Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 7 November 2015

Be mine, eh ? bab25

Qalish Audrina keluar semula setelah dia menyalin pakaiannya. Dia menapak mendekati kerusi kayu di luar rumah mereka. Matanya sesekali mencuri pandang suaminya yang sedang tekun mengelap kenderaannya. Keretanya baru selesai dicuci oleh Nedzrish. Dalam diam dia mengulum senyum. Meskipun dia tidak tahu mengapa suaminya beria-ria mahu mencuci keretanya. Dia kemudiannya masuk semula ke dalam rumah.

“Apa yang susah sangat nak basuh kereta sendiri? Tak sampai satu hari satu malam pun kau basuh kereta tu, itu pun malas.” Omel Nedzrish sambil melemparkan kain di atas lantai. Selesai mencuci tangannya, dia menapak menuju ke isterinya yang sedang menuang air ke dalam mug.

“Saya mana ada masa.” Balasnya pendek. Malas mahu bertelagah lebih panjang dengan Nedzrish yang tidak pernah mahu beralah.

“Lish, kau tu bukan tak ada masa. Tapi sebab nilai wang tu dah tak ada erti pun bagi kau, kau tak kisah pun berapa banyak duit yang kau keluarkan. Walhal kereta tu kau boleh basuh sendiri.” Wah.. Nedzrish, sudah pandai menasihati orang.

“Saya tak pernah basuh kereta sendiri. Selalunya saya hantar car wash je. Lagipun kan senang, dekat sana diaorang tahu lah nak buat apa.”

“Senang je kau cakap kan. Kereta tu kau beli hasil titik peluh kau jugak kan? Sepatutnya kau sayang nak bagi orang lain sentuh kereta kau, ini tidak. Tak ambil peduli langsung.”

“Relaks lah Rish. Zaman sekarang ni semuanya kan dah mudah. Jadi kenapa kita nak pusing kepala merumitkan sesuatu yang mudah?” Ujarnya memberikan pendapatnya. Dia kadang-kadang tidak mengerti mengapa Nedzrish gemar membesarkan hal yang kecil baginya.

“Itulah kau, ambil mudah. Kau ni sama ajelah dengan orang-orang kat rumah aku tu. Pemalas nak basuh kereta sendiri.” Selamba dia mengutuk ahli keluarganya sendiri. Cuma mamanya sahaja yang rajin membasuh keretanya sendiri. Kakak, papa dan abangnya tidak pernah mencuci kereta mereka sendiri. Mereka seperti Qalish, mengambil jalan mudah untuk tidak mahu pening kepala.

“Eh tak lah, Abang Rief kan tak pernah biarkan orang lain basuh kereta dia. Dia basuh sendiri lah.” Qalish Audrina tiba-tiba teringatkan akan perbualan pertamanya dengan abang iparnya sewaktu dia masih tinggal di rumah ibu bapa Nedzrish.

“Kau buat cerita apa ni? Bila masa mamat bongkak tu basuh kereta sendiri?”

“Ada lah Rish. Masa kita mula-mula kahwin dulu saya nampak Abang Rief basuh kereta sendiri. Dia siap bagitahu saya lagi yang dia tak suka hantar kereta dia kat car wash, dia tak suka orang lain sentuh kereta dia.”

“Kau percaya lah cakap mamat tu. Aku ni hidup dengan dia dari umur aku setahun jagung lagi, tak pernah pulak Rief tu basuh kereta sendiri. Agaknya haritu dia dah buang tebiat kot.” Ujarnya seraya meneguk kopi panas yang dibancuh oleh isterinya.

“Tak baik lah awak ni. Abang awak tu kan.”

“Aku kenal lah abang aku macam mana. Kau tak payah lah nak kenalkan aku dengan watak abang aku sendiri. Sebab aku dah cukup masak dengan perangai sorang-sorang dalam rumah tu.” Ujarnya mendatar. Qalish perasan, apabila berbicara mengenai papa dan Abang Rief, pastinya suaminya akan mempamerkan reaksi tidak senang. Dia masih tidak menemui jawapan untuk persoalannya.

“Kenapa awak tak suka dengan Abang Rief? Awak ada masalah apa dengan dia?” Soalnya lembut. Kalau hendak tunggu suaminya buka mulut dahulu, alamatnya sampai ke sudah dia tidak akan tahu.

“Nah, kunci kereta kau.” Nedzrish tidak membalas pertanyaan isterinya. Sebaliknya, dia menyerahkan kunci kereta isterinya.

“Terima kasih sebab tolong basuh kan kereta saya. Hmm, dari jauh nampak berkilat.”

“Tengok orang lah!”

“Awak ni pernah kerja dekat kedai cuci kereta ke? Handal semacam je masa awak basuh kereta saya tadi?” Gila tak handal, sampai berkilat-kilat kereta kau aku buat. Memang terror lah jawabnya!

“Kerja apa je yang aku tak pernah buat Lish? Cuci kereta orang, jaga tempat letak kereta, jadi cashier, jual goreng pisang tepi jalan. Semua aku pernah buat.”

“Awak biar betul? Tapi bila awak kerja?” Soalnya dengan nada tidak percaya. Masakan bapa mertuanya tidak menanggung Nedzrish sehingga lelaki itu terpaksa cari duit sendiri?

“Kau tengok jelah aku yang sekarang ni. Kau tengok motor apa yang aku pakai, kau tengok cara hidup aku. Kau sendiri tahu jawapannya.”

“Tak kan papa tak bagi awak duit?” Soalnya lagi.

“Papa bagi aku duit, tapi tak pernah nak cukup.”

“Awak, boleh saya tanya sikit?”

“Tanya jelah, tak payah nak minta izin.”

“Kenapa saya nampak awak tak macam anak-anak papa yang lain? Yelah, macam Abang Rief dan Syaq, mereka ada kereta sendiri. Papa pun selalu cakap elok-elok dengan diaorang. Tapi kenapa bila dengan awak, papa macam lain eh?” Berhati-hati dia melontarkan soalan. Bimbang kalau soalannya membuatkan suaminya tidak senang untuk menjawabnya.

“Diaorang ada kereta sendiri sebab diaorang tu kerja lah. Aku kan belajar lagi.” Sangkal Nedzrish. Meskipun dia tahu kesemua kemewahan yang dinikmati oleh abang dan kakanya bukanlah hasil titik peluh mereka sepenuhnya.

“Tapi kenapa papa tak bagi awak kereta? Kan bahaya naik motor. Motor tu papa yang beli kan ke?” Qalish Audrina masih lagi gigih mengorek rahsia daripada suaminya. Sekurang-kurangnya Nedzrish sudah mula mahu berbicara dengannya mengenai diri lelaki itu.

“Kalau papa nak belikan aku motor, tak kan lah motor cabuk tu yang dia bagi. Kan? Dia mampu nak beli kan motor yang lagi gah dari itu. Kau sendiri tahu, bapak mertua kau tu ahli korporat tersohor.”

“Tahu. Sebab tu lah saya pelik. Papa awak kan kaya,  kenapa anak dia yang sorang ni hidup macam orang tak ada duit?” Kadangkala dia bersimpati melihat suaminya. Bukan dia tidak tahu sekarang ini suaminya bekerja, cuma dia tidak tahu sahaja suaminya kerja apa. Pernah sekali dua ketika Nedzrish sedang mandi, dia melihat beg duit suaminya hanya ada beberapa keping wang kertas bernilai RM5 sahaja.

