Wajah masam mencuka Nedzrish menjadi tatapan Qalish
Audrina. Waktu itu dia terasa mahu ketawa guling-guling sahaja melihat wajah
penuh keterpaksaan lelaki itu menemaninya bersiar-siar di pulau itu. Mereka
menaiki speedboat untuk ke Long Beach. Nedzrish terpaksa mengikut kehendak
isterinya yang beria-ria mengajak dia untuk menaiki speedboat selepas mereka
menikmati makan tengah hari.
“Biasanya orang pergi Long Beach ni malam, sebab
pemandangan waktu malam lagi seronok. Tapi pergi siang pun tak ada masalah,
cuma ramai pengunjung yang suka jalan waktu malam.” Mereka dan pengunjung yang
menaiki bot hanya mendengar celoteh lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang
membawa mereka mengelilingi pulau itu.
“Kau dengar tak, orang selalu pergi ke sana waktu
malam. Bukan pergi masa matahari terpacak atas kepala ni. Tak nampak apa tahu
tak.” Bisik Nedzrish ke telinga Qalish Audrina yang duduk bersebelahan
dengannya.
“Malas lah nak pergi malam, malam nanti saya nak
tidur je. Sebab dah penat berjalan kan.”
“Ini semua kau punya pasal tau, kalau kau tak bagi
jawapan bendul dekat papa tadi. Tak adalah aku tak pasal-pasal kena teman kau
jalan-jalan. Angin betul aku dengan kau ni.” Nedzrish yang masih tidak berpuas
hati terus menerus menyalahkan Qalish Audrina yang hanya tersenyum menerima
amarah suaminya.
“Mana saya nak tahu papa mintak gambar kita berdua
atas bot ni. Papa awak tu suka minta benda yang kita tak terfikir pun tau.”
“Untuk pengetahuan kau, bapa mertua kesayangan kau
tu memang suka arah aku buat benda pelik-pelik. Sebab perangai dia tu, alien pun kalah.”
“Apa lah awak ni Rish. Tak baik cakap macam tu pasal
papa awak. Ada ke awak sama kan papa dengan alien.
Tak baik betul awak ni.” Tegur Qalish Audrina yang tidak selesa dengan bicara
lepas daripada suaminya.
“Kau tak kenal lagi papa aku tu macam mana. Kalau
kau dah kenal perangai sebenar papa, mesti kau akan join aku untuk kutuk papa. Percaya lah cakap aku.”
“Kalau papa awak teruk sekalipun, tak perlu lah awak
cerita buruk dia dekat saya. Apa guna awak sebagai anak dia kalau tak boleh nak
jaga aib papa awak sendiri?” Balas Qalish Audrina seraya membetulkan
selendangnya yang terusik ditiup angin.
“Kau pin betul-betul selendang kau tu dekat kulit
kepala kau boleh tak? Rimas tahu tak kena muka aku. Dah lah kasar macam pasir.”
Rungut Nedzrish kasar apabila selendang yang dipakai wanita itu terkena
wajahnya.
“Kena sikit pun nak bising. Awak tahu tak kita
sekarang dekat pulau? Normal lah kalau baju terbang, selendang terusik ditiup
angin. Itu pun nak bising.” Bidas Qalish Audrina seraya memalingkan wajahnya.
“Apa awak ni main tolak-tolak pulak!” Jerit Qalish Audrina sedikit lantang apabila dirasakan badannya
seperti ditolak oleh suaminya.
“Kau tahu tak kita sekarang dekat mana? Kalau
setakat badan kena tolak, biasa lah tu. Nama pun dekat pulau kan. Angin laut
kuat.” Ujar Nedzrish memerli isterinya. Ayat yang dituturkan oleh Qalish
sebentar tadi, dibalas semula dengan rasa puas.
“Awak ni memang sengaja lah! Rimas saya dengan awak
ni!” Bentak Qalish kasar lalu dia segera mengangkat punggungnya dan duduk di
hadapan bersebelahan dengan seorang anak kecil yang tersenyum saja memandang
dirinya. Lebih baik melayan anak kecil daripada melayan suaminya yang perangai
menyakitkan hatinya sahaja. Nedzrish hanya tersenyum senang melihat wajah masam
wanita itu. Sebenarnya dia rimas apabila bahu mereka bersentuhan, kerana itu
dia menyakitkan hati isterinya.
