Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 31 October 2014

Cerpen : Ustazku Romantik!

 “Erish, papa tunggu Erish dekat bawah. We need to talk.”
Terpisat pisat gadis itu apabila dikejutkan dengan deringan Samsung galaxy note3 nya. Dia mendengus kegeraman. Erish membaca sekilas whatsapp  yang dikirim oleh papanya, haish papa ni, ganggu orang tidur saja. Gadis itu bingkas bangun menuju ke bilik air.
“Pa, nak apa?” Tegur Erish selamba sambil  menepuk kuat bahu papanya daripada belakang. Tersedak Tan Sri Azir disergah oleh  anak perempuan tunggalnya itu. “Boleh gugur jantung aku, silap silap jalan terus.” Omel hati tuanya kegeraman.
“Erish! Boleh tak lain kali sebelum nak menyergah orang tengok dulu papa tengah buat apa! Perangai tak ubah daripada kecil sampai dah tua bangka!” Tan Sri Azir memulakan syarahannya. Sememangnya dia yang menghidap sakit jantung, terasa sakit apabila disergah begitu. Bukan Erish tidak tahu papanya menghidap penyakit kronik itu, sengaja berbuat demikian.
“Papa ni tak sporting ah.” Balas Erish sambil menayang sengih, dia yang hanya memakai t-shirt lengan pendek dan seluar pendek paras lutut, mengambil tempat duduk disebelah papanya.
“Banyaklah Erish punya sporting. Kalau penyakit papa datang tadi macam mana? Erish suka kan kalau papa mati?”
“Papa ni, sikit sikit nak ugut Erish. Bosanlah dengar benda sama je. Papa nak apa ni? Kacau je Erish nak tidur. Dengki orang je kan papa ni. Bencilah.” Balas Erish sambil menyilangkan kakinya.
“Erish cakap dengan papa elok elok boleh tak? Duduk tu molek molek sikit. Erish dah besar, perangai macam budak sekolah. Lain kali pakai baju sopan sikit. Awak tu dah boleh jadi isteri orang dah. Pening lah papa dengan Erish ni.” Tan Sri Azir memegang kepalanya yang berdenyut secara tiba tiba. Sungguh, dia pusing memikirkan kerenah anaknya yang satu ini. Perangai kasar, sekali imbas dia memandang Erish seperti lelaki. Kadangkala Erish juga hilang rasa hormat terhadap papanya sendiri. Sejak isterinya meninggal dunia 8tahun lepas, Erish berubah karakter. Bercakap dengannya bila perlu sahaja, sering memberontak dan sangat keras kepala. Sakit jiwa dibuatnya menghadap kerenah puteri yang seorang ini.
“Do I care? Papa nak cakap apa ni? Cepat boleh tak? Buang masa orang je.” Erish sudah mula meninggikan suaranya. Dia rimas apabila dibebel oleh papanya.
“Kenapa kurang ajar ni Erish?!” Tan Sri Azir mulai berang dengan bicara anaknya itu.
“Sebab papa tak ajar.” Balas gadis itu selamba sambil mengenyit matanya. Seronok menyakitkan hati papanya itu. Sememangnya Erish tidak rapat dengan papanya, semenjak mamanya meninggal dunia kerana menghidap barah otak, Erish menyalahkan papanya seratus peratus. Erish menganggap pemergian mamanya kerana kesilapan papanya yang selalu sibuk dengan kerja, mengabaikan kesihatan mamanya. Sewaktu mamanya sakit, jarang sekali papanya meluangkan masa memberi semangat kepada mamanya. Sehingga mamanya menghembuskan nafas terakhir, Erish dan Zarul Arman, adik lelakinya sahaja disisi mamanya. Papanya berada di London menguruskan syarikat. Erish benar-benar kesal dengan sikap sambil lewa papanya. Hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu. Walaupun papanya sudah jauh berubah sejak mamanya tiada, Erish masih tidak dapat menerima papanya lagi. Hatinya sudah tawar.
“Erish jangan nak naikkan darah papa! Papa panggil Erish turun bukan nak ajak bertekak. Papa ada benda penting nak bincang.” Tan Sri Azir bangkit dari duduknya. Dia mengambil tempat dihadapan Erish. Dia merenung lama wajah anaknya yang mempunyai iras arwah isterinya. “Abang rindu Raudhah..” Bisik hatinya kekesalan. Dia berjanji tidak akan mensia siakan anak perempuannya yang satu ini. Dia mahu menebus segala dosa dosanya terhadap keluarganya selama ini.
“Yang papa pandang Erish macam tu dah kenapa? Papa ni lembab lah. Nak bincang apa? 10 mins only. Faster.” Balas Erish sambil menjeling papanya, dia meluat melihat papanya sendiri. Benci.
“Papa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah.”
“What?!! Are you crazy papa? Apa papa cakap ni! Who are you nak tentukan hidup Erish?” Erish menengking papanya sekuat hati. Dia bengang mendengar arahan papanya itu. Suka suka je cari jodoh buat dirinya.
“I’m your father. Erish dah melampau sangat sampai hilang respect dekat papa. Erish, papa dah tak tahu nak buat apa lagi dengan perangai Erish yang makin hari makin merisaukan papa. Keluar pagi balik subuh. Melepak dengan lelaki sampai lewat pagi, keluar masuk club. Erish ingat papa tak tahu apa Erish buat belakang papa?”
“Suka hati Erish lah Erish nak buat apa. Erish dah 25tahun papa! Erish dah besar, and you! Tak ada hak nak tentukan hidup Erish. Selama ni ada papa kisah pasal Erish? Pergi lantak lah Erish nak buat apa! Jangan sibuk ambil tahu.” Balas Erish berang. Mukanya merah menahan marah.
“Sebab aku papa kau aku perlu ambil tahu! Selama ni kau kurang ajar dengan papa, papa masih bersabar. Saat ini, papa dah tak boleh tahan dengan kerenah Erish. Papa dah tua Erish, bila bila masa papa boleh pergi. Sebelum papa tutup mata, papa nak tengok Erish dibimbing seorang lelaki yang mampu ubah perangai Erish. Dengar cakap papa ni sayang.”
“No I will not! Papa ingat Erish budak kecil? Ikut telunjuk papa. Heh. Memang tak lah pa.” Balas Erish dalam nada yang masih meninggi.
“Suka atau tidak. Bulan depan Erish tetap kena nikah dengan dia. Kalau tak, Erish bukan anak papa lagi, merempatlah Erish dekat luar sana. Kalau Erish tak ikut kemahuan papa, Zneth’s Hotel yang Erish tengah kendalikan sekarang, papa jual. Kemewahan yang Erish ada papa akan tarik. Think wisely Erish Damia.”
“I hate you papa! I hate you! Papa sengaja hancurkan hidup Erish kan.” Erish menghempas kuat pasu bunga kecil kesayangan papanya. Tergamam Tan Sri Azir dengan tingkah anak daranya itu.
“Please behave yourself Erish Damia!” Nafasnya turun naik tika itu. Tan Sri Azir memegang dadanya. Terasa sakit secara tiba tiba. Erish kelihatan gelabah namun dia sedaya upaya tidak mahu menunjukkan kebimbangannya dihadapan papanya.
“ Okay, Erish ikut. Tapi jangan tanya kenapa kalau lepasni Erish hilang terus rasa hormat dekat papa. Papa pemusnah masa depan Erish!”
“Papa buat semua ni untuk Erish, Erish akan salahkan papa sekarang. Papa tak kisah, but one day Erish akan faham kenapa papa buat semua ni. Papa sayang princess papa.” Balas Tan Sri Azir sebak.
“Kalau pa sayang Erish, pa tak buat Erish macam ni. Erish benci papa.” Erish Bingkas bangun sambil melontar kusyen tepat kearah papanya.
“Satu hari nanti,Erish akan faham. Dia lelaki terbaik untuk anak papa. Maafkan papa sayang.” Tan Sri Azir mengeluh sendirian. Hatinya sebak mengenangkan kelakuan biadap anaknya itu. Namun hati tuanya yakin, bakal suami Erish mampu membawa anaknya ke syurga.

*********
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Balas Tan Sri Azir sambil menjenguk kearah pintu.
“Lah kenapa tak cakap kamu nak datang Kimi? Mari masuk.” Pelawa Tan Sri Azir ramah.
“Saje nak buat surprise dekat bakal isteri saya. Uncle sihat?” Soal lelaki itu sambil tunduk mencium tangan Tan Sri Azir.
“ Sihat Kimi. Nasib baik kamu datang ni, anak uncle ada dirumah, kalau tidak. Meloponglah kamu.”
“Takapalah uncle, kalau dia tiada pun boleh saya sembang dengan uncle.”
Tan Sri Azir tersenyum. Dia berasa lapang dada kerana Erish tidak membantah dengan keputusannya itu. Dia tahu anak perempuannya tidak boleh hidup tanpa kemewahan. Isyraf Hakimi, lelaki yang bakal menjadi pelengkap hidup Erish Damia. Pemuda yang menyedarkan dia tentang khilafnya selama ini, pemuda ini jugalah yang telah membantu dirinya mendekati Islam. Perkenalan 3tahun lepas semasa dia terlibat dengan kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Kalau bukan kerana Hakimi menyelamatkannya dari kancah kehinaan, sudah pasti dirinya masih tidak insaf.
“Uncle termenung jauh dah tu.” Hakimi berdehem  mematikan lamunan Tan Sri Azir. Dia tersenyum kemudiannya. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dirinya sanggup bersetuju untuk menikahi anak perempuan Tan Sri Azir meskipun dia tahu tiada sekelumit cinta untuk gadis itu, dan dia yakin gadis itu tidak akan menerimanya sebagai suami. Namun hatinya mendesak untuk menerima gadis itu menjadi suri dihatinya.
“Lah, taksengaja termenung pula. Maafkan uncle, kamu tunggu bawah ya. Uncle panggil Erish.”

