Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Wednesday 14 December 2016

Sandaran Terakhir Bab 5

Adra Sofia melangkah laju menuju ke kafe Lazathia dimana tempat Ezzaidi Farhad bekerja. Dia harus bersemuka dengan lelaki itu untuk mendapatkan penjelasan. Dari jauh dia melihat Ezzaidi Farhad sedang menghantar pesanan yang dipesan oleh para pelanggan.

“Ezzaidi!” teriaknya dengan wajah masam mencuka. Ezzaidi yang mahu melangkah ke dapur, tidak jadi melangkah. Dia segera memusingkan badannya untuk berdepan dengan wanita itu. Hairan sungguh melihat wajah itu cemberut, siap dengan pakej menjerit namanya lagi.

“You ni dah kenapa tiba-tiba nak menjerit ni? Teringin nak buat konsert ke?”

“I nak cakap dengan you.” ujarnya memberitahu tujuannya berkunjung ke kafe itu.

“You nak cakap apa sekalipun, you tunggu sampai I habis kerja. Sekarang ni you sendiri nampak kan? Lunch hour, ramai pelanggan yang I kena layan. Kalau you nak tunggu I, you tunggu la. Kalau tak, you datang je la malam nanti.” balasnya memberi jawapan mudah. Dia sudah berkira-kira untuk masuk semula ke dapur.

“Apa yang you buat ni Adra?” soal Ezzaidi dengan wajah berang apabila wanita itu menarik kolar t-shirt polo yang dipakainya. Beberapa mata sudah tertumpu ke arah mereka berdua.

“I kan dah cakap tadi, I ada benda nak cakap dengan you. You ni tak faham bahasa ke?”

“You tu yang tak faham bahasa! I ada kerja, I kerja dekat sini sebab nak cari duit. Kalau ini kafe bapak I, I tak payah nak susah-susah perah keringat buat kerja. You tu, lainkali faham sikit keadaan orang. Jangan main redah je.”

“I don’t care Ez. I tak peduli la you ada kerja ke tak ada kerja ke, yang I tahu sekarang ni, I ada benda penting nak bincangkan dengan you.” Adra Sofia menarik kasar tangan lelaki itu supaya mengikutnya. Kakinya berhenti melangkah apabila melangkah keluar dari kafe itu. Tangan lelaki itu segera dilepaskan.

“Apa pasal dengan you ni Adra? Kenapa tak boleh nak faham yang I ni sedang berkerja? Kenapa nak kena kacau waktu kerja I?” Nada suaranya sudah tidak terkawal. Pantang sungguh apabila waktu kerjanya diganggu.

“I cuma nak tanya you satu soalan, kenapa you pergi sebarkan cerita tentang I keluar masuk kelab dengan Nazhan? You memang sengaja kan nak tengok hubungan I dan Ruzail porak-peranda? You ni memang tak ada otak ke Ez?” Keras kedengaran suaranya menujah gegendang telinga Ezzaidi.

“Apa yang you merepek ni? Dah lah tiba-tiba menyemak dekat sini, lepas tu you nak tuduh I bukan-bukan pulak?”

“You tak payah nak buat-buat naif lah Ez. I tahu la, you marahkan I sebab I keluar masuk hotel dengan lelaki bukan muhrim dan I biarkan lelaki tu sentuh I. I tahu you caring pasal I, tapi tak perlu la sampai nak report dengan Ruzail tentang apa yang I cerita dekat you. Sejak bila mulut you bocor ni?” Adra Sofia menyoal dengan sinis sekali. Tiada kata-kata mesra meniti di bibir wanita itu seperti biasa mereka bersembang. Kali ini dia akui dia memang sangat marah kepada Ezzaidi kerana dia menyangka lelaki itu yang menyebarkan kisah tentang dirinya dan Nazhan kepada Ruzail.

“Bila masa pulak I pergi jumpa Ruzail dan sebarkan tentang kecurangan you pada dia? You ni Adra, lainkali kalau bercakap tu, pastikan you ada bukti-butki yang kukuh dulu baru you boleh nak serang I. Bukan main suka-suka je datang sini dengan cara kurang adab macam ni.” Wajahnya sudah menyeringai menahan api kemarahan. Adra ni pun satu hal, benda-benda macam ni bukan boleh main tuduh saja. Wanita itu bukan tidak kenal dengan dirinya, namun apabila dia dituduh sebegitu oleh wanita itu, hatinya sungguh terasa.

“Habis tu, kalau bukan you, siapa lagi Ez? You sorang je yang I cerita everything tentang kehidupan I, apa yang I buat, dengan siapa I keluar. Semua tu memang you je yang tahu. Macam mana I tak tuduh you?”

“Mana la I tahu. Masalahnya sekarang ni, I memang tak ada jumpa Ruzail tanpa pengetahuan you. Ada pulak masa untuk sebarkan cerita bodoh you tu dekat dia? You fikir I ni tak ada kerja lain ke?”

“You tahu tak, disebabkan perbuatan you, dia dah curiga dengan I. Dia fikir I tak setia dan tak cintakan dia lagi. Dia dah mula ragu-ragu dengan dia. Ini semua angkara hati busuk you tahu tak!” Dia menolak dada bidang Ezzaidi melekap ke dinding. Ezzaidi yang tidak bersedia dengan tindakan wanita itu tergamam beberapa saat.

“Kan I dah cakap I memang tak buat macam apa yang you tuduh. You nak suruh I cakap macam mana lagi ni supaya kepala otak you tu, boleh terima penjelasan I?” Ezzaidi sudah mula panas hati dengan sikap keras kepala Adra Sofia.

