Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Thursday 11 June 2015

Be mine, eh? Bab10

Qalish Audrina tidak menduga pagi itu dia menerima kedatangan daripada lelaki yang dia benci di butik nya. Kedatangan Nedzrish dan mamanya, Datin Khalidah adalah untuk memilih persalinan pengantin mereka berdua.

“Kenapa tak bagitahu dulu nak datang? Nasib baik aunty datang ni Lish ada, kalau tak kan dah membazir.” Sapa Qalish Audrina lembut lalu dia mengajak Datin Khalidah dan anak lelakinya masuk ke dalam butiknya.

“Kau ingat kitaorang datang nak jumpa kau ke? Orang datang nak tempah baju pengantin lah. Kau ada ke tak ada ke tetap jugak pilih baju.” Nedzrish Eskandar pantas mencelah sebelum sempat mamanya hendak membalas. Datin Khalidah sudah menyiku lengan Nedzrish tanda tidak suka dengan percakapan anaknya.

“Rish ni tak elok lah cakap macam tu. Kita ni tetamu je, kalau Lish halau kita nanti padan dengan muka Rish.” Ujar Datin Khalidah yang tidak berkenan dengan kekasaran anaknya.

“Tak apalah, Lish tak kisah. Aunty nak tengok tak rekaan pengantin yang paling terbaru? Aunty suka warna apa?” Soal Qalish sambil tersenyum manis. Dia tidak memandang langsung wajah Nedzrish yang memandangnya dengan pandangan meluat.

“Yang kau tanya mama aku kenapa? Bukan mama aku yang nak kahwin dengan kau. Aku ni hah tercongok daripada tadi tak nak pulak kau tanya.” Ujar Nedzrish memarahi Qalish Audrina yang sengaja tidak mahu melayan dirinya sedari tadi.

“Rish. Kalau asyik nak bertekak macam ni je baik takpayah datang sini. Kita ke sini sebab nak bincang tentang baju pengantin mana yang berkenan. Bukan nak bergaduh macam ni.” Datin Khalidah mulai bosan dengan sikap kebudak-budakan anaknya.

“Mama ni kenapa nak sebelahkan perempuan ni? Mama tengoklah, dia yang tak nak bercakap dengan Rish. Daripada tadi asyik tanya mama je, habis apa tujuan Rish dekat sini? Sekadar jadi patung je ke?” Ujar Nedzrish tidak berpuas hati.

“Er. Lish minta maaf. Awak nak rekaan yang macam mana Rish?” Qalish Audrina terpaksa memaniskan mukanya apabila dilihat Nedzrish sudah mulai bengang dengan caranya yang tidak mempedulikan lelaki itu.

“Nak buat-buat baik pulak. malas lah aku nak pilih, kau kan nak kahwin dengan mama aku. Pergi lah pilih berdua sana.” Ujar Nedzrish selamba.

“Rish! Qalish tanya elok-elok kan, kenapa balas macam tu? Jangan nak buat perangai tak semegah Rish tu dekat sini. Mama tak suka.”

“Apa kata kau bawa semua contoh design yang paling latest, aku nak yang mahal sekali. Kau sponsor kan?” Ujar Nedzrish seraya tersengih nakal. Datin Khalidah hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah anaknya itu.

“Er. Sekejap ya.” Dengan penuh keterpaksaan Qalish Audrina segera melangkah masuk ke dalam pejabatnya untuk mengambil fail.

Qalish Audrina kembali mendapatkan Nedzrish bersama fail di tangannya. Namun dahinya berkerut-kerut mencari-cari susuk tubuh bakal ibu mertuanya.

“Kau cari apa? Mama dah balik. Dia cakap kau ni lembab sangat, ambil fail pun lembab macam siput.” Beritahu Nedzrish apabila terpandangkan wajah Qalish yang seperti mencari seseorang.

“Tak tanya pun?” Balas Qalish sambil mengangkat keningnya sedikit.

“Sebelum kau tanya aku soalan pelik-pelik lebih baik aku jawab. Mulut kau tu bukan boleh di agak, ada je benda kau nak cakap. Mulut tak reti senyap.”

