Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 14 November 2015

Be mine, eh? Bab28

Syaqilah sedang tekun menyiapkan kerjanya di meja runag tamu rumah banglo mewah itu. Sesekali tangan wanita itu menyemak beberapa buah fail yang dibawa bersamanya.

“Sibuk ke?” Tegur Qalish Audrina bersama segelas mug di tangannya. Sedari tadi lagi dia mahu menegur kakak iparnya kerana mereka jarang berbual. Sejak Syaqilah pulang dari Melaka senja tadi, Nedzrish rancak bersembang bersama kakaknya itu. Qalish hanya melihat sahaja tanpa mahu menyampuk.

“Eh, Lish. Tak tidur lagi?” Soal Syaqilah bersama senyuman di bibirnya.

“Tak mengantuk lagi. Err.... Minum coffee tak?” Soal Qalish Audrina teragak-agak. Dia sebenarnya tidak tahu mahu panggil kakak iparnya dengan panggilan apa. Ini adalah kerana umur Syaqilah yang 3tahun lebih muda darinya.

“Kalau tak selesa nak panggil akak, panggil Syaq je. Semua orang dekat dalam rumah ni panggil Syaq je. Suami awak lah yang pandai-pandai bagi gelaran macam tu dekat Syaq. Dah macam nama lelaki pun ada.” Syaqilah seperti dapat meneka apa yang sedang ada di dalam fikiran adik iparnya.
“Pandai Syaq teka. So, minum tak?”

“Minum. Tapi Syaq ni tak adalah hantu coffee macam Rish tu. Syaq selalu minum coffee kalau nak stay up. Malam ni ada nak buat kerja sikit, so lucky you’ve made this for me. Thank you.” Syaqilah cuba untuk merungkaikan keadaan kekok antara mereka berdua apabila dilihat Qalish seperti malu-malu untuk bersembang dengannya.

“Dekat rumah pun masih menghadap kerja? Kan hujung minggu ni, tinggal sekejap lah kerja tu.” Bijak pula dia menasihati kakak iparnya, dia tidak sedar dirinya juga seorang yang sangat kuat kerja. Hampir setiap hari juga dia membawa beberapa rekaan baju pulang ke rumah.
“Mana boleh Lish, nanti abang ipar awak tu bising dekat telinga Syaq. Syaq kena siapkan sebelum hari Selasa. Sebab Selasa ni Abang Rief nak buat meeting.”

“Kalau macam tu Syaq sambung lah buat kerja dulu. Lish tak nak kacau. Nanti-nati kita sembang lagi ya?” Qalish mahu memberi ruang kepada kakak iparnya untuk memberi sepenuh perhatian terhadap tugasannya.

“Lish tak kacau Syaq pun lah. Lagipun sejak Lish kahwin dengan Rish, ini adalah kali pertama kita sembang berdua macam ni kan? Sebelum ni sekadar tegur-tegur macam tu je kan?” Soal Syaqilah dengan wajah serius. Seingatnya ini adalah kali pertama dia dapat duduk semeja, bersemuka secara terus dengan isteri adik kesayangannya.

“Itulah, Lish tegur Syaq pun sebab Lish rasa selama Lish jadi isteri Rish. Tak pernah kita ada peluang untuk duduk sekali macam ni. Tapi, kalau Syaq ada kerja, Lish tak nak kacau.” Ujarnya sopan. Syaqilah tersenyum lalu dia menutup komputer ribanya. Tumpuannya kini adalah untuk Qalish Audrina.

“Tak apa ke?” Soal Qalish Audrina, sedikit bimbang jikalau kehadirannya menganggu konsentrasi Syaqilah.

“Tak apalah. So, Qalish okay dengan gelaran sebagai seorang isteri kepada adik Syaq tu? Perangai dia macam mana? Dia ada buli Lish tak?” Soal Syaqilah. Dia cukup arif akan perangai adik bongsunya yang tidak hipokrit. Nedzrish Eskandar, jikalau dia tidak suka akan seseorang itu, pastinya segala tindak tanduknya akan menyakitkan hati seseorang yang tidak digemarinya itu. Syaqilah bimbang jikalau Qalish Audrina tidak selesa hidup dengan adiknya, kerana dia sendiri cukup tahu sikap Nedzrish yang kadangkala menjengkelkan.

“Syaq pun tahu kan, adik Syaq tu macam mana? Rasanya Syaq lagi kenal dia dari Lish.”

“Hmm. Syaq dah agak dah. Rish ni memang tak pandai nak jaga hati isteri langsung.” Syaqilah menggelengkan kepalanya berkali-kali.

“Alaa Syaq, bukan salah dia pun. Lagi pun kan kitaorang tak pernah kenal sebelum ni. Tahu-tahu je dah disatukan. Mestilah dia perlukan lebih masa lagi untuk terima semua ni. Lish okay je.” Ujarnya seraya tersenyum nipis. Dia bukanlah seorang yang gemar untuk bercerita keburukan Nedzrish kepada orang lain. Dengan rakan baiknya juga dia jarang bercerita mengenai Nedzrish melainkan dia dipaksa untuk bercerita.

“Rish tu memang macam tu kalau Lish nak tahu. Dia susah nak terima orang baru dalam hidup dia, lagi-lagi perempuan. Dia tu macam anti dengan perempuan sikit.”

“Anti dengan perempuan? Hmm… Ada jugak lah selama kitaorang dah jadi suami isteri ni, Rish pernah cakap yang perempuan ni menyusahkan. Tapi kenapa ya Syaq?” Melihatkan respon yang baik dari Syaqilah, mungkin dengan kakak kesayangan suaminya, dia dapat mengetahui perkara yang tidak diketahui tentang suaminya.

“Ha, ayat “perempuan ni menyusahkan” tu memang tak lekang daripada mulut dia. Syaq pun tak pasti sebab apa dia tak suka sangat dengan perempuan ni, tapi yang Syaq pasti. Rish tak suka dengan perempuan yang mengada-ngada, banyak kerenah. Lebih kurang macam perempuan gediklah. Dia benci betul.”

“Pelik lah Rish tu. Bukan ke lelaki suka perempuan yang manja?”

