Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Thursday 7 January 2016

Teaser Be Mine, Eh? Bab61

Since dah lama tak tempek teaser, rasa nak belanja skit teaser malam ni. Elok2 target 500 pages nak siap, terlebih pulak dah, sebab rasa macam tak leh nak tamatkan di muka surat 500. k takpelah. Tunggu jela novel ni siap eh? Doakan saya Moga dipermudahkan.




“Awak ni sweet juga kan, awak nak pujuk saya dengan cara macam ni eh? Mesti awak nak tanya saya, nak tengok cerita apa kan? Tahu dah.” Ujar Qalish Audrina dengan nada suaranya yang ceria. Selepas makan bersama suaminya, lelaki itu membawanya untuk menonton wayang pula.

“Awak macam tahu-tahu saja saya dah lama tak tengok wayang.”

“Siapa cakap aku ajak kau pergi sini sebab nak tengok cerita apa yang kau nak? Aku yang ajak kau ke sini, kau kena ikut selera aku. Cerita apa yang aku beli, cerita itu yang kita tengok.”

“Ala awak ni, cuba kalau sekali-sekala awak jadi romantik sikit? Bukan untuk orang lain pun, untuk isteri sendiri juga.”

“Masalahnya kau kena belajar terima suami kau yang tak tahu nak romantik ni, aku tak pandai lah nak jadi macam Aaron Aziz dalam cerita Suamiku Encik Perfect10!. Tak payah nak bayangkan drama melayu sangat lah.”

“Saya tak suruh pun awak jadi sweet macam tu, but at least awak belajar lah untuk jadi seorang yang lembut sikit. Ini kayu sangat lah saya tengok, keras!” Ujar Qalish Audrina meluahkan ketidak puasan hatinya. Kadang kala dia berasa seperti bersuamikan seorang manusia yang tidak berperasaan pula.

“Tak ada masa lah nak layan sikap perempuan yang mengada-ngada ni. Kau nak tengok cerita apa?”

“Memandangkan saya penggemar tegar Hindustan, jom kita tengok Dilwale!” Ujarnya dengan wajah teruja! Heronya Shah Rukh Khan sudah terbayang-bayang di pandangan matanya. Tidak sabar mahu menonton cerita kegilaan ramai wanita itu.

“Kau ni tak ada cerita yang lagi best ke kau nak tengok? Tak payah lah, tengok cerita lain.” Qalish Audrina bertambah geram mendengar kata-kata Nedzrish. Tadi lelaki itu juga bertanya dia mahu menonton cerita apa, selepas itu sesuka hati sahaja Nedzrish mahu reject cerita kegemarannya.

“Awak, jom lah kita tengok cerita tu. Serius best, awak kena tengok dulu baru awak boleh komen tentang cerita tu.”

“Kau dah tengok ke? Beria sangat cakap cerita tu best kenapa?”

“Mesti lah belum! Sebab tu saya ajak awak tengok. Sebab saya minat sangat dengan Shah Rukh Khan, handsome nya dia tu.” Ujar Qalish Audrina dengan nada yang sangat teruja.

“Tak payah tengok lelaki lain lah, aku ni kan ada. Tengok saja lah suami sendiri, Nedzrish Khan.” Ujarnya seraya membuat wajah macho. Sengaja dibetulkan rambutnya yang sememangnya sudah rapi di atas kepala.

“Eeee! Nedzrish Khan? Tak kena langsung dengan awak!” Balas Qalish Audrina dengan wajah menyampah. Ada ke patut Nedzrish menyamakan dirinya dnegan hero terkemuka itu? Tak sesuai langsung!

“Dah, kau duduk sini diam-diam. Aku nak pergi beli tiket.”

“Nak ikut!”

“Tak payah mengada lah, kau pergi lah beli pop corn ke air ke jajan ke. Pergi beli sana, jangan menyibuk.” Nedzrish menolak tubuh Qalish Audrina yang turut sama mahu mengikutnya membeli tiket wayang.


Eeee. Menyakitkan hati saja lah Rish ni!”




*******



Qalish Audrina mengambil tempat bersebelahan dengan Nedzrish tanpa ada satu bicara keluar dari mulutnya. Bengang dengan sikap Nedzrish. Sebentar tadi sebelum masuk ke dalam panggung wayang, mereka suami isteri bertekak kerana Nedzrish memarahi Qalish Audrina yang membeli pop corn. Beli pop corn saja, itu pun mahu jadikan satu isu besar! Geram sungguh hati wanita itu terbakar kepanasan dengan sikap Nedzrish.

