habis dengan baran you. Bila you nak berubah ni Zef?” Soal Qaira yang sedang bermain-main dengan rambut lurusnya itu.
“Apasal? You dah tak boleh tahan dengan perangai I? Qaira, kalau you rasa I ni teruk. You boleh pergi. I tak halang.” Balas Zefrieq sambil menguak kasar rambutnya. Qaira yang mendengar bicara lelaki itu sudah terkedu. Tidak diduga kata-katanya tadi bakal menyakiti hati lelaki itu. Benarlah tekaannya, Zefrieq masih lagi marah dengan setiausahanya itu.
“Zefrieq. I tak bermaksud nak sakit kan hati you. Seriously, I cuma tak suka you marah budak tu tak tentu pasal. Bukan besar sangat pun salah yang dia buat.”
“You sendiri nampak kan? Dia masuk bilik I tanpa dapat izin daripada I. You sedar tak masa dia terjah masuk tu kita tengah buat apa? Malu lah I bila staf nampak I berpelukan dengan you dalam pejabat!” Balas Zefrieq dingin. Nada suaranya juga sudah bertukar. Qaira hanya menggeleng kepala melihat sikap panas baran Zefrieq itu. Kadang kala rimas juga dia.
“Ya, I tahu memang dia bersalah. Tapi tak perlu lah sampai you suruh dia bersihkan bilik you, you bagi arahan kejam macam tu. Sekali sekala, you kena belajar jaga perasaan staf you Zef. Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan.” Ujar Qaira lagi menasihati Zefrieq.
“Bagus lah! Semua orang nak backup perempuan kampung tu! Kalau you kesian kan sangat dekat dia, pergi ambil dia kerja dengan you. Baru you tahu sakit kepala otak simpan pekerja bendul macam dia tu.” Zefrieq memberhentikan keretanya di hadapan sebuah butik pengantin yang terletak di Ampang. Dia merengus kasar.
“I tak ada niat nak backup dia Zef. I cuma bagitahu apa yang you buat tu salah. You tak patut tengking dan malukan dia depan I tadi. Jangan lah salah faham okay sayang? I tak nak you stress, nanti buah hati I ni tak handsome dah.” Pujuk Qaira sambil tangannya mengusap lembut pipi Zefrieq yang putih bersih itu.
“I tak suka you cakap pasal perempuan tu lagi. I tak berminat nak dengar nasihat you kalau berkaitan dengan si bendul tu.” Balas Zefrieq mendatar.
“Okay. I minta maaf sebab masuk campur hal you dengan staf you. I’m so sorry. Tapi sayang, I minta sangat tolong kawal marah you. I takut nanti company you lingkup dengan sikap you yang mudah angin ni.” Ujar Qaira lagi. Dia merasakan ada kalanya sikap Zefrieq melampaui batas. Sebagai seorang sahabat, wajar baginya menasihati lelaki itu meskipun dia tahu hanya sia-sia.
“Hmm. Yelah. Thank you belanja lunch tadi. Jumpa lagi okay.” Ujar Zefrieq seraya mengusap perlahan kepala wanita itu. Perasaan marah yang membuak-buak hilang perlahan-lahan. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat Qaira menusuk ke tangkai hatinya. Dia memecut laju keretanya meninggalkan Qaira yang sudah pun masuk ke dalam butiknya itu.
*****
“Kenapa lah si mangkuk ayun tu tak habis-habis sakit kan hati aku! Benci nya aku tengok muka kau yang bajet bagus tu!” Dicampak kasar sapu tangan yang berada di tangannya. Dek kerana bengang kerana teruk dimarahi oleh Zefrieq Ezzraf, Ainur Fathrisya tidak berselera untuk menjamah apa-apa makanan. Dia duduk bersimpuh di tepi bangunan pejabat gah itu. Gayanya seperti orang minta sedekah pun ada.
“Amboi. Marah kan saya ke? Sampai main campak-campak sapu tangan saya. Hmm.” Tegur satu suara dari arah belakangnya. Fathrisya lantas menoleh dan tergamam melihat Farel Aimar yang sedang tersenyum memandangnya. Dengan selamba, lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Juga duduk bersimpuh sambil mengibar-ngibar sapu tangan bercorak daun itu. Fathrisya yang tergamam dengan kehadiran lelaki itu hanya tunduk merenung lantai. Malu kerana mungkin sedari tadi Farel sudah melihat drama percumanya sebentar tadi.
“Kenapa senyap? Tadi bukan main petah mulut marah-marah. Saya datang, terus senyap. Kenapa cik adik?” Soal Farel sambil tersenyum nipis.
“Er. SorryEncik Farel. Saya tak bermaksud pun nak campak sapu tangan Encik tu. Sebenarnya sapu tangan tu terbang sendiri. Angin kuat sangat tadi.” Ujar Fathrisya bersama sengihan tersungging di bibirnya. “Logik ke sapu tangan terbang sendiri? Hish! Macam mana lah aku boleh tak perasan si handsome ni ada sekali tadi. Malunya!” Omel Fathrisya sambil menutup mukanya.
“Yang awak tutup muka awak tu kenapa Risya? Ingat comel lah main tutup-tutup muka?” Usik Farel membuatkan gadis itu segera menampar kasar lengan Farel. Geram sungguh!
“Ala. Saya gurau je kot. Tak kan tu pun nak marah. Nak jadi macam singa lahap ke? Mengamuk macam orang hilang akal.” Balas Farel lagi setelah dilihat Fathrisya hanya diam membisu.
“Encik jangan sebut pasal singa bengong tu lagi. Saya meluat tahu! Rasa macam nak pijak-pijak je hidung dia yang tinggi tu.” Ujar Fathrisya meluahkan rasa yang terbuku di hatinya sedari tadi. Farel hanya mengulum senyum. Sudah dijangka, sedari tadi dia mendengar gadis itu membebel sendirian memarahi seseorang. Pastinya Zefrieq sudah menyakiti hati gadis itu.
“Zefrieq buat apa pula kali ni dekat awak Risya? Bagi tahu saya, biar saya pelempang sikit hidung dia tu sampai penyek.” Ujar Farel selamba. Fathrisya sudah tergelak mendengarnya. Farel Aimar. Lelaki itu sering sahaja ada di kala dia sedih dan kecewa dengan sikap Zefrieq yang terlalu memeningkan kepalanya itu. Sepupu kepada bossnya itu terlalu prihatin dan baik padanya.
“Berani ke Encik nak debik si singa tu? Silap-silap nanti Encik yang kena lahap dengan dia. Dia kan singa, kerjanya makan orang je lah.” Balas Fathrisya bersama sengihan. Seronok benar mereka berdua mengutuk boss mereka. Dia tidak menyangka Farel Aimar seorang yang tidak kisah dan senang bergaul. Tidak seperti Zefrieq Ezzraf yang sentiasa mementingkan kedudukan dan status.
“Kalau awak cakap hati awak macam The Rock. Saya ni adik kepada John Cena tau. Gagah dan perkasa. Tangan saya ni ha, sekali kalau saya debik muka Zefrieq tu, mahu sebulan tak boleh makan guna mulut.” Ujar Farel sambil tertawa.
“Karang kalau si singa tu dengar, habis kita kena buang kerja. Encik! Terima kasih untuk sapu tangan ni eh, sorry lah sebab saya lupa nak pulangkan. Tapi sapu tangan ni dah ada hingus saya dah. Esok saya pulangkan lepas saya basuh okay?”
“Tak apalah Risya, awak simpan je sapu tangan tu. Anggap sebagai hadiah. Awak kan suka menangis. Kalau awak sedih, awak lap air mata awak dengan sapu tangan saya tu. Saya tak sentiasa ada dengan awak. Tapi sapu tangan tu sentiasa teman awak.” Ucap Farel bersama pandangan matanya yang redup memandang Fathrisya yang kelihatan terkedu dengan kata-katanya. Jujur dia katakan, sejak mengenali gadis itu, hatinya mulai terusik dengan sikap ceria gadis itu.
“Encik. Jaga-jaga sikit dengan mulut Encik tu.” Ujar Fathrisya serius. Wajahnya kembali tegang tanpa senyuman mewarnai wajahnya.
“Er. Kenapa Risya? Saya ada salah cakap ke? Awak terasa ke?” Soal Farel serba-salah. Seingatnya kata-katanya tadi tidak bermaksud untuk menghina atau menyakiti hati gadis itu. Perasaan aneh menyelubungi mindanya kala itu.
“Encik tak salah cakap pun. Tapi mulut Encik tu terlampau manis sangat. Takut nanti semut buat sarang kat mulut Encik. Saya masuk ofis dulu. Terima kasih sebab pinjamkan telinga dan ini..” Balas Fathrisya sambil menunjukkan sapu tangan milik lelaki itu yang sedang dipegang olehnya. Dia bingkas berdiri meninggalkan lelaki itu termagu-magu sendirian tanpa sempat membalas kata-katanya. Farel Aimar hanya tersenyum senang melihat keceriaan gadis itu.

