Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Monday 15 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab31

Zefrieq baru sahaja mahu masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke rumah. Badannya terasa letih sekali kerana hari ini dia pulang agak lewat kerana menyiapkan proposal untuk dibentangkan dalam mesyuarat pada hari esok. Belum sempat dia melabuhkan duduk di seat kereta Ford Mustang nya itu, Farel terlebih dahulu mencekak kasar kolar baju kemeja yang dipakai Zefrieq.
“Kau ni apahal. Tak puas hati apa lagi ni? Gila lah kau ni!” Zefrieq meleraikan cekakan tangan Farel di lehernya.
“Zef. Kalau hidup tak sakit kan hati orang tak boleh ke Zef?” Farel sudah kembali tenang. Dia melontarkan soalan kepada Zefrieq dengan nada yang biasa-biasa sahaja.
“Apa kau mengarut ni? Bila masa nya pula aku sakit kan hati kau? Mungkin aku tak sedar. Okay now bagitahu aku apa salah yang aku dah buat.” Soal Zefrieq yang tidak mengerti punca utama mengapa Farel memarahinya sedemikian rupa.
“Kau sebenarnya cemburu kan setiap kali tengok aku keluar dengan Risya? Mengaku saje lah Zef. Kalau tak, kau tak akan halang kita orang nak keluar tadi dengan reka alasan yang tak munasabah macam tu. Jangan fikir aku bodoh Zef.” Ujar Farel sambil berpeluk tubuh memandang Zefrieq yang sedang menutup pintu keretanya itu.
“Suka hati aku lah aku nak cipta alasan macam mana pun. Aku tak suka tengok Risya rapat dengan mana-mana staf lelaki. Bukan kau sorang je. Dia perlu sedar diri yang dia tu perempuan kampung. Tak layak untuk orang-orang hebat macam kita.” Ujar Zefrieq seraya menyandarkan tubuhnya di pintu keretanya.
“Memang lah suka hati kau sebab kau tak pernah nak fikir pasal perasaan orang lain. Kau selfish Zef. Kau sangat pentingkan diri kau sendiri dan tanpa kau sedar kau dah sakit kan hati orang sekeliling kau.” Ujar Farel dengan nada kecewa.
“Aku tak faham. Kau suka dekat Risya ke Rel?” Kali ini Zefrieq sudah berdiri betul-betul di hadapan Farel. Dia ingin dengar sendiri daripada mulut sepupunya itu tentang perasaannya terhadap gadis yang bernama Ainur Fathrisya.
“Itu urusan peribadi aku. Kau tak perlu ikut campur.” Ujar Farel mendatar.
“Kalau kau sendiri tak mengaku yang kau ada perasaan dekat dia, jangan salah kan aku lah kalau aku dapat dia dulu. Ingat Rel, aku tak nak hubungan kita yang sejak kecil terjalin mesra ni tiba-tiba hancur musnah disebabkan perempuan kampung tu.”
“Perempuan kampung tu juga yang kau tergila-gila kan. Jangan munafik lah Zef. Mulut kau tu tak habis-habis hina dia, tapi hati kau dah mula sayang kan dia.” Balas Farel seraya tersenyum buat-buat. Jikalau dia harus berkorban tentang perasaannya untuk sepupunya itu, dia redha. Sedari dulu lagi dia mahu melihat seorang perempuan yang mampu meyakinkan Zefrieq untuk bercinta lagi. Jika Fathrisya adalah gadis itu, Farel terpaksa mengalah.
“Jangan nak merepek lah Rel. Taste aku tak serendah tu.” Balas Zefrieq lalu dia segera masuk ke dalam kereta mewahnya itu. Dia dapat melihat riak wajah yang hambar terpancar di wajah sepupunya itu. Adakah Farel turut menyimpan perasaan yang sama sepertinya terhadap Fathrisya? Bingung Zefrieq memikirkannya. Dia meninggalkan Farel yang masih lagi berdiri di situ. Zefrieq mengeluh perlahan.

*****
“Hai sayang.” Qaira menyambut kedatangan Zefrieq di pagi Sabtu itu di rumahnya. Lelaki itu tiba-tiba menghubunginya untuk menyatakan yang dia sudah sampai di hadapan rumah gadis itu. perlahan-lahan Qaira memaut mesra bahu Zefrieq. Zefrieq hanya tersenyum dengan perlakuan terlebih manja gadis itu.
“Rindu sangat.” Bisik Qaira lembut ke telinga Zefrieq Ezzraf semasa lelaki itu melabuhkan duduknya di sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya.
“You dah lama tak datang ofis I, kenapa?” Soal Zefrieq sambil matanya memandang potret yang terletak di sudut ruang tamu itu. Foto Qaira bersamanya sewaktu mereka bercuti bersama rakan-rakan yang lain di New York. Qaira kelihatan tersenyum manis di dalam dakapan Zefrieq Ezzraf. Zefrieq tersenyum kemudiannya.