“Manja dengan gedik lain Lish. Rish tu cukup menyampah kalau perempuan tu banyak songeh, suruh dia buat itu ini. Nak tergedik-gedik dengan dia, memang dia tak akan layan. Adik Syaq tu memang pelik pun.” Syaqilah tidak hairan jikalau Qalish memberi respon sebegitu apabila dia bercerita lebih lanjut sisi sebenar Nedzrish, kerana Nedzrish memang seorang lelaki yang lain daripada lelaki yang lain. Aneh dan sukar untuk difahami.

“Dia malas nak layan kot. Ada sesetengah lelaki lebih suka dengan perempuan yang lebih matang dari dia, senang nak berurusan.”

“Macam Rish dengan Lish lah kan?” Ujar Syaqilah seraya tergelak kecil melihat reaksi kurang selesa daripada Qalish. Segan lah tu!

“Mana ada Syaq, kitaorang ni macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa, ada sahaja lah perbahalan yang akan tercetus. Bila dengan Rish tu kadang-kadang, Lish jadi macam budak-budak pulak. Terikut-ikut perangai dia yang suka cari gaduh tu.”

“Bagus apa, bukannya korang bergaduh yang serius sampai nak bercerai berai kan? Gaduh manja, biasalah tu.” Ujar Syaqilah cuba memandang dari sudut yang positif.

“Er.. Mungkin.” Hanya itu yang mampu dibalas oleh Qalish Audrina. Gaduh manja lah sangat, terasa mahu tercabut anak tekaknya hari-hari berbalah dengan lelaki itu. Setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Nedzrish, tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menyakiti hati Qalish Audrina.

“Dalam rumah tangga ni kan Lish, sebenarnya bertolak ansur antara satu sama lain tu adalah elemen yang amat penting. Dalam perhubungan suami isteri, mengenali karakter satu sama lain pun perlu ada. Bukan apa, bila kita dah kenal watak sebenar siapa pasangan kita, mesti kita dapat tangani masalah-masalah yang bakal kita tempuhi dengan rasional.” Qalish Audrina tekun mendengar kata-kata nasihat daripada kakak iparnya. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Syaqilah.

“Rish dengan Lish dijodohkan sebab apa?” Syaqilah menyoal apabila dilihat tiada tanda-tanda untuk Qalish bersuara.

“Sebab keluarga yang paksa kitaorang kahwin?”

“Salah tu. Keluarga cuma perantaraan sahaja. Ajal maut, jodoh dan siapa pasangan kita itu semua sudah ditentukan oleh yang Maha Penyanyang, ALLAH. Walaupun mungkin Lish anggap perkahwinan ni satu keterpaksaan, tapi kalau Lish renungkannya dari sudut yang positif, mesti Lish akan bersyukur kenapa kalian berdua disatukan.”

“Maksud Syaq?” Dia mahukan penjelasan yang lebih jelas tentang itu. Meskipun Syaqilah belum lagi berumah tangga, namun pengetahuan yang ada dalam diri wanita itu cukup dikagumi olehnya.

“Berapa ramai perempuan dekat Malaysia ni bergelar anak dara tua? Berapa ramai orang yang dah lanjut usia pun masih belum berkahwin? Ramai tak?”

“Hmm. Ramai.” Jawabnya pendek. Dia masih lagi tidak mengerti apa yang mahu diterangkan oleh Syaqilah.

“Tak kisah lah perkahwinan itu terpaksa ataupun tidak, sekarang ni Lish dengan Rish masing-masing kena faham tanggungjawab yang sedang dipikul. Sekurang-kurangnya ALLAH dah tentukan jodoh kauorang berdua, daripada orang yang masih tak bertemu dengan jodoh mereka lagi. Siapa yang sepatutnya belajar untuk bersyukur?” Syaqilah bijak memainkan peranannya sebagai seorang kakak ipar. Dia yang mengerti rumah tangga mereka berdua tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, terpanggil untuk menasihati adik iparnya.

“Lish..” Jawabnya sepatah. Dia sudah faham apa yang cuba disampaikan oleh Syaqilah. Kata-kata kakak iparnya sedikit sebanyak meresap ke dalam hatinya.

“Lish, Syaq tahu sangat sukar untuk kita mulakan hidup dengan seseorang yang kita tak pernah terfikir untuk hidup bersama. Lish bukan sahaja berkongsi tempat tinggal dengan Rish, tapi Lish kongsi everything dengan dia. Syurga seoarang isteri itu di bawah telapak kaki seorang suami. Kita sebagai seorang isteri, kena pandai mainkan peranan. Lagi-lagi bila berhadapan dengan suami macam Rish tu, dia tu belum cukup matang nak tempuhi alam rumah tangga. Beri dia sedikit masa ya?” Syaqilah menyentuh lembut jari jemari Qalish Audrina.

“Syaq, Lish cuba untuk faham keadaan Rish. Memandangkan umur dia yang muda beberapa tahun dari Lish, dengan diri dia sendiri yang tak bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. Lish tak pernah menyesal pun berkahwin dengan dia, walaupun pada awalnya memang Lish tak boleh terima semua ni. Lama kelamaan Lish faham, manusia merancang dengan cita-cita. Tetapi ALLAH merancang dengan cinta. Perancangan ALLAH itu jauh lebih baik, bukan?”

Tersenyum lebar Syaqilah mendengarkan ayat-ayat positif yang keluar dari mulut wanita itu. Tidak lah susah mana pun mahu berbicara dari hati ke hati dengan adik iparnya meskipun ini adalah kali pertama mereka berbual panjang seperti itu. Qalish Audrina seorang yang tidak susah untuk menerima pandangan orang lain. Dia agak terbuka orangnya.

“Suka Syaq dengar adik ipar Syaq cakap macam ni. Lish jangan salah anggap pula, Syaq pesan macam tadi tu hanya sebab Syaq kisah kan hal korang berdua. Syaq tak nak sampai perkara tak elok berlaku. Selagi boleh cegah, kita cegah.” Syaqilah cukup arif dengan perangai adiknya Nedzrish. Oleh itu dia mengambil pendekatan mudah untuk mendekati adik iparnya sendiri. Berbicara dengan Nedzrish lebih sukar kerana adik lelakinya itu lebih suka untuk ikut rentaknya sendiri.

