Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 21 January 2017

Sandaran Terakhir Bab8


“Sayang, kenapa you ajak I jumpa waktu I tengah kerja ni? I tak boleh lama ni, sekejap lagi I ada meeting.” Nazhan bersuara sebaik sahaja dia tiba di restoran itu. Sebentar tadi Adra Sofia mendesaknya supaya bertemu dengan gadis itu sebentar. Katanya ada perkara yang perlu dibincangkan.

“Ada I kisah? Bisness you tu, tak ada kaitan dengan I.”

“Kenapa you bad mood ni sayang? Tak sihat eh?” soal Nazhan sambil tangannya segera meraba dahi gadis itu.

“You ni apahal pegang-pegang I?” marah Adra Sofia bersama jelingan tajam. Nazhan yang murah dengan senyuman sedari tadi tersentap untuk seketika. Tidak tahu mengapa begitu dingin sekali layanan kekasih gelapnya pada hari ini.

“Kenapa dengan you ni? Cuba cerita dekat I, apa kena dengan you ni, ada masalah apa?”

“I dah cakap dengan you kan, yang I tak nak isteri you bersemuka dengan I. Ini apa cerita ni Nazhan? Isteri you serang I, you tahu tak?”

“What? Isteri I jumpa you?” soal Nazhan dengan wajah yang jelas terkejut. Sungguh! Dia tidak tahu menahu tentang perkara itu, wajarlah Adra Sofia bersikap dingin dengan dirinya.

“You tak payah nak buat-buat terkejut la. Isteri you kan, you sepatutnya lebih tahu.”

“Sumpah sayang! I memang tak tahu apa-apa. Bila dia jumpa you?”

“Dua hari yang lepas. Dia siap warning dekat I lagi supaya tinggalkan you. You tahu tak, sekarang ni nama baik I dah tercemar. Macam mana kalau orang lain tahu yang I ada hubungan dengan suami orang? I risau sangat, kalau Ruzail tahu tentang ni.” soal Adra Sofia bersama wajah resah.

“Habis tu you nak salahkan I lah ni? I memang tak tahu apa-apa pasal dia nak serang you. Kalau I tahu, tak kan la I nak biarkan je?”

“Ini memang salah you pun. Kalau you tak mengaku dengan isteri you yang you ada hubungan dengan I, perkara macam ni tak akan terjadi. Sebab you la, tak fikir panjang. Ikutkan sangat nafsu marah you tu.”

“You tak boleh nak letak semua kesalahan dekat I je Adra. I tersepit masa tu, lagipun I dah tak sanggup nak tipu isteri I. Pada I, biarlah dia tahu. Walaupun kenyataan yang dia terpaksa hadapi tu memang menyakitkan. Tapi ni kehidupan, dia kena redha.” ujar Nazhan yang tidak mahu mengaku kesilapannya.

“You tersepit, yang jadi mangsanya I. Malu muka I ni tahu tak, bila dia serang I dekat tempat awam. Hei, kalau ikutkan hati I, memang dah makan penampar dah isteri you tu. Celupar sangat mulut dia, suka-suka je nak tuduh I macam-macam. Macam mana you jaga isteri you eh?”

“Dia cakap apa dengan you?”

“Dia panggil I perempuan murah, dia cakap I ni perempuan tak tahu malu nak menggoda suami dia. Hei, I ke yang goda you? Bukan ke you tergoda dengan sendiri nya? I tak cari you tau Nazhan, you yang datang dekat I. You juga penyebab I curang dengan Ruzail.”

“I minta maaf bagi pihak isteri I. I tahu la macam mana nak uruskan dia nanti. I betul-betul minta maaf. You jangan fikirkan sangat lah apa yang dia cakapkan dekat you tu. I tetap dengan keputusan I, I tetap tak akan tinggalkan you.” Nazhan menyentuh lembut jemari Adra Sofia yang berada di atas meja. Wanita itu hanya memandang wajahnya dengan pandangan kosong.

“I nak you selesaikan cepat dengan isteri you. Jangan sampai I buat sesuatu di luar kawalan I. Jangan sampai sabar I habis. I masih lagi boleh bersabar bila dia tuduh I perempuan murah la apa la, tapi kalau dia serang I lagi sekali. I tahu la apa yang I akan buat dekat dia.” ujar Adra Sofia lalu dia menyisip sedikit minumannya.