*****
Nedzrish hanya menurut langkah kaki Qalish Audrina
sejurus tiba semula ke chalet tempat
mereka menginap. Qalish Audrina mengajaknya bersiar-siar di tepi pantai sebelum
pulang semula ke bilik mereka. Nedzrish malas mahu bertekak, dia hanya menurut
sahaja dengan wajah kosong.
“Awak. Tengok gambar ni, awak tak senyum pun.” Ujar
Qalish Audrina seraya menunjukkan gambar yang diambil oleh mereka berdua sewaktu
di atas bot. Nedzrish yang sedang duduk bersila disebelahnya hanya mengerling
sekilas ke arah telefon bimbit isterinya.
“Panas lah. Kau tak nampak ke tadi cuaca panas bukan
main. Nak senyum pun tak ada mood.”
“Bukan suruh buat apa pun, senyum sikit pun jadi
lah. Nanti papa cakap awak terpaksa pulak.”
“Memang betul pun aku kahwin dengan kau sebab terpaksa.
So semua benda yang aku buat lepas ni
yang berkaitan dengan kau memang tak rela lah.” Ujar Nedzrish sambil
membersihkan seluarnya yang kelihatan kotor terkena pasir.
“Sekejap lagi ambil gambar senyum lah sikit. Jangan
lah tunjuk sangat awak tak suka. Jaga lah sikit perasaan papa awak tu.”
Semenjak dia menghidu sendiri hubungan dingin suaminya dan bapa mertuanya,
entah mengapa Qalish selalu menasihati suaminya tanpa sedar.
“Kenapa kau kisah sangat pasal hubungan aku dengan
papa aku? Sedangkan kau tak tahu pun apa sebenarnya yang berlaku dengan
kitaorang.” Soal Nedzrish hairan dengan sikap isterinya yang begitu prihatin
dengan hubungan dia dan papanya yang telah sekian lama retak.
“Saya cuma tak suka awak dingin dengan papa awak.
Walau apa pun alasan awak, dia tetap papa awak. Kita sebagai anak wajib hormat
kedua orang tua kita.”
“Nak bersyarahan bukan dekat sini. Pergi ambil
mikrofon, pergi bagi nasihat dekat semua orang. Kalau nak sebar kebaikan ni
biar sebar ke seluruh dunia. Kan lagi bagus kalau ilmu tu dikongsi.” Sindir
Nedzrish dengan nada suara dingin. Dia sungguh benci setiap kali bercakap
mengenai papanya. Baginya papanya sendiri yang menjadi punca mengapa hubungan
mereka anak beranak semakin menjauh.
“Saya bukan nak nasihat kan awak. Tak apalah, awak
fikir lah yang mana baik yang mana elok untuk awak. Saya nak pergi main air
kejap. Nak ikut?”
“Malas, kau pergi je lah.” Balas Nedzrish tanpa
memandang ke arah isterinya yang sudah bangun dari duduknya dan berdiri di
hadapannya. Tanpa menunggu lebih lama, Qalish Audrina segera melangkah pergi
mendekati air laut yang membasahi pasir.
Nedzrish merebahkan kepalanya di atas pasir.
Mindanya masih lagi memikirkan tentang kata-kata Qalish sebentar tadi. Dia
pernah terfikir, sampai bila dia mahu berdendam dan dingin dengan papa
kandungnya sendiri. Dia sendiri tidak punya jawapan. Bukan dia tidak pernah
terfikir untuk berbaik semula dengan papanya namun sikap papanya sendiri
kadangkala membuatkan dia melupakan niatnya untuk berbaik dengan papanya.
Seketika kemudian, Nedzrish memejam matanya sambil menunggu isterinya yang
sedang bermain air di tepi pantai.
“Tolong!!!!!.... Tolong!!...” Jerita nyaring
daripada seseorang membuatkan Nedzrish yang baru memejamkan matanya beberapa
minit membuka luas matanya. Alangkah terkejutnya dia melihat Qalish Audrina
terkapai-kapai meminta tolong. Dengan langkah kalut Nedzrish segera mendekati
isterinya yang sedang berusaha untuk naik ke atas.
“Ya ALLAH isteri aku!” Orang ramai yang mahu
membantu Qalish memberi ruang kepada Nedzrish untuk berenang menyelamatkan
isterinya yang hampir lemas.
Nedzrish kembali semula ke atas pasir dengan
mengendong isterinya yang kelihatan lemah. Mata isterinya terpejam rapat,
bibirnya juga kelihatan membiru. Hatinya dipalu keresahan. Dibaringkan tubuh langsing
itu di atas pasir, dia segera melakukan cpr ke atas isterinya. Beberapa saat
kemudian, isterinya terbatuk-batuk kecil. Qalish membuka sedikit matanya namun
selepas itu matanya terpejam kembali. Nedzrish segera mengangkat isterinya lalu
dengan langkah tidak teratur, dia segera mengatur langkah untuk pulang semula
ke biliknya.
