Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Wednesday 19 November 2014

Bab 7 & Bab 8 Mr Perfect Annoying!

Bab7
Makan lah Risya. Makan banyak banyak. Saya masak semua ni khas untuk Risya tau.” Datin Zulaikha bersuara apabila dia melihat gadis itu seperti kekok dan teragak agak untuk mengambil lauk yang terhidang di hadapan matanya itu.
“Aku pelempang juga kau ni. Nak kena suap ke apa. Makan je lah.” Zefrieq bersuara perlahan kerana bimbang jika suaranya itu didengari oleh mummy nya. Dia yang duduk di hadapan gadis itu merenung tajam gadis itu sehingga membuatkan Fathrisya sedikit gugup. Sudu di tangannya terlepas lalu jatuh ke lantai.
“Kau ni apahal? Tak reti pegang sudu ke?” Zefrieq bersuara tegas menyebabkan mummynya menegurnya.
“Zef. Risya tak sengaja tu. Jangan lah sebab hal kecil sampai nak marah macam ni.”
“Saya minta maaf Datin, Encik.” Ainur Fathrisya memohon maaf penuh keikhlasan. Dia memarahi dirinya sendiri kerana tidak tahu menjaga etika dan adab di meja makan. Hisy, buat malu je lah. Mesti mamat berlagak ni tengah syok gelak kan aku.
“Tak apa Risya. Nah, ambil ni.” Datin Zulaikha menghulurkan sudu kepada gadis itu sambil tersenyum.
“Zef, tolong ambil kan lauk sambal udang tu untuk Risya. Jauh tu, tak sampai dia.”
Tanpa berlegah Zef meletakkan beberapa ekor sambal udang yang berada di pinggannya lalu di letak di dalam pinggan gadis itu. Dengan selamba, dia meneguk jus manga yang berada di sisi kananya.
“Hisy Zef ni! Ada ke patut layan tetamu macam tu? Tak senonoh lah Zef ni. Ambil yang baru.” Arah Datin Zulaikha yang tidak senang dengan perbuatan anaknya itu.
“Apa masalahnya. Kau tak kisah kan makan sisa aku atau bekas aku? Kan?” Soal Zefrieq sambil memijak kuat kaki gadis itu. Berkerut muka gadis itu dek kerana terkejut dan tidak menyangka dengan tindakan drastik lelaki itu. Fathrisya sempat menghadiahkan jelingan buat Zefrieq Ezzraf.
“Tak kisah pun. Bukannya kotor. Saya okay. Makan lah Datin, Encik.” Balas Fathrisya lembut menyembunyikan rasa sebal di hatinya itu. Lalu dengan perlahan dia menikmati makanan yang kelihatan sangat lazat itu.
Zefrieq tersenyum puas hati. Tiba tiba Zefrieq meletakkan dua ekor ikan keli goreng ke dalam pinggan gadis itu. Beberapa ketul ayam goreng masak merah diletakkan juga ke dalam pinggan gadis itu. Lalu dia mencedok pula sayur kalian ikan masin ke dalam pinggan gadis itu. Dia mengambil mangkuk kecil, lalu diletakkan beberapa isi ketam masak lemak sehingga penuh mangkuk itu. Kemudian, disua kepada gadis itu sambil tersenyum penuh makna. Teragak agak Fathrisya mencapainya.
“Err mamat ni memang nak kenakan aku nampaknya. Geram nya aku!” Omel Fathrisya di dalam hati yang jelas kebengangan dengan sikap boss nya itu. Sempat pula kau kena kan aku ya depan mummy kau. Hishh annoying!
“Makan lah Risya. Jangan malu malu. Kalau nak boleh tambah lagi.” Zefrieq bersuara sambil tersengih-sengih. Dia menyuruh mummy nya menuangkan air jambu batu ke dalam gelas kosong walhal air yang ada di hadapan gadis itu tidak diteguk sehingga separuh. Sengaja Zefrieq mahu mengenakan gadis itu sepuas hatinya.
“Zefrieq ni memang macam tu Risya. Suka bergurau. Risya jangan ambil hati ya, kalau tak cukup nanti tambah lagi, jangan segan segan.”