“Entah, mana lah aku tahu. Tanya lah dia sendiri.” Ringkas jawapannya. Dia tidak terfikir lagi untuk menceritakan tentang hubungan dinginnya dengan papanya kepada Qalish.

“Okay. Awak, lain kali kalau saya nak cuci kereta saya…

“Aku boleh basuh kan. Tak payah hantar kedai!” Laju dia memotong kata-kata isterinya. Nedzrish adalah seorang insan yang tidak suka akan pembaziran.

“Nak upah tak?”

“Tak payah lah. Aku ikhlas.” Senyum. Aduh, Qalish Audrina terasa mahu lari dari situ sahaja. Comel juga laki aku ni….

“Tapi! Kau kena masak untuk aku!”

“Kan itu memang tugas saya setiap hari Rish. Hari-hari saya masak untuk awak.”

“Heh. Hari-hari lah sangat. Apa pasal hari ni aku buka tudung saji, botol kicap je yang aku nampak? Mana makanan?” Soalnya sinis. Sebenarnya dia tidak pernah kisah jikalau isterinya tidak mahu masak untuknya. Namun dari sehari ke sehari, Qalish tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Nedzrish cuba untuk sambut baik apa yang dilakukan oleh isterinya.

“Erkk.. Sorry awak. Saya bangun lewat pagi tadi, saya tak sempat nak siapkan apa-apa untuk awak sebab saya ada appointment dengan customer saya. Sorry sangat…” Tuturnya ikhlas memohon maaf. Tidak sangka pula suaminya akan mempersoalkan tentang itu.

“Aku gurau jelah. Tak payah lah nak over sangat minta maaf tu. Masak ke tak masak ke, sama je. Tak ada beza pun pada aku.” Ujarnya, kembali dingin. Tanpa kata, dia terus mengangkat punggungnya lalu menapak ke dalam rumah. Qalish Audrina hanya membiarkan sahaja tanpa menegur suaminya.





******
Beberapa ketul ayam goreng yang telah siap dihidang dipandang dengan satu keluhan dilepaskan oleh Qalish Audrina. Hangus lagi! Huh. Sudahlah tadi dia menggoreng telur dadar juga hangus. Ini semua gara-gara kesilapan diri sendiri yang asyik bermain telefon bimbit sewaktu memasak. Bukan apa, rambang matanya melihat koleksi terbaru beg tangan keluaran jenama kegemarannya.

“Er.. Macam mana nak panggil Rish makan ni? Jatuh lah air muka aku. Dua-dua lauk pulak tu hangus. Nasib baik sayur bayam tu elok sahaja keadaannya. Haish!” Dia memarahi diri sendirinya kerana terlalu leka sehingga terlupa untuk menutup api.

“Cakap minyak dah habis jelah senang. Ajak dia makan kat luar, okay tak?” Qalish kehulur kehilir sambil mindanya sedang mencari-cari idea yang terbaik untuk diberi kepada si suami sebagai alasan untuk tidak makan di rumah malam itu. Kalau lah Nedzrish melihat lauk pauk yang hangus itu, sudah tentu lelaki itu akan mengutuknya sepuas hati.

“Kau ni apasal termagu-magu depan rezeki? Tak reti-reti ke nak panggil aku makan? Tahu tak siang tadi aku makan Maggie je?” Nedzrish sudah berlalu ke sinki untuk mencuci tangan. Tanpa menghiraukan isterinya yang berdiri serupa patung cendana, dia terus menarik kerusi dan mencapai sebiji pinggan.

“Er. Rish, boleh tak kalau malam ni kita makan dekat luar je?”

“Kau ni apa masalah pulak tiba-tiba nak makan dekat luar? Kau dah masak ni kan, yang nak membazir je dah kenapa?” Nedrish mengomel sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggannya. Matanya masih lagi tidak memandang lauk pauk yang disediakan oleh isterinya.

“Kau tak nak makan tu kau punya masalah. Aku dah kebulur tahap orang dekat Somalia dah ni.” Nedzrish mencapai dua ketul ayam goreng lalu diletak di dalam pinggan. Dia turut mencubit sedikit telur dan mencedok sayur bayam. Selesai membaca doa makan, Nedzrish segera menjamah lauk yang “hangus” dimasak oleh isterinya dengan penuh berselera.

“Er.. Awak tak kisah?” Soal Qalish teragak-agak. Dia seperti tidak percaya melihat suaminya sungguh berselera menikmati hidangan pada malam itu.

“Kisah apa? Kau ni yang buat perangai macam orang baru keluar hutan ni apahal?”

“Tak lah. Ayam goreng dengan telur tu, hangus. Sorry awak. Saya tak sengaja.”

“Ini baru hangus, belum rentung lagi kan? Yang kau nak gelabah semacam ni dah kenapa? Makanan jugak kan ni? Tak mati pun lah makan makanan yang terlebih masak macam ni.” Nedzrish sendiri tidak mengerti mengapa Qalish Audrina mempertikaikan mengapa dia tidak kisah untuk makan masakan sebegitu. Dia bukan lah seorang yang cerewet, orang sudah masak untuknya itu pun sudah cukup bagus.

“Awak ni bagus lah, sesetengah lelaki. Kalau isteri dia tersalah masak macam ni, tak menepati selera dia. Boleh hilang selera dia nak makan.” Ujarnya memberikan fakta yang sememangnya benar. Dia kemudiannya menarik kerusi berhadapan dengan suaminya.

“Itu suami orang lain, bukan suami kau kan? Lagi pun apa yang dijadikan isu besar? Tak ada benda sempurna dalam dunia ni. Susah lah kalau semua benda nak ambil kira. Boleh mati lah untuk cari kesempurnaan tu.” Meskipun kata-kata yang dituturkan oleh Nedzrish kedengaran agak kasar, namun pada Qalish Audrina, ada benarnya juga kata-kata suaminya itu.

“Yelah.. Bila dah hangus kan tak sedap.”

“Tak sedap bagi kau, tapi bagi aku sedap je.”

“Sedap ke saya masak? Wah. Kalau macam tu, lepasni saya nak masak sampai hangus lah. Awak lagi suka kan?”

Er... Nedzrish sedar yang dia sudah terlepas bicara.

“Macam mana aku boleh puji masakan perempuan ni? Aduhai kau ni pun Rish. Tak reti nak cover line langsung!” Kutuknya dalam hati.

“Ala.. Awak tu kalau nak puji masakan saya sedap, tak payah lah malu-malu. Awak puji je depan-depan macam tadi  tu. Saya tahu, air tangan saya ni dah setaraf dengan chef dekat hotel kan?”

“Heh. Kau tak payah nak angkat bakul sendiri lah Lish. Kalau ayam-ayam ni masih bernyawa, dia pun lari dengar kau punya kuat perasan tu.”

“Kau kenapa tak makan sekali? Kenyang ke tengok aku makan? Ataupu kenyang tengok muka aku ni?” Tegurnya apabila dilihat isterinya hanya menunggunya makan tanpa mencapai pinggan sedari tadi.