“Tak lah Syaq. Lish tak fikir macam tu pun. Bila ada seseorang tegur kita, maknanya dia ambil berat tentang kita. Kan itu lebih baik daripada tak ambil peduli langsung?”

“Pandai nya adik Syaq ni. Okay, kalau macam tu. Lepas ni Syaq nak Lish cuba untuk berbaik dengan Rish ya? Tentang Rish, Syaq akan cuba nasihatkan dia. Tapi faham sendiri lah, dia tu susah sikit nak dengar cakap orang. Biasalah, budak degil memang macam tu.”

“Nanti dia berubah lah tu Syaq. Semua orang boleh berubah untuk jadi manusia yang lebih baik. Doakan yang baik-baik eh untuk rumah tangga kitorang ni?”

“Mesti lah. Syaq nak tengok korang ni happy sampai masing-masing dah pakai tongkat makan durian dengan gigi palsu. Kan sweet!” Tawa mereka berdua bergabung. Lucu benar lawak yang dibuat oleh kakak iparnya. Jauh sungguh Syaqilah berangan-angan. Angan-angan yang agak sukar untuk dicapai dek akal fikiran Qalish.

“Jauhnya Syaq berangan kan. Hahaha. Tang pakai gigi palsu tu yang tak boleh blah.”

“Apa salahya? Tak salah kan kalau berangan kan sesuatu yang baik?”

“Tak. Tak salah pun. Hmm Syaq, Lish naik atas dulu lah ya? Maaf ganggu Syaq buat kerja, sambung esok sajalah kerja tu. Lewat malam dah ni.” Qalish Audrina baru tersedar yang lama juga mereka bersembang sehingga jam sudah menginjak ke angka 12 malam.

“Tak apalah Lish. Lagipula esok bukan kerja. Lish tidur dulu lah ya? Nanti Syaq dah siap semua kerja-kerja ni, Syaq masuk tidur.”


“Okay, jangan tidur lewat sangat. Tak baik untuk kesihatan. Goodnight and… Thank you.” Ujar Qalish Audrina sebelum berundur diri. Syaqilah hanya membalas dengan anggukan. Kemudian selepas meneguk air di dalam mug, dia kembali menyambung kerjanya.

Friday 13 November 2015

Be mine, eh? Bab27

“Abang Rief dari mana? Baru balik?” Qalish Audrina yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam rumah berpaling semula ke belakang apabila dia terdengar bunyi deruan enjin kereta abang iparnya. Senyuman manis automatik tersungging di bibirnya.

“Dari Ikea. Teman kawan abang cari barang sikit. Lish baru sampai?” Soal Nazrief setelah keluar dari perut keretanya. Dia tidak menyangka pula Qalish akan menjenguk mereka sekeluarga di rumah ini. Seingatnya baru beberapa hari semasa dia terserempak dengan Qalish dia menegur Qalish tentang hal itu, tiba-tiba hari ini wanita itu sudah berada di hadapannya.

Shopping ke bang? Baru tak baru jugak lah, tengah hari tadi.” Ujarnya seraya membelek penampilan ringkas Nazrief. T-shirt berkolar berwarna hijau cair serta dipadankan dengan seluar pendek paras lutut. Cukup santai abang iparnya, seperti budak muda pula.

“Tak lah. Abang teman kawan je. Tak ada benda pun nak dicari di Ikea tu Lish.”


“Mesti teman kawan perempuan ni kan? Girlfriend abang ek? Share lah dengan Lish, tak baik tau simpan sorang-sorang.” Ujar Qalish cuba untuk mengorek rahsia abang iparnya. Hubungan mesra yang terjalin antara mereka menampakkan seolah-olah mereka sudah lama kenal.

“Merepek ajelah Lish ni, abang mana ada girlfriend. Kawan sajalah.” Ujarnya berdalih. Walhal dia sememangnya terkenal dengan gelaran seorang lelaki kasanova. Qalish Audrina sahaja yang tidak tahu tentang itu.

“Iyelah tu.. Abang dah makan belum ni? Dah fikir kan dah abang nak suruh Lish masak apa?”

“Abang dah makan dah tadi. Hmm, abang terasa macam nak makan goreng pisang lah. Boleh?” Nazrief menanggalkan stoking yang dipakainya lalu dicampak tepi. Mereka masih lagi berbual di muka pintu rumah itu.

“Kebetulan memang Lish baru je siap goreng pisang. Lish macam tahu-tahu pulak abang nak makan goreng pisang.”

“Abang nak makan dekat dalam ke nak makan dekat laman luar tu?” Sambungnya lagi. Nazrief tidak menunjukkan tanda-tanda dia mahu masuk ke dalam rumah.

“Kat luar lah, boleh ambil angin segar sekali. Abang tunggu Lish dekat sana okay?” Ujar Nazrief seraya jari telunjuknya diarahkan kepada taman mini kesayangan mamanya. Qalish Audrina hanya membalas dengan anggukan serta senyuman segaris, sebelum dia segera masuk ke dalam rumah.




Sepuluh minit kemudian Qalish Audrina keluar semula bersama dulang di tangannya. Dia mengatur langkah berhati-hari membawa juadah petang itu. Nazrief turut membantu adik iparnya dengan menuangkan air ke dalam cawan.

Thank you si manis.” Si kasanova sudah mula memainkan sedikit peranannya yang sememangnya bibirnya sering kali dihiasi dengan ayat-ayat manis untuk memikat perempuan.

“Si manis? Siapa manis?” Soal Qalish Audrina terpinga-pinga.

“Lish lah si manis tu. Kan manis je bila Lish tersenyum. Lagi manis kalau senyuman Lish tu untuk abang.” Amboi Rief, sedar tak yang kau tengah duk mengayat ni adik ipar kau sendiri?

“Abang ni macam-macam lah. Merepek tak sudah.” Ujar Qalish seraya tergelak. Dia menganggap kata-kata abang iparnya hanya sekadar gurauan.