“Ye sayang. I akan selesaikan cepat dengan isteri I.”

“I nak bagitahu you ni, tak lama lagi kita dah tak boleh macam ni. I tak nak terikat dengan you sampai bila-bila. Kita perlu noktahkan semua ni Nazhan.” ujar Adra Sofia dengan nada serius.

“Apa maksud you? You nak tinggalkan I macam tu je ke?”

“You tahu kan yang I memang tak akan kahwin dengan you sebab I terlalu cintakan Ruzail. Lagipun you dah ada keluarga sendiri, I rasa I terlalu kejam kalau I sanggup rampas kasih sayang you terhadap keluarga you. Cukup la selama ni apa yang I dah lalui dengan you. We should end this.”

“No Adra. You tak boleh buat keputusan terburu-buru macam ni. I masih perlukan you dan I akan tetap perlukan you. You milik I Adra.”

“Nazhan, I tak nak bagi you apa-apa harapan. Dari awal lagi kita kenal, you sendiri tahu I memang pasang impian untuk kahwin dengan Ruzail. Tapi you jangan la risau, I belum nak kahwin dengan dia lagi. So you releks dulu okey? Kita masih boleh berhubung macam biasa. Cuma, satu hari nanti, I kena pergi juga dari hidup you.” Adra Sofia bangkit dari duduknya setelah selesai berkata-kata.

“I merayu dekat you, untuk masa terdekat ni, jangan pergi lagi.” Nazhan juga sudah berdiri. Dia merenung bebola mata wanita itu. Sungguh, kasihnya buat wanita itu seperti tiada pengakhirannya.

“Ye Nazhan. I ada, you jangan lah risau. Cuma nanti, kita kena berpisah juga sebab haluan kita berbeza.”

“I sentiasa berdoa supaya pintu hati you akan terbuka untuk I. I tak pernah berhenti mengharapkan you terima I. Kalau you sudi terima I, I akan tinggalkan keluarga I. Demi you sayang.” Nazhan sudah nekad, padanya tiada gunanya untuk dia meneruskan perkahwinannya bersama Nuha jikalau seluruh jiwanya kini sudah beralih pada Adra Sofia.

“You tak payah nak beria sangat doa, jawapan I tetap sama. I tak akan terima you sebab hati I dari dulu lagi hanya ada Ruzail. I pergi dulu, malam nanti jumpa dekat club.”

“Adra, I hantar you balik okey?”

“I drive la, you pergi la meeting you tu. Anything, you call I okey?”

“Okey, you drive elok-elok. I nak you tahu, yang I selalu sayangkan you. Cinta I untuk you, tak pernah terpadam.” Adra Sofia hanya membalas kata-kata Nazhan dengan senyuman sinis sahaja. Meskipun mereka akrab dan kadangkala seperti pasangan suami isteri, namun dia hanya menyanyangi Ruzail seorang sahaja. Tiada yang kedua mahupun ketiga dihatinya.








*****
“Adra, duduk dulu. Ayah dengan mama ada perkara penting yang nak bincangkan dengan kamu.” Sebaik sahaja Adra Sofia menjejakkan kaki untuk masuk ke dalam rumah, namanya sudah diseur oleh ayahnya. Dia yang ingin segera merehatkan badannya di atas katil empuknya mendengus kegeraman.

“Ada apa? Kalau ayah dengan mama nak cakap pasal syarikat, lupakan je lah okey? Adra tak berminat langsung nak dengar.” balasnya lalu dia meneruskan langkah kakina untuk ke tingkat atas.

“Adra! Kenapa biadap sangat ni? Boleh tak tunggu dulu? Dengar dulu apa yang ayah nak cakap ni?” Kali ini kesabaran Datin Zureen diuji apabila Adra Sofia seperti tidak mengendahkan mereka berdua.

“Apa lagi? Nak cakap apa?” soalnya dengan wajah memberontak kemarahan.

“Duduk dulu Adra.” arah Dato’ Haslan dengan tegas sekali.

“Okey, ayah dengan mama nak cakap apa? Penting sangat ke?”

“Berapa lama lagi kamu nak berhubungan dengan Ruzail tanpa ada sebarang ikatan? Dia tak pernah cakap pasal kahwin ke dengan kamu?” soal Dato’ Haslan setelah beberapa saat dia berdiam diri.

