Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 6 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab24

“Risya. Mamat tadi tu handsome gila kot. Cairnya aku tengok weh.” Ujar Nurin Aiman sejurus mereka sampai di rumah. Ainur Fathrisya hanya membuat riak selamba mendengar kata-kata pujian sahabatnya itu tentang Zefrieq Ezzraf.
“Risya! Kau dengar tak?” Soal Nurin sedikit kuat apabila dilihat Fathrisya hanya mendiamkan diri.
“Dengar.” Balas Fathrisya malas seraya melabuhkan duduk di atas sofa. Dia sebenarnya terkenangkan kata-kata Zefrieq Ezzraf sebentar tadi. “Laki orang rupanya. Hmm.” Desis hatinya bersama keluhan kecil dilepaskan.
“Kau ni kenapa beb? Monyok semacam je muka tu. Sejak balik tadi, kau diam tak bercakap langsung. Kenapa ni?” Soal Nurin Aiman lembut sambil mengambil duduk di sebelah sahabatnya yang sedang bermain-main dengan hujung rambutnya.
“Kau nak tahu sangat kan siapa boss aku? Nak?” Soal Fathrisya tanpa memandang ke arah Nurin Aiman yang sedang memandangnya itu. Sebelum ini sudah berkali-kali Nurin menyatakan hasratnya mahu bertemu dengan Zefrieq Ezzraf kerana cerita-cerita yang disampaikan oleh Fathrisya.
“Apa kaitan dengan boss kau pula ni? Nak lah. Aku nak tengok sikit muka mamat kerek sakit otak tu.” Balas Nurin sambil membuat memek geram.
Well. Mamat handsome yang kau duk puji-puji tadi tu boss aku. Zefrieq Ezzraf a.k.a lelaki sakit jiwa otak tercabut.” Balas Fathrisya tanpa rasa. Fikirannya tidak habis-habis memikirkan tentang kata-kata Zefrieq sebentar tadi. Luluh juga hatinya mendengarkan sebaris ayat yang dituturkan oleh lelaki itu.
“Hah?! Mamat tadi tu boss kau? Kau biar betul Risya?” Soal Nurin yang ternyata tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.
“Buang air liur je lah cakap dengan kau ni. Bukan nak percaya.” Ujar Fathrisya seraya menepuk kuat lengan Nurin Aiman. Wajah tidak percaya gadis itu ditatap bosan. “Orang dah cerita tak nak percaya pula. Haih.” Bebel Fathrisya kegeraman.
“Beb. Jangan lah marah. Aku bukan tak percaya apa yang kau cakap tapi aku cuma terkejut je. Gila handsome boss kau tu. Macam tak percaya je mamat sakit otak yang suka buli kau tu memiliki paras rupa yang mampu mencairkan hati wanita.” Balas Nurin teruja.
“Kau tak payah nak teruja sangat lah. Biasa je dia tu aku tengok. Tang mana handsome pun tak tahu lah.”
“Banyak lah kau punya tak handsome. Kau ni ada masalah mata agaknya kot. Tapi pelik lah kalau tengok daripada rupa memang terbaik, tapi perangai macam apa je.”   Selamba Nurin Aiman mengutuk boss sahabatnya itu.
“Yin. Hati aku sakit bila dapat tahu dia dah kahwin.” Tanpa sedar Fathrisya sudah menceritakan luahan hatinya kepada Nurin Aiman.
“Kau suka dekat dia ke Risya? Serious?” Tanya Nurin Aiman dengan riak wajah teruja.
“Aku tak tahu sejak bila aku suka dia tapi hati aku ni sakit tengok adegan mesra dia dengan wife dia tadi. Haritu masa dekat ofis ada sorang perempuan ni datang ofis then diaorang nampak mesra sangat. Siap peluk-peluk lagi.” Cerita Fathrisya bersama wajah muram. Nurin sudah tersenyum mendengar cerita gadis itu.
“Bila kita dah mula suka dekat seseorang, kadangkala kita tak sedar bila kita mula sayangkan dia. Kata hati tak pernah menipu tau.” Ujar Nurin Aiman dengan falsafah cintanya.
“Macam mana ni Yin? Boleh pula aku jatuh sayang dekat suami orang. Hisy! Tak malu betul lah aku ni.” Balas Fathrisya sambil menyembamkan mukanya di atas sofa.
“Kau pasti ke yang dia memang betul-betul dah kahwin? Gaya dia macam bujang je aku tengok.” Balas Nurin Aiman menyangkal kata-kata Fathrisya.
“Dia sendiri yang cakap dia dah nikah. Kau nak suruh aku tak percaya ke Yin? Depan mata aku sendiri aku tengok dia pujuk bini dia kemain lembut. Kalau dengan aku, macam singa jadian je. Garang semacam.” Ujar Fathrisya seakan-akan begitu terasa dengan layanan Zefrieq Ezzraf terhadapnya.
“Hmm. Kalau dia sengaja tipu kau macam mana? Mana tahu dia tu saje je reka cerita macam tu sebab nak sakitkan hati kau. Dia kan mamat paling annoying sekalian alam.”
“Yin. Ni soal kahwin. Tak kan lah dia nak main-main pasal kahwin. Lagi pun aku tak nampak apa-apa motif kenapa dia kena buat macam tu. Aku yakin sangat yang dia tu suami orang.” Balas Fathrisya sambil bersandar di sofa.
“Tu lah kau. Dari dulu lagi aku cakap dekat kau kalau suka lebih baik berterus terang je dekat dia. Tengok sekarang, kau sendiri yang frust menonggeng. Cinta tak kenal siapa tau. Walaupun kau benci tahap gila dengan perangai dia yang menyakitkan hati tu, dalam dia kau simpan perasaan dekat dia.” Balas Nurin Aiman sambil mengusap lembut lengan Fathrisya. Wajah mendung Fathrisya dipandang dengan senyuman manis. Benarlah sahabatnya itu sedang dilamun cinta, dia sendiri tidak pelik apabila gadis itu meluahkan perasaannya sebentar tadi. Malahan itulah saat yang ditungg-tunggu oleh Nurin Aiman kerana dia sudah dapat menebak bahawa Fahrisya menyimpan perasaan terhadap lelaki yang merupakan boss sahabatnya itu.
“Dia nak kahwin ke, dia nak tertonggeng dengan perempuan lain ke. Apa kaitan dengan aku? Ikut suka dia lah. Dah lah malas nak cakap pasal ni lagi, aku naik dulu.” Ujar Fathrisya mahu mengundur diri. Dia berkata begitu untuk menyangkal perasaan yang semakin menyesakkan dadanya.
“Dengan aku kau boleh pura-pura tak kisah. Tapi dengan hati kau sendiri kau tak boleh nak lari daripada kata hati Risya. Kau cinta kan dia.” Ujar Nurin Aiman seraya bangun dari duduknya meninggalkan Fathrisya yang masih lagi duduk di atas sofa.