“I tahu, memang you yang bagitahu dia. Tak ada orang lain dah yang akan buat kerja-kerja macam tu. I nak ingatkan you ni Ez, jangan sampai I tak mengaku yang you ni kawan baik I disebabkan you dah khianat I dari belakang. Jangan sampai perkara tu terjadi. I bet you don’t want to lose me.” Sinis kata-kata itu keluar dari mulut Adra Sofia. Tidak menunggu lama, dia segera melangkah pergi untuk pulang semula ke rumahnya. Dalam mindanya kini sedang terfikir, kalau bukan Ezzaidi yang memberitahu kepada Ruzail tentang hubungannya dengan Nazhan, siapa lagi? Ah, buntu dia memikirkannya.

“Siapa punya mulut longkang ni! Haish!” Ezzaidi turut melangkah masuk ke dalam kafe untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi gara-gara kedatangan mengejut Adra Sofia.







*****
“Abang, we need to talk.” Nazhan yang baru sahaja pulang dari pejabat, berkira-kira untuk merehatkan tubuh badannya di dalam bilik. Namun ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik, suara si isteri sudah menujah telinganya. Dengan wajah malas dia membalas pandangan isterinya.

“Nak cakap apa? Awak tak nampak ke, saya baru balik ni. Saya penat, nak rehat.” balasnya tanpa nada. Kebelakangan ini hubungannya dengan Nuha semakin renggang kerana dia selalu tiada di rumah. Kemana lagi dia pergi kalau bukan menghabiskan masa bersama Adra Sofia dan menguruskan syarikat.

“Ni la alasan abang, setiap kali Nuha ajak bincang tentang kita. Mesti abang nak mengelak, sampai bila abang nak larikan diri daripada Nuha? Kenapa susah sangat nak duduk berbincang dengan Nuha?” soal isterinya dengan wajah serius. Sudah lama dia cuba untuk berbincang dengan suaminya tentang hubungan mereka yang sedang menanti retak, namun setiap kali dia mencuba, Nazhan pasti akan memberi alasan demi alasan untuk melarikan diri.

“Dah memang abang penat, tak nampak ke abang baru balik dari pejabat? Nuha ni, cuba lah faham sikit kepenatan seorang suami cari rezeki untuk anak dan isteri. Abang tak minta banyak pun dari Nuha, abang cuma nak Nuha faham kalau abang kata penat, maknanya jangan kacau abang.” Nazhan melonggarkan tali leher lalu dia mencampak tali leher itu di atas sofa.

“Sekejap je bang, bukan lama pun.” Nuha merayu dengan wajah simpati. Dia sangat merindu suaminya. Dulu, Nazhan tidak bersikap begini. Layanan suaminya terhadap dirinya juga tidak sedingin ini dan suaminya merupakan seorang lelaki yang romantis.

“Abang tak ada masa la nak layan Nuha. Mengada-ngada sangat Nuha ni, macam budak kecil.” rungut Nazhan dengan wajah marah. Dia malas mahu melayan isterinya, dia segera keluar dari bilik itu. Dia mahu keluar semula kerana setiap kali pulang ke rumah, kepalanya berserabut dengan bebelan isterinya.

“Abang! Apa masalah abang ni sebenarnya? Apa yang tak cukup dengan Nuha ni? Kenapa abang sanggup curang dengan Nuha?” Akhirnya soalan yang sudah lama bermain di dalam mindanya selama ini, dilontarkan kepada si suami. Nazhan terkesima mendengar soalan daripada isterinya itu. Masakan Nuha sudah mengetahui tentang hubungannya bersama Adra Sofia?

“Apa yang Nuha cakap ni? Bila masa pulak abang curang dengan Nuha? Nuha jangan nak tuduh abang bukan-bukan boleh tak? Nuha ni isteri abang, tak sepatutnya Nuha tanya soalan berbaur curiga dekat abang macam tu. Mana kepercayaan dan kesetiaan Nuha pada abang selama ni?”

“Kenapa tanya Nuha? Sepatutnya, Nuha yang tanya soalan tu dekat abang. Apa yang kurangnya Nuha ni abang, sampai abang sanggup cari yang lain? Kita kahwin atas dasar cinta, kita kahwin atas tempeh perkenalan dan percintaan selama 5tahun. Sanggup abang curang dengan Nuha hanya kerana perempuan yang abang baru kenal tak sampai berapa tahun?” Nuha menoyal dengan nada mendesak. Dia mahukan penjelasan daripada suaminya. Dalam pada masa yang sama, dia tidak sanggup untuk melihat rumah tangganya hancur musnah begitu sahaja kerana orang ketiga.

“Tak payah cakap soal cinta dengan abang la. Abang tak nak dengar semua tu. Pada abang, cinta abang untuk Nuha dah lama mati. Jangan tanya abang kenapa abang boleh berubah hati. Nuha sendiri faham kan hati manusia berubah-ubah, abang manusia. Bukan robot yang Nuha boleh arahkan sesuka hati Nuha.” balasnya tanpa memandang wajah Nuha yang setia merenung dirinya dengan pandangan penuh kasih sayang. Dia tahu isterinya sangat mencintai dirinya, namun apalah erti sebuah perkahwinan jikalau hatinya sudah berpaling dan tidak mampu untuk setia dengan isterinya lagi.

“Tapi kenapa abang? Kenapa abang pilih untuk curang dengan Nuha? Kita dah bahagia dah abang. Usia perkahwinan kita dah nak masuk 6tahun. Kita dikurniakan anak lelaki kembar. Apa yang tak cukup lagi abang? Kenapa sampai abang sanggup biarkan rumah tangga kita diganggu oleh orang luar?”