Thursday 27 November 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab17

Farel memandang wajah muram Zefrieq yang sedang menikmati makanan tengah harinya itu. Namun hanya sedikit sahaja yang dijamahnya, selebihnya dibiarkan sahaja. Zefrieq mengajak Farel keluar menemaninya menonton wayang di The Curve, Farel hanya menurut. Kebetulan dia juga sudah lama tidak keluar bersiar-siar disebabkan timbunan kerja yang semakin menyesakkan otaknya. Ada elok nya dia keluar melepaskan segala tekanan.
“Kenapa dengan kau ni Zef? Masam je muka kau macam orang tengah tahan kentut.” Ujar Farel mematikan lamunan pendek Zefrieq. Zefrieq menjeling sepupunya sambil melepaskan keluhan berat.
“Banyak lah kau punya tahan kentut. Aku tengah tertekan bagai nak pecah kepala otak aku ni. Kau apa tahu.” Balas Zefrieq sambil tangannya bermain-main dengan sudu.
“Memang ler aku tak tahu, dah kau tak nak share. Eh Zef, kalau kau tayang muka monyok macam ni. Sampai kucing bertelur pun aku tak dapat tolong kau selesaikan masalah kau ni tau.” Ujar Farel sambil itu dia menggamit pelayan restoran ini. Setelah membuat pesanan, dia kembali merenung Zefrieq yang kelihatan kusut sekali.
“Mummy aku. Dia bagi aku pilihan. Sama ada aku kahwin dengan pilihan dia, atau dia bagi masa 2tahun untuk aku cari girlfriend yang boleh dijadikan isteri. Pening kepala aku dengan pilihan yang mummy bagi dekat aku ni Rel.” Cerita Zefrieq sambil memicit kepalanya yang tiba-tiba berdenyut sakit itu. Boleh migraine aku seminggu fikir masalah ni.
“Kau setuju dengan pilihan yang mummy kau bagi?” Soal Farel ingin tahu. Patutlah sedari tadi wajah sepupunya itu muram semacam. Dia sendiri sudah masak dengan perangai Zefrieq, setelah kecewa dalam percintaan 4tahun lepas. Hati sepupunya itu seolah-olah tiada ruang langsung untuk mana-mana wanita yang pernah dia kenal.
I have no choice. Kau tahu kan mummy aku tu macam mana, selagi aku tak tunaikan apa yang dia nak. Selagi tu lah telinga aku berdesing setiap hari kena bebel. Aku dah bosan betul dengar perkataan “kahwin”.” Ujar Zefrieq meluahkan perasaan. Farel yang menjadi pendengar setia menghamburkan tawanya.
“Yang kau gelak ni apahal samdol? Apa kelakar sangat ke cerita aku tadi tu? Lawak sangat ke sampai over sangat ketawa ni?” Soal Zefrieq geram dengan tingkah laku sepupunya itu.
“Kau tu yang kelakar Zef. Pantang cakap pasal kahwin, amboi kau punya marah. Tak ingat dunia. Apa yang kau nak pening kepala. Mummy kau bagi masa 2tahun, bukan 2hari. Banyak lagi masa.” Ujar Farel setelah tawanya reda.
“Kau cakap memang lah senang Rel. Tak kena atas batang hidung kau. Cuba Pak Long dengan Mak Long buat keputusan macam ni tentang masa depan kau, mahu tercirit kau dibuatnya.” Balas Zefrieq sambil meneguk jus kiwi yang dipesannya tadi sehingga habis.
“Hisy kau ni! Apa kena mengena aku dengan masalah kau ni? Ayah dengan umi aku sporting, diaorang bukan kisah pun kalau aku membujang sampai ke tua.” Balas Farel sambil tersengih. Mujurlah ayah dan umi nya tidak mendesak supaya suruh dia berkahwin cepat. Farel yang baru menjangkau usia 27 tahun bercita-cita untuk menamatkan zaman bujangnya sebelum umurnya memasuki angka 30.
“Kalau lah fikiran mummy aku tu macam parents kau, tak adalah aku nak pening kepala macam ni. Boleh botak licin kepala aku ni fikir.”
“Yang kau nak pening kepala sangat ni kenapa? Masalah ni boleh settle. Kau kahwin dengan Qaira. Kan senang? Aku dengar cerita dia dah balik Malaysia and jadi janda meletop gitu. Lawa pun lawa. Sesuai dengan taste kau yang tinggi melangit tu.” Farel memberikan cadangan. Dia juga mempunyai pandangan yang sama seperti ibu saudaranya itu. Dia merasakan Qaira wanita yang terbaik untuk bergandingan dengan lelaki cerewet seperti Zefrieq Ezzraf.
“Kau dengan mummy ni sama naik lah. Haisy! Kau boleh bayangkan tak, orang yang selama ni kita anggap bestfriend, yang dah lama berkawan dengan kita. Tiba-tiba nak jadi wife, kau tak rasa pelik ke?” Soal Zefrieq ingin tahu tentang pendapat sepupunya itu. Dia tidak faham mengapa semua yang rapat dengannya mengatakan bahawa Qaira adalah wanita yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Walhal, tiada sekelumit perasaan cinta buat gadis itu.
“Sebelum kau jatuh cinta dengan seseorang, kau kenal dia dulu kan? Kenal hati budi masing-masing, kemudian jadi kawan. So aku tak nampak apa-apa masalah bercinta dengan kawan baik sendiri.” Balas Farel seperti pakar motivasi cinta lagaknya.
“Masalah bagi aku. Sebab hati aku langsung tak cinta kan dia. Kita orang memang rapat ibarat orang tengah syok bercinta, tapi aku percaya. kalau kau tanya Qaira sendiri, jawapan yang sama kau akan dengar dari mulut dia.”
“Kau tu sebenarnya yang bermasalah Zef. Kau terlalu perjudis tentang cinta, kau fikir perempuan ni semua sama ke? Bagi lah peluang untuk diri kau rasa kebahagiaan bercinta.” Farel  sering sahaja menjadi penasihat tidak bertauliah Zefrieq. Namun kata-kata nasihatnya kadang kala sia sia sahaja kerana lelaki yang bernama Zefrieq Ezzraf terlalu keras kepala dan mahu ikut rentak hidupnya sahaja.
“Cinta bukan membahagiakan. Cinta punca aku derita sampai sekarang Rel.” Ujar Zefrieq lemah. Disebalik kata-katanya itu Farel dapat mengesan ada nada kecewa yang masih bersisa dalam diri lelaki itu.
“Apa salahnya kali ini, kau korbankan kekecewaan kau untuk buat mummy kau bahagia. Sebelum semuanya terlambat Zef.”
“Entah lah Rel. Aku tak reti lah nak bercakap pasal jodoh ni. Aku serahkan semuanya pada Allah S.W.T. Tak larat nak fikir lama-lama.” Balas Zefrieq melepaskan keluhan berat.
“Kalau setakat kau serahkan semuanya pada Yang Maha Esa tanpa berusaha, tak guna juga.” Ujar Farel sebelum dia berlalu dia berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Zefrieq hanya terdiam memikirkan kata-kata Farel sebentar tadi.