“Nak suruh aku tambah lagi? Yang ada depan mata ni pun tak terlarat aku nak habis kan. Eeei bertuah punya boss!” Dia meneguk air liur yang dirasa pahit tika itu. Geram sungguh melihat Zefrieq sedang tersengih sengih memandang dirinya.
“Risya, macam mana kerja dengan Zefrieq? Okay? Kalau dia marah marah Risya tak tentu pasal, jangan takut nak report dengan saya ya.” Ujar Datin Zulaikha sambil menjeling ke arah anaknya yang sudah selesai menikmati hidangan makan malam mereka. Fathrisya masih lagi menikmati ketam yang diambil oleh Zefrieq. Bukan sedang menikmati, lebih tetap jika dikatakan “dipaksa” untuk makan.
“Er. Okay je Datin. Tak ada apa apa masalah. Encik Zefrieq ni memang cerewet tapi saya rasa saya boleh handle perangai dia ni Datin.” Balas Fatrisya selamba menyebabkan mata lelaki itu tertancap pada dirinya seketika.
“Apa kau cakap? Amboi sedap sedap je kau mengata aku cerewet. Kau kalau tak boleh tahan kerja dengan aku, kau boleh angkat kaki.” Matanya merenung tajam ke dalam mata bundar gadis itu. Berani sungguh gadis itu mengatanya di hadapan mummy nya.
“Zef. Kenapa nak angin tak tentu pasal ni? Risya bergurau je tu. Dia bergurau boleh, orang bergurau tak boleh.” Tegur Datin Zulaikha yang tidak senang dengan teguran kasar anaknya terhadap Ainur Fatrisya.
Fatrisya mengulum senyum. Dalam diam dia memuji Datin Zulaikha kerana dia tidak terlalu memanjakan Zefrieq dan menegur anaknya itu jika Zefrieq terlanjur kata.
“Kau senyum senyum apahal? Nak penumbok?” Zefrieq yang sememangnya geram dengan bicara selamba gadis itu sebentar tadi, menayang buku lima di hadapan gadis itu. Ainur Fathrisya pantas menggeleng kepalanya laju. Tergelak Datin Zulaikha melihat keletah gadis itu.
“Dah lah tu Zef. Perangai macam budak budak sungguh.”
Mak Yam menghampiri mereka lalu diletakkan sepiring pinggan yang mengandungi beberapa potong cheese cake. Sempat pula dia melemparkan senyuman manis buat tetamu majikannya itu sebelum berlalu ke dapur.
Ainur Fathrisya meneguk liur. “Tak kan nak suruh aku makan lagi? Gila!”
“Zefrieq cakap, Risya suka sangat makan cheese cake. Mana dia tahu pun saya tak tahu lah. Makan lah Risya. Kalau boleh, habiskan ya.”
Ainur Fathrisya terus memandang Zefrieq yang sedang menikmati cheese cake itu, selamba lagaknya lelaki itu seperti orang tidak bersalah. Ikutkan hati, mahu saja ditempeknya kek itu ke muka lelaki hidung tinggi di hadapannya.
“Apa pandang-pandang? Kau tahu tak kau tu beruntung dapat boss yang sweet macam aku ni. Tahu apa yang kau suka. Hah, makan lah. Kalau tak habis. Siap kau.” Zefrieq tersenyum sinis. Sengaja dia menyuruh orang gajinya membuat cheese cake untuk gadis itu, walhal dia tidak pernah ambil tahu apa apa hal yang berkaitan dengan gadis itu. Dia sengaja mahu mengenakan gadis itu sepuas hatinya.
“Kalau Risya nak, ada banyak lagi dekat dapur tu. Makan lah.” Ujar Datin Zulaikha sambil tersenyum simpul kepada gadis itu. Hatinya senang dapat makan malam bersama gadis itu.
“Zef pergi dapur kejap my, nak basuh mulut.” Zefrieq meminta diri dan memberi laluan kepada mummy nya untuk bersembang berdua bersama gadis itu. Sebelum berlalu ke dapur, sempat dia menghadiahkan jelingan maut buat setiausahanya itu. Tersentak gadis itu dibuatnya.

