Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 4 February 2017

Sandaran Terkahir Bab 14

Hari ini merupakan hari pertama Adra Sofia bekerja di syarikat keluarganya, iaitu Aloha Holding. Dato’ Haslan adalah insan yang paling gembira kerana akhirnya Adra Sofia bersetuju juga untuk bekerja di Aloha Holding.

“Ayah, tak payah lah kenalkan Adra dengan semua staf dekat dalam syarikat ni. Nanti-nanti lah.” Adra Sofia bersuara ingin membantah apabila Dato’ Haslan ingin memperkenalkan Adra Sofia kepada warga Aloha Holding yang lain.

“Eh, mana boleh macam tu Adra. Hari ini kan hari pertama Adra dekat sini, mesti lah ayah kena kenalkan Adra dengan semua staf dekat sini. Nanti diaorang tak kenal pulak dengan Adra. Macam mana?”

“Alah, nak kenalkan hari lain lah. Hari ni Adra masuk ofis sebab nak lapor diri je. Adra tak nak buat apa-apa pun.” Dengan riak selamba dia menuturkan kata-kata itu.

“Hah? Ajaran mana yang kamu ikut ni? Hari pertama bekerja bermakna hari pertama kamu bertugas untuk syarikat ni. Hari ni jugak lah ayah kena kenalkan kamu dengan staf yang lain. Apa lah Adra ni.” Dato’ Haslan merenung wajah kosong anaknya itu. Ya, dari riak wajah Adra, dia tahu anak gadisnya itu terpaksa bekerja disitu. Namun, dia tidak tahu apa yang memaksa Adra untuk membantunya di syarikat itu.

“Adra datang ofis hari ni nak tunjuk muka je. Kejap lagi nak balik.”

“Jangan nak memandai Adra. Kamu dah lapor diri bermakna kamu dah bersedia untuk kerja. Dah, kejap lagi ikut ayah.” Tegas Dato’ Haslan memberikan arahan.

“Bosan lah ayah ni. Lunch hour pukul berapa?”

“Baru je masuk ofis, dah tanya lunch hour pukul berapa? Macam mana nak kerja lama ni?” Dato’ Haslan menggeleng sahaja melihat sikap sambil lewa anak perempuannya itu.

“Adra tanya je, bukan apa, nanti senang lah Adra tahu pukul berapa sepatutnya Adra keluar makan.” ujar Adra Sofia membela dirinya.

“Pukul 1, jangan nak keluar awal pulak.”

“Yelah ayah… Tepat pukul 1 nanti, Adra akan pastikan yang batang hidung Adra tak ada dekat ofis ni.” Adra membalas selamba lalu dia tersengih.

“Ni, ayah lupa bagitahu Adra. Sekejap lagi Wafa datang, dia akan tunjukkan dekat mana bilik Adra.”

“Wow! Adra ada bilik sendiri ke? Tapi bukan ke ayah cakap, yang ayah nak Adra mula dari bawah?” Bulat biji matanya memandang wajah Dato’ Haslan. Sangkanya ayahnya akan beri jawatan yang biasa-biasa saja untuk dirinya.

“Habis tu, apa kaitan bilik dengan kamu nak mula dari bawah?” Kali ini Dato’ Haslan pula ikut hairan dengan pertanyaan anaknya.

“Yelah, kalau nak Adra mula dari bawah, kenapa bagi Adra bilik? Macam Adra ni manager dekat sini pulak.”

“Kenapa? Tak suka ke dapat bilik? Pelik lah kamu ni, orang lain berebut-rebut nak ada bilik kerja sendiri. Kamu tak nak?”

“Alah, ayah fikir Adra kisah ke semua tu? Adra tak kisah pun lah ayah. Lagi satu, position Adra dalam syarikat ni apa?” soalnya ingin tahu.

“Hmm… Itulah yang ayah tengah fikirkan sekarang ni. Kalau nak letak kamu sebagai pemangku CEO, terlalu awal sangat sebab kamu baru je nak belajar dunia perniagaan. Mungkin ayah akan letak kamu untuk bekerja di bawah Wafa. Adra okey kan?”

“Kerja bawah Wafa? Kenapa tak suruh Adra buat air ke, hantar surat ke. Seronok sikit.” Dato’ Haslan menepuk dahinya sendiri. Hairan dengan permintaan anaknya itu.

“Apa kena dengan kamu ni Adra? Kamu bakal pewaris syarikat ni, tak kan lah ayah nak letak kamu sebagai pembancuh kopi?”