****
Zefrieq sedang menyemak fail yang baru sahaja sampai di tangannya. Farel Aimar sedang duduk menghadap Zefrieq Ezzraf sambil memeluk tubuhnya. Sebentar tadi mereka membincangkan tentang projek pembinaan tama rekreasi di Melaka. Syarikat mereka telah mendapat kontrak untuk membina sebuah taman rekreasi di kawasan Alor Gajah.
“Setakat ni aku berpuas hati dengan progress pembinaan taman rekreasi tu. Cuma aku rasa lebih baik kalau aku turun padang melawat tapak projek.” Ujar Zefrieq Ezzraf seraya meletakkan fail di atas meja.
“Kau nak pergi melawat bila-bila boleh. Nanti aku bagitahu Encik Affendi yang kau nak datang melawat.”
“Siapa Affendi tu?” Soal Zefrieq ingin tahu.
“Jurutera projek pembinaan ni lah. Kau lupa ke yang kita pernah berjumpa masa sebelum projek ni dimulakan. Lupa?”
“Banyak sangat benda aku kena fikir aku kena ingat. Mana lah nak ingat semua benda. Lagi pun projek ni kau yang banyak handle. Aku sekadar ambil tahu sikit-sikit je.” Ujar Zefrieq membela diri. Farel Aimar hanya tersenyum dengan kata-kata Zefrieq yang tidak mahu mengalah itu.
“Yalah Zef. Dalam dunia ni memang kau sorang aje yang betul. So, bila kau nak pergi melawat?” Soal Farel Aimar sambil bermain-main dengan pen merah di tangan kirinya.
“Apa pula kau ni. Asyik nak terasa pun tak boleh juga Rel. Tengah hari ni. Meeting petang karang dengan Datuk Yaacob kau tolong gantikan tempat aku.” Ujar Zefrieq Ezzraf sambil mencatat sesuatu di atas kertas.
“Okay boleh. Kau nak pergi sorang je ke?” Soal Farel Aimar sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya pantas menekan papan kekunci telefon pintar itu.
“Tak lah. Dengan setiausaha aku lah.” Ujar Zefrieq selamba.
“Hah? Dengan Risya? Kau ni dah kenapa Zef? Apa pula plan jahat kau nak kenakan dia kali ni? kau fikir aku tak tahu yang kau paksa dia masak macam-macam untuk kau tempoh hari?” Soal Farel Aimar kaget apabila mendapat tahu yang Fathrisya yang mahu diajak oleh Zefrieq Ezzraf unuk menemani lelaki itu ke Melaka.
“Yang kau nak gelabah tak tentu pasal ni dah kenapa? Suka hati aku lah nak ajak siapa teman aku. Aku boss dekat sini. Oh yang pasal aku buli dia tu kenapa? Tak puas hati?” Soal Zefrieq sambil mengangkat keningnya.
“Memang aku tak puas hati. Mentang-mentang kau boss dekat sini, suka-suka kau je bagi arahan tak masuk akal tu dekat dia. Kau memang sengaja kan nak sakit kan hati dia. Kau kenapa ni Zef? Layan Risya tu elok-elok tak boleh?” Ujar Farel Aimar yang sememangnya tidak suka dengan cara Zefrieq yang sentiasa berkasar dengan gadis yang sudah mula mencuri hatinya.
“Arahan tak masuk akal apa pula? Aku bukan suruh dia pergi masuk club ke pergi layan datuk-datuk ke. Aku cuma suruh dia masak untuk aku. Suka hati aku lah.” Balas Zefrieq tanpa rasa bersalah.
“Kau ni memang manusia yang tak boleh nak mengaku salah sendiri. Aku tak setuju Risya pergi dengan kau. Biar aku je yang pergi melawat tapak projek tu dengan dia.”
“Amboi. Kau punya cakap macam kau tu boss besar dekat sini ya Rel. Tugas kau nanti gantikan tempat aku untuk meeting petang ni. Pasal aku dengan Risya, kau tak perlu sibuk.” Balas Zefrieq sambil matanya mengisyaratkan Farel supaya segera keluar.

“Kau dengar sini baik-baik Zef. Kalau aku dengar kau sakit kan hati Risya atau kau buat apa-apa yang melukakan hati dia. Kau hadap aku bila balik nanti!” Ujar Farel Aimar berbaur amaran lalu dengan segera dia menapak keluar meninggalkan Zefrieq Ezzraf yang sedang membuang pandang ke luar bangunan.

Friday 5 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab23

“Abang, teman lah Fyn….” Fyn Airisha sudah memukul-mukul muka Zefrieq Ezzraf dengan bantal peluk abangnya. Seawal pagi hujung minggu itu dia sudah bangun pukul 9pagi dan membantu Mak Yam di dapur untuk menyiapkan sarapan. Mummy nya pagi-pagi lagi sudah keluar.
“Abang!” Kali ini dia sudah meninggikan suaranya. Geram sungguh kerana Zefrieq Ezzraf masih lagi tidak bangun dari tidurnya. Walhal sudah berkali-kali dia mengejut abangnya itu.
“Abang, jom kahwin!” Fyn menampar kuat lengan abangnya itu sekuat hati.
“Hah? Kahwin? Kat mana Risya? Jom sekarang!” Zefrieq yang baru sedar dari tidur terus duduk di atas katil dan menghadap adiknya yang sedang berdiri memandangnya dengan pandangan yang pelik.
“Risya? Siapa Risya?” Soal adiknya pelik.
“Risya cakap nak kahwin dengan saya?” Soal Zefrieq dengan mata terpejam rapat. Mulutnya sahaja yang bergerak-gerak.
“Siapa pula Risya ni! Iesh abang ni merepek lah! Pergi mandi cepat. Bangun!” Desak Fyn seraya menolah badan Zefrieq Ezzraf supaya turun dari katil.
“Apa ni tolak-tolak orang? Kacau orang tidur je lah Fyn ni!” Marah Zefrieq yang baru tersedar dari mamai. “Apahal aku duk sebut-sebut nama perempuan tu pula eh? Siap nak kahwin bagai. Dah gila agaknya aku ni.” Bebel Zefrieq dalam hati. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya yang tiba-tiba mercaua menebut nama gadis itu.
“Alang-alang abang dah bangun ni kan, pergi mandi cepat. Teman Fyn pergi Pavillion.” Ujar Fyn serius mengarah abangnya yang sudah mahu tidur semula.
“Apa Fyn ni. Paksa-paksa abang bagai. Teman Fyn shopping tu sama je macam masuk dalam library. Bosan tak tahu nak buat apa-apa. Malas abang.” Ujar Zefrieq menolak permintaan adiknya itu. Dia memang sukar untuk bangun pagi di waktu cuti begini.
“Ahh tak ada. Abang dah bangun kan. Dah segar bugar mata tu so pergi mandi sekarang! Fyn tunggu dekat bawah okay? Cepat!” Fyn berkata-kata sambil menutup pintu bilik abangnya dan terus berlalu ke dapur untuk menjamu selera.
“Kacau daun betul lah dia ni! Ergh!” Bentak Zefrieq dan dengan langkah yang tidak seimbang dia mengatur langkah ke kamar mandi. Bebal sungguh hatinya kerana hujung minggunya dikacau oleh adiknya itu.