*****
Datin Zulaikha menghantar Ainur Fatrisya sehingga ke pintu utama banglo dua tingkat miliknya itu. Tangan tua itu disalam lalu dikucup oleh Fatrisya. Dalam beberapa saat, gadis itu sudah berada dalam dakapan Datin Zulaikha. Entah mengapa, hatinya mulai suka dengan tingkah laku dan raut wajah ayu gadis itu.
“Terima kasih Datin sebab sudi ajak saya dinner sekali. Sedap sangat lauk lauk tadi tu.” Fathrisya bersuara ceria tanpa mempedulikan Zefrieq Ezzraf yang merenung tajam ke arahnya. Apa kena lah dengan mamat sakit otak ni. Tak habis habis dengan gila dia tu.
“Dengan aku tak nak ucap terima kasih pula? Ohh, dah puas melantak tak ingat dunia. Nak blah macam tu je. Tak tahu malu eh kau ni?” Zefrieq bersuara perlahan namun pedas sekali kata katanya itu. Sebenarnya dia bengang kerana gadis itu langsung tidak mengucapkan terima kasih terhadapnya.
“Zefrieq!” Tegur Datin Zulaikha yang tidak senang dengan bicara kasar anaknya itu. Ainur Fathrisya kelihatan tenang sahaja.
“Thank you so much Encik Zefrieq Ezzraf. Saya terhutang budi, nyawa dan juga harta.” Selamba gadis itu membalas. Kelihatan Zefrieq mahu membidas kata kata gadis itu namun dihalang oleh mummy nya.
“Sudah lah tu Zef. Risya, saya minta maaf ya. Zef ni perangai dia memang macam budak tadika sikit.”
“Mummy. Apa ni cakap macam tu pasal Zef. Zef merajuk karang.” Rengek Zefrieq manja. Dia memaut lengan ibunya penuh kasih. Datin Zulaikha memaut kemas bahu anak lelakinya lalu ditepuk lembut.
“Manja sungguh mamat ni. Tapi, comel lah pula dia merengek macam tu.” Bisik hati kecil Fathrisya. Dia terpaku melihat kemesraan yang terjalin antara dua beranak itu.
“Hisy, malu lah sikit dekat Risya ni Zef. Manja tak bertempat. Risya, betul ke awak tak nak Zef hantar awak balik?” Tanya Datin Zulaikha ragu ragu apabila Fathrisya menolak pelawaannya untuk dihantar pulang. Dia bimbang akan keselamatan gadis itu.
“Kan dia cakap kawan dia ambil my. Haa, tu kawan dia dah sampai. Pergi balik cepat!” Zefrieq membuka pintu utama rumah itu lalu dengan hanya menggunakan isyarat mata dia menyuruh gadis itu segera pulang. Rimas mahu menatap muka perempuan kampung tak tahu malu itu.
“Hisy Zef ni! Ada ke patut halau tetamu macam tu, sopan lah sikit Zefrieq. Mummy tak ajar tau.”
“Zef naik atas dulu okay mummy. Goodnight.” Dengan selamba Zefrieq mengucup kedua dua belah pipi mummy nya lalu dengan pantas dia segera mengatur langkah meninggalkan dua wanita itu di bawah. Bimbang dirinya akan dileter lagi di hadapan gadis itu. “Boleh jatuh saham aku nanti.”
“Thank you again Datin. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Setelah meminta diri untuk pulang, dia berlari lari anak mendapatkan kereta sahabatnya yang sedang menunggu di luar pagar rumah. Datin Zulaikha menghantar gadis itu dengan ekoran matanya sahaja. Kemudian dia tersenyum.

