Suasana di Quadrine Cafe kelihatan meriah dengan
pengunjung yang bertali arus datang untuk menjamu selera. Menu di cafe ini yang
menyajikan pelbagai makanan barat dan makanan jepun mempunyai tarikan yang
tersendiri. Kebiasaannya jika lunch hour dan makan malam cafe ini pasti
dipenuhi dengan pengunjung yang menggemari menu yang disediakan di cafe itu.
Konsep ringkas dan santai yang menghiasi ruangan cafe itu juga menarik
perhatian golongan anak muda untuk menjamu selera di situ. Cafe inilah tempat
dia selalu menghabiskan masa berbual-bual kosong bersama Qaira Amanda suatu
ketika dahulu.
“Kenapa you bawa I makan dekat sini?” Soal Qaira
sambil menikmati hidangan tengahari yang dipesannya.
“You lupa ke tempat ni yang kita selalu lepak lepak
dulu? Sebab I rindu kan semua tu.” Ujar Zefrieq bersama pandangan redupnya
kepada wanita itu. Sungguh, dia merindui detik detik yang pernah dikongsi
bersama wanita itu.
“I pun. You jangan lah sedih sedih okay? I dah balik
ni. Kali ni, I memang akan terus tinggal dekat sini.” Balas Qaira bersama
senyuman manis di bibir.
“Papa dengan Ibu you macam mana? Diorang okay yang
you nak duduk sini terus?” Soal Zefrieq ingin tahu. Setahunya sebelum Qaira
berpindah untuk menetap di London, dia bertengkar dengan kedua orang tuanya
kerana mereka menentang keputusan Qaira yang ingin tinggal terus disana. Mereka
sendiri tidak mempercayai lelaki yang bernama Adam itu. Bekas suami Qaira.
“Diorang okay. I dah minta maaf di atas ketelanjuran
I selama ni dengan ibu and papa. I menyesal sangat Zef tak dengar cakap
diorang. Kalau I tak degil, mesti I tak lalui penderitaan ni. Sakit bila
terpaksa pisahkan anak dengan papanya.” Balas Qaira kesal.
“Let by gone be by gone. You jangan ingat lagi semua
tu. Hanya tambah sakit di hati you. You rawat dulu hati you sampai sembuh okay?
Lepas tu nanti you fikirkan lah nak kahwin lagi ke tak. Anak you perlukan kasih
sayang seorang ayah.”
“Tapi tak sama dengan kasih sayang ayah kandung.”
Qaira meluahkan pendapatnya.
“Yes I tahu tak sama, but at least tak adalah you
sorang je yang handle semua tanggungjawab tu. Oh ya, kalau ada masa nanti bawa
anak you jumpa I okay. Teringin nak jumpa.” Ujar Zefrieq teruja. Dia
sememangnya sukakan kanak kanak namun hatinya masih tidak terdetik untuk
mencari seseorang untuk dijadikan suri di hatinya.
“I tak nak fikir pasal tu dulu buat sementara waktu
ni. I nak focus dengan bisness I and anak I. Okay Zef. Next time kita keluar I
bawa dia sekali.”
“Mesti comel anak you macam mama dia. Oh ya, bisness
apa? You kerja dengan syarikat family you?” Soal Zefrieq lalu mengesat bibirnya
dengan hujung tishu.
“Hisy tak lah. I mana lah minat nak kendalikan
syarikat kereta papa I tu. Abang I yang ambil alih. Papa sekarang rehat dekat
rumah je. Hm, I buka butik pengantin. Setakat ni baru ada dua cawangan.”
“Papa you sakit ke? Wow! Teringin nak kahwin lagi ke
sampai buka butik pengantin?” Soal Zefrieq sambil tersengih.
“Merepek lah you ni. Nanti kalau you nak kahwin, I
will give special discount for you. Papa I kurang sihat sikit. Kalau you ada
masa, jenguk lah dia.”
“Bagi free terus lah. Kata member. Okay, nanti kalau
I tak sibuk I lawat papa you dekat rumah. Eh, you. Jom hantar I balik office. I
ada meeting dengan ahli lembaga pengarah pukul 3.30petang ni.” Ucap Zefrieq
sebelum berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Qaira hanya mengangguk
lalu dia menunggu Zefrieq di dalam kereta.
********
Zefrieq Ezzraf mengatur langkah mendekati mummy nya
yang sedang leka membaca surat khabar di
laman rumah.Selalunya hujung minggu begini, jarang sekali hendak melihat mummy nya melekat di rumah. Pasti ada sahaja
aktiviti yang akan disertai oleh mummy nya itu. Zefrieq yang hanya memakai
seluar pendek paras lutut dan tidak berbaju menyapa mesra mummynya.
“Morning my one and only one.” Sapa Zefrieq sambil
mengucup perlahan pipi kanan mummynya. Lalu di mengambil tempat duduk di
hadapan mummy nya. Di capai keropok lekor yang masih lagi panas seperti baru
digoreng.
“Morning dear. Awal bangun?” Ujar Datin Zulaikha
lalu dia menggamit orang gajinya, Mak Yam.
“Tolong ambil kan cawan untuk Zef ya, Yam.” Arah
Datin Zulaikha lembut. Orang gaji yang sudah menjangkau usia 50-an itu hanya
menurut.
“Tidur lama lama pun buat apa. Zef rasa macam nak
pergi jogging, tapi macam malas lah pula.”