“Kenapa awak ni tak habis-habis cari pasal dengan saya ya? Cakap elok-elok dengan awak ni tak berguna tau.” Qalish Audrina menghempas kasar fail di tangannya ke atas meja tanda protes dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya itu.

“Kau jangan nak buang masa aku. Aku ada banyak lagi awek nak dilayan selain daripada hadap muka membosankan kau ni.” Ujar Nedzrish sambil merentap kasar fail di atas meja itu.

“Oh ada awek, muka pecah rumah pun ada orang nak ke?” Qalish Audrina turut membalas kata-kata tidak berapa cerdik Nedzrish itu.

“Amboi kau. Bercakap macam dah lama hidup je, muka pecah rumah kau kata? Alah setakat seketul dua ketul jerawat dekat dahi siapa perasan. At least muka aku pan-asia. Kau bersyukur sikit dapat bakal suami putih melepak macam aku ni.” Ujar Nedzrish bangga memuji dirinya sendiri.

“Elok lah, muka putih sangat pun tak boleh jugak. Macam mayat hidup.”

“Kau ni makan penampar aku nanti ha. Lebih baik kau senyap sebelum aku naik darah.” Nedzrish sudah mulai baran dengan kata-kata Qalish Audrina yang dianggap sudah melebih itu.

“Fail tu dekat tangan awak kan? Tengok lah yang mana berkenan.” Ujar Qalish Audrina samil matanya melirik ke arah fail berwarna merah jambu yang berada di tangan Nedzrish.

Selang beberapa minit kemudian Nedzrish meletakkan semula fail itu di atas meja. Dengan selamba dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia bermain game. Qalish Audrina terasa dirinya seperti patung mulai bersuara.

“Awak berkenan yang mana? Yang mana satu awak nak pakai masa majlis pernikahan kita dan yang mana satu awak nak pakai untuk majlis resepsi? Untuk kenduri belah saya saya dah pilih rekaan mana yang saya suka. Nanti awak cuba eh?” Terang Qalish Audrina panjang lebar. Beurusan dengan lelaki itu sangat menguji kesabarannya.

“Kau ni macam mana boleh jadi seorang pereka fesyen yang terkemuka? Sedangkan aku tengok rekaan kau semua kelabu asap, sikit pun tak memenuhi cita rasa aku.” Bulat biji mata Qalish Audrina mendengar kata-kata hinaan tentang hasil kerjanya daripada lelaki itu. Tangannya terasa mahu melekat sahaja ke muka lelaki itu.

“Awak ni siapa nak kutuk-kutuk hasil kerja saya? Kalau awak rasa awak cukup hebat, lebih baik awak je yang ambil alih butik ni. Saya nak juga tengok sejauh mana boleh pergi rekaan awak yang paling terbaik tu.” Sinis kata-katanya memerli bakal suaminya yang tidak tahu mengawal kata-katanya.

“Disebabkan tak ada rekaan yang menarik langsung di mata aku, aku malas nak pilih. Kau je lah pilih, kau yang reka kan. Mestilah kau sorang je berselera nak pakai.”

“Kan senang kalau awak cakap dari tadi, tak payahlah susah-susah awak datang sini pilih busana mana yang awak suka.” Qalish Audrina pantas mengambil semula fail itu lalu dia membelek penuh teliti.

“Tapi soal warna biar aku yang tentukan. Kau hanya pilih design sahaja.” Tambah Nedzrish lagi.

“Okay, awak bagitahu saya awak nak warna apa.”

“Untuk majlis pernikahan kita dekat masjid, aku nak baju melayu warna hitam. Kalau tak ada warna hitam aku nak warna unggu terang. Kalau tak ada, aku nak kau ada kan jugak.”

“Hah???! Warna hitam? Hei awak ni dah mereng ke macam mana ni? Mana ada orang nikah pakai baju warna hitam. Selalunya orang pakai warna putih ataupun warna lembut lah. Dah buang tebiat ke apa awak ni.” Bantah Qalish Audrina dengan wajah yang jelas terkejut. Nedzrish pula hanya tersenyum sinis.