*****
Zefrieq sudah berdiri tegak bersama wajah masam mencuka di hadapan keretanya di tempat letak kereta pusat beli-belah itu. Dia yang baru sahaja sudah menemani adiknya membeli-belah ingin beransur pulang. Namun sebaik sahaja dia sampai di keretanya, terdapat sebuah kereta parking betul-betul di hadapan kereta mewahnya.
“Keluar! Keluar sekarang woi!” Bentak Zefrieq sambil jari jemarinya mengetuk kuat tingkap bahagian sebelah pemandu kereta itu. Cermin tingkap yang gelap menyebabkan dia tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan yang berada di dalam kereta itu.
“Keluar lah weh!” Bentak Zefrieq sedikit kuat menyebabkan seorang gadis  yang memakai cermin mata hitam terus turun dari kereta itu.
“Kau fikir ni parking bapak kau punya ke? Suka hati laki kau je nak park kereta dekat depan kereta aku ni. Tak tengok dulu sebelum parking ke hah?” Zefrieq menghamburkan api kemarahannya. Lantas gadis itu terus menanggalkan spek matanya apabila mendengar suara Zefrieq.
“Encik?” Soal Ainur Fathrisya kaget.
“Kau?! Hah, kalau kau yang buat salah macam ni memang tak heran lah aku. Otak tak ada. Ikut sedap kau je nak block kereta aku kan!” Kutuk Zefrieq Ezzraf bersama senyuman sinis. Dia sebenarnya tidak menyangka gadis yang dimarahi sebentar tadi adalah setiausahanya. Wajah serba-salah Fathrisya dipandang penuh debar. “Kenapa dengan hati aku ni? Berdebar semacam je. Sebelum ni hari-hari juga tatap muka minah ni, tak adalah sampai rasa nak tercabut keluar jantung ni. Hisy!” Bebel Zefrieq dalam hati.
“Er. Encik Zefrieq. Saya minta maaf sangat-sangat. Cerita dia macam ni..”
“Tak payah nak cerita dia macam ni sangat lah, telinga aku tak kuasa nak melayan alasan karut kau tu. Alihkan kereta ni cepat!” Arah Zefrieq seperti biasa yang selalu dilakukan terhadap gadis itu di pejabat. Fathrisya mendengus kegeraman.
“Amboi Encik! Apa Encik pun buta ke tak tahu nak bezakan sama ada tempat awam atau pejabat? Suka-suka nak arah saya buat itu ini.” Balas Fathrisya tidak mahu mengalah.
“Sedap nya mulut kau tu mengata aku ni buta! Peduli apa aku ni pasar malam ke padang golf ke, yang aku tahu sekarang ni kau dah halang kereta aku. Cepat alihkan atau aku pecat kau terus. Serabut aku!” Bebel Zefrieq sambil memeluk tubuh.
“Saya mana reti nak alihkan kereta, lesen pun tak ada.” Balas Fathrisya selamba.
“Aku tak peduli. Kau pergi panggil kawan kau sekarang sebelum aku rempuh kereta ni. Dengan kau kau sekali jalan nanti!” Marah Zefrieq mendengar alasan yang diberikan oleh gadis itu. Gemar sungguh mencipta alasan demi alasan.
“Ewah-ewah seronok nya dia berkata-kata ya. Nak rempuh kereta orang bagai. Dia fikir dia sorang je ada kereta mewah? Mamat annoying!”
“Abang!” Jerit Fyn yang baru sahaja keluar dari pusat beli-belah itu.
“Abang kata suruh Fyn tunggu abang dekat entrance nanti abang ambil. Naik sakit kaki Fyn ni tunggu abang tau! Rungut Fyn yang sudah berdiri di sebelah Zefrieq Ezzraf. Ainur fathrisya memandang Fyn dengan pandangan mata ingin tahu.
“Sayang. Abang minta maaf sangat-sangat. Ada perempuan gila block kereta abang. Dah tak boleh keluar. Sayang masuk dalam kereta dulu okay? Abang nak settle kan sekejap.” Lembut kedengaran suara Zefrieq memujuk seorang gadis yang Fathrisya tidak kenali itu sambil memegang erat pergelangan tangan gadis itu. Hatinya tiba-tiba menjadi cemburu yang amat melihat kelembutan Zefrieq melayan gadis itu.
“Err kenapa dengan abang ni?’ Soal Fyn yang aneh dengan bicara Zefrieq yang memanggilnya “sayang”. “Dah buang tebiat agaknya abang Zef ni.”
“Sayang duduk dulu ya, kejap lagi kita balik.” Pujuk Zefrieq lagi sambil membawa gadis itu dan dibukakan pintu kereta supaya Fyn masuk ke dalam kereta.
“Kau apahal pandang macam tu? Tak pernah tengok suami pujuk isteri?” Soal Zefrieq kasar sambil menapak ke arah Fathrisya yang sedari tadi memerhatikan adegan mesra yang sengaja direka oleh Zefrieq Ezzraf.
“Isteri boss?” Soal Fathrisya kaget. Dia seperti tidak menyangka apa yang baru sahaja didengarinya.
“Tak lah. Orang gaji. Hei! Jangan nak bazirkan masa aku bertekak dengan kau lama-lama dekat sini. Give me the key.” Pinta Zefrieq.
“Nak buat apa kunci?” Soal Fathrisya lurus.
“Nak korek otak kau dengan kunci kereta ni. Nak cuci sampai bersih biar tak bendul lagi otak tu! Huh! Nak alihkan kereta lah. Aku nak balik ni.” Zefrieq yang sudah hilang sabar dengan sikap lurus bendul Fathrisya sudah berkira-kira untuk masuk ke tempat duduk pemandu minicooper itu.
“Encik!” Jerit Fathrisya yang mahu menghalang Zefrieq yang ingin masuk ke dalam kereta itu.
“Risya! Sorry lah lambat. Pergi toilet kejap.” Ujar Nurin Aiman sambil mendapatkan Fathrisya yang sedang serba-salah dengan tindakan Zefrieq yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta sahabatnya itu.
“Siapa ni Risya?” Soal Nurin Aiman sambil matanya tidak lepas daripada memandang lelaki yang sudah pun keluar dari perut kereta minicooper nya.
“Hah, elok sangat lah cik adik ni datang. Tolong alihkan kereta awak yang menyemak ni. Lain kali kalau nak parking, tengok kiri kanan dulu jangan main redah je nak letak kereta!” Marah Zefrieq sebelum berlalu ke arah Ford Mustang miliknya.

“Cepat lah Yin. Yang kau duk terkebil-kebil pandang dia tu dah kenapa!” Fathrisya menarik tangan Nurin supaya segera memandu kereta itu keluar dari situ. Hatinya dihambat satu perasaan yang aneh melihat adegan mesra antara Zefrieq Ezzraf dan gadis yang didakwa isterinya itu.