“Ada je. Tapi dia cakap, bila dia dah bersedia, bila semuanya dah stabil. Barulah dia akan datang jumpa ayah dan mama untuk bincangkan pasal kahwin. Kenapa?”

“Sebab ayah rasa dah tiba masanya untuk kamu berdua ni kahwin. Adra, kamu tu bukan muda lagi. Ayah suruh kerja dekat syarikat kita kamu tak nak, jadi ayah rasa lebih baik kamu kahwin jelah. Daripada hidup tak tentu arah macam ni, susah hati kami ni.” Luah Dato’ Haslan yang sememangnya sangat risau tentang kelakukan anak sulungnya.

“Relaks la ayah, mama. Adra rasa, ayah dengan mama tak payah lah susah payah nak fikirkan pasal perangai Adra ni. Sebab Adra ni dah besar tau, dah boleh fikir mana yang baik dan buruk. Lagipun ini tentang masa depan dan hidup Adra, biarlah Adra yang tentukan sendiri.”

“Kalau Adra boleh tentukan sendiri, tak adalah mama dengan ayah nak susah hati. Ini Adra tengoklah diri Adra sendiri, tak terurus. Dengan tak kerja nya, setiap hari Adra keluar. Tapi mama dengan ayah tak tahu kemana Adra pergi.” Kali ini Datin Zureen pula bersuara. Tetapi nada suaranya tenang sahaja.

“Adra bukannya budak kecil yang nak kena bagitahu dekat ayah dengan mama kemana Adra pergi. Bosan lah cakap pasal ni, boleh tak ayah dengan mama tak perlu nak sesakkan kepala otak fikir pasal Adra? Adra tahu nak jaga maruah keluarga kita. Jangan risau.” ujarnya yang sudah mula bosan dengan perbincangan pada petang itu.

“Minggu lepas ayah ada terserempak dengan Uncle Razman, ayah si Ruzail tu. Secara tak langsungnya kitaorang bercerita tentang hubungan kamu berdua. Ayah dia pun risau jugak, anak dia bawa kamu kehulur kehilir tanpa ada ikatan. Jadi kami dah berbincang supaya kamu dan Ruzail disatukan dalam waktu terdekat ni. Senang, lagipun bukannya dia tak mampu. Nak tunggu apa lagi kan?”

“Eh? Ruzail tak ada cakap apa-apa pun?” soal Adra Sofia kehairanan.

“Ayah pun tak faham la apa yang dia nak tunggu lagi. Rasanya semuanya dah stabil sekarang ni. Syarikat yang dia tengah uruskan ni pun, bukan calang-calang syarikat. Dia serius tak dengan Adra ni?”

“Serius la ayah, tapi Adra ni jenis yang tak suka nak mendesak dia. Dari awal lagi dia cakap, bila dia dah bersedia nak jadi suami, nanti dia akan bagitahu. Setakat ni dia tak ada cakap apa-apa lagi. Dia pun tahu Adra masih muda lagi dan Adra nak enjoy dulu.”

“Adra Adra… Adra dengan Ruzail tu bukan baru lagi tau. Dah bertahun-tahun dah kamu berdua bercinta. Kalau dia cakap macam tu, kamu tegas la sikit. Nak tunggu sampai bila? Sampai masing-masing dah berumur baru nak kahwin? Sampai bila nak buat maksiat?” soal Datin Zureen dengan pandangan matanya tajam merenung anak tirinya.

“Macam ni la, kalau Ruzail dah bersedia nak kahwin. Adra akan segera bagitahu ayah dengan mama okey? Dah la, kita bincang macam ni pun bukannya esok Adra boleh kahwin dengan dia.” Adra Sofia sudah mengangkat punggungnya untuk berlalu ke tingkat atas.

“Kamu desak sikit si Ruzail tu supaya cepat-cepat masuk meminang. Kalau tak nak kahwin dalam masa terdekat ni, elok putus jelah. Bercinta tapi tak ada hala tuju untuk kahwin. Tak guna juga.” ujar Dato Haslan dengan wajah serius.

“Ayah ni dah kenapa? Pandai-pandai nak suruh Adra break dengan Ruzail pulak? Pandai la Adra uruskan tentang urusan peribadi Adra. Ayah tak payah sibuk lah, jaga je lah rumah tangga ayah ni. Sibuk sangat nak uruskan hidup Adra.”