“Mummy ingatkan Zef nak keluar. Susah betul nak
tengok anak teruna mummy ni bangun pagi tau kalau hari cuti.” Balas Datin
Zulaikha lalu menuang air teh susu ke dalam cawan yang baru diambil oleh Mak
Yam lalu di hulur kepada anak lelakinya.
“Mummy ni suka sangat perli Zef. Yang mummy ni tak
keluar jumpa kawan kawan persatuan mummy tu? Selalunya susah nak nampak mummy
duduk bersantai kat rumah waktu waktu macam ni.”
“Hisy, ada je Zef ni nak balas kata kata mummy kan.
Hari ni mummy rasa nak rehat, sebab malam nanti mummy ada dinner dengan kawan
kawan lama mummy. Kalau keluar siang, takut malam nanti penat pula. Badan dah
tak larat Zef. Orang tua lah katakan. Cepat je lemah.”
“Mummy jangan lah aktif sangat. Zef risau kalau
mummy jatuh sakit nanti. Jaga kesihatan okay my?” Pesan Zefrieq serius sambil
memegang erat jari jemarinya mummy nya yang berada di atas meja kecil itu.
“Iya Zef. Zef ni risau sangat lah. Mummy okay je
ni.” Balas Datin Zulaikha lalu dia tertawa melihat sikap Zefrieq yang terlalu
mengambil berat tentang dirinya.
“Oh ya my, Zef ada something nak bincang dengan my.”
Zefrieq cuba mengubah topic. Tujuannya turun menyertai mummy nya adalah untuk
berbincang sesuatu dengan mummy nya. baru dia teringat tentang itu. Kalau sudah
bersembang dengan mummy nya, hal yang penting juga kadangkala dia terlupa.
“Apa dia Zef? Zef nak kahwin ke?” Soal Datin
Zulaikha teruja.
“Mummy. Mummy ni tak ada benda lain ke nak cakap
selain kahwin? Hmm.. Zef nak minta tolong mummy pujuk anak Pak Long, si Farel
tu untuk kerja dengan Zef. Tolong Zef dekat office tu. Zef tak larat lah my nak
handle sorang.” Zefrieq melepaskan keluhan.
“Amar kan ada?”
“Amar Zef dah tukarkan ke bahagian lain. Bahagian
kewangan syarikat sebab Abang Razak letak jawatan dua minggu lepas. Zef
terpaksa tukarkan Amar untuk ganti position yang Abang Razak tinggalkan sebab
dia salah seorang orang kepercayaan Zef.” Terang Zefrieq panjang lebar. Dia
benar benar memerlukan pembantu untuk membantunya mengendalikan syarikat.
Membantunya mengendalikan beberapa projek kecil. Dia memerlukan seseorang yang
berpotensi untuk menggantikan tempatnya jika dia terpaksa ke luar daerah atas
urusan perniagaan.
“Oh. Kalau macam tu nanti mummy cuba pujuk Farel.
Kalau dia tak nak macam mana Zef? Zef nak try cari orang lain pula?” Soal Datin
Zulaikha inginkan kepastian dari anaknya itu.
“No. Pastikan dia kerja dengan company kita. Untuk
apa dia kerja lama lama dekat anak syarikat kita tu my, kat sana Izwar dengan
Kak Nadia boleh uruskan. Carlvine Holdings Sdn Bhd lagi perlukan khidmat dia.”
Zefrieq membuat keputusan. Dia sebenarnya bengang dengan keputusan sepupunya
itu yang turut sama melanjutkan pelajaran di Australia bersamanya, untuk
menimba pengalaman dahulu dengan bekerja di anak syarikat mereka di Shah Alam.
Dia mengharapkan agar sepupu rapat nya itu membantu nya bersama-sama untuk membangun
kan syarikat mereka ke arah lebih maju lagi. Farel mempunyai idea yang kreatif.
Zefrieq yakin jikalau mereka bergabung tenaga, pastinya keuntungan syarikat
akan berlipat kali ganda.
“Kita tak boleh nak paksa orang Zef. Kalau Farel tak
nak, mummy tak boleh nak desak dia supaya kerja dengan kita. Biarkan lah sampai
dia betul betul bersedia untuk kerja dengan syarikat kita ni.” Datin Zulaikha
menasihati anaknya lembut. Zefrieq yang terlalu komited tentang kerjayanya itu
kadang kala suka mendesak orang lain untuk mengikut kemahuannya.
“Zef tak nak dengar apa apa alasan daripada dia my. Zef
rasa dah cukup tempoh 2tahun dia kerja dekat sana tu. Dah cukup ilmu yang dia
kutip. Zef dah lama tak jumpa dia since majlis perkahwinan kakak dia 4bulan
lepas. Zef malas nak pujuk dia sebab Zef takut jawapan yang Zef bakal terima
akan kecewa kan Zef. Tolong eh mummy?” Zef sudah bangun dari duduk nya. dia
memaut bahu mummynya dari belakang.
“Hmm yelah. Esok mummy pergi rumah Pak Long.” Balas
Datin Zulaikha mengalah dengan anak lelaki nya itu. Anak terunanya itu sukar
untuk dibantah keputusannya. Segala kemahuannya sedaya upaya perlu dipenuhi.
Runsing fikirannya seketika.
“Thank you mummy! Zef naik atas dulu. Nak mandi.”
Zefrieq sudah tersengih sengih meninggalkan mummynya yang terkebil kebil
sendirian.
“Bertuah punya anak! Tak mandi lagi dah cium peluk
mummy yang wangi ni. Zef Zef.” Bebel Datin Zulaikha sambil melangkah masuk ke
dalam rumah.
Sambungla, best !
ReplyDelete