“Saya dah kenyang lah.”

“Kenyang? Yang kau pergi masak banyak-banyak ni  siapa nak makan?”

“Sebelum masak lapar. Lepas dah masak, tiba-tiba kenyang pulak.” Dia cuba mencipta alasan. Bukan tidak lapar, tapi..

“Ah engkau. Tak payah nak kelentong aku lah. Kau tu sebenarnya tak berselera kan nak makan makanan hangus ni? Kau sendiri yang masak, lepas tu kau tak nak makan? Apa lah kau ni.” Nedzrish selamba mengutuk isterinya. Qalish Audrina hanya diam sahaja, tidak mahu berbalah dengan suaminya.

“Aku nak keluar kejap lagi ni, kau ada nak kirim apa-apa tak? Tapi aku balik lambat lah.”

“Awak nak kemana?”

“Lepak mamak. Tengok bola.”

Erk... Mamak? Tak apalah.”

“Tahu dah kau ni, nanti mula lah kau nak bersyarahan cakap makanan dekat situ tak bersih lah apalah. Kau ni kolot jugak kadang-kadang.”

“Bukan kolot lah. Dah memang saya tak biasa makan tempat macam tu, nak buat macam mana kan?”

“Susah kalau kahwin dengan orang berduit ni. Kau sedar tak yang kau ni terlalu memilih?” Semakin lama dia mengenali isterinya, sedikit sebanyak dia tahu Qalish Audrina adalah seorang yang sangat menjaga standard.

“Saya bukan memilih lah awak. Tapi saya tak suka makan dekat tempat terbuka macam tu. Tak ada privasi lah.”

“Dah nama pun tempat awam. Kalau kau nak privasi, pergi buat rumah dekat hujung dunia. Kat situ tak ada siapa nak kacau kau.”

“Yelah, nanti saya cari tempat yang jauh daripada semua orang. Terutamanya lelaki menjengkelkan macam awak ni.”

“Siapa yang menjengkelkan sebenarnya ni? Kau tu lah. Ini tak boleh, itu tak kena. Semua benda dekat mata kau ni tak pernah lah nak betul. Miss perfect, huh?”

“Saya bukan terlalu mencari kesempurnaan lah Rish. Saya tak suka tempat yang saya rasa tak bersih, tempat yang bising. Kedai tepi jalan semua tu. Saya lebih suka pergi tempat yang proper. Kan tak serabut kepala?”

“Aku okay je pergi tempat macam tu. Tak ada pulak aku jadi gila ataupun stress sebab pergi tempat-tempat macam tu.” Ujarnya seraya meneguk air sirap laici yang baru sahaja dituang oleh isterinya.

“Lain orang lain cara, boleh tak hormat citarasa orang lain?”

“Yelah.. Duit kau kan terlalu banyak tak terhitung. Sebab tu orang macam kau ni suka membazir.”

“Terserah lah awak nak fikir apa pun pasal saya. Awak, esok awak ada apa-apa tak?” Qalish Audrina segera menukar topik. Dia malas mahu bertelagah dengan suaminya kerana semenjak mereka berkahwin, hampir setiap hari mereka akan bertikam lidah.

“Esok aku tak kerja. Kenapa?”

“Jom kita pergi rumah papa. Tadi siang saya terserempak dengan Abang Rief. Dia kata papa dah duk tanya kenapa kita dah lama tak balik sana. Eh, sejak kita pindah, kita tak pernah balik ke sana lagi kan?”

“Tak.” Balasnya sepatah. Pantang sahaja nama papanya disebut, pasti reaksi hambar yang diberikan.

So, awak okay tak kalau kita balik rumah papa? Kita tidur sana satu malam. Boleh?”

“Ikut suka kau lah.” Balasnya, tanpa perasaan.

“Eish awak ni, saya tanya awak ni. Awak setuju tak kalau kita balik rumah papa esok?”


“Ikut suka kau lah, kau yang nak drive kan. Aku ni duduk dekat tempat pemandu je. Kemana kau bawa aku, aku ikut jelah.” Nedzrish masih lagi berkias. Dia malas mahu memberikan jawapan yang sebenar. Sengaja dia membiarkan isterinya berfikir mengenai jawapannya itu. Sejurus kemudian dia segera membawa pinggan ke sinki untuk mencuci mulut.

Friday 6 November 2015

Be mine, eh? Bab24

“Abang Rief dah semak fail yang Syaq bagi semalam?” Syaqilah memulakan bicaranya setelah dia melabuhan duduk di hadapan abangnya.

“Dah.” Balasnya sepatah dengan wajah yang tegang.

Is everything okay?”

“Kan abang dah cakap dengan Syaq, abang perlukan arkitek yang berpengalaman untuk projek ni. Kenapa tak ikut apa yang abang suruh?” Soalnya tegas. Wajahnya yang tanpa secalit senyuman kadangkala membuatkan Syaqilah sedikit gerun berhadapan dengan abangnya apabila melibatkan soal kerja.

“Abang tak bagitahu pun abang nak arkitek yang macam mana kan? Kalau abang nak mempertikaikan soal pengalaman, arkitek yang Syaq cari ni dah lebih 7tahun berkhidmat. Abang nak berapa lama? 20 tahun?” Soalnya keras. Sedikit tertekan dengan karakter abangnya yang terlalu cerewet jikalau ada sesuatu yang tidak memuaskan hati lelaki itu.

“Syaq dah kerja dengan abang berapa lama?” Soalan dibalas dengan soalan.

“Baru 2tahun. Kenapa?”

“Syaq rasa Syaq dah cukup berpengalaman dalam bidang ni? Kalau abang bagi projek 1juta, Syaq boleh handle seorang diri?” Ujar Nazrief, cuba untuk menggunakan kaedah psikologi.

“Mesti lah tak.”

“Kenapa?”

“Okay, Syaq dah faham dah apa yang abang nak sampaikan. Pengalaman bukan terletak pada berapa lama kita bekerja, tapi ianya meliputi semua kriteria. Kan?” Syaqilah mengeluh perlahan. Sepanjang bekerja dengan lelaki itu, tidak pernah satu pun kerjanya yang memuaskan hati abangnya.

That’s my sister. You know what you need to do?” Kali ini, senyuman nipis menghiasi bibirnya.

“Ya, ada apa-apa lagi tak yang tak puas hati? Syaq tak nak buat kerja dua kali.”

Nope. Yang lain abang puas hati. Syaq bukan tak boleh jadi yang terbaik, tapi Syaq belum cukup usaha untuk jadi yang terbaik. All the best.” Nazrief seorang yang tidak banyak bicara, tetapi kalau sekali dia memberi nasihat, berguna juga nasihat lelaki itu.

Thank you.” Balasnya sekadar mahu mengambil hati abangnya.

“Syaq, apa pandangan Syaq tentang Qalish?”

“Qalish? Wife Rish?” Soalnya bersama dahinya yang sudah berlapis.

“Yelah, Qalish mana lagi yang kita kenal selain daripada isteri adik kesayangan Syaq tu.”

“Kenapa dengan dia? Syaq tengok dia tu baik, sopan. Dengan imej dia yang bertudung tu, Syaq nampak Lish seorang perempuan yang boleh dikategorikan sebagai perempuan ayu. Kenapa abang?”

