Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Tuesday 16 August 2016

Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam (PART 1)

Hi. Assalamualaikum semua. Okey, kali ni tujuan update entry baru bukan lah nak belanja cerpen/novel baru. Rest lah sekejap daripada menulis. Nak cerita pasal pelajaran pula.

Okey, aku ada terima beberapa soalan daripada junior masa diploma, daripada member-2 kat fesbuk yang bertanya apa yang aku belajar sepanjang ambil kos ni (Diploma Pentadbiran Awam). kadang tu ada yang tanya "Sem4 susah tak? Macam mana dengan subject sem5 yea? kos ni nampak macam susah, betul ke?" Haaa itu yang terpanggil untuk kongsi kan serba sedikit apa yang aku tahu tentang kos ni. Okey aku akan explain semester by semester. Kita start dengan semester satu lah yea?


Okey basically, diploma pentadbiran awam ni kauorang takboleh lari daripada menghafal dan membaca. Subjek mengira ada, tetapi tidak lah setiap sem tu ada subjek mengira. Kos ni lebih kepada membaca dan menghafal. Kalau kauorang suka dan minat membaca / menghafal, tak suka calculation, nak larikan diri daripada terbelenggu dengan CHEMISTRY PHYSIC, BIOLOGY subjek-2 science tu semua, maka disarankan untuk ambil kos ni :)

Ada juga sesetengah yang beranggapan kos DPA ni susah. Dik, tak ada satu pun pelajaran dalam dunia ni yang senang. Awal-awal dulu kita nak mengenali ABC bukan main payah lagi lidah kita nak menyebut kan? Tak ada apa yang mudah dalam dunia ni. Semuanya perlukan usaha :) mana kos pun susah juga, jangan ambil mudah dengan kos orang lain. Jangan kata kos Culinary dan seangkatan dengannya sebagai kos yang kacang/mudah. yang ni memang betul-betul typical melayu. tak boleh lah macam tu. tak boleh sesuka hati label kos ni susah ko ni senang. kalau belajar, berusaha dan tawakal, perkara rumit pun boleh jadi senang dik :)

Okey, aku ni adalah bekas pelajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Dungun. tapi sekarang dekat UiTM Dungun dah tak ada dah kos ni. dah pindah UiTM Raub. ALHAMDULILLAH aku berjaya tamatkan pengajian aku dekat UiTM Dungun dan sekarang ni tengah melanjutkan degree dekat UiTM Seremban Kos Bachelor Admin Science (BAS) dimana kos ni sambungan kepada kos DPA. Nanti lepasni boleh cerita pasal BAS pulak, sekrang ni kita fokus ke DPA dulu lah.


Aku bekas budak science stream masa SPM. aku difahamkan kos DPA ni dibawah kos Sastera sebenarnya. sejauh mana kebanaran tu aku tak pasti tapi aku dengar-2 senior kata macamtu. Pada aku lah, kos ni lagi senang daripada kos science. dan aku sangat bersyukur aku dapat kos DPA walaupun aku sampai sekarang tak minat apa benda yang aku belajar ni. At least tak adalah aku rasa aku paling bodoh macam belajar subjek2 science sebelum ni, tak faham satu hapa pun weh. Macam belajar membuta tuli je.



>
>
>
>
>





SEMESTER 1




Okey kira beralih kepada semester satu. Subjek yang adik-2 semua akan ambil untuk semester satu ni adalah seperti yang tertera di atas. Awal-2 lagi kata bukan nak show off result tapi nak kasi tahu subjek apa yang kauorang kena belajar and sekadar nak berkongsi tidak berniat nak berlagak sama sekali. lagipun result biasa-2 sahaja, segan juga nak tunjk pasal bukan ANC OR AD. okey lah straight to the point jom. Ha subjek-2 ni lain skit daripada senior kitaorang yang sebelum ni. Masa senior kitaorang sem1, diaorang ambil CSC. Sedangkan masa kitaorang, kitaorang ambil CSC masa Sem3. so, ada perubahan dekat situ. Rasanya yang batch aku ni batch baru. mungkin dah disusun semula subjek-2. Untuk semester 1 i kauorang akan belajar subjek mengira serta menghafal. ACC106 ( ACCOUNT ) MAT 112 (BUSINESS MATHEMATICS) dua kos ni adalah kos mengira. satu account dan satu lagi maths. Tidak lah sesukar mana yang kauorang sangkakan, sebab basic sahaja. account tu basic, belajar macam masa zaman sekolah form 4/5. siapa yang ambil prinsip perakaunan mungkin mudah untuk korang sebab korang belajar balik apa yang korang dah hadap masa SPM dulu cuma kalini dalam ENGLISH lah :)