“Sebab aku dah tak cintakan kau lagi. Aku dapat kebahagiaan yang tak akan mampu untuk aku kecapi kalau aku masih lagi bersama dengan kau. Dah lah Nuha, apa yang kau nak sesalkan lagi? Aku lelaki, aku boleh kahwin lebih daripada satu dan kau tak ada hak untuk halang. Tapi kau tak payah la risau, aku masih fikirkan tentang anak-anak kita. Mungkin aku tak akan ceraikan kau sebab aku sayangkan Adam dan Adha. Tapi kau kena faham, aku teruskan perkahwinan kita, bukan sebab kau. Tapi sebab anak-anak kita, ingat tu.” Fikirannya berkecamuk waktu itu. Entah mengapa dia yang selama ini tidak pernah beraku-kau dengan isterinya, harini bertindak sekasar ini. Sungguh, di dalam hatinya sudah tiada ruang untuk Nuha lagi. Dia sudah gila bayang terhadap Adra Sofia, walaupun dia tahu, agak mustahil untuk dia memiliki gadis itu.

“Kenapa abang sanggup buat Nuha macam ni abang? Apa yang lebihnya dia daripada Nuha? Apa abang?” Seperti tidak dapat menahan emosinya sendiri, Nuha memukul-mukul dada bidang milik Nazhan dengan penuh rasa kecewa. Tidak sangka lelaki yang dicintainya bertahun-tahun sanggup mengkhianati cintanya.

“Memang silap aku, aku sangkakan aku tak akan jatuh cinta dengan dia. Aku sangka yang aku hanya anggap dia kawan aku. Tapi aku silap Nuha, bila kau selalu sibuk layan anak-anak kita, kadang-kadang tu kau tak pedulikan aku yang penat balik dari kerja. Aku mula rasa tersisih Nuha, aku mula rasa yang kau dah tak pedulikan aku lagi. Jadi kau jangan salahkan aku, kalau aku cari perempuan lain untuk puaskan nafsu aku. Dan aku nak bagi amaran dekat kau, jangan sesekali kau campur urusan peribadi aku. Nahas kau nanti!” Keras kedengaran amarannya dengan wajah yang masih lagi serius tanpa segaris senyuman.

“Kenapa abang? Kenapa pulak Nuha tak boleh masuk campur urusan peribadi abang? Nuha ni isteri abang dan Nuha berhak untuk pertahankan rumah tangga kita. Kalau perlu, Nuha akan bersemuka dengan perempuan tu sendiri. Bukan Nuha tak tahu abang tergila-gila kan Adra Sofia, anak Dato’ Haslan tu kan? Nuha tahu lama dah bang, tapi Nuha nak tengok, sejauh mana abang boleh tipu Nuha.”

“Kau jangan sibuk hal aku Nuha! Aku bagi amaran dekat kau, jangan berani nak buat sesuatu di luar keizinan aku. Dengar cakap aku ni. Dengan siapa aku nak keluar, dengan siapa aku nak berhubungan. Itu bukan urusan kau. Kau hanya isteri aku di rumah dan bukan lagi teman aku di ranjang. Aku dah tak dapat apa-apa kepuasan bila bersama kau Nuha. Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku ceraikan kau. Tapi aku tak akan buat macam tu, aku nak tunggu anak-anak besar dulu. Kesian dekat masa depan diaorang kalau kita bercerai-berai.” Ya, dia ingin sahaja melepaskan Nuha kerana sudah tidak ada sedikit pun rasa sayang buat isterinya itu. Namun apabila fikir tentang anak-anak yang masih kecil, dia tidak sampai hati untuk berbuat begitu.

“Nuha ada hak! Nuha masih lagi isteri abang! Walau apa pun alasan abang, abang cakap yang abang dah tak ada apa-apa perasaan dekat Nuha, tapi Nuha tetap sayang dan cintakan abang. Cuma Nuha merayu pada abang, tinggalkan lah perempuan tu bang. Kita dah ada anak-anak yang perlukan kasih sayang abang dan Nuha. Abang tak kesian dekat diaorang ke?” Air mata yang ditahan sudah merembes keluar tanpa dapat dibendung. Kata-kata yang diucapkan oleh Nazhan menghiris hati perempuannya. Benarlah, suaminya sudah benar-benar berubah sehingga dia tidak mampu untuk menerima semua ini terjadi.

“Sebab aku fikir tentang Adam dan Adha la aku tak ceraikan kau. Dah Nuha, jangan nak merayu dekat aku lagi. Lepas ni, aku tak nak kita cakap apa-apa lagi tentang hal ni. Pada aku, semuanya dah jelas, dan aku dah bagi penjelasan yang kau nak. Lepas ni buat macam biasa, jangan risau, aku tak akan abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Setiap bulan akaun bank kau tak akan pernah tak ada duit.” Selesai sahaja berkata-kata, Nazhan segera menghayunkan kakinya untuk menuju ke pintu utama rumah mereka. Nuha tidak pula mengejar suaminya, hanya air mata yang semakin deras mengalir di pipinya menemani hatinya yang terhiris luka. Perlahan-lahan dia terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak.





*****
“Ez, ibu perhatikan dari tadi Ez tak banyak cakap. Masa makan tadi pun, Ez makan sikit je. Ibu masak tak sedap ke?” Puan Laila menegur Ezzaidi yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka tanpa membuka televisyen.