Thursday 4 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab22

Fathrisya melangkah masuk ke dalam bilik milik Zefrieq Ezzraf dengan penuh debar. Dia sudah dapat mengagak yang boss nya itu masih tidak berpuas hati dengan dirinya berkenaan kejadian sebentar tadi. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, Zefrieq Ezzraf menghempas briefcase yang dibawa nya tadi ke atas meja. Fathrisya terasa mahu mengetuk kepala lelaki itu. “Tak habis-habis dengan baran dia. Dasar singa!” Bentak Fathrisya dalam hati.
“Kau memang tak boleh nak ikut arahan ke Risya? Susah sangat ke nak ikut apa yang aku suruh buat?” Soalan itu terpacul keluar dari mulut Zefrieq Ezzraf. Meskipun Fathrisya sudah terlalu biasa berhadapan dengan bossnya yang tidak serupa seorang manusia normal, namun ada kalanya dia berasa gentar. Mood Zefrieq Ezzraf sukar untuk diduga.
“Daripada tadi saya suruh boss terangkan dekat saya, apa yang saya dah buat. Saya betul-betul tak faham lah. Boss suka sangat marah tak tentu pasal.” Ujar Fathrisya perlahan. Dia memandang redup wajah masam Zefrieq Ezzraf. Dan kala itu pandangan mata mereka bertaut. Zefrieq terpukau dengan pandangan mata yang begitu menyenangkan hatinya yang sedang mendidih itu. Lama dia mendiamkan diri daripada berkata-kata. Fathrisya semakin aneh dengan tingkah Zefrieq yang diam membisu itu. “Tadi bukan main mengamuk macam singa kebulur, sekarang ni diam seribu bahasa macam mulut kena gam. Err!” Omel gadis itu sendirian di dalam hati.
“Boss. Boss okay tak? Kenapa senyum-senyum tu?” Soal Fathrisya sedikit kuat menyebabkan Zefrieq tersedar daripada lamunan. Dia kembali berpijak ke alam realiti.
“Aku tak faham! Aku tak faham kenapa aku kena sakit hati tengok kau dengan Farel! Kau ada apa-apa dengan dia?” Soal Zefrieq di luar sedar. Fathrisya mengerutkan dahi mendengar soalan pelik lelaki itu.
“Sakit hati? Kenapa nak sakit hati pula ni boss? Merepek lah boss ni. Saya dengan Encik Farel tu cuma rakan sekerja je. Macam dengan staf-staf yang lain. Mana ada hubungan serius pun.” Balas Fathrisya sejujurnya. Meskipun Encik Farel rapat dengan dirinya dan sering ada di kala dia kesedihan, namun itu bukan lah alasan yang kukuh untuk Zefrieq menebak yang mereka mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan.
“Kenapa aku nampak kau begitu mesra dengan dia? Sedangkan dengan aku kau dingin? Kenapa Risya?” Soal Zefrieq separuh mengharap. Dia sendiri tidak faham mengapa dirinya berani menyoal soalan sensetif sebegitu kepada si gadis Ainur Fathrisya.
“Boss? Boss sedar tak apa yang boss sedang perkatakan sekarang ni? Ke boss tengah mamai?” Fathrisya semakin aneh dengan pertanyaan demi pertanyaan yang dibangkitkan kepadanya pagi itu. Berkerut-kerut dahinya memikirkan rasionalnya soalan Zefrieq itu.
“Answer me Risya.” Ujar Zefrieq tegas.
“Er. Mana lah saya tahu Encik. Saya dengan Encik Farel biasa je. Tak ada apa-apa perasaan pun. Boss jangan lah salah faham.” Balas Fathrisya lembut. “Sah mamat ni memang betul-betul ada tekanan perasaan, tak faham betul lah. Perangai setiap saat berubah ikut cuaca. Eii.” Bebel Fathrisya yang sedang kebingungan.
“Betul? Kau memang tak ada apa-apa perasan dekat Farel? Anda yakin?” Soal Zefrieq bersama renungan mata tajam. Wajahnya masih lagi tidak diserikan dengan senyuman.
“Ya boss. Sungguh. Yang boss nak risau sangat kenapa? Boss dah falling in love dengan saya? Mandi tak basah tidur tak kenyang?” Soal Fathrisya sengaja menduga hati lelaki itu. Berdasarkan soalan-soalan pelik yang diajukan oleh Zefrieq, dia sudah dapat agak ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin tentang perasaan lelaki itu.
“Kau jangan nak perasan boleh tak perempuan? Kau tu siapa aku siapa? Mana layak kau bercinta dengan orang education tinggi macam aku ni. Tak layak. Langsung!” Ujar Zefrieq lantang menyembunyikan perasaan sebenar. Padahal dalam hati sudah berkocak hebat.
“Eleh. Kalau dah tangkap cinta tu mengaku saje lah boss. saya tak kisah pun. Paling tak pun saya ketawa kan boss 3hari 2malam. Itu saje. Lepas tu kita boleh bercinta macam pasangan yang lain. Hidup bahagia selamanya.” Ujar Fathrisya sambil tersengih. Sengaja dia mahu mengusik lelaki itu. Sifatnya yang lurus bendul dan cakap ikut suka itu kadangkala menghiburkan hati lelaki Zefrieq. Sudah lama Zefrieq tidak mempunya perasaan sebegitu. Dia sendiri tidak mengerti tentang kata hatinya.
“Aku dah agak dah. Dalam kepala otak kau tu tak lain tak bukan nak hidup senang dengan cara mudah. Kau fikir kau dapat? Hati aku ni mahal tahu!” Balas Zefrieq dengan gaya bersahaja. Nadanya juga sudah tidak tinggi seperti tadi.
“Hati saya ni lagi mahal. Kalau boss ada berjuta-juta ringgit sekali pun, rumah mewah, syarikat berderet-deret, tapi kalau iman didada tidak cukup hebat. Adab pun kelaut, jangan mimpilah nak tawan hati saya.” Ujar Fathrisya selamba.
“Kau sengaja nak kutuk aku? Apa masalah kau ni hah? Dah teringin sangat nak jadi penganggur tak bertauliah?” Soal Zefrieq yang sudah mula panas dengan kata-kata gadis itu.
“Teringin tu tak adalah boss. tapi kalau dah ditakdirkan jodoh saya dengan boss tak panjang dekat sini, nak buat macam mana. Redha sahaja lah boss.” Balas Fathrisya sambil tersenyum.
“Layan mulut kau yang tak reti senyap macam itik ni, boleh bankrupt company aku ni. Satu kerja pun tak buat. Mana makanan aku?” Soal Zefrieq mengubah topik. Bekas plastik di tangan gadis itu dipandang kosong. “Dasar bendul lah perempuan ni. Apa aku suruh semua kau buat. Takut sangat hilang kerja. Huh.”
“Haa. Saya ingatkan boss tak nak tanya pasal makanan ni sampai kesudah. Penat tau tangan saya dari tadi pegang makanan ni.”
“Tadaaaaaaaaaaaaaaa….. Mempersembahkan sarapan pagi yang terhangat dari dapur chef Fathrisya. Dipersilakan boss untuk menjamu selera. Wah, dah macam master chef pula. Tak apa, harini saya masak special untuk boss. Sila-sila.” Fathrisya dengan wajah yang ceria berkata-kata dengan gayanya seperti seorang chef terkemuka yang baru selesai menyiapkan hidangan untuk tetamu istimewa. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Zefrieq sudah terpegun dengan senyuman gadis itu. Pada pandangan matanya, gadis itu cukup sempurna pada hari ini. Gadis itu mengenakan skirt berwarna hitam serta blaus berwarna unggu. Dikenakan pula dengan selendang berwarna unggu lembut.
“Weh! Kau nak suruh aku makan guna hidung ke?” Soal Zefrieq memeranjatkan gadis itu.
“Hah? Saya tak pernah tahu pula ada orang makan guna hidung. Macam mana eh boss? Tunjuk sikit?” Soal gadis itu lurus.
“Kenapa lah kau ni bendul sangat orang nya! Masa kecil-kecil makan rumput agaknya! Sudu mana sudu?” Soal Zefrieq kegeraman.
“Oh. Cakap lah nak sudu. Hisy boss ni. Dia yang cakap putar-belit macam keeling jual putu mayam.” Kutuk Fathrisya selamba sambil tangannya lincah mencari sudu di dalam plastik putih yang dibawa bersama. Dengan wajah ceria dihulurkan sudu kepada lelaki itu.
“Kau tunggu apa lagi? Pergi lah sambung buat kerja. Tengok-tengok aku apahal?” Soal Zefrieq sambil membuka penutup bekas makanan yang diisi nasi goreng.
“Tunggu boss lah. Cepat lah rasa boss. Sedap kan?” Tanya Fathrisya teruja.
“Kau fikir aku nak puji kau masak semua ni? Heh! Memang tak lah. Dah, blah. Semak je tatap muka kau yang tak berapa nak cantik ni.”
“Tak berapa nak cantik? Kira cantik juga lah kan boss? Ada mirip Fazura kan? Hehehe.” Balas Fathrisya sambil tergelak kecil dengan jenakanya. Dicapai plastik putih lalu dibawa keluar bersama. Sempat dia menghadiahkan sengihan buat Zefrieq Ezzraf yang sedang memandang ke arah makanan yang ada di atas mejanya itu.
“Perempuan kampung tak sedar diri. Fazura tu 100 kali lebih lawa dari kau lah!” Ujar Zefrieq sebelum pintu ditutup. Fathrisya hanya tergelak mendengar bicara lelaki itu.

*****
Zefrieq merenung pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja. Dipandang sepi makanan itu tanpa ada niat untuk menjamahnya. Sebenarnya dia sengaja mahu mengusik gadis itu, bukannya dia teringin sangat nak makan air tangan gadis itu.
“Hisy. Aku lah ni gatal-gatal sangat suruh dia masak makanan berlambak macam ni. Dah berlambak macam ni siapa nak makan?” Bebel Zefrieq seorang diri.
Perlahan-lahan dia capai makanan yang berisi nasi goreng yang nampak sedap dan aromanya menusuk lembut ke dalam hidung. Sudu ditangan disua ke dalam mulut.
“Fuih. Boleh tahan juga minah ni masak. Kurang masin, pandai dia sukat garam.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum. Dia tidak sedar dalam diam dia memuji masakan gadis yang tidak disukainya itu. Sotong goreng tepung yang berada dalam bekas makanan berwarna kuning diambil lalu disua kedalam mulut.
“Hmm. Not bad. Boleh buat untuk makan tengah hari nanti. Tak payah susah payah nak turun lunch nanti.” Zefrieq menutup bekas makanan yang dibukanya tadi lalu diletak di atas meja kecil di atas meja kecil. Dia kembali menghadap skrin komputer untuk meneruskan kerjanya pada hari itu.