“You tengok apa tu sayang? Gambar kita berdua tu comel sangat kan. Tak pernah jemu tatap walaupun dah bertahun berlalu.” Tegur Qaira apabila dilihat Zefrieq leka memandang potret mereka berdua yang digantung di dinding.
Handsome I masa tu kan. Muda lagi. Rindu masa kita budak-budak. Hidup kita enjoy je. Dapat spent time selalu.” Ujar Zefrieq sambil tersengih mengingati kisah lama yang sangat memberi kenangan terindah dalam hidupnya.
“Sekarang pun handsome apa. Cuma dah berumur sikit lah but still nampak macam jejaka awal 20-an tau. You tetap handsome sampai bila-bila.” Qaira bangun dari duduknya dan duduk disebelah Zefrieq. Tangan sasa Zefrieq diletakkan di atas bahunya. Zefrieq yang mengerti itu hanya menurut. Qaira memang selalu manja apabila dengannya.
“Sekarang dah kurang sikit handsome tu. I simpan untuk bakal anak-anak I nanti. Biar diaorang mewarisi paras rupa I yang ala-ala mat salih ni.”
“Eleh. Mat salih lah sangat. Kalau dah anak tulen Melayu tu jangan lah nak perasan kata ada kacukan mat salih pula. Kalau you cakap you kacuk bangla maybe ada orang percaya.” Balas Qaira mengenakan lelaki itu.
“Sampai hati you cakap muka I yang kacak ni bangla eh. Mana anak kesayangan you sayang? Tak nampak pun dari tadi.”Soal Zefrieq sambil matanya mencari-cari kelibat anak kecil itu. Tujuannya datang ke rumah sahabatnya itu adalah untuk menziarah anak Qaira yang selama ini dia belum berkesempatan untuk berjumpa.
“Oh. You datang rumah I sekadar nak jenguk anak I je?” Soal Qaira seraya menjauhkan badan daripada Zefrieq tanda merajuk.
“Jenguk mama dia sekali lah. Dua-dua I nak jumpa sayang. Tak mahu lah merajuk okay? Nanti muncung you tu, I buat gantung kunci kereta I ni.” Pujuk Zefrieq sambil mengeluarkan kunci keretanya dan dibawa keawang-awangan.
“Kalau bab memujuk perempuan, bagi lah dekat you. Sentiasa jaguh. Tunggu kejap ya, I ambil anak I dekat atas.” Qaira meminta diri sebentar untuk menjenguk anaknya yang sedang berada bersama orang gajinya di tingkat atas. Zefrieq hanya melemparkan senyuman tanda setuju.

****
“Sayang. Papa datang jenguk sayang ni.” Qaira turun semula ke bawah dengan mengendong seorang anak kecil. Zefrieq terus bangun dari duduknya dan mendapatkan sahabat baiknya itu. Zefrieq pantas mencium pipi anak kecil yang sedang meraba-raba pipinya.
“Comel nya.” Puji Zefrieq lalu dia meminta izin Qaira untuk mengendong anak kecil itu yang seperti meminta mahu Zefrieq mendukungnya.
“Tengok mama dia lah.” Jawab Qaira sambil menguak rambutnya yang panjang itu ke belakang. Anaknya itu sudah berada dalam dakapan Zefrieq.
“Dah lama tak pegang budak kecil. Rasa kekok pula. Anak you nama apa Qaira?” Soal Zefrieq sambil duduk kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa diikuti dengan Qaira yang duduk di sebelahnya sambil mengelap air liur anaknya yang sudah meleleh itu.
“Cepat-cepat lah kahwin. Nanti boleh pegang anak sendiri. Nama anak I Lara Qistina. Family belah I panggil dia Lara je. Bekas suami I yang nak sangat nama Lara. I ikut kan je.” Jawab Qaira sambil tersenyum hambar. Zefrieq dapat merasakan dari cara gadis itu bercakap mengenai bekas suaminya itu, dia terlalu terluka dengan perkahwinan mereka.
“Don’t worry sayang. I boleh jadi papa kepada Lara. I promise dengan you bila  I free, I akan selalu datang sini jenguk dia. Jangan sedih okay?” Zefrieq sememangnya seorang lelaki yang sangat memahami hati seorang Qaira Amanda. Qaira tidak dapat menafikan yang dia sering kali tersentuh dengan keprihatinan dan kasih sayang yang Zefrieq curahkan selama mereka bersahabat.
“Kalau you jadi papa Lara untuk selama-lamanya boleh tak Zef?” Qaira merenung mata Zefrieq yang tidak lepas daripada memandang anaknya Lara Qistina yang sudah duduk di atas karpet bermain dengan mainannya.
“Maksud you?” Soal Zefrieq yang kurang faham itu.
“Marry me.” Tutur Qaira selamba seraya melentokkan kepalanya di dada sasa Zefrieq. Zefrieq terkesima dengan ayat yang baru sahaja diucapkan oleh sahabatnya itu. Perlahan-lahan dia angkat kepala Qaira yang sedang bersandar di dadanya itu. Zefrieq memegang tangan Qaira dan dia merenung anak sahabatnya yang leka dengan mainannya itu.