******
Selesai menggantikan pakaian isterinya yang basah
lencun dengan pakaian yang bersih, Nedzrish menyelimutkan isterinya. Wajah
isterinya masih lagi pucat ditatap dengan satu perasaan yang aneh. Sungguh saat
itu dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap wanita itu. Namun entah
mengapa dia begitu cemas menghadapi kejadian tadi. Segera diusir perasaan yang
tidak diingini itu. Dia segera bangun dari duduknya untuk menukar pakaiannya
pula.
“Awakkk…” Suara lemah Qalish Audrina memanggil
dirinya membuatkan Nedzrish tidak jadi mahu meneruskan langkahnya. Dia kembali
mendapatkan Qalish Audrina yang terbaring lesu.
“Aku ada ni. Kau dah okay sikit? Sejuk lagi tak?”
“Saya lemas ke tadi? Apa yang dah jadi?” Soal Qalish
Audrina mahukan kepastian. Dirinya yang masih lagi lemah itu tidak dapat
mengingati dengan betul kejadian yang menimpanya tadi.
“Hampir nak lemas. Kalau tak biasa main dekat
tepi pantai, jangan gatal sangat nak pergi situ. Sekali kena tarik dengan air
laut, kan dah susah. Macam ni lah jadinya.” Bebel Nedzrish sambil matanya
merenung wajah isterinya.
“Awak selamatkan saya ke?” Soal Qalish Audrina
sambil matanya merenung sepasang mata milik Nedzrish.
“Dah tu, tak kan aku nak biar kan kau mati kelemasan
pulak? Nak suruh aku kena soal bertubi-tubi dengan keluarga kita?”
“Thanks..”
Tutur Qalish lembut. Air mata terharu mengalir lesu dari tubir matanya. Tidak
dia sangka lelaki yang tidak sudi untuk menjadi suaminya menyelamatkannya.
Walaupun Nedzrish memberi alasan dia berbuat begitu kerana bimbang akan reaksi
keluarga mereka, Qalish tetap berasa terharu kerana bukan semua orang mampu
menggadaikan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
“Aku buat ni semua sebab aku tak nak nanti kau tuduh
aku suami tak bertanggungjawab. Kau tu lain kali boleh tak jaga diri sendiri
elok-elok? Kalau aku tak ada tadi, kau dah menyusahkan orang lain tahu tak.”
Bebel Nedzrish bersama wajahnya yang serius.
“Sorry
lah, saya mana tahu masa tu ombak kuat.
Masa saya lalu dekat tepi-tepi tu, air laut lembut je sapa kaki saya
ni.”
“Ada je kau nak menjawab kan. Dah hampir nak lemas
pun masih nak menjawab.”
“Bukan menjawab lah. Saya nak betulkan persepsi awak
tu. Saya bukan sengaja nak lemaskan diri sendiri. Sorry lah kalau dah susah kan awak.”
“Memang sangat menyusah kan pun. Dah lah, aku nak
mandi kejap. Lepas tu aku nak keluar cari makanan untuk kau.”
“Awak nak pergi sorang ke?”
“Eh tak lah, aku nak angkut semua pengunjung kat
pulau ni ikut aku cari makanan untuk kau.” Perli Nedzrish seraya bangun dari
duduknya.
“Thank you
awak..” Ujar Qalish Audrina perlahan. Nedzrish buat tidak tahu saja, dia segera
menghilangkan dirinya ke kamar mandi.
*****
Nedzrish menghampiri Qalish Audrina yang baru
selesai menikmati nasi goreng cina yang dibelinya sebentar tadi. Dibawa bersama
segelas air lalu dihulurkan kepada isterinya.
“Awak tak makan ke?” Soal Qalish Audrina apabila
dilihat Nedzrish hanya membawa sebungkus nasi untuknya. Sewaktu dia makan juga
lelaki itu hanya duduk disampingnya menemaninya menjamu selera tanpa sepatah
bicara keluar dari mulur suaminya itu.
“Aku dah makan dah tadi masa order nasi goreng kau tu. Kau macam mana? Ada rasa okay sikit tak?
Ke masih lagi lemah?” Soal Nedzrish seolah-olah begitu prihatin. Hilang sekejap
segala kedingingan lelaki itu terhadap Qalish.