“Walaupun panggung wayang ni gelap, tapi aku tetap nampak muka kau yang tengah marah kan aku.”

Tiada respon. Qalish Audrina mengeraskan dirinya, tanda protes.

“Alololo.. Muncungnya mulut dia, macam itik. Quack-quack.” Nedzrish masih lagi tidak berpuas hati dengan layanan dingin isterinya, dia mengusik isterinya sambil turut sama memuncungkan bibirnya.

“Tak payah nak buat perangai tak semegah tu boleh tak?” Balasnya, dengan nada garang.

“Ingat kan nak buat mulut itik sampai habis cerita ni.”

“Awak ni kenapa eh? Tak boleh ke kalau layan saya elok-elok? Satu jam awak baik dengan saya, selama 23jam awak buat perangai yang menyakitkan hati saya tu. Sakit hati tahu tak!”

“Aku bukan nak marah tak tentu pasal lah. Tapi kau ni suka sangat membazir. Aku tak suka. Membazir kan amalan syaitan. Sebab tu lah aku marah.”

“Saya beli pop corn untuk kita makan sama-sama masa tengok cerita ni. Itu pun dikira membazir ke?”

“Mana tak datangnya membazir, kalau kau pergi beli 3 set pop corn. Satu saja cukup lah. Boleh kongsi kan?” Gila sungguh isterinya! Agak-agak lah nak membazir pun, ini dah macam nak suruh dia kena kencing manis saja beli pop corn banyak-banyak.

“3 je, bukan saya beli 30 set pun. Lagi pun kalau tak habis, kan boleh bawa balik rumah. Mana ada membazir.”

“Tak membazir kau cakap? Kau tengok lah nanti, satu pun dah cukup lah sebenarnya. Kalau tak habis, aku sumbat dalam hidung kau.”

“Nanti balik rumah saya makan lah. Bising lah awak ni.” Ujarnya malas mahu bertengkar dengan lebih panjang lagi. Qalish Audrina tayang wajah bosan apabila cerita masih lagi tidak ditayangkan.

“Kita tengok cerita apa ni? Kenapa lambat sangat nak tayang ni?”

Starwars. Mana lah aku tahu, aku bukan nya kerja dekat sini.”

Eeeee. Kenapa tengok cerita tu? Saya tak suka lah cerita macam tu, banyak aksi. Tak seronok langsung.”

“Kau kena tengok dulu, baru kau boleh komen.” Ujarnya mengajuk kembali kata-kata isterinya sewaktu mereka berbual di luar panggung.

Eleh! Ajuk cakap orang!”

“Aku rasa kan, kalau nak tengok wayang semata-mata sebab nak tengok cerita Hindustan. Tak berbaloi langsung. Lebih baik kau download dekat internert, lepas tu kau tengok lah sorang-sorang. Nak menangis ke nak terlentang sambil tengok cerita tu, tak ada siapa kisah.”
“Awak kalau tak nak tengok cerita tu, senyap tak boleh ke? Jangan nak komen macam-macam boleh tak.” Bidas Qalish Audrina dengan nada marah. Sudah lah tidak dapat menonton cerita yang digemarinya, lelaki itu sesedap rasa sahaja mengutuk minatnya.

“Dilwale!”

“Dilwale? Dia salah panggung wayang ke?” Soal Qalish Audrina apabila terdengarkan suara seorang perempuan yang tiba-tiba menyebut cerita Hindustan itu.

“Bukan dia yang salah panggung wayang, tapi kau kot.” Ujar Nedzrish sambil tersenyum nakal.

“Kenapa pulak saya yang salah? Kan awak cakap tadi, kita nak tengok cerita starwars?”

“Cuba kau tengok skrin kat depan ni, cerita apa tu?”

“Dilwale??”

“Ya sayang, tengok lah cerita yang kau nak tengok sangat ni. Aku nak tidur, nanti dah habis. Tolong kejutkan suami kau ni. Jangan tinggal kan aku pulak.” Ujar Nedzrish dengan nada bersahaja. Qalish Audrina di sebelahnya sudah terasa mahu memeluknya sahaja.

Alahai Nedzrish! Kenapa lah perangai tu comel sangat. Jatuh cinta untuk kali yang ke berapa pun saya tak tahu!