*****
Bab8
“Babe, macam mana dinner tadi? Okay? Boss kau melamar kau eh?” Soal Nurin Aiman sejurus mereka sampai di rumah. Fathrisya menayang muka menyampah dengan pertanyaan sahabatnya itu. Lalu dia melangkah ke dalam biliknya.
“Kau ni buat tak tahu je kan. Aku punya lah excited nak tahu. Tapi tak di layan.” Nurin bersuara sedih untuk memancing perhatian Fathrisya. Perlahan lahan dia mengambil anak patung lilo stitch kesayangan Fathrisya lalu dipeluk.
“Eii lilo aku lah!!!” Fathrisya menjerit kecil lalu terus mendapatkan Nurin yang berpura pura tidur bersama anak patung kesayangannya itu.
“Sibuk je nak tahu.” Fathrisya mencebik. Anak patung kesayangannya sudah berada di dalam pelukannya. Nurin yang sedia maklum dengan keletah sahabatnya yang terlalu gilakan anak patung lilo stitch hanya tersenyum memandang gadis itu. Kalau dikira, boleh dikatan satu bilik itu dipenuhi dengan anak patung itu. Fathrisya sangat menggemari cerita kartun lilo stitch itu.
“Ala kau ni. Dengan aku pun nak berahsia kan. Cerita lah cepat.” Desak Nurin yang tidak sabar sabar ingin tahu. Mengikut cerita Fathrisya sebelum ini, boss sahabat baiknya itu kacak dan macho. Teruja dia ingin mengetahui kisah tentang lelaki itu.
“Tak ada apa apa yang menarik pun yang berlaku tadi Yin. Makan malam biasa je. Kau jangan nak merepek lah dia nak melamar aku. tak kuasa aku nak bercinta dengan mamat tiga suku tu.”
“Eleh, yeke kau tak suka dia? Kalau kau tak suka dia kenapa kau setuju nak dinner dengan family dia bagai? Bila lelaki ajak dinner, lagi lagi bawa perempuan tu jumpa family dia. Mesti ada something special tau.” Nurin menerangkan panjang lebar.
“Dah lah Yin, tak kuasa aku nak dengar falsafah cinta kau tu. For your information, aku benci gila dengan lelaki yang bernama Zefrieq Ezzraf tu tahu tak!” Luah Fathrisya bersama kekesalan di hati kerana dia bersetuju untuk makan malam bersama lelaki itu. Geram sungguh hatinya apabila terkenangkan peristiwa tadi.
“Dah kenapa pula kau nak benci dia beria ria ni?” Soal Nurin ingin tahu.
“Sebab tadi dia kenakan aku puas puas kau tahu tak. Dia ambil lauk banyak banyak, lepas tu pandai pandai dia je cakap dekat maid dia yang aku suka makan cheese cake. Kau tahu tak betapa aku tak suka makanan yang bernama cheese. Terpaksalah aku telan juga demi nak jaga hati Datin. Geram tahu!” Fathrisya sudah tidak dapat menahan rasa amarah yang membuak buak. Dihamburkan semuanya kepada sahabat baiknya itu.
“Wow! Mamat tu mesti annoying kan? Daripada cerita kau, aku rasa dia tu mesti jenis yang kepala tak betul.”
“Exactly beb! Aku rasa macam nak tonyoh je cili dekat bibir dia yang serupa longkang tu. Huh! Fikir dia tu boss aku je. Lagi satu, tadi masa kau sampai dekat rumah Datin nak ambil aku, dia siap halau aku lagi tau suruh balik cepat. Macam tu kau kata dia suka aku? Memang tak lah.” Fathrisya yang sudah siap menukar pakaian tidurnya memanjat katil lalu dipeluk erat lengan Nurin.
“Hish! Bajet gila mamat tu! Aku yang dengar ni pun rasa macam nak wrestling je dia tu. Apahal berlagak sangat boss kau tu?” Soal Nurin yang kegeraman dengan cerita yang didengar daripada Fathrisya. Nurin sememangnya seorang yang beremosi kadangkala melampau lampau.
“Kan aku dah cakap dia tu berlagak gila. Dah lah, boleh mimpi ngeri aku malam ni kalau asyik cerita pasal dia tau. Jom tidur Yin, esok kerja, jangan buat buat lupa pula!” Ujar Fathrisya seraya menutup suis lampu biliknya.