“Woi brother!” Erish memandang tepat ke arah pemuda yang membelakanginya. “Apahal mamat ni pakai kopiah bagai, pak lebai mana yang papa kaut jadi suami aku ni. Eiii.”
“Assalamualaikum Erish Damia.” Lelaki itu memusingkan badannya menghadap Erish dan menghadiahkan senyuman. Namun senyuman termati  disitu sebaik melihat susuk tubuh dihadapannya. “Ma oi, dia punya seksi tak ingat dunia aih, perempuan tak cukup kain ni nak jadi wife aku? Kasar bukan main, dia ni lelaki ke perempuan. Pakaian serupa lelaki. Ada ke patut dia “Woi” kan bakal suaminya ni. Aduh.” Omel Hakimi sendirian.
Erish yang memakai singlet dan boxer  mengangkat keningnya sedikit.
“Tadi bukan main meleret senyum. Ni apahal muka macam tempoyak basi ni?” Soal Erish Damia. Melangkah setapak ke arah  lelaki itu.
“Tempoyak basi? Boleh tahan minah ni. Amboi muka suci ni dikata tempoyak basi.”
“Eh tak. Cuma saya terkejut je first time tengok awak. Sorry.” Balas Hakimi dengan nada yang lembut. Dia tersenyum melihat Erish Damia. Cantik.. Tapi lagi cantik kalau dia tutup aurat. Hakimi bermonolog di dalam hati. Pandangannya dikalihkan. Tidak mahu menambah dosa memandang yang bukan muhrim seksi sebegitu rupa.
“Hek eleh, nak cover konon. Cakap jelah kau tu tergugat tengok aku kan? Well. This is me. Style hidup aku macam ni, bebas. So, jangan mimpilah nak ubah hidup aku.” Balas Erish dengan angkuhnya.
“Aku-kau? Nampak dah dia punya tahap menyampah dekat aku. Tak apa, sabar Kimi, kau kena tackle hati dia slow slow. Kau ada tugas khas bawa minah kerek ni kearah kebenaran.” Bebel hatinya lagi.
“Betul, mana ada cover. Tergugat? Eh tak adalah. Lepas kahwin nanti, saya dapat juga kan. Free of charge lagi?” Hakimi mengenyitkan mata kepada gadis itu, sengaja mahu mengusik gadis sombong ini.
“Hello, apa kau cakap? Jangan haraplah aku nak bagi! Penumbuk karang dapat.” Erish sudah membuntangkan biji matanya. Nampak macam alim, gatal tak kena tempat.
“Saya bergurau je. Jangan lah marah, buruk muka tu nanti tau.”
“Biarlah buruk, muka aku bukan muka kau. Heh nak tanya, nama kau apa hah?” Erish menyoal kasar sambil mendongak memandang lelaki itu yang jauh lebih tinggi daripadanya. Makan apalah mamat ni, tinggi macam tiang.
“Minggu depan nak nikah, baru nak tanya nama? Dahsyat awak ni. Nama saya, Isyraf Hakimi Bin Ihsan. Panggil Hakimi dah lah. Or Kimi. Comel sikit. Kan?” Balas Hakimi sambil mengenyit matanya. Sengaja mahu menyakat gadis sombong itu.
Eh pak lebai ni ajak bergurau pula. Kau fikir kelakar? Heh. Tak rasa nak gelak pun lah.
“Tak comel langsung. Macam nama jepun. Huh! So Isyraf, aku tak nak cakap meleret leret degan kau. Straight to the point. Aku setuju kahwin dengan kau sebab papa. Sebab papa yang desak aku terima kau. Pernikahan ni tak effect apa apa pun dalam life aku, lepas kita kahwin, kau life kau. Aku life aku. Perkahwinan ni sebagai tiket untuk aku terus jadi anak papa. That’s all. Get it?” Erish memandang lelaki dihadapannya itu dengan pandangan menjengkelkan. 
“Saya tahu awak memang tak boleh terima saya sekarang ni. Lama lama nanti awak akan terima juga lelaki comel ni jadi suami awak. We will see.” Balas Hakimi yang terkejut dengan layanan kasar daripada bakal isterinya. Namun dia redha, keputusan sudah dibuat. Majlis bakal berlangsung seminggu lagi. Mahu tidak mahu dia harus akur.
“Jangan harap lah gila! Memang tak lah aku nak jatuh cinta dengan kau. Dengan kopiah bagai, kau ingat aku suka?  Sedar diri mamat kampung.”
“Mamat kampung pakai kopiah ala ala pak haji ni akan buat awak jatuh cinta, Erish Damia.”
“No. Sampai mati pun, kau tak akan berjaya. Kita akan tengok, siapa yang kalah.”
“Alright then, we will see. Welcome to our game, Cik Damia.” Hakimi senyum sinis. Sengaja mahu mencabar gadis dihadapannya itu.
“You will lost Isyraf. Kau tak akan tahan dengan perangai aku. Kau tak akan tahan.” Erish meninggikan nada suaranya sambil berlalu pergi meninggalkan lelaki itu begitu sahaja. “Poyo betul mamat tu, kau ingat kau boleh senang senang nak tackle aku, heh memang tak lah.”
“Sombong sombong nak pergi mana. Ini Isyraf Hakimi lah. Aku mesti boleh punya buat kau jatuh sayang dekat aku.”
********
Kelihatan tetamu bertali arus datang memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuan Tan Sri Azir. Tan Sri Azir tersenyum segak. Hatinya memanjat kesyukuran. Dengan pernikahan ini bermakna hati tuanya berasa sedikit lapang. Tugas sudah beralih arah. Papa harap princess papa akan temui kebahagiaan.
“Senyumlah sikit, masam macam jeruk ni nak pergi mana?” Tegur Hakimi yang sedang tersenyum tampan disebelah isterinya, Erish.
“Nak pergi mati.” Balas Erish malas. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut disaat tetamu sedang ralit melihat pasangan pengantin baru ini.
“Uish, baru lepas nikah tadi. Dah nak mati? Tunggulah dulu, rasa nikmat bergelar seorang isteri. Taknak ke?” Hakimi sengaja mengusik Erish, geli hatinya dengan wajah masam mencuka tanda protes dengan pernikahan ini. Erish sudah memberitahu papanya yang dia tidak mahu perkahwinannya dibuat secara besar-besaran. Namun, Tan Sri Azir tetap berkeras. Dia tidak mempedulikan rajuk anaknya itu.
“Kau ni karang makan kasut tumit tinggi aku ni ha.”
“Amboi garangnya, kasut tumit tinggi awak tu tak adalah besar mana, tak ada hal lah.” Sempat lagi Hakimi membalas meskipun mereka sedang bergambar bersama rakan perniagaan papa Erish.
“Kalau takfikir ramai orang, dahlama muka kau cium exos motor.”
“Janganlah marah marah sayang. By the way you look so beautiful  my dear. Tak sangka tomboy make up jadi lawa terus. Macam bidadari. Cair saya.” Hakimi memandang tepat kearah wajah isterinya itu. Bibirnya mengukir senyuman manis. “Cantik tapi gangster buat apa.”
“Kau jangan nak buat drama pula depan orang ramai ni, aku dah rimas asyik berlakon romantik dengan kau ni. Jangan sampai aku debik muka kau tu.” Erish mulai geram dengan Hakimi. Dia melihat tetamu seolah olah senyum mengusik mereka berdua. Sungguh dia tidak suka terpaksa bermesra dan membiarkan Hakimi memaut pinggangnya.
“Malam nanti boleh dapat lebih kan?”
“Boleh sangat.” Erish memijak kaki Hakimi sekuat hati sebelum meninggalkan lelaki itu termagu magu sendirian. Tetamu yang hadir tertanya  tanya apa yang terjadi. Hakimi tergamam. Perit kakinya tidak terkata.

*****
Erish menghempas punggunya di sofa empuk. Terasa nikmat tubuhnya waktu itu. Dia yang baru sahaja sampai di rumah banglo dua tingkat hadiah hari jadi daripada papanya itu berkira kira untuk menidurkan diri sebentar.
“Awak, awak tak patut buat macam tu dekat papa.”Hakimi sudah melutut di hadapan isterinya. Hatinya bengang dengan tindakan isterinya yang tergesa gesa hendak berpindah dari rumah papanya. Selesai acara pernikahan mereka semalam, pagi ini juga Erish mengajaknya berpindah tanpa memberitahu papanya. Hakimi hanya memaklumkan tentang perkara itu kepada bapa mertuanya melalui sms sahaja.
“Kau pahal menyibuk ah? Suka hati aku lah. Siapa suruh buat benda yang aku tak suka.” Erish membuka sedikit matanya, namun masih lagi berbaring. Malas mahu melayan suaminya itu.
“Papa cuma nak raikan perkahwinan kita. Kalau ya pun awak nak pindah, boleh sayang. Tapi bukan harini, sekurang kurangnya kita duduk dengan papa dua tiga hari lagi. Tak eloklah macam ni.” Hakimi menasihati isterinya lembut.
“Yang terasa tu papa aku. Yang kau nak sibuk sangat ni kenapa? Kau sedar tak perkahwinan kita ni bukan atas kerelaan aku? Aku tak suka kau. Tak pernah suka kau.”
“Tahu, lebih dari tahu tu. Tapi saya nak cakap apa yang awak buat tu salah. Jangan macam tu lagi ya Erish?”
“Isyraf, kau tak perlu ambil tahu dan tak perlu sibuk nak nasihat kan aku itu ini. Sedangkan papa tak mampu nak ubah aku, jangan harap kau boleh.” Erish sudah mula bangun dari pembaringannya. Dia duduk menghadap Isyraf yang masih lagi melutut.
“Aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Never.” Erish mendekatkan wajahnya ke arah suaminya. Sengaja dia menekankan perkataan “never” itu.
“Mungkin bukan sekarang. Lambat laun, hari hari awak tatap muka ni. Mesti jatuh cinta punya.” Isyraf memetik ibu jarinya sendiri tanda benar benar yakin dengan kata katanya itu.
“Hello memang taklah. You are not my taste okay.”
“So let me know, apa ciri ciri lelaki yang awak idamkan?” Isyraf menongkat dagu memandang Erish. Erish gelisah dipandang sebegitu, dia beralih sedikit.
“First of all. Lelaki tu mesti handsome. Putih melepak macam cina sebab aku suka lelaki ala ala chinese, mata sepet. Bergaya, kaya. Social. Layan kepala and at least dia ada asset, kereta or rumah. Kau ada?” Erish memandang Hakimi dengan pandangan yang menjengkelkan.
“Kalau awak nak saya jadi putih melepak, saya boleh tempek bedak sejuk setiap masa. Silap silap awak pun kalah nanti tau. Hmm mata sepet, lepasni saya praktis kecilkan mata saya okay. Mesti jadi punya.” Ujar Hakimi berseloroh.
“Kau takpayah nak melawak sangatlah Isyraf. Kau ingat aku senang senang nak sayang orang? Heh. Memang mimpilah! Dah tepi sikit, aku nak masuk bilik.”
“Awak masuk dulu, nanti saya ikut. Kita solat zuhur sama sama ya?”
“Hoi! Rumah ni ada banyak bilik, kau pilih je bilik mana kau nak. Tapi bukan bilik aku. Jangan haraplah boleh tidur sebilik dengan aku.” Balas Erish sambil berlalu pergi. Sempat pula dia menolak suaminya. Isyraf hanya memandang Isterinya dengan pandangan yang sukar difahami.
*******
”Morning isteri Isyraf.” Sapa Hakimi ramah sambil tersenyum manis menegur isterinya yang sudah bersiap siap untuk ke hotel. Erish hanya memandang Hakimi dengan pandangan sinis. “Mamat ni kerja apa ya hmm pakai macam orang kerja office.”
“Kau nak pergi kerja ke?” Soal Erish dingin.
Hakimi menahan rasa, ego betul minah ni. Aku ingat lepas kahwin bahasa pun bertukarlah, ini tidak, masih dengan aku-kau. Dia fikir aku ni member melepak dia. Haish. Hakimi membebel seorang diri.
“Kau… pekak ke woi?!” Erish menepuk dada bidang Isyraf sehingga lelaki itu tersentak. Pahal mamat ni. Pelik je.
“Apa awak tanya tadi sayang?” Balas Hakimi sedaya upaya menyembunyikan rasa hati.
“Aku tanya, kau nak pergi kerja ke?”
“Aah, abang bersiap nak pergi kerja lah ni. Apa sayang ingat, sayang je ada kerjaya? Abang pun ada tau.”
“Kau tu kerja apa? Kerja angkut sampah ke? Setakat pakai kereta kancil cabuk yang macam nak roboh tu, memang taklah aku nak percaya kau ada kerjaya.” Balas Erish dengan nada sindiran. Dia memandang Isyraf tidak mempunyai apa apa jika dibandingkan dengan dirinya yang merupakan pemilik hotel gah di ibu kota itu.
“Abang kerja biasa je Erish. Mengajar di sekolah agama. Hujung minggu abang mengajar budak budak mengaji dekat surau. Kalau ada jemputan bagi ceramah dekat surau surau, abang pergilah.”
“Ohh, so kiranya kau ni ustaz lah?” Erish menjengketkan sedikit keningnya.
“Lebih kuranglah.”
“Setakat mengajar agama, berapa sen sangat lah kau dapat kan. Kau tengok wife kau ni, muda muda lagi dah jadi successful woman. Semua tabik dengan apa yang aku ada tau.”
“Abang bangga dengan Erish, tapi Erish kena ingat. Semua ni pinjaman Allah. Semua tu bersifat sementara sayang. Kita sebagai hambanya jangan terlalu berbangga dengan apa yang kita miliki. Kufur nikmat nanti.” Hakimi cuba menasihati isterinya, dia tidak kisah dirinya dia rendah rendahkan oleh seorang isteri. Tetapi dia tidak suka dengan bicara angkuh Erish.
“Kau, kalau nak bersyarah, bukan dekat sini. Telinga aku boleh pekak sebulan dengar syarahan kau. Dah, aku dah lambat, bertekak dengan kau ni sampai tahun depan pun tak habis.” Erish memusingkan badannya dan berjalan munuju ke pintu namun dihalang Isyraf.
“Sayang, sarapan lah dulu. Abang masak mee goreng tu. Tak nak jamah? Kesian nanti perut Erish lapar.”
“Lantak lah. Perut aku. Bukan perut kau. Problem?”
“Problem. Sebab Erish isteri abang, abang tak rela tengok Erish lapar, makan sikit ya?”
“Hei! Aku cakap aku tak nak makan aku tak nak lah. Aku tak makan berat pagi pagi. Dah, tepi.”
“Nanti drive elok elok. Kalau ada apa apa masalah, call abang.” Balas Hakimi sambil menghulurkan tangan kepada isterinya untuk bersalam namun ditepis kasar oleh Erish.
“Jangan berangan nak jadi suami mithali, menyampah! One more thing. Stop bahasakan diri “abang” and don’t call me sayang because I geli.” Selesai menghabiskan ayatnya, Erish berlalu meninggalkan Isyraf tanpa sempat lelaki itu mahu membalas kata katanya.
*******