“Ikut suka hati aku lah, aku yang nak pakai. Kau sibuk kenapa?”

“Kalau awak pakai warna hitam, tak kan saya nak pakai warna lain pulak? Nanti apa pulak orang cakap. Cacat betul mata awak ni.”

“Untuk majlis resepsi pulak, aku nak persalinan yang bertemakan lighting. Maknanya aku nak busana tu mewah, biar nampak elegan. Aku nak warna oren terang. Memandangkan aku tak suka warna suram, macam muka kau. Suram tak bercahaya langsung.” Sempat pula dia mengutuk Qalish Audrina.

“Eh awak jangan nak macam-macam eh. Papa awak dah bincangkan soal tema, mama dengan papa awak nak majlis tu nanti bertemakan garden wedding. Tak sesuai langsung pilih warna terang benderang. Macam dekat disko tahu tak.” Qalish Audrina semakin membara-bara melayan kerenah Nedzrish yang sengaja mahu menyakitkan hatinya.

“Papa yang nak kahwin ke ataupun aku? Kalau papa nak gantikan tempat aku, ikut lah cakap dia.”

“Ikut jelah apa yang parents kita dah bincangkan. Apa yang susah sangat awak ni? Banyak songeh mengalahkan perempuan!”

“Ada aku kisah? Tadi suruh aku pilih, so itulah pilihan yang sesuai dengan mata aku. Daripada aku suruh kau pilih, entah merapu-rapu nanti warna kau pilih. Mata kau tu nampak je celik, tapi sebenarnya tak berfungsi dengan baik pun.” Selamba dia menuturkan kata-kata itu lalu dia segera bangun dan tanpa sempat Qalish Audrina ingin berkata-kata, dia terus keluar dari butik itu.

“Dah gila ke apa mamat ni nak minta warna merepek-repek. Hish sabar je lah!” Qalish Audrina menghentak kasar kakinya lalu dia melangkah laju ke dalam bilik pejabatnya.



*****
“Aku pelik lah dengan kau ni, bukan selama ni kau duk syok bercinta dengan Riyadh ke? Ini apa kes dalam kad jemputan ni nama pengantin lelaki bukan nama dia?” Sebaik sahaja Qalish Audrina mengedarkan kad jemputan perkahwinannya kepada staff di butiknya, Sofina adalah orang pertama yang menerpa masuk ke dalam biliknya untuk bertanyakan tentang hal itu.

“Tak ada jodoh lah Sofi. Nak buat macam mana lagi?” Balas Qalish Audrina dengan wajah bosan. Dia tidak berminat langsung untuk berkongsi cerita tentang bakal suaminya kepada sahabat baiknya.

“Biasa sangat aku jumpa jawapan macam tu bila orang baru lepas putus cinta. Tak ada jawapan lain yang lagi seronok ke Lish?” Soal Sofina yang sememangnya tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Qalish Audrina.

“Dah memang tak ada jodoh lah. Kau mengharapkan jawapan yang macam mana dari aku? Karangan taraf SPM ke?” Perli Qalish Audrina dengan wajah masam.

“Ini lah perangai kau yang aku tak suka dari dulu lagi, susah sangat kau nak berterus terang. Lish, aku ni kawan baik kau tau. Kita kenal dari zaman sekolah lagi. Tak kan lah dengan aku pun kau nak berahsia?” Sofina sudah mula meraih simpati Qalish dengan wajah sedih yang sengaja dibuat-buat.

“Malas lah aku nak layan kau. Banyak lagi kerja aku nak buat dari layan kau tau.” Qalish Audrina memalingkan wajahnya lalu jari jemarinya lincah menaip sesuatu di komputer ribanya.

“Aku tak akan keluar dari bilik ni selagi kau tak cerita hal sebenar. Boleh lah aku goyang kaki dekat sini kan, like a boss.” Ujar Sofina selamba lalu dia menghayunkan kakinya mendekati sofa.

“Amboi! Kau fikir kau makan gaji atas angin ke Sofi? Pergi lah buat kerja kau, banyak kerja tak siap lagi tahu tak. Boleh pulak kau nak goyang kaki eh.” Marah Qalish Audrina sambil membulatkan matanya.

