Zefrieq Ezzraf yang baru turun dari tangga mengatur
langkah ke meja makan untuk menyertai mummy nya yang sedang bersarapan bersama
orang gaji mereka, Mak Yam.
“Good morning mummy, Mak Yam” Zefrieq menghadiahkan
senyuman manis buat dua orang wanita di hadapannya itu. Datin Zulaikha sering
mengajak orang gaji mereka untuk menikmati hidangan bersama. Sudah hampir 15
tahun Mak Yam bekerja dengan keluarga ini. Zefrieq juga selesa dengan wanita
itu. Datin Zulaikha sendiri tidak kisah mengenai status dan darjat. Sememangnya
dia seorang yang merendah diri dan mudah didekati.
“Morning Zef.” Balas Datin Zulaikha sambil
menghulurkan sepinggan nasi goreng untuk anaknya itu.
“Mak Yam ke laman dulu ya, Zef, Datin.” Ujar Mak Yam
ingin memberi laluan kepada dua beranak itu untuk bersembang. Zefrieq hanya
mengangguk.
“Mak Yam, nanti pukul 10 teman saya ke pasar. Saya
nak masak special malam ni.”
“Baik Datin.” Balas Mak Yam seraya berlalu
meninggalkan mereka berdua.
“Siapa nak datang my?” Soal Zefrieq pelik. Mummy nya
jarang masak di rumah melainkan jika ada tetamu yang hendak datang. Selalunya
Mak Yam sahaja yang memasak untuk mereka sekeluarga.
“Mummy ingat nak ajak setiausaha Zef makan malam
dengan kita malam ni. Nanti Zef tolong sampaikan dekat dia ya?”
“Hah? Mummy nak ajak perempuan kampung tu makan
dengan kita? Boleh patah selera Zef nanti.” Ucap Zefrieq yang jelas terkejut
dengan arahan mummy nya itu.
“Zef. Mummy dah mula suka dekat dia lah. Mummy
tengok, sejak dia kerja dengan Zef, Zef selalu masuk office awal. Kalau tak
bukan main liat lagi Zef nak bangun awal.” Balas Datin Zulaikha sambil
tersenyum.
“Apa kaitan Zef masuk office awal dengan minah blurr
tu my? Zef masuk awal sebab lately ni banyak kerja yang Zef kena settlekan.
Bulan ni company kita banyak dapat projek. Tak ada kena mengena dengan
perempuan tu lah my.” Dia tidak tahu bagaimana mummy nya boleh berkenan dengan
gadis menjengkelkan itu. Dia sendiri naik menyampah melihat wajah blurr
perempuan itu.
“Apa apa je lah Zef. Mummy nak ajak dia makan malam
dengan kita sebab mummy nak kenal dia dengan lebih dekat lagi. Masa mula mula
mummy interview dia mummy dah berkenan. Sopan, pandai hormat orang tua. Yang
penting, dia bertudung.” Balas Datin Zulaikha bersungguh sungguh menceritakan
tentang setiausahanya anaknya itu.
“Untuk apa nak kenal dia dengan lebih dekat?” Soal
Zefrieq tidak senang mendengar bicara mummy nya.
“Mana tahu kalau dia berjodoh dengan Zef.”
“Mummy. Zef bosan bercakap pasal jodoh. Isteri.
Kahwin. Zef dah terlalu muak dengar tu semua my. Zef merayu dekat mummy. Jangan
desak Zef lagi my. Kalau ada jodoh nanti, ada lah.” Balas Zefrieq mendatar.
“Zef suka fikir bukan bukan. Mummy tak ada niat pun
nak jodohkan Zef dengan dia. Lagi pun Zef kan baru kenal dengan dia. Mummy tak
ada hak nak tentukan hidup Zef. Mummy cuma nak mengeratkan hubungan pekerja
dengan majikan. Itu sahaja, kalau Zef tak suka. Takpayah lah ajak dia.” Balas
Datin Zulaikha perlahan.
“Mummy. I’m sorry. Zef tak ada niat nak buat mummy
kecil hati dengan kata kata Zef. I’m so sorry mummy. Okay, nanti Zef sampai kan
dekat dia.” Zefrieq akhirnya mengalah dengan mummy nya. dia sedaya upaya
berusaha untuk menggembirakan mummy nya meskipun dirinya tidak betah untuk
makan malam bersama perempuan itu. Huh. Meloyakan tekak aku je.
“Macam tu lah anak mummy.” Balas Datin Zulaikha
sambil menghulurkan sekeping roti bakar kepada anaknya.
“I’m full my. Zef pergi dulu. Mummy take care tau.”
Pipi mummy nya dikucup penuh kasih sebelum beredar ke garaj.