“Mana ada merepek. Betul apa, Lish ni terlalu sempurna abang tengok. Cukup semuanya, Lish jaga aurat Lish sebaik mungkin. Tak macam perempuan lain kat luar sana tu, selagi boeh dedah, selagi itulah diaorang dedah.” Ujar Nazrief sambil tangan kanannya mencapai goreng pisang lalu dibawa ke dalam mulut. Dia mengutuk perempuan-perempuan yang pakai tidak cukup kain, namun perempuan-perempuan seperti itu juga yang dicarinya.

“Abang. Mana ada manusia perfect dalam dunia ni.” Qalish Audrina ingin membetulkan persepsi Nazrief terhadap dirinya. Dia tidak suka jikalau ada orang yang terlalu memuji apa yang ada pad dirinya.

“Ya, memang tak ada. Tapi macam abang cakaplah, Lish berbeza dengan perempuan-perempuan yang pernah abang kenal. Abang rasa kalaulah Lish belum berkahwin lagi, abang dah masuk line kot.” Seloroh Nazrief seraya tergelak kecil. Dia tidak mahu terlalu menyerlahkan sisi kasanovanya. Dia tidak mahu Qalish Audrina berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.

“Sama jelah bang. Sebelum Lish pakai macam apa yang abang nampak Lish sekarang ni, Lish sama je macam diaorang dulu. Tapi semua manusia ada peluang untuk berubah kan?”

“Tak kisah lah Lish pernah jadi macam diaorang ke tidak. Apa yang abang cakap ni berdasarkan apa yang abang tengok hari ini. Abang susah tau nak puji orang, tapi kalau abang dah mula puji tu. Maknanya memang jujur dari hati.” Nazrief masih lagi berusaha unuk memancing perhatian Qalish supaya termakan dengan kata-kata manisnya.

“Iyelah tu. Abang pun Lish tengok tak kurang hebatnya jugak. Abang ada jawatan yang bagus, abang dah boleh mengemudi rumah tangga dah ni. Kenapa tak kahwin lagi?” Qalish sendiri pelik mengapa lelaki itu masih lagi hidup bujang. Sedangkan berdsarkan apa yang dia lihat, Nazrief sudah layak untuk membina masjid sendiri.

“Abang tak jumpa yang sesuai dengan abang lah Lish. Kalau ada pun, dah selamat jadi isteri orang.” Nazrief memaksudkan apa yang diungkapkan olehnya. Namun lain pula bagi Qalish, dia lagsung tidak perasan bahawa abang iparnya sedang cuba untuk menggodanya.

“Abang terlalu memilih kot. Tipu lah kalau dalam ramai-ramai perempuan kat Malaysia ni, tak ada seorang pun yang berkenan di mata abang.”

“Ada tu adalah, tapi semua tu abang anggap kawan sahaja. Sebab zaman sekarang ni nak cari orang yang betul-betul mahukan kita sejujur hatinya sangat payah Lish.”

“Betul lah tu bang, nak cari seseorang yang boleh faham kita. Yang akan mencintai kita sepenuh hati dia, sangat sukar untuk ditemui. Sebab hati manusia tu kan berubah-ubah. Harini mungkin dia sayang kita, esok lusa tak mustahil dia benci kan kita.” Ujar Qalish Audrina bersuara lirih. Tiba-tiba dia teringatkan tentang kisah cintanya bersama Ammar Riyadh yang tidak kesampaian.

“Amboi, cara cakap ni macam orang tengah frust je. Lish tak bahagia dengan adik abang ke?” Nazrief dapat mengesan daripada riak wajah Qalish, wanita itu seperti memendam sesuatu.

“Eh, tak adalah abang. Lish cuma cakap apa yang Lish rasa betul. Memang itu pun yang selalu terjadi sekarang kan?” Ujarnya tenang.

“Soal hati manusia yang selalu berubah-ubah tu memang adat dan resam kita sebagai seoarang manusia. Tapi yang paling penting adalah untuk kita berusaha mengekalkan seseorang yang mula-mula curi hati kita, untuk tetap ada dalam hati kita sampai bila-bila.” Kata-kata positif daripada Nazrief membuatkan Qalish Audrina tergamam seketika. Kata-kata tu sedikit sebanyak meresap ke dalam hatinya.

“Abang ni, kalau bercakap kadang-kadang kata-kata abang tu berguna juga ya.” Puji Qalish Audrina seraya tersenyum manis.

“Kadang-kadang je kata-kata abang tu kena dengan situasi. Selalunya tak pun.” Balasnya seraya tergelak. Qalish juga turut tergelak sama mendengar seloroh abang iparnya.

“Patutlah aku panggil kau tadi kau buat tak tahu je, rupa-rupanya sibuk dating dekat sini!” Entah bila Nedzrish muncul, lelaki itu sudah terpacak di tengah-tengah antara Nazrief dan Qalish bersama wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

Dating apa kejadahnya ni Rish? Kau tak nampak ke abang dengan Lish tengah sembang kosong ni?” Nazrief membalas pertanyaan adiknya dengan nada yang dingin.

“Seronok sangat aku tengok kau orang berdua ni. Dengan aku tak ada pulak kau nak berbual mesra macam ni kan Lish, pandai berlakon.” Nedzrish masih lagi tidak berpuas hati melihat keakraban mereka berdua.

“Macam mana dia nak cakap elok-elok dengan kau, kalau kau sendiri ada mulut macam longkang. Macam lah aku tak tahu kau tak pernah layan isteri kau baik-baik kan?”

“Kau jangan tuduh aku sembarangan Rief. Kau tak payah nak ambil tahu hal rumah tangga aku. Ataupun kau yang rancak bercerita dengan Abang Rief tentang hal rumah tangga kita?” Matanya jatuh kepada wajah isterinya yang beriak kosong itu. Qalish tayang wajah pelik. Bila masa dia bercerita mengenai keburukan suaminya kepada abang iparnya?

“Tengok, aku baru je cakap. Kalau macam ni cara kau layan isteri kau, tak payah tanya kenapa lah kalau isteri kau sendiri tak suka kau.”

“Sudah lah tu Abang Rief, Rish. Jangan nak bertekak macam budak kecil boleh tak? Rish, saya tak pernah pun cerita buruk pasal awak dekat ahli keluarga awak. Lain lah macam awak, semua pasal saya awak tak segan silu nak cerita dengan mama. Siapa yang tak jaga hal rumah tangga kita ni?”

“Dia cerita apa dekat mama, Lish?” Soal Nazrief begitu prihatin. Inilah masanya untuk dia memainkan peranan sebagai hero Malaya.

“Yang kau sibuk sangat nak tahu apasal?” Membulat biji mata Nedzrish memandang Nazrief dengan pandangan yang penuh rasa marah.

“Dah lah, kalau Abang Rief dengan Rish nak sangat bergaduh. Hah bergaduh lah sampai esok.” Qalish sudah mulai bengang melihat perang mulut antara dua beradik yang seperti tiada kesudahan. Dia kemudiannya terus menapak meninggalkan taman mini itu.


“Kau lah ni. Penyibuk betul lah!” Nazrief menumbuk perut Nedzrish, namun belum sempat si adik mahu membalas, Nazrief sudah mengatur langkah laju mengikut jejak langkah adik iparnya. 

Monday 9 November 2015

Be mine, eh? Bab26

“Sayang, you betul ke ni tak nak order apa-apa?” Soal Amelda Imani sambil memulangkan kembali buku menu kepada pelayan di restoran itu.

“Tak nak lah. I dah kenyang.” Ujarnya seraya tersenyum nipis. Wajah Amelda Imani yang sudah lama tidak ditatap berhari-hari direnung penuh kerinduan.

“You makan apa?” Pelik. Sepanjang mereka keluar makan bersama, Nedzrish tidak pernah tidak memesan makanan untuk dirinya sendiri.

“I dah makan kat rumah tadi. I tengok you makan je lah okay?”

“You makan dekat rumah? Rumah you? Siapa masak? Isteri you masak ke?” Soalan bertalu-talu yang keluar dari mulut kekasihnya menyedarkan Nedzrish yang dia sudah terlalu jujur malam itu.

“Eh, bila masa I cakap I makan kat rumah?”

“Ada. You jangan nak mengelak. Tadi you baru je cakap yang you dah kenyang sebab makan dekat rumah. Isteri you masak ke Rish?”

“Oh. Memang lah I makan dekat rumah. Tapi bukan perempuan tu yang masak. I beli makanan dekat luar.” Dia tidak punya niat untuk berbohong. Namun dia sedaya upaya mahu menjaga perasaan kekasihnya.

“Boleh percaya ke? You dah tahu you nak keluar makan dengan I, kenapa you beli makanan dekat luar pula?” Soal Amelda Imani yang mula curiga dengan jawapan yang diberikan oleh Nedzrish.

“Betul lah Mel. Apa hal pulak dia nak masak untuk I? Mel sepanjang I kahwin dengan dia, tak pernah sekalipun dia masuk dapur. Perempuan bandar macam tu, mana reti masak.” Mujurlah dia bijak untuk mencipta alasan yang dirasakan agak kukuh untuk meraih kepercayaan Amelda Imani.

“Dia tak pernah masuk masuk dapur langsung? Habis tu selama ni, you makan kat luar lah?” Soal Amelda Imani denga nada yang tidak percaya. Masakan tidak pernah masuk dapur langsung? Dia yang digelarkan gadis bandar oleh Nedzrish juga pernah masuk ke dapur masak untuk diri sendiri.

“Yelah Mel. Biar lah, mcam ni lagi bagus kan. Dah nama pun kahwin paksa, mestilah dia tak jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri. Kalau I ni you jangan tanya lah, apa tugas seorang suami pun I tak ambil tahu.”

“Lahai. Kesian nya sayang I ni. Tak sihat lah sayang hari-hari makan kat luar. Apa kata kalau hari-hari I masak untuk you. You datang rumah I, kita makan sama-sama. Okay?”

“Er.. Tak payah lah Mel. I tak nak susah kan you. I kan dah biasa macam ni, daripada dulu lagi I selalu makan kat luar kan?”

“Mana ada, dulu masa you duduk dengan mama you. Jarang lah you makan kat luar, you makan apa yang mama you masak lah kan.”

“Dah lah Mel, you tak payah risau okay? Rumah I dengan rumah mama I bukan jauh mana pun, kalau I lapar. I balik lah sana.”

“Rish. Sampai sekarang, you masih tak ada rasa apa-apa dekat isteri you?” Soalnya mengubah topik.

“Rasa apa? Rasa nak lempang ada lah dia tu. Rimas tahu tak hidup dengan perempuan tu. Dia tu semua benda tak kena. Dia tak macam you Mel. You teman I makan tepi jalan pun you tak pernah merungut. Tapi dia tu, tak hingin nak pergi tempat-tempat macam kita pergi ni.”

“You kena lah faham, dia tu seorang pereka fesyen yang terkenal. You sendiri cakap dia tu perempuan yang ada standard. Mestilah dia tak suka tempat crowded macam ni.”

“Ada je orang kaya tapi hidup bersederhana. Ini dah kes bongkak you tahu tak.” Jujur dia katakan dia tidak gemar cara hidup isterinya.

“Kita mana boleh paksa orang untuk ikut cara kita. You tak payah lah desak dia supaya ikut cara you. Dah memang dia macam tu dari dulu. Susah lah kalau nak ubah.” Amelda Imani yang memahami sikap Nedzrish yang mahukan orang lain ikut apa yang dilakukan olhenya yang mana dia rasakan betul.

“I tak kuasa lah nak paksa dia. Bukan ada makna apa-apa pun dalam hidup I.”

“Betul ni you tak ada rasa apa-apa dekat dia? Sayang pun tak ada?”

Nedzrish membalas pertanyaan kekasihnya hanya dengan gelengan sahaja.

“Sikit pun tak ada?”

“Kau ni dah kenapa? Nak suruh aku betul-betul jatuh cinta dengan dia ke? Kalau kau nak, aku boleh paksa hati aku sayang dia. Macam mana awal-awal dulu, aku paksa diri aku terima kau.” Ujar Nedzrish serius. Dia cukup menyampah apabila berhadapan dengan syak wasangka oleh Amelda Imani. Dia bosan untuk menerangkan perkara sama berulang kali.

“Rish! Tak nak lah.You tahu kan I sayang kan you? Sayang sangat.”

“Dah tu yang kau bijak sangat tanya soalan sama kenapa?”

“I tanya untuk dapat kan kepastian lah Rish. Tak ada niat pun tak percaya kan you.” Ujar Amelda Imani lembut sambil meramas jari jemari Nedzrish. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja tanpa membalasnya. Namun dia hujung bibirnya melakarkan senyuman tipis beberapa saat.

“Kau tahu hati aku pada siapa kan? Cukup lah kalau kau tahu benda tu.”

“I tahu. I harap sampai bila-bila pun perasaan you tetap tak berubah untuk I.”

Good. Mel, esok aku tak dapat temankan kau pergi wedding kawan kau. Aku kena balik rumah parents aku, tidur sana.”

“Alaaa sayang. Tapi you dah janji?” Amelda Imani sudah mula mahu membuat babak cerita Hindustan. Ini yang Nedzrish rimas. Tidak kuasa dia untuk memujuk mana-mana wanita, padanya itu hanyalah membuatkan rasa sayang kurang.

“Ya I tahu I dah janji dengan you dari minggu lepas lagi. Tapi you sendiri kenal papa I macam mana kan? Dia tu kalau sekali dah membebel, habis lah I.”

“Hmm...”

“Okay, I minta maaf. I tak ada niat pun nak buat you kecil hati. Papa I tiba-tiba suruh I balik sana sebab I dah lama tak balik rumah diaorang.” Nedzrish masih lagi cuba untuk memujuk Amelda Imani.

“Satu syarat?”

“Apa dia? Teman you pergi tengok wayang?” Soal Nedzrish. Aktiviti itu adalah aktiviti yang sangat gemar dilakukan oleh kekasihnya. Meskipun dia bukan lah seorang kaki wayang, tetapi kerana kasihnya terhadap wanita itu, dia gagahkan juga meskipun seringkali dia tertidur di dalam wayang.

Nope. Suapkan I. Sampai habis.” Matanya melirik kepada pinggan yang berisi mee goreng basah yang masih tidak terusik.

“Permintaan kau tak boleh lagi mengarut ke?” Nedzrish sudah mula menayang wajah tidak puas hatinya. Namun dengan berat hati dia mencapai sudu dan garfu.

“Sayang I tak?”

“Tak pernah tak sayang. Tapi perangai kau tu jangan lah macam orang tak pernah bercinta.” Walaupun mulutnya membebel tidak puas hati, namun dia tetap menurut apa yang disuruh oleh Amelda Imani. Gadis itu mengulum senyum. Kerana itulah dia terlalu menyanyangi Nedzrish, lelaki itu lain daripada lelaki yang lain.



*****
Datin Khalidah begitu ceria sekali menyambut kedatangan anak dan menantunya tengah hari itu. Meskipun pada awalnya dia memarahi Nedzrish kerana tidak memberitahu kepadanya terlebih awal untuk datang ke rumah. Mujurlah pagi itu dia tidak jadi untuk keluar melawat rakan lamanya.

“Mama masak banyak-banyak ni, macam tahu-tahu je Rish nak datang kan?” Nedzrish menyapa Nedzrish mesra mamanya yang sedang sibuk menyusun hidangan di meja makan. Mujurlah Datin Khalidah seorang yang cekap di dapur, cepat sahaja dia menyiapkan lauk tengahari itu.

“Rish ni suka buat suspen macam ni, nasib baik mama ni handal di dapur. Sekejap aje mama siapkan lauk kegemaran Rish. Kalau tak, kempunan lah Rish.”

“Bukan salah Rish eh ma. Rish tak rancang pun nak datang sini hari ini. Menantu mama tu yang ajak Rish tidur sini sampai esok.” Nedzrish menjeling ke arah isterinya yang sedang memotong timun.

“Eleh, tunjuk rajin lah tu.” Kutuknya di dalam hati. Mana lah tahu Qalish Audrina sekadar mahu menjaga hati mamanya.

“Oh, jadi Rish memang tak nak balik ke sini lah ya? Kalau bukan kerana Qalish yang pujuk Rish, agaknya tahun depan baru mama nampak batang hidung Rish.” Selamba Datin Khalidah memerli anaknya. Bukannya dia tidak tahu anak bongsunya jarang balik ke rumah ini adalah kerana tidak mahu bersua muka dengan papanya. Dia sudah lali dengan semua perangai Nedzrish Eskandar.

“Mana ada ma. Rish selalu ingat kat mama. Cuma tulah, malas nak bertekak dengan papa.”

“Jangan lah cari punca untuk bertekak dengan papa. Papa tu okay aje Rish, Rish je yang fikir buruk pasal papa.” Seperti biasa, nasihat lembut daripada Datin Khalidah hanya dibiarkan begitu sahaja. Langsung tidak terniat oleh Nedzrish untuk mengikut kata-kata mamanya.

“Awak, makanan dah sedia ni. Awak tolong panggil kan yang lain boleh?” Tiba-tiba Qalish Audrina menegur dirinya yang sedang tunduk merenung lantai. Wanita itu sedang mencedok nasi ke dalam pinggan.

“Pandai lah diaorang. Bukan nya budak sekolah nak kena bagitahu waktu makan dah tiba. Semua dah besar kan?” Ringkas sahaja jawapannya. Dia terus mencapai pinggan yang telah siap dibubuh nasi oleh isterinya, tanpa sempat isterinya mahu memberikan kepadanya.

“Tak ada siapa pun dekat rumah ni Lish. Syaqilah awal-awal pagi lagi dah keluar dengan kawan dia.”

“Kakak pergi mana ma?” Laju sahaja Nedzrish menyoal tentang kakak kesayangannya. Rasa rindu semakin membuak-buak krana sudah lama tidak bersembang mesra dengan Syaqilah.

“Pergi Melaka katanya, tapi balik hari. Kawan dia kahwin.”