“Kau tu yang susah sangat nak bagitahu aku. Apa-apa masalah kau memang kalau boleh semut pun tak boleh tahu kan masalah kau.”

“Yelah yelah… Kau nak tahu apa Sofi?” Soal Qalish Audrina akhirnya mengalah.

“Aku nak tahu semua sekali. Macam mana kau boleh break dengan Riyadh dan bakal berkahwin dengan lelaki lain?”

“Lelaki yang bakal jadi suami aku tu anak kawan parents aku. Aku tak kenal dia pun. Masa kecil dulu adalah kitaorang duduk satu kawasan tapi yelah budak lagi kan masa tu, mana ingat. Secara kesimpulannya perkahwinan ni adalah rancangan daripada keluarga kitaorang.”

“Kira kahwin paksa lah ni ya? Habis tu macam mana kau boleh putuskan hubungan kau dengan Riyadh? Bukan kau dengan dia saling mencintai ke selama ni?” Soal Sofina bersungguh-sungguh. Dia benar-benar terkejut dengan berita yang baru sahaja disampaikan oleh sahabat baiknya itu.

“Haah. Kahwin paksa, macam cerita-cerita dalam novel sekarang ni. Kerana terpaksa aku relakan lah diri aku ni Sofi untuk nikah dengan mamat gila tu.” Qalish Audrina sudah mengambil tempat di sebelah Sofina yang sedang bersimpuh di atas sofa.

“Mamat gila? Kenapa kau panggil dia macam tu? Tak baik tau cakap macam tu dekat bakal suami kau.”

“Kalau kau nak tahu, mamat gila yang aku maksudkan tu adalah lelaki yang langgar kereta aku haritu. So kau masih nak cakap aku ni jahat ke panggil dia macam tu?” Soal Qalish Audrina seraya mengangkat kedua-dua belah keningnya.

“Hah??! Mamat gila yang ku duk bertekak tu rupanya bakal suami kau? Kau biar betul Lish?” Soal Sofina jelas terkejut.

“Betul lah. Tak kuasa lah aku nak main-main soal serius macam ni.”

“Macam mana boleh jadi macam ni Lish? Kau tak rasa ke mamat tu sengaja cari kau mungkin sebab dia berdendam dengan kau pasal accident haritu?”

“Tak ada maknanya lah Sofi. Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Mamat tu lagi lah tak nak kahwin dengan aku, ni semua keluarga yang aturkan lah. Dua-dua terpaksa lah ni.” Ujar Qalish Audrina membetulkan pemikiran Sofina tentang Nedzrish.

“Kau bersedia ke nak hidup dengan dia nanti babe? Er. Kalau aku jadi kau lah kan, aku lebih rela kahwin dengan orang bisu daripada hari-hari sakit hati dengan mulut tak ada insurans dia tu.” Sofina sudah membuat memek muka geli.

“Kalau aku ada pilihan, dah lama dah aku buat Sofi. Masalahnya mak ayah aku yang nak sangat aku kahwin dengan si sengal tu, terpaksa lah. Kau fikir aku ni hadap sangat tengok muka kerek dia tu? Please lah.”

“Mak ayah kau ni pun satu hal, nak cari calon menantu tu cari lah yang elok sikit perangai. Ini perangai serupa hantu je. Mana layak untuk kawan aku yang comel ni.” Ujar Sofina tak berpuas hati, dia tahu Qalish sedang berperang dengan perasaannya sendiri apabila terpaksa melupakan Ammar Riyadh dan menerima lelaki yang pernah menyakitkan hatinya sebagai suaminya.

“Aku dah malas nak fikir dah Sofi. Apa nak jadi lepas ni, aku serah kan semuanya pada ALLAH. Aku dah tak larat nak fikir.”

“Habis tu macam mana dengan Riyadh? Dia boleh terima ke semua ni?” Soal Sofina yang tiba-tiba teringatkan kekasih Qalish Audrina.