“Abang terserempak dengan dia semalam dekat hotel, masa abang tunggu kawan lama abang. You know what, abang rasa dia seorang wanita yang sangat perfect. Dia ada semuanya.” Entah kenapa, sejak kebelakangan ini dia sering memikirkan tentang adik iparnya.

“Amboi, abang duk puji isteri orang tu. Abang jumpa dia dengan Rish ke?”

“Rish nak pergi tempat macam tu? Budak hingusan tu mana ada duit nak makan tempat mewah macam tu. Abang jumpa Lish sorang je, kebetulan dia baru lepas jumpa klien.”

“Abang Rief ni, tak baik cakap macam tu. Rish jadi macam tu pun sebab papa yang tak mewah kan dia macam mana papa mewah kan kita.” Meskipun Syaqilah bekerja satu bumbung dengan abangnya dan hubungan mereka agak rapat kerana sering bekerja bersama, namun apabila berbicara soal adik kesayangannya. Sudah tentu dia akan menyebelahi adiknya, tidak kira apa pun situasinya.

“Abang rasa mesti Lish yang tanggung Rish sekarang ni kan. Yelah Lish tu duit berkepuk-kepuk, senang lah hidup Rish sekarang ni. Nak duit je minta isteri. Makin pemalas lah budak tu.” Tanpa rasa bersalah dia terus melemparkan tuduhan melulu ke atas adiknya.

“Abang. Abang tahu tak kalau Lish dengan Rish dengar mesti diaorang kecil hati. Tak baik bersangka buruk dengan darah daging sendiri.”

“Bukan bersangka buruk lah Syaq, abang cakap apa yang abang nampak. Kita semua tahu yang Lish tu seorang wanita yang ada kerjaya yang hebat, setakat Rish tu. Tak ada masalah kan untuk dia support?” Dalam diam dia mengharapkan Syaqilah bersetuju dengan pendapatnya.

“Biarlah, itu kan hal rumah tangga diaorang. Buat apa kita sibuk nak masuk campur.” Syaqilah seperti sudah bosan dengan topik perbualan mereka kerana ianya melibatkan tentang adik bongsunya. Bukan nya dia tidak tahu abangnya cemburu kerana adik mereka dijodohkan dengan perempuan seperti Qalish Audrina.

“Abang bukan apa, abang cuma kesian dekat Lish je. Dia sebenarnya selayaknya untuk dapat lelaki yang setaraf dengan dia. Bukan macam Rish tu, serba serbi pemalas.”

“Abang, ini Syaq nak pesan eh. Kalau melibatkan soal jodoh, kita tak ada hak untuk mempertikaikan kenapa dia kahwin dengan orang ni, kenapa bukan orang lain yang jadi suami dia. Tak abang, jodoh tu tak kira siapa pun kita. Kalau ALLAH dah tetapkan jodoh kita macam tu, kita kena terima.”

“Lish perlu kan seorang lelaki yang matang. Macam abang, mungkin?” Bicaranya tanpa mempedulikan wajah adiknya yang sudah berkerut mendengar kata-katanya.

“Abang tak payah nak perasan boleh tak? Abang kalau nak sangat kahwin, cemburu tengok Rish dah jadi suami orang. Pergi lah kahwin dengan mana-mana skandel abang. Abang kan lelaki terhangat, pilih je lah yang mana abang suka.” Selesai memerli abangnya, dia bingkas bangun. Lama-lama disitu hanya akan menyakitkan telinganya sahaja terpaksa mendengar cercaan abangnya terhadap Nedzrish.

“Skandel-skandel aku semua tu, tak ada seorang pun yang sama macam Qalish.” Perlahan sahaja bicaranya, namun masih sempat didengari oleh Syaqilah sebelum dia meninggalkan bilik abangnya.






*****
Haiqal menerima kedatangan Nedzrish pagi itu dengan senang hati. Sudah lama Nedzrish tidak berkunjung ke rumahnya sejak mereka cuti semester. Ada pun mereka cuma bertemu di kedai makan, itu pun sekadar untuk berbicara mengenai masalah Nedzrish.

“Apa mimpi ni bro datang rumah pagi-pagi ni?” Sapa Haiqal mesra setelah Nedzrish melabuhkan punggung di atas kerusi rotan.

“Semalam aku dapat mimpi. Pasal kau.”

“Mimpi pasal aku? Eh, macam pelik je. Aku tak ada rindu kan kau pun semalam.” Kadangkala Haiqal juga boleh tahan lurus bendul orangnya. Nedzrish tahan tawa melihat sahabatnya yang benar-benar serius bertanya itu.

“Mana aku tahu. Dah nak termasuk dalam mimpi aku. Tak kan nak halang kot?”

“Mimpi pasal apa Rish?” Soalnya bersungguh-sungguh ingin tahu.

“Aku mimpi, yang kau nak masak kan something special untuk aku pagi ni. Itu yang aku datang singgah ni.” Ujar Nedzrish sambil tersengih-sengih. Haiqal yang sedar dirinya sedang dipermainkan, mendengus kegeraman.

“Banyak lah kau mimpi! Cakap saja lah yang kau tu nak makan dekat sini, apasal? Bini kau tak masak eh?”

“Selalunya dia masak untuk aku, walaupun ada kalanya aku tak makan apa yang dia masak. Tapi entahlah hari ini, aku tengok tudung saji tadi tak ada apa pun. Dia terlupa kot.” Nedzrish malas mahu memikirkannya. Mungkin isterinya bekejar untuk ke butik sehingga terlupa menyediakan makanan untuknya. Biarlah, dia pun bukan kisah sangat.

“Kira bagus jugak lah isteri kau ni kan Rish. Walaupun kauorang kahwin secara terpaksa, tapi dia tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.” Ujarnya kagum dengan sifat isteri Nedzrish. Selalunya apabila berbicara soal perkahwinan secara terpaksa, sudah tentu pasangan suami isteri itu akan membuat hal sendiri. Tidak mempedulikan langsung tentang tanggungjawab masing-masing.

“Yang itu jelah, kalau lebih-lebih aku tak bagi. Sebenarnya aku tak suruh dia masak untuk aku, tapi dia yang gatal sangat nak masak. Lantak dia lah.”

“Kau ni Rish, dah dapat isteri baik macam tu pun kau masih tak nak bersyukur. Cuba lah hargai apa yang dia buat untuk kau.” Ujarnya menasihati Nedzrish. Dia tidak senang mendengar bicara sombong sahabatnya.

“Kau nak suruh aku hargai macam mana, kau nak suruh aku julang dia macam piala?” Soalnya seraya mencapai surat khabar Berita Harian.

“Ke situ pulak kau ni. Maksud aku, kau hargai lah penat lelah dia masak untuk kau. Ini kau sendiri yang cakap, kadang-kadang kau tak makan pun apa yang dia masak. Tak baik tau Rish buat isteri kau macam tu.”

“Dah memang aku tak suka dekat dia, nak buat macam mana?”

“Yelah-yelah.. Aku kalau bercakap dengan kau, aku yang tewas dulu. Kau tu kalau bercakap, asyik tak nak mengalah je.” Haiqal sudah bosan bercakap dengan dirinya, ada sahaja kata-kata Haiqal yang dibangkan oleh Nedzrish.