****
Zefrieq memerhatikan setiap sudut biliknya. Perlahan-lahan dia mendekati perabot yang berada di dalam biliknya itu. Kemudian dia bergerak ke arah sofa yang terletak di sudut ruangan bilinya itu, disentuh dan dicium bau sofa itu. Dia mendengus kasar. Langkah di atur menuju ke arah mejanya semula. Butang interkom ditekan kasar.
“Risya. Masuk bilik sekarang!” Tegas kedengaran suara Zefrieq Ezzraf memberikan arahan kepada staf nya.
“Masuk!” Laung Zefrieq dari dalam. Sebaik sahaja Fathrisya melangkah masuk ke dalam bilik boss nya itu, Zefrieq menghentak sekuat hati meja kerjanya membuatkan gadis itu tersentak bukan kepalang.
“Apahal pula mamat sakit otak ni. Dah buang tebiat ke pagi pagi buta perangai seperti orang hilang akal.” Bebel Fathrisya yang tidak mengerti mengapa lelaki itu boleh naik angin sebegitu rupa.
“Encik. Encik okay tak ni? Sakit ke?” Soal Fathrisya teragak-agak. Namun hatinya mendesak untuk memulakan bicara antara mereka. Kalau dilihat wajah Zefrieq yang masam mencuka itu, tiada tanda-tanda untuk dia memulakan perbualan antara mereka.
“Memang aku tengah sakit otak dengan staf bendul macam kau ni! Boleh aku tahu kenapa sofa aku tu berbau? Kau pergi cium bau dia macam bau ketiak pemain bola sepak yang dah sebulan tak mandi. Ni…” Dihalakan jarinya ke permukaan meja kerjanya. Lalu, disapu tangannya dan diangkat ke atas.
“Berhabuk!” Sambung Zefrieq lagi.
“Itu je? Boss punya mengamuk macam nak terbalik pejabat ni. Saya ingatkan ada masalah besar apalah tadi.” Balas Fathrisya selamba. Entah mengapa, sejak dua menjak ini, dia gemar menyakitkan hati lelaki itu. Seronok pula apabila sering bergaduh dengan Zefrieq Ezzraf. Meskipun kata-kata lelaki itu sangat pedas, namun ada kalanya dia berasa lucu setiap kali Zefrieq memarahinya tanpa sebab.
“Kau jangan sengaja nak uji kesabaran aku Risya! Dah berapa lama cleaner ofis ni tak bersihkan bilik aku? Berhabuk sekali perabot dalam bilik ni! Aku dah bersin beribu kali sebab habuk ni, kau tahu tak aku sensetif habuk?” Soal Zefrieq yang kegeraman melihat reaksi gadis itu yang tidak takut akan amukannya. Zefrieq Ezzraf memang seorang lelaki yang sangat cerewet. Habuk sebesar kuman juga menjadi masalah yang besar dalam hidupnya. Sememangnya dia seorang yang menjaga kebersihan dan sentiasa mementingkan kekemasan namun kadang kala keterlaluan. Siapa saje pastinya tidak tahan dengan perangai aneh lelaki itu.
“Lupa nak bagitahu boss, Kak Lijah ambil cuti kecemasan. Anak dia sakit dekat kampung. Dengaranya lebih kurang 4hari juga dia ambil cuti. So dah masuk 3hari bilik boss tiada siapa kemas.” Jawab Fathrisya jujur.
“Risya. Kau ni sebenarnya nak ke tak nak kerja dekat sini lagi? Benda senang macam tu pun kau tak boleh nak inform dekat aku? Dah 3hari kau biarkan bilik ni tak berkemas. Mana pergi cleaner yang lain? Mana?!” Tengking lelaki itu melepaskan amarahnya yang membuak-buak. Mood paginya itu dicemari dengan perkara sebegini.
“Okay boss. Sorry. Saya minta maaf sangat. Saya betul-betul terlupa nak bagitahu boss padahal semalam Kak Dhieya dah pesan dekat saya suruh inform dekat boss. Salah saya.” Ujar Fathrisya sambil kepalanya ditunduk. Tidak berani ingin bertatapan dengan sepasang mata milik Zefrieq Ezzraf yang sedang tajam merenung dirinya.
“Sepatutnya kau kena faham apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Aku bukan suruh kau jadi bibik aku. Susah sangat ke kau nak puas kan hati seorang boss? Kalau kau tak boleh nak selesaikan kerja semudah ini, berambus je lah daripada sini. Tak kuasa aku nak simpan pekerja  lurus bendul.” Keras suara lelaki itu. Fathrisya mulai gerun melihat wajah Zefrieq yang semakin tegang. Benarlah apa yang dikatakan oleh staf-staf lain, sesiapa yang mahu menjadi setiausaha kepada lelaki itu haruslah cekalkan hati, perangainya aneh sungguh. Sakit jiwa Fathrisya melayan kerenah Zefrieq yang dianggap tidak wajar itu.
“Alah Encik. Cuba lah cool sikit. Kalau nak marah tu cuba bawa mengucap sikit. Saya tak sengaja. Saya janji lepas ni saya tak ulangi lagi. Encik nak suruh saya panggilkan cleaner ofis yang lain ke?” Soal Fathrisya sopan. Bimbang jika ketelanjuran kata-katanya akan menyebabkan suhu kemarahan lelaki itu semakin bertambah.
“Kau jangan nak mengajar aku lah bendul! Tak payah! Bila aku dah mengamuk macam ni. Baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini. Tak payah tunjuk bagus lah.” Balas Zefrieq sambil bermain-main dengan pen biru di tangan kirinya.
“Habis tu Encik nak suruh saya buat apa ni? Kalau setakat Encik panggil saya masuk sekadar nak tunjuk baran Encik tu, rasanya tak perlu kot. Banyak lagi kerja lain saya kena buat.” Balas Fathrisya yang sudah mula hilang sabar dengan kata-kata Zefrieq yang sentiasa merasakan dirinya sahaja yang sempurna.
“Bersihkan semua perabot yang ada dalam bilik aku ni. Barang-barang atas meja jangan sentuh. Cuma bersihkan habuk. Sofa tu, buat lah macam mana cara sekalipun. Yang penting aku tak nak bau hapak ni terperap dalam bilik aku.”
“Kan senang kalau boss bagi arahan daripada tadi. Okay bisa diatur boss. Saya akan ambil alih sekejap tugas Kak Lijah sepanjang dia tak ada. Tak ada masalah lah boss. Kecil punya hal maa.” Ujar gadis itu sambil memetik jarinya tanda benar-benar yakin. Zefrieq sudah tersenyum sinis.
“Bukan untuk beberapa hari, tapi setiap hari.” Balas Zefrieq seraya bangkit dari kerusi empuknya itu.
“Hah? Setiap hari?” Soal Fathrisya terkejut sambil mulutnya ternganga luas.
“Tutup mulut tu. Bau belacan basi dah.” Tegur Zefrieq sambil menekup lubang hidungnya. Gadis itu cepat-cepat menutup mulutnya kembali.
“Ya setiap hari Cik Ainur Fathrisya. Apahal? Terkejut? Tadi berlagak sangat kan. Apa salahnya kau gantikan tugas Kak Lijah. Muka kau tu pun dah macam penyapu. Sesuai sangat.”
“Saya dibayar untuk kerja sebagai PA boss. Bukan nak kena buat benda-benda macam ni. Tak kuasalah saya dengar arahan mengarut boss ni.” Ujar Fathrisya menentang arahan yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut lelaki itu. Masakan dia mahu mengambil alih semua tugas Kak Lijah. Tak cukup tangan dia. Kerja yang sedia ada pun terlampau banyak. Zefrieq sering sahaja membuli dirinya.
“Kau tahu kan aku jenis manusia yang tak suka dengar perkataan “tak” keluar dari mulut orang yang aku dah bagi arahan. So kau tahu apa yang patut kau buat sekarang kan?” Soal Zefrieq sambil mencampak bulu ayam ke muka gadis itu. Fathrisya hanya menahan rasa.
“Encik Zefrieq. Belajar hormat perempuan boleh tak?” Soal Fathrisya tanpa gentar. Dikutip bulu ayam lalu dipegang kemas. Mahu sahaja dipukul-pukul bossnya itu dengan bulu ayam itu. Sebal sungguh dirinya pagi itu.
“Tak boleh. Apa kau nak buat?” Soalan dibalas dengan soalan. Zefrieq  membalas renungan gadis itu.
“Tak ada apa-apa lah.” Balas Ainur Fathrisya yang sudah malas mahu memanjangkan pertelingkahan yang tercetus antara mereka. Dia segera mengatur langkah medekati kabinet yang menyimpan pelbagai jenis fail syarikat.
“Aku nak kau gunakan penyembur wangian berperisa lavender untuk bilik aku ni. Tukar seminggu sekali. Aku nak sentiasa wangi. Aku bagi masa kau 10 minit, aku nak semuanya bersih bila aku masuk balik.” Ujar Zefrieq lalu dengan langkah bersahaja dia mengatur langkah ingin keluar dari biliknya sambil menyanyi kecil. Dia sempat menghadiahkan senyuman kemenangan buat gadis itu.

“Tak guna betul lah dia ni! Bencinya aku dengan kau ni si monster berlagak!” Jerit gadis itu dan dengan kasar dia membersihkan habuk yang berada di meja lelaki itu. Bengang sungguh melihat bossnya itu mempermainkan dirinya.