“Eh, mana ada ibu. Sedap je lauk ibu masak tadi. Ez tak ada selera lah ibu. Sorry kalau ibu terasa dengan Ez masa dekat meja makan tadi.” Ezzaidi sudah dipaut rasa bersalah. Lekas-lekas dia meminta maaf kepada wanita yang banyak menabur jasa kepada dirinya. Kalau bukan kerana kesudian ibu dan bapa saudaranya ini untuk menjaga dirinya, sudah tentu dia tidak dapat merasa nikmat kasih sayang dalam ikatan kekeluargaan.

“Tak ada apalah Ez. Mana ada ibu terasa dengan Ez. Ni kenapa tak buka tv? Selalunya waktu-waktu macam ni Ez suka tengok drama dekat Tv3 tu kan. Kenapa tak buka?”

“Hmm… Malam ni tak ada mood lah ibu nak tengok tv.” ujarnya dengan nada perlahan. Sudah tentu ibunya menegurnya kerana mahu mengorek cerita daripada dirinya. Puan Laila memang begitu, dia sangat prihatin dan peka dengan setiap perubahan Ezzaidi.

“Kenapa? Ez ada masalah ke?”

“Eh, tak lah, Ez okey je ibu. Kenapa ibu tak tidur lagi ni? Esok tak ada kelas ke?” soal Ezzaidi cuba untuk mengubah topik.

“Sekarang budak-budak degree tengah exam. Esok ibu masuk kampus lewat sikit. Ez kenapa ni? Kalau ada masalah, Ez tahu kan yang Ez boleh kongsi apa saja cerita dengan ibu?”

“Tak ibu. Betul, Ez tak apa-apa. Mungkin Ez penat sikit kut dekat kafe tadi, hari ni ramai pelanggan.” ujar Ezzaidi cuba untuk berdalih. Bukan dia tidak tahu jika dia berniat untuk menipu ibu saudaranya, pasti wanita itu akan dapat menghidu yang dirinya cuba untuk berbohong.

“Yeke? Tadi Adra datang kafe kan?”

“Haah, dia kan memang selalu datang kafe nak bersembang dengan Ez.”

“Tapi rasanya tadi Ez dengan Adra ada bergaduh kan?”

“Hmm… Siapa yang bagitahu ibu ni?” Sengaja dia bertanyakan soalan itu. Bukan dia tidak tahu, siapa lagi yang menyampaikan berita itu kepada ibu saudaranya itu kalau bukan anak sulung Puan Laila iaitu Alya.

“Tak ada lah, Ez jangan marahkan Alya pulak. Dia suruh ibu tanya Ez sebab dia risau Ez tak okey. Alya cakap lepas Adra pergi, Ez macam tak ada mood nak buat kerja. Kenapa Ez? Gaduh apa dengan dia?” soalnya lembut.

“Hmm… Entah lah ibu. Ada salah faham sikit. Tapi tak sepatutnya Adra tuduh Ez bukan-bukan. Ez tak buat pun apa yang dia tuduh Ez tu. Memang Ez terasa, bila dia tuduh Ez macam tu, seolah-olah dia tak kenal diri Ez ni macam mana. Padahal dia kawan baik Ez dah bertahun-tahun dah ibu.” Ezzaidi mula meluahkan rasa hatinya. Ya, dia terasa dengan sikap kasar gadis itu siang tadi. Meskipun dia tahu Adra sememangnya seorang yang kasar apabila bersama dengan dirinya, namun insiden siang tadi benar-benar membuatkan dirinya terasa hati.

“Dia tuduh apa?”

“Dia tuduh Ez sengaja sebarkan cerita dekat kekasih dia, si Ruzail tu yang dia ada lelaki lain selain daripada Ruzail. Memang Ez akui, Adra ada cerita dengan Ez yang dia ada menjalinkan hubungan dengan seorang bisness man ni di luar pengetahuan Ruzail. Tapi ibu tahu kan Ez jenis macam mana? Ez bukan jenis yang suka sebar aib orang. Lagipun Adra tu kawan baik Ez, tak mungkin Ez sanggup bocorkan rahsia dia.”

“Adra ada lelaki lain selain dari Ruzail?” soal Puan Laila dengan nada terkejut. Bukan dia tidak mengenali Adra Sofia, anak saudaranya itu kerap juga membawa Adra pulang ke rumah dan gadis itu sudah mesra dengan mereka sekeluarga. Dia menyenangi sikap ramah Adra meskipun dia tahu kehidupan gadis itu agak sosial.

“Ye, Ez terkejut jugak, tapi apa yang nak dihairankan. Adra tu kan memang macam tu, mulut je kata sayang kat Ruzail, tapi bila mamat tu sibuk dengan hal kerja. Mula lah dia nak fikir si Ruzail ada perempuan lain. Overthinking sangat si Adra tu. Itu sebab dia fikir dia boleh curang dengan boyfriend dia.”

“Biasa lah tu Ez, orang perempuan ni kan memang terkenal dengan sifat manja. Dia bukan tak boleh nak faham kesibukan Ruzail, ibu rasa dia tu sunyi, dia perlukan seseorang untuk sentiasa teman dia. Lagi pula Adra tu tak kerja, lagi lah dia bosan.” Ezzaidi sudah terpinga-pinga mendengar kata-kata bersahaja ibunya yang lebih kepada menyebelahi Adra Sofia.

“Mana boleh macam tu ibu. Dia dengan Ruzail bukannya baru bercinta, dah bertahun-tahun dah. Kalau si Ruzail tak setia dengan dia, selalu sakitkan hati dia, itu Ez boleh faham lah kenapa dia boleh curang. Ez rasa si Ruzail tu sikit punya baik layan Adra macam princess, Adra tu je yang tak tahu nak menghargai.”