****
Zefrieq merenung sekeping gambar pasport yang
disimpan di dalam sebuah buku kecil berwarna putih. Tangannya menyentuh
perlahan foto itu. Air mata lelaki yang mengalir buat kesekian kalinya diseka
perlahan dengan hujung jari. Entah mengapa, setelah berbulan bulan diari itu
tidak disentuh, hari ini hati kecilnya terdetik untuk membuka buku itu. Dia
memejamkan matanya seperti menahan suatu bebanan yang amat melukai hatinya.
Airmata yang mengalir tidak diendahkan.
“Assalamualaikum boss!” Zefrieq tersedar dari
lamunan apabila mendengar suara setiausahanya itu dari luar biliknya. Dia
mendengus kegeraman. Dengan pantas dia menyeka air mata yang masih bersisa.
“Masuk.”
“Good morning boss. Have a nice day boss!” Sapa
gadis itu mesra sambil senyuman indah merekah dibibir nya itu. Kemudian dia
menapak ke arah meja bossnya lalu dengan berhati hati dia meletakkan sejambak
bunga ros merah jambu di atas meja boss nya itu. Jari jemari gadis itu mengemas
meja boss nya yang sedikit berselerak itu. Dia kemudiannya tersenyum senang dan
berundur beberapa tapak ke belakang.
Zefrieq Ezzraf terpaku dengan kelakuan setiausahanya
yang tiba tiba berperangai pelik itu. Dia merenung tepat ke dalam mata bundar
gadis itu.
“Kenapa boss pandang saya macam tu? Sorry kalau tak
suka. Hmm, bunga tu saya belikan ikhlas untuk boss bukan sebab nak mengorat
tau! Tapi bak kata arwah ibu saya, pagi tu permulaan hari. So pagi kita mesti
dimulakan dengan sesuatu yang baik. Bunga ni boleh buat kita rasa tenang, kalau
boss tiba tiba rasa nak marah. Boss cium lah bunga tu. Wangi tau boss.” Balas
gadis itu panjang lebar.
“Aku tak suruh pun kau buat semua benda ni. Kau
fikir dengan kau buat semua ni kau boleh pikat hati aku? Jangan mimpilah nak
kahwin dengan anak orang kaya.” Balas Zefrieq dengan angkuhnya.
“Boss ni suka sangat fikir negatif pasal saya kan.
Saya selalu tengok boss tension, marah marah pasal kerja. So saya rasa dengan
hadiahkan bunga dekat boss, maybe boleh buat boss tersenyum. Sikit pun jadi
lah. Kalau muka masam mencuka nanti klien taknak berurusan dengan company kita
tau boss.”
“Dah habis?”
“Habis apa?” Ainur Fathrisya menyoal kembali.
“Dah habis tazkirah pagi pagi buta kau yang merapu-rapu
tu? Kalau tak ada apa apa lagi yang kau nak bebelkan, kau boleh blah. Pergi
buat kerja jangan nak curi tulang pula!” Arah Zefrieq keras. Dia tidak ada mood
untuk bertekak dengan setiausahanya itu, hatinya menjadi pedih secara tiba
tiba.
“Eh boss! Boss nangis eh? Mata boss bengkak tu.”
Tegur gadis itu apabila dia terpandangkan mata Zefrieq yang sedikit membengkak
dan kelihatan seperti baru lepas menangis.
“Apa benda kau merepek ni. Mana ada aku nangis, kau
ni aku pelempang karang!” Balas Zefrieq sedikit meninggi. Dia sebenarnya malu
apabila ditegur sebegitu. “Hisy, macam mana lah boleh kantoi dengan minah
kampung ni. Jatuh lah reputasi aku sebagai seorang lelaki macho.”
“Tak salah pun boss kalau nak menangis. Siapa cakap
lelaki tak boleh menangis? Dengan menangis boleh buat kita lupakan sekejap
masalah kita, kalau dipendam lama lama, takut makan diri pula.” Balas gadis itu
seolah olah prihatin.
“Aku tak nangis lah gila! Kalau kau nak membebel
sangat nanti aku tukarkan kau kerja dekat konti radio nak? Memekak tak sudah
sudah.” Zefrieq yang mulai rimas dengan keletah gadis itu kemudiannya
menghampiri pintu biliknya lalu dibuka perlahan pintu itu.
“Keluar! Pergi buat kerja. Aku tak nak sesiapa kacau
aku hari ni. Termasuk kau.” Balas Zefrieq tegas.
“Baik boss.” Ainur Fathrisya akur dengan arahan
bossnya itu lalu melangkah keluar dari bilik lelaki itu.
No comments:
Post a Comment