“Yang lain, mama?” Soal Qalish pula.

“Papa beli surat khabar, Pak Awie cuti hari ni. Itu yang dia kena beli sendiri. Tapi dah lama dah pergi, tak balik-balik pun lagi ni. Abang Rief kamu main golf.” Datin Khalidah seperti penyampai berita pula. Setiap pertanyaan anak menantunya dibalas dengan informasi yang tepat lagi benar.

“Oh..” Hanya itu yang terluah di bibir wanita itu. Pelik. Sepatutnya hujung minggu begini semuanya perlu ada di rumah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Keluarga suaminya seperti lebih gemar untuk membuat hal masing-masing.

“Mereka memang macam tu Lish. Pantang ada kelapangan, mesti tak lekat duduk di rumah ni.” Tambah Datin Khalidah lagi yang seolah-olah mengerti apa yang sedang difikirkan oleh menantunya.

“Yang kau ni apasal duk tenung je makanan ni semua? Makan lah. Apa kau fikir lauk-lauk ni semua akan melompat masuk dalam mulut kau ke?” Nedzrish yang sedang mencedok kuah kari membebel apabila dilihat Qalish berdiri tegak di sudut meja tanpa ada tanda-tanda untuk turut makan bersamanya.

“Rish, kenapa cakap dengan isteri macam tu? Cuba cakap baik-baik. Tak baik tau asyik buat orang sakit hati je.” Tegur Datin Khalidah seraya mengajak Qalish untuk makan bersama mereka.

“Betul lah apa yang Rish cakap tadi. Depan rezeki kan tak elok termenung. Tak payah kau nak fikir soal orang dalam rumah ni. Diaorang tu jadikan rumah ni macam hotel, sama je macam kau buat rumah kita tu.”

Mendengarkan sebaris ayat terakhir yang dituturkan oleh suaminya, bebola mata Qalish Audrina terus merenung tajam ke wajah suaminya. Gila apa! Bocorkan rahsia dia sering pulang lewat ke rumah di hadapan ibu mertuanya? Dasar otak kurang cerdik.

“Lish selalu balik lambat ke?”

“Haah ma. Dia ni kan hantu duit. Mana cukup duit yang dia ada sekarang ni. Tu pasal dia kerja macam orang tak ada rumah.” Belum sempat Qalish Audrina mahu membalas kata-kata Datin Khalidah, Nedzrish pantas memberi jawapan yang menyakitkan hati isterinya.

“Rish.. Kalau nak tegur isteri, tegur elok-elok. Sebaiknya tegur lah dia bila hanya ada kamu berdua sahaja disitu. Rish seagai seorang suami, tak boleh terus nak hukum si isteri. Kena cakap cara baik Rish.”

“Macam mana nak cakap cara baik, kalau setiap kali Rish tegur je dia selalu tarik muka. Salah  dia lah.” Semakin berbahang telinga Qalish Audrina mendengar suaminya dengan selamba memburuk-burukkan dirinya. Terasa mahu cekik-cekik sahaja lelaki itu.

“Awak tegur saya pun tak pernah. Lepas tu awak nak cakap saya tak nak dengar nasihat awak pulak. Persoalannya disini, bila awak tegur saya?” Sudah tiada kesabaran lagi, suka hati dia sahaja mahu mengutuk dirinya, di hadapan Datin Khalidah pula. Sengaja mahu menjatuhkan air mukanya lah tu.

“Sudah. Tak elok bergaduh depan rezeki. Apa-apa masalah, boleh bincang lepas ni. Tapi ingat, jangan tahu nak salahkan orang lain je Rish. Jangan nak buat perangai tak bertauliah kamu tu. Dah Lish, makan.” Datin Khalidah segera menamatkan perang mulut antara anak menantunya. Bimbang jikalau semakin dibiarkan, Nedzrish tidak akan berhenti menganggu isterinya dengan kata-kata pedas nya.





*****
Dato’ Ezzudin menuruni anak tangga bersama senyuman tersungging di bibirnya. Dia membatalkan niatnya untuk bertemu dengan rakan niaganya petang itu apabila isterinya memberitahu bahawa anak menantu mereka ada di rumah. Kemudian dia menuju ke ruang tamu untuk menyertai isteri serta anak menantunya yang sedang bersantai menonton televisyen.

“Eh papa. Papa sihat?” Qalish Audrina segera bangun dan menyalami tangan bapa mertuanya dengan penuh hormat. Berbeza dengan Nedzrish, tidak dihiraukan papanya yang sedang berdiri memandangnya. Dia buat tidak tahu sahaja. Datin Khalidah hanya mampu menggeleng kepalanya sahaja. Ingin ditegur, suaminya pantas menghalang.

“Sihat Lish. Kamu baru sampai ke?” Ujarnya setelah melabuhkan duduk disisi isterinya.

“Tengah hari tadi. Papa dah makan?”

“Sudah, papa makan di luar tadi. Rish dengan Lish duduk dekat sini berapa lama?”

“Esok balik lah. Kenapa? Tak sabar nak suruh Rish balik ke?” Nedzrish laju sahaja menjawab meskipun Qalish Audrina sudah pun membuka mulutnya. Sengaja dia mahu memanaskan hati papanya. Nedzrish sememangnya masih lagi tidak berpuas hati dengan setiap tindakan dan arahan papanya yang lebih kepada memaksa dirinya membuat sesuatu yang dia tidak suka.

“Papa tak cakap macam tu pun. Papa ingatkan Rish dah tak jumpa jalan balik ke rumah ni. Ingatkan dah lupa terus dah.” Datin Khalidah dan Qalish Audrina memandang sesame sendiri mendengarkan bicara tajam daripada Dato’ Ezzudin. Dua-dua beranak itu tidak pernah mahu mengalah. Macam itulah jadinya, berbalah tiada kesudahan.

“Hampir nak lupa lah pa. Sebab kalau mama dengan Syaq tak tinggal dekat sini, Rish dah tak balik langsung ke sini kot.”

“Sudah lah, abang dengan Rish ni pantang berjumpa. Mesti nak bergaduh, tak malu ke dengan Qalish?”