“Hmm… Ez tak cuba nasihatkan dia ke?”

“Tak payah cakap tentang nasihat la ibu, peril pun Ez dah buat. Ez dah cakap macam-macam dengan dia. Tapi ibu pun kenal sendiri kan dengan perempuan keras kepala tu, mana nak dengar cakap orang lain. Dia rasa dalam dunia ni, apa yang dia buat tu semua betul.” ujar Ezzaidi dengan wajah masam. Apabila bercakap tentang Adra, dia sedikit tertekan kerana sikap gadis itu sukar untuk dijangka. Mengenali Adra adalah satu kebahagiaan, tetapi dalam waktu yang sama dia juga geram dengan sikap sambil lewa gadis itu.

“Walaupun Adra tu sikap dia memang macam tu, susah untuk diuruskan, tapi Ez tetap setia dengan dia kan?” soal Puan Laila bersama sengihan. Bukan Puan Laila tidak perasan daripada cara Ezzaidi melayan Adra Sofia setiap kali gadis itu mencari anak suadaranya itu, dia sudah dapat mengagak Ezzaidi menyimpan perasaan terhadap gadis itu dalam diam.

“Dia kan kawan baik Ez dari dulu lagi. Mesti lah Ez akan selalu ada dengan dia.” Jawapan mudah itu diberikan tanpa berfikir panjang.

“Kawan baik tak semestinya kena ada dengan dia setiap masa. Boleh ibu katakan, setiap kali Adra ada masalah, mesti Ez yang akan tolong dia. Ez akan selalu jadi pendengar yang paling setia untuk setiap masalah dia.”

“That's what bestfriends do, ibu.”

“Hmm… Tapi ibu rasa, Ez tak anggap Adra tu kawan baik Ez kan?” Soalan serkap jarang yang diutarakan oleh Puan Laila membuatkan Ezzaidi sedikit tersentak.

“Mana ada, pandai je ibu ni.”

“Ibu tahu lah Ez, ibu ni hidup lagi lama daripada Ez tau. Kadang tu ibu perhatikan, walaupun Ez marah-marah Adra sebab selalu kacau waktu Ez kerja, tapi Ez tetap luangkan masa untuk dia. Walaupun Ez tak suka apa yang Adra buat, tapi Ez tetap setia sokong dia.”

“Hmm… Kalau Ez mengaku dekat ibu yang Ez sukakan dia sekalipun, apa je yang Ez boleh buat ibu? Adra dah ada Ruzail, dan Ez tahu dia sangat mencintai Ruzail. Cukup lah kalau Ez sentiasa ada dengan dia setiap kali dia perlukan Ez. Cukup lah kalau Ez hanya dapat suka kan dia dalam diam. Dah cukup buat Ez happy, bila tengok Adra tersenyum ceria. Ez akui Ez tak suka dengan cara hidup dia, tapi kalau itu yang boleh buat dia gembira. Apa lagi yang Ez boleh katakan ibu? Ez nak dia happy, tapi satu hari nanti, Ez harap dia akan berubah.” Biarlah dia berterus-terang dengan ibu saudaranya itu. Benar, sudah bertahun-tahun dia menyimpan rasa terhadap Adra Sofia. Sewaktu mereka di bangku sekolah lagi dia sudah mula menyukai Adra Sofia. Namun dia tahu, Adra Sofia tidak pernah menganggap dirinya lebih daripada seorang kawan baik.

“Sampai bila Ez nak pendam perasaan dekat dia? Sekurang-kurangnya bagi lah tahu dia, biar dia tahu apa yang Ez rasa. Ibu kesian dekat Ez, ibu nak tengok Ez gembira sayang.” Lembut bicara Puan Laila sambil menepuk lembut bahu Ezzaidi.

“Tak apa ibu, Ez lebih bahagia macam ni. Walaupun Ez akui, kadang-kadang tu Ez pendam perasaan bila Adra selalu cerita pasal Ruzail. Ruzail yang romantik, Ruzail yang selalu sabar dengan kerenah Adra. Ez tahu, sampai bila-bila pun Adra tetap akan perlukan Ez sebagai seorang kawan baik, bukan sebagai teman hidup.”

“Hmm… Tak apalah kalau itu kata Ez. Cuma, kalau ada peluang untuk Ez berterus-terang dengan Adra, ibu rasa lebih baik Ez bagitahu dia. Mana la tahu, dia pun ada simpan perasaan dekat Ez. Tapi takut Ez reject cinta dia. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati Adra kan?”

“Hisy ibu ni. Tak mungkin la, Ez kenal Adra tu bukan baru setahun dua tau. Ez tahu sangat lah taste dia macam mana. Lelaki macam Ez yang tak ada apa-apa ni, memang dia tak pandang langsung lah. Okey la ibu, dah lewat dah ni, Ez minta diri dulu. Esok Ez kena buka kafe, kena bangun pagi sikit. Goodnight ibu.” Puan Laila hanya mengangguk sambil tersenyum segaris. Seketika kemudian, Ezzaidi segera menghilang dan berlalu ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya.





Sunday 11 December 2016

Sandaran Terakhir Bab4

“Kenapa makan sikit je sayang? You tak sihat ke?” Adra Sofia bersuara apabila dilihat Ruzail menjamah sedikit sahaja makanan yang dipesannya. Hairan juga, kerana menu yang dipesan oleh Ruzail adalah menu kegemaran lelaki itu sendiri.