Mr. Perfect Annoying! Bab 16

“Zef.” Sapa Farel mesra sejurus tubuh lelaki itu masuk ke dalam ruang pejabat sepupuna itu. Kelihatan Zefrieq sedang leka bermain game di telefon pintarnya. Farel hanya menggeleng mellihat tingkah laku Zefrieq yang kaki game itu.
“Hoi! Company ni nak bankrupt!!” Jerit Farel lantang setelah dia melihat lelaki itu hanya diam membisu. Leka sungguh dengan dunianya sendiri.
“Bankrupt? Macam mana kau buat kerja ni Farel?!” Soal Zefrieq terkejut seraya berdiri. Dicampak kasar telefon bimbitnya di atas meja. Orang kaya, mudah sahaja dicampak-campak barang mahal seperti itu.
“Zef Zef. Aku bergurau je lah. Dah tu, kau ralit sangat dengan game kau tu. Aku tegur pun kau tak perasan. Sudah-sudah lah tu Zef, ada ke patut seorang boss curi tulang masa kerja?” Soal Farel Aimar sambil mengerutkan dahinya.
“Kau ni memang sengal lah! Mati-mati aku percaya tadi tahu tak. Ni bukan curi tulang. Ini nama dia senaman ringan untuk hilangkan tekanan.” Balas Zefrieq sambil duduk kembali dan mencapai semula telefon pintarnya.
“Kalau orang lain yang curi tulang, bukan main mengamuk macam ribut taufan. Ini kalau dia yang buat tak apa pula ya.” Ujar Farel kedengaran sinis. Zefrieq hanya menayang sengih mendengar kata-kata sindiran lelaki itu. Tidak marah pula dia.
“Ada apa kau nak jumpa aku ni? Any problem?” Soal Zefrieq sambil menyambung kembali kerjanya. Matanya tertancap di skrin komputer.
“Aku nak serahkan dekat kau senarai nama syarikat yang mohon tender dengan syarikat kita. Semua ada dalam ni. Aku dah siapkan dalam satu fail.” Balas Farel sambil menghulurkan fail berwarna kelabu kepada Zefrieq.
“Berapa banyak syarikat yang apply kali ni?” Soal Zefrieq sambil membelek sekilas fail itu. Dia tidak berminat untuk melihat isi kandungan fail itu. Matanya terus memandang skrin komputer sambil jari jemarinya laju menaip sesuatu.
“Semua sekali 10buah syarikat. Tapi yang ada dalam fail tu cuma 5 buah syarikat yang aku senarai pendek. So, aku nak kau pilih sendiri mana satu syarikat yang betul-betul layak dapat tender tu.” Terang Farel panjang lebar. Dia sedar akan kedudukannya dalam syarikat ini. Segala keputusan berkaitan dengan kerja haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada sepupunya itu.
“Kelima-lima buah syarikat ni, ada tak yang kita pernah bekerjasama sebelum ni? Kau dah semak?” Soal Zefrieq serius. Dia berhenti menaip dan matanya diluruskan memandang Farel Aimar yang duduk di hadapannya itu.
“Tak ada. Kita tak pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang aku senaraikan tu. Kau nak aku cari syarikat yang kita pernah bekerjasama ke? Kalau nak, nanti aku buat rombakan semula. Aku semak balik.”
No need. Proceed je dengan 5syarikat yang kau dah list kan tu. Kau pilih lah yang mana betul-betul layak dan tak memberi apa-apa masalah kepada kita. Yang boleh beri sepenuh komitmen.”
“Mana boleh macam tu. Kau je lah yang decide. Kau lebih…”
“Aku percayakan kau Farel. But make sure sebelum kau decide nak serahkan tender tu, kau selidik dan kaji company tu. Lepas tu, barulah decide. Pastikan semuanya smooth.” Arah Zefrieq sambil menyerahkan kembali fail tersebut kepada Farel.
Are you sure Zef?” Soal Farel mahukan kepastian.
“Kalau aku tak boleh nak percaya kan kebolehan kau, baik aku tak payah panggil kau kerja dekat sini.”
Alright. Thank you bro sebab percaya kan aku. Ada apa-apa lagi tak? Kalau tak ada, aku masuk bilik dulu.
“Teman aku lunch nanti.” Balas sebelum Farel Aimar bangkit dari duduknya.
“Aku ajak Risya sekali eh? Boleh kan?” Soal Farel sambil memandang tepat ke arah sepupunya. Sengaja dia menyebut nama gadis itu untuk melihat reaksi Zefrieq.
“Kau dah kenapa nak ajak perempuan kampung tu sekali? Boleh muntah aku kalau duduk semeja dengan dia. Tak payah nak mengada.” Balas Zefrieq kasar. Apa sahaja yang berkaitan dengan setiausahanya itu, pasti akan menyebabkan dia melenting tidak tentu pasal.
“Apa salahnya. Bukan ajak orang lain. Setiausaha kau juga. Kira boleh lah ni Zef? Kalau tak boleh, aku makan berdua je dengan dia.” Ujar Farel selamba.
“Berani lah kau makan berdua dengan dia kalau kau nak tengok gaji dia kena potong lagi. Kau jangan cari masalah Rel.” Balas Zefrieq yang jelas tidak suka akan gadis itu. Farel hanya menggeleng kepala mendengar kata-kata sepupunya itu.
“Zef, Zef. Bila lah agaknya kau nak berubah.” Desis Farel dalam hati sebelum berlalu meninggalkan Zefrieq yang sedang tekun menghadap skrin komputer.

*****
Datin Zulaikha mengetuk pintu bilik kerja anaknya perlahan. Tiada sebarang sahutan dari dalam bilik. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke bilik anaknya itu.
“Mummy. Dah lama mummy masuk?” Soal Zefrieq yang baru sahaja keluar dari bilik air. Dia yang hanya memakai seluar pendek serta singlet mengambil tempat di sebelah mummy nya yang duduk di atas sofa di dalam bilik kerjanya itu. Begitulah rutin harian Zefrieq, kebiasannya selepas pulang dari tempat kerja, dia pasti akan menghabiskan masanya di bilik kerjanya di rumah banglo 2tingkat itu.
“Baru je ni Zef. Banyak sangat ke kerja nya tu? Sampai bawa balik rumah.” Soal Datin Zulaikha yang tidak senang dengan sikap anaknya yang tidak tahu membezakan antara waktu rehat dan waktu kerja. Di dalam kepalanya sentiasa memikirkan soal kerja.
“Sikit je my. Zef tengah siapkan proposal. Mummy dah makan?” Soal Zefrieq sambil tersenyum.
“Berapa kali mummy nak cakap yang mummy tak suka Zef bawa balik hal pejabat ke rumah. Susah sangat ke Zef nak luangkan masa dengan mummy?” Soal Datin Zulaikha. Nadanya sudah bertukar. Zefrieq terkejut melihat reaksi mummy nya yang tiba tiba naik angin itu. Dia memegang erat jari jemari wanita itu.
“Mummy. Zef minta maaf okay my? Zef cuma tak nak masa Zef dihabiskan dengan benda yang tak berfaedah. Itu je. Zef tak ada niat nak sakitkan hati mummy.” Balas Zefrieq yang sudah berasa bersalah itu. Tidak sangka yang perbuatannya menyakitkan hati mummy nya.
“Kalau dah tahu tak ada benda berfaedah yang Zef nak buat bila dekat rumah. Cepat-cepatlah kahwin. Boleh belai isteri.” Balas Datin Zulaikha lembut. Nada suaranya sudah tidak tinggi seperti tadi.
Zefrieq hanya menggeleng kepala mendengar bicara mummy nya itu. Tak habis-habis bercakap mengenai perkahwinan. Sudah buntu Zefrieq dibuatnya apabila setiap kali mummy nya membuka topik yang cukup tidak disukainya itu. Dia kemudiannya melepaskan keluhan berat.
“Mummy bagi Zef pilihan. Kalau dalam masa 2tahun Zef masih takdapat carikan mummy menantu. Kahwin dengan pilihan hati mummy.” Ujar Datin Zulaikha membuat keputusan. Dia sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk memujuk anaknya itu. Hanya cara itu sahaja yang mampu dia lakukan.
“Mummy! Mummy ingat tempoh 2tahun tu lama ke my? Pejam celik pejam celik, dah 2tahun. Please jangan bagi Zef tertekan dengan pilihan mummy ni.” Balas Zefrieq seraya bangun dari duduknya. Terkejut mendengar pilihan yang diberikan oleh mummy nya. masakan sempat dalam masa 2tahun dia mahu mencari seorang kekasih. Dia membuang pandang kea rah tingkap biliknya.
“Zef nak dengar cakap mummy ataupun Zef nak ikut kepala Zef je? Kalau Zef tak nak dengar cakap mummy, tak apalah. Jangan tanya kenapa kalau lepas ni mummy jarang bercakap dengan Zef.” Balas Datin Zulaikha keras. Zefrieq sudah tidak tahu mahu buat apa lagi saat ini. Dia duduk melutut di hadapan mummy nya itu. Muka masam mummy nya ditatap penuh kasih.
“Zef ikut cakap mummy. Kalau dalam masa 2tahun ni Zef takdapat cari permaisuri dihati Zef. Mummy buatlah keputusan, siapa yang layak jadi isteri Zef.” Balas Zefrieq akur.
“Mummy buat semua ni untuk Zef. Jangan lah Zef fikir mummy sengaja nak atur hidup Zef. Mummy sayang Zef.” Ujar Datin Zulaikha yang tidak mahu anaknya salah faham dengan keputusannya itu. Zefrieq hanya tersenyum memandangnya.
“Tak mummy. Zef tak salahkan mummy pun. Zef sayang mummy. I will do anything for you. Kebahagiaan mummy, keuatamaan Zef.” Balas Zefrieq seraya memimpin tangan mummy nya mendekati pintu bilik kerjanya.
“Mummy tak makan lagi kan? Jom zef teman mummy makan.” Pelawan Zefrieq sambil tersenyum. Perlahan-lahan ditutup pintu bilik itu lalu mereka berdua berlalu ke ruang makan.
  *Nak lagi ke? cukup lahh ehh malamm ni se bab jee. boleh kan? enjoy reading


Mr. Perfect Annoying?

Hi readers, Nak lagi ke Next bab Mr. Perfect Annoying? Ni still ada saya simpan terperuk dalam lappy ni, hehe malas pula nak upload. Alahai sem4 dah nak buka tirai. malasnya nak back to reality, malasnya nak back sebagai budak politics. Dunia aku dunia menulislahhh haihh. Cerpen/ novel direhatkan selama 20hari. Lama tak lama kot bagi aku sebab aku ni suka menulis, haih seksa den kena gantung lappy selama 20days. So nak jawab pertanyan readers di penulisan2u. "adakah cerpen Alasan Untuk Bahagia akan ada sambungan?" okay so jawapan dia nope. sebab apa? sebab aku ni student lagi. kalau skrang tengah cuti sem and cerpen tu keluar time cuti sem yes maybe akan ku usahakan untuk buat sambungan. but cuti sudah habis maa. sudah tarak bisa rancak menulis lagi. aku bukan jenis org y bleh buat dua benda dalam satu masa. and aku jenis y jaga pointer, aku jenis y jaga study aku even aku takminat benda y aku tengah belajo ni. law. akta. election. huihh takminat langsung. tapi kata orang, tak semestinya apa y kita minat kita akan dapat. so rezeki dh ada depan mata, hadam sahajalah. katsana nanti for sure busy, yeahh sebab sem4 banyak project mmmmm so cmne nak menulis? takda ruang dh kot. Till we meet again readers, maceh kepada y stick dengan e-novel mr.perfect annoying dri awal smpai skrang, maceh (:

Wednesday 26 November 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab15

Zefrieq mematikan enjin keretanya sejurus kereta mewahnya memasuki perkarangan rumah keluarganya itu. Dari dalam kereta dia merenung mummynya yang sedang duduk bersantai di laman rumah. Pantas kaki dibawa mendekati mummy nya itu.
“Mummy. Mummy kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni my?” Soal Zefrieq selepas tangan mummy nya disalam penuh kasih. Dia mengambil tempat di hadapan mummy nya
“Saje ambil angin. Bosan lah duduk dalam.” Balas Datin Zulaikha sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan kosong yang baru di bawa oleh pembantu rumahnya.
“Zef dari mana? Dah makan?” Soal Datin Zulaikha prihatin sambil dihulur cawan kepada anaknya itu. Zefrieq menyambut huluran mummy nya itu sambil tersenyum.
Thanks my. Dah, Zef makan dekat rumah Qaira tadi. Lupa nak bagi tahu mummy yang Zef nak keluar, sebab Zef jenguk bilik mummy sebelum Zef nak keluar tadi mummy tengah solat.”
“Qaira? Qaira mana pula ni Zef? Girlfriend  Zef?” Soal Datin Zulaikha sambil mengerutkan dahinya. Seingatnya nama yang baru sahaja meniti di bibir anaknya itu seperti pernah didengarinya. Namun kotak ingatannya terhenti disitu. Maklumlah sudah lanjut usia, ingatan sudah tidak secergas dulu.
“Mummy dah lupa pasal Qaira kawan baik Zef tu? Qaira anak uncle Zaid tu my. Ingat tak?” Cerita Zefrieq untuk mengembalikan kembali memori mummy nya itu. Sudah 3tahun Qaira menghilangkan diri darinya, sudah tentu mummy nya juga sudah terlupa akan wanita itu.
“Ohh, anak Dato’ Zaid dan Datin Adilah. Mummy hampir lupa pasal dia lah Zef. Eh, bukan ke dia menetap terus dekat London lepas kahwin dengan mat salih tu?” Soal Datin Zulaikha kehairanan. Zefrieq hanya tersenyum mendengarnya.
“Ingat pun. Jodoh dia dengan bekas suami dia tak panjang lah my. Diaorang dah bercerai. Qaira pulang semula ke Malaysia untuk mulakan hidup baru. Dengan anak dia.” Terang Zefrieq menceritakan hal sebenar.Datin Zulaikha mengangguk tanda faham akan cerita yang baru sahaja disampaikan oleh anaknya.
“Tengok kawan baik Zef tu. Dah ada anak dah pun. Cuma jodoh dia saje tak panjang. Yang Zef ni bila lagi?” Soalan yang keluar dari mulut mummynya itu menyebabkan Zefrieq tersedak. Datin Zulaikha hanya tersengih melihat anaknya itu yang pantang apabila dia mula membahaskan topik tentang perkahwinan.
“Apasal pulak nama Zef tiba tiba naik ni my. Kita tengah cakap pasal Qaira. Bukan pasal Zef. Lain orang lain ragam mummy. Kan dah banyak kali Zef cakap Zef tak bersedia lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.” Balas Zefrieq sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangannya.
“Zef. Mummy ni dah tua. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa mummy. Zef tak nak bahagiakan mummy ke Zef? Selagi mummy masih bernyawa ni.” Ujar Datin Zulaikha sebak. Nada suaranya juga sudah bertukar. Dia sebak mengenangkan anaknya itu masih lagi tidak mahu menamatkan zaman bujangnya, risau jikalau dia dipanggil menghadap Ilahi terlebih dahulu. Siapa yang akan menjaga makan pakai anaknya itu? Kegusaran terbit di hatinya.
“Mummy. Bukan Zef tak nak kahwin my. Bukan Zef sengaja biarkan hidup Zef kosong tanpa cinta. Tapi semua ni sebab hati Zef masih sakit. Jangan lah mummy anggap keakraban Zef dengan Qaira akan menimbulkan bibit cinta antara kami. Qaira tu Zef dah anggap macam adik Zef sendiri. Kitaorang rapat pun sebab dah lama berkawan. Itu sahaja mummy.” Terang Zefrieq panjang lebar. Sebelum mummy nya menyuruh dia menikahi sahabat baiknya itu, ada baiknya jikalau dia memberitahu kedudukan sebenar. Dia tidak mahu mummy nya mendesak supaya dia berkahwin buat masa ini.
“Apa salahnya Zef. Qaira bukan isteri orang lagi. Daripada Zef asyik jumpa dia selalu dekat luar, ada baiknya Zef jadikan dia isteri. Elak maksiat. Lagipun bukan mummy tak kenal dengan keluarga Qaira. Kalau Qaira pilihan hati Zef, mummy tak membantah.”
“Kan dah cakap. Mummy mesti nak jodohkan aku dengan Qaira. Haisy tak tahu lah macam mana nak terangkan bagi mummy faham.” Gerutu Zefrieq dalam hati. Tekaannya tepat pula kali ini.
“Qaira dengan Zef akan selamanya berkawan baik. Takpernah timbul perasaan cinta dalam hati Zef untuk dia. Zef rasa dia pun macam tu juga. Okay lah my, dah lewat ni. Zef masuk tidur dulu ya. Mummy jangan tidur lewat sangat, nanti sakit. Love you my.” Zefrieq bingkas bangun lalu dia menghadiahkan ciuman penuh kasih di pipi kanan mummynya itu. Bimbang dirinya akan deleteri tentang statusnya yang masih belum kahwin itu, dia mengambil langkah selamat untuk meminta diri. Datin Zulaikha hanya tersenyum mengangguk mendengar kata-kata anaknya itu. Dia harus akur dengan kehendak anaknya.

*****                                                                            
“Masuk bilik saya sekarang.” Zefrieq memberi arahan kepada setiausahanya yang sedang leka membaca surat khabar. Sengaja dia masuk awal ke ofis pada pagi ini untuk meneliti fail sebelum mesyuarat bermula. “Amboi sedap nya kau baca surat khabar sambil goyang kaki eh.” Gerutu Zefrieq dalam hati. Dihentak kuat meja itu sehingga menyebabkan gadis itu sedikit tersentak.
“Dah pekak ke bisu? Ke dua-dua? Aku cakap, masuk bilik aku sekarang! Now!” Ujar Zefrieq dengan nada yang sedikit meninggi. Dia sudah hilang sabar melihat gadis itu tidak memberi respond tentang arahannya itu. Dengan pantas dia meninggalkan gadis itu dan berlalu ke biliknya.
Fathrisya mengeluh perlahan. “Macam mana lah aku boleh tak perasan si singa tu ada depan aku tadi? Haisy, habis lah kena sembur kejap lagi.” Bebel Ainur Fathrisya dalam hati, dia tidak tahu mengapa begitu leka dia membaca surat khabar sehinggakan lelaki itu berdiri di hadapan mejanya juga tidak disedari.
“Ada apa yang boleh saya bantu, Encik?” Soal Fathrisya lembut selepas dia mendapat arahan untuk masuk ke dalam bilik lelaki itu.
“Kalau kau rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa, duduk goyang kaki baca berita-berita sensasi. Tak payah datang ofis. Syarikat ni tak perlukan pekerja pemalas macam kau.” Marah Zefrieq yang geram dengan sikap gadis itu yang tidak mengendahkan kehadirannya sebentar tadi.
“Boss. Saya minta maaf sangat-sangat pasal tadi. Saya memang betul-betul tak dengar dan tak perasan langsung boss dah berdiri terpacak depan saya tadi.” Fathrisya meminta maaf dengan seikhlas hatinya. Dia sendiri mengakui silapnya tadi. Meskipun hanya kesilapan kecil yang dia lakukan, namun apabila berhadapan dengan lelaki sakit otak ini. Sudah tentu kesalah kecil itu dianggap kesalahan yang sangat besar baginya. Fathrisya mengeluh mengenangkan sikap bossnya itu.
“Memang lah tak perasan. Sebab dalam kepala otak tu fikir nak dapat gaji atas angin je. Dasar pemalas!” Sindir Zefrieq kedengaran sinis sekali.
“Boss. Dalam kamus hidup boss memang tak boleh terima kata-kata maaf daripada orang lain ke?” Fathrisya menyoal dengan beraninya namun pandangannya tidak di halakan kepada lelaki itu. Dia hanya memandang ke luar bangunan dengan pandangan kosong.
“Ada. Tapi bukan untuk kau. Aku nak kerja kau semua perfect. Kesalahan sekecil habuk yang kau buat pun akan aku anggap sebesar penumbuk aku ni.” Ujar Zefrieq sambil menayang buku lima kepada gadis itu. Fathrisya hanya membuat riak muka selamba.
“Memang boleh sakit jiwa kalau lama-lama cakap dengan boss ni. Sebenarnya boss panggil saya masuk bilik ni ada apa ya? Kalau sekadar nak sakitkan hati saya tak payah kot. Tak takut dosa ke boss?” Selamba gadis itu membalas kata-kata Zefrieq. Kadang kala dia juga hilang sabar melayan perangai Zefrieq yang terlalu pelik itu.
“Apa masalah kau ni perempuan?! Kalau kau nak berlagak alim bukan dekat sini. Tu dekat surau sana pergi bersyarah puas-puas. Ada hati nak nasihat orang, diri sendiri tersembam masuk parit. Tak sedar diri punya perempuan kampung!” Zefrieq menjadi angin secara tiba-tiba mendengar kata kata gadis itu yang menyindir dirinya. Entah mengapa hatinya sering sahaja panas apabila berkomunikasi dengan gadis itu.
“Saya sedar boss. Saya ni memang kampung, anak orang miskin, lurus bendul, hodoh. Lagi apa yang boss nak hina saya? Teruskan lah sebab saya ni batu yang tak punya perasaan.” Balas gadis itu mendatar. Zefrieq tersentuh mendengar bicara gadis itu. Belum pernah gadis itu bersuara sebegitu seolah-olah sangat terasa dengan kata-katanya sebentar tadi. Namun dia tetap mempertahankan egonya, tidak mahu tampak lelaki yang mudah berlembut dengan wanita.
“Kau tak payah nak terasa sangat sebab pada aku, kau tu tak membawa apa-apa kepentingan dalam hidup aku. So, sangat tak penting untuk aku jaga perasaan kau.”
“Kan saya dah cakap tadi yang saya ni batu. Tak perlu boss nak susah-susah jaga perasaan saya. Biar saya sorang je jaga perasaan boss. Boss kan boss, boleh buat apa sahaja.” Balas Fathrisya sambil tersenyum kelat.
“Bendul. Pukul berapa meeting aku pagi ni?” Soal Zefrieq mengubah topik. Dia sedang leka mencari sesuatu di dalam lacinya.
“Pukul 10 pagi Encik boss. Cari apa tu boss?” Soal Fathrisya apabila melihat lelaki itu masih tidak menemui apa yang dicarinya.
Phone. Aku tak rasa aku tinggal dekat rumah. Haish toyol mana pula ambil ni!” Bentak Zefrieq sambil tangannya menolak kasar semua benda yang berada di atas mejanya. Mujurlah laptop yang terletak di sudut kiri mejanya tidak dicampak ke bawah. Fathrisya hanya menggeleng kepala melihat boss nya yang mudah mengamuk itu. “Agaknya lelaki yang pegang jawatan besar-besar memang sakit otak kot.” Bebel hatinya lagi.
“Kau tengok apa hah?! Tolong lah cari sekali.” Bentak Zefrieq kegeraman apabila melihat gadis itu hanya menjadi pemerhati.
Terperanjat Fathrisya dengan tengkingan lelaki itu. Lantas dia duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik itu. Diraba-raba sofa itu untuk mencari telefon bimbit milik lelaki itu. Tiba-tiba dia bingkas bangun dan meluru ke arah bossnya.
“Kau ni apahal tiba-tiba datang dekat aku ni? Nak apa hah?” Soal Zefrieq pelik dengan tingkah laku gadis itu yang hanya berdiri beberapa inchi dari dirinya.
Tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu, dia menyeluk ke dalam poket kecil kemeja lelaki itu. Zefrieq tergamam dengan tindakan spontan gadis itu.
“Woi! Apa benda kau buat ni gila!” Jerit Zefrieq yang tersentak dengan kelakuan gadis itu.
“Boss ni memang amnesia tahap terlampau tau! Tadi saya perasaan boss sendiri yang masuk kan phone boss dalam poket seluar boss. Letak dekat tempat lain. Cari dekat kutub selatan. Boss boss.” Ujar Fathrisya sambil mengeluarkan telefon bimbit lelaki itu dan ditayang di awang-awangan. Zefrieq yang sedang menahan bengang kerana ditegur sebegitu merampas kasar telefon bimbitnya dari tangan gadis itu. Fathrisya menahan gelak melihat keletah lelaki itu.
“Muda-muda dah nyanyuk, kesian betul dekat bakal bini boss nanti.” Sempat pula dia mengenakan lelaki itu yang masih lagi menunjukkan wajah masa mencuka. Dia tunduk mengutip kertas dan juga barang-barang lelaki itu yang berselerakan di atas lantai. Disusun kembali di atas meja bossnya. Tidak dipedulikan mata lelaki itu yang sedang tertancap memandangnya.
“Kau dah lama tak makan penumbuk ke Risya? Atau teringin nak kena buang kerja?” Soal Zefrieq sambil matanya mencerlung memandang gadis itu. “Geram betul aku dengan kau ni perempuan, rasa macam nak cekik je si bendul ni!” Bentak Zefrieq dalam hati menahan marah.
“Eleh. Boss bukan ada sebab yang munasabah pun nak buang saya kerja. Orang comel macam saya ni boss, bersepah tau majikan nak.”
“So tak kisah lah kalau kau kena berhenti kerja? Okay Fathrisya, aku boleh siapkan surat..” Belum sempat Zefrieq hendak menghabiskan ayatnya, dengan pantas gadis itu memotong.
“Saya buat kan boss nescafe kurang manis ya, sorry lah boss. Saya bergurau je tadi. Boss sanggup ke nak buang saya dari sini? Mesti nanti boss rindu dengan keletah saya yang comel ni kan.” Balas Fathrisya sambil mengeyitkan matanya. Sikapnya yang terlalu ceria itu kadang kala membuatkan Zefrieq menahan tawa di dalam hati.

“Pergi berambus sekarang dari bilik aku. Jumpa dalam meeting nanti. Jangan lambat!” Ujar Zefrieq seraya menggamit matanya ke arah pintu biliknya. Fathrisya yang memahami isyarat mata lelaki itu pantas mengatur langkah untuk memulakan kerjanya pada hari itu.

Mr. Perfect Annoying! Bab14

Sorry semalam tak update new bab. busy sikit lately ni, next week nak kena gantung lappy dh. comitment study. hehe. enjoy reading readers, maaf kalau jalan cerita yg digarap tak seperti apa y diharapkan. tq y setia dengan e-novel ni. maceh (:


Farel Aimar terkocoh-kocoh mengatur langkah menuju ke bilik pejabatnya.
“Haish. Macam mana lah aku boleh tertinggal phone ni. Cuai sungguh.” Bebel lelaki itu sendirian. Dia yang mahu keluar meninggalkan ruangan pejabat itu tiba tiba tidak jadi melangkah. Dahinya berkerut terpandangkan seorang gadis yang sedang tidur secara duduk dengan kepalanya dilentok di atas meja.
“Cik. Cik. Bangun Cik.”Farel Aimar mengejut gadis itu perlahan. Disentuh lembut bahu gadis itu bimbang gadis itu terkejut akan kehadirannya.
“Risya? Risya buat apa tak balik lagi? Kenapa tidur dekat sini?” Soal Farel hairan apabila gadis itu mendongak memandangnya.
“Encik Farel. Ingatkan siapa tadi. Tak perasan tertidur pula. Encik kenapa tak balik lagi?” Soal Fathrisya sambil membetulkan tudungnya yang senget sedikit. Dia mencapai beg tangganya dan berkira-kira untuk meninggalkan pejabat itu.
“Saya tertinggal phone. Dah sampai rumah baru perasan. Terpaksa patah balik office ambil.” Terang Farel bersama senyuman. Lelaki itu murah dengan senyuman. Sungguh berbeza perwatakannya dengan Zefrieq Ezzraf yang sentiasa dingin dengannya.
“Oh. Lain kali jangan cuai Encik. Bahaya tau.”
“Saya kelam-kabut tadi. Risya, jangan cakap yang Zefrieq suruh awak stay dekat office sampai malam? Dah pukul 7.45 malam dah Risya. Tell me the truth?” Pinta Farel ingin tahu mengapa gadis itu tidak pulang-pulang lagi kerumahnya.
“Hisy Encik ni. tak baik tau tuduh sepupu Encik macam tu. Betul, saya memang terlelap tadi. Banyak kerja yang perlu saya siapkan. Tapi bukan sebab Encik Zefrieq paksa, saya rela hati nak siapkan hari ini.” Dalih Fathrisya menyembunyikan kebenaran. Dia tersenyum nipis.
“Encik teringin nak tidur dekat office ni eh?” Soal Fathrisya yang sudah bangun dari duduknya. Lelaki itu hanya beridiri tegak memandang dirinya.
“Betul awak tak tipu saya?” Soal Farel yang masih tidak berpuas hati itu.
“Ye Encik. Saya tak sampai hati nak tipu orang comel macam Encik ni tau.” Ujar Fathrisya bersama gelengan kepala. Bersungguh-sungguh dia meraih kepercayaan lelaki itu. Farel sudah tergelak kecil melihat tingkah laku gadis itu. Sungguh menyenangkan dan kadang kala membuatkan hati lelakinya terhibur.
“Okay. Tapi kalau awak ada apa-apa masalah awak jangan segan nak share dengan saya. Jom, saya hantar awak balik. Ke awak drive?” Soal Farel sesudah mereka melangkah bersama ke dalam lif.
“Saya ni kereta pun tak ada Encik Farel. Kalau setakat tunggang kuda tu retilah.” Balas Fathrisya sambil menayang sengih. Farel hanya tertawa mendengar celoteh gadis itu.
“Okay kalau macam tu, saya hantar awak balik ya?”
“Tak apa lah Encik. Susah kan Encik aje. Abang-abang teksi kat luar sana tu tunggu je saya ngorat diaorang. Saya boleh balik naik teksi, Encik.” Sopan Fathrisya menolak pelawaan lelaki itu. Dia tidak mahu dituduh sengaja meraih simpati orang lain.
“Kalau saya cakap saya nak hantar awak balik juga, apa awak boleh buat? Jom lah Risya, hari dah malam.” Ujar Farel sambil menunjukan kunci keretanya.
“Er. Okay okay. Thank you so much Encik Farel.” Putus Fathrisya yang akhirnya mengalah dengan kedegilan lelaki itu.
“Sama-sama. Come.” Farel membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu bersama senyuman nipis di bibirnya. Serba salah Fathrisya dibuatnya menerima layanan baik itu daripada seorang lelaki. Belum pernah mana-mana lelaki melayannya sebegitu. Hatinya terharu melihat kebaikan yang ditaburkan oleh pemuda itu.
Thank you again Encik Handsome!” Balas Fathrisya setelah dia masuk ke dalam perut kereta Honda Accord milik lelaki itu. Farel hanya tersenyum mendengar bicara gadis itu.
****
Zefrieq Ezzraf sedang menikmati makan malamnya di rumah sahabat baiknya, Qaira Amanda. Sudah lama rasanya mereka tidak menghabiskan masa bersama. Pelawaan Qaira untuk mengajaknya makan malam bersama tidak ditolak, malah dia memang merancang untuk makan malam bersama gadis itu di luar. Namun Qaira mengatakan yang dia ingin masak untuk sahabat baiknya itu. Zefrieq hanya menurut.
Thank you sayang.” Ujar Zefrieq lembut sambil meneruskan suapan di mulut. Berselera sungguh dia menikmati lauk ikan patin masak tempoyak itu. Qaira hanya tersenyum memandang Zefrieq yang sedang enak menjamu selera itu.
Most welcome. Apalah sangat setakat masak untuk you. Kalau you nak I masak hari-hari pun no problem.” Balas wanita itu bercanda.
“Kalau nak masak hari-hari. You kena kahwin dengan I dulu.” Ujar Zefrieq sambil tersengih, dia tidak mempunya niat apa-apa. Sekadar mahu bergurau dan mewujudkan suasana ceria di antara mereka. Qaira Amanda yang mendengar gurauan lelaki itu hanya mencebik.
“You selalu je busy. Jarang dapat spent time dengan you macam 3tahun lepas.” Ujar gadis itu sambil menuangkan jus oren ke dalam gelas kosong lalu disua kepada sahabatnya itu.
“I bukan sengaja nak busy kan diri. I pun tak tahu kenapa lately ni syarikat I banyak dapat projek. Kalau sekadar projek kecil tu I boleh suruh Farel, sepupu I tu handle. Tapi bila melibatkan projek yang membawa keuntungan beratus ribu, terpaksalah I turun padang.” Terang Zefrieq panjang lebar untuk membuat wanita itu faham dengan kesibukan dirinya.
“Okay. I faham. Ahli korporat terkenal macam you ni mana pernah tak busy. Oh ya, tadi you ada sebut pasal Farel kan. Dia dah kerja dengan you?” Soal Qaira ingin tahu. Farel Aimar dikenalinya selepas mereka sering keluar bersama sebelum dia berkahwin dengan bekas suaminya. Namun hubungan mereka tidaklah seakrab hubungannya dengan Zefrieq. Dia lebih selesa berkawan dengan Zefrieq.
“I tak layak lagi pun nak digelar ahli korporat. Baru 3tahun merangkak. Aah. I yang suruh mummy pujuk dia supaya kerja dengan syarikat family I tu. Tak larat nak uruskan semuanya sendiri.”
“You tak payahlah nak rendah diri. I sendiri tahu kemampuan bestfriend I ni. I rasa kalau you handle sorang pun company tu masih boleh berdiri gah standing dengan syarikat ternama yang lain. Betul tak?”
“You puji I melambung-lambung ni nak suruh I belanja you apa sayang?” Ujar Zefrieq Ezzraf yang sudah selesai menikmati makan malamnya. Dia mencapai sepotong epal yang berada di dalam mangkuk berwarna biru.
Next week datang fashion show butik pengantin I boleh? I nak kenalkan busana pengantin yang paling latest. Boleh tak?” Soal Qaira yang sudah tersenyum manja itu. Rambutnya yang panjang dan lurus itu diselak sedikit kerana hampir menutup matanya.
“Dah agak dah. Puji I bagai nak gila mesti ada somethingyang you nak I buat kan.” Balas Zefrieq yang sudah masak dengan perangai sahabat baiknya itu. Qaira hanya menayang sengih.
“Alahh boleh lah you. I nak someone teman I. Please sayang.” Ujar gadis itu dan dengan selamba dia mencapai tangan sasa milik Zefrieq yang berada di atas meja makan itu. Digenggam erat tangan itu untuk memujuk lelaki itu. Zefrieq hanya tersenyum dan membiarkan kelakuan manja wanita itu.
“Hmm. Kalau tak busy, I teman okay?”
“Maknanya you tak nak teman I lah ni?” Soal Qaira sambil perlahan-lahan dia melepaskan tangannya yang melekap diatas tangan Zefrieq. Dimuncungkan bibirnya tanda merajuk.
“Hari apa fashion show tu?”
“Sabtu.” Balas Qaira pendek tanpa memandang ke arah Zefrieq yang sedang tersenyum melihat dirinya merajuk serupa anak kecil itu.
“Okay. I teman ya? Dah, tak mahu merajuk. Muncung you tu dah boleh buat penyangkut baju I ni ha.” Balas Zefrieq yang akhirnya mengalah dengan wanita itu.
“Promise?”
Promise dear. Oh ya, anak you mana? Daripada tadi I tak nampak. You sengaja sorok kan eh?” Soal Zefrieq yang sememangnya ingin bertemu dengan anak kawan baiknya itu. Semenjak pertemuan semula dia dan Qaira, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan si kecil itu.
Thank you Zef. Anak I ada dekat rumah familyI. Papa I tu rindu sangat dengan cucu dia. Selalu juga anak I kena colik dengan papa.”
“Biasalah tu orang tua. Bila usia dah lanjut, melayan cucu sahaja lah di rumah. Next time boleh bawa jumpa I?” Soal Zefrieq sambil menghulurkan senyuman buat orang gaji Qaira yang sedang mengemas meja.
“Okay sayang. Don’t worry. I promise bila kita keluar lagi, I bawa anak I sekali.”
“I balik dulu. Lewat dah ni. Karang esok terbabas pula. Thank you again ya sebab susah susah masakkan lauk favourite I.” Ujar Zefrieq meminta diri. Qaira hanya menurut langkah lelaki itu yang sudah menuju ke pintu rumahnya.
Thank you juga sebab sudi datang. I rasa kita patut spent time selalu selagi you belum jadi husband orang .” Ujar Qaira sambil tersenyum menggoda. Zefrieq yang sudah lali dengan perangai Qaira yang sememangnya manja itu, hanya melemparkan senyuman.
“InsyaAllah. Kalau I tak busy, and kalau you masih sudi keluar dengan I. Kita keluar ya. Kunci pintu. Goodnight. Sleep well. Takecare dear.” Ujar Zefrieq yang sedang memakai kasut. Dia melemparkan senyuman sebelum berlalu ke arah keretanya. Qaira hanya tersenyum memandang langkah lelaki itu. Dilambai tangan sewaktu kereta Zefrieq ingin meninggalkan perkarangan rumahnya.

Monday 24 November 2014

Bab 13 - Mr. Perfect Annoying!

Thank you for the  lunch treat, Dato’.” Ucap Zefrieq bersama senyuman manis di bibir setelah mereka selesai menjamu selera.
No Problem Zef. Saya sepatutnya berterima kasih dengan awak sebab masih percayakan Syarikat Megah Sakti untuk usaha sama kita kali yang ketiga ini.” Balas Dato’ Syukri sambil matanya tidak lepas daripada memandang Fathrisya yang berada di sisi Zefrieq Ezzraf. Fathrisya hanya menjadi pendengar setia sedari tadi tentang perbincangan mereka berdua. Sesekali dia mencatitkan perkara penting di dalam nota kecil yang dibawa bersama.
“Saya harap lepas ni lebih banyak projek yang kita akan usahakan bersama.” Balas Zefrieq sambil meneguk jus epal yang dipesannya tadi. Fathrisya yang duduk di sebelahnya mempamerkan rekasi bosan dnegan perbincangan mereka berdua. Zefrieq menyimpan tawa dalam hati. Sengaja dia bawa Fathrisya bersama untuk mengenakan gadis itu. Sebenarnya tidak perlu dibawa gadis itu bersama kerana tidak ada perkara penting yang hendak dibincangkan.
Well. I hope too. Oh ya Zefrieq, bila kita boleh mulakan projek ni ya? Kalau semuanya dah okay, saya rasa tak perlu kita tunggu lama.” Dato’ Syukri memberikan cadangan sambil mengusap-usap janggutnya.
“As soon as possible. I think we should start by next week.”
Comfirm?” Soal Dato’ Syukri menginginkan kepastian.
“Yeah, sure Dato’. Nanti kalau ada apa-apa masalah, kita bincangkan kemudian.”
Alright then. Hmm, cik adik dekat sebelah awak ni senyap je dari tadi Zef. Tak berminat nak bercakap dengan I ke?” Soal Dato’ Syukri sambil tersenyum sumbing.
Zefrieq membulatkan biji matanya mendengar bicara lelaki tua itu. “Tak padan dengan janggut, miang mengalahkan keladi.” Desis hati Zefrieq kegeraman melihat gelagat Dato’ Syukri itu. Dijeling Fathrisya yang duduk disebelahnya. Gadis itu hanya diam membisu namun sempat pula dia melemparkan senyuman buat lelaki tua itu. Zefrieq yang melihat adegan pandangan mata itu berdehem menyedarkan mereka kea lam realiti.
“Hai Dato’. Tak kan dengan bakal isteri saya pun Dato’ nak try? Tak cukup ke permaisuri 3 orang dekat rumah tu?” Soal Zefrieq berbaur sindiran.
Fathrisya yang sedang meneguk jus anggur tersedak mendengar perkataan “bakal isteri” yang diucapkan oleh Zefrieq sebentar tadi.
“Sayang, minum air tu elok-elok. Jangan gelojoh, ke you nak order lagi? Tak cukup?” Soal Zefrieq lembut sambil tangannya mengelap mulut gadis itu. Terkesima Ainur Fathrisya dengan kelakuan berani bossnya itu.
“Dah kenapa pula si hidung tinggi ni tiba tiba baik semacam dengan aku? Gila ke apa cakap aku ni bakal wife dia? Er sakit otak!” Bebel hatinya sendirian.
Dato’ Syukri yang melihat kemesraan yang sengaja direka oleh Zefrieq untuk mengaburi mata tuanya itu sudah malu sendiri. Niat dihati ingin berkenalan dengan gadis ayu itu, namun niatnya terhenti serta-merta apabila mengetahui bahawa gadis itu bakal isteri Zefrieq. Dia tersenyum kelat.
“Dato’. Kalau ya pun nak penuh kan kouta, tak perlu lah sampai nak sapu kekasih hati saya.” Ujar Zefrieq tegas.
“Eh. Kalau you tak cakap dia ni bakal wife you, dah lama I usik. Comel sangat. Naluri I ni tercabar sikit.” Balas Dato’ Syukri tanpa menghiraukan Zefrieq yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Fathrisya menayang reaksi meluat dengan kata-kata lelaki itu. Dia berkira-kira untuk bangun meninggalkan mereka berdua. Tidak betah duduk lama-lama disitu.
“Sayang, nak pergi mana?” Zefrieq memaut pergelangan Fathrisya setelah melihat gadis itu bangkit untuk meninggalkannya.
“Balik.” Balas Fathrisya ringkas. Entah mengapa hatinya tersentuh dengan perkataan “sayang” yang digunakan oleh Zefrieq Ezzraf meskipun dia tahu itu hanya lakonan semata-mata. Tapi dia pelik, kenapa mesti bossnya itu menipu lelaki yang berpangkat Dato’ bahawa mereka bakal menikah? Adakah Zefrieq cemburu apabila ada yang cuba mendekatinya? Hatinya tertanya tanya sendirian.
“Dato’. Bila-bila masa saya boleh batalkan projek usaha sama kita. Kalau Dato’ tak habis-habis nak tackle bakal isteri saya, sekarang juga saya boleh batalkan.” Ujar Zefrieq tegas sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.

*****

“Lepaslah! Sakit tahu sakit?” Bentak Fathrisya kegeraman apabila dilihat Zefrieq Ezzraf masih lagi tidak melepaskan tangannya, malah dicengkam dengan kuat sehingga dia merasa sakit.
“Hati aku ni lagi sakit tengok kau duk balas-balas senyum dengan lelaki tu. Apa kau dah gatal sangat nak berlakikan orang kaya?” Soal Zefrieq setelah dia meleraikan pegangan tangannya.
“Saya memang sangat tak faham apa yang Encik nak. Encik ingat Encik tu ayah saya ke nak halang kebebasan saya? Encik ni memang betul-betul sakit otak!” Fathrisya bengang dengan sikap lelaki itu. Sungguh, tindak tanduk lelaki yang bernama Zefrieq Ezzraf sukar untuk difahami.
“Risya. Orang tua tu dah ada 3orang bini. Kau nak jadi yang keempat? Rela dimadukan?”
“Encik. Boleh tak fikiran Encik tu jangan kolot sangat? Dato’ Syukri tak buat apa-apa pun dengan saya. Dia cuma usik saya. Tak kan disebabkan tu Encik terus fikir yang dia nak jadikan saya bini muda dia?” Soal Fathrisya yang sudah hilang sabar dengan perangai Zefrieq Ezzraf yang dianggap tidak masuk akal itu.
Whatever it is. Aku tak suka kau rapat dengan klien aku. Kau faham tak?”
“Encik ni memang gila tahu tak! Rimas saya layan kerenah Encik ni. Saya nak balik office.” Balas Fathrisya sambil berpeluk tubuh.
“Lain kali datang office, jangan pakai pakaian seksi. Sakit mata aku tengok.” Zefrieq memandang Fathrisya atas bawah dengan wajah masam mencuka.
“Seksi apanya Encik? Saya tak nampak pun bahagian badan saya yang terdedah. Encik, can we make a move now?” Kesabarannya kian tipis apabila berhadapan dengan lelaki sakit otak ini. Dia membelek pakaiannya dari atas sehingga ke bawah. “Aku pakai baju kurung moden dengan selendang berwara merah. Tak kan itu pun dia rasa seksi?”
“Jangan pakai baju yang ikut bentuk badan. Lelaki tengok. Tak malu ke? Orang tua tu tergoda sebab kau pakai seksi macam ni lah!” Terkedu Ainur Fathrisya mendengarnya. Di pandang wajah lelaki itu silih berganti. Leterannya serupa seorang suami kepada isterinya.
“Kau balik naik teksi. Aku malas nak hantar kau balik office. Make sure kau sampai office sebelum aku sampai. Kalau kau lambat even sesaat sekalipun, aku denda kau.” Ujar Zefrieq dingin lalu dia segera menapak pergi meninggalkan gadis itu termagu-magu sendirian.
“Amboi! Sedap nya kau bagi arahan eh! Dah bawa aku datang sini, lepas tu tak nak hantar balik. Mamat tiga suku betul lah dia ni!” Fathrisya membentak kegeraman, ikutkan hati. Mahu sahaja dibaling kasut tumit tingginya kemuka lelaki itu.

*****
Tercungap-cungap nafasnya tika itu. Dia mengerling sekilas jam di tangan kirinya yang sudah menginjak pukul 3petang. Terburu-buru dia mengatur langkar ke arah meja kerjanya. Matanya terpandangkan sehelai nota kecil yang ditampal di meja kerjanya. Setelah malabuhkan duduk, dia mencapai nota kecil berwarna kuning itu lalu dibaca perlahan.
See me now” –Zefrieq Ezzraf a.k.a jejaka macho.
Tergelak gadis itu membaca coretan ringkas daripada bossnya itu. “Jejaka macho konon. Singa bengis adalah!” Fathrisya meletakkan kembali nota kecil itu di atas meja lalu dia mengatur langkah ke bilik bossnya.

Let me tell you, kau lewat masuk office 15minit. Kenapa aku boleh sampai office lebih awal dari kau?” Soal Zefrieq sejurus gadis itu masuk ke dalam biliknya. Seperti biasa muka lelaki itu sentiasa serius dan tegang tanpa secalit senyuman di bibir.
“Encik. Saya nak bagitahu Encik ni. Saya terpaksa tunggu teksi, saya bukan ada kereta macam Encik boleh drive sendiri. Yang Encik tak nak hantar saya balik tadi kenapa?” Soal Fathrisya perlahan. Dia tidak berniat untuk mencari gaduh dengan bossnya lagi. Letih rasanya setiap kali berjumpa setiap kali itulah mereka bertikam lidah.
“Alasan! Kau takpayah nak cipta alasan semata-mata nak tutup kesalahan kau tu. Aku boss, so ikut suka aku lah nak bagi arahan macam mana dekat kau. Tak boleh dengar arahan, kau boleh blah dari office ni.” Ujar Zefrieq sambil menyemak fail yang berada di tangannya.
“Okay. What ever lah boss. Kalau bercakap tu nak menang je kan. Okay, my fault. So apa dendanya tu boss? Tak sabar nak tahu ni.” Balas Fathrisya selamba. Geram sungguh dengan sikap bongkak lelaki itu.
Zefrieq merengus kasar mendengar pertanyaan si gadis itu. Dengan kasar dia mencampak fail yang sedang diteliti tadi ke lantai.
“Kutip. Semak fail tu semula. Kalau ada kesalahan ejaan, type balik. Esok sebelum mesyuarat aku nak fail tu dah ada dekat atas meja aku.” Tegas arahan Zefrieq Ezzraf kedengaran di telinganya.
Ainur Fathrisya menyabarkan diri untuk kesekian kalinya. Dia tunduk mengutip fail di atas lantai itu.
Anything else Encik Zefrieq?” Soal Fathrisya yang sudah berkira-kira untuk keluar dari bilik lelaki itu, semakin lama dia disitu. Semakin sebal hatinya menerima layanan buruk lelaki itu.

“Jangan balik selagi semua staf dekat office ni tak balik. Only for today sebab kau lewat masuk office tadi. That’s all. You may leave now.” Balas Zefrieq Ezzraf yang sedang tekun menulis sesuatu di atas kertas.