“Dah kau bercakap tentang orang yang aku tak suka, memang lah aku reject habis-habisan.”
“Okay kalau macam tu, aku nak tanya pasal Mel. Dah lama aku nak tanya kat kau, tapi asyik lupa je.”
“Apasal pulak dengan perempuan gedik tu?”

“Eh, dengan Mel pun kau tak suka ke? Perempuan gedik apanya, dia kan girlfriend kau Rish.” Ujar Haiqal kebingungan dengan respon daripada sahabatnya apabila nama Amelda Imani dibangkitkan.

“Yelah.. Kau macam lah tak tahu girlfriend aku tu gedik semacam, sakit mata aku tengok dia tu.”

“Gedik-gedik pun, dia lah satu-satunya perempuan yang sabar dengan perangai mengarut kau selama ni. Kau jangan lupa tu Rish.” Sengaja dia ingin mengingatkan Nedzrish tentang apa yang telah dilalui oleh temannya dengan Amelda Imani.

“Kau tak payah lah nak membebel. Kau nak tanya apa tadi?”

“Kau dengan Mel masih macam dulu lagi ke? Maksud aku, masih lagi keluar minum sama-sama?”

“Ha yelah. Bila masa pulak aku break dengan dia?” Soalnya agak keras. Apa punya soalan lah si Haiqal ni beri pada dia. Tidak mencabar mindanya langsung.

“Tak adalah, aku bukan nak menyibuk. Tapi kau kan dah ada isteri sekarang. Mana lah tahu kau dah tak layan Mel lagi dan fokus dengan perkahwinan kau.”

“Apa benda yang kau merapu ni Qal? Tak ada masa lah aku nak fokus dengan perempuan tu, aku kahwin ni pun sebab terpaksa. Kalau ikut kan hati aku, nak aje aku bawa Mel jumpa orang tua aku.”
“Dah kenapa kau tak buat macam tu sebelum kau kahwin?”

“Kau sendiri tahu kan yang papa aku tu singa jadian. Nak suruh aku ni kena sembelih hidup-hidup ke kalau bagitahu dia yang aku tak nak kahwin dengan isteri aku?”

“Tahu pun kau. Kau tahu papa kau jenis macam mana, tapi kau sendiri tak ambil peduli tentang isteri kau. Kau dah lain sekarang Rish, kau dah ada isteri. Soal terpaksa ataupun suka rela, itu jatuh nombor 2. Yang penting sekarang ni, perkahwinan ni sah. Kau dah ada tanggungjawab. Jangan buat main soal tanggungjawab ni Rish.” Haiqal sememangnya seorang yang matang apabila berbicara soal kehidupan. Dialah yang banyak menasihati Nedzrish yang tidak ambil peduli tentang semua itu.

“Habis tu kau nak suruh aku tinggal kan Mel ke? Kau tahu kan Mel kejar aku berapa lama? Tak kan aku nak kecewa kan dia. Lagi pula aku memang sayang kan Mel. Tak ada yang kedua mahupun ketiga.”

“Cinta tak semestinya memiliki Rish. Kadang-kadang tu bila kita melepaskan seseorang yang kita sayang pergi dari hidup kita, kita akan lebih bahagia. Sebab kita buat semua tu untuk kebahagiaan dia juga. Bukan kah cinta perlu kan pengorbanan?” Ujarnya persis seorang doktor cinta.

“Tapi aku belum bersedia untuk lepaskan Mel pergi dari hidup aku. Aku dah lama dengan dia. Dia tahu aku jenis macam mana, dia faham apa yang aku nak, apa yang aku tak suka.”

“Aku pun tak sanggup nak tengok Mel sedih. Aku dengan Nadim yang jadi saksi kisah cinta kauorang ni. Aku tahu walaupun kau nampak macam tak kisah, kau sayang sangat dekat Mel. Tapi kau ada pilihan lain ke Rish?”

“Buat masa sekarang ni aku tak nak Mel pergi jauh dari aku. Sampai bila-bila pun aku tetap perlu kan dia.” Tuturnya penuh keikhlasan. Ya, hingga saat ini tiada apa pun yang dapat menggugat kesetian cintanya terhadap gadis itu.

“Tak apalah, aku cuma cakap apa yang aku rasa perlu  untuk aku nasihat kan kau. Jom lah kita makan, aku ada beli nasi lemak. Kebetulan ada lebih, rezeki kau lah kawan.” Haiqal menepuk lembut bahu Nedzrish sebelum dia berlalu untuk ke dapur. Nedzrish masih lagi duduk termenung disitu, mindanya sedang mencerna setiap kata-kata sahabatnya.




*******
Bunyi deruan motorsikal di luar rumah mematikan lamunan pendek Qalish Audrina. Dia yang baru sepuluh minit tiba di rumahnya bingkas bangun untuk membuka pintu.

“Apa awak ni, duk raba-raba dahi saya? Dah kenapa? Gila ke?” Laju sahaja mulutnya menyoal suaminya. Tangan Nedzrish yang tiba-tiba melekap pada dahinya menimbulkan rasa pelik.

“Tak panas pun.”

“Memang lah tak panas. Dah saya tak demam, awak nak suruh saya sakit ke?” Soalnya agak sedikit meninggi. Geram dengan sikap suaminya yang entah kenapa itu.

“Mana lah tahu kau demam kus-kus ke, sebab tu balik awal hari ni. Salah tengok jam ke?” Nedzrish selamba memerli isterinya. Terkejut juga dibuatnya melihat wajah isterinya terjengul di depan matanya. Selalunya waktu-waktu sebegini Qalish masih berada di butiknya.

“Haah lah, jam saya rosak tadi. Baru pukul 6 eh?”

“Jam rosak ke kau sengaja balik awal sebab rindu kan aku? Mengaku lah cepat.”

“Eii... Tak payah nak perasan sangat boleh tak? Tak malu!” Dia sengaja menolak tubuh Nedzrish, kemudian dia melabuhkan duduk di atas sofa.

“Dah kenapa kau balik awal ni? Butik kau dah bankrupt ke?” Dush! Lancang sahaja mulutnya berkata-kata. Tidak dihiraukan wajah Qalish yang sudah mula mahu naik hantu itu.

“Amboi mulut dia kan, serupa macam mulut orang tak pergi sekolah. Saya punya suka lah nak balik awal pun, bukan kacau awak pun kan?”

“Siapa cakap kau tak kacau aku? Selalunya waktu-waktu macam ni, aku sorang je ada dekat rumah ni. Tiba-tiba hari ni kau ada, menyemak tahu tak?”

“Awak tak payah lah risau, saya nak keluar pun ni. Duduk lah rumah ni sorang-sorang.” Dia bingkas mencapai beg tangannya lalu selepas membetulkan selendang yang dipakainya dia bangun untuk menuju ke arah pintu.

“Aku dah cakap dah, kau ni mana boleh duduk dekat rumah lama sikit. Punggung tu asyik panas je nak keluar rumah. Nak pergi mana pulak ni?” Walaupun dia kelihatan seperti tidak kisah, namun dia tetap mengambil tahu kemana isterinya mahu pergi.

“Nak pergi hantar kereta kat car wash. Dah lama tak basuh kereta ni.”