“Okay sikit lepas makan ni. Tadi badan rasa lemah
sangat.”
“Cuba kau cerita dekat aku macam mana kau boleh
lemas? Kau tak pandai berenang ke apa?”
“Saya tergelincir sebenarnya. Mungkin pasir tu licin
kot. Entah lah awak, benda nak jadi kan.” Balas Qalish ringkas. Dia malas mahu
mengingati insiden petang tadi.
“Senang nya kau cakap. Memang lah benda dah nak
jadi. Tapi sebelum sesuatu perkara tu terjadi, kita sebagai manusia ni boleh
gunakan kepala otak untuk fikir macam mana cara nak elak kan? Ni mesti kau tak
pandai berenang ni.” Nedzrish kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan mudah
yang diberikan oleh Qalish Audrina mula membebel. Dia sebenarnya seorang lelaki
yang amat mementingkan keselamatan, lebih-lebih lagi perempuan. Baginya seorang
wanita haruslah dilindungi oleh sang lelaki sebaik mungkin.
“Memang saya tak pandai berenang pun. Sebab tu saya
terkapai-kapai tadi. Saya pernah lemas masa saya umur 10 tahun. Lepas tu saya
tak berani nak main air dah. Selama ni saya paling cuba elak kan untuk pergi ke
pulau atau tepi pantai. Tapi tadi saya teringin saya nak pergi dekat dengan air
laut. Sebab pantai dekat sini cantik sangat.” Terang Qalish Audrina panjang
lebar.
“Aku dah agak dah. Kenapa lah kau tak bagi tahu
awal-awal yang kau tak pandai berenang dan kau pernah lemas dulu? Kalau aku
tahu, jangan harap lah aku nak bagi kau pergi main air tadi. Kau ni memang
sengaja cari penyakit lah.”
“Saya tak tahu lah benda macam tu nak jadi. Awak ni
jangan lah asyik nak salah kan saya. Bukan saya sengaja lemas kan diri saya
sendiri.” Qalish mulai rimas dengan tingkah Nedzrish yang tidak habis-habis mahu
mencari salahnya.
“Lepas ni jangan harap kau boleh pergi tepi pantai,
main air laut. Memang aku tak akan izin kan. Faham tak?”
“Faham.. Saya tak buat awak susah hati lagi. Tapi
kan saya pelik lah, kenapa yang awak nak risau sangat? Awak kan tak suka saya?
Buat apa awak nak ambil kisah?” Soal Qalish Audrina seraya meletakkan gelas ke
atas meja solek di tepi katilnya.
“Ini soal nyawa. Bukan boleh buat main tahu tak.
Memang aku tak suka kau dan tak akan pernah jatuh cinta dengan kau. Tapi aku
tak bodoh lah nak biarkan kau mati lemas tadi.”
“Okay Nedzrish Eskandar. Sekarang ni saya ada depan
mata awak, saya selamat lah Rish. Awak tak payah lah bebel benda yang sama
lagi.”
“Lain kali jangan cuai dengan diri sendiri. Kalau
jaga diri sendiri pun tak lepas, macam mana nak jaga anak sendiri nanti?”
Soalan Nedzrish itu dibalas dengan wajah berkerut Qalish. Nedzrish tayang wajah
selamba dia, kemudian dia meneguk air yang tinggal separuh di dalam gelas
Qalish.
“Ha? Awak ada terfikir ke nak ada cahaya mata dengan
saya?”
“Apa kau merepek ni? Maksud aku, anak-anak kau
dengan lelaki lain. Dengan suami kau nanti. Aku ni suami segera kau je. Kau
percaya lah cakap aku, hubungan tanpa rasa cinta ni tak boleh pergi jauh.”
Balas Nedzrish mendatar.
“Siapa kita nak tolak takdir tuhan?”
“Bukan menolak, tapi aku nak elak daripada berlaku. Masa
depan kau bukan dengan aku, aku percaya. Masa depan kau dengan lelaki yang jauh
lebih okay daripada aku.”
“Kita tak akan boleh tahu masa depan kita macam
mana. Tapi sekarang ni saya dah pun jadi wife
awak, nak tak nak kena lah hadapi apa yang akan terjadi lepas ni kan?”
“Kau cakap kau pening kan tadi? Aku ada beli
Panadol, nanti sebelum tidur pastikan telan ubat tu dulu.” Nedzrish segera
menukar topik. Tangannya dihalakan ke arah beg plastik kecil yang berada di
atas meja. Qalish Audrina hanya mengangguk kecil tanda faham.
“Aku nak keluar kejap. Kau rest lah betul-betul. Pastikan diri tu sihat sebelum kita balik
semula ke KL. Aku malas nak bersoal jawab dengan mak ayah kau nanti kenapa tak
jaga anak diaorang elok-elok. Aku dah jaga cukup elok dah, kau tu yang tak
pandai nak bawa diri.” Selesai menyampaikan tazkirah kecilnya, dia segera
bangun lalu di bawa kaki keluar dari bilik mereka.
*****
“Rish.. Awak nak pergi mana?” Qalish Audrina menyoal
Nedzrish yang sedang bersiap. Suaminya mengenakan T-shirt berkolar berwarna
biru serta dipadankan dengan seluar paras lutut.
“Aku nak pergi snorkeling
kejap. Bosan jugak duduk dalam bilik ni, bukan ada apa pun. Balik-balik kena
hadap muka kau yang membosankan ni.” Balas Nedzrish seraya merapikan rambutnya
supaya tampak lebih kemas.
“Awak nak pergi sorang? Habis saya macam mana?”
“Kau? Kau duduk lah sini diam-diam. Yang nak tanya
lagi apahal?” Ujar Nedzrish acuh tidak acuh.
“Tak kan awak nak biarkan saya dekat sini
sorang-sorang. Mati kebosanan lah saya nanti.”
“Aku tak pernah dengar lagi orang mati sebab bosan.
Kau jangan nak mereka cerita pulak.
Jangan pergi mana-mana. Jangan sesekali keluar dari kawasan chalet ni. Kalau aku tahu kau pergi tepi
laut, siap kau.” Pesan Nedzrish seraya menundingkan jarinya hampir ke wajah
Qalish yang beriak bersahaja itu.
“Saya nak ikut awak lah. Bosan tahu tak duduk sini sorang-sorang.
Baik tak payah pergi bercuti kalau macam ni.” Rungut Qalish Audrina dengan
mulutnya terkumat-kamit mengomel sendirian.
“Siapa benarkan kau ikut aku? Kau lupa ingatan ke
apa yang semalam kau hampir nak lemas. Tak serik-serik lagi?”
“Awak ni berfikiran kolotlah. Tak kan lemas punya
lah. Kan ada orang yang akan guide
kita sepanjang snorkeling nanti. Lagi
pun kan awak ada sekali, saya tak risau lah.”
“Tak ada maknanya aku nak jaga kau. Lebih kau tak
payah nak menyusahkan aku. Kau dengar cakap aku, duduk dalam ni diam-diam.
Nanti aku balik, kita pergi makan.” Nedzrish segera menghayunkan kaki ke luar,
dia tunduk mengambil seliparnya lalu disarungkan ke kakinya.
“Bagi lah saya ikut Rish. Tak kesian ke saya
sorang-sorang kat sini. Lain lah kalau saya ada teman untuk berbual.”
“Kau faham bahasa ke tidak ni? Aku cakap kau tak
payah ikut, maknanya jangan ikut. Sebelum pipi kau merah kena lempang, lebih
baik kau masuk dalam sekarang.” Nedzrish bersuara garang kerana isterinya tidak
mahu mendengar kata-katanya. Dia bukanlah mahu menyekat kebebasan isterinya,
dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berulang kembali.
“Kalau awak tak bagi saya snorkeling sekali dengan awak, saya bagitahu papa yang semalam saya
lemas. Awak tak pandai jaga saya.” Ugut Qalish Audrina selamba lalu dia jarinya
segera menyentuh skrin telefon pintarnya.
“Kalau kau berani call papa, aku tinggalkan kau dekat sini. Aku balik KL malam ni
jugak.”
“Balik lah. Jawab soalan papa elok-elok tau nanti
kenapa saya tak balik dengan awak sekali.”
“Kau ni memang mengada-ngada betul! Betul lah
perempuan ni sangat merimaskan.” Wajahnya mulai memerah kemarahan. Dipandang
wajah isterinya dengan perasaan bengang.
“Awak tunggu kejap ya, saya siap sekejap. Kalau tak
nak bersoal jawab dengan papa, awak tunggu lah saya. Kalau tak, awak boleh
pergi dengan senang hatinya.” Perli Qalish Audrina sebelum dia menghilangkan
diri di sebalik pintu. Nedzrish menyepak dedaun di tepi kawasan chalet itu dengan rasa bengang terhadap
kedegilan isterinya.