“I dah kenyang.” balasnya dengan nada kurang mesra. Adra Sofia memandang wajah Ruzail dengan pandangan yang pelik.

Apa kes mamat ni? Tiba-tiba je nak bad mood, mengalahkan perempuan pulak dah.

“Kenapa dengan you ni? Ada masalah ke?”

“I memang ada masalah, masalah dengan you. Tak cukup sempurna ke I di mata you? Kenapa you sampai nak cari lelaki lain? You boleh terangkan dekat I tak, kenapa you curang dengan I?” Tidak menunggu lama, Ruzail segera memuntahkan persoalan demi persoalan yang berlegar di mindanya sejak tadi.

“Apa you cakap ni Ruzail? I tak faham, I curang dengan you? Bila masa pulak ni? You ada bukti ke nak cakap I macam tu?” Adra Sofia cuba berlagak tenang, meskipun dalam hatinya sudah berdebar-debar untuk berhadapan dengan soalan maut daripada Ruzail.

“You nak tunggu I dapatkan bukti dulu, baru you nak explain dekat I?

“Ye la, you main tuduh je kut. Tak adil la untuk I.”

“Jangan sampai, bila I dah dapat semua bukti-bukti kecurangan you, you menangis melutut depan I. I boleh buat macam tu Adra, you jangan cabar I.” Tajam pandangan matanya menikam wajah selamba Adra. Dia mahukan kepastian, namun gadis itu seolah-olah mahu bermain tarik-tali pula.

“Atas sebab apa you nak tuduh I ada lelaki lain belakang you? Sayang, selama ni I dah cukup setia dengan you. Kalau ada pun, I memang selalu keluar lepak dengan Ezzaidi. You sendiri kenal dia kan, apa yang you nak marah sangat ni?”

“Ezzaidi tu lain, dia memang kawan baik you sejak dari dulu lagi. You kenal dia dulu daripada I, I tak ada hak nak halang persahabatan you dengan dia. I tak ada masalah apa-apa dengan dia, I tahu dia memang tak ada perasaan dekat you. I tak bercakap tentang dia, I cakap tentang lelaki yang teman you keluar masuk club. Siapa dia pada you, Adra?” soal Ruzail dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Tak dapat dia bayangkan jika wanita yang dicintai sepenuh hatinya sanggup mengkhianati kesetiaannya.

“You sendiri tahu kan I memang rajin keluar masuk club, kadang-kadang I ajak you. Tapi you selalu tolak pelawaan I.” ujar Adra tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Kan I dah pesan dekat you banyak kali, I tak pernah jejakkan kaki dekat tempat macam tu. So I pun tak nak you pergi situ. You cari apa Adra? Hiburan apa yang you cari dekat situ? Tempat macam tu bukan untuk tenangkan fikiran you, tapi menyerabutkan lagi adalah.” marahnya Ruzail. Sudah berkali-kali dia menasihati kekasihnya supaya tidak mengunjungi kelab malam itu lagi. Padanya, menghabiskan masa di kelab malam hanyalah sia-sia sahaja.

“Dah you tu selalu sibuk, kalau I ajak you teman I pergi mana-mana, you selalu bagi alasan you sibuk dengan kerja kan? I cari lah hiburan I sendiri.”

“So, itu ke alasan untuk you curang dengan I, sayang? Apa yang kita dah lalui selama 3tahun ni, you terfikir untuk curang dengan I? I tak sangka, selama ni I bodoh seorang diri seba sayangkan orang yang dah tak ada hati dekat I.”

“I tak pernah curang dengan you Ruzail. Siapa yang pandai-pandai sebarkan cerita palsu ni dekat you? Ya, memang I mengaku I selalu masuk club. Tapi I jumpa macam-macam jenis orang, random people. Macam mana boleh timbul isunya I curang pulak?” Adra Sofia masih tidak mahu berterus-terang. Gila! Dia tidak akan membocorkan rahsianya sendiri. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Ruzail, lelaki itu terlalu baik untuk dia lepaskan.

“Mana I tahu tu tak penting, yang penting sekarang ni I nak you jujur dengan I. Kalau you ada lelaki lain, you mengaku jelah dengan I.”

“Nak mengaku macam mana kalau memang I tak pernah ada lelaki lain belakang you? You ragu-ragu dengan I sekarang ni Ruzail.” Adra Sofia bersuara seakan-akan merajuk. Sengaja mahu mengalihkan perhatian Ruzail.

“Sure? You yakin ke dengan jawapan you?” soal Ruzail masih ragu-ragu dengan jawapan wanita itu.
“Kalau ada pun, kawan biasa je. Tak ada yang istimewa selain daripada you sayang.” Adra Sofia bangun dari duduknya, dia mara beberapa tapak lalu dengan penuh menggoda dia duduk di atas peha lelaki itu. Dia memaut leher Ruzail dan matanya tajam menikam bebola mata Ruzail.

“I sayangkan you, I sayangkan hubungan kita. Tak mungkin I akan curang dengan you.” Ujarnya sambil mengusap dagu runcing lelaki itu. Ruzail lemah apabila digoda sebegitu oleh kekasih hatinya. Hati yang panas mendidih dengan gossip liar yang didengarinya tentang Adra Sofia segera beransur sejuk. Adra Sofia memang hebat mengambil hatinya semula.

“Kalau you curang dengan I, you tahu apa I boleh buat kan? I boleh habiskn lelaki yang cuba nak rampas kekasih hati I. You jangan cuba-cuba nak curang okey sayang?”

“Tak lah, I tak akan buat macam tu dekat you. You dah cukup sempurna di mata I, I tak perlukan lelaki lain.”

