Ainur Fathrisya membelek belek dirinya di hadapan
cermin. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia buat tidak tahu dengan arahan
boss nya itu. Sudah lah memaksa orang datang ke rumah dia, tak di jemput pula.
Hisy, annoying betul. Aku bukan ada kereta nak gerak ke sana ke mari macam dia
tu.
“Wahh gorgeous nya baby I ni!” Sapa Nurin Aiman,
teman baiknya sejak dari zaman diploma lagi.
“Hisy kau ni! Nasib baik tak luruh jantung aku ni
tau! Tak reti bagi salam dulu ke sebelum nak tegur?” Soal Fathrisya kegeraman.
“Ala sorry lah babe. Kau lawa lawa ni nak pergi
mana? Dating eh?” Usik sahabatnya yang kecil molek itu. Tersengih sengih
memandang dirinya yang mengenakan dress labuh berwarna biru lembut.
“Err over sangat ke dress yang aku pakai ni Yin?”
Soal Fathrisya gusar. Bimbang dirinya akan menjadi bahan ejekan lelaki yang
sombong dan berlagak itu.
“Ehh. Mana ada over yang. Kau nampak ayu pakai macam
ni tau. Pakai selalu.” Puji Nurin lembut sambil membetulkan selendang yang
dipakai oleh sahabatnya itu. Kelihatan senget sedikit.
“Yin, aku pergi dulu eh. Boss baru aku ajak dinner
dekat rumah dia.”
“Amboi! Sampai ajak dinner bagai. Ni mesti ada apa
apa ni?” Soal Nurin yang jelas terkejut mendengar kata kata Fathrisya itu.
“Haa kau jangan nak merepek tau Yin. Aku baru je
kerja dengan dia. Tak ada maknanya aku nak jatuh cinta dengan si hidung tinggi
tu. Dinner ni untuk eratkan hubungan pekerja dengan majikan je. Lagipun Datin
Zulaikha yang plan semua ni. Anak dia tu ikut je.”
“Aku rasa mesti boss kau tu dah jatuh sayang dekat
kau. Tu pasal dia ajak kau pergi dinner.”
“Kau ni karang aku cili kan mulut tu baru tahu.
Hisy, aku pergi dulu eh. Take care.” Fathrisya meminta izin untuk berlalu ke
ruang tamu. Nurin mengikut langkah teman baiknya itu.
“Kau nak pergi mana ni Yin?” Soal Fathrisya yang
sedang memakai kasut itu. Dia pelik dengan tindakan Nurin yang sedang menuju ke
arah minicooper miliknya itu.
“Nak hantar kau lah. Boleh pula kau tanya soalan
macam tu kan?”
“Yin, tak payah lah susah susah. Aku dah call teksi.
Aku dah banyak susah kan kau. Tak payah okay? Kau duduk rumah, jaga rumah elok
elok. Kunci pintu. Take care okay.” Balas Fathrisya yang sudah menarik lengan
sahabatnya untuk masuk ke dalam rumah semula.
“Don’t worry okay.”
“Nanti balik, aku ambil kau tau. Dah habis nanti
call aku. Susah nak dapat teksi malam malam nanti. Take care and have fun
dengan bakal suami.” Sempat pula dia mengusik Fathrisya sebelum dia mengunci
pintu utama rumah teres dua tingkat itu.
Ainur Fathrisya hanya menggeleng melihat keletah
sahabatnya itu. Nurin Aiman yang dikenalinya sejak 6tahun lalu adalah teman
terbaik buat nya. Status Nurin sebagai anak orang berada tidak menghalangnya
untuk berkawan dengan gadis serba kekurangan seperti dirinya itu. Rumah yang
mereka diami sekarang adalah hadiah daripada bapa Nurin kepada anaknya itu.
Nurin mengajak dirinya tinggal bersamanya tanpa perlu membayar sewa rumah
mahupun bil elektrik dan air. Naik segan dirinya dengan kebaikan yang
ditaburkan oleh Nurin Aiman sekeluarga. Sungguh dia terharu masih lagi ada
insan yang peduli tentangnya yang tinggal seorang diri tanpa ada saudara mara
di bandar metropolitan itu. Hatinya dijentik kerinduan yang teramat terhadap
keluarga di kampung.
Bunyi hon sebuah teksi menghentikan lamunan Fathrisya.
Dengan pantas dia mengatur langkah memasuki
perut teksi itu.
*****
“Zef, kenapa tak bersiap lagi ni?” Sapa Datin
Zulaikha yang sudah mengambil tempat di sebelah anak bujangnya itu. Zefrieq sedang
menikmati semangkuk ais krim sambil menonton televisyen.
“Nak pergi mana pula my? Bukan kita dinner dekat
rumah? Kan mummy dah masak macam macam tu.” Balas Zefrieq sambil meneruskan
suapan ke dalam mulutnya.
“Memang lah dinner dekat rumah. Pergi ambil Risya
lah. Pergi siap cepat, ambil dia dekat rumah.”
“Ha? Nak buat apa pula kena jemput perempuan kampung
tu? Pandai pandai dia lah datang ke sini nanti. Zef dah bagi alamat, kejap lagi
dia sampai lah tu.” Balas Zefrieq bersama keluhan dilepaskan.
“Zef, mana boleh macam tu. Kita yang jemput dia, so
kita lah kena ambil dia. Zef tolong jemput dia dekat rumah dia ya. Mummy nak
naik atas solat kejap.”
“Mummy. Perempuan tu bukan budak kecil yang nak kena
jemput berhantar bagai. Pandai lah dia cari rumah kita ni.”
“Zef ni kan…” Belum sempat Datin Zulaikha hendak
meneruskan bicara nya, mereka dikejutkan bunyi deringan loceng dari luar rumah.
“Haa tu, peremuan kampung tu dah sampai. Awal gila
dia sampai, ni mesti kes takut kena potong gaji. Dasar bendul punya orang!”
Zefrieq membebel sendirian lalu dia berlalu ke dapur untuk mencuci mulutnya.
Ditinggalkan mummynya yang terkebil kebil sendirian.
No comments:
Post a Comment