“Jangan benci sangat, nanti bila jatuh sayang susah nak lepas.” Sempat sahaja Nurin bersuara sebelum keluar daripada bilik Fathrisya.


*****

Zefrieq Ezzraf tekun meneliti beberapa helai kertas yang sudah berada di atas mejanya. Semuanya perlu diteliti dan disemak semula. Dia mengeluh sendirian, masakan cuma dia sahaja yang mengendalikan legasi perniagaan keluarga mereka. Dia berkira kira untuk memerlukan seorang pembantu untuk menolongnya. Serabut kepalanya memikirkan kerja yang semakin bertimbun itu. Tiba tiba pintu biliknya dibuka perlahan dari luar. Zefrieq pantas mendongak dan dia tergamam kemudiannya.
“Hi my dear, Zefrieq Ezzraf.” Sapa tuan empunya suara yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik Zefrieq.
“Hei! You!” Zefrieq bersuara teruja lantas dia berdiri dan mendapatkan tetamu yang tidak diduga itu. Dia mendepakan kedua dua belah tangannya lalu dengan pantas wanita itu sudah berada di dalam pelukannya.
“I miss you so much babe.” Bisik wanita itu perlahan.
“I miss you too. So much more.” Zefrieq meleraikan pelukan antara mereka lalu dengan perlahan dia memimpin tangan wanita itu lalu di ajak duduk di sofa yang terdapat di bilik pejabatnya itu.
“Okay. I tahu you mesti pelik tiba tiba I datang office you tanpa bagitahu you apa apa kan?” Wanita itu menyoal sambil tersenyum melihat reaksi di wajah Zefrieq Ezzraf yang mahu dia menjelaskan sesuatu.
“Yes. I really want to know. Tell me then. You tahu tak, I rindu sangat dekat you, 3 tahun you pergi. Sombong betul dengan I kan. Email I tak balas pun. You senyapkan diri macam tu je.” Zefrieq bersuara seperti merajuk. Hatinya cukup merindui wanita yang bernama Qaira Amanda itu. Matanya tidak lepas dari menjamah seraut wajah di hadapan nya itu. Cantik.
“You tetap cantik macam dulu.” Zefrieq memuji ikhlas sambil tersenyum manis. Gadis itu hanya ketawa mendengar bicara lelaki itu.
“I’m so sorry. Bukan sengaja tak balas email you. I harap you sudi terima I kembali dalam hidup you and maafkan I sebab hilang terlalu lama.
“Hei, you cakap apa ni? I tak pernah buang you dari hidup I. I sentiasa perlukan you. Hm, kenapa tiba tiba you balik Malaysia? Bukan you plan, lepas you kahwin dengan Adam, you nak menetap terus dekat London?” Soal Zefrieq aneh dengan kepulangan mengejut wanita itu ke Malaysia.
“Jodoh I dengan dia tak panjang lah babe.”
“You dah divorce?!” Soal Zefrieq yang jelas terkejut dengan berita yang baru sahaja sampai di telinganya itu.
“Ya Zef. I rasa menyesal sangat kahwin dengan lelaki tak guna tu! Dia ada perempuan lain rupa rupanya selama ni Zef. I cuma bahan untuk dia hilangkan bosan dia sahaja.” Qaira bercerita dengan tenang sekali. Dia cuba menyembunyikan perasaan kecewa yang bermukim di hati. Dia mahu melupakan segala kesedihan dan mulakan hidup baru.
“Tell me what had happened.” Pinta Zefrieq sambil memegang erat jari jemari Qaira.
“After setahun setengah nikah dengan dia, I baru tahu siapa dia sebenar. Dia dah berkahwin 5tahun lepas. tapi dia tipu I, dia tipu family I. I rasa I ni terlalu bodoh percayakan lelaki tu.” Qaira tidak dapat menahan sebak, dia mula menangis teresak esak di bahu lelaki itu. Zefrieq mengusap lembut belakang gadis itu lalu cuba untuk memberi kekuatan.
“Shuhh. Relax. I ada. Ceritakan semua kesedihan you dekat I. I’ll be here for you, always.” Zefrieq memujuk wanita itu sambil tangan sasanya menyeka air mata di wajah Qaira.
“Then, I decide untuk bercerai dengan dia. I tak sanggup nak teruskan hidup dengan lelaki penipu macam tu. And finally, kitaorang bercerai. I bersyukur sebab hak jagaan anak, I dapat. So I decide I nak mulakan hidup baru. Tu yang I balik Malaysia.” Terang Qaira panjang lebar selepas tangisannya reda.
“You dah ada anak? Wah! You didn’t tell me.”
“Ni dah bagi tahu lah ni. You macam mana sekarang? Dah ada girlfriend?” Soal Qaira sambil membelek majalah mingguan wanita yang berada di meja kecil itu.
“Nope, daripada sebelum you pergi. Sampai sekarang. I tetap macam ni.” Balas Zefrieq lalu dia bangun menuju ke meja kerjanya itu. Tangannya pantas mengemas kertas yang berterabur di atas mejanya.
“You nak I cari kan?”
“No need.” Balas Zefrieq pendek. Dia mula menunjukkan muka bosan setiap kali soal jodoh dan perkahwinan dibangkitkan kepadanya. Dia rimas mahu memikirkan tentang itu.
“You busy ke? Kalau you busy, I balik dulu. Nanti kita jumpa lagi okay.” Qaira Amanda meminta diri untuk pulang apabila melihat Zefrieq seperti sedang sibuk meneliti kertas kertas yang sudah berada di tangannya.
“You tunggu I dalam kereta you, kita lunch sekali. Lagi 10minit I turun.”Zefrieq bersuara tanpa memandang ke arah wanita itu.
“Alright.” Balas Qaira ringkas. Dia kemudiannya berlalu ke luar dari bilik lelaki itu.

Zefrieq hanya memandang sehingga pintu biliknya ditutup perlahan. Perasaan rindu terhadap sahabat baiknya yang telah dikenali sejak 15 tahun lepas, terlerai sudah. Namun dia turut bersimpati dengan apa yang menimpa ke atas rumah tangga sahabat baiknya itu. Qaira Amanda Datuk Zaid merupakan sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Dengan wanita itulah dia meluahkan segala perasaan, kesedihan dan juga berkongsi kegembiraan. Selain daripada mummy nya, dia juga rapat dengan Qaira. Namun, hubungan mereka terputus apabila Qaira mengambil keputusan untuk terus menetap di luar negara. Zefrieq kecewa dengan keputusan wanita itu namun dia menganggap bahawa Qaira juga punya kehidupan sendiri. Dan dia sebagai teman yang paling akrab dengan wanita itu sentiasa mendoakan kebahagiaan Qaira Amanda.
*Okay or KO jalan cerita ni? Nak sambung garap if okay..



2 comments: