Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 13 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab30

Fathrisya sudah kembali bekerja semula selepas 2hari bercuti. Kakinya sudah benar-benar pulih dan boleh jalan seperti sedia kala. Cuma kadang kala terasa sakitnya apabila banyak bergerak. Dia melabuhkan duduk dan matanya tertancap ke arah sejambak bunga ros merah yang terletak di atas meja. Dikerling Kak Dhieya yang sedang ralit memandang skrin komputer untuk meminta penjelasan tentang bunga itu namun wanita itu tidak perasan Fathrisya yang sedang memandang ke arahnya. Fathrisya mengambil jambangan bunga itu dan dikeluarkan kad kecil yang bercorak hati lalu dibuka.
Good Morning beautiful lady. Have a nice day. Senyum selalu ya sebab senyuman awak pengubat rindu.” – With love, Farel Aimar.
Berkerut wajah Fathrisya membaca ayat yang dicoretkan dalam sekeping kad kecil itu. Apatah lagi apabila membaca nama pengirim bunga itu. Bunga yang berada di pehanya dibawa ke hidung lalu dicium. Wangi sangat. Dia sememangnya suka akan bunga ros. Sungguh memahami lelaki itu. Namun tidak sedikit pun mencuit perasaan Fathrisya. Dia menganggap Farel memberi bunga itu sebagai tanda persahabatan mereka. Dia yakin yang lelaki itu tidak menaruh apa-apa harapan kepadanya. Jikalau ada pusing juga Fathrisya mahu memikirkannya kerana dia hanya menganggap Farel Aimar sebagai rakan sekerja. Deringan pesanan ringkas di telefon bimbitnya mematikan lamunannya. Dia meletakkan kembali bunga itu di atas meja dan dicapai telefon bimbintnya lalu dengan segera dia membuka pesanan ringkas daripada Farel.
“Hi Risya. Suka tak dengan bunga ros yang saya letak atas meja awak tu? Hopefully awak suka ya. Oh ya Risya, sudi tak awak keluar lunch dengan saya nanti?” –Farel Aimar
Fathrisya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Mengapa pelik benar perangai Farel kebelakangan ini. Semakin dia keliru dengan apa yang sedang terjadi dalam hidupnya itu. Fathrisya jarang sekali keluar makan bersama lelaki itu meskipun sudah berkali-kali Farel mengajaknya untuk makan bersama. Hubungan baik mereka hanya terjalin di dalam pejabat sahaja. Fathrisya tidak mahu orang disekelilingnya berfikir yang dia sengaja menggoda Farel Aimar. Fathrisya jadi serba salah pula memikirkan tentang ajakan Farel Aimar. Kasihan pula lelaki yang terlalu baik dengan dirinya itu jikalau dia terus-terusan menolak pelawaan lelaki itu. padahal Farel melayannya begitu baik selama ini.
“Thank you Encik Farel. Susah kan Encik aje. Er. Nak makan dekat mana ya?”
“Awak tak pernah susah kan saya. Saya yang ikhlas nak buat semua ni untuk awak. Nanti kita decide dalam kereta nanti nak makan dimana. Sambung lah buat kerja ya, pukul1 nanti saya tunggu awak. Kita turun sekali.”
Kiriman sms daripada Farel hanya dibaca sekali imbas tanpa berniat mahu membalasnya. Lelaki itu sudah memutuskan untuk makan bersamanya tengah hari nanti. Malas mahu membantah, dia hanya menurut ajakan Farel itu.Tangannya pantas menghidupkan suis komputer dan dia memulakan kerjanya pada hari itu.

****
“Serius nya muka dia bila buat kerja.” Tegur Farel Aimar yang sudah tersengih. Sudah beberapa minit dia berdiri di hadapan meja Fathrisya namun gadis itu tidak menyedari akan kehadirannya. Farel memuji sikap Fathrisya yang menumpukan sepenuh perhatian ketika bekerja.
“Eh.. Encik. Tak perasan pula Encik renung saya buat kerja dari tadi. Dah nak pergi ke?” Soal Fathrisya seraya mendongak memandang Farel Aimar yang sedang menyeluk tangan kirinya ke dalam poket seluarnya.
“Saya suka tengok cara awak bekerja. Terlalu komited. Untung Zef dapat setiausaha rajin macam awak ni. Dah pukul 1.10 dah Risya. Jom?”
“Encik Farel ni kalau bab-bab puji saya melambung-lambung memang nombor satu. Kejap ya saya nak kemas meja.” Ujar Fathrisya seraya mengemas sedikit mejanya yang bersepah itu. Kertas-kertas yang tidak mahu digunakan lagi dibuang ke dalam tong sampah.
“Okay, jom!” Ajak Fathrisya seraya mengambil tas tangan nya yang bewarna merah. Farel sudah memberi laluan kepada gadis itu untuk jalan terlebih dahulu.
“Kau orang nak kemana?” Entah bila Zefrieq Ezzraf muncul, dia sudah berdiri tegak di sebelah Fathrisya dan matanya tajam merenung kepada sepupunya.
“Encik Zefrieq. Kita orang nak pergi lunch lah. Kan dah lunch hour ni.” Jawab Fathrisya jujur sambil tersenyum manis. Dapat dilihat air muka Zefrieq yang kelihatan kurang senang apabila melihat dia dan Farel Aimar keluar bersama.
“Kenapa Zef? Kau nak cakap yang keluar makan dengan rakan satu pejabat pun salah ke?” Soal Farel sinis.
“Aku malas nak cakap banyak kali tapi aku tak suka staf lelaki dan staf perempuan keluar masa hari bekerja. Berapa kali nak bagi tahu ini pejabat bukan tempat untuk berasmaradana. Masih tak faham-faham lagi ke?” Soal Zefrieq serius. Wajahnya yang bengis itu ditatap gerun oleh Fathrisya. Sudah lama rasanya dia tidak melihat wajah Zefrieq yang serius seperti itu kerana semenjak kejadian dia ditimpa kemalangan di tapak projek lelaki itu memberi layanan yang agak baik buat dirinya.
“Kau siapa nak buat peraturan tak masuk akal macam tu? Aku tak kisah lah ni pejabat kau sekali pun. Kalau peraturan bodoh yang kau guna, siapa pun tak akan ikut.” Farel sudah mula panas hati. Zefrieq hanya gangu moodnya sahaja untuk keluar bersama Fathrisya.
“Jom Risya, lagi lama dekat sini makin panas pula hati saya. Bukan perut yang kenyang.” Farel bersuara lagi sambil meneruskan langkah agar Fathrisya mengikutnya sekali. Baru selangkah Fathrisya hendak menapak, Zefrieq sudah memaut kasar lengan gadis itu yang memakai baju kurung bewarna kelabu itu.
“Lepas lah Encik!” Bentak Fathrisya apabila dilihat Zefrieq makin kasar mencengkam lengannya. Farel yang sudah beberapa langkah ke hadapan, berpatah balik ke belakang.
“Kau ni apa masalah lagi Zef? Keluar makan je pun. Kau tu duk spent time  dengan Risya dekat Melaka dua hari, tak ada siapa pula nak kecoh.” Perli Farel sambil mengisyaratkan kepada Zefrieq supaya melepaskan lengan gadis itu.
“Ikut aku pergi lunch appointment dengan Tan Sri Atan. Now.” Arah Zefrieq sambil menarik lengan Fathrisya supaya mengikutnya sekali. Farel yang melihat adegan itu mendengus kasar lalu ditepuk kuat bahu Zefrieq.
“Kau jangan nak melampau lah Zef! Daripada tadi kau tak cakap pula yang tengah hari ni ada lunch appointment. Bila kau nampak aku nak keluar dengan Risya, dan dan tu juga kau reka alasan suruh dia ikut kau.” Ujar Farel dengan nafas yang sudah turun naik. Tingkah laku sepupunya itu kadang kala menguji kesabarannya meskipun Farel seorang yang lembut dan penyabar.
“Aah Encik. Hari ini Encik mana ada appointment or meeting dengan sesiapa. Tiba-tiba je.” Ujar Fathrisya menyokong kata-kata Farel. Farel sudah mengukir senyuman nipis kerana gadis itu menyebelahinya.
“Tan Sri Atan cancel saat-saat akhir dan nak gantikan dengan tengah hari ni. Kau nak cakap apa? Ini soal kerja lah. Bukan nya aku nak pergi bermadu kasih dengan perempuan ni. Dah, cepat Risya.” Ujar Zefrieq seraya melepaskan tangan Fathrisya.
“Ikut aku atau kau nak tunjuk keras kepala kau dekat sini?” Zefrieq merenung bebola mata gadis itu dengan pandangan yang cukup tajam. Farel yang berdiri di sebelah Fathrisya hanya diam membisu. Sudah tidak ada apa-apa yang perlu diperkatakan lagi, hasratnya untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat terkubur disitu dek kerana sikap pentingkan diri sendiri Zefrieq Ezzraf.
“Maafkan saya Encik Farel. Saya pergi dulu.” Tutur Fathrisya serba-salah kepada Farel yang tersenyum hambar. Farel hanya mengangguk tanda mengerti. Zefrieq sudah terlebih dahulu menghilangkan diri dan menunggu Fathrisya di bawah.