“Nak malu apanya, biarlah menantu kita tahu perangai sebenar suami dia. Tak tahu nak hormat bapak sendiri.” Sinis kedengaran perlian Dato’ Ezzudin. Namun tidak memberi apa-apa kesan terhadap Nedzrish.

“Emm. Papa, sorry la sebab Lish dah lama tak balik sini. Bukan Rish tak ada ajak, tapi Lish yang sibuk sikit kebelakangan ni.” Qalish Audrina bijak untuk mengalihkan perhatian papanya. Mata bapa mertuanya itu segera memberi fokus kepada dirinya.

“Tak apa. Papa faham. Papa bukan tak tahu butik Qalish sekarang tengah maju. Papa ikut tau perkembangan Lish.”

“Mana papa tahu?” Soal Qalish sedikit teruja.

“Kalau dah pernah masuk majalah, cerita pasal butik kamu tu. Macam mana papa tak tahu? Tak menang tangan kamu nak siapkan tempahan customer, memang kamu sibuk.” Semakin rancak Dato’ Ezzudin bercerita dengan menantunya. Datin Khalidah serta Nedzrish, masing-masing leka menonton rancangan Jejak Jepun Jihan.

“La.. Papa baca ke pasal Lish? Lish ingatkan papa tak ikuti perkembangan dunia fesyen moden.” Ujarnya seperti tidak percaya pula. Gelaran seorang pereka fesyen yang terkenal sudah sebati dalam dirinya kerana dia selalu mendapat tempahan untuk mereka baju para selebriti serta VVIP.

“Papa baca baca je semua. Papa ni suka membaca, sebab bila kita membaca. Semakin banyak ilmu yang kita ada. Kan bagus tu?”

“Betul lah tu pa.” Ujarnya sepatah.

“Apa perkembangan terbaru butik Lish? Ada pertandingan apa-apa ke bulan ni?”

“Ada. Minggu depan Lish kena pergi Johor, ada pertandingan fesyen.”

“Berapa lama event tu berlangsung? Lish tak ajak Rish teman ke?” Soal Dato’ Ezzudin sambil matanya melirik ke arah Nedzrish yang sedang leka merenung telefon bimbitnya.

“Apasal nak kena ajak Rish pulak? Dia dah besar la pa. Pandai-pandai lah dia pergi sendiri. Bukan nya budak kecil, nak kena dukung bagai.” Walaupun matanya leka menaip sms di telefon bimbitnya, namun telinga tetap menangkap dengan jelas setiap perbualan mereka berdua.

“Memang lah dah besar, tapi Lish kan dah ada suami sekarang. Kan lebih baik kalau Rish teman kan isteri Rish pergi ke sana. Nanti orang kata, ada suami tapi tak boleh harap.” Ujar Dato’ Ezzudin meluahkan pendapatnya.

“Kau boleh pergi sendiri kan?” Dia menyoal garang. Tersentak Qalish yang sedang meneguk minuman panas itu.

“Er.. Boleh. Tak ada masalah pun pa.”

“Papa dengar sendiri kan? Selama ni dia ada pertandingan fesyen dekat ceruk mana sekalipun, boleh aje dia pergi sendiri. Apasal bila dah kahwin ni semua nak berteman? Macam lah kita tak ada kerja lain.” Matanya tajam merenung isterinya. Sebenarnya yang dimarahinya adalah papanya sendiri, namun dia tidak berani untuk merenung wajah papanya yang kelihatan serius.

“Betul lah tu apa Rish cakap. Lish dah biasa lah pa outstation jauh-jauh macam ni. Bukan nya tak ada orang teman, pekerja Lish pun ada sekali.” Tambah Qalish Audrina menyokong kata-kata suaminya. Dia sendiri tidak mahu lelaki itu menemaninya ke Johor. Untuk apa lelaki itu ada di sisinya jikalau kehadiran lelaki itu hanya akan menimbulkan rasa sebal dihatinya.

“Itu sebelum kahwin, selepas kahwin ni sepatutnya kauorang kena luangkan masa lebih sikit. Lagipun kamu berdua tak pernah bercinta sebelum kahwin kan, inilah peluangnya.”

“Biar lah abang, itu kan soal rumah tangga mereka. Kalau Lish selesa pergi sorang, biarlah dia pergi sorang. Tapi kalau Rish rela hati nak teman. Itu lebih bagus. Mereka kan dah besar, biarlah mereka fikir sendiri.” Datin Khalidah yang sedari tadi hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga berbalah pendapat, menyuarakan apa yang dirasakan betul.

“Rish. Papa nak kamu teman isteri kamu ke Johor minggu depan. No excuse. Papa tak nak dengar sebarang bantahan. This is an order. So, please.” Dato’ Ezzudin mula menggunakan kuasa vetonya. Dia buat itu semua bukan atas dasar suka-suka. Dia tahu kalau dibiarkan sahaja rumah tangga mereka itu, pasti tidak akan pernah berbaik anak dan menantunya itu. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sikap Nedzrish yang suka ikut kepalanya sendiri itu.

“Apa lagi papa ni? Semua benda papa nak aturkan, semua benda papa paksa Rish buat. Boleh tak sekali ni papa cuba faham perasaan seorang anak yang disisih oleh papa kandungnya sendiri?” Matanya memerah menahan marah. Qalish Audrina di sebelahnya sudah kecut perut melihat wajah tegang suaminya.

“Kalau aku sisih kan kau, kau tak ada peluang langsung untuk berpijak atas lantai rumah aku ni.” Selesai berkata-kata, Dato’ Ezzudin terus beredar dari situ. Dia berang kerana apa sahaja permintaannya susah sekali ditunaikan oleh Nedzrish. Tidak seperti abang dan kakaknya yang sangat patuh dengan arahan papa mereka.


“Ni semua kau punya pasal tahu tak. Menyusahkan!” Nedzrish turut bangun dari situ setelah menengking isterinya. Qalish Audrina hanya menggeleng kepalanya sahaja melihat reaksi dingin mereka dua beranak. Datin Khalidah usah cerita lah, dia hanya mampu berdiam diri setiap kali berhadapan dengan situasi itu.