“Kurang ajar kamu ni Adra! Sampai bila ayah nak hadap perangai kamu ni?” tengking Dato’ Haslan yang sudah berdiri.


“Sampai ayah mati la kut.” balasnya selamba. Tanpa mempedulikan ayahnya yang melaung memanggil namanya berulang kali, dia segera menghanyunkan langkah kaki untuk ke tingkat atas.

Thursday 19 January 2017

Sandaran Terakhir Bab 7

Tengah hari itu, Adra Sofia memilih salah sebuah Restoran Arab yang terkenal di ibu kota itu sebagai destinasi untuk dia menjamu selera. Selesai membuat pesanan, dia membuang pandang ke luar restoran. Fikirannya tertumpu pada Ezzaidi Farhad. Sudah hampir seminggu lelaki itu mendiamkan diri, mungkin Ezzaidi merajuk dengannya kerana dia menuduh lelaki itu tanpa bukti. Untuk meminta maaf dengan lelaki itu, dia tidak rasa dia akan melakukannya kerana Adra Sofia bukanlah seorang manusia yang senang-senang sahaja mahu menjatuhkan egonya.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba seorang wanita berdiri di hadapannya bersama wajah serius. Adra Sofia segera mendongak untuk melihat siapakah gerangan wanita di hadapannya itu.

“Adra Sofia?”

“Yes, I Adra. Tapi you ni siapa ya?” soal Adra Sofia dengan perasaan hairan. Hairan, bagaimana wanita yang tidak dikenalinya itu tahu namanya?

“Eh, you ni siapa? Suka hati you je kan nak duduk tanpa izin I?” Adra Sofia bersuara sedikit lantang apabila wanita itu dengan selambanya menarik kerusi untuk duduk satu meja dengan dirinya.

“Cik Adra Sofia, sama ada awak izinkan saya duduk sini ataupun tidak. Itu bukan masalah saya. Masalah saya sekarang ni adalah saya perlu selesaikan sesuatu dengan awak.”

“Selesaikan apa? I kenal you pun tak. You ni salah orang kut!”

“Awak memang tak kenal saya, sebab kita tak pernah bersemuka sebelum ni. Tapi awak sangat mengenali suami saya.” Mendengarkan ayat terakhir yang dituturkan oleh wanita itu, wajah Adra Sofia sudah berubah riak. Sah, bala sudah datang!

“Kenapa senyap? Jangan nak reka alasan yang awak tak kenal Nazhan pula ye.” Sinis wanita itu memerli. Adra Sofia harus berlagak tenang, meskipun dia tidak menyangka isteri kepada kekasih gelapnya akan mencari dirinya.

“I kenal suami you. So, apa masalah you?”

“Apa masalah saya? Awak boleh tanya soalan macam tu. Adra, awak jangan buat-buat bodoh boleh tak? Kenapa mesti suami saya? Kenapa mesti bercinta dengan suami saya?”

“I tak cari suami you, tapi suami you yang cari I. Hampir setiap hari dia mengadu dekat I yang dia dah tak ada apa-apa perasaan dekat you. You yang tak pandai nak layan dia. Salah I ke?” soalnya tanpa sedikit pun terlukis riak bersalah di wajahnya.

“Kalau awak tak menggoda dia, dia tak akan jatuh cinta dan tergila-gila kan awak! Tengok sajalah pakaian awak yang menjolok mata ni, siapa je yang tak tergoda? Jangan nak salahkan suami saya punca semua ni berlaku, tapi tengok diri awak tu Adra.” bidas Nuha sambil matanya membelek pakaian yang dipakai oleh Adra Sofia. Wanita itu memang mempunyai potongan badan yang menarik serta kulitnya yang putih mulus. Wajarlah suaminya tidak lena tidur malamnya kerana wanita yang mendampingi suaminya cukup menawan.