******
Zefrieq sedang enak menikmati Nasi Ayam yang dipesannya. Penuh berselera dia menikmati makanan itu memandangkan sejak dari pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan. Fathrisya dilihat tidak menyentuh mee bandung yang dipesannya.
“Kalau kau tengok je mee tu. Sampai tahun depan pun mee tu tak akan masuk sendiri dalam mulut kau.” Tegur Zefrieq sambil meneruskan suapan di mulut.
“Kenapa Encik ni annoying eh?” Soal Fathrisya seraya menjeling Zefrieq. Lelaki itu sudah kembali kepada karakter asalnya yang memang sangat-sangat menjengkelkan.
“Tak rasa pun macam tu. Kau sorang je yang rasa aku annoying. So kau tanya balik soalan tu dekat diri kau.” Jawapan Zefrieq itu menambah sebal di hati Fathrisya.
“Encik memang sengaja kan tak bagi saya keluar makan dengan Encik Farel? Encik ni memang dengki tau! Mana Tan Sri Atan tu? Kononnya ada lunch appointment. Haprak pun tak ada.” Bebel Fathrisya yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh boss nya itu.
“Makan je lah. Jangan banyak bunyi. Aku sumbat dengan dengan sudu ni baru tahu.” Acah Zefrieq sambil menayang sudu di depan Fathrisya dengan gaya mahu menyumbat sudu ke dalam mulut gadis itu. Fathrisya hanya menayang muka bosan.
“Ugut lah ugut. Lepas ni nak ugut apa pula? Nak buang kerja? Nak suruh jadi cleaner?” Soal Fathrisya bersama senyuman sinis. Jelas yang gadis itu masih tidak berpuas hati dengan dirinya. Zefrieq hanya membuat wajah selamba.
“Ugut suruh kau jadi wife aku. Nak?” Soal Zefrieq bersama senyuman menggoda. Sengaja dia ingin mengusik gadis itu.
“Heh! Tak hingin lah kahwin dengan lelaki sakit otak macam boss ni. Dah lah kurang siuman. Siapa je nak berlakikan boss ni.” Celopar sahaja mulutnya mengutuk lelaki itu.
“Tak apalah. Nanti bila kau kahwin dengan aku dapat anak genius dan lawa-lawa tau. Sebab ayahnya handsome kalah Rosyam Nor.” Ujar Zefrieq seraya mengelap bibirnya dengan tishu. Fathrisya sudah mencebik mendengar kata-kata gurauan Zefrieq Ezzraf.
“Makan lah Risya. Kalau marah dekat aku sekalipun jangan siksa perut tu. Makan lah.” Zefrieq memujuk Fathrisya lembut seraya mendekatkan mangkuk berisi mee bandung yang tidak disentuh oleh gadis itu sedari tadi.
“Orang dah kenyang lah.” Balas Fathrisya seraya memandang ke arah lain.
“Oh. Tengok muka aku yang macho ni terus kenyang eh? Tak apalah kalau macam tu, biar aku habiskan.” Sakat Zefrieq lagi dan dengan perlahan dia menarik mangkuk itu.
“Perut Encik ni perut manusia ke perut monster? Bak sini.” Pinta Fathrisya seraya menarik semula mangkuk mee bandung itu. Sebenarnya dia juga lapar tapi mengada-ngada mahu tunjuk protes di atas kelakuan tidak relevan boss nya itu. dijamah mee bandung itu penuh berselera.

“Makan tu jangan gelojoh sangat lah Risya. Buruk rupa. Aku tunggu kau makan sampai habis. Makan elok-elok.” Ujar Zefrieq sambil meneguk air sirap limau yang sudah tinggal separuh itu. Fathrisya tidak membalas kata-kata lelaki itu dan meneruskan suapan ke mulut.

Friday 12 December 2014

Mr. Perfect Annoying! 29

Zefrieq tiba di rumahnya kira-kira pukul 5petang selepas menghantar Fathrisya pulang ke rumahnya. Gadis itu berdegil tidak mahu Zefrieq membawanya ke klinik untuk pemeriksaan tentang luka dikaki gadis itu. zefrieq malas mahu memaksa, dia terus menghantar gadis itu pulang ke rumah seperti yang dipintanya. Sejurus Zefrieq turun dari keretanya, mummy nya sudah menggamit Zefrieq untuk turut menyertai bersama di laman rumah mekera. Dengan wajah yang penuh kepenatan dia melangkah longlai ke arah mummy dan adik perempuannya.
“Abang Zef ni muka tu cuba lah ceria sikit. Jalan pun lembik.” Kutuk Fyn selamba sambil mulutnya mengunyah goreng pisang yang dibelinya tadi semasa mengambil mummynya pulang dari butik.
“Zef pergi mana semalam?” Kali ini Datin Zulaikha pula menyoal Zefrieq Ezzraf ketika anaknya itu baru sahaja duduk di sebelah adiknya. Disiku kepala Fyn Airisha lembut kerana geram dengan kutukan adiknya terhadap dirinya sebentar tadi.
“Sakit lah badak!” Jerit Fyn lalu di cubit lengan sasa Zefrieq.
“Siapa badak? Kau tu budak kecil jangan nak menyibuk tegur abang.”
“Kalau tak boleh nak kena tegur, duduk lah dalam hutan!” Ujar Fyn Airisha seraya menjelir lidah. Belum sempat Zefrieq mahu menangkap tangan Fyn, dia terlebih dahulu berlari masuk ke dalam rumah sambil tersengih kemenangan. Zefrieq mendegus kasar.
“Sudah lah tu Zef. Dengan adik pun nak ambil hati. Fyn kan memang macam tu. Ni, air.” Tegur Datin Zulaikha yang pening melihat mereka berdua yang pantang berjumpa pasti bertekak. Namun dua beradik itu cukup akrab.
“Mummy jangan manja kan sangat Fyn tu my. Nanti makin mengada-ngada pula budak tu.” Ujar Zefrieq lembut lalu dihirup sedikit air kopi yang diberikan olehya mummnya tadi.
“Zef tak jawab lagi pun soalan mummy. Pergi mana semalam? Seharian tak balik rumah. Tak bagi tahu mummy pun. Malas mummy nak call, ingatkan Zef pandai nak bagitahu sendiri. Rupanya hampeh.” Bebel Datin Zulaikha.
“Zef kan pergi melawat tapak projek di Melaka. Malas nak drive balik sini semalam, tu yang tidur sana. Sorry ya mummy, Zef terlupa sangat nak bagitahu mummy. Tak sengaja.” Tutur Zefrieq jujur menyatakan yang dia memang bersalah. Mummy nya memang sangat mengambil berat tentang anak-anaknya. Kemana mereka pergi meskipun kedua-dua anak Datin Zulaikha sudah besar panjang.
“Lain kali bagi lah tahu mummy. Bukan buat senyap je macam tu. Risau mummy tau.”
“Kadang-kadang Zef terlupa my. Kalau Zef lupa nak bagitahu mummy macam semalam, mummy call lah Zef ya? Zef minta maaf lagi sekali.” Zefrieq mengambil sepotong kek buah lalu disua di dalam mulut. Lapar pula perutnya petang-petang begini.
“Yalah. Semalam tu saje je mummy nak test Zef. Zef pergi Melaka dengan siapa?” Soal Datin Zulaikha ingin tahu.
“Er Zef pergi sorang je mummy. Rel tak ikut sekali sebab dia tolong uruskan syarikat masa Zef tak ada.” Balas Zef berdalih tentang perkara sebenar. Dia tahu jikalau dia berkata benar yang dia pergi ke Melaka bersama setiausahanya pasti mummy nya akan membuat andaian sendiri. Isu perkahwinan pasti akan dibangkitkan lagi. Mummy nya bukan boleh kira. Kusut Zefrieq memikirkannya.
“Semalam mummy pergi rumah Datin Adilah ibu kawan baik kamu tu. Si Qaira ada sekali dengan anak dia. Comel betul budak tu. Macam anak orang putih.” Cerita Datin Zulaikha mengubah topik. Zefrieq dapat mengesan riak wajah mummy nya nampak gembira itu.
“Ada apa mummy pergi sana? Wah. Mummy dah jumpa dengan anak Qaira. Zef sendiri pun tak pernah bekesempatan lagi nak jumpa dengan anak dia my. Qaira pun dah lama tak keluar dengan Zef sekali. Masing-masing busy.” Ujar Zefrieq yang tiba-tiba teringatkan tentang Qaira Amanda. Sudah lama rasanya mereka tidak bersua. Kadang kala sahaja mereka bertanya khabar masing-masing di lama sosial.
“Saja melawat Datin Adilah sebab dah lama tak jumpa. Kebetulan Qaira ada dekat rumah semalam jaga anak dia sebab si kecil tu demam. Kesian budak tu kecil-kecil lagi dah hilang kasih sayang seorang ayah” Kata Datin Zulaikha bersama nada yang sedih. Hatinya menjadi sebak melihat nasib si kecil itu yang tidak tahu apa-apa terpaksa melalui zaman kanak-kanaknya tanpa kasih sayang dan belaian seorang ayah.
“Nak buat macam mana mummy. Jodoh mak ayah dia tak panjang. Lebih baik diaorang bercerai daripada Qaira terpaksa makan hati dengan perangai bekas suami dia tu. Teruk sangat ke demam anak Qaira tu my?” Soal Zefrieq prihatin.
“Tak lah teruk sangat tapi panas lah juga badan dia. Dah dua hari dia demam. Masa mummy datang tu dia baru balik dari hospital. Mungkin rindu dekat ayah dia kot. Nanti Zef pergi lah melawat mereka ya. Kesian mummy tengok Qaira susah hati.”
“Patut lah Qaira tak balas pun whatsapp Zef dua hari lepas. Anak dia sakit rupanya. Yelah, Zef memang ada terfikir nak jumpa Qaira sebab dah lama sangat tak lepak minum-minum. Sekadar berhubung dekat telefon je.” Balas Zefrieq sambil menguak lembut rambutnya yang sedikit panjang itu.
“Zef kahwin je lah dengan Qaira tu. Tak payah nak jumpa dekat luar selalu. Tak elok lah kalau orang-orang tengok. Mummy kesian juga dengan nasib anak dia tu.” Cadang Datin Zulaikha sambil memandang wajah Zefrieq yang nampak bosan setiap kali dia membuka topik tentang kahwin.
How many times I have to tell you my? Zef tak ada perasaan apa-apa pun dekat Qaira tu. Nak kahwin tu jauh sekali lah mummy.” Bangkang Zefrieq sambil melepaskan keluhan kecil.
“Zef kena ingat, tempoh 2tahun yang mummy bagi dekat Zef bukan lama sangat tau. Kalau susah-susah sangat, kahwin je dengan Qaira. Tak payah lah mummy nak tunggu cucu lama-lama.” Balas Datin Zulaikha sambil tersenyum senang.
“Zef tahu my. Tapi buat masa sekarang mummy tak payah cakap pasal Qaira ataupun soal kahwin ya. Zef naik dulu sebab penat sangat ni. Naik dulu my.” Zefrieq pantas meminta diri seraya melemparkan senyuman nipis buat mummy nya. Semakin lama dia duduk bersembang dengan mummy nya, mungkin sahaja mummy nya akan mendesak supaya dia segera berkahwin. Kusut juga dia memikirkan tentang itu.