“Kenapa orang senang macam kau ni suka membazir ek?” Nedzrish turut bangkit. Sekarang dia betul-betul berdiri di hadapan Qalish Audrina.

“Apa maksud awak?” Soalnya tidak mengerti.

“Kau hantar kereta pergi car wash, kau tak rasa membazir ke? Sedangkan kau boleh basuh kereta kau sendiri? Tahu tak?”

“Mana ada membazir. Saya bagi duit dekat orang tu, then dia pun basuh kereta saya. Bila dah siap, saya bawa kereta balik rumah. Mana ada membazir, kan?”

“Susah kalau bercakap dengan orang yang tak tahu hargai nilai duit. Bak sini kunci kereta kau.”

“Awak nak buat apa pulak?”

“Nak bagi ke tak nak? Kalau tak nak bagi aku cium kau. Nak?” Nedzrish sengaja mendekatkan bibirnya ke hujung hidung isterinya. Qalish Audrina cepat-cepat menyerahkan kunci keretanya kepada si suami tanpa dia mengetahui apa yang mahu dilakukan oleh Nedzrish.

“Duduk dalam diam-diam. Kalau kau nak terbongkang atas katil pun pergi lah. Kau kan penat.” Ujarnya sebelum segera menghayunkan kaki ke arah Nissan Teana milik Qalish.

Thursday 5 November 2015

Be mine, eh? Bab23

“Abang. Dah lewat dah ni. Esok-esok lah abang sambung baca buku tu.” Datin Khalidah yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik menegur suaminya yang masih duduk di atas sofa membaca sebuah buku motivasi. Itu adalah rutin setiap malam suaminya sebelum masuk tidur.

“Pukul berapa dah Idah?”

“Pukul 12.30 malam dah bang.”

“ALLAH. Abang ingat baru pukul 11malam.” Dato’ Ezzudin menepuk lembut dahinya. Dek kerana terlalu kusyuk membaca buku yang baru dibelinya, dia tidak perasaan waktu bergerak begitu pantas.

“Mana abang nak perasan. Kalau dari tadi abang duk seronok membaca.”

“Awak dari dapur ke ni?” Soal Dato’ Ezzudin seraya bangun dari duduknya menuju ke arah katil. Isterinya sudah elok berbaring di atas katil sambil tersenyum mesra memandangnya.

“Tak lah. Saya baru lepas berbual dengan Rief. Dah lama tak berbual dengan dia. Hero abang tu sibuk sangat dengan kerja dia sejak kebelakangan ni. Susah nak nampak dia dekat rumah sekarang ni.”

“Syarikat kita baru sahaja dapat projek besar. Itu yang Rief terpaksa beri tumpuan lebih. Nanti bila selesai projek tu, dia kembali lah macam dulu balik.” Terang Dato’ Ezzudin yang memahami sikap isterinya yang tidak gemar jikalau anak-anak mereka sering tiada di rumah.

“Tak habis-habis dengan projek baru. Bagilah peluang dekat syarikat yang lebih memerlukan.”

“Idah, dalam dunia perniagaan. Tidak ada istilah beri peluang kepada yang memerlukan. Selagi kita boleh raih keuntungan, kita usaha untuk dapatkan nya. Lagi pula Nazrief tu muda lagi, biarlah dia kerja puas-puas sekarang ni.”

“Yelah-yelah.. Saya kan tak tahu apa-apa tentang bisness abang ni.” Datin Khalidah malas mahu bertekak dengan suaminya, dia mengalah sahaja.

“Tak payah tahu pun tak apa. Awak jaga hal rumah pun sudah cukup. Oh ya, sejak Rish kahwin. Dah lama dia tak balik ke sini kan. Dia ada telefon awak tak Idah?”  Dato’ Ezzudin mengubah topik perbualan mereka. Tiba-tiba dia terfikir mengenai anak bongsunya.

“Dekat sebulan jugak lah mereka tak balik ke sini. Qalish sibuk kot bang uruskan butik dia. Saya jelah ada telefon dia minggu lepas. Nak harap kan Rish tu, tahun depan pun belum tentu.”

“Iyelah tu si Qalish sibuk. Sesibuk mana pun dia, tak kan lah nak balik ke rumah kita ni tak ada masa langsung? Ke Rish tak pernah ajak dia kemari?” Belum apa-apa lagi, Dato’ Ezzudin sudah menyalahkan anaknya.

“Abang ni, cubalah jangan buat tuduhan yang melulu. Entah memang betul Lish tu sibuk, anak kita tu kahwin dengan wanita bekerjaya. Kita kenalah faham bang.”

“Kerja-kerja jugak. Tapi tanggungjawab terhadap mak bapak tu kena ambil peduli juga. Awak nasihatkan si Rish tu, rajin-rajin kan diri jenguk awak dekat sini. Saya ni tak apa tak kisah sangat, awak tu nanti karang demam lah apalah. Rindukan budak bertuah tu.”

“Rindu tu memang lah rindu. Tapi kalau mereka sibuk, saya perlu faham juga keadaan anak menantu kita tu.”

“Awak rasa, macam mana hidup mereka sekarang ya? Boleh ke si Rish tu sesuaikan diri dengan keadaan sekarang?”

“Abang risau ke dia tak boleh terima semua ni?” Datin Khalidah kerut dahi. Tak kan suaminya sudah berubah kot?

“Abang risau kalau Rish tak mampu jaga Qalish dengan baik. Abang risau kalau keputusan yang abang buat ni bukan untuk kebaikan Rish.” Entah mengapa, tiba-tiba dia berasa bersalah kerana begitu mendesak anaknya supaya menikahi anak rakan baiknya.

“Abang yang buat keputusan ni, abang pun dah fikir sehabis mungkin sebelum suruh Rish kahwin dengan Lish kan. Kalau abang nak menyesal, bukan sekarang. Tapi beberapa bulan yang lepas.”

“Setiap apa yang abang buat untuk Rish bukan bertujuan untuk buat dia hidup dalam keadaan tertekan. Abang nak Rish belajar, macam mana nak pikul tanggungjawab yang lebih berat. Abang harap Rish dapat laksanakan tugas sebagai seorang suami sebaik mungkin.”

“InsyaALLAH. Kita sebagai orang tua dia, hanya mampu berdoa supaya ALLAH berikan yang terbaik untuk rumah tangga mereka. Saya tengok Qalish pun lembut orangnya, mungkin dia boleh bantu kita untuk ubah perangai Rish tu.” Ujar Datin Khalidah optimis. Dia sudah semakin boleh menerima bahawa keputusan suaminya untuk menjodohkan Nedzrish dan Qalish adalah satu keputusan yang tidak salah.

“Dalam masa yang sama, awak jangan putus asa nasihatkan si Rish. Kalau saya bercakap dengan dia, tak kan jalan. Dia pun bukan nak dengar nasihat saya.”

“Saya sentiasa bang, doakan yang terbaik untuk dia. Nasihat kan dia supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling. Saya percaya satu hari nanti Rish tak buat abang susah hati dah.” Datin Khalidah mengusap lembut jari jemari suaminya bersama segarit senyuman.

“Bagus lah macam tu. Dah, mata abang dah layu dah ni. Tidur lah, esok awak nak bangun pagi kan.”