“Eh? You nak letak semua kesalahan dekat I? Oh my god! You ni memang betul-betul tak sedar diri tau. Kalau you nak cakap I sengaja nak goda suami you, you silap besar la. Sebab I tak pernah cari dia, tapi dia yang selalu cari I. Dah dia sendiri yang cari I kan, tak kan lah I ni sebagai seorang perempuan yang baik-baik, nak tolak dia macam tu je kan? Lagipun, Nazhan datang dengan pakej lengkap. Boleh tahan suami you tu, ada rupa, ada harta, tapi sayang lah. Dia tak bahagia langsung dengan perkahwinan dia. Itu yang I kesian dekat dia, I kongsi la sikit kasih sayang dengan suami you. Sharing is caring, kan?”

Semakin terbakar hati Nuha mendengar kata-kata sinis yang dituturkan oleh Adra Sofia. Kalau ikutkan hatinya yang sedang panas mendidih, ingin sahaja dia menghadiahkan sebiji penampar tepat ke bibir wanita itu. Kurang ajar sungguh!

“Sebelum dia kenal dengan awak, saya boleh katakan dia adalah seorang suami yang sangat penyabar, lemah-lembut dan dia tak pernah berkasar dengan saya. Tapi disebabkan nak pertahankan cinta maksiat korang berdua ni, dia sanggup tengking, jerkah saya macam saya ni orang gaji dia. Ini semua terjadi selepas dia kenal dengan awak. Awak tak rasa bersalah ke Adra sebab awak punca dia berubah? Rumah tangga kami hampir musnah kerana awak, tahu tak!” Air mata jernih sudah mula mengalir di pipi Nuha. Dia membiarkan sahaja tanpa mahu menyeka. Biarlah wanita yang merampas kebahagiaan rumah tangganya melihat sendiri penderitaan yang dia lalui.

“Hampir nak musnah kan? Belum musnah lagi kan. Ada masa lagi tu nak betulkan yang mana kurang. You masih lagi ada masa nak ubah diri you supaya Nazhan tergoda dengan you semula.” Selamba sekali tutur bicaranya. Nasi arab yang dipesan sudah sampai. Tanpa mempelawa tetamu tidak diundang itu, dia segera menjamah makanannya yang nampak begitu menyelerakan.

“Ya, memang setiap hari saya cermin diri saya dan saya cuba untuk muhasabah diri I. Apa yang kurang pada saya sampai dia sanggup cari perempuan lain. Saya sedang cuba untuk jadi yang terbaik untuk suami saya. Tapi saya nak minta sangat, saya bercakap ni atas dasar hati perempuan. Saya harap sangat awak faham apa yang saya rasa, tolong tinggalkan suami saya.” Keras kedengaran bicaranya. Adra Sofia yang sedang menjamu selera hanya beriak tenang sahaja.

“Tolong la Adra, saya sayang sangat suami saya. Saya dengan Nazhan kahwin atas dasar cinta. Bertahun-tahun kami bercinta dan ALHAMDULILLAH dia selamat jadi suami saya beberapa tahun yang lepas. Tapi sekarang ni, saya rasa cahaya kebahagiaan dalam mahligai saya semakin samar-samar. Tolong saya Adra, tinggalkan dia dan biarkan dia bahagia bersama saya.” Nuha merayu lagi.

“Nazhan ada bagitahu I yang dia memang tak berminat langsung nak teruskan perkahwinan korang berdua. Dia tak bahagia dengan you, you sorang je yang syok sendiri nak pertahankan rumah tangga you. You tak rasa macam you ni melutut pada orang yang tak sudi?”

“Dia tak bahagia dengan saya sebab awak masih lagi ada dengan dia. Awak tahu dia suami saya, tapi kenapa awak masih berdegil nak kacau rumah tangga kami? Nazhan ada tanggungjawab terhadap anak-anak kami. Sanggup ke awak pisahkan Nazhan dengan zuriat dia sendiri?”

“I tak suruh pun dia ceraikan you. I dengan Nazhan memang pasangan kekasih, tapi I tak bercadang pun nak kahwin dengan dia. Buat apa la I nak jadi isteri nombor dua dia kan? Apatah lagi berkongsi kasih dengan perempuan macam you, jatuh la standard I.” ujarnya dengan nada penuh keangkuhan.

“Ye, memang awak tak suruh dia ceraikan saya dan dia pun tak akan ceraikan saya. Dia masih lagi fikirkan tentang anak-anak kami. Itu bukti yang dia masih sayangkan perkahwinan kitaorang. Sebab itulah saya merayu pada awak, tinggalkan dia. Saya tak nak Nazhan menjalinkan hubungan terlarang dengan awak. Bukan saya tak tahu setiap kali dia balik lewat ke rumah, dia keluar dan habiskan masa dengan awak. Jangan jadi perempuan murah!”

“I perempuan murah? Wow! Lancang gila mulut you! I rasa kan, Nazhan ni tersilap pilih isteri la. Masa awal-awal dia kahwin dengan you, dia tak gunakan kepala otak dia. Sebab itulah dia ada isteri yang bercakap tak gunakan otak. Hei you dengar sini eh! I tak pernah paksa Nazhan supaya tetap setia dengan I, I juga tak pernah kikis duit Nazhan untuk penuhi keinginan I. Kalau itulah yang you fikirkan, kenapa I kacau suami you. You silap. Apa yang ada pada Nazhan, tak ada pada lelaki lain. You tanya la suami you, dia nak ke I tinggalkan dia?” Adra Sofia sudah mula mahu mengamuk mendengar sebaris kata-kata terakhir yang dilemparkan kepada dirinya.

“Tapi Nazhan dah ada keluarga! Awak boleh cari lelaki lain untuk awak goda, bukan suami saya!” ujar Nuha separuh menjerit. Berhadapan dengan kekasih suaminya, memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana wanita itu sangat berbisa apabila berkata-kata.

“You tak payah la nak buang masa I dengar luahan bodoh you ni. You meraung la depan I sekalipun, air mata you tu, tak akan dapat ubah apa-apa pun. I boleh pergi dari hidup suami you, kalau dia yang tinggalkan I dulu. Kalau tak, you hidup jelah macam ni. Seronok jugak kan, ada suami tapi macam tak ada suami. You boleh cari lelaki lain untuk isi kesunyian you tu.” tutur Adra Sofia lalu dia segera bangun dari duduknya. Lama-lama disitu hanya akan membuang masanya sahaja. Dia tidak punya masa untuk mendengar luahan wanita itu. Padanya itu bukan masalahnya, pandai-pandai lah selesaikan sendiri.

“Saya tak akan pernah putus asa untuk pertahankan mahligai cinta saya!” ujar Nuha dengan penuh rasa marah sebelum dia berlalu pergi.






****
Ezzaidi Farhad baru sahaja selesai bermain futsal bersama rakan-rakannya. Sudah lama rasanya dia tidak beriadah mengeluarkan peluh kerana kesibukan menguruskan kafe. Ketika dia sedang mengelap peluh dengan tuala sebesar tapak tangan, bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Lantas, dia segera menoleh.

“Nak apa?” soalnya tanpa nada. Tanpa menunggu Adra Sofia bersuara, dia segera mencapai beg kecil yang berada di atas meja lalu dia mengorak langkah laju.

“Ezzaidi! You cepat-cepat ni nak pergi mana?” Terkedek-kedek Adra Sofia mengatur langkah untuk mengejar Ezzaidi.

“Nak balik la, tak kan nak tidur dekat sini pulak?” balasnya tanpa memandang wajah Adra Sofia. Bukan Adra Sofia tidak tahu lelaki itu bersikap begitu kerana masih marahkan dirinya.

“Tunggu lah I…” rengeknya manja.

“You nak apa sebenarnya ni? You nak tuduh I apa lagi kali ni?” Ezzaidi berhenti melangkah. Dia sudah berdiri betul-betul di hadapan wanita itu.

“Mana ada nak tuduh you apa-apa. I cuma nak jumpa you je, dah seminggu dah you senyapkan diri dari I.”

“Suka hati I la nak senyapkan diri ke, nak jauhkan diri daripada you ke. Itu hak I okey.” ujarnya lalu dia segera berlalu pergi untuk menuju ke parkir keretanya.

“Ezzaidi. You nak suruh I minta maaf dekat you ke, baru you nak cakap dengan I?”

“Pernah ke you minta maaf dengan I bila you buat salah? You kan tak habis-habis dengan ego dan keras kepala you tu.” balasnya yang sudah pun membuka pintu keretanya.

“Exactly! Memang I tak akan minta maaf dekat you pun.” Ujarnya selamba sambil menutup semula pintu kereta yang telah dibuka oleh Ezzaidi.

“Okey, kalau macam tu, I sarankan supaya you pergi balik rumah sekarang. I penat, nak balik terus.”