***
Zefrieq termenung sejak masuk ke dalam bilik pejabatnya. Beberapa fail yang tersusun di atas meja yang perlu ditelitinya hanya dipandang tidak berperasaan. Masih malas mahu memulakan kerjanya pada hari itu. Terasa dirinya sungguh tidak bersemangat. Sebelum dia masuk ke dalam biliknya, sempat dia merenung meja setiausahanya yang kosong itu. fathrisya masih lagi bercuti kerana kakinya belum pulih sepenuhnya. Zefrieq tersandar lesu. Fikirannya masih memikirkan tentang gadis yang dalam diam telah berjaya meruntuhkan egonya selama ini. Namun Zefrieq belum bersedia ke fasa yang seterusnya. Dia juga tidak mahu Fathrisya dapat mengesan yang dia sudah mula jatuh hati dengan gadis itu. Lamunan Zefrieq terhenti apabila sepupunya Farel Aimar tiba-tiba meluru masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang serius.
“Kau ni dah kenapa? Sakit? Ketuk lah pintu tu dulu kot ye pun. Ini tidak, salam pun tak bagi.” Marah Zefrieq kepada sepupunya yang telah menganggu lamunan panjangnya tadi. Wajah serius lelaki itu yang tanpa senyuman dipandang aneh.
“Risya mana?” Soal Farel Aimar tanpa mempedulikan soalan Zefrieq.
“Kat rumah dia lah. Apasal tanya aku pula? Bukan aku jaga dia pun.” Balas Zefrieq malas. Dia malas mahu berbicara mengenai setiausahanya bersama sepupunya itu.
“Kau ni memang tak guna lah Zef! Aku dah agak dah, kalau Risya ada dengan kau mesti macam-macam benda buruk jadi dekat dia. Kau jaga dia macam mana hah?” Soal Farel kasar dengan wajah yang menyinga menahan marah.
“Apa benda kau merepek ni. Kau ni memang sakit agak nya. Datang terjah bilik aku lepas tu nak tuduh aku bukan-bukan. Kenapa kau ni Rel?” Soal Zefrieq berpura-pura tidak faham. Wajahnya yang bersahaja menyakitkan lagi hati Farel.
“Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang terjadi kelmarin dekat tapak projek. Kan aku dah cakap jangan ajak Risya sekali. Disebabkan kecuaian kau, dia yang terpaksa tanggung sakit. Kau memang lelaki tak guna Zef.” Farel sudah mula hilang sabar tika itu.
“Kau kalau tak tahu apa-apa jangan memandai-mandai nak buat andaian eh. Perempuan kampung tu mengadu dekat kau? Heh. Percaya lah sangat cakap dia tu. Rel, tak payah bazirkan masa kau fikir pasal perempuan tu lah.” Balas Zefrieq dingin. Dia dapat merasakan Farel juga menyukai gadis itu. peluang untuk dia mendapatkan hati Ainur Fathrisya semakin tipis nampak nya. tambahan pula hubungan antara Farel dan Ainur yang baik itu menyukar kan lagi laluan nya yang sudah mula menaruh hati kepada Fathrisya.
“Risya tu sebaik-baik perempuan yang aku pernah jumpa lah Zef. Walau pun kau buat macam-macam dekat dia selama ni, kau buli dia. Dia tetap sabar dengan kau. Susah sangat ke kau nak hargai dia sebagai setiausaha kau?”
“Rel kau memang betul-betul dah salah faham ni. Insiden kaki Risya cedera tu bukan salah aku. aku dah berkali-kali pesan dekat dia, jangan ikut sekali. Tapi dia tetap nak ikut juga. Bila jadi macam ni kau tak perlu lah nak salah kan aku sepenuhnya.” Ujar Zefrieq membela dirinya yang sememangnya tidak bersalah itu.
“Punca nya dari kau. Kalau kau tak bawa dia sekali ikut kau ke Melaka tak akan jadi macam nil ah Zef. Kau memang sengaja. Tak cukup ke selama ni kau hina dia? Kalau kaki Risya bertambah teruk lagi dalam masa sehari dua ni, kau nahas.” Ujar Farel memberi peringatan buat sepupunya itu.
“Kau nak buat apa? Apa yang kau ada Rel kalau nak dibandingkan dengan aku. Heh! Tak payah nak bela perempuan tu sangat lah. Nasib kau pun tak terbela.” Ejek Zefrieq bersama senyuman sinis. Sikap angkuh dan bongkak nya itu memang sangat menyebalkan hati Farel. Farel sudah mengepal penumbuk.
“Aku sedar siapa aku dalam company ni Zef. Aku sedar kalau bukan family kau yang banyak tolong  family aku masa kitaorang tengah susah. Mesti sekarang aku dah merempat dekat luar. Tapi Zef, harta yang kau ada sekarang ni tak ada gunanya kalau kau tak pandai jaga perasaan orang. Semua orang meluat dengan kau nanti.” Selesai berkata-kata, Farel berlalu meninggalkan bilik Zefrieq dengan wajah yang puas. Puas hatinya kerana dapat menasihati Zefrieq yang suka membangga diri itu.
Zefrieq hanya memandang sepi kelibat Farel yang sudah hilang selepas lelaki itu menutup pintu bilik nya itu. Dia mengeluh sendirian. Dia dan Farel memang sering sahaja bertelagah pendapat dan bertengkar. Namun apabila mereka bertemu kembali atas urusan kerja ataupun urusan keluarga, pertengkaran yang pernah terjadi dilupakan begitu sahaja. Dia tidak menyangka yang sepupunya itu memendam perasaan terhadap setiausahanya meskipun Farel tidak pernah bercerita mengenai perasaannya. Dari cara pandangan Farel kepada Fathrisya, Zefrieq sudah dapat mengagak bahawa sepupunya itu menyukai gadis yang dia juga sudah mula menyimpan angan untuk hidup bahagia dengan Fathrisya. Zefrieq tersandar lesu ke belakang kemudiannya.

****
Farel memberi salam berkali-kali di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Salam nya yang terkahir disambut oleh seseorang dari dalam. Sebaik sahaja pintu pagar di buka, dia melemparkan senyuman buat seorang gadis yang memandangnya pelik. Gadis itu pantas meluru ke arahnya yang sudah masuk ke dalam perkarangan rumah.
“Assalamualaikum. Saya Farel Aimar. Boleh saya tahu, ini rumah Ainur Fathrisya ke?” Soal Farel ramah.
“Waalaikumusalam. Ya ini rumah Risya. Encik ni siapa ya?” Soal Nurin Aiman sambil tersenyum mesra.
“Saya Farel. Rakan sekerja dia. Risya ada dekat dalam?”
“Ada. Dia tengah berehat. Jemput masuk.” Pelawa Nurin Aiman ramah seraya melangkah masuk ke dalam rumah nya semula.


“Hai Risya.” Sapa Farel lembut bersama senyuman di bibir selepas gadis itu turun dari tingkat atas. Penampilan Fathrisya ringkas sahaja namun dalam diam Farel memuji kencantikan semula jadi gadis itu. Walau pun tanpa make up, Fathrisya tetap menarik perhatiannya.
“Hai Encik Farel. Ada apa Encik sampai cari saya ke rumah? Ada apa-apa yang penting ke?” Soal Fathrisya yang pelik dengan kedatangan mengejut lelaki itu.
“Kenapa? Kalau nak datang tengok awak memang kena tunggu bila ada benda penting je ke?” Soal Farel Aimar membiarkan soalan Fathrisya sepi tidak dijawab.
“Bukan macam tu Encik. Saya pelik lah, tak pernah-pernah pun Encik datang ke rumah saya. Tiba-tiba hari ini muncul batang hidung Encik dekat rumah saya ni. pelik lah saya.” Ujar Fathrisya seraya memandang Farel yang sedang leka meneliti sudut rumah  sahabat baiknya itu.
“Saje. Hati saya bisik sesuatu dekat saya. Tu yang saya datang tu.”
“Bisik apa Encik?” Soal Fathrisya kehairanan.
“Rindu dekat awak katanya.” Ujar Farel Aimar dengan riak muka yang cukup bersahaja. Wajah Fathrisya sudah merona merah dek kerana usikan Farel itu.
“Orang tanya betul-betul, dia jawab main-main pula. Tak apa, tak apa.” Balas Fathrisya geram. Bantal yang sedang dipeluknya dihempas di atas sofa tanda protes. Tergelak Farel dengan tindakan Fathrisya yang geram dengan usikannya tadi.
“Mana ada main-main. Betul lah tu apa yang saya cakap.” Farel merasakan mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia meluahkan kepada Fathrisya yang dia sudah lama mencintai gadis itu semenjak pertemuan pertama mereka.
“Mana Encik dapat alamat rumah saya?” Soalan Fathrisya yang tidak mahu memanjangkan topik tadi membuatkan Farel kecewa. Dilemparkan senyuman hambar buat gadis itu.
“Daripada Kak Dhieya. Kaki awak macam mana Risya? Ada rasa sakit lagi tak?” Soal Farel seraya memandang kaki Fathrisya yang masih berbalut itu.
“Dah okay sikit dah Encik. Alah bukan nya cedera teruk mana pun. Ni mesti Encik Zefrieq bagi tahu Encik Farel kan, dia tu memang risau tak bertempat. Saya luka sikit aje pun.” Ujar Fathrisya sambil tergelak. Farel dapat mengesan yang gadis itu begitu ceria saat dia mencerita mengenai Zefrieq Ezzraf. Kalau sebelum ini Fathrisya sangat membenci sepupunya itu. Namun hari ini semuanya seperti sudah berubah, Farel semakin pelik.
“Zef risau tentang kaki awak? Dia ada bawa awak pergi klinik?” Soal Farel sengaja ingin tahu. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada Fathrisya yang sedang tersenyum manis itu.
“Risau gila. Dia siap marah saya lagi sebab degil sangat nak ikut dia masuk tapak projek tu. Masa nak bawa saya pergi klinik, bukan main laju lagi bawa kereta. Gelabah sangat. Pelik lah dia tu.” Ujar Fathrisya lagi. Farel hanya mendengar. Jauh di sudut hati dia sangat terasa dengan cerita gadis itu. dia tahu Fathrisya bukan sengaja mereka cerita itu. dia juga dapat merasakan gadis itu sedang membuka ruang buat Zefrieq Ezzraf.
“Saya pun risau juga bila dengar awak cedera. Zef tak pandai jaga awak betul lah Risya.”
“Saya yang tak pandai jaga diri saya sendiri Encik Farel. Encik Zefrieq tak bersalah pun. Kalau bukan kerana dia, mungkin kaki ni lagi teruk.” Balas Fathrisya yang tanpa dia sedar dia telah membela lelaki itu di hadapan Farel. Semakin terguris Farel mendengarnya.
“Tak apa lah. Asalkan awak selamat. Lepas ni awak kena lebih berhati-hati ya? Ni saya ada belikan bubur untuk awak. Nak masak sendiri tak reti. Mampu beli je lah.” Ujar Farel lembut seraya menghulurkan bekas bubur ayam kepada Fathrisya yang dibelinya tadi.
“Susah-susah je Encik Farel. Saya bukan sakit teruk sangat pun. Terima kasih Encik.” Ucap Fathrisya seraya mengambil bekas makanan yang disua oleh Farel. Farel Aimar memang sentiasa ada dikala dia dalam kesedihan.
“Tak ada susah mana pun Risya. Saya akan susah kalau Risya sakit. Please selalu sihat okay?” Pinta Farel Aimar separuh mengharap. Dia merenung bebola mata Fathrisya yang sedang merenung matanya juga. Ingin sahaja dia ungkapkan isi hatinya kepada gadis itu namun dia bimbang jikalau Fathrisya tidak dapat menerima dirinya.

“Encik jangan lah risau sangat ya. Saya kan budak kenit yang sentiasa kena kuat!” Ujar Fathrisya bersemangat seraya tersengih. Farel sudah tergelak kecil melihat tingkah Fathrisya yang sering sahaja membuat dia gembira.

Thursday 11 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab28

Zefrieq merenung dada langit yang sungguh cantik dihiasi dengan bulan dan bintang. Sudah hampir setengah jam dia duduk di balkoni biliknya termenung memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia menghantar Fathrisya sehingga gadis itu masuk ke dalam bilik dengan ekoran mata. Sepanjang dalam perjalanan mereka pulang semula ke hotel tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing-masing. Hanya lagu di radio yang menemani mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Zefrieq sendiri tidak tahu mengapa hatinya begitu tersentuh melihat gadis itu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan dirinya tidak mahu jauh daripada Fathrisya. Padahal selama ini gadis itulah manusia yang paling dibencinya. Dia juga sering sahaja menuturkan kata-kata kasar dan sering menyakiti hati Fathrisya namun entah kenapa hari ini tanpa disedari dia bertindak melindungi gadis itu daripada kesejukan. Zefrieq sendiri tidak faham dengan apa yang sedang dirasainya. Dia berasa cukup tenang ketika makan malam bersama Ainur Fathrisya sebentar tadi.
“Kau buat aku gila Risya. Ilmu apa yang kau pakai ni? Dah lama aku tak rasa bahagia macam ni, you make me crazy.”Ujar Zefrieq perlahan seraya tersenyum mengingati kembali insiden sebentar tadi dimana tanpa dia sedari tangannya sudah melingkari pinggang gadis itu dan mata mereka bertatapan untuk beberapa ketika. Saat itu hatinya sudah keruan tidak terkata. Mahu sahaja dijerit  kepada Fathrisya yang dia sudah mula jatuh hati kepada gadis itu.
“Tapi kenapa aku mesti suka kau? Kau perempuan kampung. Bukan taste aku Risya. Tapi kelembutan kau, keayuan kau bila bertudung cukup menggetarkan jiwa aku. Cara kau jaga maruah kau, aku terpesona.” Sah, dia sudah angau dek kerana seorang gadis yang biasa-biasa sahaja yang bernama Ainur Fathrisya. Zefrieq tersengih kemudiannya.
“Kau ni angau tak bertempat lah Zef. Tak mungkin Risya suka dekat lelaki otak senget macam kau ni, lagi pun kau mana pernah layan dia baik-baik sepanjang dia bekerja dengan kau. Perempuan macam tu layak dapat lelaki sweet je.” Zefrieq bermonolog sendirian. Dia kalau boleh tidak mahu memikirkan tentang itu lagi. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaan kerana dia takut untuk kecewa lagi. Zefrieq mengatur langkah masuk semula ke dalam dan mematikan lampu bilik. Dia harus tidur awal kerana esok dia akan pulang semula ke Kuala Lumpur meskipun hatinya tidak mahu meninggalkan Melaka lagi. Dia berasa gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama gadis itu meskipun Fathrisya terpaksa mengikut arahannya. Wajah comel gadis itu seakan-akan berterbangan di mindanya kala itu.
Zefrieq cuba melelapkan matanya namun sudah hampir setengah jam dia berusaha namun matanya masih tidak mahu pejam meskipun dirinya terasa penat sekali. Dia bingkas bangun dan mencari telefon pintarnya lalu di duduk di atas sofa.
“Good night  Risya. Tidur awal ya, esok pagi kita boleh jalan-jalan Melaka sebelum balik Kl, itu pun kalau kaki kau dah okay sikit. Rehat secukupnya supaya kaki cepat sembuh. If you want anything, call je aku okay? Mimpi indah.”

Tanpa berlengah dia terus menekan butang send. Dia tidak kisah jikalau Fathrisya mahu berfikir apa-apa tentang dirinya kerana nalurinya begitu mendesak supaya dia berbuat demikian. Tidak lena tidurnya malam itu jikalau tidak menghantar pesanan sebegitu kepada setiausahanya. Zefrieq tersenyum nipis dan kembali merebahkan semula badannya di atas katil empuk itu.

****
Fathrisya melangkah lemah ke arah katil sambil sesekali mukanya berkerut menahan kesakitan. Bisa di kaki masih lagi terasa sehingga sesekali dia menitiskan air mata. Dicapai telefon di sudut meja bulat lalu dia membuka pesanan ringkas yang baru sahaja diterima. “Siapa pula lah hantar message malam-malam buta macam ni, menganggu je lah.” Bebel Fathrisya seraya melentokkan kepala di atas bantal.
Berkerut mukanya dengan wajah yang terkejut membaca kiriman sms daripada lelaki yang tidak diduga itu. tanpa dia sedari senyuman tersungging di bibir tatkala dia membaca ayat-ayat yang dikirimkan oleh lelaki itu.
“Kenapa baik sangat mamat ni malam ni? Singa jadian dah bertukar jadi mamat sweet pula? Pelik betul lah perangai dia semenjak dua menjak ni.” Bebel Fathrisya lalu dia meletak telefon bimbitnya di bawah bantal. Kiriman sms Zefrieq tidak diendahkan dan dibiarkan begitu sahaja. Malas mahu melayan perasaan meskipun hatinya juga tersentuh melihat kebaikan dan keprihatinan Zefrieq Ezzraf namun dia sendiri tidak pasti sama ada Zefrieq ikhlas atau tidak. Lelaki itu bukan boleh percaya sangat. Tak pernah ada pendirian yang tetap. Fathrisya terlelap bersama kenangan yang tercipta di antara mereka semasa makan malam tadi.

****
“Kaki macam mana? Dah okay?” Soal Zefrieq sambil tangannya memerlahankan volume radio keretanya itu. Lebih kurang dua jam Zefrieq menunggu gadis itu untuk bangun dari tidur. Berkali-kali dia cuba menghubungi Fathrisya namun tidak dijawab sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menunggu gadis itu di lobi hotel. Malam tadi dia sudah berjanji dengan gadis itu untuk menunggunya pukul 9pagi untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Fathrisya semakin pelik dengan Zefrieq yang tidak marah kerana kelewatannya itu. “Apa kena dengan mamat ni? Kena sampuk jin ke macam mana ni?”
“Er. Sorry sebab buat boss tunggu lama. Saya betul-betul tak sedar pagi tadi. Padahal dah kunci jam berkali-kali, masih juga tak sedar diri. Maafkan saya Encik boss.” Fathrisya bersuara penuh kekesalan. Wajahnya ditundukkan kerana malu untuk bertatapan dengan lelaki itu yang sudah mula melayannya dengan baik.
“Macam nak pengsan aku tunggu kau bangun tadi. Sakit lagi ke kaki tu Risya? Kita check dokter lagi eh?” Ajak Zefrieq lembut seraya tersenyum.
“Kaki ni sengal sangat pagi tadi. Badan macam kena hempap je. Tu yang tak larat sangat nak bangun. Maaf ya boss. Tak payah rasanya. Nanti sampai Kl je saya pergi sendiri.” Ujar Fathrisya lembut menolak pelawaan Zefrieq Ezzraf.
“Kalau kau tak larat nak balik lagi, cakap lah awal-awal. Kita boleh tidur sini sehari lagi sampai kaki kau betul-betul sembuh. Kita balik hotel semula.” Putus Zefrieq yang sudah mula berkira-kira untuk patah balik semula ke hotel tempat mereka menginap.
“Eh boss jangan nak memandai-mandai eh. Saya okay lah boss. Jom lah kita balik, kalau boss nak suruh saya rehat sekalipun bukan dekat sini. Nanti sampai Kl, saya sambung cuti rehat dekat rumah pula. Boleh lah boss.” Fathrisya berusaha memujuk lelaki itu. Wajah tenang Zefrieq dipandang penuh minat, jarang sekali dia melihat wajah itu tenang. Kebiasannya Zefrieq Ezzraf selalu berkasar dengannya. Namun hari ini bicara lelaki itu cukup berbeza sekali. Zefrieq juga tidak memarahinya kerana terpaksa menunggunya lama untuk pulang ke Kl.
“Kalau sakit cakap sakit. Aku boleh bawa kau berehat lagi. Aku nak pastikan kaki kau betul-betul baik. Aku taknak nanti makin teruk.” Balas Zefrieq yang terlalu amat prihatin itu.
“Betul. Memang lah sakit tapi sampai bila nak duduk terperap je dalam bilik tu. Bosan tahu tak. Berapa kali nak cakap saya belum lumpuh lagi Encik boss.” Balas Fathrisya mendatar. Kali ini dia pula sudah hilang sabar dengan kelakuan Zefrieq yang merimaskannya itu.
“Okay. Kita balik Kl. Aku bagi kau cuti sampai kaki kau betul-betul dah baik. Selagi tak baik, jangan datang kerja.” Ujar Zefrieq yang sudah mengalah itu. Sedikit pun dia tidak memarahi gadis itu.
“Mana boleh macam tu. Nanti free free je gaji saya kena potong. Tak nak.” Balas Fathrisya membantah.
“Tak. Aku tak potong gaji kau. Rehat lah berapa lama kau nak. Tapi jangan lah lama sangat, nanti tak ada siapa nak buat nescafe kurang manis untuk aku.” Ujar Zefrieq yang bersuara perlahan seakan-akan sedih itu. Fathrisya memandang Zefrieq tanpa berkelip. “Biar betul mamat ni. Makin lama makin tak betul pula aku tengok. Seram bulu tengkuk aku ni hisy.”
“Jangan nak mengada lah. Kak Dhieya kan ada. Saya ni kan hanya menyusahkan hidup boss je. Boss selalu naik angin sebab saya kan, so kalau saya tak ada kan aman hidup boss.” Ujar Fathrisya selamba.
“Sedar pun kau tu perosak mood aku. Nak apa-apa tak? Kalau nak aku belikan. Buat alas perut.” Ujar Zefrieq sambil memperlahankan keretanya apabila ternampak beberapa gerai di tepi jalan. Fathrisya pantas menggeleng.
“Kau tak makan ni dari pagi tadi. Mana boleh macam ni. Tunggu dalam kereta. Kunci kereta ni nanti.” Pesan Zefrieq yang sudah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah gerai kecil. Dia pantas keluar dari kereta dan menuju ke arah gerai menjual nasi lemak. Fathrisya merenung Zefrieq dari dalam kereta. Melihat akan kesungguhan Zefrieq, hatinya semakin menjadi tidak tentu arah. Entah kenapa, bukan dia tidak suka. Namun dia sendiri tidak pasti apa makna semua ini. Status Zefrieq yang diakui oleh lelaki itu sebagai suami orang juga dia tidak dapat sahkan.

“Nah. Makan dulu nasi lemak ni. Aku ada belikan apam balik sekali. Sedap makan panas-panas.” Ujar Zefrieq yang sudah masuk ke dalam kereta dengan membawa makanan yang baru sahaja dibelinya. Mulutnya penuh dengan apam balik.
“Eeee makan macam budak kecil! Comot lah boss ni! Makan apam balik pun sampai comot mulut tu.” Tegur Fathrisya sambil tergelak kecil. Zefrieq sudah mempamerkan reaksi kurang senang.
“Marah ke boss? Nanti tak handsome lah kalau muka macam singa balik.” Selamba Fathrisya mengenakan lelaki itu memandangkan Zefrieq Ezzraf yang sudah mulai baik dengannya. Fathrisya mengambil sehelai tishu dan dihulurkan kepada lelaki itu. Namun hulurannya hanya dipandang sepi. Zefrieq merenung bebola mata Fathrisya yang sedikit kuyu itu.
“Boss. Kalau boss asyik nak berangan je kan, memang sampai esok pun kita tak sampai Kl boss.” Tegur Fathrisya sedikit kuat dan mengembalikan Zefrieq ke alam nyata.
“Kau dah sedap kutuk aku comot lah apa lah kan. Kalau tak nak aku naik hantu, lap mulut aku sekarang.” Arah Zefrieq dengan wajah masam mencuka.
“Hei. Tak kuasa tau saya nak lap mulut boss yang lebar macam mulut singa. Apa boss ingat boss baby  nak main lap-lap?” Bantah Fathrisya seraya meletakkan tishu itu ke tangan Zefrieq Ezzraf.
“Nak lap ke tak nak?” Zefrieq sudah mula mendekatkan wajahnya ke muka gadis itu bersama suara yang sengaja diperlahankan. Fathrisya sudah berasa lain macam.
“Boss ni memang annoying tahap lembu bertelur lah!” Marah Fathrisya seraya menolak badan lelaki itu dan dengan penuh keterpaksaan dia mencapai tishu di tangan Zefrieq lalu dikesat bibir lelaki itu yang sedikit comot itu. Zefrieq sudah tersenyum puas hati kerana buat kesekian kalinya gadis itu mengikut arahannya.
“Bukan aku suruh cium pun. Tu pun nak berkira.” Ujar Zefrieq seraya meneruskan pemanduan. “Kenapa tak makan nasi lemak tu?” Tegur Zefrieq memecah kesunyian yang merantai mereka berdua. Fathrisya yang sedari tadi membuang pandang ke luar tingkap langsung tidak menjamah nasi lemak yang dibelinya tadi. Hanya apam balik dan air soya habis dimakan dan diminum oleh setiausahanya itu.
“Kejap lagi lah. Dah kenyang.” Ujar Fathrisya seraya menutup mulutnya yang sedang menguap itu.
“Tidur lah dulu. Perjalanan jauh lagi ni. Nanti dah sampai aku kejut. Tidur lah okay?” Ujar Zefrieq lembut dan dia menoleh sekilas Fathrisya sambil melemparkan senyuman yang cukup mendebarkan mana-mana wanita yang memandang lelaki setampan Zefrieq Ezzraf. Fathtrisya semakin tersentuh dengan kata-kata Zefrieq yang seolah-olah memujuk supaya dia melelapkan matanya.

“Aku tak kisah pun berapa gelen air liur kau melekat atas seat kereta ni. Tidur lah ya.” Ujar Zefrieq lagi sambil matanya lurus memandang jalan raya. Fathrisya sudah mengulum senyum.

*Macam mana mamat annoying nak tackle gadis yang dia pernah benci satu ketika dahulu? hehehe nak lagi ka? 

Wednesday 10 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab27

Zefrieq berdiri di hadapan pintu bilik Fathrisya sudah hampir sepuluh minit. Berkali-kali dia cuba menghubungi gadis itu namun panggilannya tidak berjawab. Telefon di tangan terasa hendak dihempuk ke muka gadis itu. Gadis itu tidak habis-habis menyusahkan dirinya. Dengan sekuat tenaga diketuk pintu bilik Fathrisya sehingga gadis itu terjengul dengan wajah seperti orang baru bangun tidur.
“Hidup pun kau! Aku ingat dah arwah dah tadi.” Jerkah Zefrieq sejurus wajah itu menjengah pandangan matanya.
“Boss ni ketuk pintu elok-elok tak boleh ke? Macam nak roboh tahu tak bilik ni.” Marah Fahrisya kerana lelaki itu sudah menganggu tidurnya.
“Dah kau tu tidur mati memang lah aku ketuk sampai kau sedar diri. Kalau tak sampai tahun depan kau duk buat peta dalam bilik tu.” Bebel Zefrieq lagi sambil merenung wajah Fathrisya yang sedikit sembap itu.
“Tadi boss juga suruh saya berehat dalam bilik sebab kaki saya yang cedera parah ni. Lepas tu bila orang sedap tidur, dia sibuk nak kacau. Dah kenapa? Gila?” Perli Fathrisya sambil menjeling bossnya yang sedang berpeluk tubuh itu.
“Kau jangan banyak cakap boleh tak. Sekali aku pijak kaki tu lumpuh terus!”
“Haa pijak lah. Cepat. Tunjuk sikit baran Encik yang tak bertempat tu. Berani sangat kan. Cepat lah!” Bentak Fathrisya yang sudah mula panas hati itu.
“Kau jangan cabar aku Risya. Kalau aku buat betul-betul teruk kau nanti. Jangan berani nak tunjuk bagus.” Tegas kedengaran suara Zefrieq Ezzraf memarahi gadis itu yang semakin berani melawan nya.
“Bosan lah layan mamat sakit jiwa ni. Nak apa?” Tanya Fathrisya kasar.
“Tanya elok-elok tak boleh? Tak belajar adab? Aku tak jawab soalan biadap macam ni.” Balas Zefrieq yang juga sedang geram dengan kata-kata gadis itu.
“Encik Zefrieq kesayangan hati, ada apa Encik Zefrieq menganggu lena tuan puteri yang comel ini ya?” Soal Fathrisya dengan suara lembut yang sengaja dibuat-buat bersama memek muka.
“Abang nak bagi baju untuk sayang ni.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum meleret-leret.
“Wellkk. Tak payah nak abang sangat lah! Geli tekak ni dengar.” Ujar Fathrisya meluat.
“Kau ingat aku hadap sangat nak sweet-sweet dengan kau. Tak kuasa lah aku. Nah ambik ni barang mandi, baju seluar. Semua ada dalam ni.” Ujar Zefrieq dan dengan kasar dia menghulurkan bungkusan plastik kepada Fathrisya.
“Er..Boss…”
“Apa lagi kau ni? Semua barang aku dah beli lah. Nanti tukar je lah baju busuk kau tu dengan baju yang baru aku beli. Saiz tu taktahulah sebab aku pakai bedal je beli.” Balas Zefrieq yang sudah berkira-kira untuk masuk ke dalam biliknya. Badannya yang terasa sangat letih minta untuk direhatkan.
“Encik Boss! Tak kan ni je?” Soal Fathrisya dengan wajah susah hati.
“Kau nak apa lagi? Nak aku borong satu kedai baju tu? Serabut lah kau ni.” Ujar Zefrieq yang malas mahu melayan gadis itu.
“Tu lah. Tadi saya nak ikut tak bagi. Berlagak macam tahu semua. Saya nak beli barang dalam lah. Tak kan nak pakai yang ni je sampai esok malam.” Perli Fathrisya yang masih lagi geram dengan Zefrieq Ezzraf yang melarangnya untuk mengikutinya ke Bandar untuk membeli pakaiannya.
“Kau memang tak reti nak cakap ke dari tadi? Menyusah kan betul lah.” Marah Zefrieq seraya berlalu ke arah pintu biliknya.
“Daripada tadi lagi saya cakap saya nak ikut. Boss yang mengada sangat tak nak bagi pergi. Salah boss lah.”
“Pakai je lah apa yang ada. Tak pun hantar dobi je.” Ujar Zefrieq bersahaja tanpa memandang Fathrisya yang sedang kegeraman dengan kata-kata spontan nya sebentar tadi.
“Boss! Boss ni memang annoying betul lah!” Bentak Fathrisya seraya menghempas pintu bilik sekuat hati dengan wajah merah padam menahan sebal di hati. Zefrieq sudah ketawa terbahak-bahak melihat tingkah gadis itu.
****
Malam itu Zefrieq Ezzraf membawa setiausahanya makan malam di Medan Selera Ikan Bakar Umbai. Sebelum mereka ke sini, Zefrieq terlebih dahulu membawa Fathrisya ke kedai pakaian untuk membeli barang keperluannya. Fathrisya hanya menurut boss nya itu yang tidak mahu makan di hotel. Ikutkan kaki nya yang sedang berbisa dan jalan tak berapa nak betul, ingin sahaja dia makan di hotel. Namun Zefrieq berkeras mahu makan di luar. Malas mahu bertekak, Fathrisya hanya menurut keinginan lelaki keras kepala itu.
“Aku suka makan dekat sini. Dulu masa arwah ayah aku ada,  selalu dia bawa aku pusing-pusing Melaka. Bila jalan dekat kota bersejarah malam-malam macam ni memang syok. Tak payah nak pergi negara orang. Kat sini pun seronok.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum nipis. Fathrisya terkesima dengan kelakuan dan percakapan Zefrieq yang lembut itu. Tidak seperti selalu yang wajahnya sentiasa masam dan mulutnya yang berbisa itu.
“Encik minat sejarah ke? Maaf kan saya kalau bertanya, arwah ayah Encik sakit apa?” Soal Fathrisya sekadar ingin tahu. Kalau tidak dilayan mahu mengamuk lelaki itu.
“Minat tu tak adalah. Bila kelas sejarah aku selalu tidur. Tapi aku suka pergi sini, sebab daripada kecil lagi kalau musim cuti sekolah, arwah ayah aku selalu bawa ke sini.A Famosa tu dah habis aku jelajah. Tapi tak pernah bosan.” Ujar Zefrieq sambil disua pinggan yang berisi ikan jenahak masak berlada kepada gadis itu. Fathrisya tersenyum seraya menyambut pinggan itu. Soalan Fathrisya mengenai arwah ayahnya dibiarkan begitu sahaja. Tidak berhasrat mahu menjawabnya.
“Ingat kan boss memang minat sejarah. Saya pun teringin nak pergi A Famosa tapi hajat selalu tak kesampaian. Selalu tengok dalam tv je. Boss selalu ke makan dekat sini?” Tanya Fathrisya sambil melemparkan senyuman manis. Terpesona sebentar Zefrieq melihat wajah yang cukup ayu itu. Gadis itu mengenakan T-shirt lengan panjang bewarna merah jambu, skirt labuh bewarna putih serta selendang bewarna putih juga. Terserlah keayuan gadis itu meskipun penampilannya ringkas sahaja.
“Kau tak pernah pergi? Hisy. Rugi tahu tak. Orang Malaysia tak kenal sejarah negara sendiri. Nak aku bawa kau ke sana? Kedai makan ni tempat wajib aku singgah setiap kali aku datang sini.”
“Mana ada masa nak pergi boss. Lagi-lagi kerja dengan boss yang cerewet gila, tak sempat nak minta cuti, dah disuruhnya kesana kemari. Buat kerja itu kerja ini. Bukan salah saya.” Ujar Fathrisya sambil mencebik. Zefrieq hanya mempamerkan reaksi menyampah kepada gadis itu.
“Salah aku konon. Itu kau punya pasal lah tak nak usaha sendiri pergi tempat-tempat menarik macam tu. Esok aku bawa kau ke sana.” Putus Zefrieq selamba. Fathrisya sudah menjengilkan mata mendengar kata-kata lelaki itu.
“Nak pergi sana apa nya dengan kaki saya macam ni. Tak payah nak mengarut lah boss, esok lepas tengah hari kan kita kena balik Kl.”
“Siapa cakap esok kita balik sana?” Soal Zefrieq sambil mengunyah sotong goreng tepung. Mulut penuh dengan makanan, lagi kan mahu bercakap.
“Dah tu boss nak bertapa dekat sini berapa lama? Kerja dekat ofis tu siapa nak tolong bereskan? Kalau saya ni ada pembantu tak apa juga, boleh bercuti tenangkan otak dekat sini. Sakit otak saya semenjak kerja dengan boss.” Bebel Fathrisya lagi. Zefrieq ini ada sahaja arahan nya yang mengarut yang terpaksa diikutnya. Rimas dibuatnya.
“Suka hati aku lah nak balik bila pun. Aku boss. Tak akan ada siapa berani nak marah aku lah.” Balas Zefrieq dengan riaknya.
“Itu boss. Saya ni cuma kuli je dekat pejabat tu. Saya terikat dengan policy syarikat boss.” Tegas Fathrisya mengingatkan boss nya.
“Kau kan tengah buat kerja ni. Kerja kau teman boss kau melancong. Kita kan tengah honeymoon. Tak ada siapa nak pertikaikan lah.”
“Saya tak kira, esok kita kena balik Kl juga. Kalau boss tak nak hantar saya balik, saya naik bas je senang. Susah betul berurusan dengan mamat sakit otak ni.” Ujar Fathrisya yang geram dengan sikap Zefrieq yang bermain tarik tali itu.
“Kau balik lah sorang-sorang. Sampai je Kl kau terima surat pemecatan daripada aku. Nak?” Ugut Zefrieq bersama wajah serius. Fathrisya hanya membalas dengan jelingan sahaja, tidak mahu terlalu mengikut emosi membalas kata-kata Zefrieq. Lelaki itu sentiasa mahu menang, dia terpaksa mengalah untuk kesekian kalinya.
“Risya. Jom balik. Lama-lama dekat sini karang orang ingat kita bercinta pula.” Ujar Zefrieq seraya bangun dari duduknya. Lama juga mereka diam tidak bercakap sedari tadi. Zefrieq tahu gadis itu bengang dengan dirinya namun sengaja dibiarkan begitu.
“Jom!” Ujar Fathrisya bersemangat dan berusaha untuk bangun dari duduknya. Sewaktu dia ingin menstabilkan dirinya, Zefrieq sudah berada di belakangnya untuk memastikan gadis itu tidak terjatuh. Memandangkan kaki Fathrisya belum pulih sepenuhnya, dia bertanggungjawab untuk memastkan keselamatan gadis itu.
“Meh, tangan.” Pinta Zefrieq lembut sambil menghulurkan tangan kirinya kepada Fathrisya yang sedang terkebil-kebil memandang dirinya. Spontan Fathrisya menyambut huluran tangan Zefrieq dan kala itu hatinya berdegup kencang saat pandangan mereka bertaut. Zefrieq juga bagaikan terpukau dengan kecomelan gadis itu. Baru hari ini sepanjang berbulan-bulan mereka bekerja di bawah satu bumbung, Zefrieq mengakui Fathrisya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wajahnya didekatkan kepada wajah Fathrisya yang sudah merona merah itu.
“Er. Encik. Rasanya yang sakit kaki saya. Kenapa tangan Encik melingkar dekat pinggang saya pula ni? Pinggang saya tak patah lagi Encik.” Fathrisya bersuara mematikan lamunan Zefrieq dan serta-merta lelaki itu menjatuhkan tangannya daripada melingkari pinggang ramping Fathrisya. Dia sendiri tidak sedar bila tangannya merayap ke pinggang gadis itu. Perasaan malu menebal dalam dirinya waktu itu.
Sorry. Aku tak sengaja.” Tutur Zefrieq mendatar menutup malu yang menyelubungi dirinya. Dia memimpin Fathrisya perlahan-lahan menuju ke arah kereta. Baru beberapa langkah kaki berjalan, Fathrisya tiba-tiba menggigil kesejukan dek kerana angin malam yang agak kuat. Perasaan simpati jatuh serta-merta buat gadis itu. Zefrieq membuka jaket bewarna coklat yang dipakainya dengan sebelah tangan lagi masih memimpin gadis itu, lalu dengan perlahan dia menyarungkan jaketnya ke badan gadis itu untuk mengelakkan kesejukan. Fathrisya sekali lagi terpana dengan kelakuan yang tidak diduga oleh lelaki itu. Dia mendongak memandang wajah Zefrieq yang bersahaja itu.
“Terima kasih Encik.” Ujar Fathrisya seraya meneruskan langkah dengan bantuan lelaki itu. Hatinya sekali lagi terpaut dengan keprihatinan lelaki yang pernah dibenci suatu ketika dahulu dan mungkin juga dia masih membenci lelaki itu meskipun hatinya sudah mula menyukai Zefrieq Ezzraf. Dia sendiri keliru dengan perasaanya dan juga layanan Zefrieq yang terlalu berbeza. “Hmm, mamat sakit otak ni bukan boleh percaya sangat. Mesti ada muslihat dia ni.” Tebak Fathrisya dalam hati yang kadang kala berfikiran negatif itu.
“Tak kan aku nak biarkan kau sejuk macam tu. Kau tu perempuan, aku kena sentiasa lindungi kau.” Ujar Zefrieq tanpa memandang ke arah Fathrisya yang sedang bersandar di pintu kereta mewahnya. Zefrieq terus masuk ke dalam tempat duduk pemandu tanpa memandang Fathrisya yang sedang merenungnya sedari tadi. Mungkin pelik dengan tindakannya.

Monday 8 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab26

“Aku dah cakap dah, jangan ikut sekali. Duduk dalam kereta. Kau ni memang degil lah Risya!” Ujar Zefrieq Ezzraf dengan nada meninggi sejurus dia masuk ke dalam kereta selepas membawa Fathrisya ke klinik. Fathrisya hanya diam tidak berkutik apabila dilihat Zefrieq masih lagi dengan marahnya yang tidak surut sedari tadi. Fathrisya tersentuh melihat keprihatinan Zefrieq Ezzraf yang terlalu mengambil berat tentang dirinya yang ditimpa kemalangan di tapak pembinaan itu. Lelaki itu tampak cemas sekali melihat luka di kakinya dan darah yang tidak henti-henti mengalir semasa dalam perjalanan ke klinik. Kecut perut Fathrisya dibuatnya dengan gaya pemanduan Zefrieq yang kalut semacam itu. Zefrieq jugalah yang bertanya itu ini kepada dokter yang merawatnya sebentar tadi. “Macam lah ni kemalangan jalan raya. Dia punya kalut kalah orang tengah bercinta.” Bebel Fathrisya sendirian.
“Yang mulut kau duk terkumat-kamit tu kenapa? Dah nazak macam tu pun masih lagi nak berdegil. Lain kali tu cuba lah dengar cakap orang, hidup jangan nak ikut kepala sendiri je. Apa yang aku pesan tadi untuk kebaikan kau juga.” Ujar Zefrieq sambil matanya sesekali memandang kaki Fathrisya yang berbalut itu.
“Ya saya tahu salah saya. Saya degil tak ikut cakap boss. Maaf kan saya Encik sebab dah susah kan Encik. Susah payah sampai kena bawa pergi klinik pula. I’m so sorry.” Ujar Fathrisya dengan rasa serba-salah yang menggunung dalam dirinya kerana menyusahkan lelaki itu.
“Lain kali buat lah lagi perangai keras kepala tu. Nasib baik kaca je. Kalau besi ke paku yang termasuk dalam kaki kau tu, lagi parah tahu tak!”
“Boss. Kenapa boss risau sangat ni? Bukan nya saya lumpuh pun. Kaca yang masuk dalam kaki saya pun dah dapat dikeluarkan. Darah pun dah berhenti mengalir. Boss tak penat ke membebel pasal benda yang sama je?” Ujar Fathrisya yang sudah bosan dengan bicara lelaki itu yang tidak habis-habis menyalahkan dirinya.
“Aku risau sebab aku tak nak hilang kau Risya.” Ujar Zefrieq perlahan seraya meneruskan pemanduan. Fathrisya seperti tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi. Hatinya tiba-tiba menjadi bunga-bunga mendengar ayat yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut Zefrieq Ezzraf.
“Erk. Boss. Boss cakap apa ni?” Soal Fathrisya yang mahukan penjelasan yang seterusnya oleh lelaki itu. Sah, lelaki itu memang aneh dan sukar untuk difahami. Sekajap dingin sekejap baik. Dah macam pesakit mental Fathrisya melihat bossnya itu.
“Apa? Aku cakap apa?” Soal Zefrieq berpura-pura tidak tahu.
“Tadi tu boss cakap boss tak nak hilang..”
“Ya aku tak nak hilang kau, tolong jaga diri baik-baik lepas ni Risya. Aku bukan selalu ada untuk jaga kau.” Balas Zefrieq memintas kata-kata Fathrisya. Wajahnya serius menuturkan kata-kata itu.
“Hei. Hati tu jangan nak berbunga-bunga sangat. Maksud aku, aku tak nak hilang kau sebab kau tu orang penting dalam syarikat aku. Kau tak ada, tunggang terbalik ofis tu nanti. Aku yang susah. Kuli perlu selalu ada untuk memudahkan tugas seorang boss.” Ujar Zefrieq menutup debar dihatinya yang sedang bergetar hebat kala itu. Meskipun dia sendiri mengakui hatinya sudah mula menyukai gadis yang merangkap setiausahanya itu, namun dia seboleh-bolehnya tidak mahu Fathrisya menyedari tentang perasaannya yang sebenar.
“Kalau dah suka cakap saje lah. Boss ingat saya percaya sangat yang boss tu dah kahwin. Boleh jalan lah boss.” Ujar Fathrisya sengaja mengenakan lelaki itu.
“Risya, kau kena faham satu benda ni. Aku malas nak ulang banyak kali. Kalau memang kau dah suka kan aku yang kacak lagi bergaya ni, jangan mimpi lah kau boleh dapat aku semudah itu. Tak mungkin Risya, hati aku bukan untuk orang low class macam kau.” Balas Zefrieq dengan nada bangga diri. Sesudah Zefrieq menghabiskan ayatnya itu, Fathrisya hanya diam membisu melayan perasaan. Sesekali air mata jernih mengalir dari pelupuk mata namun lekas-lekas dikesat supaya lelaki itu tidak perasan.

*****
Zefrieq memberhentikan kereta mewahnya di hadapan Hotel Sri Malaysia. Dengan wajah bersahaja dia menoleh ke arah Fathrisya yang sedang berkerut-kerut dahinya.
“Kau pahal? Dahi tu berkerut-kerut. Teringin nak jadi mak nenek dah ke?” Perli Zefrieq yang masih lagi tidak lepas daripada memandang Fathrisya.
“Nak buat apa pergi sini boss?” Soal Fathrisya kebingungan. “Dah kenapa berhenti dekat depan hotel ni pula. Bukan tadi jalan nak balik Kl ke?” Detik hatinya lagi.
“Kau rasa orang pergi hotel buat apa? Bila lelaki bawa perempuan pergi hotel maksud nya apa?” Soal Zefrieq sambil mengangkat keningnya sedikit.
“Er. Boss jangan nak macam-macam tau dengan saya. Saya ada silat tau boss. Karang saya silat kan boss dekat sini, terkehel urat tengkuk tu!” Balas Fathrisya garang.
“Ada hati nak belasah aku dengan kaki tempang macam tu. Nak jalan pun terhuyung-hayang. Inikan pula nak bersilat.” Balas Zefrieq seraya menghadap semula ke hadapan.
“Habis tu kita nak buat apa pergi sini boss? Saya nak balik Kl lah. Jom lah balik boss.” Ajak Fathrisya yang sudah mula memikirkan yang bukan-bukan itu. Zefrieq hanya ketawa kecil melihat reaksi gadis itu.
“Apa kau fikir aku dah hilang akal ke nak bawa anak dara orang check in bilik yang sama?”Soal Zefrieq.
“Mana lah saya tahu. Boss ni otak bukan betul sangat. Kalau gila dia dah datang, bukan dia peduli anak dara ke mak dara ke nenek dara ke. Semua dia sapu.” Balas Fathrisya tanpa menghiraukan Zefrieq yang sudah mula panas hati dengan kata-katanya itu.
“Kalau aku dapat sumbat mulut celopar kau dalam gawang gol, sedap juga ni. Hisy! Kita tidur sini malam ni. Kau ingat aku nak biarkan kau balik Kl dengan keadaan kaki sakit macam tu? Kau kena rehat dulu malam ni.”
“Hah? Tak payah nak mengada lah boss nak kena tidur sini bagai. Berapa kali saya nak cakap, saya cedera bukan teruk sangat pun. Cepat lah Encik, kita balik Kl.” Desak Fathrisya seraya memasamkan wajahnya.
“Muka masam macam jeruk. Sekali aku pelempang baru tahu senyap. Kalau kau rasa aku boss, dengar je cakap aku. Jangan banyak bunyi. Bingit telinga.” Ujar Zefrieq seraya keluar dari perut kereta dan terus membuka pintu kereta di bahagian penumpang. Dihulurkan tangan kepada Fathrisya namun gadis itu hanya diam tidak bergerak. Dek kerana terlalu geram dengan Fathrisya yang tidak memberi respond, Zefrieq lantas menarik tangan Fathrisya dan dengan berhati-hati dia memapah gadis itu masuk ke dalam hotel. Fathrisya yang tidak punya kudrat untuk menolak lengan sasa Zefrieq hanya menurut dengan wajah cemberut.

***
“Kau pergi berehat dekat atas dulu. Bilik kau sebelah je dengan bilik aku. Nanti kalau ada apa-apa hal senang.” Zefrieq mendapatkan Fathrisya yang sedang duduk di lobi hotel sambil dihulurkan kepada gadis itu kunci biliknya.
“Nak pergi mana?” Soal Fathrisya acuh tak acuh. Malas mahu bercakap dengan lelaki yang sering sahaja memaksanya buat itu ini. Sebal sungguh hatinya waktu itu.
“Pergi beli baju untuk kita dua lah. Tak kan nak pakai baju yang sama sampai ke esok.” Balas Zefrieq yang sedang membetulkan tali lehernya.
“Nak ikut.”
“Kau jangan nak tunjuk keras kepala kau lagi. Karang apa pula jadi. Duduk dalam bilik berehat! Jangan nak mengada keluar tanpa izin aku.” Arah Zefrieq seperti gaya seorang suami yang gila kuasa.
“Boss tahu ke nak beli baju saiz apa untuk saya? Tak payah nak berlagak tahu lah. Tepi sikit.” Fathrisya yang mahu bangun dari duduknya ditahan oleh Zefrieq.
“Aku cukup benci kalau orang tak ikut arahan aku. Kalau aku cakap duduk dekat hotel sampai aku selesai cari barang, maknanya apa?”
“Maknanya saya kena duduk dalam bilik sampai pengsan.” Balas Fathrisya bersahaja.
“Bukan sampai pengsan! Sampai aku balik. Jangan sesekali langgar arahan. Buruk padahnya nanti.” Ujar Zefrieq tegas seraya menggamit seorang pekerja hotel itu.
“Tolong bawa kan wife saya ke bilik. Kaki dia sakit so tak larat nak jalan. Thank you.” Ujar Zefrieq kepada pekerja wanita yang murah dengan senyuman itu. Dijeling Fathrisya yang sedang berusaha untuk bangun dengan bantuan pekerja wanita itu.

“Suka-suka kau je cakap aku ni wife kau, dasar mamat annoying hidung tinggi!” Bebel Fathrisya kegeraman sambil perlaham-lahan dia meninggalkan kawasan lobi hotel itu dengan perasaan sebal.

Mr. Perfect Annoying! Bab25

Zefrieq Ezzraf memandu kereta tanpa bercakap sepatah pun dengan Fathrisya. Gadis itu hanya diam membisu sejurus mereka berdua masuk ke dalam kereta. Muka terpaksa Fathrisya mengikutnya ke Melaka dipandang sekilas. Dalam hati tak habis-habis mentertawakan gadis itu. Geli hati pula melihat wajah cemberut gadis itu.
“Tak boleh lagi buruk ke muka tu? Ada lagi yang paling buruk tak?” Zefrieq Ezzraf bersuara memecah kesunyian antara mereka. Memang hobinya menyakiti hati gadis itu.
“Ada. Lebih buruk dari ni saya boleh buat khas untuk Encik.” Balas Fathrisya bersahaja sambil membetulkan tudungnya.
“Mana? Tunjuk sikit? Baru suruh teman pergi tapak projek dah nak tarik muka sampai bermeter-meter. Kau sedar lah yang kau tu cuma kuli. Tugas kau ikut apa yang aku suruh buat. Muka tu senonoh sikit.” Ujar Zefrieq yang tidak senang dengan reaksi protes yang ditunjukkan oleh gadis itu.
“Saya bukan nak protes dengan arahan Encik. Masalahnya saya tak suka pergi tempat jauh-jauh berdua-duaan dengan suami orang. Nanti karang dituduhnya saya nak menggoda boss. Sepatutnya ajaklah Encik Farel sekali.” Ujar Fathrisya membangkang kata-kata Zefrieq Ezzraf yang sentiasa bercakap mahu menang sahaja.
“Aku punya pasal lah nak bagi arahan macam mana. Kau tak ada hak okay nak mempertikaikan. Siapa pula suami orang ni?” Soal Zefrieq yang pelik dengan wajah yang berkerut-kerut seperti mengingati sesuatu.
“Ya lah saya ni hanya kuli boss, yang terpaksa ikut semua arahan boss yang sentiasa menyesakkan jiwa saya. Eh, bukan haritu boss cakap boss dah kahwin? Yang dekat Pavillion tu wife boss kan?” Soal Fathrisya mahukan kepastian. Dia memandang wajah Zefrieq yang tenang memandu itu.
“Kalau sesak otak, dah rasa tak mampu nak layan kerenah aku. Resign je lah. Itu pun aku nak kena ajar?” Balas Zefrieq tanpa menghiraukan pertanyaan si gadis tentang statusnya sebagai suami orang.
“Er Encik. Encik tipu saya je kan pasal Encik dah berkahwin?” Hatinya mendesak mahu mengetahu status sebenar Zefrieq Ezzraf. Kelihatan lelaki itu seperti mahu mengelak. Geram sungguh Fathrisya kala itu.
“Aku dah kahwin ke, aku duda anak lapan ke. Aku kahwin dengan janda ke, itu aku punya pasal lah. Yang kau sibuk-sibuk nak tahu sangat kenapa? Cemburu?” Soal Zefrieq Ezzraf mahu menduga gadis itu. Dia sebenarnya pelik mengapa setiausahanya itu ingin sekali mengetahui sama ada dia sudah berkahwin atau tidak. “Jangan-jangan dia dah syok dekat aku tak?” Soal Zefrieq Ezzraf dalam hati.
“Eleh perasan! Tak ada maknanya lah saya nak cemburu dengan boss. Salah ke seorang setiausaha nak tahu pasal boss dia? Saya cuma tanya boss dah kahwin ke belum. Itu pun susah nak jawab.” Ujar Fathrisya cuba berdalih. Padahal dia sendiri mengharapkan supaya lelaki di sebelahnya itu belum dimiliki oleh sesiapa.
“Kau sebenarnya mengharapkan yang aku ni bujang kan? Betul tak Risya?” Soal Zefrieq sekali lagi menduga gadis itu. Entah kenapa mereka berbicara mengenai hati dan perasaan pula. Zefrieq sudah simpan senyum.
Soalan maut yang tidak diduga keluar daripada mulut Zefriq Ezzraf itu membuatkan Fathrisya tersentak. Lidahnya kelu tidak tahu mahu membalas apa. “Macam mana mamat ni boleh baca perasaan aku? Nampak sangat ke aku dah mula suka dekat dia?”
“Jawab lah Risya!” Desak Zefrieq sedikit kuat.
“Saya suka dekat boss!” Fathrisya menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan kerana sudah terlepas cakap. Malu tahap maksimum dirasakan saat itu. tidak berani ingin bertatapan dengan boss nya itu. Zefrieq juga terkejut dengan pengakuan setiausahanya itu. Dia sendiri tidak pasti sama ada kata-kata itu jujur dari hati atau disebabkan terlalu panik menyebabkan gadis itu menuturkan kata-kata keramat itu. Dia menjadi pelik seketika.
“Kau suka aku? Heh. Kau dengar sini baik-baik Risya. Aku suami orang. Kalau aku bujang sekalipun aku tak kan pernah suka kan kau. Kau tu perempuan kampung, lurus bendul! Tak sesuai langsung dengan aku. Cermin diri tu Risya sebelum nak pasang impian nak berlaki kan orang berada macam aku ni. Kau tak layak.” Balas Zefrieq mendatar. Ternyata egonya begitu tinggi sekali. Padahal si gadis sudah mulakan langkah pertama namun dia terlalu mengikut kata hati yang terlalu ego.
“Saya tahu boss. Saya memang tak pernah berpeluang nak suka dekat orang macam boss. saya hina miskin orang kampung. Boss anggap je lah apa yang saya cakap tadi tu sekadar gurauan. Saya minta maaf.” Tutur Fathrisya lemah. Nadanya juga berbaur kecewa dan sedih. Mungkin tidak menduga kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh Zefrieq. Dia bertekad untuk membuang jauh-jauh perasaan yang sudah mula bercambah buat lelaki hidung tinggi itu. Zefrieq hanya diam membisu. Jauh di sudut hati dia sedikit terkesan dengan kata-kata Fathrisya namun sengaja dibiarkan begitu. Tidak mahu terlalu mengikut naluri hati.