“Nak tak nak dia terpaksa terima lah Sofi. Aku tak ada peluang untuk pertahankan hubungan kita orang. Dah tahu semuanya kan Sofi? Aku nak sambung buat kerja. Kau tu jangan nak makan gaji buta je, pergi masuk bilik kau cepat.” Hatinya bagaikan disiat apabila sebaris nama lelaki yang  pernah bertakhta di hatinya di sebut. Dia lantas bangun dan segera mendekati meja kerjanya. Sofina pula melepaskan keluhan kecil lalu dia segera bangkit dari duduknya.

Be strong Lish. Aku tahu kau kuat.” Sebelum dia keluar dari bilik Qalish, sempat dia menitipkan kata-kata semangat kepada sahabatnya yang kelihatan resah.



*****
“Lish, we need to talk.” Qalish Audrina baru sahaja ingin melangkah untuk masuk ke dalam perut keretanya terpaku apabila suara yang amat dirindui kedengaran di gegendang telinganya.

“Lepas lah Yadh!” Bentak Qalish kasar yang mahu melepaskan genggaman tangan lelaki itu ke atas lengan halusnya.

“Yadh nak cakap dengan Lish. Sekejap je. Tolong lah.”

“Nak cakap apa? Tak lebih dari 5minit. Lish tak ada masa nak layan Yadh. Banyak lagi benda Lish nak buat dekat rumah nanti.” Ujar Qalish kasar seraya mengusap lembut lengan yang digenggam oleh Ammar Riyadh sebentar tadi.

“Kenapa? Lish sibuk dengan persiapan perkahwinan Lish?” Soal Ammar Riyadh sinis.

Of course. Lish nak wedding Lish nanti adalah wedding yang paling best.” Bicara Qalish Audrina angkuh. Dia sengaja mahu menyakitkan hati lelaki itu supaya Ammar Riyadh tidak terus-terusan mengejar dirinya.

“Lish tak cintakan bakal suami Lish. So takpayah nak berlagak macam Lish sayang sangat dekat dia. Tolong jangan tipu diri sendiri Lish.” Ujar Ammar Riyadh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

“Mana Yadh tahu Lish tak cinta kan dia? Jangan bercakap tanpa bukti Yadh. Lish memang tak pernah kenal dengan dia sebelum ni, tapi sekurang-kurangnya dia berani terus masuk meminang Lish. Bukan macam Yadh. Pengecut!” Tempik Qalish bersama renungan tajam.

“Yadh bukan pengecut. Cuma masa yang tak sesuai. Tolong lah jangan ungkit lagi benda yang dah berlalu. Tak boleh ke Lish bagi peluang untuk Yadh betulkan kesilapan Yadh?”

“Tak boleh. Sampai bila-bila pun Lish akan anggap Yadh pengecut. Terima kasih sebab hancurkan harapan yang kita impikan selama ini untuk hidup bersama.”

“Tak ada manusia yang tak buat silap dalam dunia ni Lish. Kalau Lish nak teruskan juga perkhawinan ni sebab nak jaga hati mak ayah Lish, Yadh boleh terima. Tapi dengan satu syarat.” Ujar Ammar Riyadh seraya menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluarnya.

“Syarat apa Yadh?” Soal Qalish malas.

“Yadh nak kita masih macam dulu lagi walaupun Lish dah berkahwin dengan lelaki lain.”

“Hah? Yadh tak payah nak berangan lah! Lish tak berminat nak ikut syarat Yadh tu, sebab Lish akan cuba untuk jadi isteri yang terbaik untuk bakal suami Lish. Bila Lish dah sah jadi isteri dia nanti, syurga cinta Lish. Hanya dengan dia.”

“Yadh tak akan lepas kan Lish. Walaupun Yadh terpaksa bergolok gadai nyawa Yadh demi Lish.” Ujar Ammar Riyadh memasang tekad. Dia benar-benar mahukan Qalish Audrina menjadi permaisuri di hatinya walaupun dia tahu harapannya makin tipis.

“Ayat cinta Yadh tu dah basi.” Usai menuturkan kata-kata sinis itu, Qalish segera masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Ammar Riyadh yang mengetuk tingkap keretanya berkali-kali. Dia tahu lelaki itu terluka dengan semua itu, namun dia sudah tidak mempunyai daya untuk mempertahankannya.