Nuha mengatur langkah laju untuk menuju ke bilik
kerja bekas suaminya. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan lelaki itu.
Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia segera memulas tombol pintu bilik
lelaki itu.
“Kau ni dah kenapa? Tak reti nak ketuk pintu dulu
ke?” marah Nazhan yang terkejut dengan kedatangan mengejut bekas isterinya.
“Apa bezanya saya ketuk pintu atau tidak? Saya tetap
akan masuk ke dalam bilik awak untuk berjumpa dengan awak. Tak ada bezanya saya
ketuk ataupun tidak.”
“Kau nak apa ni menyemak dekat sini? Kau datang
sini, anak-anak siapa yang jaga?” Soalan daripada Nazhan dibalas dengan tawa sinis
oleh Nuha.
“Kenapa tanya? Bukan ke awak memang tak kisah
tentang Adam dan Adha? Siapa pun yang jaga diaorang, penting ke untuk awak
tahu?”
“Nuha, tugas kau bukan susah pun. Jaga anak-anak je,
itu pun susah ke kau nak buat? Keperluan anak-anak, semuanya aku yang tanggung.
Apa lagi yang kau nak daripada aku ni?” Nazhan tidak mahu wanita itu membuang
masanya. Dia terus bertanyakan tujuan Nuha datang bertemu dengan dirinya.
“Saya nak tuntut hak Adam dan Adha.” Nuha memandang
wajah Nazhan dengan pandangan yang serius. Ya, jikalau melibatkan tentang
anak-anaknya, dia sanggup berhadapan dengan amarah Nazhan.
“Nak tuntut apa lagi? Kan semuanya dah jelas
dibincangkan dekat mahkamah. Aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang
ayah kepada budak-budak tu. Tak cukup ke duit yang aku masukkan setiap bulan?
Berapa ribu kau nak?” soal Nazhan dengan perasaan geram. Duit yang dia masukkan
setiap bulan ke akaun isterinya lebih daripada cukup. Apa lagi mahu wanita itu,
dia sendiri tidak mengerti.
“Bukan soal duit, Nuha tahu kalau tentang duit, Nuha
tak perlu persoalkan. Awak memang tak pernah cuai untuk tunaikan tanggungjawab
tu. Tapi kenapa selepas kita bercerai, tak pernah sekalipun awak datang untuk
jenguk anak-anak kita? Sibuk sangat ke awak?”
“Aku sibuk lah, kau tak nampak ke fail
berlambak-lambak atas meja ni? Ini semua untuk aku semak. So, aku memang tak
ada masa untuk jenguk Adam dan Adha. Tengok lah nanti kalau aku tak sibuk, aku
rasa nak datang, aku datang lah.” balasnya dengan mudah. Nuha bertambah panas mendengar
alasan yang diberikan oleh bekas suaminya itu. Sungguh, ini bukan Nazhan yang
selama ini dia kenal. Nazhan yang berada di hadapannya kini sudah jauh berubah.
“Tak kan lah tak boleh nak luangkan sikit masa untuk
anak-anak awak sendiri? Bukan orang lain pun. Saya ni sampai tak tahu nak bagi
alasan apa bila diaorang tanya kemana papa diaorang. Saya sebagai mama
diaorang, rasa sedih sangat. Sedih sangat sebab anak-anak yang tak bersalah,
terpaksa terima semua ni. Disebabkan seorang perempuan, awak sanggup buang
anak-anak awak Nazhan. Darah daging awak sendiri!” Nuha memang mahu meluahkan
apa yang terbuku dihatinya. Biarlah Nazhan tahu apa yang dia rasakan setelah
lelaki itu mula kberubah hati.
“Diaorang kecil lagi, diaorang tak tahu apa yang
berlaku. Dah lah, kau jangan nak buang masa aku. Aku bosan tahu tak dengan kau
ni. Sebelum bercerai, kau tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Ni bila
dah bercerai, kau masih nak kacau aku lagi. Kau tak faham ke? Dalam hati aku
ni, dah tak ada ruang untuk kau dan anak-anak kau. Sedar lah sikit Nuha. Kau
tak layak untuk aku. Pergi balik, pergi cermin diri kau!” tempik Nazhan sambil
matanya tajam menikam bebola mata isterinya. Wajah Nuha kelihatan cukup tenang.
“Saya datang sini, atas sebab anak-anak. Bukan atas
dasar cinta terhadap awak. Nazhan, saya tak mengharapkan apa-apa pun dari awak.
Saya cuma minta jasa baik awak, supaya datang jenguk anak-anak awak
sekali-sekala. Saya tak minta banyak, saya tak nak tengok anak-anak kita
membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.”
“Itu masalah aku ke? Diaorang nak membesar tanpa
kasih sayang seorang ayah sekalipun, itu bukan masalah aku. Kau mak diaorang
kan? Pandai-pandai kau lah.” Nazhan memandang wajah isterinya dengan pandangan
yang kosong. Sungguh, di dalam mindanya sekarang hanyalah ada Adra Sofia.
“Awak sibuk kejar betina tu kan? Awak ni memang tak
sedar diri kan. Dah terang lagi bersuluh Adra tu tak nak kan awak, kenapa awak
masih nak kejar dia? Dia dah nak kahwin dah Nazhan, berhenti lah kejar dia.
Tunaikan lah tanggungjawab awak. Itu lebih penting. Anak-anak kita masih
perlukan awak.” nasihat Nuha, ikhlas. Dia tidak punya niat lain kerana dia
tidak mahu Nazhan terus hanyut melayan perasaan.
“Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Kau cemburu kan
bila aku beri perhatian lebih dekat perempuan lain? Hei! Kau sedar tak yang
kita ni dah tak ada apa-apa? Jangan nak pandai-pandai nasihat aku itu ini, aku
tahu lah apa yang aku buat.”
“Awak tu yang sebenarnya tak sedar diri. Dah jelas
yang Adra tak nak kan awak, tapi awak masih lagi mengemis cinta dari dia. Awak
ni tak ubah macam sampah. Dia tu hanya mempergunakan awak saja Nazhan. Awak je
yang tak sedar selama ni.”
“Kau jangan biadab Nuha! Jangan sampai tangan aku
ni, naik ke muka kau!” Nazhan sudah mula mahu mengamuk. Dia bingkas bangun dari
duduknya dan berdiri betul-betul di hadapan bekas isterinya. Nuha menatap
pandangan mata Nazhan dengan berani.
“Awak nak pukul saya, awak pukul lah Nazhan. Kalau
awak rasa dengan pukul saya, boleh buanng semua rasa marah awak dekat saya. Then, pukul lah. Saya datang sini sebab
anak-anak kita, dan saya jugak rela
untuk terima apa pun respon daripada awak. Atas sebab anak-anak kita.” Wajah
tegang Nazhan ditatap dengan pandangan yang sayu. Mengapa begini sekali
pengakhiran hubungan mereka berdua.
“Kau balik sekarang Nuha…” Nazhan memalingkan
wajahnya. Dia tidak seharusnya bertindak mengikut nafsu marahnya. Nuha bukan
isterinya lagi. Dia tidak sepatutnya melakukan kekerasan kepada insan yang
bergelar seorang wanita.
“Saya akan balik. Tapi sebelum saya balik, saya nak
pesan satu je dekat awak. Anak-anak kita adalah anugerah daripada ALLAH S.W.T.
Saya tahu kita dah tak ada apa-apa lagi, tapi itu bukan alasan untuk awak lari
dari tanggungjawab. Saya tak nak awak dippersoalkan di akhirat nanti sebab di
dunia ni awak lalai daripada melaksanakan tanggungjawab awak. Adha dan Adam tak
bersalah, jangan disebabkan awak dah benci kan saya, awak lupa siapa mereka
pada awak. Awak pernah sayang separuh mati dekat mereka berdua, tolong lah
ingat balik semua kenangan awak dengan anak-anak kita. Itu je saya minta.”
Selesai berkata-kata, Nuha segera berlalu keluar dari bilik pejabat suaminya.
Nazhan pula duduk kembali sambil membuang pandang ke luar tingkap. Dia sedang
memikirkan kata-kata bekas isterinya.
****
“Hai sayang.” Lembut sahaja Adra menyapa kekasih
hatinya yang sedang sibuk menghadap komputer ribanya. Dia duduk di atas sofa
yang berada di sudut ruangan bilik kerja Ruzail.
“Kenapa tak cakap dulu nak datang?” Komputer riba
segera dimatikan. Ruzail mengatur langkah mendekati Adra.
“Saja, nak melawat bakal suami I sendiri pun kena
buat appointment ke?”
“Bukan lah macam tu. Nasib baik waktu you datang ni,
I ada dekat pejabat. Kalau I keluar, macam mana? Kan sia-sia je you datang.”
Ruzail memerhatikan wajah Adra yang kelihatan sangat ceria. Jauh di sudut
hatinya dia amat mencintai gadis itu, tetapi apakan daya, dia sudah tersilap
langkah. Dia harus memperbetulkan keadaan sebelum terlambat.
“Okey, next time
kalau I nak datang, I akan inform you
dulu. Oh ya, I datang ni sebab nak ajak you lunch.
You belum makan lagi kan?”
“Belum, tapi sebelum tu, I ada sesuatu nak bagitahu
you ni.” Serius saja kedengaran nada Ruzail kali ini. Adra tayang wajah pelik.
“Kenapa sayang?” soalnya sambil menguak lembut
rambutnya yang sudah semakin panjang dengan hujung jarinya.
“I… I nak batalkan perkahwinan kita.” Tersekat-sekat
suara Ruzail.
“Hah? Nak batalkan perkahwinan kita? Are you
joking?” Adra pandang wajah Ruzail dengan pandangan yang sukar untuk
mempercayai apa yang baru sahaja disampaikan oleh lelaki itu.
“Tak, I tak bergurau tentang perkara serius macam
ni. Ya Adra, I nak putuskan hubungan kita.”
“Tapi kenapa Ruzail? Apa salah I? Kenapa you
tiba-tiba nak minta break ni?
Hubungan kita tak ada masalah pun!” Adra sudah berubah intonasi. Kalau tadinya
dia melontarkan kata-kata dengan nada yang lembut, namun kali ini seperti
hendak tercabut anak tekaknya kerana menjerit.
“You tak buat salah apa-apa pun. I yang bersalah
dalam hal ni. I dah tak nak tipu you lagi, sebab itulah I nak noktahkan semua
ni.”
“Apa maksud you? You tipu I apa?” soal Adra dengan
perasaan berdebar-debar. Apa yang Ruzail sembunyikan darinya selama ini?
“I nak you dengar apa yang I akan ceritakan ni
dengan baik. Tapi sebelum tu, I nak minta maaf sangat-sangat lepas I beritahu
you hal sebenar. I minta maaf sangat Adra.” Riak wajah serba salah Ruzail
direnung tajam.
“You may
proceed.”
“I sebenarnya ada menjalinkan hubungan dengan
seorang perempuan ni, setahun yang lepas. I layan dia lebih daripada seorang
kawan, atau lebih tepat lagi, you boleh cop I sebagai lelaki tak guna, sebab I
dah curang dengan you. I mengaku memang silap I. I tak boleh nak teruskan
perkahwinan kita sebab I rasa bersalah sangat. I dah buat dia berharapkan I, I
tahu I tak sepatutnya menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Sebab I dah
ada you. Tapi itulah kesilapan yang I buat, dan I nak tebus balik salah I ni. I
nak bertanggungjawab sebab I dah buat dia mula mengharapkan I. I tak sampai
hati nak tinggalkan dia.” Sebaik sahaja selesai berterus-terang, sebiji
penampar menjadi habuan pipi kiri Ruzail. Ruzail memandang Adra yang turut
merenung dirinya dengan pandangan mata tajam menikam wajahnya. Ya, Adra berhak
untuk memarahi dirinya. Dia selayaknya mendapat ‘hadiah’ istimewa itu daripada
Adra sejak dari dulu lagi.
“You cheat on me Ruzail! You penipu! Macam mana dengan I? You
sanggup hancurkan semua yang kita dah plan selama ni? You lebih rela tinggalkan
I yang dah lama dengan you, semata-mata untuk pertahankan perempuan yang you
baru je kenal? Mana kesetiaan you selama ni pada I? Mana?!” Adra sepertinya
tidak dapat menahan amarah yang sedang menguasai dirinya.
“You kena faham satu perkara Adra, kalau I betul-betul
sayangkan you. I tak akan curang dengan you. I tahu hubungan kita dah
bertahun-tahun, I tahu you cintakan I seikhlas hati you. I dah tak nak sakit
kan hati you lagi, sebab itu lah I lebih rela lepas kan you pergi. I tahu you
tak akan bahagia dengan I.”
“Ruzail, selama ni I jaga hati, perasaan I hanya
untuk you seorang saja. Bukan tak ada lelaki yang cuba goda I, si Nazhan tu
sampai tahap nak kahwin dengan I. Tapi ada ke I layan dia? Tak ada Ruzail! I
boleh setia dengan you bertahun-tahun, kenapa you tak?”
“Cinta you ikhlas untuk I. I tahu walaupun selama ni
I selalu abaikan you, tapi you tetap setia dan memilih untuk berada di sisi I.
I mengaku I dah buat silap yang sangat besar dalam hidup I. Mencintai you
adalah perkara yang I tak akan hakis daripada memori I. I dah luka kan hati you
Adra. I tak layak untuk jadi suami you.” Ruzail benar-benar rasa lemah melihat
air mata yang mengalir lesu di pipi gadis yang amat dia cintai. Dia terpaksa
melakukan semua ini demi untuk bertanggungjawab kerana telah mengandungkan
Hana.
“Senangnya you cakap! You fikir, kata maaf you tu
boleh kembalikan semula hati I yang dah hancur? You hancur kan semuanya! You
hancur kan impian I untuk bina istana cinta dengan you! I sanggup buat perkara
yang I benci, semata-mata demi nak ikut cakap you. I tak minat bisness, tapi
demi untuk buat you rasa bangga dengan I, I sanggup ketepikan kepentingan
peribadi I, demi untuk buat you bahagia. You nak sangat kan bakal isteri you
ada kerjaya sendiri? Ya, I dah buat dah semua tu. Tapi kenapa you balas macam
ni dekat I?” Adra memukul dada bidang milik Ruzail dengan perasaan yang hancur.
Saat itu, dia berasa begitu sakitnya untuk menerima setiap kenyataan yang
keluar daripada mulut Ruzail.
“I pun tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran I
waktu I curang dengan you. Semuanya berlaku di luar kawalan I. I dah tak nak
seksa hati you lagi Adra. Cukup lah selama setahun ni, I dah tipu you
hidup-hidup. I nak you bahagia, tapi I tak mampu nak bahagiakan you.” tutur
Ruzail penuh penyesalan. Dia tidak menghargai Adra Sofia yang selama ini sudah
cukup sempurna buat dirinya.
“I tak boleh Ruzail. You tahu kan I tak boleh
cintakan lelaki lain selain daripada you? I nak you, I tak kira lah you dah
curang dengan I berapa lama sekalipun. I masih boleh maafkan you dan beri you
peluang. I tahu hati I ni walaupun dah hancur teruk, tapi masih tetap mahukan
you.”
“I tak boleh nak teruskan perkahwinan kita. I minta
maaf sangat I tahu hati you baik dan you tak layak untuk I Adra. I dah curang
dengan you, you masih lagi boleh nak terima I?” Ruzail seperti tidak percaya.
Sampai tahap begitu sekali Adra Sofia sanggup menerima baik buruk dirinya.
“Semua orang buat silap. Tapi you kena janji dengan
I, you tak akan kecewa kan I lagi?” Adra merenung wajah Ruzail dengan air mata
yang masih bertakung di tubir matanya. Dia juga pernah mengkhianati cinta
Ruzail. Padanya, Ruzail layak untuk diberi peluang kedua.
“No Adra. Untuk kali ni, I tak boleh nak tunaikan
permintaan you. I minta maaf sangat. I terpaksa lepas kan you pergi. Kita tak
boleh nak teruskan rancangan perkahwinan kita. I akan bersemuka dengan orang
tua you untuk bagitahu mereka yang perkahwinan kita tak jadi.”
“Kenapa? I boleh terima you curang dengan I, I boleh
terima kekurangan you. Apa lagi ni? Kenapa sampai nak kena batalkan perkahwinan
kita?” Adra semakin tidak mengerti.
“Sebelum kita kahwin, I dah buat perangai. Bila kita
dah kahwin nanti, I bimbang kalau I akan
kecewa kan you. So, sebelum you
kecewa dengan lebih teruk lagi, lebih baik kita elakkan daripada berlaku. I
harap sangat you hormat keputusan I.”
“You ni dah gila ke? Majlis kita lagi 2 minggu saja
dari sekarang. Semua persiapan dah dilakukan. I tak kira, I nak you kahwin
dengan I jugak!” bentak Adra dengan
wajah marah.
“My answer is
no. I mengaku I memang
bodoh sebab tak hargai you selama ini. Pergi lah Adra, jangan biarkan I
terbeban dengan rasa bersalah ni. Dah tak ada harapan untuk kebahagiaan kita
bersama. I tak akan curang dengan you kalau hati I memang milik you seorang.
Dah terbukti kan, jodoh kita bukan di dunia ni?”
“Siapa perempuan tu? Siapa perempuan yang dah ragut
kesetiaan you selama ni? Bagitahu I Ruzail! Dia perlu bertanggungjawab dengan
apa yang dia dah buat!” Adra menggoncang tubuh sasa Ruzail. Dia langsung tidak
menyangka lelaki yang menjalin hubungan cinta selama bertahun-tahun dengan
dirinya sanggup membiarkan dia pergi tanpa mahu menghalang.
“Adra dah lah… Lebih baik you balik je sekarang,
jangan nak keruhkan lagi keadaan. Perempuan tu tak bersalah. Kalau you nak
marah, you marah je I. Dia tak ganggu pun hubungan kita berdua. Cuma I ni je,
tak mampu nak setia dengan you.”
“You cakap dengan I yang you tak akan putus asa
dengan I. Apa ni Ruzail? Selama ni I mati-mati fikir yang you ni sibuk dengan
kerja. Rupa-rupanya you sibuk layan betina lain belakang I!”
“I percaya ada lelaki lain yang lebih baik dari I. I
minta maaf, sebab I dah hancurkan semua yang kita impikan selama bertahun-tahun
lamanya. I minta maaf…” Ruzail tunduk melutut di hadapan Adra. Dia tahu saat
itu betapa hancurnya hati wanita itu. Namun dia juga tidak mampu untuk
meneruskan perkahwinan mereka berdua. Dia tidak mahu Hana menggugurkan
kandungan itu.
“I benci you Ruzail! Andai kata you nak patah balik
dekat I, I tak akan terima you. Mati hidup semula pun, I tak akan kembali pada
you!” Dengan mata yang merah menahan marah, Adra merempuh tubuh sasa Ruzail.
Seketika kemudian dia keluar dari bilik pejabat Ruzail dengan perasaan yang
berkecamuk. Sungguh dia tidak menyangka, tujuan asalnya datang ke pejabat bakal
suaminya itu untuk mengajak lelaki itu makan tengah hari bersama. Tetapi
kebenaran yang menyakitkan pula yang terpaksa dia terima.