“Ruzail, kita dekat tempat awam ni. Kalau nak kiss ke nak peluk I, bawa lah I pergi hotel.” Dia pantas berdiri apabila Ruzail mendekatkan bibir ke bibirnya.

“You tahu kan yang I tak akan buat macam tu?”

“Kenapa pulak? I ajak pergi hotel je, bukan buat apa-apa pun.” ujar Adra Sofia masih lagi dengan lagak menggodanya.

“I tak akan rosakkan reputasi syarikat keluarga I, nama baik I dan I tak akan buat perkara yang tak elok dengan insan yang I cinta. Sampai masa nanti kita kahwin okey?” Adra Sofia tersenyum nipis mendengar kata-kata lelaki itu. Dia tahu walaupun dia cuba menggoda lelaki itu untuk menidurinya, Ruzail tetap tidak mahu kerana lelaki itu bukanlah lelaki yang menganggap semua wanita murah.

“You tahu sendiri kan, I memang tak akan pergi tinggalkan you. Sebab you terlalu baik dengan I, you selalu fikir tentang diri I dan you matang, sayang. Sebab itu I sayang you. You percaya kan I, kan sayang?”

“I percaya kan you, tapi you jangan sesekali khianati kepercayaan I pulak ye?” ujar Ruzail dengan nada lembut namun terselit ketegasan di sebalik kata-katanya itu.

“I will never do that. Dah habis makan, kan? Jom lah hantar I balik, nanti ayah I bising pulak I balik lambat.”

“I bayar kejap, you tunggu dalam kereta.”






****
Malam itu, Adra Sofia menghabiskan masanya di halaman rumah Villa mewah milik keluarganya. Air terjun buatan manusia yang mengalirkan air jernih dipandang dengan pandangan yang serabut. Suasana yang mendamaikan tidak mampu untuk meredakan kerisauan dihatinya. Kata-kata Ruzail sewaktu mereka menjamu selera masih berlegar-legar di mindanya. Hairan juga, bagaimana kisah tentang dirinya dan Nazhan boleh sampai ke pengetahuan Ruzail? Sudah tentu ada insan-insan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan tentang berita itu.

“Hai Kak Adra… Jauhnya termenung, kalau Wafa nak join akak boleh tak?”

Lamunan pendek Adra Sofia terhenti sebaik sahaja adik tirinya menegurnya. Dengan wajah tanpa perasaan, dia mengangguk untuk menjawab pertanyaan adiknya.

“Dah kenapa ni? Merajuk dengan ayah ke?”

“Merajuk dengan ayah? Sebab apa akak nak merajuk dengan ayah?” soalnya kembali. Hairan juga, ini Adra Sofia lah! Tak pernah sekali pun dia terasa hati dengan ayahnya sehingga mahu merajuk. Walaupun setiap kali dia bersua muka dengan Dato’ Haslan, pastinya akan mencetuskan perbalahan, namun bukan itu alasan untuk dia merajuk dengan ayahnya. Buang masa dan tenaganya sahaja.

“Mana la tahu, sebab ayah selalu marah akak.”

“Ala, itu perkara biasa la. Lagipun akak yang selalu cari pasal dengan ayah, tak ada maknanya lah akak nak merajuk dengan ayah. Akak bukan budak kecil, yang asyik nak merajuk je.”

“Hmm… Kalau tak merajuk dengan ayah, kenapa muka akak macam orang ada masalah ni? Selalunya lah kan, kalau akak duduk sorang-sorang dekat luar ni, mesti akak tengah fikirkan sesuatu. Tak nak share apa-apa ke?” Seperti biasa, Wafa sememangnya seorang adik yang mengambil berat tentang kakaknya. Padanya sikap degil kakaknya terhadap kedua orang tua mereka, itu adalah urusan peribadi kakaknya. Dia tidak perlu ikut campur.

“Pandai Wafa teka kan? Pakai ilmu magik apa ni?”

“Mana ada pakai ilmu apa-apa. Wafa kenal akak sejak dari kecil lagi tau, kalau muka akak masam macam jeruk ni, mesti lah akak tengah ada masalah. Kenapa ni? Gaduh dengan Abang Ruzail ke?”

“Tak adalah gaduh, ada salah faham sikit.”

“Lah, akak dengan Abang Ruzail bukan baru bercinta tau. Dah nak masuk hampir 4tahun korang bersama. Tak kan lah salah faham sikit-sikit tu tak boleh nak handle? Akak marahkan dia ke? Apa dia dah buat?” soal Wafa cuba untuk mengorek cerita daripada kakak tirinya.

“Tak lah, Abang Ruzail tak buat apa-apa pun. Akak nak tanya Wafa satu soalan, kalau Wafa ada dekat tempat Abang Ruzail. Apa Wafa akan buat kalau Wafa tahu, yang akak ada lelaki lain?”

“Pertama sekali, Wafa akan tanya akak untuk dapatkan kepastian. Kalau akak sendiri mengaku dan jujur dengan Wafa, mungkin cara yang terbaik adalah break. Ye lah, nak buat apa teruskan kalau hati akak dah tak ada rasa sayang kan?” ujarnya memberi pendapat. Mendengar soalan yang diajukan oleh Adra Sofia, tahulah dia bahawa kakaknya sudah buat hal.

“Hmm… Akak pening lah Wafa.” adunya lalu dia memuncungkan bibirnya.

“Kenapa ni? Akak ada lelaki lain selain daripada Abang Ruzail ke? Ha! Akak jangan cakap yang akak dah jatuh cinta dengan kawan baik akak sendiri?”