“Nak kemana pulak?”

“Bukan hari-hari ke awak bangun pagi, solat subuh? Lupa dah?” Dato’ Ezzudin sengaja mengusik isterinya.

“Abang ni, cara abang cakap macam saya ada benda penting je nak kena buat esok. Kalau bangun subuh tu memang tugas setiap hari.”

“Abang gurau pun tak boleh?”

“Amboi, dah nak masuk usia senja ni makin seronok dia kenakan kita ya?” Tawa mereka bergabung dengan jenaka masing-masing. Seketika kemudian Dato’ Ezzudin mematikan lampu tidur lalu dia merebahkan semula badannya.



*****
Sorry Encik. Saya tak sengaja.” Tutur Qalish Audrina kalut meminta maaf selepas dia terlanggar seseorang sewaktu mahu keluar dari lif Hotel Grand Millenium itu. Dia yang gopoh-gapah mengatur langkah tidak perasan akan seorang lelaki yang mahu masuk ke dalam lif itu.

It’s okay. Eh, Qalish?” Lelaki itu menyapanya dengan pandangan tidak percaya.

“Abang Rief? Abang rupanya. Sorry, Lish tak perasan tadi. Kelam kabut punya pasal, dah terlanggar abang.” Qalish menguntum senyuman kecil memandang abang iparnya.

“Tak apa. Small matter. Abang tak cedera pun. Lish buat apa dekat sini?”

“Lish baru lepas jumpa client. Lish nak balik ofis cepat sebab customer dah tunggu. Lish terlupa yang Lish ada appointment sekarang ni.” Ujar Qalish menerangkan mengapa dia kelam kabut untuk keluar dari pintu lif sehingga bertembung dengan lelaki itu. Dalam diam dia memarahi dirinya sendiri kerana dia jarang terlupa akan temujanjinya dengan mana-mana pelanggannya. Mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan sehingga dia terlupa hal yang begitu penting.

“Sibuk sangat abang tengok Lish ni. Banyak kerja ke Lish?”

“Boleh tahan lah bang. Tak menang tangan juga nak siapkan tempahan customer. Abang ada urusan apa dekat sini? Jumpa client juga ke?” Soal Qalish sekadar ingin tahu. Dia yang ingin segera meninggalkan hotel itu bertambah lama pula disitu dek kerana Nazrief yang seperti ingin berbual panjang dengannya.

“Abang nak jumpa kawan lama abang. Tapi dia tak sampai lagi.” Nazrief memandang wajah ayu Qalish Audrina yang mengenakan selendang berwarna biru muda. Cukup menyerlah gaya usahawan wanita itu. Dia memuji dalam diam apa yang dimiliki oleh wanita yang sudah pun bergelar adik iparnya.

“Oh, tunggu dia lah ni eh? Kawan perempuan ke?” Soalnya sambil mengenyitkan matanya, sengaja mahu mengusik abang iparnya.

“Kawan lelaki lah. Oh ya, Lish dah lama tak balik rumah papa. Rish tak ada ajak Lish balik sana ke?”

Erk... Bukan tak nak balik, tapi abang sendiri tahu kan. Kebelakangan ni Lish terlalu banyak sangat kerja. Kadang-kadang tu hujung minggu pun Lish kena kerja.”

“Ya, abang faham. Tapi Lish jangan lah lama sangat tak balik sana. Nanti papa bising pulak. Lish tahu jelah papa tu, kalau ada benda yang dia tak berkenan. Tak berhenti dia membebel nanti.” Papa yang bising ke, kau yang rindu nak jumpa Qalish ni Rief?

“InsyaALLAH. Kalau Lish ada masa nanti Lish balik sana. Abang kirim salam dekat mereka eh?”

“Okay. Nanti Lish balik sana, boleh kita borak panjang lagi. Abang pun dah lama tak merasa masakan Lish. Rindu nak makan ikan keli masak cili yang Lish buat haritu sebelum Lish pindah.”

“Tak apa, nanti Lish balik sana. Abang request lah nak makan apa, Lish masak kan. Okay?” Balasnya sambil tersenyum manis. Matanya mula melirik ke arah jam tangan kirinya yang sudah menginjak ke angka 3petang.

“Hmm. Kalau macam tu, abang nak senaraikan lah apa yang abang nak makan. Mampu ke Lish masak kan semua tu nanti?”

“InsyaALLAH. Kalau ada masa, Lish buatkan. Okay lah abang, Lish dah lewat dah ni. Lish gerak dulu eh?”

“Okay, hati-hati. Jangan lupa pakai seatbelt.” Nazrief mula memainkan watak sebagai lelaki macho yang kononnya prihatin terhadap wanita.

“Baiklah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Nazrief tidak terus menaiki lif, sebaliknya dia menunggu disitu sehingga Qalish hilang dari bayangan matanya.




*****
Alat kawalan jauh televisyen di tangganya dipusing-pusing berkali-kali. Sudah sejam dia duduk menonton televisyen, namun tiada satu pun rancangan di televisyen itu menarik perhatiannya. Nedzrish menoleh sekilas ke arah jam dinding di belakang yang sudah menunjukkan tepat pukul 9malam. Isterinya masih belum pulang lagi walaupun hari sudah malam. Nedzrish tidak pernah ambil kisah tentang kepulangan isterinya meskipun kadang kala dia merasakan Qalish menjadikan rumah itu seperti hotel sahaja. Biarlah, perkahwinan ini pun bukan atas kerelaan mereka berdua.

Pintu utama rumah itu dikuak perlahan dari luar rumah. Wajah ayu Qalish Audrina terjengul di muka pintu menyapa pandangan mata Nedzrish.

“Awak tak keluar ke malam ni?” Soal Qalish sekadar ingin menegur suaminya. Selalunya jikalau sewaktu dia pulang ke rumah, suaminya tiada di ruang tamu, dia akan terus naik menuju ke biliknya.

“Kau tak nampak ke aku tengah tengok tv ni? Kalau aku keluar, macam mana aku boleh ada dekat sini?” Tidak dihiraukan wajah Qalish yang menunjukkan wanita itu sedang keletihan. Nedzrish bukan peduli, bila dia fikir dia ingin mencari gaduh dengan isterinya, tidak dihiraukan keadaan isterinya.

“Awak ni kan, kalau saya tanya. Jawapan yang awak bagi tu mesti menyakitkan hati.” Dia sendiri bingung, entah bilalah Nedzrish mahu berbaik dengannya. Kadangkala dia letih mahu melayan sikap Nedzrish yang gemar mencari pasal dengannya.

“Kalau dah tahu macam tu kenapa masih nak bercakap dengan aku? Tak bosan ke bergaduh dengan aku?”

“Dah awak je yang ada dalam rumah ni. Saya cakap lah dengan awak, tak kan saya nak cakap dengan dinding kot? Nanti awak kata saya gila.”

“Betul lah tu, kalau aku nampak kau cakap dengan dinding. Boleh lah slow-slow aku hantar kau pergi Tanjung Rambutan.” Ujarnya seraya mematikan televisyen.

“Kenapa tutup tv tu? Nak keluar ke?” Soalnya setelah dilihat Nedrish melemparkan alat kawalan jauh televisyen ke atas lantai.