*****
 “Welcome home my dear Fyn Airisha” Zefrieq tersenyum tampan memandang ke arah seorang gadis berumur dalam lingkungan awal 20-an yang berambut perang paras pinggang, yang sedang mengatur langkah masuk ke dalam rumag banglo milik keluarga Zefrieq.
“Abang! Orang rindu!” Jerit gadis itu teruja lalu menerpa ke arah Zefrieq dan memaut kemas badan Zefrieq. Zefrieq membalas pelukan Fyn Airisha sambil tersenyum mesra menyambut kepulangan mummy nya.
Miss you too. Come.”Zefrieq menarik lembut tangan gadis itu lalu di bawa ke ruang tamu. Gadis yang mesra dengan panggilan Fyn sudah duduk disamping Zefrieq sambil tangannya melingkari leher lelaki itu.
“Mummy naik dulu Zef, Fyn. Kau orang berdua ni kalau dah lama tak berjumpa, sehari pun tak cukup kalau mummy bagi masa lepaskan rindu.” Ujar Datin Zulaikha sambil berlalu ke tingkat atas. Dia yang sudah arif tentang keakraban mereka berdua hanya tersenyum.
Fyn Airisha satu-satunya anak yang ditinggalkan oleh arwah isteri kedua Datuk Ezlan, iaitu arwah suami Datin zulaikha. Datin Zulaikha sendiri tidak menyimpan apa-apa dendam terhadap bekas madunya itu. Malahan selepas ibu Fyn meninggal dunia semenjak Fyn berumur 3tahun, dia dengan rela hati mahu menjaga Fyn. Kasih sayang yang diberikan juga tidak berbelah bahagi terhadap anak tirinya itu. Zefrieq juga sejak kecil lagi memang rapat dengan adik tirinya itu. Gadis itu baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan dan pulang semula ke Malaysia.
“Abang kata nak jemput Fyn dengan mummy dekat airport. Abang tipu!” Fyn memukul lembut bahu Zefrieq yang sedari tadi merenung bebola mata Fyn.
“Hei! Apasal pandang orang macam tu? Orang cakap dengan dia ni!” Dek kerana geram dengan Zefrieq yang tidak menjawab pertanyaannya, ditepuk kuat dahi abangnya itu.
“Kasar lah dia ni! Perangai macam jantan!”Marah Zefrieq sambil mengusap lembut dahinya yang terasa sakit ditepuk kuat oleh adiknya tadi.
“Padan muka. Orang tanya bukan nak jawab, mata tu menggatal je lebih.”
“Abang ada kerja sikit tadi, kata nak balik semalam. Semalam kan hari Ahad, kalau hari cuti boleh lah abang ambil. Ni pun abang tak masuk ofis lepas lunch sebab nak jemput Fyn balik.”
“Jemput apanya, kalau jemput pergi airport bawa bunga untuk orang. Hisy, tak romantik langsung lah abang ni!” Fyn sudah bangun dari duduknya. Dia mencapai remote astro lalu dihidupkan TV.
“Ni abang dah ada dekat rumah ni masa Fyn sampai sini. Tak bersyukur langsung. So how was UK? Mana calon menantu untuk mummy?” Soal Zefrieq bersama senyuman nakal di bibir.
“Bila dekat sana Fyn rindu nak balik Malaysia, bila dekat sini, Fyn rindu dengan mat salih-mat salih dekat sana. Hmm menantu apanya. Fyn muda lagi tau. Abang tu bujang terlajak tua!” Kutuk Fyn sambil menjelir lidah. Zefrieq mencampak kasar kusyen di tangannya tepat ku badan Fyn.
“Kalau gatal sangat nak kahwin dengan mat salih, pergi lah duduk sana tak payah balik Malaysia. Abang dah nak kahwin ler.” Balas Zefrieq bersahaja sambil merangkul bahu adiknya.
Hello! Fyn masih selera melayu okay. Wah! Abang dah nak kahwin? Siapa gadis malang tu?” Soal Fyn teruja sambil mendongak memandang ke arah Zefrieq yang sedang leka menonton rancangan Maharaja Lawak Mega.
“Gadis malang apa pula. Bertuah tau dapat jejaka kacak macam abang ni, handsome pun handsome. Macho tu memang semestinya lah. Yang paling penting abang seorang yang penyanyang dan sweet okay.” Ujar Zefrieq penuh bangga. Hubungan antara mereka berdua memang terjalin mesra sejak kecil lagi.
“Perasan sweet konon! Padahal diri tu cerewet. Siapa yang dapat abang memang malang sangat. Hari-hari kena fikir nak tukar menu apa untuk masak ikut tekak abang. Err!” Kutuk Fyn sambil bangun dari duduknya.
“Kemain kau dah kutuk abang berlori-lori. Lepas tu kau nak blah ke mana pula tu Fyn?” Laung Zefrieq apabila dia melihat adiknya seperti mahu berlalu ke biliknya.
“Nak mandi lah, nak ikut ke?” Soal Fyn sambil mencebik.
“Nanti abang ikut. Mandi lah dulu.” Balas Zefrieq selamba sambil tergelak kecil. Dia kemudiannya mengikut jejak Fyn ketingkat atas untuk menukar pakaian.

Tuesday 2 December 2014

MR. Perfect Annoying! Bab21

Seawal pagi lagi Fathrisya sudah bertungkus-lumus menyiapkan makanan seperti yang dipinta oleh lelaki yang bernama Zefrieq Ezzraf. Dengan wajah yang tidak ikhlas dan mulut asyik membebel, digagahkan juga diri untuk masuk ke dapur. Dicapai kuali yang baru dibasuh lalu dihidupkan api dapur. Nasi goreng sudah siap dimasak. Kemudian dicapai bekas makanan bewarna merah jambu lalu diisi nasi goreng baru baru siap dimasak ke dalam bekas makanan itu.

“Kenapa lah mamat annoying ni suruh aku masak makanan ni semua! Dia ni nak makan ke nak sedekah dekat jiran-jiran. Banyak betul menu disuruh aku masak. Dengan jus bagai. Kau ni memang sengaja nak kena kan aku lah!” Bersama omelan kegeraman, Fathrisya sibuk menggoreng sotong. Sakit sungguh hatinya dengan arahan yang tidak berasas daripada lelaki itu. Mahu sahaja dia angkat kaki dan bekerja di tempat lain, namun dia tidak sanggup mahu melalui fasa temuduga lagi. Malas rasanya mahu menghadapi saat-saat nervous dan gementar apabila di temu duga.

“Kalau ikut kan hati aku yang tengah mendidih ni, nak aje aku bubuh garam berkilo-kilo dalam makanan ni. Gula berlambak-lambak dalam jus tu. Hisy! Geram betul lah!” Dengan sekuat hati dia menghempas kuali ke dalam sinki.

“Amboi, mengamuk nampak? Kau nak main pondok-pondok ke Risya?” Tegur Nurin Aiman yang baru bangun tidur. Dia terjaga kerana terdengar bunyi bising di dapur. Jarang sekali dia mahu melihat sahabatnya itu memasak tambahan pula waktu pagi begini. Kebiasannya waktu-waktu macam ni Fathrisya masih lagi setia dengan katilnya.

“Err. Awal bangun hari ini Yin?” Soal Fathrisya teragak-agak. Dia kemudiannya membasuh kuali yang dicampaknya tadi. Sudah selesai tugasan khas yang diberikan oleh bossnya. Jus jambu batu juga sudah siap dituang di dalam botol bewarna biru muda.

“Aku yang patut tanya dekat kau. Awal sangat kau bangun siap buat konsert kelentang kelentung dekat dapur ni apasal? Kau nak buka restoran pula dah?” Soal Nurin yang pelik dengan tingkah laku Fathrisya pagi ini.

“Kau fikir aku ni rajin sangat ke nak masak pagi-pagi buta macam ni? Ni semua sebab mamat berlagak tu lah! Suka-suka dia je bagi arahan mengarut macam ni. Tahu menyusahkan orang je kerja dia.” Luah Fathrisya dengan wajah yang cemberut. Nurin Aiman sudah ketawa mengekek melihat reaksi sahabatnya itu. Tahu lah dia siapa yang dimaksudkan oleh Fathrisya.

“Maksud kau, boss kau yang kau tak suka tu suruh kau masak makanan banyak-banyak macam ni? Dah kenapa pula? Pelik je dia tu.” Ujar Nurin Aiman. Dia sendiri pelik dengan sikap boss Fathrisya itu. Tidak pernah dibuat oleh orang rasanya memberi tugasan merepek sebegini.

“Dia tu memang ada masalah mental aku rasa. Ada shot kot dalam otak dia. Tu pasal jadi macam orang hilang akal. Alah, aku lewat masuk kerja semalam. Bukannya lambat sangat pun. Lagipun aku ada alasan yang kukuh, tapi dia taknak terima.”

“Sebab itu yang dia paksa kau masak makanan ni semua? Wah! Dia memang betul-betul sakit jiwa. Tapi kan, mesti dia ada sebab yang munasabah yang kau sendiri tak tahu. Well, mana tahu dia sengaja nak test kecekapan kau memasak. Hmm.” Tebak Nurin Aiman dengan gaya bersahaja. Dia membuka penutup bekas makanan lalu dijamah sedikit nasi goreng sahabatnya itu.

“Kau jangan nak memandai buat andaian mengarut lah Yin. Kau ni pantang betul kalau aku cerita pasal boss aku tu, mesti ada je yang kau nak usik aku. Aku ni dah naik benci tau hadap muka dia setiap hari dekat ofis tu.”

“Kurang masin! Hmm tapi tak apa, baik untuk kesihatan. Sayang juga kau dekat dia kan, tak sanggup nak bagi kekasih hati makan makanan yang masin-masin. Hmm, minyak pun kurang. Syabas!” Balas Nurin Aiman yang sudah tersengih. Fathrisya menjengilkan biji matanya memandang sahabatnya itu.

“Mana ada! Aku memang tak suka masak guna minyak yang banyak lah. Kan tak elok untuk kesihatan, and lagi satu dia dah pesan awal-awal dekat aku. Jangan letak garam berlori-lori. Aku cuma ikut arahan je lah.” Balas Fathrisya membela diri.

“Boleh je kan kalau kau tak endahkan apa yang dia cakap. Dah terbukti sekarang ni, kau tu sebenarnya memang ada hati dengan dia. Menyampah konon, padahal dalam hati hari-hari lafaz kata cinta. Ohh abang Zefrieq, aku cinta padamu!” Ujar Nurin Aiman yang sudah ketawa terbahak-bahak itu. Seronok dia mengenakan sahabat baiknya itu.

“Kau ni karang ada yang masuk wad kecemasan karang kejap lagi ni. Pergi mandi lah busuk! Sibuk je nak tahu hal orang!” Balas Fathrisya kegeraman lalu dia menninggalkan Nurin yang masih lagi ketawa kepada dirinya.




*****
Dengan penuh berhati-hati Fathrisya membawa bungkusan plastik yang berisi makanan itu. Dia perlu segera meletakannya di atas meja Encik Zefrieq sebelum lelaki itu masuk.

“Hai Risya. Sedap nya bau makanan. Awak nak bawa makanan ni ke mana?” Tegur satu suara dari arah belakang. Farel Aimar sudah berada betul-betul dihadapannya bersama senyuman manis tersungging di bibir.

“Er. Makanan ni untuk…”

“Untuk saya? Hmm, susah-susah je awak masak untuk saya.” Farel terlebih dahulu memintas kata-kata Fathrisya. Sengaja dia mahu mengusik gadis itu yang nampak serba salah itu.

“Encik ni memang kuat perasan tau! Buat apa nak masak untuk Encik, saya bukan isteri Encik.” Fathrisya mencebik.

“Ohh. Kalau nak suruh awak masak, kena kahwin dengan saya dulu lah eh? Macam tu?” Ujar Farel sambil mengenyitkan mata kirinya. Fathrisya menjeling geram.

“Macam sedap je bau. Tak nak bagi saya rasa?” Farel sudah membongkok kan badannya dan membuka penutup makanan itu untuk membau aromanya. Fathrisya hanya diam membisu. Dia sebenarnya mahu segera meletakkan makanan itu ke meja bossnya, namun kehadiran Encik Farel Aimar membantutkan niatnya.

“Kau orang buat aksi apa dalam ofis ni? Kalau nak bercinta, nak berkasih sayang, nak buat aksi manja bukan dalam ofis ni!” Tegur Zefrieq dengan nada yang sedikit meninggi. Dia sudah berdiri di tengah-tengah di antara sepupunya dan Fathrisya. Sponta, Farel terus berdiri tegak.

“Buat aksi terlebih mesra apa pula. Kau ni selalu salah faham lah Zef, aku cuma bau makanan yang Risya masak ni. Nampak macam sedap. Bukan buat apa pun.” Ujar Farel yang seperti biasa membela diri apabila Zefrieq sering salah faham tentang hubungan dia dan Fathrisya.

“Aku nak ingat kan lagi sekali, ofis bukan tempat untuk bercinta. Kalau rasa asyik nak bermanja 24jam, pergi berambus dari ofis ni. Aku tak nak simpan staf yang tak tahu jaga batas.” Ujar Zefrieq tegas dan matanya tajam memandang ke arah Fathrisya. Dia sebenarnya bengang melihat Farel begitu mesra bersama Fathrisya sedangkan dirinya sering sahaja bergaduh dengan gadis itu. Ada sahaja perkara yang akan menimbulkan persengketaan antara mereka berdua.

“Aku rasa kau yang patut belajar cara nak hormat orang, cara nak tegur staf. Bukan dengan cara biadap tak ada budi bicara macam ni Zef. Apa yag kau fikir tu tak sama langsung dengan apa yang berlaku tadi.”

“Kau jangan nak tegak kan benda yang salah. Kau jangan ingat kau sepupu aku, kau boleh buat ikut suka hati kau. Dan kau Risya! Sekali lagi aku tengok kau mesra-mesra dengan mana-mana staf lelaki, kau siap!” Tengking Zefrieq membuatkan gadis itu terkejut.

“Kau fikir kau siapa nak tentukan hidup dia? Zef! Jangan bertindak macam orang tak ada education. Rugi lah pegang jawatan CEO, belajar sampai luar negara tapi otak kolot.” Sesudah menghabiskan ayatnya, Farel Aimar meninggalkan mereka berdua dengan wajah yang masam. Baru pertama kali sepanjang Fathrisya bekerja disini, baru hari ini dia melihat wajah Farel yang masam itu. Gerun juga dia melihatnya. Zefrieq juga tidak patut mengeluarkan kata-kata sebegitu. “Ahh, dia mana ada perasaan. Dia tak pernah peduli tentang perasaan orang lain” Bebel Fathrisya sendirian.

“Kau duk pandang apa hah perempuan? Dah murah sangat diri tu sampai tak tahu nak jaga tingkah-laku?”

“Saya buat apa boss? Cuba boss jelaskan dekat saya sejelas-jelasnya biar lainkali saya jadi manusia paling sopan seluruh alam.” Ujar Fathrisya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Sungguh dia benar-benar tidak mengerti sikap Zefrieq Ezzraf yang dianggap manusia paling pelik!

“Orang dah buat silap memang pura-pura tak tahu salah dia apa. Masuk bilik aku sekarang!” Kedengaran tegas arahanya itu. Dia segera berlalu masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang tegang tanpa sebaris senyuman terukir.

Monday 1 December 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab20

Fathrisya baru selesai mengemas rumah yang sedikit bersepah itu. Sudah 2hari dia tidak menyapu rumah. Mahu harapkan sahabatnya Nurin Aiman jauh sekali. Gadis itu tidak gemar mengemas rumah, tugasnya di rumah ini hanya memasak makanan untuk mereka berdua. Kalau bab-bab mengemas rumah, Ainur Fathrisya lah yang handal. Dia kemudiannya menghenyakkan punggung di atas sofa sambil tangannya bermain-main dengan anak patung kesayangannya. Rasa rindu akan kampung halamannya tiba-tiba menyelubungi diri. Dicapai telefon bimbit yang terletak di atas meja bulat lalu dia dengan pantas dia menekan papan kekunci itu.

“Assalamualaikum babah.” Sapa Fathrisya mesra sejurus panggilannya dijawab.

“Waalaikumussalam. Anak babah sihat?” Sapa Encik Hadi di hujung talian. Ceria suaranya menyambut panggilan dari anak sulungnya.

“Sihat. Patutnya Risya yang tanya dekat babah, hero Risya sihat tak? Adik-adik macam mana? Rindu sangat dekat kampung. Rumah…” Balas Risya menahan sendu. Sudah hampir 4bulan semenjak dia  mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur, dia tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Bebanan kerja yang semakin bertambah hari demi hari membantutkan niatnya untuk menziarahi keluarganya.

“Babah sihat. Adik-adik semuanya sihat. Risya banyak kerja ya dekat Kuala Lumpur? Dah lama juga Risya tak telefon babah. Babah nak telefon Risya asyik lupa nak bayar bil je. Maklumlah orang dah tua.” Balas Encik Hadi bersama ketawa halus.

“Maafkan Risya bah. Risya terleka dengan timbunan kerja, sampai lupa nak tanya khabar babah. Boleh tahan lah babah. Kalau tak banyak kerja, dah lama Risya terbang balik kampung tau. Rindu sangat.”

“Tak apalah kalau Risya sibuk. Kalau kampung kita ni dekat dengan tempat Risya kerja tak apa jugalah. Babah faham. Anak babah cari rezeki, bukan duk berseronok kat sana tu.” Balas Encik Hadi. Fathrisya mengulum senyum mendengar kata-kata babahnya. Encik Hadi sememangnya seorang ayah yang memahami dan sangat lembut dengan anak-anaknya.

“Risya minta maaf lagi sekali ya babah. Risya tak pernah lupakan babah, adik-adik. Babah dah makan? Duit yang Risya kirimkan minggu lepas babah dah terima?” Soal Fathrisya ingin tahu. Minggu lepas dia memasukkan wang berjumlah RM600 ke akaun babahnya.

“Kan babah dah cakap babah faham. Tak ada apalah. Dah habis pakai dah pun Risya. Motor babah buat perangai lagi. Duit yang kamu kirimkan babah bayar yuran sekolah adik-adik kamu. Dua minggu babah minta tangguh dengan cikgu diaorang. Rasa segan pula lambat bayar.” Balas Encik Hadi melepaskan keluhan kecil. Fathrisya memahami kesempitan wang yang mereka hadapi, dia bekerja keras untuk membantu meringankan beban babahnya. Tambahan pula ketiga-tiga orang adiknya masih menuntut ilmu. Adik lelakinya, Amsyar sudah melanjutkan pelajaran ke Universiti. Lagilah banyak perlukan duit.

“Nanti Risya masuk kan lagi ya babah. Bil telefon babah tu nanti babah bayar tau. Kalau apa-apa hal senang. Amsyar macam mana? Dia ada minta babah duit?” Fathrisya bertanyakan mengenai adik lelakinya yang sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia.

“Kalau kamu perlukan duit tu untuk keperluan kamu, tak usahlah kamu masuk kan lagi. Minggu lepas dia ada telefon minta babah masukkan duit. Katanya duit pinjaman belum masuk lagi. Babah pun bukan ada duit sangat masa tu. Babah cuma dapat masuk kan Rm100 je”

“Lain kali kalau Amsyar telefon babah, babah suruh dia minta duit dekat Risya ya. Sementara dia tak dapat pinjaman lagi ni, Risya tolong mana yang mampu. Babah jangan fikirkan sangat, nanti jatuh sakit pula. Jaga kesihatan.” Ujar Fathrisya sangat prihatin akan kesihatan babahnya itu.

“Babah tak mahu dia susahkan kamu. Duit yang kamu kirimkan setiap bulan ni dah banyak ringankan beban babah. Kalau Risya tak sibuk nanti. Balik lah ya.” Balas Encik Hadi penuh mengharap.

“Susah kan apa pula babah. Amsyar tu bukan orang lain. Adik Risya juga. Okay lah babah, nanti  Risya telefon lagi. Jaga diri ya babah. Assalamualaikum.” Fathrisya meminta diri sebelum mematikan talian. Dia melepaskan keluhan berat memikirkan tentang hal kewangan keluarganya yang agak meruncing.

****





Datin Zulaikha sibuk mengemas dapur bersama Mak Yam. Zefrieq yang baru turun untuk makan malam bersama mummynya memandang mummy nya pelik.

“Mummy tak masak ke malam ni?” Soal Zefrieq pelik apabila melihat mummynya sedang mengemas dapur. Kebiasannya mummy nya akan mengemas dapur apabila mereka selesai makan malam.

“Hari ni mummy tak masak. Kita makan pizza je boleh Zef?” Soal Datin Zulaikha sambil menarik lembut tangan Zefrieq untuk duduk di meja makan. Kotak pizza dibuka dan disua pinggan kepada anaknya itu. Zefrieq hanya tersenyum.

“Bila mummy order pizza? Tak dengar bunyi motor pun. Ke mummy pergi beli sendiri?” Soal Zefrieq sambil tangannya mengambil 3potong pizza yang berlainan perisa.

“Mana lah Zef nak perasan kalau Zef leka menghadap laptop dekat dalam bilik tu.” Balas Datin Zulaikha menyindir anaknya itu. Zefrieq hanya tersengih mendengar sindiran mummynya sebentar tadi.

“Zef bukan buat kerja lah my. Zef main game je dalam laptop tu. Mak Yam tak makan sekali?” Soal Zefrieq kepada mummy nya apabila dia lihat orang gaji merekatidak menjamah pizza yang dibeli oleh mummy nya.

“Kamu ni macam lah baru kenal dengan Mak Yam kamu tu. Dia mana makan pizza. Mak Yam dah makan nasi lemak tadi. Mummy belikan.” Ujar Datin Zulaikha sambil menuangkan air gas berperisa pepsi kedalam gelasnya.

“Lupa pula Zef. Oh ya my, Zef dengar mummy nak ke United Kingdom?” Soal Zefrieq yang terdengar perbualan mummy nya dengan seseorang di telefon malam kelmarin.

“Haah Zef. Mummy nak pergi hari Khamis ni. Boleh Zef booking kan flight untuk mummy?”

“Boleh my. Nanti Zef uruskan. Sorry my sebab Zef tak dapat ikut mummy sekali. Banyak sangat kerja yang Zef kena uruskan.” Balas Zefrieq serba-salah kerana tidak dapat menemani mummynya ke negara orang itu.

It’s okay Zef. Tapi Fyn mesti kecewa dengan Zef. Yalah, masa hari konvo dia, Zef pula tak dapat datang. Padahal dia sangat harapkan Zef datang tau.”

“Nak buat macam mana my, kerja dekat ofis tu berlambak sangat. Tak menang tangan Zef dibuatnya. Nanti Zef jemput mummy dengan Fyn dekat airport ya. Bila mummy nak balik sini?” Soal Zefrieq ingin tahu. Dia memang sangat prihatin tentang ibunya itu.

“Itu je lah alasan Zef. Kerja banyak, kerja berlambak. Apa guna Farel tu ada kalau nak pergi konvo Fyn sekejap pun tak boleh? Seminggu. Mummy ingat nak jalan-jalan dulu kat sana dengan Fyn.”

“Kalau UK tu dekat Klang, anytime Zef boleh pergi my. UK tu jauh. Bukan nya Zef boleh pergi sana sehari dua. Kalau dah jumpa dengan puteri mummy tu, mahunya dia paksa Zef teman dia shopping.” Balas Zefrieq sambil tangan kanannya sibuk mengambil sepotong pizza lagi. Datin Zulaikha hnya tersenyum melihat anak bujangnya yang hantu pizza itu.

“Macam lah Zef tak kenal dengan kesayangan Zef tu, tak boleh nak berenggang dengan Zef. Sebab tu lah Zef kena datang masa konvo dia. Teman lah mummy Zef.” Balas Datin Zulaikha memujuk anaknya itu.

“Tak boleh my, zef ada meeting penting. Tak boleh nak serahkan sepenuhnya pada Farel. Lagipun Zef dah bagitahu Fyn.”

“Apa kata dia?”

“Dia okay je. Mummy yang terlebih sedih. Zef naik dulu my, nak check email daripada klien. Goodnight my.” Balas Zefrieq yang tidak mahu mendengar bebelan mummynya itu. Dengan pantas dia mengatur langkah mendekati sinki untuk membasuh mulut dan berlalu ke tingkat atas menuju ke biliknya.






*****
Fathrisya terkocoh-kocoh mengatur langkah menuju ke arah meja kerjanya. Dia sudah terlewat setengah jam masuk ke ofis pada hari ini. Dia mengeluh kesah, kebimbimbangan mula terbit di hatinya tatkala terkenangkan bossnya yang bakal memarahinya di atas kelewatannya masuk ke ofis. Sebaik sahaja melabuhkan punggung dan tangan kirinya sibuk mencari sesuatu di dalam fail berwarna biru, matanya terpandangkan sehelai kertas putih yang ditampal di atas mejanya. Tulisan pen marker bewarna merah dipandang aneh.

“Hi Risya, lambat masuk hari ini? Meh masuk bilik saya meh, saya ada something special untuk awak sebab awak buat ofis ni macam nenek awak yang punya.” –Mr. Boss

“Dah agak dah. Annoying betul lah mamat ni. Dengan tulisan warna merah bagai, kau fikir kau along kutip hutang? Hisy! Gila betul dia ni.” Dengan langkah lemah longlai, dia menapak menuju ke bilik lelaki yang dibenci itu.

“Hi Risya, awal sangat masuk ofis hari ini ya. Kalau kita buka gerai nasi lemak, dah licin nasi lemak orang beli. Batang hidung kau masih lagi tak nampak.” Kata-kata sindiran yang pedas lagi berbisa itu menyapa telinga Fathrisya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik bossnya. Muka bersahaja sedaya upaya ditayang di hadapan lelaki itu.

“Saya minta maaf boss. Saya memang betul-betul tak sengaja masuk ofis lambat hari ini. Saya sakit perut pagi tadi. Keluar masuk toilet berkali-kali. Sungguh boss, tak tipu!” Ujar Fathrisya bersungguh-sungguh dengan penuh jujur. Sungguh, dia sendiri tidak tahu mengapa pagi ini perutnya buat hal. Padahal seingatnya malam tadi dia tidak makan makanan yang terlalu pedas atau basi. Musykil dia dibuatnya.

“Kau memang sejak lahir dah belajar menipu ke? Patut lah sampai besar mulut tu tak susah nak menipu.” Balas Zefrieq bersahaja sambil tersenyum sinis. Fathrisya sudah mula geram mendengar kata-kata menyakitkan hati daripada lelaki itu.

“Boss, saya cakap penuh jujur dan keikhlasan dah ni boss. Betul lah boss, tipu apa pula. Saya pun taktahu lah apa yang kawan saya bubuh dalam makanan semalam, sampai senak perut saya pagi ni.”

“Takpayah nak cari alasan lah Risya. Tak perlu nak salahkan orang lain semata-mata nak berlagak bagus. Kau fikir ofis ni bapak kau ada share? Yang suka-suka nak masuk lambat.” Zefrieq masih lagi mahu mencari gaduh. Dia tidak pernah bosan menyakiti hati gadis itu. walhal Fathrisya sudah terlalu penat kerana setiap kali bersua muka pasti ada sahaja perkara yang akan buat mereka bergaduh.

“Boss ni nak suruh saya bagi bukti ke supaya boss percaya? Kenapa susah sangat nak terima kekurangan orang? Bukan setiap hari saya masuk lambat.” Balas Fathrisya dengan wajah masam. Sudahlah perutnya masih lagi memulas saat itu, lelaki itu sengaja mahu memanjangkan cerita dan mencari pasal. Bengang sungguh hatinya kala itu bagai dipanggang di atas api.

“Kau ada bukti? Boleh juga. Orang macam kau ni bukan boleh percaya sangat. Mana?”

“Hmm. Kalau macam tu boss kena datang rumah saya lah. Check sendiri. Tu pun kalau boss tak.....” Balas Fathrisya dengan selamba sengaja mahu mengenakan lelaki hidung tinggi itu.

“Weh! Yang kau ni bendul sangat kenapa hah? Aku minta bukti lain. Bukan bukti tak senonoh macam tu. Kau ni, dah lah muka tak lawa. Otak pun sama naik macam muka. Bendul!” Marah Zefrieq yang geram dengan sikap gadis itu yang menduga emosinya.

“Dah boss yang gedik sangat nak bukti kan. Bila nak bagi tak nak pula. Cakap je pandai.”

“Diam sebelum aku fikir untuk buang kau dari sini sebab prestasi kau yang makin merundum. Lebih baik kau jangan nak lawan aku.” Zefrieq menggunakan kuasanya sebagai seorang ketua untuk menakutkan gadis itu. Fathrisya hanya diam membisu. Malas mahu membalas kata-kata lelaki itu. Baru sekali masuk ofis lambat, dah nak kena buang kerja. Dasar lelaki annoying!

“Disebabkan kau dah terlebih pandai buat peraturan sendiri masuk ofis ikut suka kau, so aku tergerak nak bagi tugasan khas untuk kau.” Ujar Zefrieq sambil melangkah ke arah sofa lalu dilabuhkan punggunya di atas sofa empuk itu. Dipandang dengan pandangan yang menyampah wajah Fathrisya yang sedang memandang ke arahnya.

“Apa dia? Bila masanya yang boss tak pernah menyusahkan saya dengan arahan mengarut boss tu. Saya dah bosan lah dengar setiap arahan boss yang tak masuk akal tu. So kali ni nak suruh buat apa pula?” Ujar Fathrisya yang sedari tadi hanya memasang telinga mendengar lelaki sakit otak itu membebel seorang diri.

“Oh. Dah bosan, so dah ready nak blah dari sini? Kalau kau nak, anytime aku boleh pecat kau.”

“Okay! Tak! Saya tak pernah bosan kerja dengan boss malah, saya terlalu seronok berurusan dengan boss ni.” “Seronok lah sangat, macam kerja dengan pesakit mental.” Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja, tidak berani untuk membuat masalah lagi.

“Esok, tolong masak kan something untuk aku.” Arah Zefrieq seraya membelek sekilas surat khabar Utusan Malaysia yang berada di atas meja kecil itu.

“Hah? Masak apa? Boss ingat saya ni chef ke? Suka-suka boss main order.” Bantah Fathrisya yang jelas terkejut dengan arahan yang baru sahaja diterima. “Apa kes pula sampai nak suruh aku masak untuk dia? Dah tak boleh nak beli dekat kedai ke? Duit berkepuk tak kan dengan tekak sendiri pun berkira.”

“Habis tu, kau fikir kau CEO syarikat ni. Suka-suka kau nak masuk ofis pukul berapa?” Zefrieq memulang paku buah keras. Terkedu gadis itu.

“Dah kenapa pula saya kena masak untuk boss?”

“Suka hati aku lah nak bagi arahan apa. Aku boss. kau tu kuli je. Nak aku sedarkan dekat kau tentang kedudukan kau dalam syarikat ni?” Soal Zefriq dengan angkuhnya.

“Masalahnya arahan boss ni tak ada kaitan dengan kerja. Ni dah macam kes buli ni boss.” Ujar Fathrisya dengan riak wajah tidak puas hati.

“Ada aku kisah kes buli ke, kes buang anak ke. Kes gaduh ke. Yang aku kisah, kalau kau tak ikut arahan aku.” Balas Zefrieq yang tidak mahu mengalah itu.

“Boss nak suruh saya masak apa?” Soal Fathrisya yang sudah malas mahu bertekak dengan lelaki itu. 

“Ada baiknya aku pergi sambung buat kerja daripada lama-lama bercakap dengan mamat annoying ni.” Desis Fathrisya dalam hati.

“Aku tahu kau memang bendul. Ikut je cakap aku. Okay, aku nak kau buatkan nasi goreng untuk aku. Pastikan air tangan sendiri. Jangan letak garam sampai berlori dalam makanan tu. Kau bukan boleh kira sangat. Karang ICU aku perginya. Then, gorengkan telur dadar sekali. Buatkan sekali udang goreng tepung, sotong goreng tepung dan tolong masak kan sambal telur puyuh. Tapi jangan pedas sangat. Air.. Aku nak air jus jambu batu. Home made. Jangan beli kat luar.” Sesudah habis ayatnya yang terakhir. Zefrieq melangkah ke arah Fathrisya dengan wajah yang cukup menyakitkan hati gadis itu.

“Boss ni nak makan nasi goreng ke nak makan seefood? Order macam lah saya buka restoran. Apa masalah boss ni sebenarnya?” Fathrisya menganggap arahan yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu adalah sesuatu yang tidak logik. Ikutkan hati mahu sahaja ditumbuk wajah bongkak itu sehingga puas.

“Kenapa? Kau ada masalah yang serius ke sampai makanan mudah macam tu kau tak boleh nak buat. Ke kau tak reti masak. Pegang kuali pernah?”

“Boss! Pernah okay! Saya ni jaguh dekat dapur tau. Boss jangan nak memperlekehkan bakat saya.” Ujar Fathrisya penuh bangga. Zefrieq hanya tersenyum mengejek mendengarnya.

So aku rasa setakat apa yang aku minta tu, apalah sangat kan. Kau kan hebat. Jangan hangus dapur rumah kau sudah lah. Pergi blah sekarang. Ingat! Esok sebelum aku masuk ofis, semua yang aku minta mesti dah ada atas meja. Jangan ada kurang satu pun.”

“Err. Nak duit!”

“Duit buat apa pula?” Soal Zefrieq pelik dengan permintaan gadis itu.

“Yalah, nak beli bahan-bahan yang boss sebutkan tadi. Bukannya murah. Saya ditugaskan untuk masak je, bukan guna duit saya kan beli semua barang tu?”

“Pandai-pandai kau lah korek duit. Yang aku tahu, esok aku nak semuanya perfect. Kalau tak, lagi teruk kau kena dengan aku. Lainkali jangan masuk lambat, aku pantang betul orang taktahu disiplin ni.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum puas. Wajah Fathrisya yang muram itu ditatap meluat.

“Boss ni memang manusia paling pelik saya pernah jumpa!” Kata Fathrisya kegeraman dan dengan langkah pantas dia meninggalkan Zefrieq yang sedang ketawa mengekek itu.

“Padan muka kau perempuan bendul!” Zefrieq sambung ketawanya lagi. Terasa puas apabila dapat mengenakan gadis itu sepuas hatinya. Dia sambung menghadap timbunan kerja yang perlu dibereskan dengan segera