Beberapa helaian kertas dicampak kasar ke atas
lantai. Kemudian, tangan nya lincah menyelongkar laci meja itu. Dia kemudiannya
mendengus kasar.
“Mana pula fail projek perumahan ni? Semalam aku
rasa aku letak dalam laci. Jembalang mana yang curi ni!” Bentak Zefrieq Ezzraf
kasar. Hampir 15 minit dia memeriksa di setiap sudut biliknya itu. Namun tiada
tanda tanda dia akan menemui apa yang dia cari. Dia tunduk mengutip kertas yang
bertaburan di bawah mejanya.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara seorang
perempuan memberi salam bersama ketukan pintu.
“Aduh!” Zefrieq mengaduh kesakitan. Dek kerana
terkejut dengan suara yang tiba tiba datang menujah gegendang telinganya,
kepalanya terhantuk bucu meja itu.
“Masuk!” Arah Zefrieq lantang sambil mengusap usap
kepalanya yang berdenyut kesakitan.
“Good morning boss! Ehh, kenapa dengan kepala boss
tu? Kena kayu golf ke?” Soal Ainur Fathrisya prihatin kerana hairan melihat
lelaki itu asyik memegang kepalanya.
“Tak. Kena batu.” Balas Zefrieq malas. Huh perempuan
ni! Kalau tak menyusahkan aku tak boleh agak nya.
“Batu? Mana ada batu dekat dalam office ni boss?
Boss nak main batu Seremban ke? Nak join boleh?” Balas gadis itu polos. Lurus
bendul sungguh PA baru nya itu.
Zefrieq Ezzraf membulatkan biji matanya mendengar
bicara gadis itu. Hati yang sememangnya panas, kembali mendidih.
“Kau ni kenapa bendul sangat hah perempuan?! Kepala
aku ni terhantuk meja. Disebabkan suara katak kau tadi, habis kepala aku
terhantuk. Lebam kau tahu!” Balas Zefrieq geram.
“Aik. Salah aku? Dia yang cuai. Nak salah kan kita
pula. Mamat sakit jiwa!” Omel hatinya kegeraman.
“Dah berapa bakul kau kutuk aku tu? Hah kau nak apa
pagi pagi masuk bilik aku ni? Tak ada kerja?” Soal Zefrieq keras.
“Ada boss. Ni datang bilik boss sebab kerja lah ni.
Kalau tak, ei tak hingin tau saya jejak kaki dalam bilik orang sewel macam boss
ni.” Balas Ainur Fathrisya selamba tanpa
mempedulikan muka lelaki itu yang merah menahan marah.
“Apa kau cakap? Kau cakap aku sewel?!” Jerkah
Zefrieq sambil meluru ke arah Ainur Fathrisya. Tersentak gadis itu. Lantas dia
berundur sedikit ke belakang.
“Mana ada. Saya cakap boss ni handsome, kacak,
macho. Kalau dua kali pandang sebiji macam hero drama tamil.” Balas gadis itu sambil
menayang sengih. Pantang salah cakap sikit. Pastinya lelaki itu akan berang.
“Kau sama kan aku dengan hero tamil? Kau ni rabun
warna ke apa?” Marah Zefrieq Ezzraf.
“Boss ni. Tak pernah bosan kan bertikam lidah dengan
saya? Boss dah tangkap cinta dengan saya eh?” Soal Ainur Fatrisya cuba
memerangkap lelaki itu.
“Apa kau merepek ni hah? Nak bercinta dengan kuli
macam kau ni? No way! Aku rela membujang sampai ke tua daripada kahwin dengan
perempuan blur macam kau ni!” Zefrieq sudah mula angin. Perempuan ini bukan
memudahkan kerjanya. Namun, menyerabutkan kepalanya sahaja.
“Boss jangan berlagak tau. Nanti kalau boss dah
falling in love dengan saya, bau kentut saya pun boss kata wangi tau.” Balas
gadis itu sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang teratur kemas itu.
Entah kenapa, hampir seminggu bekerja dengan lelaki itu, dirinya tidak segan
silu untuk menjadi diri yang sebenar. Tidak perlu cover untuk nampak ayu di
hadapan bossnya itu.
“Hei. Aku boleh kena serangan jantung layan budak
terencat macam kau ni!” Zefrieq mulai rimas dengan setiausahanya itu.
“Relax lah boss. Boss nampak kusut ni. Ada apa apa
yang boleh saya bantu?” Soal gadis itu serius.
“Aku cari fail projek perumahan Putrajaya tu. Puas
aku geledah dalam laci. Semuanya tak ada.” Balas Zefrieq lalu dia memeriksa
sekali lagi di dalam lacinya.
“La boss ni. Semalam kan boss bagi dekat saya suruh
simpankan. Then pagi ni boss nak semak semula sebelum meeting kita pukul
3petang nanti. Boss lupa ke? Ni saya datang nak serahkan fail tu dekat boss
lah.” Balas Ainur Fathrisya sambil tangannya mencapai fail berwarna merah yang
diletakkan di atas sofa semasa dia memasuki bilik boss nya tadi.
“What?! Ada dekat kau?! Kenapa kau tak cakap awal
awal? Kau ni memang bendul betul!” Ucap Zefrieq sambil merampas fail yang
berada di tangan gadis itu. Terkulat kulat Ainur Fathrisya dengan tindakan drastik
ketuanya itu. Huh. Cepat sepantas kilat sungguh.
“Boss yang suruh saya simpankan semalam. Kenapa boss
tak panggil saya dari tadi? Buat penat je boss selongkar semua kertas and fail
fail ni. Kan dah bersepah.” Balas Ainur Fathrisya sambil tunduk mengutip fail
dan beberapa helai kertas yang berselerekan di atas lantai. Tanpa disuruh,
dengan pantas dia mengemas meja lelaki itu. Cawan yang kosong tidak berisi air dicapai lalu dia berkira kira untuk ke pantri.
“Kau nak ke mana pula tu? Aku tak habis lagi dengan
kau.” Ujar Zefrieq yang kelihatan masih tidak berpuas hati.
“Boleh tak boss mengaku je kali ni, yang boss lupa
pasal fail tu? Boss ni memang terlahir kat dunia ni untuk salah kan orang ke?”
Balas Ainur Fathrisya tanpa gentar. Sesekali, lelaki ini perlu diajar juga.
“Sepatutnya sebelum aku masuk office. Kau letak fail
ni atas meja aku! Kau faham tak? Buat kerja gunakan otak. Otak tu jangan mendap
je, fikiran biar ke hadapan. Kerja mudah pun tak boleh handle.” Tegur Zefrieq
kasar. Sesiapa yang mendengar pastinya terasa dengan kata katanya itu. Tabahlah
wahai Ainur Fathrisya!
“Saya minta maaf boss. Salah saya. Okay lah, ada apa
apa lagi tak? Kalau tak ada apa apa lagi, saya minta diri dulu boss.” Ujar
gadis itu yang akhirnya mengalah dengan Zefrieq yang sentiasa mahu menang itu.
Bosan sungguh dia melayan kerenah ketuanya itu.
“Nescafe, kurang manis satu.” Laung Zefrieq kuat
sebelum pintu biliknya ditutup oleh setiausahanya.
“Hisy dia ingat ni kedai kopi tepi jalan ke. Suka
suka main jerit order macam tu. Hisy, menyampah tengok buaya darat tu!” Desis
hati kecil Ainur Fathrisya kegeraman.
* Will proceed next bab if ada yang nak baca, thanks for reading anyway.
No comments:
Post a Comment