“Apa salahnya, janji kerja dekat syarikat ni. Alah, tak payah lah bagi kerja yang mencabar dekat Adra. Adra bukan tahu sangat pun.”

“Sebab tak tahu lah Adra kena belajar. Tak apa, ayah dah cakap dengan Wafa, dan dia pun tak ada masalah untuk tolong Adra. Dah, tak payah nak risau sangat.”

“Ayah, ayah panggil Wafa ke?” Wafa terjengul di muka pintu bilik pejabat Dato’ Haslan.

“Ya, ayah nak minta Wafa kenalkan Kak Adra dengan semua staf kita. Lepas tu nanti tunjukkan Kak Adra bilik dia ya. Ayah nak keluar sekejap.” ujar Dato’ Haslan ingin meminta diri.

“Wafa, tak boleh ke kalau akak tak payah kerja bawah Wafa?” Adra tayang wajah risau. Wafa hapir tergelak melihat reaksi tidak puas hati kakak tirinya itu.

“Kenapa? Akak takut Wafa marah akak ke? Akak jangan risau lah, Wafa akan ajar akak, apa yang akak perlu buat. Dah lah, jangan risau sangat.”

“Er… Akak kalau boleh nak kerja biasa-biasa je. Kalau kerani pun tak apa.” Ya, dia langsung tidak kisah jawatan apa yang ayahnya hendak berikan kepadanya. Tetapi bukanlah jawatan yang menuntut dirinya perlu memberi komitmen terhadap projek yang bernilai ribuan ringgit.

“Hish! Memang tak lah ayah nak bagi position kerani dekat akak. Akak ni, fikir lah sikit sebelum nak cakap tu.”

“Akak bukan apa, akak risau kalau akak uruskan projek syarikat ni, nanti silap-silap, bankrupt syarikat ni dibuatnya.”

“Akak ni fikir jauh sangat lah, tak ada apalah. Belum cuba belum tahu kan, janji akak ada minat untuk belajar, insyaALLAH semuanya akan okey je.” ujar Wafa meyakinkan kakak tirinya.

“Masalahnya akak memang tak ada minat langsung nak belajar.”

“Tak boleh lah macam tu akak, akak dah buat keputusan nak kerja dekat sini kan? Ikhlas lah sikit kak, demi perkahwinan akak dengan Abang Ruzail.”

“Hmm… Wafa nak kemana pulak tu?” Adra segera menegur Wafa apabila adiknya sudah mengangkat punggung untuk keluar dari bilik kerja ayah mereka.

“Jom lah ikut Wafa, kita berkenalan dengan staf kat sini. Jom, cepat. Sekejap lagi akak kena ikut Wafa pergi Bangsar, ada lunch appointment dengan klien.”

“What? Akak baru je masuk ofis hari ni, dah kena ikut Wafa jumpa klien pulak?”

“Well, selamat datang ke dunia korporat, kak.” balas Wafa sambil mata kirinya sengaja dikenyitkan.






*****
“Kak, akak tunggu Wafa dekat dalam kereta eh? Wafa nak pergi jumpa kawan sekejap.” ujar Wafa setelah mereka selesai bertemu dengan klien. Kebetulan, rakan lamanya turut berada di Sunway Putra Hotel untuk menjamu selera.

“Okey, jangan lama-lama sangat. Kalau lambat sangat, akak balik dulu.”

“Hish! Kan Wafa datang dengan akak tadi, mesti lah Wafa balik dengan akak. Jangan nak tinggalkan Wafa pulak!” teriak Wafa yang sudah semakin menjauh. Adra Sofia hanya membalas dengan cebikan di bibirnya sahaja.



“Hai Adra, you buat apa dekat sini? Jumpa jantan yang mana satu?” Sebaik sahaja Adra Sofia ingin melangkah menuruni tangga yang terakhir untuk menuju ke arah kenderaanya, dia disapa oleh seseorang.

“Suka hati I lah nak jumpa siapa pun, apa kaitan dengan you?” Dia memberikan respon yang dingin. Tidak sangka pula dia akan bertemu dengan Nazhan, kerana dia sedaya-upaya berusaha untuk melarikan diri daripada lelaki itu.

“Ada kaitan lah sayang, you kan girlfriend I. Mesti lah I bertanggungjawab untuk ambil tahu kemana you pergi.” Nazhan membalas dengan wajah ceria. Ya, hatinya gembira tidak terkata dapat bertemu dengan wanita itu kerana dia sangat merindu Adra Sofia.

“Girlfriend? Hei! You ni memang lelaki yang tak tahu malu eh? You memang tak boleh terima hakikat ke yang antara kita, memang dah tak ada apa-apa, it’s over. Susah ke you nak faham?”

“Susah lah untuk I faham, sebab dalam fikiran I hanya ada you je sayang. You tak jawab lagi soalan I, you ke sini ada urusan apa? Jumpa dengan Ruzail ke ataupun you ada skandel lain?” soal Nazhan yang masih lagi tidak berpuas hati kerana Adra Sofia sengaja tidak mahu menjawab pertanyaannya.

“You fikir I ni apa? Perempuan murahan? I dah ada Ruzail, dan I akan berkahwin dengan dia hujung tahun ni. So, tak ada timbulnya isu I nak cari yang lain sebab dia dah cukup sempurna untuk I.”

“You jangan nak main-main dengan I lah Adra. Apa you fikir I akan termakan dengan kata-kata palsu you tu? You fikir I tak tahu yang you sengaja cakap macam tu sebab you nak I berhenti kacau you kan?”

“Tak Nazhan. I tak main-main soal kahwin. I memang akan berkahwin dengan dia tak lama lagi. Terserah pada you lah, nak percaya atau tidak. You tunggu jelah kad jemputan daripada I okey?” balas Adra Sofia yang malas mahu melayan Nazhan. Dia segera mengatur langkah untuk meninggalkan lelaki itu.

“I tak habis cakap dengan you lagi ni Adra.” Dengan cekap, Nazhan mengunci langkah kaki Adra Sofia. Lengan wanita itu segera dipaut olehnya.

“Apa masalah you lagi ni?” Adra sudah mula rasa hendak mengamuk. Ditenung wajah Nazhan dengan pandangan tajam.

“I nak you tahu yang I tak akan pernah berhenti untuk kejar you. Selagi you tak jadi milik I, selagi itulah I tak akan berhenti untuk berharap. Adra please, jangan buat I macam ni. You cakap saja lah apa yang you nak, wedding yang grand, nak kereta mewah, I boleh tunaikan sayang. Asalkan you setuju untuk kahwin dengan I.”

“You belum cukup kenal I lagi Nazhan. I bukan perempuan macam tu, sikit pun I tak pandang duit you sebab I pun bukan datang daripada keluarga yang tak berduit. You simpan saja lah offer you, I tak berminat langsung.” Dengan angkuhnya dia menolak tawaran yang diberikan oleh Nazhan.

“Okey sayang, kalau bukan kesenangan yang you cari. Apa yang tak ada pada I, cakap lah Adra. I akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk you.”

“I tak nak apa-apa dari you sebab I tak mengharapkan you untuk jadi suami I. Ini soal perasaan lah Nazhan, you mesti faham apa yang I rasa kan? You boleh ke paksa diri you untuk terima isteri you semula? Tak boleh kan. Sama la macam I, I tak boleh nak buka pintu hati I untuk you. Sebab I memang tak cintakan you, langsung.”

“I tahu tu sayang, tapi you tak pernah cuba untuk cintakan I. Sayang, dengan apa yang kita dah lalui selama ni, itu adalah sebab yang kuat untuk I jatuh cinta dengan you.” Nazhan masih lagi merayu. Biarlah dia nampak lemah di hadapan wanita itu, dia hanya mahukan Adra Sofia untuk menjadi miliknya seorang.

“I dah ada kehidupan I sendiri Nazhan. Berapa kali I nak cakap benda yang sama je? Oh ya lagi satu, I nak you berhenti kacau Ruzail. Dia tak ada kaitan dengan kita. So please, jangan nak keruhkan keadaan.”

“Oh, so you dah tahu la tentang I pergi jumpa dia? Bagus la kalau you tahu, sebab I memang nak you nampak dan buka mata you luas-luas yang I memang berusaha untuk dapatkan you. I nak you tahu, kalau perlu untuk bersemuka dengan Ruzail lagi sekali. I akan buat, demi untuk pastikan you kahwin dengan I.”

“You ni dah gila ke? You pergi jumpa dia tu, apa yang you dapat? Dah la Nazhan, kan I dah cakap yang I memang tak akan terima you. You buat lah apa cara sekalipun, jawapan I tetap sama. Macam ni saja lah, you tunggu kad jemputan jemputan dari I okey? I tak main-main Nazhan. I harap sangat you berhenti ganggu hidup I sebab lepas ni status I dah berubah.” ujar Adra Sofia.

“I kena hormat status you? Tapi sebelum ni, ada you hormat status I sebagai suami orang? Dulu, you tak kisah pun semua tu. Kenapa tiba-tiba you berubah ni?”

“Itu you sendiri yang tak kisah kan? You sendiri I buat I rasa selesa keluar dengan you, walaupun I tahu waktu tu you adalah suami kepada Nuha. You jangan nak putar belit cerita boleh tak? Jangan nak ungkit tentang apa yang pernah terjadi pada masa silam kita. Itu satu kesilapan, yang sangat besar.”

“Adra! I will not let you go. Itu janji I.” Nazhan menarik tangan Adra Sofia supaya mengikutnya.

“Hei! Lepaslah!” bentak Adra Sofia yang terkejut dengan tindakan spontan daripada lelaki itu.

“Ikut I! I tahu Ruzail tak akan mampu bahagiakan you macam mana I bahagiakan you. I rindu kita yang dulu. Please Adra!”

“Lepas lah I kata!” jerit Adra Sofia yang berusaha untuk melepaskan diri daripada Nazhan.
“Hei! Kenapa ni?” Wafa yang baru sahaja kluar dari lobi hotel itu segera menerpa kalut ke arah mereka berdua yang sedang bergelut.

“Siapa pulak ni Adra?” soal Nazhan lalu dia segera melepaskan Adra Sofia.

“Adik I. You boleh tak berambus terus daripada hidup I? I nak you tanam dalam kepala otak you tu, yang I memang tak akan kembali pada you!”

“Wafa, jom balik.” Adra Sofia segera menarik tangan adik tirinya supaya segera meninggalkan Nazhan. Nazhan pula hanya berdiam tidak berkutik, hatinya sungguh terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh wanita itu. Namun itu belum cukup untuk mengurangkan rasa cintanya kepada Adra Sofia.




Di dalam kereta, Adra Sofia hanya berdiam diri. Wafa disebelahnya pula fokus kepada pemanduan. Sesekali Wafa menoleh sekilas untuk melihat reaksi kakak tirinya.

“Erm… Akak, akak okey ke?” soal Wafa, dengan teragak-agak. Bimbang pertanyaannya akan menganggu emosi Adra Sofia pula.

“Okey je Wafa.” ujarnya pendek.

“Siapa tadi tu? Nazhan ke?”

“Ye, mamat tak faham bahasa tu lah, siapa lagi.” balas Adra Sofia, jelas wajahnya mempamerkan reaksi bengang apabila bercakap tentang Nazhan.

“Apa lagi dia nak? Sampai nak paksa-paksa akak supaya ikut dia. Itu dah kira melampau dah tu kak.”

“Entah lah, akak pun tak tahu lah sampai bila dia nak kacau hidup akak. Bukan sekali dua tau akak cakap dengan dia yang akak tak nak dia, berkali-kali Wafa. Tapi tengok lah, dia tetap jugak tak berubah.” Adra Sofia memicit kepalanya yang sesekali terasa sakit. Entah bila semua ini akan berakhir, dia sudah letih berhadapan dengan sikap tidak reti bahasa Nazhan itu.

“Akak dah bagitahu dia yang akak akan berkahwin dengan Abang Ruzail hujung tahun ni?”

“Dah, tapi dia tak percaya. Dia fikir akak sengaja reka cerita sebab tak nak dia kacau akak.”

“Hmm… Susah lah macam ni kak, akak dah jelaskan dekat dia pun, dia masih lagi nak kejar akak. Apa kata kalau akak bagitahu Abang Ruzail yang dia masih kacau akak?” Wafa segera teringatkan bakal abang iparnya, itu sahaja cara yang dia rasakan releven untuk diambil oleh kakak tirinya.

“Akak rasa tak perlu kut, akak tak nak keruhkan keadaan. Ye lah, sekarang ni Abang Ruzail dah setuju nak kahwin dengan akak. Takut nanti, bila dia tahu yang Nazhan masih lagi kacau akak, dia akan give up dengan hubungan kitaorang pulak. Akak tak nak lah sampai jadi macam tu”

“Tak kan lah sampai tahap macam tu pulak? Hish! Tak adalah, Wafa tahu Abang Ruzail sayangkan akak. Mesti dia marah kalau dapat tahu daripada orang lain, yang si Nazhan masih ganggu akak. Lebih baik akak berterus-terang je dengan dia.”

“Tak apalah, akak rasa setakat ni akak boleh bersabar dengan perangai Nazhan. Tengok lah nanti, kalau keadaan makin teruk, akak akan beritahu Abang Ruzail.”

“Akak jangan fikir sangat lah ya? InsyaALLAH, lepas akak kahwin dengan Abang Ruzail. Semuanya akan okey. Wafa harap sangat, Nazhan boleh terima hakikat yang akak bukan ditakdirkan untuk dia.”

“Akak pun harap macam tu.” Kata-kata Adra itu mengakhiri perbualan mereka tentang Nazhan. Wafa kembali fokus pada pemanduannya manakala Adra membuang pandang ke arah jalan raya.


Wednesday 1 February 2017

Sandaran Terakhir Bab 13

Hujung minggu itu, seperti yang dijanjikan, Ruzail membawa keluarganya bertemu dengan keluarga Adra Sofia untuk berbincang mengenai urusan perkahwinan mereka. Adra Sofia gembira bukan kepalang, akhirnya teman lelakinya akur juga supaya mereka berkahwin hujung tahun ini. Tidak perlulah dia susah payah memikirkan cara untuk melarikan diri daripada Nazhan.

“Rasanya, kalau tak ada apa-apa halangan, kita boleh langsungkan perkahwinan diaorang berdua ni pertengahan bulan 12 ni.” Datuk Razman mengutarakan cadangannya, memang dia mahu hubungan Adra dan Ruzail dihalakan dengan segera. Sedari tadi, mereka sedang berbincang mengenai wang hantaran dan juga lokasi dimana majlis kedua-dua belah pihak akan berlangsung.

“Kenapa tak hujung bulan 12 je? Lagipun bulan 12 ni saya ada banyak projek kecil yang perlu saya pantau. Kalau hujung bulan 12, tak boleh?” Ruzail menyampuk dengan wajah tidak senang.

“Ketepi kan lah dulu kerja kamu tu. Nikah sehari je, bukannya sampai sebulan.” Datin Mariah, ibu Ruzail, cuba untuk membantah.

“Tak apalah lah Mar, kalau Ruzail sibuk uruskan syarikat, kita setuju je lah untuk langsungkan perkahwinan diaorang hujung bulan 12. Bukan apa, takut nanti ganggu konsentrasi Ruzail pula.” Datin Zureen pula bersuara. Baginya permintaan Ruzail itu tidak terlalu keterlaluan, dia cuba untuk memahami kesibukan bakal menantunya.

“Tak kisah lah, hujung ke pertengahan ke, sama saja. Yang penting, hujung tahun ni, kamu berdua akan bersatu. Tak payah nak tunggu lama-lama dah, buang masa saja.” Kata-kata Dato’ Haslan membuatkan Ruzail sedikit lega.

“Adra macam mana? Adra setuju ke?” Pandangan Datuk Razman beralih pada Adra yang sedari tadi hanya mendengar sahaja perbualan mereka.

“Kalau semua dah setuju, Adra okey je. Adra tak ada apa-apa masalah. Sama je kan, tahun ni jugak kitaorang akan berkahwin.”

“Bagus la kalau macam tu. Cuma papa harap Ruzail dapat bagi komitmen untuk persiapan perkahwinan kamu berdua ni. Jangan lepas tangan pulak.” Bukan dia tidak tahu anaknya yang terlalu gilakan bekerja. Dia sekadar menasihati, tidak mahu Ruzail leka.

“Jangan risau lah Man, budak berdua ni dah besar panjang. Pandai lah nanti mereka uruskan. Kita yang dah berusia ni, kena guide diaorang. Supaya majlis kedua-dua belah pihak nanti, berjalan lancar.” Dato’ Haslan cuba untuk berfikiran positif. Dia juga seorang ahli perniagaan, jadi dia faham akan kesibukan Ruzail.

“InsyaALLAH, saya akan cuba bahagikan masa dengan sebaik mungkin. Saya nak keluar ambil angin sekejap.”

“Adra, pergi teman Ruzail.” Arahan daripada Datin Zureen dituruti oleh Adra tanpa banyak soal.

“Ruzail, kenapa you nampak macam tak happy je?” Adra Sofia menghampiri Ruzail yang sedang berehat di hadapan kolam renang.

“Mana ada, I okey je lah. You kenapa tak join parents kita bincang tentang kita?”

“Nak join apanya, dah you tiba-tiba nak duduk luar. Mama  I suruh teman you.”

“I kan dah cakap, I okey je. I nak ambil angin sekejap. You pergi lah masuk dalam, dengar apa yang diaorang bincangkan. Nanti tak tahu apa-apa pulak.”

“Kenapa? Kenapa I sorang je yang kena dengar? Kenapa you tak nak join sekali?” Adra memandang wajah Ruzail yang langsung tidak menunjukkan minat tentang persiapan perkahwinan mereka. Dia mengenali Ruzail bukan baru sehari dua, jadi dia boleh baca perubahan dari riak wajah teman lelakinya.

“Apa masalah you ni Adra? Jangan nak cari punca pergaduhan boleh tak?” Ruzail mula rimas apabila Adra mengasaknya dengan soalan begitu.

“I tak cari pasal dengan you. I tanya je, sebab dari awal perbincangan tadi. You nampak tak gembira. You terpaksa dengan semua ni?”

“I okey je Adra. Biasalah, penat sikit sebab I kan baru je balik dari Dubai. Sampai je tadi, I terus ambil parents I bawa pergi jumpa parents you.”

“Kan I dah cakap, kalau you penat, datang minggu depan sajalah. I tak suka lah tengok muka terpaksa you ni.” Adra masih lagi mahu menyalahkan Ruzail. Lelaki itu mendengus kegeraman mendengar kata-kata Adra.

“Apa lagi yang tak kena ni Adra? You tak nampak ke apa yang I buat ni semua sebab I sayangkan you? I ketepikan penat I semata-mata tak nak tangguh lagi. Kalau I jumpa parents you minggu depan, nanti you cakap I ni sengaja nak melengah-lengahkan perkara penting. Ini bila I dah datang, you nak marah-marah pulak? Apa lagi yang you nak?” Kali ini nada suara Ruzail sudah mula berubah intonasi.

“I nak keikhlasan you. I tak nak you buat semua ni sebab terpaksa.”

“Ikhlas la ni Adra. I sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan you. Dah lah, lebih baik you jangan nak over thinking sangat.”

“I tak fikir bukan-bukan kalau sikap yang you tunjukkan dekat I tu positif. Ini I sendiri makan hati dengan sikap you.”

“I tak tahu la nak cakap macam mana lagi dengan you. I serius dengan you ni Adra. Nanti bila you nak pergi fitting baju pengantin, bagi tahu I okey? Kita pergi sama-sama.”

“Esok I nak pergi butik pengantin. Nak pilih design dulu, you teman I okey?”

“Esok isnin kan sayang, I kerja lah. Lagipun esok I kena pergi Melaka sekejap. Ada urusan penting berkaitan dengan syarikat.”

Alasan yang diberikan oleh Ruzail menyebabkan Adra Sofia mendengus kegeraman.

“Ada je kan alasan you? You ni, tak boleh ke ketepikan sekejap hal bisness you untuk fokus dengan perkahwinan kita?”

“I dah bagitahu awal-awal dah, I tengah uruskan banyak projek besar. Projek-projek tu semua perlu kan pertolongan daripada I. I tak boleh nak serahkan sepenuhnya dekat pekerja I. Sebab ini melibatkan untung rugi syarikat yang agak besar. You kena faham lah sayang.” Ruzail merenung wajah Adra sedalam-dalamnya. Dia tahu wanita itu mahukan perhatian daripadanya, namun dia juga terpaksa beri perhatian lebih terhadap kerjanya.

“I tak kira, I nak you ada jugak esok.”

“Kita pergi hari lain boleh tak? You belum start kerja dengan ayah you lagi kan? Nanti bila I free, I bagitahu you.”

“Nak tunggu you free? Sampai ke sudah la kita tak akan pergi.”

“Ikut suka you la Adra. I dah jelaskan dekat you perkara yang sebenar. Kalau you nak teruskan dengan sikap degil you, fine! I tak kisah.” Selesai sahaja berkata-kata, dia segera mengangkat punggungnya. Namun belum sempat dia melangkah, lengannya dipaut kemas oleh Adra.

“You nak kemana pulak ni?” Adra tayang wajah tidak puas hati. Dia masih belum puas mencari pasal dengan Ruzail.

“I terpaksa minta diri dulu, I baru dapat message daripada klien yang diaorang nak jumpa I sekarang. Katanya ada hal penting dan I tak boleh bertangguh.”

“What? Perbincangan kita dengan parents kita tak habis lagi tahu tak? Kan dah janji tadi, nak makan malam sama-sama?”

“I tahu, tapi I terpaksa balik dulu. I bukan nak larikan diri ye sayang. Ini urusan syarikat, I perlu bertanggungjawab. I balik dulu, nanti kita jumpa okey.” ujar Ruzail yang kelihatan agak tergesa-gesa itu.

“Ruzail! Parents you, siapa nak hantar? Diaorang datang dengan you kan?”

“You la tolong hantarkan. Take care sayang.” Ruzail melaung dari muka pintu rumah. Dia mahu masuk ke dalam rumah untuk meminta diri.

Adra Sofia hanya mampu melepaskan keluhan kasar melihat sikap Ruzail. Hendak salahkan Ruzail juga tiada gunanya, kerana dia tahu lelaki itu bersetuju untuk bernikah dengannya adalah kerana dia yang memaksa lelaki itu. Jadi, dia harus bersedia untuk menerima sikap lelaki itu.







*****
“Hai kak.” Wafa menegur Adra Sofia yang sedang duduk berehat sambil menonton televisyen seorang diri.

“Wafa dari mana ni? Nak kata hari ni hari kerja, hari ni cuti. Tapi dari pagi tadi akak tak nampak Wafa. Keluar dengan boyfriend eh?”

“Mana ada, memandai je lah akak ni. Wafa pergi Melaka sekejap, ada wedding. Lepas tu jalan-jalan dengan kawan sekolah. Kira macam reunion lah, dah lama tak jumpa kan.” cerita Wafa yang sudah pun mengambil tempat berhadapan dengan kakak tirinya.

“Oh… Patutlah dah lewat malam baru balik.”

“Bukan selalu dapat kumpul sama-sama macam ni, yelah masing-masing pun dah ada kehidupan masing-masing. Dah ramai dah kawan-kawan sekolah Wafa yang dah berkahwin.”

“Kawan-kawan awak dah kahwin, awak tu bila lagi?” Sengaja dia mahu mengusik adiknya. Bukannya dia tidak tahu adiknya sudah serik bercinta kerana pernah dikecewakan satu ketika dahulu.
“Malas la cakap pasal ni. Kenapa Wafa pulak kena kahwin dulu? Akak tu ha, Wafa dengar cerita Abang Ruzail bawa keluarga dia datang sini tadi. Betul ke?”

“Eh, mana Wafa tahu?” Adra sudah mengerutkan dahinya. Hairan!

“Tak adalah, tadi Wafa ada call mama, itu yang mama bagitahu tu.”

“Haah, dia bawa mama dengan papa dia ke sini tadi. Nak bincang tentang perkahwinan kitaorang.”

“Wow! Yeke kak? Macam mana akak boleh pujuk Abang Ruzail untuk kahwin dengan akak? Kiranya, hujung tahun ni akak dengan dia akan jadi suami isteri lah ye?” Wafa sudah memulakan sesi soal jawab. Seperti biasa, dia memang suka ambil tahu hal kakak tirinya.

“Hmm… Tarikh pun dah dibincangkan tadi. Ya, hujung bulan 12 ni akak akan berkahwin dengan dia.”

“Cerita lah kak, macam mana Abang Ruzail boleh setuju nak kahwin dengan akak?”

“Akak kena berterima kasih dekat Wafa dan Nazhan. Sebab kalau bukan kerana idea Wafa, akak rasa Abang Ruzail tak akan bersetuju dengan cadangan parents dia supaya kahwin dengan akak.”

“Oh! So akak dah buat lah macam apa yang Wafa suruh? Eh kejap! Kenapa nak kena berterima kasih dekat Nazhan pulak? Apa dia dah buat?” Wafa memandang wajah kakak tirinya. Pelik!

“Yes! Akak dah gunakan kuasa wanita, macam apa yang Wafa suruh akak buat tu. Oh, soal Nazhan. Kalau bukan kerana dia pergi bersemuka dengan Abang Ruzail, akak rasa, abang Ruzail tak akan rasa tergugat. Terus dia setuju nak kahwin dengan akak tau.”

“Serius lah akak? Apa mamat tu nak?”

“Mamat tu kan dah gila bayang kan akak. Dia gelabah lah bila akak memang dah tak layan langsung dia. Dia fikir dengan berjumpa dengan Abang Ruzail, masalah dia boleh selesai? Memang tak lah, akak tahu Abang Ruzail sayangkan akak. Sebab itulah dia risau bila tahu Nazhan cuba untuk rampas akak dari dia.”

“Hish! Gila berani si Nazhan tu! Memang betul-betul lah Nazhan tu sukakan akak.”

“Berani sangat, tapi kadang-kadang akak rasa kesian pulak dekat dia. Sebab walaupun dia berusaha keras untuk dapatkan akak, tapi akak tetap jugak pilih Abang Ruzail.”

“Hmm… Itulah, awal-awal dulu akak mainkan perasaan dia. Bila dia dah jatuh cinta dengan akak, akak tolak dia pulak.” Seperti biasa, Wafa akan tetap menyalahkan kakaknya apabila perbualan mereka berkaitan dengan Nazhan.

“Benda dah nak jadi dah Wafa, akak malas lah nak ingat lagi.” ujarnya yang tidak mahu berterus-terusan dihuni dengan perasaan bersalah.

“Wafa harap sangat akak boleh belajar daripada apa yang berlaku. Mesti akak lega sangat kan, bila Abang Ruzail dah setuju nak kahwin dengan akak?”

“Lega tu lega lah jugak, tapi ada satu masalah lain pulak muncul.”

“Kenapa pulak? Bukan ke bila Abang Ruzail dah setuju nak kahwin dengan akak, kira masalah akak dah selesai?”

“Dia setuju nak kahwin dengan akak tu, bersyarat tau. Bukan setakat setuju je tau.”

“Eh, nak kahwin pun kena ada syarat ke? Syarat apa pulak?” Berkerut dahi Wafa menyoal.
“Dia nak akak kerja dengan ayah. Dia memang sengaja tau, dia tahu yang akak memang tak minat bisness. Dia sengaja buat syarat macam tu.” Jawapan daripada Adra Sofia disambut dengan tawa daripada adik tirinya.

“Yang Wafa gelak beria-ria ni dah kenapa?”

“Akak nak ugut dia, tapi dia pulak ugut akak. Syarat yang dia suruh akak ikut tu, bukan sesuatu yang mudah untuk akak buat. Bijak jugak Abang Ruzail ni kan. Lebih bijak daripada akak.”

“Itulah pasal, akak memang tak setuju pada awalnya. Tapi nak buat macam mana, kalau akak tak ikut cakap dia, dia tak nak kahwin dengan akak. So, akak terpaksa lah kerja dekat syarikat tu nanti.” Adra memeluk tubuh. Kalau bukan kerana Ruzail, dia tidak punya masa untuk memikirkan tentang syarikat milik arwah ibunya.

“Alahai, selama ni, bukan main susah lagi ayah dengan mama cuba untuk pujuk akak. Ini tak payah nak pujuk, akak terus setuju. Sepatutnya dari awal lagi, ayah kena berpakat dengan Abang Ruzail lah.”

“Akak terpaksa lah! Kalau nak ikutkan hati akak ni, akak tak puas enjoy lagi. Tapi bila bakal suami dah tetapkan yang dia nak isteri dia seorang wanita yang berkerjaya, akak terpaksa dengar cakap dia.”

“Tak apalah akak, apa yang dia suruh akak buat ni pun, untuk kebaikan akak jugak. Wafa rasa Abang Ruzail memang selayaknya untuk akak. Dia bukan saja fikir tentang akak, tapi dia fikir tentang keluarga kita jugak.”

“Kenapa pulak? Apa kaitan?” Adra menyoal untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Wafa.

“Ye lah, dia tahu yang hubungan akak dengan ayah dingin disebabkan akak tak nak kerja dengan ayah. Bila dia buat syarat macam tu, secara tak langsung, dia sedang cuba untuk rapatkan balik hubungan akak dengan ayah. Akak tak rasa macam tu ke?”

“Entah, tak terfikir pulak.” balasnya acuh tidak acuh. Seketika kemudian, dia menutup televisyen dan ingin berlalu ke tingkat atas. Matanya sudah layu dan meminta untuk direhatkan.

“Akak! Bila akak nak mula kerja?”

“Sepatutnya esok, tapi akak malaslah. Tengok lah kalau rajin, lusa ke.”

“Hish, belum mula kerja lagi dah malas. Nanti Wafa report dekat Abang Ruzail, terus dia tak setuju nak kahwin dengan akak.”

“Report lah, akak tak kisah pun.” Adra mencebik. Seketika kemudian, susuk tubuhnya sudah hilang di pandangan mata Wafa.