****
Mereka sampai di tapak pembinaan kira-kira pukul 3.30 petang. Kelihatan pekerja-pekerja sedang bertungkus-lumus membuat kerja masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan. Zefrieq sudah mula mengatur langkah untuk masuk memantau pembinaan taman rekreasi itu. tiba-tiba dia berpaling semula ke arah Fathrisya yang sedang bersandar di pintu kereta.
“Kau tunggu dekat sini. Jangan ikut masuk. Bahaya kat dalam tu.” Ujar Zefrieq yang prihatin tentang keselamatan Fathrisya. Namun, sengaja dia tidak mahu terlalu menunjuk. Risau jikalau gadis itu perasan.
“Nak jugak.” Ujar Fathrisya keras. Dipandang muka Zefrieq Ezzraf yang putih kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari. Sungguh bergaya lelaki itu.
“Apa masalah kau ni? Pekak ke tak dengar aku cakap apa tadi? Kau tu perempuan. Tunggu dekat sini sampai aku datang.” Balas Zefrieq yang sudah mula bengang dengan kata-kata gadis itu. ada sahaja arahan nya yang Fathrisya mahu bangkang.
“Boss pun nak jadi pekak macam saya juga? Saya cakap nak ikut, maknanya nak ikut lah. Dah, jom!” Ajak Fathrisya sambil mengatur langkah mahu meninggalkan Zefrieq.
“Kau jangan nak naik kan darah aku Risya. Kan dalam tu bahaya. Karang kalau apa-apa jadi aku juga kena tanggung! Pergi duduk dalam kereta sekarang!” Arah Zefrieq seraya menghulurkan kunci keretanya kepada gadis itu namun Fathrisya hanya memandang sepi kunci yang berada di tangan Zefrieq.
“Apa guna boss angkut saya ke sini kalau saya tak boleh masuk sekali. Suka hati saya lah.” Ujar Fathrisya yang masih berdegil itu. Dengan pantas dia masuk ke dalam tapak pembinaan itu. Zefrieq mendegus kegeraman melihat kedegilan gadis itu.
“Perempuan kepala batu! Degil betul lah kau ni!” Bentak Zefrieq seraya mengikuti langkah gadis itu.

****
“Bila agak-agaknya projek ni boleh siap ya Fendi?” Soal Zefrieq yang sudah selesai melawat tapak pembinaan yang padanya menepati keinginannya.
“Kalau ikut kan sekarang ni baru siap 50 peratus. Lebih kurang dalam 4bulan lagi kalau tak ada aral melintang, Encik Zefrieq.” Ujar Affendi sambil tersenyum.
“Hm. Saya nak awak pastikan keselamatan pekerja-pekerja kita setiap masa selama projek pembinaan ni berjalan. Saya tak nak dengar sebarang kecederaan. Pastikan semuanya lancar. Ingat, keselamatan para pengunjung taman rekreasi ni bila siap nanti adalah keutamaan dan tanggungjawab kita.” Pesan Zefrieq panjang lebar.
“Baik lah Encik Zefrieq. Saya sentiasa mengikuti perkembangan projek ni dari semasa ke semasa. InsyaAallah semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang kita rancangkan.” Ujar Affendi meyakinkan Zefrieq Ezzraf.
“Saya percayakan awak Fendi. Tolong jangan sia-siakan kepercayaan saya.” Ujar Zefrieq tegas. Dia sememangnya sangat komited dan tegas ketika bekerja.
“Terima kasih sebab masih lagi percaya kan saya. Saya akan..” Belum sempat Affendi menghabiskan ayatnya yang seterusnya, seorang pekerja buruh binaan menerpa ke arah mereka dengan wajah cemas.
“Kenapa dengan awak ni Latip?” Soal Affendi yang terkejut dengan kehadiran secara tiba-tiba lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu. Seperti ada yang tidak kena.
“Encik. Ada seorang perempuan terkena serpihan kaca di belakang sana. Kaca terlepas dari tangan salah seorang pekerja indon, terus terjatuh di atas kaki perempuan tu. Teruk juga Encik.” Cerita lelaki yang dikenali sebagai Latip itu kepada Encik Affendi. Serta-merta Zefrieq teringat tentang Fathrisya yang masuk terlebih dahulu ke tapak pembinaan. Gadis itu tiada bersama dengannya sedari tadi. Peluh mula merenik di dahi Zefrieq.
“Jom kita ke sana Encik Zefrieq!” Ujar Affendi kalut seraya mengikuti langkah Latip. Zefrieq sudah terlebih dahulu memintas mereka berdua dengan wajah yang cemas.

*****
“Kan aku dah cakap jangan masuk sekali! Tengok apa dah jadi sekarang!” Marah Zefrieq yang sudah mendapatkan Fathrisya yang sedang menangis teresak-esak di tepi pondok tempat pekerja-pekerja berehat. Fathrisya dikerumuni beberapa orang pekerja yang membantunya tadi sewaktu dia ditimpa kemalangan.
“Teruk juga kaki dia ni Encik Zefrieq. Bawa dia ke klinik lah kalau macam tu.” Cadang Affendi yang turut sama cemas.
“Yang lain boleh sambung buat kerja. Saya ucapkan terima kasih kepada yang membantu. Lain kali tolong jangan cuai. Sini tempat kerja buat taman permainan.” Ujar Zefrieq keras sambil bercangkung di hadapan Fathrisya yang sedang memegang kakinya yang berdarah itu. Hatinya berpalu kerisauan melihat kesakitan yang ditanggung gadis itu.
“Lain kali dengar cakap aku. Kalau kau tak menggedik nak ikut sekali, benda ni tak akan jadi lah!” Marah Zefrieq yang masih lagi geram dengan gadis itu. Fathrsiya hanya tunduk merenung simen. Dia sedar akan kesilapannya namun mulutnya tidak terdaya untuk membalas kata-kata Zefrieq memandangkan lelaki itu sedang dalam mood tidak baik.
“Kalau bertekak macam ni makin melarat lah luka dia tu Encik Zef.” Tegur Affendi yang sedari tadi menjadi pemerhati.
“Jom aku bawa ke klinik!” Ujar Zefrieq seraya mahu mengendong Fathrisya yang sedang tersandar itu.
“Saya boleh jalan lah Encik. Tak perlu nak kendong saya.” Bantah Fathrisya yang segan dengan Zefrieq yang sudah mula mahu merangkul bahunya untuk di bawa ke dalam kereta. Tidak seleasa dia berkeadaan begitu dengan lelaki itu.
“Boleh jalan kebendanya dengan kaki berdarah macam tu? Kau jangan degil boleh tak. Kita pergi check dokter, tengok ada lagi tak serpihan kaca dalam kaki tu.” Dengan wajah masam mencuka Zefrieq merangkul bahu gadis itu dan tak sampai beberapa saat Fathrisya sudah berjaya dikendong kemas. Fathrisya hanya diam membisu melihat kedegilan lelaki itu. Wajahnya dipaling untuk tidak memandang Zefrieq Ezzraf yang sedang merenung ke dalam bebola matanya. “ Comel.” Desis hati Zefrieq.
“Er Encik. Cepat lah bawa ke klinik. Saya risau kalau keadaan kaki Cik ni makin teruk nanti.” Ujar Affendi mematikan lamunan pendek Zefrieq. Zefrieq yang tersedar dari lamunan mengukir senyuman nipis buat jurutera projek pembinaan ini.

“Saya pergi dulu Fendi.” Ujar Zefrieq meminta diri seraya berlalu ke arah keretanya yang berada di luar tapak pembinaan.

*Mamat annoying dah jatuh cinta? hehehe. nantikan bab seterusnya (;