“Ya Allah Ya tuhanku. Berilah hambamu ini kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kerenah isteriku Erish Damia. Ampunkanlah dosa dosa ku, ampunkanlah dosa dosa isteriku ya Allah. Hadirkanlah hidayah buat isteriku untuk mendekati agamamu. Berilah taufik dan cahaya keimanan kepadanya Ya Allah. Izinkanlah aku untuk membimbingnya. Aku tidak kuat tanpamu Ya Allah.” Usai berbicara dengan maha suci Allah, Hakimi menjenguk bilik isterinya.
“Tak balik lagi? Dah dekat pukul 1 pagi ni. Call tak angkat. Erish pergi mana ni.” Hatinya berdetik keresahan. Sejujurnya, sehingga ke hari ini, tidak ada secebis perasaan sayang buat isterinya itu. Yang ada hanya semangat untuk Hakimi meneruskan perkahwinan mereka. Dia mahu memastikan Erish sempat kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. “Abang cuba sayang Erish walaupun Erish berkali kali nafikan status abang sebagai seorang suami. I will fight for us.”
Hakimi berlalu ke ruang tamu menunggu kepulangan isterinya. Tiba tiba kedengaran pintu dikuak dari luar.
“Ada ustaz lah dekat rumah ni.” Sapa Erish yang baru tiba. Dia menyindir Hakimi yang memakai baju melayu berwarna merah hati dan kain pelekat serta kopiah di kepala. Hakimi gemar memakai sedemikian. Meluat Erish melihatnya.
“Where have you been?” Hakimi berpaling menghadap isterinya yang tersenyum mengejek terhadap dirinya.
“Wahh pak haji tarbus speaking english lah! Tabik!” Erish sengaja memanaskan hati Hakimi.
“Awak, awak pergi mana? Kenapa lewat sangat balik? Kalau awak nak kemana sekalipun, tak boleh bagitahu saya?” Balas Hakimi masih lagi dengan nada lembut, sememangnya dia bukan seorang lelaki yang gemar berkasar dengan perempuan.
“Aku pergi lepak dengan member member aku tadi. Lepas tu tengok bola dekat mamak. Then pergi karaoke. Relax lah, malam masih muda.” Balas Erish tanpa memikirkan perasaan Hakimi yang risau tentangnya sedari tadi.
“Erish. Saya tunggu awak dari pukul 8 malam tadi. Saya call awak since petang tadi asyik masuk voicemail. Kenapa dengan awak ni?”
“Kau ni dah amnesia agaknya. Aku dah pesan dekat kau kan awal awal lagi before kita nikah. Kau. Dengan life kau. Aku dengan hal aku! Kau tak payah sibuk ambil tahu kemana aku pergi. ”
“I’m your husband, sangat penting untuk saya tahu kemana awak pergi. Tolonglah Erish Damia jangan buat saya risau lagi. Kalau memang awak benci dengan saya sekalipun. Tolong jangan keluar tanpa bagitahu saya. Keselamatan awak keutamaan saya.”Hakimi memegang erat bahu isterinya. Dia mahu Erish faham yang dia terlalu risaukan keadaan isterinya tadi.
“Kau nak risau apa! Bukan aku tak balik. Kau jangan harap kau boleh control hidup aku. Sampai bila bila pun aku akan anggap kau tu sampah. Tak ada nilai dimata aku. Sedar lah diri sikit. Cermin diri tu tak layak dengan aku!” Erish menghamburkan api kemarahannya. Buat kesekian kalinya, Isyraf Hakimi dihina oleh isterinya sendiri. Tangan sasa yang memegang bahunya ditepis kasar.
“If you want to go anywhere, just let me know. Simple, tak susah pun jadi isteri saya.” Hakimi dengan pantasnya mencapai kunci kereta isterinya yang diletak di sudut kecil meja di ruang tamu rumah itu.
“Hoi! Kunci kereta aku tu! Nak buat apa?” Erish menjerit kegeraman melihat Hakimi mengambil kunci keretanya tanpa meminta izin darinya.
“Saya nak tanya, awak keluar. Melepak, merayau. Ada minta izin suami awak?” Hakimi menyoal sambil tangannya diangkat ke atas bersama kunci kereta isterinya.
Hanya gelengan serta muka masam mencuka menjadi jawapan kepada persoalan si suami.
“So… Tak salah kan kalau saya ambil kunci kereta awak ni? Lain kali kalau nak keluar, minta izin dulu dengan saya tau sayang.” Balas Hakimi sambil mencuit hidung isterinya lembut. Lantas, dia segera menapak ke biliknya.
“Hoi kau ni melampaulah Isyraf! Esok aku nak pergi hotel naik apa! Bukak lah pintu ni Isyraf!” Tanpa sempat Erish menyambar kunci dari tangan Hakimi, lelaki itu terlebih dahulu merlarikan diri dan segera mengunci pintu biliknya.
“Esok kalau nak, minta lah dekat saya dulu. Selamat malam isteri Isyraf. Jangan lupa solat isyak sebelum tidur. Basuh kaki. Baca doa tidur. Sleep well.” Balas Hakimi tanpa mempedulikan Erish yang memukul pintu biliknya sekuat hati. Dalam diam dia tersenyum dengan kerenah Erish yang seperti kanak kanak ribena itu.
“Dasar mamat tiang tak sedar diri! I hate you tiang buruk!”

*******
Selesai menunaikan solat subuh, Hakimi menyidai sejadah di tepi almari di sudut biliknya. Dia yang sudah bersiap siap ingin ke tempat kerja, kaget melihat Erish yang sudah terjengul di muka pintu biliknya. Dia berlalu mendapatkan si isteri.
“Awak buat apa jadi mak guard dekat bilik saya ni Erish? Tak pergi hotel?” Soal Hakimi kehairanan dengan sikap isterinya pagi itu.
“Tunggu kau.” Balas Erish malas tanpa secalit senyuman terukir di bibir.
“Aik? Tunggu saya? Awak demam ke? Takpernah pernah tunggu sampai saya habis solat, selalunya nak pergi mana mana menonong je keluar. Kan?”
“Aku nak kunci aku! Kau lupa ke semalam kau rembat kunci aku? Nak kena pelempang kau ni. Buat buat lupa pula.” Balas Erish bengang. Lelaki ini memang sengaja mahu memanaskan hatinya.
“Nak kunci rupanya. Lupa pula saya simpankan semalam. Bukan rembat, saya cuma tolong simpankan takut kunci ni merayap pula.” Ujar hakimi sambil menayang kunci kereta isterinya. Belum sempat Erish mahu menyambarnya, Hakimi terlebih dahulu menyimpan semula kunci itu di dalam poket baju kemejanya.
“Boleh tak kau bagi je kunci tu dekat aku cepat. Aku rimas tahu tak tatap muka kau ni.” Balas Erish kasar.
“Sabarlah, kita breakfast dulu okay? Saya dah siapkan air susu untuk awak. Come.” Ujar Hakimi sebelum berlalu ke dapur. Erish hanya mengikut. Sebal sungguh hatinya pagi pagi begini. Terasa ingin mencekik cekik leher suaminya kerana mempermainkannya lagi.
“Milk for you. Awak kata awak tak makan berat kan pagi pagi. So, saya buatkan air susu. At least perut awak tak kosong. Baru ada tenaga nak buat kerja. Baru sel sel otak tu bersambung.” Hakimi menghulurkan susu kepada isterinya.
“Selama ni sel sel otak aku tak berhubung ke?” Soal Erish bengang. Ada je mamat ni nak cari masalah.
“Berhubung tapi tak sepenuhnya, mungkin ada shot kat mana mana. Tu yang macam senget sebelah otak tu.” Balas Hakimi selamba.
Mendidih hati Erish Damia mendengar jawapan sindiran suaminya itu. Dia yang sememangnya geram dengan suaminya sedari malam tadi, lantas menyimbah air susu yang belum diteguknya lagi ke muka suaminya. Tersentak lelaki itu dibuatnya.
“Erish! Basah baju saya ni!” Hakimi yang tidak menyangka tindakan drastik isterinya itu mengibas ngibaskan bajunya yang sudah lencun itu.
“Padan lah muka. Lain kali sorok kan lagi kunci kereta aku. Jangan pernah berangan nak control life aku. Jangan pernah.” Balas Erish sambil tangannya dengan pantas  mengambil  kunci kereta daripada kocek baju Hakimi. Lelaki itu hanya diam tidak berkutik.
“Hari ni dia mandikan aku dengan air susu, entah esok lusa air longkang jadi santapan muka comel aku ni. Erish Erish.” Hakimi mengomel sendirian. Habis lencun kemejanya. Dia kemudiannya berlalu ke biliknya untuk menukar pakaian. Sungguh,tindakan Erish sukar untuk diduga.

******
“Nak kemana tu Erish?” Soal Hakimi yang baru sahaja mahu menunaikan solat Isyak. Dia keluar mendapatkan Erish yang sudah menapak untuk ke ruang tamu. Dia memandang isterinya atas bawah. Terbuntang biji matanya memandang pakaian yang dipakai Erish. Erish memakai blouse jarang tanpa lengan serta skirt paras lutut.
“Nak pergi bagi ceramah.” Selamba Erish membalas pertanyaan si suami.
“Nak pergi bagi ceramah dekat mana tu? Baguslah isteri abang dah insaf. Tapikan, orang nak pergi ceramah, sebarkan benda baik baik tak pakai pakaian tak cukup kain ni tau. Hmm.” Sengaja Hakimi menguji gadis itu. Dia gemar bermain dengan emosi Erish yang mudah mengamuk.
“Kau ni kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Kau tak ada kerja lain ke?” Erish menghadiahkan jelingan tanda protes terhadap kata kata perlian suaminya itu.
“Tadi saya tanya elok elok, awak jawab nak pergi bagi ceramah. Betul lah apa saya cakap kan? Ada pernah awak nampak orang bagi ceramah pakai seksi macam ni? Huish, kalau macam tu memang tak ada orang nak datanglah kan.”
“Aku nak pergi club. So wanna join?” Balas Erish berterus terang. Sememangnya sejak dari kecil dia diajar oleh mamanya untuk berkata jujur meskipun kejujuran itu akan mengundang kemarahan orang lain. Dia tidak peduli, tiada hati perlu dijaga.
“Oh, nak pergi club. Tahu tak melangkah ke tempat macam tu berdosa?” Soal Hakimi. Dia terkejut mendengar jawapan si isteri namun sebolehnya dia cuba mengawal nada suaranya. Dia harus bijak mengubah cara hidup isterinya dengan pendekatan yang lembut dan tidak memaksa.
“Tahu lah. So do I care? Dosa aku.  Bukan dosa kau. Dah tak payah nak serabut otak fikir pasal aku. Blah dulu.”
“Dosa awak tapi saya yang tanggung sebab awak tu isteri saya Erish Damia. Jom kita solat isyak sama sama. Lupakan pasal club tu, esok esok kalau awak nak berhibur sangat saya bawa awak pergi tengok wayang.” Balas Hakimi menahan isterinya yang ingin berlalu ke arah pintu.
“Tengok wayang? Dengan kau? Hei memang tak lah jawapannya! Kalau aku cakap aku nak keluar, kau halang macam mana pun aku tetap akan keluar.” Balas Erish dan dengan pantas dia mengatur langkah meninggalkan suaminya termagu magu.
“Ya Allah. Lindungilah isteriku di mana sahaja dia berada.” Hakimi hanya mampu menitipkan doa untuk isterinya. Keluhan berat dilepaskan.

*******
Hakimi memberhentikan keretanya dihadapan sebuah club di ibu kota itu. Sebelum Erish keluar, sempat dia membaca pesanan ringkas yang dikirim oleh rakan isterinya yang menyatakan tempat pertemuan mereka. Hakimi memang berniat mahu menjejaki isterinya kerana sudah hampir pukul3 pagi isterinya masih tidak pulang ke rumah. Hatinya berdetik keresahan. “Kenapa Erish selalu buat abang risau ni.” Enjin dimatikan, lelaki bertubuh tinggi lampai itu keluar dari perut kereta dengan wajah mendung tanpa senyuman terukir di bibir.
“I pegang sikit je, bukan pegang banyak pun. Jom, ikut I. Kita check in mana mana hotel.” Erish Damia sudah berada dalam pelukan seorang lelaki berpangkat datuk berumur dalam lingkungan 60 tahun. Erish menyesal kerana dia menyuruh rakan rakannya pulang terlebih dahulu kerana dia ingin bersendirian bagi mengelakkan bersemuka dengan Hakimi. Dia berkira kira untuk pulang ke rumah esok sahaja. Namun, lain pula jadinya. Sewaktu dia ingin keluar mendapatkan keretanya. Tiba tiba pinggangnya dirangkul kasar oleh seorang lelaki.
“Lepaskan aku lah orang tua misai tebal gigi busuk!” Erish cuba meloloskan diri namun kudrat lelaki tua itu menghalangnya.
“You tahu tak I dah lama perhatikan you dekat sini. Apa salah nya we have fun. You pun mesti dah try macam macam jenis lelaki kan?” Lelaki itu mencuba untuk memegang pipi Erish namun ditepis kasar oleh Erish. Meremang bulu romanya. Heh. Dasar orang tua tak sedar diri.
“Kau ingat aku macam perempuan murahan yang lain ke? Aku ada maruah! Aku ada suami. Leave me alone!! Or nak aku jerit.” Erish sudah mula mahu menjerit sekuat hati namun lelaki itu menekan lehernya sekuat hati sehinggakan Erish tidak boleh bernafas dengan baik.
“What are you trying to do with my wife?!” Hakimi bertempik sehinggakan lelaki itu tergamam. Puas dia mencari isterinya, namun tidak ditemui. Mujurlah hatinya tergerak untuk kesitu apabila mendengar seperti suara orang bertengkar.
“Kau.. siapa?” Soal lelaki tua itu kehairanan. Namun tangannya tidak lepas merangkul pinggang Erish Damia.
“Aku. Suami dia.” Balas Hakimi keras. Matanya mencerlung memandang lelaki itu. Hatinya mendidih kepanasan melihat isterinya dipegang oleh lelaki lain. Naluri lelakinya tercabar.
“She’s my wife. Lepaskan dia atau aku patah patah kan tulang kau.”
“Perempuan murahan ni isteri kau? Dia dah nak jadi santapan aku pun. Kan sayang?”  Balas lelaki tua itu sambil mengusap-usap pipi mulus Erish.
“No. Dia tipu. Abang. Help me.” Erish berasa lemas berada di dalam pelukan lelaki miang itu. Mujurlah Hakimi datang tepat pada waktunya. Dia sudah mula mahu menangis.
Tanpa berlengah Hakimi menyepak kaki lelaki tua itu sehingga terhumban ke lantai. Dengan pantas dia menarik tangan Erish dan membawa isterinya di belakangnya.
“Sekali lagi kau cuba kacau isteri aku! Nahas kau aku kerjakan. Sampai mati aku cari.” Ujar Hakimi sebelum dia melepaskan sepakan tepat ke perut lelaki itu. Dengan segera, dia berlalu ke arah kereta sambil mengendong isterinya yang kelihatan trauma itu.

******
“Awak. Minum air ni dulu.” Hakimi menghulurkan sebotol air mineral kepada isterinya. Inilah kali pertama dia menjejak kaki ke dalam bilik isterinya, kalau bukan kerana insiden tadi. Mungkin sampai bila bila dia tidak berpeluang menjenguk bilik Erish.
“Nak tukar baju. Keluar boleh tak?” Erish bersuara dingin. Langsung tidak memandang suaminya itu. Tiada ucapan terima kasih untuk Hakimi meskipun Hakimi telah berusaha menyelamatkannya.
“Boleh. Tapi minum air tu sampai habis dulu. Selagi tak habis saya tak nak keluar.” Balas Hakimi tanpa rasa. Dia terasa dengan sikap isterinya itu. Apa yang dilakukan untuk isterinya langsung tidak dihargai.
“Dah habis. Puas?!” Gelas itu dihentak kasar oleh Erish diatas meja kecil. Tidak ada rasa bersalah langsung dihatinya. Keras betul hati seorang Erish Damia.
“Hmm. Awak kenal siapa lelaki tu?”
“Tak pun.”
“Saya nak buat laporan polis awak tak bagi. Awak ada apa apa ke dengan dia?” Soal Hakimi pelik. Erish berkeras tidak mahu membuat laporan polis. Walhal lelaki itu cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
“Suka hati aku lah. Bukan dia sempat rogol aku pun. Dah lah, semak betul aku tengok kau ni. Keluarlah Isyraf!” Erish menolak sekuat hati suaminya yang hanya duduk di sudut katilnya itu sehingga lelaki itu terjatuh ke bawah. Erish tidak mahu memanjangkan cerita dengan membuat laporan polis. Dia mahu melupakan peristiwa itu.
“Awak ni Erish. Dah hampir nak kena ngap dengan buaya pun masih lagi tak berubah perangai tu. Saya ingat, ego dalam diri awak tu berkurang lah sedikit. Ni tidak, makin tinggi kalah klcc.”
“Isyraf. Aku tak suruh pun kau datang selamat kan aku. Yang kau sibuk sibuk ikut aku sampai ke club kenapa. Lantak lah aku nak macam mana pun!” Balas Erish dengan angkuhnya.
“Awak. Satu saat nanti, awak akan berterima kasih dekat saya. Sebab jadi suami awak. Saya buat semua ni untuk awak. Kalau awak jijik tengok muka ni sekali pun. Tolong jangan biarkan orang lain sesuka hati sentuh awak. Tolong jaga maruah diri awak Erish.” Ucap Isyraf dalam nada kekecewaan. Dia bingkas bangun menuju ke biliknya.
“Whatever! Kau tu bodoh! Sebab hadap sangat nak kahwin dengan aku. Tak lama lagi, kau akan ceraikan aku Isyraf!” Belum sempat lelaki itu melangkah keluar, Erish mencampak bantal peluknya kearah suaminya. Sebal sungguh dengan bicara suaminya. Hatinya sakit mendengar kata kata nasihat suaminya.

*****
Hakimi merenung potret perkahwinannya bersama Erish. Perlahan lahan jari jemarinya mengusap lembut foto mereka berdua. Kelihatan Erish tersenyum manis didalam dakapannya. Meskipun dia tahu, senyuman yang terukir hanyalah untuk mengaburi mata para tetamu yang hadir. Senyuman palsu yang direka oleh Erish Damia. “Kalaulah saya dapat miliki senyuman indah awak tu, saya tak perlu sebab lain untuk buat saya bahagia. Cukup senyuman awak sebagai peneman.” Hakimi meraup wajahnya berkali kali. Kemudian, potret itu diletakkan kembali di sudut meja ruang tamu rumah mereka. Bunyi deruan enjin  kereta Audi R8 milik isterinya kedengaran dari dalam rumah. Hakimi tersenyuman kesenangan. “Hmm awal pula dia balik hari ni.”
Erish melangkah mahu memanjat tangga untuk ke biliknya tanpa mempedulikan Hakimi yang sedang memerhatikannya.
“Awal awak balik harini?”
“Aku balik lambat salah. Aku balik awal kau bising. Kau ni nak apa sebenarnya ni? Cuba lah belajar bersyukur sikit.” Erish membalas dengan lantangnya. Bijak pula dia menasihati sang suami sedangkan diri sendiri ke laut.
“Uish, saya bukan tak bersyukur. Saya syukur sangat sangat ni. Yelah bukan senang permaisuri dalam rumah ni nak pulang awal. Orang bujang lah katakan.” Hakimi membalas dengan nada bersahaja.
“Aku rasa. Daripada kau buang masa cakap dengan aku. Lebih baik kau pergi bagi ceramah dekat masjid sana tu. Tak membazir air liur kau.”
“Hm betul dah tu. Tapi sebelum saya nak ceramah orang, saya kena ubah isteri saya dulu. Sebelum lagi jauh dia tersasar.” Ujar Hakimi tanpa menoleh ke arah isterinya yang jelas kebengangan dengan kata kata bidasan daripadanya.
“Kau takpayah sibuk nak ceramah aku! Kau ingat kau baik sangat? Jangan fikir kopiah dekat kepala, hari hari sujud dah rasa diri cukup sempurna!” Erish sudah berada dihadapan Hakimi yang sedang duduk menghadap televisyen. Dilempar sekuat hati handbegnya ke perut lelaki itu. Hakimi mengaduh kesakitan namun dia bersuara kemudiannya.
“Erish Damia. Takada siapa pun dalam dunia ni sempurna tau awak. Termasuklah saya. Tapi kita diajar, supaya setiap hari berusaha memperbaiki diri sendiri. Sebab tu diciptakan lelaki dan perempuan berpasang pasangan.  Untuk saling melengkapi. Awak isteri. Saya suami. Saya bertanggungjawab membimbing awak. Tu konsep dia.” Hakimi menerangkan panjang lebar. Dia menggunakan pendekatan berbicara dengan nada yang lembut. Dia harus bijak menangani sikap Erish Damia yang terlalu sukar untuk difahami.
“Aku tak faham lah kenapa kau sudi sangat nak jadi suami aku. Kau tak penat ke layan kerenah aku?”
“Tak. Tak pernah penat. Sebab saya yakin one fine day, isteri saya akan berubah. Dan masa tu saya adalah orang yang paling gembira sekali.” Hakimi menarik lembut tangan isterinya untuk duduk disebelahnya. Erish hanya mengikut. Tidak membantah seperti selalu.
“Jangan terlalu yakin Isyraf jangan. Takut nanti, kau frust menonggeng kalau sampai mati pun kau tak berjaya ubah cara hidup aku.”
“No jangan cakap macam tu. Saya yakin, saya boleh bawa awak ke jalan Allah. Erish Damia. Awak isteri saya, pelengkap hidup saya. Saya mohon awak beri saya peluang untuk usik hati awak. Supaya saya ada tempat di hati awak.” Hakimi bersuara penuh mengharap. Jujur, hatinya sudah mula menyanyangi wanita itu. Dia tidak tahu bila rasa itu hadir meskipun layanan yang diberikan sangat kasar. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Dia bertekad mahu mengubah cara hidup isterinya yang lebih ke arah kebaratan.
“Sampai bila bila pun, kau tak akan dapat peluang tu! Never Isyraf never! Kau tahu sebab apa? Sebab kau punca aku hilang semua kebebasan aku! Kahwin dengan kau satu kesilapan paling besar pernah aku buat dalam hidup aku. I hate everything about you! So, jangan pernah berharap hubungan kita akan mesra macam orang lain. Because it will not happen.” Balas Erish sebelum bangkit.  Hatinya tidak terkesan langsung dengan kata kata nasihat daripada lelaki itu. Walaupun Hakimi tidak pernah putus asa menasihati isterinya yang keras kepala itu. Erish tetap begitu. Keras dan dingin.
“Ha tak apa tak apa. Cakap lah apa awak nak cakap. Yang tentukan semuanya adalah Allah S.W.T. Jangan terlalu mendabik dada bila bercakap sayang.” Belum sempat Erish memanjat tangga, Hakimi terlebih dahulu memintasnya. Sebelum berlalu ke dapur, sempat dia membalas kata kata angkuh si isteri.

*****
Hakimi menunggu Erish di hadapan bilik isteirnya itu untuk mengajak isterinya makan malam bersamanya. Berkali kali Hakimi mengetuk pintu bilik isterinya namun tiada sahutan. Hampir 15minit dia menunggu disitu.Pintu bilik dikuak kasar dari dalam, Erish terjengul dengan wajah masam mencuka. Matanya membulat memandang Isyraf yang sedang tersenyum tampan menghadapnya.
“Kau fikir kau sweet?” Erish bersuara dan tanpa dijangka, dia melempar bungkusan plastik kemuka suaminya tanpa sempat Hakimi mengelak.
 “Isyraf Hakimi. Aku tak tahu nak cakap bahasa apa lagi dengan kau supaya kau reti bahasa. Aku rasa, kau terlalu bangga dengan ilmu yang kau ada. Sebab tu senang senang kau hina aku kan.” Erish menghamburkan kemarahannya. Tangganya sudah mencekak kolar baju yang dipakai oleh Hakimi. Tersentak lelaki itu.
“Awak. Kenapa marah marah ni? Saya buat salah apa?” Soal Hakimi polos, dia sememangnya tidak dapat menebak punca utama isterinya mengamuk.
“Kau fikir kau hadiahkan aku telekung, sejadah dan tudung kau dah cukup alim? Kau dah cukup perfect nak jadi suami mithali? Hah?!” Erish mengherdik suaminya tanpa belas ihsan. Dia sering sahaja merendah rendahkan taraf Hakimi sebagai seorang suami.
“Pasal tu yang awak nak mengamuk tak tentu hala? Sebab tu je?” Soal Hakimi bersahaja. Semalam, sewaktu isterinya sedang mandi. Dia memberanikan diri masuk ke dalam bilik isterinya lalu meletakkan hadiah berupa sejadah, telekung dan tudung di atas katil isterinya bersama sekeping kad berbentuk hati. Tahulah dia, Erish naik angin kerana bengang dengan tindakannya.
“First, kau dah masuk bilik aku tanpa izin aku. Second, kau rendah rendahkan aku. Kau ingat aku tak reti solat? Kau fikir aku jahil sangat?!”
“No… Saya tak cakap pun awak jahil. Tak salah kan saya hadiah kan awak benda tu semua? Apa salahnya, hadiah daripada seorang suami. Lagipun sepanjang kita kahwin, saya tak pernah bagi apa apa dekat awak. Saya tak berniat nak hina awak sayang. Oh ya, I’m so sorry sebab masuk bilik awak tanpa kebenaran awak. My fault.” Hakimi meminta maaf sejujur jujurnya. Kedua dua tangannya diangkat tanda benar benar bersalah.
“Lagi sekali kau masuk bilik aku tanpa kebenaran. Kau siap! Kau takpayah buang masa fikir cara macam mana nak ubah perangai aku. Semakin kau cuba nak ubah aku, semakin kau tak akan tahan dengan kerenah aku. Isyraf, tak ada sorang pun dalam dunia ni boleh sekat kemahuan aku. Boleh ubah aku dengan senangnya. Tak akan ada Isyraf.”
“Takapa lah. Kalau awak tak sudi nak terima semua ni. Saya simpan dulu. Nanti bila hati awak dah terbuka, saya hadiahkan semula pada awak. Okay?” Hakimi tidak mempedulikan kata kata angkuh isterinya. Dia mengukir senyuman tipis untuk isterinya yang kelihatan masam mencuka.
“Dasar lelaki dayus! Kau ceraikan aku lah Isyraf! Tak serabut kepala otak kau nak hadap aku. Aku tahu, kau pun sebenarnya dah tak tahan dengan aku kan? So bila agak agaknya kita nak bercerai?” Erish sudah berdiri dihadapan lelaki itu. Dia memandang dengan pandangan sinis. Dia benar benar mengharapkan perpisahan antara mereka. Dia sudah tidak betah untuk tinggal bersama lelaki itu lagi.
“Erish Damia. Awak kena belajar terima takdir yang Allah tentukan dalam hidup awak. Kalau awak tak boleh terima saya sekarang. It’s okay. Saya tak akan paksa. Cuma, saya tak pernah berhenti berdoa supaya Allah lembutkan hati awak. Saya tahu, ni bukan diri awak yang sebenar. Awak bertindak macam ni sebab awak protes dengan keputusan papa. Kan?” Balas Hakimi tenang. Namun jauh di sudut hatinya, terluka dek kerana permintaan isterinya yang mahu dirinya dilepaskan.
“And last for tonight, I will not let you go. Awak jodoh saya. Tau.” Isyraf Hakimi menyambung kembali ayatnya. Jarinya spontan mencuit lembut hidung isterinya.  Hakimi tunduk mengutip bungkusan plastik yang dilempar oleh Erish.
“Dasar lelaki sakit otak! Aku akan buat sampai kau rasa kau lelaki paling bodoh sebab tunggu orang yang tak akan buka hati dia untuk kau! Looser!” Erish bertempik sekuat hati sebelum masuk semula kedalam kamarnya dan menghempas kuat pintu biliknya itu.

******
“Where are you want to go Encik Isyraf Hakimi?” Soal Erish sejurus dia melihat susuk tubuh suaminya berjalan mahu menuju ke pintu utama rumah mereka.
“Abang nak keluar kejap. Pergi surau.” Balas Hakimi lembut. Dia senyum melihat isterinya. Erish hanya membuat muka bersahaja. Tidak betah dipandang begitu oleh suaminya. Meluatnya aku dengan pak lebai ni. Eii.
“Nak buat apa pergi surau?”
“Orang pergi surau buat apa? Solatlah sayang. Abang dapat jemputan bagi ceramah dekat surau area rumah kita ni. Lepas solat isyak, abang start bagi ceramah. Jom sayang ikut abang. Best tau topik malam ni.” Balas Hakimi ceria.
“Konon konon sweet lah ni ajak wife pergi surau sama sama? Kau tahukan yang aku memang tak akan ikut kau? Tak kuasa nak ikut.” Erish membalas kasar. Dia tidak tahu mengapa hatinya sering sahaja mendidih bila bersama dengan suaminya itu.
“Saya tak cakap saya sweet, tapi kalau awak yang cakap memang betul lah tu kan. Tahu. Tapi manalah tahu, kot kot tergerak hati awak nak ikut saya. Awak kan bukan ada pendirian yang tetap.” Balas Hakimi bersahaja sambil membuat mimik muka.
“Hello! Kau kalau nak pergi jadi baik pergi sorang, takpayah nak paksa orang lah. Aku meluat tengok kau pakai macam ni tahu tak!”
“Haaa. Meluat? Tak apalah lepas ni saya pakai seluar pendek and singlet. Baru nampak handsome kan? Rock gitu.” Sengaja dia mahu menyakat isterinya yang sudah mula naik angin itu. Pantang diusik, pasti mengamuk. Erish Erish. Perangai kalah budak tadika.
“Kau takpayah nak perli aku sangat lah! Pukul berapa kau balik?”
“Ada improvement. Selalunya tak pernah tanya soalan macam tu. Abang balik pukul 11.30 maybe. After ceramah habis ada jamuan sikit, so maybe lewat. Why? Nak kirim apa apa?” Kedua dua tangannya diseluk ke dalam poket baju melayunya itu.
“Aku lapar. Tak tahu nak makan apa.” Erish mengadu kepada suaminya. Bola mata Erish memandang Hakimi dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Hakimi terpanar. Semenjak mereka berkahwin. Inilah kali pertama dia mendengar suara isterinya seperti mengadu kepadanya. Minta untuk ditenangkan.
“Oh, sayang abang lapar. Boleh tunggu tak? Lepas abang habis ceramah, abang bawak sayang makan kat luar. Okay?” Soal Hakimi sambil mengusap perlahan rambut ikal mayang isterinya.
“Jangan balik lambat, dah pergi lah ke mana pun kau nak pergi.” Erish bersuara perlahan. Tangan suaminya yang memegang kepalanya dijatuhkan perlahan. Dia berlalu ke tingkat atas. Hakimi tersenyum melihat tingkah laku isterinya.

******
Hakimi memberhentikan kereta isterinya di hadapan sebuah restoran. Dia memandang sekilas wajah isterinya yang berkerut kerut keningnya.
“Hei, nak makan kat sini ke?” Erish membulatkan matanya memandang Hakimi yang sudah mematikan enjin keretaanya itu.
“Eh taklah. Nak pergi berjoget kat depan orang ramai ni. Jomlah.”
“Kau ni kan Isyraf. Aku tanya elok elok tau. Balas macam orang taktahu adab.” Balas Erish bengang.
“Okay, sorry. Ye Datin. Driver cabuk awak nak ajak makan sini. Dah lah sebelum ramai orang, jom masuk.”
“Ehh wait. Kau nak turun dengan pakai kopiah bagai? Tak perlu la nak sambung bagi ceramah kat sini pula. Kecoh lah kau ni.” Erish menarik kasar kopiah yang menutupi rambut Hakimi.
“Apa salahnya. Bukan saya ni tak pakai apa apa. Kalau awak rasa nak makan angin, duduk lah kat sini. Perut saya dah nyanyi lagu itik pulang petang. Selamat makan angin.” Hakimi malas mahu melayan kerenah Erish, dia segera keluar dari perut kereta itu.


“Sedap?” Soal Hakimi selepas dia menghabiskan suapan terakhirnya. Erish masih lagi menikmati fish and chip yang dipesannya. Berselera isterinya makan. Hatinya berbisik kegembiraan. Senang melihat isterinya seperti membuka sedikit ruang untuk dirinya.
“Gila tak sedap? You tahu tak. I selalu datang sini. My favorite restaurant. I taktahu pula you pun pernah makan dekat sini. Dekorasi restoran ni unik. I suka sangat you tahu.” Balas Erish girang. Bahasanya juga sudah bertukar. Jelas Hakimi pelik dengan sikap isterinya. Namun dalam hati memanjat kesyukuran kerana isterinya sudah mula berlembut dengannya.
“I-you? Wah. Amazing.” Hanya itu yang terluah dari bibir Hakimi. Erish tersentak. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya bertukar bahasa dengan Hakimi. Seboleh mungkin dia membuat lagak selamba.
“Apahal kau ni? Aku cakap I-you sebab kita dekat tempat awam. So tak manis kan kalau orang dengar bahasa kasar yang biasa aku gunakan.”
“Ohh, tahu tak manis. Tahu kasar. Depan orang je cover. Dengan suami main lepas?” Hakimi menjongket keningnya sedikit.
“I don’t care about your  feelings.” Balas Erish tanpa perasaan.
“Alright then. Teruskan lakonan mantap awak. Saya suka tengok.” Balas Hakimi lalu meneguk jus manga yang dipesan.
“Awak. Papa ada call saya siang tadi. Dia rindu sangat dekat awak. Since kita kahwin, almost 5months. Saya rasa awak dah takbalik sana lagi kan?” Hakimi bersuara memecah kesunyian antara mereka.
“So, apa kaitan dengan I? Dia punya rindu dia tanggung sendiri lah.” Erish sebal setiap kali Hakimi mengajaknya menziarahi papanya. Bukan sekali Hakimi mengajaknya ke rumah papanya. Sudah berbuih mulut lelaki itu. Erish masih lagi marah dengan tindakan papanya.
“Kaitan lah. Awak anak dia. Lupa? Nyanyuk? Amnesia dah?” Hakimi berseloroh membuatkan gadis itu mencubit lengannya sehingga dia mengaduh kesakitan.
“If you want to go, pergi sorang. Tak payah sibuk ajak I. I tak ada rasa nak lawat dia.”
“Sayang, tak elok sayang cakap macam tu. Saya tahu apa yang awak lalui selama ni. Tapi tak patut tau awak tak bagi peluang dekat papa betulkan silap dia. Papa dah banyak berubah.”
“Apa yang you tahu? Sakit I. I yang tanggung. You tak faham sebab you tak ada dekat tempat I. You tak tengok pederitaan seorang isteri bertarung nyawa sedangkan suami sibuk berfoya foya dengan perempuan lain. You tak faham.” Erish menghamburkan kekecewaannya. Jelas, Erish masih tidak dapat memaafkan semua kesilapan papanya. Hatinya sebak mengenangkan nasib mamanya yang diabaikan seorang suami.
“Awak. Cuba awak bagi peluang sekali je dekat papa awak. Saya yakin dia tak akan sia siakannya. Selagi awak masih mempunyai seorang ayah, awak hargailah dia. Jangan bila batu nisan dah terpacak. Baru awak nak meratap. Tak guna dah masa tu sayang.” Balas Hakimi cuba untuk meyakinkan isterinya yang bapa mertuanya sudah benar benar berubah. Dia tidak mahu melihat dua beranak itu bermasam muka bertegang urat berpanjangan.
“I tak boleh lupa apa yang papa buat dekat mama. Hati I sakit.” Nada suaranya sudah bertukar. Matanya seakan akan mahu mengalirkan air jernih. Namun sebolehnya dia tidak mahu nampak lemah dihadapan suaminya.
“Abang tahu, bukan senang kita nak lupakan apa yang pernah terjadi. But at least, sayang jangan buat papa seperti tak wujud. Dia rindukan sangat anak perempuan dia yang comel ni. Kita balik rumah papa esok ya sayang?” Hakimi memegang erat jari jemari Erish.
“No. I malas. Banyak kerja. Kalau you nak balik, pergi balik sorang. I dah kenyang. I tunggu you dalam kereta.” Erish bingkas bangun meningggalkan suaminya. Hakimi menghantar isterinya dengan ekoran mata. Sejurus kemudian dia bangkit membuat pembayaran.

*******
Hakimi terkocoh kocoh mendapatkan isterinya yang sedang sibuk bersiap siap untuk ke hotel. Tanpa dipelawa, Hakimi dengan pantas masuk ke dalam bilik isterinya.
“Hei! Apahal kau masuk bilik aku? Keluar!” Erish terkejut melihat suaminya sudah berdiri terpacak dihadapannya. Muka lelaki itu tampak risau.
“Oh. Sorry sorry. Saya ada hal penting nak cakap dengan awak ni.”
“Hal apa? Tak boleh ke tunggu aku keluar? Serabutlah kau ni.”
“I just received call from your brother, papa masuk ICU. Tiba tiba kena serangan jantung masa dalam meeting. So, jom.” Hakimi sudah menarik pergelangan tangan Erish untuk mengikutinya ke hospital.
“Wait. Kenapa Zarul tak call aku sendiri? Aku ni kakak dia tau. Kau tu cuma abang ipar dia.” Soal Erish tidak puas hati. Dia merentap kasar tangganya daripada Hakimi. Hatinya dijentik kerisauan dengan berita yang baru sahaja dia terima. Jauh di sudut hati, dia sangat risaukan jikalau apa apa terjadi pada papanya.
“Zarul call awak banyak kali tapi tak dapat. Awak lupa nak charge phone kot. Dah lah, hal remeh temeh tak perlu nak persoalkan. Sekarang ni, papa tengah kritikal. Dia perlukan awak.”
“Pergilah sorang.” Balas Erish malas, dia berlalu keluar dari biliknya. Hakimi mengekorinya.
“Awak. Papa sakit tu. Awak tahu kan papa awak sakit apa? Yang awak nak pertahankan ego awak ni kenapa? Cepat, saya tunggu kat kereta.” Hakimi mula bengang dengan reaksi isterinya. Langsung tidak kisah dnegan kesihatan bapa sendiri.
“Kau siapa nak arah arah aku? Kalau kau nak sangat melawat dia kau pergi je lah! Banyak kerja. Harini ada meeting.”
“Ya Allah awak ni. Yang tengah terlantar dekat dalam wad tu papa awak tau. Bukan papa orang lain! Come on Erish. Jangan fikir pasal sibuk awak je. Fikir sikit perasaan family awak.”
“Ya papa aku. Tapi kau yang gelabah lebih kan? Relax lah, papa tu bukan nak mati pun. ICU je pun.” Balas Erish selamba. Hatinya mendesak untuk mengikuti Hakimi menjenguk papanya, namun dirinya sendiri tidak bersedia untuk melawat papanya. Dia masih mahu menunjuk protes terhadap keputusan papanya.
“Awak. Jangan sampai bila papa dah tak ada baru awak nak menangis. Melalak meraung. Masa tu, awak menangis air mata darah sekalipun. Semuanya tak akan dapat ubah apa apa. Saya mohon kali ni, dengar cakap saya, sayang.”
“Kalau sempat nanti aku pergi lah.” Balas Erish tanpa perasaan.
“Boleh tak kali ni awak ketepikan semua ego, kemarahan awak dekat papa. Tolonglah Erish Damia tolonglah. Zarul berkali kali call saya, papa asyik meracau sebut nama awak kebelakangan ni.”
“Meeting lagi penting daripada melawat papa. Kalau papa boleh tak pedulikan masa mama sakit, why not aku kan? Biar papa rasa apa yang mama rasa selama ni.”
“Astagfirullah hal azim. Dendam tu penyakit hati sayang. Tak elok, Allah tak suka.  Kita pergi melawat papa kejap. Lepas tu, awak nak pergi mana awak pergilah. Okay?” Hakimi seperti sudah mahu putus asa. Dia sama sekali tidak menyangka begitu benci isterinya terhadap  papa kandungnya sendiri.
“Taknak.” Balas Erish sepatah. Dia mengorak langkah untuk ke pintu utama. Hatinya benar benar keras saat itu. Tidak terkesan langsung dengan pujuk rayu Hakimi.
“Bukakanlah pintu hati isteriku Ya Allah. Lembutkan lah hati dia untuk memaafkan papanya.” Hakimi kesal. Dia sendiri tidak punya daya mahu memujuk isterinya yang keras kepala itu.
                                                                                                                                                                
********
Erish Damia berlari anak memasuki perkarangan rumah papanya yang telah lama dia tinggalkan. Airmata yang menuruni di pipi mulusnya dibiarkan tidak diseka. Hatinya benar benar tidak keruan saat ini. Dengan pantas dia menapak masuk ke dalam ruang tamu rumahnya dan dia terpanar disitu. Kakinya kaku. Diam tidak berkutik sedikit pun.
“Untuk apa kau datang?” Soal Zarul Arman yang menerpa kearah kakaknya yang kelihatan lemah saat itu. Dia benar benar kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kakaknya. Sehingga arwah papanya menghembuskan nafas terakhir, bayang kakanya masih lagi tidak muncul. Berkali kali dia cuba menghubungi kakanya itu namun panggilannya dipandang sepi. Hatinya benar benar kesal.
“Za.. Zarul. Aku nak tengok papa.” Balas Erish Damia bersama deraian airmata yang tidak henti henti mengalir. Telinganya sedari tadi disapa dengan ayat suci al-quran surah Yassin.
“It’s too late. Kau kan sibuk sangat dengan kerja kau, pergilah buat apa kau nak buat. Pasal papa, urusan pengebumian semua biar aku yang uruskan.” Balas Zarul mendatar.
“Zarul jangan buat aku macam ni Zarul. Aku anak papa, bagilah aku peluang nak tatap wajah papa for the last time. Zarul please Zarul.” Hatinya merintih kepiluan melihat sekujur badan terlantar kaku di ruang tamu rumahnya. Dalam hati tidak henti henti dia menyalahkan diri sendiri kerana terlalu ikutkan kata hati. Dia jijik melihat dirinya sendiri.
“Baru sekarang kau nak jenguk papa? Aku call kau berkali kali. Abang Kimi pujuk rayu kau supaya melawat papa, kenapa kau buat tak peduli? Kenapa?!” Nada suaranya sudah tidak terkawal. Dia terkilan kerana tidak dapat menunaikan hajat arwah papanya untuk bertemu dengan puteri kesayangannya.
“A.. Aku tahu aku salah Zarul. Aku tahu, tapi jangan siksa aku macam ni. Aku menyesal. Sangat.” Dia sudah melorot ke bawah. Demi Allah, dia tidak kuat saat ini. Tidak sangka kata hatinya membawa padah kepada diri sendiri. “Maafkan Erish Pa.”
“Zarul. Abang merayu dekat Zarul. Izinkan kakak menatap wajah arwah papa buat kali terakhir. Please Zarul.” Hakimi yang baru sahaja sudah membaca bacaan Yassin untuk bapa mertuanya terus meluru mendapatkan dua beradik itu. Hatinya sayu melihat keadaan isterinya yang seakan akan tidak bermaya. Dia memegang erat bahu isterinya lalu dibawa ke dakapannya.
Zarul berlalu meninggalkan kakak dan abang iparnya tanpa sebarang kata. Mukanya mendung tidak bercahaya. Fikirannya serabut tika itu. Tidak menduga keluarganya diduga dengan dugaan hebat ini.
******
Sudah seminggu Tan Sri Azir pergi menghadap Ilahi. Selama itu juga Erish berkurung di dalam biliknya tidak mahu bercakap dengan Hakimi. Semasa menghadiri majlis tahlil arwah papanya, dia juga hanya mendiamkan diri. Sesekali, Hakimi lihat isterinya mengalirkan air mata jernih. Hatinya dipaut kesayuan. Sungguh, meskipun dirinya turut terkesan dengan apa yang telah terjadi, namun dia tidak tegar membiarkan isterinya berkeadaan begitu.
Pintu bilik Erish dikuak perlahan dari luar. Erish yang baru sudah membaca Yassin untuk arwah papanya menoleh sekilas kearah Hakimi yang sedang mengatur langkah kearahnya.
“Maafkan saya masuk tanpa izin. Saya ketuk banyak kali tadi, tapi awak tak menyahut pun.” Tegur Hakimi memulakan bicara. Dia sudah duduk bersimpuh di sebelah isterinya.
“Tak apa.” Dia tunduk memandang lantai. Fikirannya kosong tika itu.
“Awak. Awak kenapa senyap je? Maksud saya, kenapa awak terkurung je dalam bilik ni? Taknak cakap dengan saya. Awak dah benci kan saya?”
“Mana ada. I tak benci kan you pun. I just nak bersendirian. I tak nak sesiapa kacau I buat sementara waktu.” Balas Erish tanpa menoleh kearah suaminya yang sedang merenungnya sedari tadi. Nada suaranya juga sudah tidak kasar dan membentak seperti selalu.
“Awak. Pandang saya kejap.” Hakimi menyentuh dagu isterinya. Kedua dua tangannya kemudiannya memegang erat bahu isterinya dikalihkan untuk memandangnya. Erish mendongak sedikit.
“Erish Damia. Saya, tak sanggup nak tengok kesedihan awak. Saya tak kuat kalau awak terus terusan hukum diri awak macam ni. Saya tak boleh sayang.” Hakimi meluahkan rasa hatinya dengan jujur. Erish terharu melihat kesungguhan Hakimi untuk memujuknya. Dia melarikan diri daripada Hakimi kerana dia merasakan dirinya begitu kotor untuk di dampingi lelaki semulia Hakimi.
“I minta maaf kalau you rasa I nak jauhkan diri dari you. Demi Allah. I tak ada niat langsung nak buat you terasa. I tak bersedia nak berhadapan dengan you. I malu dengan diri I. I tak layak untuk you Isyraf. Tak layak.” Erish bersuara bersama linangan airmata kekecewaan. Ya, dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana selama perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun dia mengganggap Hakimi sebagai suaminya.
“Hei, apa ni cakap macam tu. Tak awak tak. Jangan fikir macam tu. Awak isteri saya yang sah. Tak ada isitlah layak atau tak. Awak milik saya. Selamanya Erish.” Tangan sasanya menyeka airmata si isteri. Erish hanya membiarkannya sambil memejamkan kejap matanya.
“Isyraf. I minta maaf. I minta maaf dari awal perkenalan kita sampai sekarang, sebab I dah banyak sakitkan hati you. Kurang ajar dengan you. Nafikan hak you sebagai seorang suami. I jahil sangat Isyraf. I banyak sangat lukakan hati orang orang yang sayangkan I. I hate my self.”
“Sayang, saya dah lama maafkan awak. Saya tak nak awak ungkit lagi hal tu. Kalau awak nak tahu, saya tak pernah berhenti berdoa di setiap solat saya supaya Allah lembutkan hati awak. Untuk kembali ke jalan Allah. Untuk terima saya sebagai seorang suami, bukan hanya suami atas kertas. Saya takpernah missed sebut nama awak dalam doa saya, tau.” Hakimi tunduk mencium kepala isterinya yang ditutupi telekung yang dipakai oleh Erish.
“Kenapa you baik sangat? Banyak sangat dosa I dekat you. Dekat papa.” Soal Erish hiba.
“Sayang, kan abang pernah cakap. Abang tak akan give up nak pujuk sayang, bimbing saya. Sebab abang yakin. Isteri abang yang comel ni. Walaupun dia kasar, dalam hati ada taman taman bunga. Walaupun bicara dia menyakitkan hati, tapi ada kejujuran disebalik kata kata dia. Walaupun muka masam mencuka, terselit kecomelan bila marah.” Ujar Isyraf sambil bibirnya tidak lekang daripada tersenyum. Hatinya berasa lapang, akhirnya isteri yang selama ini berkasar dengannya, sudah berubah.
“Terima kasih abang. Erish tak tahu nak balas macam mana. Tapi I tak sempat nak minta ampun dengan papa. I banyak buat salah dengan dia. I sia sia kan waktu yang ada. I bukan anak yang baik.” Air matanya berlinangan tanpa henti apabila terkenangkan arwah papanya itu. Sehingga ke harini, dia sendiri menyesali perbuatannya dan masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.
“Papa dah lama maafkan sayang. Papa tak marah atau simpan apa apa dendam pun dekat sayang. Kan sayang dah baca surat yang arwah papa tulis untuk sayang. Papa dah halalkan dan ampunkan semua perbuatan sayang. Sekarang ni, sayang dah berubah, jangan ingat lagi perkara yang lama. Okay?”
“Tapi papa…” Belum sempat Erish meneruskan ayatnya, Hakimi pantas memotong.
“Kita sebagai umat Islam, kena redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kalau sayang asyik salahkan diri sayang, maknanya sayang tak redha dengan pemergian papa. Yang dah berlalu, kita takdapat nak kembalikan semula. Sebab tu sayang, selagi ada. Hargai. Lumrah manusia, bila seseorang itu pergi daripada hidup kita, baru kita sedar yang selama ni kita sangat perlukan dia. Baru kita rasa kehilangan yang amat mendalam.”
“Abang. Terima kasih untuk nasihat nasihat yang abang berikan dekat Erish selama ni. Terima kasih sebab selamatkan Erish haritu. Terima kasih sebab tak pernah berhenti berharap dengan Erish. Dan, thankyou so much sebab sanggup pertahankan hubungan ni.” Erish meletakkan kepalanya didada bidang si suami. Untuk kali pertamanya sepanjang mereka berkahwin, Erish berasa tenang disisi Hakimi.
“Saya kan prince awak. Di import khas dari planet pluto. I will do anything  for you. Bukan untuk orang lain kan. Untuk bini sendiri. Apa salahnya, yedak?” Ujar Isyraf bersahaja membuatkan isterinya tergelak kecil. Kelakar dan selamba, itulah sifat Isyraf Hakimi yang kadangkala menyebalkan hati Erish.
“I ada peluang lagi tak?” Soal Erish setelah tawanya reda.
“Peluang apa sayang?” Hakimi menyoal kembali. Keningnya berkerut dengan pertanyaan isterinya itu.
“Chance to win your heart?” Soal Erish penuh makna sambil merenung dalam bola mata suaminya.
“Bukan dah dapat?”
“Bila?”
“Saya dah lama bagi hati saya dekat awak. Since first day saya jumpa awak. Awak yang tak sedar.”
“Masa tu kan saya tak insaf lagi. Masih terejal dan tak ada perasaan, so now. Ada lagi tak peluang tu?” Soal Erish bersungguh sungguh ingin tahu. Dia khuatir jikalau hati suaminya berubah kerana sikap egois dan pentingkan diri sendiri selama ini.
“Always, sweetheart.” Hakimi membisik di telinga isterinya. Perlahan, bibirnya dijatuhkan lembut ke dahi isterinya. Erish memeluk erat suaminya seakan akan tidak mahu melepaskannya.
“Erish Damia. No matter what has happened. No matter what you have done. No matter what you will do. I will always love you. I swear it.” Kata kata romantis itu terluah dari bibir Hakimi membuatkan Erish tersentak. Dia ralit merenung suaminya yang tersenyum tampan. Tangan sasa lelaki itu tidak lepas dari mengusap belakang badannya.
“Apa yang abang faham tentang cinta?” Soal Erish secara tiba tiba.
“Honestly, abang tak tahu apa apa sebab abang takpernah bercinta sayang. Tahu tahu je, abang terus kawhin.” Balas Hakimi sambil menjuihkan bibirnya. Sungguh, Erish Damia adalah gadis pertama yang mencuri hatinya.
“Seriously? So kiranya Erish ni first love abang lah?” Soal isterinya teruja.
“Exactly my dear.”
“Taktahu nak cakap macam mana. Terharu. Terharu dengan apa yang abang korbankan untuk Erish selama ni. Macam mana nak balas eh?”
“Sayang balas dengan kasih sayang cukup lah. Be a good wife, jadi perempuan solehah. And ibu yang terbaik untuk khalifah khalifah kecil kita yang bakal lahir nanti.” Balas Hakimi penuh makna.
“Tapi abang kena janji dulu! Abang bimbing Erish, betulkan silap Erish kalau Erish buat salah. Boleh?”
“Nanti abang kena tengking lagi kalau abang nasihatkan sayang. Takut tau. Wife abang kalau mengamuk, kalah gorilla kat hutan tu tau.” Hakimi sengaja mahu mengusik isterinya.
“Abang jahat….” Balas si isteri dalam nada merajuk. Terkesan dengan kata kata suaminya.
“Sayang sayang, abang gurau je. Betul, takada niat nak ungkit kisah lama. Abang janji. Selagi abang bernyawa, abang takan biarkan Erish terkapai kapai keseorangan. Abang akan lengkapkan hidup sayang. Penuhi apa yang kurang. Hmm. Senyum sikit. Kalau tak abang cium bibir tu, muncung muncung nak pergi mana?”
“Pergi cari husband baru.” Balas Erish selamba.
“Kenapa? Yang depan mata ni tak cukup kacak?”
“Yang depan mata ni terlebih kacak. Terlebih handsome. Tersangatlah sempurna untuk Erish.” Erish memaut erat lengan suaminya.
“I love you.” Tanpa diduga, kalimah cinta itu terlafaz juga dari bibir Erish Damia. Dia menghadiah kucupan kasih sayang ke pipi si suami. Hakimi tergamam seketika dengan tindakan pantas isterinya.
“Fuih, first time ni. Nasib baik tak pengsan abang tau.” Hakimi membuat memek muka terkejut sambil mengusap lembut dadanya sendiri. Sengaja mahu mengusik si isteri yang kelihatan gelabah. Seronok mengenakan si isteri.
“Tak boleh ke nak I love you suami sendiri?” Soal Erish perlahan. Hatinya berasa sedikit menjauh.
“Boleh sayang. Anytime. I’m yours baby. Love you more, my sweet girl.” Sebuah kucupan mesra menjadi habuan kedua dua belah pipi Erish. Erish tersenyum bahagia.
“Kenapa abang sayang Erish?”
“Cause all of me, loves all of you.” Hakimi mencium lembut hujung hidung isterinya. Erish tersenyum mendengar jawapan daripada si suami.
“Sayang sweet sangat lah.”
“Sweet saya hanya untuk isteri dunia akhirat saya ni.”
“Sayang, I need your help.” Erish menyoal dengan nada yang serius. Dia sudah memegang erat tangan suaminya lalu dibawa ke pehanya.
“Apa dia sayang?”
“Kalau abang nak pergi dengar ceramah dekat masjid or nak bagi ceramah. Boleh tak ajak Erish sekali?” Soal Erish ragu ragu. Dia masih ingat, Hakimi sering mengajaknya menghadiri ceramah di surau, namun ajakan suaminya sering sahaja ditolak dengan kasar.
“Mestilah boleh sayang. Tak kan abang nak dapat pahala sorang sorang je kan? Mestilah abang ajak, isteri abang ikut sekali. Do you know what sayang? Abang tak sabar nak tengok isteri abang pakai tudung. Tak sabar sangat.” Hakimi meluahkan isi hatinya yang tidak terluah selama ini.
“Erish pun ada terfikir nak ubah penampilan Erish. Tapi tu lah Erish tak reti sangat bab bab ni. Abang boleh tolong?” Erish merasakan sudah tiba masanya untuk dia kembali ke jalan Allah meninggalkan segala larangan yang selama ini dia langgar.
“Yang ni lagi lah abang boleh tolong. Esok, kita pergi butik muslimah. Okay? Abang bersyukur sangat, sebab isteri abang terbuka hati untuk berubah.”
“Ni semua sebab doa abang.”
“Dan doa arwah papa. Allah hadirkan hidayah dalam diri sayang sebab Allah sayang kan Erish. Dan abang tak akan sia sia kan peluang yang terhidang depan mata. Abang akan bimbing sayang. Tegur bila sayang terleka. Nasihat kalau sayang tersilap langkah. Kita sama sama lengkapkan kekurangan masing masing tau?” Hakimi mengusap dagu runcing isterinya.
“Terima kasih abang untuk semua ni.”
“Tu memang tanggungjawab abang sebagai seorang suami. Sayang, kita qiamulail malam ni nak?”
“Nak tapi…”
“Kenapa? Nanti abang ajar, don’t worry. Kita buat sama sama. Nak sayang?”
“Mestilah nak, jangan tamak tau. Kalau nak buat benda baik, ingat sikit wife dekat sini.” Ujar Erish sambil merebahkan kepalanya didada suaminya.
“Ya sayang. Abang ingat tu. So malam ni kita overnight dekatkan diri dengan Allah. Mesti lepas ni sayang rasa tenang. InsyaAllah.”
“Kalau sayang tak jumpa abang, mesti semua ni tak akan jadi. Kan?”
“Jangan cakap macam tu sayang. Sekarang ni sayang faham kan, takdir Allah tu indah? Allah dah aturkan semuanya cantik je untuk kita. Cuma kita, perlu sentiasa mantapkan iman. Topup amal ibadah setiap hari.” Hakimi merebahkan kepalanya dipeha isterinya yang sedang duduk bersila. Kepalanya didongak memandang isterinya.
“Alright Encik ustaz kesayanganku.” Erish bermain main dengan rambut suaminya itu. Dalam hati tidak henti henti memanjat  kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menitipkan kebahagian kepada dirinya.

*******
“Sayang jalan slow slow. Kita nak sampai dah ni.” Hakimi memimpin jari jemari Erish. Erish hanya mengikut kata si suami sambil memaut lembut lengan sasa suaminya.
“Kita nak pergi mana ni abang? Lambat lagi ke?”
“Sabar lah sayang. Haaa, dah sampai dah pun.”
“Dah boleh bukak ikatan ni abang?” Soal Erish yang rimas dengan ikatan kain berwarna hitam yang menutupi pandangan matanya itu. Dia sendiri tidak tahu kemana suaminya mahu membawanya pergi malam malam begini. Ada ada sahaja Hakimi ni.
“Okay baby girl abang dah boleh buka mata luas luas. Jangan sampai terkeluar biji mata tu pula tau.” Ujar Hakimi sambil tersenyum simpul. Dia meleraikan ikatan kain itu.
Erish yang sedang memaut lengan suaminya itu spontan menekup bibirnya dengan kedua dua belah tangan. Dia tergamam melihat apa yang ada di depan matanya itu. Perlahan lahan kakinya menapak mendekati sesuatu yang menarik perhatiannya. Hakimi membawanya di tepi pantai rupanya. Patut lah sedari tadi terasa seperti berjalan di atas pasir pasir halus. Erish mendekati sebuah meja kecil di bawah sebatang pokok, meja itu dialas dengan alas meja yang tercoret namanya bersama si suami. “ Comelnya..” Makanan yang terhidang  di atas meja itu semuanya makanan kegemarannya. Pasir di pantai itu dipenuhi dengan gambar gambar perkahwinan mereka. Di susun menjadi bentuk love. Erish tersentak melihat botol botol kecil yang disusun membentuk namanya “Erish Damia” Dia mendekati botol botol itu dan setiap satu daripada botol kecil itu mengandungi nota nota ringkas dicoret khas oleh si suami. Antaranya “ I love you, annoying girl, princess garang, gorilla seksi, my soulmate, my short girl, my sweet wife, biniku tomboy, isteriku solehah, my pumpkin.” dan botol terkahir mengandungi nota kecil berbentuk hati yang berbunyi “Hi awak. Kenapa awak comel sangat bila bertudung? Awak memang comel dari kecil eh? Nak jadi ustaz awak boleh?” Erish tersenyum membaca bait bait kata yang ditulis oleh si suami. Boleh tahan juga suaminya ini. Dia kemudiannya berlari lari anak mendapatkan suaminya yang sedang tersenyum memandangnya.
“Jangan cakap yang semua ni abang yang buat?” Erish menyoal suaminya. Matanya merenung mata hazel milik suaminya. Tidak sepet seperti keinginanya tapi cukup menyenangkan bila memandang.
“Kalau abang yang buat kenapa? Nak terharu ke nak nangis? Ke nak peluk abang?” Tangannya sudah melingkari ramping kecil isterinya.
“Seriously? Tapi bila abang buat semua ni? Petang tadi kan abang ada dengan sayang dekat hotel. Bila masa?” Erish melontarkan soalan sambil mengecilkan sedikit matanya.
“Abang keluar senyap senyap lah. Kalau tak nanti kantoi ler.” Ujar Hakimi sambil menjuihkan bibir.
“Pandai kan.”
“Well, tengok sikit husband siapa? Kena lah bijak kalau nak buat suri hati abang ni sentiasa happy.” Angin sepoi sepoi yang menyapa membuatkan Erish sedikit menggigil. Lantas Hakimi mengeratkan pelukan.
“So semua ni untuk…”
“Yaa, untuk sayang. Semua ni, hadiah daripada abang untuk sayang. Abang tak tahu macam mana nak cakap dekat Erish, so I make this for you. Gift for you sebab sudi jadi yang halal untuk abang.” Hakimi meluahkan penuh perasaan, dia mahu isterinya mengerti bahawa dia sangat menyanyangi isterinya.
“Nak nangis boleh? Thank you so much.” Erish menyentuh lembut dagu suaminya.
“No no no. Abang tak akan biarkan air mata sayang mengalir. Even sayang cakap sayang nangis sebab terharu. No, kalau terharu dengan semua ni. Peluklah abang sayang kuat kuat. Bukan nangis. Cair make up tu karang.” Ujar Hakimi bersawa tawanya.
“Tak sangka, orang yang paling Erish benci dulu. Sekarang ni dia lah insan yang paling Erish tak nak berenggang walaupun sesaat.”
“So sayang tak kisah bersuami kan pak lebai yang selalu duk pakai kopiah? Yang hanya ada kereta kancil cabuk besi buruk yang macam nak roboh tu?” Soal Hakimi sengaja mahu menduga isterinya.
“Cinta bukan terletak pada rupa, harta or status. Erish tak kisah, sebab abang pun boleh terima Erish yang dulu banyak sangat buat salah dengan abang. Why not Erish terima kekurangan abang?”
“Sayang, abang tak nak hilang penyeri hidup abang. Jangan pergi jauh jauh dari abang tau?” Hakimi membetulkan selendang isterinya yang ditiup angin.
“Tak pergi mana mana. I duduk bawah ketiak you je.” Balas Erish dalam nada bergurau.
“Tak pengsan nanti?” Soal Hakimi sambil menjongketkan keningnya ragu ragu dengan jawapan si isteri.
“Kalau duduk dalam hati abang, boleh tak? Tak ada siapa nak rampas sayang dari abang. Kan?”
“Sure. Si kenit duduk dalam hati abang sado diam diam tau.  Sebab, abang sado sayang ni perlukan sayang sampai bila bila.” Hakimi tunduk mencium dahi isterinya penuh kasih. Terasa kebahagiaan yang selama ini dia cari sepanjang perkahwinan mereka. Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju meja kecil di bawah pokok.

“Sayang, cuba sayang tengok dalam handbeg sayang. Ada apa apa tak?” Hakimi bersuara selepas mereka selesai menikmati hidangan makan malam mereka.
“Abang ada letak apa apa ke?” Soal Erish pelik. Jarang sekali suaminya menyimpan apa apa di dalam handbegnya.
“Tadi ada bangla mana entah  bagi something kat abang. Tak sempat nak baca tu abang letak dalam handbeg sayang. Tolong tengok sayang. Mana tahu penting ke.” Kata Hakimi dengan wajah yang serius.
Erish menurut kata suaminya. Beberapa saat kemudian dia memandang si suami dengan pandangan yang tidak percaya. Dia memegang sekeping kad kecil berwarna merah hati.
“So abang lah bangla tu? Apa yang dalam kad ni serious ke?” Soal Erish tidak percaya.
“Buat kerja part time. Menyamar jadi bangla kejap. Ya kenapa? Tak suka?”
“Gila tak suka. Bangla ni cakap “My pretty wife, next week kita akan pergi honeymoon dekat Paris and then terus pergi Hong kong sebab sayang suka tengok cina sepet. So tengok lah puas puas ya. And next month kita pergi umrah. So my sweet princess nak teman I tak?”” Hakimi hanya tersenyum mendengar bicara isterinya yang menahan tawa. Sengaja dia menggelarkan dirinya bangla, hobinya menyakat si isteri.
“So sayang nak teman abang tak? Ke nak biarkan abang pergi sorang…”
“Mesti lah ikut! You husband I. And I as wife, sentiasa ada disamping you.  Abang. Sayang  taktahu nak cakap apa. Terharu sangat dengan semua yang abang buat untuk sayang. Comel sangat.” Hati perempuannya benar benar tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh suaminya sepanjang perkahwinan mereka. Sungguh. Isyraf Hakimi adalah lelaki terbaik buat dirinya.
“I am completely in love with you. My man.” Erish sudah memaut lembut bahu suaminya yang masih lagi duduk menghadapnya. Dia menuturkan kata kata romantis itu seikhlas hatinya. Cintanya tulus hanya untuk Isyraf Hakimi sahaja. “ Terima kasih papa.” Hatinya bersuara mengenangkan arwah papanya yang menyatukan mereka berdua sehingga dia berpeluang merasai kebahagiaan yang tidak terhingga ini.
“And I am in love with all your little things. InsyaAllah. Cinta halal kita bersemi sampai syurga.” Hakimi mengendong isterinya yang kelihatan sangat bahagia tika itu. Dia memanjat kesyukuran kerana akhirnya dia mampu mendidik Erish menjadi isteri yang terbaik untuk dirinya.


27 comments:

  1. bestnyaaa.... layan sungguh baca cerpen pepagi ni.. hihihiih

    ReplyDelete
  2. alamak! hati aku dah jatuh tergolek pada hakimi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, sweet kan kimi tu, haish, btw thanks for reading

      Delete
  3. best :D buat la citer bnyk2 lg.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading :) Kalau ade masa terjah lah blog saya y tak seberapa ni semua e-novel and cerpen-2 saya publish dekat sini

      Delete
  4. nice story.. blh jatuh hati + tersungkur ngn Isyraf Hakimi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alhamdulillah awak terhibur dengan jalan cerita ni. thanks for reading :)

      Delete
  5. Macam mne pulak dgn adik Erish tu?? Dh ok ke hubungan diorang. . .

    ReplyDelete
  6. Sorry nk tanya u buat blog nih guna apa yeah

    ReplyDelete
  7. Sorry nk tanya u buat blog nih guna apa yeah

    ReplyDelete
  8. bestnya 。:.゚ヽ(*´∀`)ノ゚.:。

    ReplyDelete
  9. melting kat iysraf hakimi .. btw bess giloss . tersenyum sesorg pgy2 nii. huhu

    ReplyDelete
  10. It was so interesting..jalan ceritanya sesuai..memang awak ni sesuai sangat jadi penulis novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak di atas doanya. Thanks for reading :)

      Delete
    2. Terima kasih awak di atas doanya. Thanks for reading :)

      Delete
  11. Wah..bestnye dpt hubby cenggini..Sgt penybr..cite ni mmng best..

    ReplyDelete
  12. Waduhh...so sweet. Serius best cerita awak. Gudjob cik writer!
    Tumpang blogwalking...

    http://menorasky.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Best lah pkok nya.

    Ada filem nya tak?

    ReplyDelete
  14. Mal ai jatuh cinta dengan hakimi

    ReplyDelete
  15. Baik ah cerita .So sweet character Kimi!!!

    ReplyDelete