“Tak lah, aku bukan macam kau. Setiap hari keluar rumah pagi-pagi buta, balik rumah bila burung hantu berjaga. Aku ni tahu lah juga nak duduk rumah.” Sinis dia memerli isterinya yang sangat komited terhadap kerjanya.

“Saya bukan keluar saja-saja. Saya keluar cari duit kan.”

“Kau tak penat ke hari-hari macam ni? Kau tak bosan ke hadap kerja dari pagi sampai malam? Sepatutnya kau bersyukur dengan apa yang ada. Kau nak apa lagi, semua kau dah ada. Aku percaya, dalam akaun bank kau tu. Mesti jumlahnya dah boleh beri kereta Ferrari sebijik kan?”

“Rish. Mana ada kerja yang tak perlukan fokus yang tinggi dalam dunia ni. Kalau saya tak kerja keras dari sekarang, macam mana nak hidup untuk masa akan datang nanti? Zaman sekarang ni, semua perlukan duit.”

“Memang lah. Tapi kau kena beringat sikit, kau tu perempuan. Kan tak elok orang perempuan balik lewat malam macam ni. Hari-hari pula tu. Kalau sekali sekala tu okay lah lagi.” Tanpa dia sedar dia sedang menasihati isterinya dengan nada yang lembut. Dia memang seorang yang sangat menjaga keselamatan tambahan pula keselamatan seorang wanita. Sewaktu dia bujang dahulu, Syaqilah juga selalu pulang lewat ke rumah kerana tuntutan kerja. Selalu juga dia menasihati kakanya supaya pulang lebih awal ke rumah.

“Hmm. Awak kisah ya saya selalu balik lewat? Awak sunyi ke sorang-sorang dekat rumah?” Qalish merenung ke dalam bebola mata suaminya. Dia seperti mencari keikhlasan disebalik kata-kata suaminya sebentar tadi.

“Ha? Sunyi apa kejadahnya kau ni. Aku nak sunyi apa, kalau aku bosan aku keluar lah. Apa susah kan?” Gerutu Nedzrish. Lain yang ingin dia sampaikan, lain pula yang difahami oleh isterinya.

“Yelah.. Awak selalu tegur sebab saya selalu balik lewat. Maknanya awak risau lah tu, kan?”
“Mana ada aku risau. Lantak kau lah nak balik ke tidak. Tak nak balik langsung pun tak apa. Tadi tu aku saja je bagi ceramah. Dalam tv sekarang kan banyak kes perempuan kene culik. Tak ada kaitan pun lah dengan aku risau kan kau.”

“Awak awak.. Awak ni memang tak pernah nak mengaku kan.” Qalish Audrina tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Lucu pula melihat Nedzrish bersungguh-sungguh menyangkal apa yang diteka olehnya.

“Kalau awak kisah saya selalu balik lewat. Awak nak saya selalu ada dekat rumah, bagilah tahu saya. Sebelum maghrib saya akan pastikan saya dah sampai rumah.” Sambungnya lagi. Dia masih tidak lupa yang dia kini sudah bergelar isteri kepada lelaki itu.

“Siapa cakap aku kisah? Aku tak kisah pun lah Lish. Kau nak jadikan rumah ni hotel sekalipun, itu kau punya pasal lah. Aku mana ada hak nak halang.”

“Ada. Awak kan suami saya?”

“Suami apanya kalau macam ni rumah tangga kita. Macam kapal nak karam je.”

“Tahu pun. Saya ingatkan awak ni tak sedar langsung yang awak sekarang dah ada isteri.”

“Alah, kau pun bukan nak sangat kahwin dengan aku kan.” Tutur Nedzrish bersama memek wajah bersahaja.

“Kalau saya cakap, sepanjang kita bersama ni. Saya… Saya dah jatuh hati dekat awak.”

“Apa benda kau merepek ni Lish?” Seram bulu romanya apabila dia menoleh ke sisi kanannya, wajah Qalish betul-betu dihadapannya kini. Mereka dipisahkan oleh beberapa jarak yang kecil sahaja.

“Biar betul isteri aku ni. Tak kan dah hilang akal kot?”

“Awak. Saya cakap dengan awak ni. Saya suka kan awak, suka semuanya tentang awak.”

“Kau jangan main-main Lish. Aku rasa nak termuntah dengar ni tau.” Nedzrish menelan liurnya berkali-kali. Dia sedang keliru sama ada isterinya bersungguh-sungguh mengenakan dirinya ataupun isterinya sedang jujur meluahkan rasa hati. Namun wajah isterinya serius sekali memandang dirinya tanpa berkedip.

“Hoi! Kau jangan lah tenung aku macam tu. Boleh luruh jantung aku ni!”

“Kenapa, abang tergoda ke?” Dia mencuit hujung hidung Nedzrish tanpa sempat lelaki itu menepis tangannya.

“Abang? Gila lah kau ni!”

“Hahahahaaa. Awak ni kelakar lah Rish! Takut lah tu!” Jeritnya setelah puas mengenakan suaminya. Merah padam wajah Nedzrish sewaktu dia memberitahu yang dia mulai sukakan suaminya. Gila ke dia nak cakap macam tu? Hanya lakonan semata-mata!

“Ha gelak lah gelak puas-puas sampai usus kau tercabut!” Dia yang kegeraman melihat isterinya berjaya mengenakan dirinya, menarik rambut isterinya sehingga secara spontan kepala isterinya rebah di atas kakinya. Kedua-duanya terpempan dengan keadaan itu.

Erk...”

“Hmm.”

“Rish.”

“Ya?”

“Sampai bila nak macam ni?”

“Sampai aku tertidur.” Kali ini gilirannya pula mengenakan si isteri.

“Awak. Saya ni tak mandi lagi tau. Awak sanggup ke nak berkeadaan macam ni sampai esok pagi?”

“Tak apa, aku boleh mandi kan kau.” Dia tersenyum menyerlahkan lagi kecomelan yang ada pada dirinya. Qalish seperti mahu pengsan sahaja melihat senyuman itu. Jarang sekali Nedzrish tersenyum begitu. Selalunya wajah masam Nedzrish sering menjadi tatapan dirinya.

“Awak.. Awak sedar tak apa awak cakap ni?”

“Sedar. Lebih daripada sedar. Nak mandi air panas ke air sejuk?” Dia menguraikan rambut Qalish yang kelihatan sedikit kusut itu.

“Gila! Mamat ni biar betul?” Qalish Audrina sudah memegang dadanya sambil memejamkan matanya rapat-rapat.

“Dah lah woi! Drama sebabak dah habis! Sakit lah kaki aku, ini kepala ke batu bata.”

“Awak ni memang kurang cemerlang betul lah!” Dia segera bangun dari duduknya dan memukul dada Nedzrish dengan kedua-dua belah tangannya. Sedarlah dia bahawa suaminya turut mengenakan dirinya.

“Okay apa, fair and square.” Ujar Nedzrish sambil tersengih-sengih. Dia kembali mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu menghidupkannya.

So, permainan kita hari ni awak dan saya yang menang. Esok-esok kita main lagi okay.” Qalish Audrina mencapai beg tangganya yang tidak jauh dari tempat suaminya duduk. Dia segera meneruskan misinya untuk memanjakan badannya di atas tilam empuknya.