“I boleh jadi papa Lara selagi I hidup. Selagi dia perlukan kasih sayang seorang ayah. I tak kisah pun Qaira. Tapi untuk menikahi you, I rasa you sendiri pun tahu jawapan I kan.” Tutur Zefrieq lembut. Dia tidak mahu gadis itu terasa dengan kata-katanya sebentar tadi.
Parents I dengan mummy you ada rancang untuk kita disatukan. Sanggup you kecewakan mummy you?” Qaira menyoal Zefrieq dengan nada serius. Jujur dia katakan yang dia sebenarnya dalam diam mencintai sahabat baiknya sendiri meskipun dia tidak mahu perasaan itu hadir kerana Zefrieq berkali-kali mengingatkan kepadanya yang hubungan mereka tidak akan lebih daripada seorang kawan baik.
“You sanggup kahwin dengan orang yang you sendiri tak pernah terfikir untuk mencintai dia?” Zefrieq sudah bangun dari duduknya dan duduk bersimpuh di hadapan Lara. Anak kecil itu tergelak suka melihat Zefrieq yang mula mahu melayannya bermain kereta itu.
“Apa salahnya. Bukannya I kahwin dengan orang jahat. Lagi pun I dah serik kahwin dengan pilihan sendiri. Tak dapat restu parents, buruk padahnya nanti. Parents kita yang setuju, apa kata kita ikut je sayang.” Pujuk Qaira lagi. Dia tidak mahu Zefrieq sedar yang dia sudah mula menyimpan angan-angan untuk hidup bahagia bersama lelaki itu. Dia tahu lelaki itu susah mahu menerima mana-mana perempuan selepas apa yang terjadi dalam hidup Zefrieq pada masa lampaunya.
“Mummy I dah berkali-kali cakap pasal ni. I dah naik bosan tahu dengar. Ni bila jumpa you, you cakap pasal ni juga. You pun sama macam mummy I ke Qaira? Dah tak boleh nak faham I?” Soal Zefrieq seraya mendukung Lara yang sudah mula mahu menangis itu.
“I bukan tak faham you sayang. I cuma tak nak kecewakan papa dengan mama I je. You pun tahu kan macam mana kecewa nya diaorang bila I buat keputusan bodoh nak kahwin dengan Adam.”
“Habis tu you nak korbankan perasaan you sendiri untuk belajar mencintai I? You fikir senang ke nak bina rumah tangga dengan orang yang kita tak cinta? You jangan ikut kan sangat kecewa parents you tu, kebahagiaan you dengan anak you lagi penting.” Nasihat Zefrieq dalam nada memujuk kepada gadis itu.
“Kalau demi kebaikan kita bersama, tak apa kan sayang? You tak kesian ke dekat mummy you tu. Bertahun-tahun dia simpan harapan nak tengok you sah bergelar suami orang. Lara pun perlukan seorang papa.”
“Pa…p..Pa..” Anak kecil itu bersuara dengan pelatnya sambil memukul-mukul muka Zefrieq yang sedang mendukungnya. Seakan-akan dia mengerti apa yang sedang dibicarakan oleh Qaira dan Zefrieq. Tersentuh hati Zefrieq mendengar anak kecil itu memanggilnya dengan panggilan “papa”.
“Anak I pun dah mula suka kan you, Zef.” Sambung Qaira lagi sambil mengusap perlahan rambut Lara. Zefrieq hanya tersenyum nipis.
“I balik dulu Qaira. Nanti kalau ada masa I datang tengok you dengan anak you okay? You jaga diri. Jaga Lara elok-elok.” Zefrieq menyerahkan anak sahabatnya itu lalu dia bingkas bangun dan menuju ke arah pintu utama rumah Qaira. Semakin lama dia disitu, dia bimbang dia akan tersentuh melihat keletah anak kecil itu yang kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah.
“I minta maaf kalau kata-kata I tadi buat you terasa. Tapi you fikir-fikir kan lah ya apa yang I cakap kan tadi tu. Lara, salam papa.” Qaira menghulurkan tangan Lara untuk bersalaman dengan Zefrieq yang sudah memakai kasut itu. Zefrieq tersenyum lalu disambut tangan kecil itu yang seakan akan memahami untuk bersalaman dengannya.
“Papa balik dulu ye sayang. Nanti papa datang lagi jumpa Lara.” Zefrieq mengucup lembut pipi gebu anak kecil itu penuh kasih. Dia sudah mula menyanyangi anak sahabatnya itu.
“Jumpa Lara je?” Soal Qaira Amanda menduga hati lelaki itu.

“Mama dia sekali.” Balas Zefrieq sekadar mengambil hati Qaira. Dia menapak menuju ke keretanya yang berada di luar rumah Qaira. Sempat dia menghadiahkan senyuman buat Qaira yang sedang memandang Zefrieq dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.