Untuk subject business mathematics pula, benda ni based on formula. alah, macam masa korang belajar maths masa sekolah. macam tu lah, then ada add maths sikit. eh sikit sangat tau, itu pun yang basic. so takperlu risau, tak ramai pun yang sangkut untuk subject ni. asalkan tahu guna formula dan faham masa lecturer ajar, buat past year.  Hah untuk subjek mengira ni korang kena banyakkan buat past year, memang insyaALLAH boleh buat masa final nanti sebab corak soalan lebih kurg shj. semester pertama sampai semster ketiga korang akan ada KOKO :) seminggu sekali akan ada perjumpaan KOKO. aku masa sem1 kena ambil kestria negara (HBU111). apa tu HBU111, HBU111 ni korang kena kawad. alah basic kawad je pun. tak payah stress2 lah
Anggap je setiap kali korang turun kawad tu korang fkir nak enjoy dengan member-2. nanti sem2 dan sem3 boleh pilih kelab mana yg korang nak masuk :)


okey lepastu korang nampak tak dalam list tu ada CTU101. ha itu subjek agama tau :) subjek ni tak susah mana pun sebab macam kita belajar subjek agama masa sekolah dulu lah. rasanya semua boleh score A kut, advantage kat sini, subjek yang boleh tlong korg kutip A masa final exam. Haa lepastu kita beralih kepada PAD102 pulak,  okey ni sebenarnya subjek teras kepada kos korang ni. INTRODUCTION TO PUBLIC ADMINISTRATION. ini basic, pada aku senang lah tapi aku dapat C sebab carrymark aku tersangatlah teruk. Main-2 lagi padan muka ko. Okey subjek ni kenapa aku cakap senang? Sebabnya korang perlu faham dan hafal sahaja. mudah bukan? PAD102 belajar pasal tribunal, belajar pasal macam mana public servant dekat malaysia ni buat kerja. Basically belajar pasal kerajaan sikit-2. nak lebih mendalam nanti semester yang seterusnya. Tidaklah sesukar mana kalau dalam kelas korang beri tumpuan sepenuhnya. Banyak belajar tentang apa yang kerajaan buat untuk melicinkan pentdbiran negara.

 Okey untuk MGT162. Okey ini subjek aku paling taksuka lah senang kata, setiap kali kelas mgt ni aku rasa lemah betul nak ke kelas. padahal lecturer baik sangat.  cuma aku ajelah, ada masalah jiwa, sebab aku tak berapa suka sangat subjek management macam ni. MGT 162 ni belajar pasal macam mana korg nak organize sesuatu organisasi tu. Ada lah beberapa theory yang korang kena hafal and tak boleh main taram aje. Kalau tak melibatkan theory boleh lah guna logik akal. tapi kalau tang theory, ko nak buat theory sendiri ke? Tak kan, sebab tu lah theory tu semua kena fahamkan, then dalam soalan selalu ditanya tentang theory dan korg kene lukis gambar rajah (kalau yang berkaitan) yang tu kena fahamkan betul-2 lah. tak susah cuma aku tak minat subjek sebegini. tapi subjek ni ramai juga yang sangkut masa batch aku.



>
>
>
>
>




 SEMESTER2



Untuk semester dua pulak, account masih lagi ada. haa tapi jangan lah risau sangat sebab pada aku lah kan acc sem2 lebih mudah sikit berbanding acc masa sem1. kalau masa sem1 korang belajar buka lejar kan (maafkan aku tak tahu eja dia cemana) haa nak balancekan account bagai tu kan. Tapi kalau acc sem2 ni korang akan belajar tentang costing, lebih kepada cost accounting. pada aku lebih mudah sebab tak terlalu banyak sangat step compare to acc sem1. tapi setiap kali kelas jangan skip lah takut nanti tercicir pulak. nak harapkan member masa dekat U ni payah lah dik, sekarng orang belajar mostly untuk diri sendiri sebab masing masing kejar untuk kejayaan masing-2. so tak payah lah nak harapkan org sangat, bergantung pada diri sendiri sudah lah. Okey lepastu korang akan belajar lagi subject agama iaitu CTU151. haaa nampak tak CTU aku untuk sem 2 ni dapat B- sahaja. teruk, sepatutnya subjek macam ni kena score A. Itulah, nak kata aku tak minat sejarah aku minat. cuma malas nak baca sbab terlampau banyak sangatt sejarah dalam ni. Ha korang kena belajar sejarah dunia, pasal macam mana agama islam ni boleh tersebar luas di Eropah lah, deka negara-negara lain. oh, aku tak minat sungguh sejarah-2 macam ni memang sengsara malam final exam aku. Tak tidur tapi tak baca pun sbab macam tak boleh masuk. Tapi gais, korang jangan la ikut jejak aku yang bengong tu, sebenarnya subjek ni senang saja, ketepikan malas tu, insyaALLAH boleh score. cuma perlu hafal baca dan jgn malas jelah.

Okey lepastu korang akan belajar MICROECONOMICS. haaaa. aku difahamkan oleh member-2 aku yg ambil ekonomi masa SPM. Apa yang belajar untuk microeconomic sem2 ni  lebih kurg macam ekonomi zaman sekolah. so untuk yg ada basic ekonomi rasanya you guys takde apa apa masalah kut. cuma kena recall balik ajelah apa yang korang dah pernah belajar. Dalam subjek ni ada calculation dan jgak membaca. so balance, kalau calculation pun tak berapa susah. nak score esei? kene faham kan masa lect terangkan dalam kelas :)

Okey lepastu korang akan belajar tentang Political Science kodnya ialah PAD120. inilah subjek teras kpd cos kita sama macam PAD 102 masa korang sem1. Okey dalam subjek ni korang akan belajar tentang scope of power. lepastu cara pemerintahan oleh negara-negara luar dan jga negara kita. funciton executive, legislative dan judiciary. Seronok sebenarnya, aku yg tak berapa minat pun boleh jadi minat :)

Then ada lagi satu subjek PAD iaitu PAD214. okey yang ni lagi senang daripada PAD120 sebab dalam subjek ni boleh guna logik akal sikit-sikit. tapi jangan lah tak baca notes/buku langsung, PAD214 ni basically belajar lebih kurang macam belajar tentang human resources. belajar macam mana sesebuah company tu nak recruit worker, belajar pasal compensation, ha belajar macam mana nak handle worker. tak susah sebenarnya sb kadang-2 dalam final exam kau boleh guna logik akal based on yg kau tahu, ini sebenarnya lebih kepada pengetahuan am jga lah :) nak goreng pun kena goreng sesuatu yang logik jugak tau bukan main hentam saja.

 ha untuk semester 2 ni untuk subjek KOKO korang boleh decide sendiri nak masuk kelab mana. macam aku, aku ni setia orangnya, aku setia dengan KESATRIA NEGARA sbab senior kata senang nak score nanti. cikgu-2 dia pun baik. sokmo lepaskan awal. hehe. Lepastu tkdelah susah sangat, sem2 belajar taekwando tk silap aku. kalau nak masuk kelab lain macam tennis, or apa apa je boleh je, trplang la pada korang. kalau boleh pilihlah yang akan buat korang enjoy k.




>
>
>
>
>
>
SEMESTER3


Kita terus pergi ke Semester3. Ha semester3 ni pada aku semester yang agak tough jugalah, oh ya untuk sem3 ni ada subjek baru iaitu LAW! Aku teruja sikit sebab memang peberet aku subjek LAW ni sampai ke degree aku minat LAW hehe. Okey kita cerita sikit pasal LAW245 MALAYSIAN LEGAL SYSTEM. Okey untuk LAW245 sbg permulaan korg ambil law korang akan didedahkan tentang mcm mana nak handle kes-kes yg tak berapa nak mencabar sangat, yelah nama pun basic kan. korang belajar pasal macam mana nak claim kalau kita ada masalah dengan jiran kita, contohnya kalau jiran kita menganggu keharmonian kita, macam membina sesuatu melepasi kwsan rumah mereka. ha yang tu boleh lawan dekat court tau. nak tahu macam mana? Masuk lah DPA dulu, seronok. korang belajar benda baru yg korang tk pernah tahu pun, so teruja dia lain macam sikit. Ha aku nak nasihatkan sikit, Tolong jangan tidur masa kelas LAW or kau sengaja skip class jangan weh. sebabnya subjek law ni bukan macam subjek membaca yang lain. kalau terskip satu class, takut next class tk faham nanti. bila tkfaham, mcm mana korang nak settle kan case dalam final exam nanti? nanti korang akan diberi kes, dan korang kene selesaikan. advise party yang terlibat tu. kalau tk faham, memang hancus lah law korg, kalau hafal sekalipun tktahu nak apply macam mana, tak guna jgak.

okey then untuk sem3 ni ada lagi subjek ekonomi iaitu macroeconomics. aku difahamkan kalau tak lepas microeconomic masa sem2 takboleh ambil macro sem3. ha sb ni subjek berangkai. so pastikanlah korang lepas dengan jayanya yea ekonomi sem2 walaupun macam aku, hanya atas pagar sahaja. sakit wo repeat, nanti beban masa sem sem akan datang sebab makin bertambah semester kan makin susah. Okey pada aku macro sem3 ni tak sesusah macam sem2, korang akan bbelajar pasal economy policy contohnye macam fiscal policy monetary policy, ha yg tu kene pastikan korg faham k. lepastu mcm biasalah ada calculation serta esei. kalau nak target score kat esei pastikan bebetul faham semua term dalam subjek ni (:


Aku nak sentuh tentang CSC253. okey lah awal-2 aku kata aku sangat-2 tertekan berhadapan dengan subjek ni disebabkan aku sendiri tak minat IT. kalau budak yg minat IT yang minat computer memang ini advantage utk korang, member aku ramai je score subjek ni sebab dorang minat. aku tkde kesabaran nak hadap teknologi yg bermacam kerenah. Okey untuk subjek CSC253 ni korang ada tiga projek yg korang kena buat. tapi depends on lecturer jugak macam mana bentuk assingment korang sb masa zaman aku lain lect lain assignmentnya tapi tak lah lari jauh sgt. okey untuk projek1. ini basic shja tak susah sangat korg kena buat video sendiri guna movie maker, siapa tkde movie maker silalah download. sebenarnya bagus jgak sbab subjek ni ajar sesiapa yang Noob It macam aku ni utk tahu macam mana caranya nak guna. jangan trkejut, ada member aku nak guna movie maker pun takreti, ha kan dah menyusahkan diri sendiri. skill penting mcmtu takada dalam diri korang. utk project1 ni tak mencabar sgt boleh belajar mcm mana nak download movie utk tempek dalam movie maker korg, movie ni based on kretiviti korang lah, kalau nak video tu gempak, letak lah movie best-best and penerangan yg jelas serta background music yg menarik dan kena dengan movie apa yg korang buat tu. utk project kedua pulak masa zaman aku, kitorang kene buat kad raya digital. wah wah ko igt senang ke? boleh tahan jugak bebal nya aku nak guna natang adobe photoshop sb selama nii aku takpernah sentuh langsung tau adobe2 bagai ni. tapi korg jangan risau, lect ada untuk guide dan bantu korg tapi kena faham2 gak lah korang belajar ramai-2 kenalah cepat pickup, jgn jd mcm aku setiap kali lab setiap kali tu aku lost sbb tu aku kte aku tak suka IT sakit kepala otak aku. Untuk projek ketiga ni lagi haru biru. ini grouping, bertiga tak silap aku. okey yang ni kitaorang kene buat set karaoke utk kanak-kanak. wah bunyi macam best saja kan? tapi dia punya seksa nak hasilkan project ni tuhan aje tahu weh. macam mana korang nak gerakkan button tu, nak susun animation, memg sangat mencabar, kalau takreti buat memang sengsara. beratus animation korang kena buat tau. kena crop image lagi. ha utk project ni korang akan gunakan gabungan adobe photoshop utk edit gambar dan adobe flash untuk buat animation karaoke korang tu. setiap group kena buat dua lagu, dua lagu yea, satu pun semput macam kura-kura. okey masa inilah korang akan nampak siapa kwan siapa lawan. ramai je yg bermasalah dalam menyiapkan projek ketiga ni. kalau ada member-2 yg baik hati nak tolong korang ajarkan macam mana nak buat, korg beruntung, kalau tkde terkapai-2 la. boleh nak tanya lect tapi harus diingat, lect ajar dalam kelas sekali sahaja dan bukan semua yg dia ajar kita boleh tangkap dan igt dengan pantas sb banyak sgt step dia. yg paling mencabar ialah coding, memang subjek ni agak pressure sikit sbb tu jangan ambik mudah, kalau repeat merana wo, hadap lagi adobe photoshop yg merumitkan.

Dik, masuk universiti ni tak cukup tidur, tidur hanya 2-3 jam itu normal. skip class untuk siapkan assignment subjek lain lagi lah normal dik :)

Aku rasa entry ni panjang sangat, aku nak sambung next entry pulak. Untuk semester 4 &5 kita sambung di entry yang kedua okey. So kita jumpa next entry k, insyaAllah aku update nanti.

P/S : Cowi kalau gambar aku ambil kabur kabus di awangan gitu. aku memang failed kalau ko nak suruh ambil gambar, sebab tu member aku serik nak suruh aku ambilkan gambar diaorang, elok-2 muka diaorang iras-2 neelofa, bila aku ambil terus jadi lepat pisang.