“Ezzaidi, jom la kita minum-minum dulu. You dah lama tak jumpa I kan?”

“I nak dengar you minta maaf, now.” arahnya tegas.

“No way. Ez dah lah, I penat tahu tak kejar-kejar you macam ni. Jangan lah nak merajuk lagi dengan I. You tu dah besar tau, merajuk-merajuk ni budak kecil je.”

“You datang sini naik apa?”

“Naik teksi, I malas nak drive sebab I nak you hantar I balik rumah nanti.”

“Kalau macam tu, jom lah, I hantar you balik rumah.” pelawanya dengan nada lembut. Susah bagi Ezzaidi untuk menyimpan rasa tidak puas hati terhadap teman baiknya itu dalam tempoh yang lama.

“I tak nak balik rumah dulu. I nak lepak-lepak dengan you. You mesti belum makan lagi kan?”

“Ni mesti ada something yang you nak cerita dekat I kan? Dah, pergi lah masuk kereta. Kita lepak mamak.” ujar Ezzaidi lalu dia segera meloloskan dirinya ke dalam kereta Produa MyVi miliknya.



Selepas selesai membuat pesanan, Ezzaidi membuang pandang ke luar jalan. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan untuk memulakan bicara. Adra Sofia juga kelihatan sibuk merenung telefon pintarnya.

“Ez, you dah lama tak main futsal. Kenapa tiba-tiba join kawan-kawan you main futsal?”

“Sebab I rasa I dah lama sangat tak keluarkan peluh. Nanti berlemak lah badan I kalau tak exercise. Yang you pulak, mana you tahu I ada dekat sini?”

“I call Hazeem, kawan baik you tu. Dia lah yang bagi tahu I you dekat mana. You ni pun satu lah, kenapa nak merajuk dengan I lama-lama? You tahu tak, kaki I ni gatal je nak melangkah ke kafe. Tapi bila fikir-fikir balik yang you tengah merajuk dengan I, terus tak jadi.”

“Rindu I eh?” soal Ezzaidi bersama sengihan nakal.

“Rindu you? Hei! Memang tak lah Ez. You tu siapa je yang I nak rindukan?” balasnya dengan nada sarkastik.

“Apa salahnya rindu kawan baik sendiri. I pun selalu lah jugak rindu you, lagi-lagi masa kita gaduh seminggu ni. I tengah bancuh kopi pun, I terbayang muka you tau.” Sengaja dia mahu mengusik Adra Sofia. Wanita itu ketawa halus.

“Melampau betul la you ni! Jangan nak samakan I dengan minuman hitam legam tu okey!”

“Sesuai lah dengan you, hati you kan gelap macam air kopi.” tuturnya selamba.

“You semakin biadap ye Ezzaidi.” Gumammnya perlahan. Geram sungguh dengan bicara lepas lelaki itu.

“Sebab I belajar dari you lah Adra. Oh ya, you datang jumpa I ni, mesti you nak cerita sesuatu kan. Apa dia?”

“Hmm… Siang tadi kan, isteri kepada Nazhan, kekasih gelap I tu. Dia datang jumpa I. Terkejut gila kut I. Sebab I memang tak sangka perempuan tu akan datang jumpa I.”

“What? Dia dah tahu lah yang suami dia ada hubungan dengan you?” soalnya yang turut terkejut.

“Ya, dari mana dia tahu, itu I dan Nazhan pun tak tahu. Mungkin dia siasat suami dia kut. Yang si Nazhan ni pun satu hal, ada ke patut dia layan isteri dia macam sampah. Dia cakap dengan isteri dia, yang dia dah tak ada apa-apa perasaan dengan isteri dia. Mana lah isteri dia tak curiga dengan dia.”

“Dia layan isteri dia macam sampah tu sebab you. You sedar tak you ni perosak rumah tangga orang?” marah Ezzaidi bersama panahan matanya tepat menikam wajah bersahaja Adra Sofia. Kalau Adra Sofia tidak serik juga, tidak tahu lah dia mahu cakap apa. Buntu memikirkan cara supaya Adra Sofia berhenti memainkan hati dan perasaan orang lain.

“Apahal pulak sebab I? Eh, masalah rumah tangga dia tak ada kaitan dengan I la. Nazhan tu bosan dengan isteri dia. Ye lah, hadap muka yang sama setiap hari. Itu yang dia cari I untuk dapatkan kebahagiaan yang dah lama hilang dalam rumah tangga dia.”

“Hei, you ni tak pernah nak fikir perasaan orang lain kan? You ni perempuan tau Adra. Isteri si Nazhan tu pun perempuan jugak. Sepatutnya you faham perasaan perempuan lain. Cuba you bayangkan bila you dah kahwin nanti, kalau ada mana-mana perempuan ganggu suami you. You tak rasa nak marah ke? Ke you tak ada perasaan?”

“Apa pulak nak kaitkan I dalam hal ni? Kita tengah bercakap tentang Nazhan dan isteri dia. Tiada kaitan langsung dengan I.” balas Adra Sofia dengan nada keras. Dia tidak mahu mengakui dirinya menjadi punca kepada kemusnahan rumah tangga Nazhan walaupun itu adalah hakikatnya.

“Ikut suka you la Adra. You yang pandai-pandai cari masalah kan, you selesaikan lah sendiri.” ujar Ezzaidi yang malas mahu melayan wanita itu. Dia segera mencapai sudu dan garfu untuk menjamah mee goreng mamak yang dipesannya tadi.

“Perempuan tu, suruh I tinggalkan suami dia. Dia tu kan memang perempuan tak sedar diri tau. Dia tak tahu ke buat-buat tak faham yang suami dia curang dengan dia sebab dah muak tengok muka dia. Apasal dia nak suruh I tinggalkan Nazhan pulak kan? Sepatutnya dia la pergi dari hidup Nazhan. Sebab Nazhan sendiri mengaku, dia lebih bahagia bila bersama I.”

“Suka-suka hati you je kan nak hancurkan masjid yang dibina bertahun-tahun? You ni tolong la jangan tersasar jauh sangat sampai tahap macam ni Adra. Cukup la dosa yang you dah kumpul selama ni. Jangan lah tambah dengan menghancurkan rumah tangga orang pulak.” Walaupun Adra Sofia seringkali tidak menghiraukan nasihat yang diberikan olehnya, namun Ezzaidi tetap tidak mampu untuk melihat Adra Sofia terus hanyut dengan cara hidup macam tu.

“I muda lagi Ez, banyak lagi masa untuk I kumpul pahala.”

“Kalau sempat, kalau tak sempat macam mana?” soalnya sambil matanya sengaja dikecilkan.

“Kalau tak sempat, nak buat macam mana? Dalam hidup ni, kita kena mengamalkan konsep redha.”

“Adra… Adra… I pun sampai dah tak tahu nak cakap apa. Tapi apa yang I boleh nasihatkan you adalah supaya, you tinggalkan je la si Nazhan tu. Biarkan dia hidup bahagia dengan keluarga dia. You kan dah ada Ruzail, buat apa nak cari lelaki lain?”

“Relaks la, selagi I tak kahwin dengan Ruzail, I masih bebas tau nak berkawan dengan sesiapa. I tak rasa dalam waktu terdekat ni I boleh tinggalkan Nazhan. Tengok la nanti, bila Ruzail dah setuju nak kahwin dengan I. Masa tu la I akan tinggalkan mamat tu.”

“Adra, boleh tak you tolong I?”

“Toong apa ya Ez?”

“Tolong belajar untuk hormat dan faham perasaan orang lain. Apa yang you buat ni salah dan kejam, Adra Sofia.” tutur Ezzaidi dalam nada serius. Dia melepaskan keluhan berat. Nampaknya sikap kawan baiknya itu sudah semakin parah.

“You tak payah la susah-payah fikir tentang masalah I. Tentang perempuan tak sedar diri tu, pandai lah I suruh Nazhan uruskan dia. Dia sengaja nak cari pasal dengan I kan, dia tak kenal I ni siapa.”

“You nak buat apa dekat dia Adra?” soal Ezzaidi dengan nada risau.


“Hmm… Buat apa I nak bagitahu you. Nanti mesti you membebel dan sampaikan tazkirah agama you tu. I tak kuasalah nak dengar. Dah lah, nak pergi bayar sekejap. You tunggu dalam kereta okey.” Dia sudah selesai menjamu selera. Dia segera bangun untuk menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.