Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Monday 24 August 2015

Be mine, eh? Bab17

Nedzrish melabuhkan duduknya di atas sofa di ruang tamu rumah itu. Dia dan isterinya baru sahaja berpindah ke rumah teres dua tingkat yang dihadiahkan oleh bapanya kepada mereka berdua. Sebelum dia membawa isterinya berpindah ke sini hari ini, terlebih dahulu dia sudah menjenguk setiap sudut di dalam rumah ini. Tujuannya hanya satu, dia mahu cop terlebih dahulu bilik.

“Awak, amboi senang-lenang nampak? Tolong lah angkat barang-barang ni naik ke atas.” Omel Qalish Audrina bersama wajah kepenatan dengan kiri kanan tangannya penuh dengan beg pakaian. Nedzrish hanya berwajah selamba sambil berpeluk tubuh.

“Malas aku nak layan kau yang mengada-ngada ni. Setakat angkat barang pun nak merungut, baik takpayah kahwin.”

“Eh awak fikir saya teringin sangat ke nak kahwin dengan awak? Kalau ikutkan hati saya ni, saya lebih rela kahwin dengan orang yang saya tak kenal, tapi perangai dia tak sewel macam awak.” Qalish Audrina mulai berang. Sudahlah dia terpaksa mengangkut semua barang-barang mereka seorang diri. Nedzrish tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membantu dirinya.

“Hei, nama pun pindah rumah. Mestilah penat, kalau tak larat sangat nak angkat. Biar je semua barang-barang tu dekat dalam kereta. Hujung tahun nanti baru kau angkut. Okay?”

“Susah lah bercakap dengan awak ni. Minta tolong angkat barang pun sampai nak jadi perbalahan. Suka hati awak lah.” Qalish Audrina sudah malas mahu melayan suaminya yang tidak mahu beralah dengan dirinya. Dia kemudiannya membawa kakinya melangkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

“Oii. Oi.. Audi.” Teriak Nedzrish secara tiba-tiba. Hampir terlepas beg tangannya akibat terkejut. Dia berpaling dengan wajah merah membahang.

“Apa audi audi?” Soalnya garang. Dia meletakkan barang-barang yang dipegangnya ke atas lantai. Dia mara ke hadapan menghampiri Nedzrish yang masih duduk bersantai di atas sofa sambil menyilangkan kakinya di atas meja kecil.

“Nama kau kan audi. Nama dah lah macam nama kereta.”

Hello! Nama saya Qalish Audrina! Bukan audi! Boleh tak fikiran tu jangan macam budak-budak sangat. Tak ada lagilah manusia gila nak bagi nama anak dengan nama kereta.” Balas Qalish Audrina bersuara lantang. Sakit sungguh hatinya apabila suaminya sesuka hatinya sahaja memperlekehkan namanya.

“Nama kau tu, serupa macam kereta audi tahu tak. Lepas tu, satu benda yang aku tak faham. Kenapa kau tiru nama aku? Banyak lagi nama lain yang ada dekat Malaysia ni, tapi kenapa nama yang hampir sama dengan aku jugak yang dipilih?”

Erk! Qalish terasa mahu mengetuk kepala Nedzrish dengan kayu golf sahaja. Sungguh bengang dirinya dengan kelancangan mulut lelaki itu.

“Ya ALLAH, sabar kan lah diri ku ini.”

“Tercengang apasal? Weh, susah lah kalau nama kita hampir sama ni. Nanti kalau mama panggil nama kau, aku yang perasan. Esok kau pergi tukar nama.” Selamba saja dia berkata-kata tanpa berfikir terlebih dahulu. Bertambah bengang Qalish ketika berhadapan dengannya saat ini.

“Amboi! Sedap je awak suruh saya tukar nama. Awak ni sebenarnya ada masalah apa ya? Kenapa tak puas hati sangat ni? Saya lahir dulu dari awak, jadi awak lah yang tiru nama saya!”

“Aku tak kira, aku nak kau tukar nama jugak. Menyusahkan jelah nama sama dengan aku ni. Aku rasa hidup aku terancam tahu tak.”

“Kalau awak rasa menyusahkan sangat, awak panggil je lah saya dengan nama lain. Senang cerita.”

“Okay, aku panggil apa yang aku suka eh? Kalau macam tu aku nak panggil kau bibik. Sesuai jugak muka kau tu dengan gelaran macam tu.” Ujar Nedzrish sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Kalau saya tak fikir awak ni suami saya, dah lama saya cincang awak sampai lumat!”

“Kau nak kemana tu? Aku tak habis cakap lagi dengan kau.” Nedzrish pantas bangun lalu dia berdiri betul-betul di hadapan isterinya.

“Apalagi yang tak puas hatinya ni?!”

“Aku tak nak pun pandang muka kau lama-lama. Sebab aku rasa meluat. Tapi aku cuma nak bagi tahu kau, rumah ni ada tiga bilik. Master bedroom aku dah cop terlebih dahulu, so kau jangan nak berangan-angan untuk tidur dekat bilik besar. Kau pergi duduk dalam stor.”

What?! Saya duduk dalam stor?!” Soal Qalish Audrina separuh menjerit.

“Yelah, dah tu kau nak duduk dekat mana? Kau rasa aku akan sediakan mahligai indah untuk kau beradu? Heh. Memang tak lah.”

“Ya ALLAH, saya tak tahu lah berapa lama lagi saya boleh bersabar dengan kerenah awak. Rasa macam tak sanggup dah nak hidup dengan awak di hari-hari yang mendatang.”

“Bagus lah kalau macam tu, cepat aku boleh ceraikan kau.” Ujar Nedzrish selamba tanpa memandang wajah isterinya. Qalish tergamam mendengar kata-kata yang tidak dijangka akan keluar dari mulut lelaki itu. Tahulah dia pada awalnya suaminya sudah memasang niat untuk bercerai dengannya. Qalish hanya mampu mengeluh melihat sikap suaminya yang terlalu amat dingin dengan dirinya.




******


“Kenapa tak angkat call ni. Susah sangat ke nak pickup call I.” Amelda Imani membebel sendirian. Sejak semalam dia berusaha untuk menghubungi kekasihnya, Nedzrish Eskandar namun hanya lah sia-sia. Sudah hampir seminggu lebih dia tidak bertemu dengan lelaki itu semenjak lelaki itu pergi bercuti bersama isterinya.

“Kau kenapa ni Mel. Okay tak? Gelisah je muka tu aku tengok.”

“Eh Qal. Bila sampai? Tak perasan pun.”

“Mana nak perasan kalau dah mata tu asyik fokus dengan telefon je. Aku nak main badminton dekat hujung sana. Kebetulan aku ternampak kau dari jauh. Duduk sorang pula tu. Itu yang aku datang sekejap.”

“Aku okay lah. Kau main badminton dengan siapa? Rish je?” Soal Amelda Imani sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang.

“Eh kau ni, macam lah baru kenal si Rish tu. Dia manalah minat main badminton, kalau pegang raket. Boleh sakit jantung aku tengok, serupa ajar budak kecil je. Kayu betul.”

“Hahahaha… Tak baik lah kau ni. At least dia power main futsal. Kau pun kalah.”

“Yelah, aku kalau bab-bab futsal ni memang looser sikit. Tapi kalau bab badminton, kau mesti cakap prestasi aku setaraf dengan Chong Wei.” Ujar Haiqal sambil tersenyum nipis memuji dirinya sendiri.

“Sudah lah kau Qal. Kalau nak angkat bakul sendiri, sampai esok pun tak habis. Kau ada nampak Rish tak? Aku cuba call dia daripada semalam. Tapi tak dapat lah.” Amelda Imani meluahkan keresahan yang bertamu dihatinya.

“Rish kan baru je pindah rumah baru. Dia tak ada bagitahu kau ke? Rish busy sikit lah Mel. Nanti bila dia dah tak sibuk, dia cari lah kau. Dia tak kemana pun.”

“Pindah rumah baru? Dengan isteri dia ke? Maksud kau dia dengan isteri dia dah tak tinggal dekat rumah mak ayah Rish lagi ke?” Soal Amelda Imani bertalu-talu. Dahi Haiqal berkerut mendengarkan pertanyaan demi pertanyaan. Mungkin Nedzrish tidak menceritakan apa-apa kepada gadis itu. Haiqal kemudiannya hanya diam membisu tanpa menjawab pertanyaan Amelda Imani.

“Eh Qal. Kau ni apasal tiba-tiba jadi bisu pulak ni? Jawab lah aku nak tahu.”

“Er. Nanti kau tanya lah Rish sendiri.”

No. Aku nak tahu sekarang jugak. Lebih baik kau bagitahu aku sekarang sebelum aku naik hantu. Kau jugak yang malu nanti.” Amelda Imani menggunakan pendekatan untuk mengugut teman baik Nedzrish.

Erk. Kau ni boleh tahan jugak. Garang macam singa. Macam ni, ikut apa yang aku tahu lah. Rish bagitahu aku semalam yang dia dah pindah rumah baru. Dekat mana tu aku tak tahu, dia cuma cakap rumah tu dekat dengan tempat kerja isteri dia dan UiTM kita.”

“Dia tinggal berdua je ke dengan isteri dia dalam rumah tu?”

“Yelah, tak kan bertiga pulak? Kau ni pun soalan.”

“Sampai hati Rish tak bagitahu aku. Dia ingat benda-benda macam ni seronok sangat ke sorok dari aku. Aku ni dah tak ada erti apa-apa agaknya dalam hidup dia. Cepatnya dia berubah Qal.”

“Hoi! Inilah orang perempuan. Suka sangat fikir bukan-bukan. Macam mana tak berlakunya pergaduhan kalau asyik nak fikir negatif je. Cuba bersangka baik pada dia. Mana lah tahu dia memang betul-betul sibuk bersihkan rumah, kemas apa yang patut. Orang baru pindah rumah kan.” Haiqal membebel panjang lebar. Geram pula melihat Amelda Imani yang terlalu cepat membuat konklusi.

“Tapi tak kan lah sampai tak ada masa langsung nak sms aku ke, ini aku telefon pun dia tak angkat. Entah-entah diaorang dah….”

“Woi! Fikiran tu jangan nak jauh sangat. Tak mungkin lah Mel. Kau kenal kan Rish jenis lelaki macam mana. Dia susah lah nak sayang perempuan. Nak jatuh cinta dengan kau pun bukan main payah. Dah, tak perlu lah fikir macam tu. Esok lusa dia cari lah nanti.”

“Kalau dia tak cari aku macam mana?”

“Kalau dia tak cari kau, kau dah boleh perlahan-lahan move on. Senang cerita kan?” Mudah sahaja jawapan yang diberikan oleh Haiqal. Amelda Imani menampar kuat lengan lelaki itu.

“Macam mana lah Rish boleh bertahan dengan kau. Baru duduk semeja dengan kau tak sampai satu jam, dah berbirat tangan aku kena pukul. Eii, nasib badan lah Rish dapat girlfriend singa.”

“Padan lah muka kau. Aku dengan kau je garang, dengan Rish aku manja macam kucing tau. Kau kata nak main badminton tadi?”

“Nak pergi lah ni, dari tadi lagi. Tapi kau yang duk tahan aku. Gerak dulu Mel. Kalau ada apa-apa masalah, hello-hello je aku.”

“Okay Qal. Thanks.” Ujar Amelda Imani seraya dia turut bangun dari duduknya untuk pulang ke rumahnya. Dalam kotak fikirannya masih lagi memikirkan mengapa Nedzrish seolah-olah cuba untuk menjauhkan diri darinya. Resah fikirannya memikirkan kemungkinan dia akan kehilangan lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.



*****
“Awak. Saya dah sediakan makan malam.” Tegur Qalish Audrina ramah. Sememangnya dia adalah eorang perempuan yang berbudi bahasa kerana sudah didik sebegitu sejak dari kecil lagi oleh kedua-dua orang tuanya. Meskipun Nedzrish seringkali melayannya dengan kasar, dia berusaha untuk berbaik dengan lelaki itu.

“Mmmm..” Gumam Nedzrish perlahan. Matanya setia tertancap di skrin komputer ribanya menonton cerita. Kadangkala dia tergelak seorang diri, langsung tidak mempedulikan kehadiran Qalish Audrina yang melabuhkan duduk di atas sofa berhampiran dengannya.

“Awak tak nak makan ke? Tak lapar?” Soal Qalish lembut. Dia masih berusaha untuk bercakap dengan suaminya meskipun dirinya tidak dilayan.

“Kalau aku lapar nanti pandai lah aku makan.”

“Mama cakap awak suka makan nasi ayam. Saya tak adalah reti sangat masak, tapi sikit-sikit tu boleh lah. Nanti lepas awak dah makan, kalau tak keberatan komen lah tentang masakan saya.”

“Ok.” Balas Nedzrish ringkas.

“Awak. Boleh tak awak tinggalkan laptop awak tu sekejap. Saya tak selesa lah bercakap macam ni. Seolah-olah saya bercakap dengan tembok saja.”

“Kau nak cakap apa kau cakap lah, aku bukan pekak pun. Tak perlu lah sampai aku kena hadap muka kau yang meloyakan tu.”

“Awak bukan dengar pun saya cakap apa. Saya ada benda penting nak bincang dengan awak ni Rish.”

“Apadia yang penting sangat. Cakap sajalah.” Balas Nedzrish yang sudah mulai rimas dengan kerenah isterinya yang menganggu konsentrasinya menonton cerita kegemarannya.

“Awak pandang lah saya Rish.” Rengek Qalish Audrina separuh mendesak. Nedzrish menutup kasar komputer ribanya lalu dia segera menghampiri isterinya. Dirapatkan wajahnya ke wajah isterinya. Kedua belah tangannya terlekap ke atas bahu sofa. Qalish Audrina sudah telan liur. Nedzrish masih lagi berkeadaan begitu, hembusan nafas lelaki itu terasa tepat mengenai wajah Qalish.

“Erk. Rish.. Apa yang awak buat ni.” Ujar Qalish Audrina terketar-ketar.

“Hah. Tadi kau nak sangat aku hadap muka kau kan. Sekarang ni muka aku betul-betul dekat depan muka kau. Cuma ada jarak beberapa inchi je. Kau nak cakap apa cakaplah.”

“Er. Bukan ini maksud saya. Saya nak awak pandang saya bukan pandang komputer riba awak. Tapi tak perlulah sampai keadaan macam ni. Nak bernafas pun susah macam ni.”

“Aku tak rasa sesak pun. Bertambah-tambah oksigen bila kita macam ni.” Usik Nedzrish dengan wajah serius.Hampir mahu terburai tawanya melihat wajah resah isterinya. Itulah sibuk menganggu dirinya, sekarang rasakan.

“Apa kata kalau kita buat cpr, rasanya aku lagi boleh bernafas dengan baik. Aku ada asthma tau.” Nedzrish masih lagi ligat mengusik Qalish Audrina. Perlahan-lahan di halakan bibirnya untuk mendarat ke bibir merah si isteri. Qalish Audrina memejamkan matanya serapat yang mungkin sambil memalingkan wajahnya.

“Huh! Baru acah sikit dah takut. Boleh mati lemas aku macam ni tahu.” Nedzrish segera menjauhkan wajahnya selepas dia rasa puas mengenakan isterinya. Kemudiannya dia melabuhkan duduk berhadapan dengan isterinya. Qalish Audrina mengecilkan matanya memandang wajah bersahaja si suami.

“Awak ni memang sengaja kan nak kenakan saya!”

“Memang lah. Kau ingat aku ni berselera sangat ke nak bermanja-manja dengan kau? Lebih baik aku gomol kucing kat luar sana tu.”

“Apa yang penting sangat kau nak cakap tu sampai kacau ketenteraman aku? Cakap lah cepat!” Sambungnya lagi dengan nada agak tinggi. Qalish Audrina yang mudah terkejut mengurut dadanya sendiri.

“Cakap perlahan sikit tak boleh ke? Memang perlu eh bila bercakap tu terpekik terlolong?”

“Tak lah. Bila bercakap dengan kau je. Sebab telinga kau kan dah expired date. Takut tak dengar pulak. Aku bukan radio nak ulang banyak kali.”

“Saya nak tanya awak. Saya ni boleh tak masuk bilik awak untuk kemas katil awak, kemas barang-barang awak? Awak izinkan saya basuh baju awak tak?” Setelah beberapa saat dia mendiamkan dirinya, dia terus melontarkan soalan yang dia mahu bertanya sedari tadi lagi.

First and foremost, aku tak suka kau sentuh barang-barang aku termasuk lah motor kesayangan aku kat luar tu. Maksudnya disini kau dilarang sama sekali melangkah masuk ke dalam bilik aku. Sentuh pintu bilik aku pun tidak dibenarkan sama sekali. Pasal baju aku? Kalau kau rasa nak basuh kau basuh lah, kalau tak kau biar je. Hujung bulan aku basuh.”

“Okay, saya tak akan sentuh barang-barang awak dan tak akan sesekali masuk bilik awak. Ha? Awak basuh baju sebulan sekali ke? Serious?” Soal Qalish Audrina dengan wajah yang jelas tidak percaya.

“Buang tebiat agaknya laki aku ni.” Bebelnya di dalam hati kecilnya.

“Aku malas lah nak basuh baju. Kalau dekat rumah bibik yang basuh. Yang kau sibuk kenapa? Baju aku kan, ikut suka hati aku lah.”

Erk. Apa guna ada saya ni? Saya boleh tolong basuhkan baju awak sebab itu memang tanggungjawab saya sebagai seorang isteri walaupun awak tak pernah anggap saya macam tu.”

“Kau ni memang kemaruk nak jadi isteri aku ke macam mana ni?” Soal Nedzrish pelik. Setahunya isterinya juga tidak setuju dengan perkahwinan mereka, namun entah kenapa Qalish Audrina berusaha untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Okay, biar saya jelas kan. Saya buat semua ni sebab saya sedar walaupun perkahwinan kita tanpa rela, tapi saya taknak saya disoal di akhirat nanti kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tanggungjawab seorang isteri itu untuk menjaga makan pakai dan segala keperluan suami dia kan? Saya cuma jalankan tugas saya. Itu saja. Harap awak tak fikir lain lah ya.” Terang Qalish Audrina panjang lebar.

“Tak perlu kot kau buat semua ni. Sebab aku tak kisah pun.” Balas Nedzrish tanpa perasaan.

“Awak tak kisah itu awak punya pasal lah.”

“Okay, terpulanglah kalau kau memang nak sangat laksanakan tanggungjawab kau sebagai isteri tak diiktiraf oleh aku, teruskan lah. Tapi kau kena ingat satu benda ni. Kau jangan sesekali tuntut apa-apa dari aku. Sebab aku tak berminat nak jadi suami kau. So, apa pun tanggungjawab seorang suami. Aku tak nak ambil tahu.”

“Saya tak ada masalah. Saya faham, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak.”

“Bagus lah kalau faham. Kau tak nak keluar ke? Aku rimas lah kalau kau ada dekat rumah.”

Ei. Awak ni dah kenapa nak halau saya?” Qalish Audrina kembali berangin dengan sikap suaminya yang sering sahaja berusaha untuk memanaskan hatinya.


So, kau memang tak ada plan nak keluar? Kalau macam tu tak apalah, aku keluar. Duduk rumah hadap muka kau ni, boleh kena serangan jantung bertubi-tubi.” Nedzrish bingkas bangun lalu dibawa kakinya ke tingkat atas. Qalish Audrina hanya memandang kelibat suaminya dengan pandangan kosong.