“Siapa? Ezzaidi? Merepek la! Seumur hidup akak, tak pernah terfikir langsung nak jatuh cinta dengan dia. Dia kawan baik akak lah, Wafa pun tahu kan kitaorang rapat sebagai kawan baik. Mana mungkin akak boleh jatuh cinta dengan dia.” Adra Sofia menggeleng beberapa kali. Bagaimana lah adiknya boleh terfikir yang dia akan jatuh cinta dengan Ezzaidi Farhad, rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi.

“Mana la Wafa tahu, sebab selain daripada Abang Ruzail. Akak rapat dengan Abang Ezzaidi. Wafa teka je, salah rupanya. Habis tu, lelaki mana pulak ni?”

“Nama dia Nazhan. Bulan 8 ni, genaplah setahun akak kenal dia. Akak mula rapat dengan dia bila dia selalu ajak akak keluar. Wafa pun tahu kan, akak ni jarang sangat keluar dengan boyfriend akak sendiri sebab dia selalu tak ada masa untuk akak. Nak dipendekkan cerita, kekosongan yang Abang Ruzail tinggalkan tu, telah diisi oleh Nazhan. Dia memahami akak, dia selalu teman akak kemana je akak nak pergi. Tapi itulah, akak dah ada Abang Ruzail. Hubungan akak dengan Nazhan memang tak akan kemana.” jelasnya panjang lebar.

“Nazhan? Lama jugak akak kenal dengan dia. Wah, tak pernah bagitahu Wafa pun kan? Pandai betul akak simpan rahsia. Tapi akak, kalau akak sendiri dah bosan dengan Abang Ruzail dan tak boleh nak faham kesibukan dia. Untuk apa akak teruskan lagi hubungan korang berdua? Kalau akak dah tak boleh nak sayang dia, akak cakap lah elok-elok dengan Abang Ruzail. Mesti dia akan faham.”

“Wafa nak suruh akak putus dengan Abang Ruzail? Lepastu apa? Pergi dekat Nazhan?”

“Ye lah, dah akak sendiri cakap, akak mula rapat dengan si Nazhan tu bila Abang Ruzail selalu sibuk. Lama-lama, cinta tu akan pudar bila kita dah jumpa seseorang yang boleh bahagiakan kita lebih dari boyfriend kita sendiri. Macam kes akak ni, buat apa nak teruskan dengan Abang Ruzail? Akak sendiri curang dengan dia.”

“Akak ni dah dikira curang ke Wafa?” soalnya dengan naif sekali. Wafa yang mahu ketawa segera menekup mulutnya apabila wajah kakaknya sudah berubah muram. Apa punya soalan lah! Sendiri buat, sendiri tak tahu.

“Ye la, akak dah curang dengan dia! Akak keluar dengan lelaki lain, tanpa pengetahuan Abang Ruzail. Dalam diam, akak sayangkan lelaki lain. Tak curang ke namanya tu?”

“Mana ada, tak ada sikit pun perasaan sayang ni dekat Nazhan. Akak masih cintakan Abang Ruzail dan cinta akak tak berubah. Macam ni lah Wafa, akak berhubungan dengan Nazhan hanya sebab akak bosan. Itu je, dan sampai ke hari ini, akak belum boleh sayang Nazhan. Akak susah lah nak sayang orang. Tapi sekali akak dah sayang, akak susah nak lepaskan pulak.” Adra Sofia menyandarkan tubuhnya ke belakang. Runsing dia memikirkan apa yang harus dia lakukan. Mengapalah Ruzail perlu mengetahui tentang perkara ini disaat dia sendiri tidak tahu mahu memilih siapa.

“No akak, walau apa pun alasan akak. Akak tetap dah curang dengan Abang Ruzail. Sekarang ni akak fikir lah baik-baik, siapa yang lebih membahagiakan akak? Kalau akak terus bersama dengan Abang Ruzail, akak boleh ke terima dia seadanya dan faham yang dia tu selalu sibuk? Kalau akak tak boleh nak faham dia, lebih baik jangan teruskan. Takut nanti, bila akak dah kahwin dengan dia, timbul masalah lain pulak. Masa tu mungkin lagi rumit, sebab dah jadi suami isteri kan.”

“Yang buat akak sakit kepala sangat ni, bila Abang Ruzail dah tahu tentang ni. Pelik jugak akak, siapalah mulut puaka pergi sebarkan tentang hal ni dekat dia. Akak tak tahu nak buat apa. Nak tinggalkan Nazhan, rasanya tak boleh kut. Sebab kalau dia tak ada, dengan siapa akak nak bermanja? Akak ni dah lah tak kerja, mesti akak bosan kalau Nazhan tak ada.”

“Okey, kalau macam tu, pilih lah Nazhan. Dia lebih memahami akak kan? Akak pun lagi bahagia dengan dia.” Mudah sahaja jawapan yang diberikan oleh Wafa. Cinta bertahun-tahun sekalipun, jikalau tiada persefahaman dalam perhubungan, tiada gunanya untuk dipertahankan.

“Tak boleh Wafa. Akak tak cintakan dia, akak memang perlukan dia dalam hidup akak. Dia memang terpenting dalam hidup akak. Tapi akak tahu hubungan akak dengan Nazhan tak akan kemana.”

“Kenapa pulak? Dia tak serius dengan akak ke?”

“Dia serius, dia ajak akak kahwin dengan dia. Tapi akak tak boleh lah, hati akak masih pada Ruzail. Tapi Nazhan tu suami orang. Gila ke nak kahwin dengan suami orang?”

Wafa tergamam beberapa saat mendengar penjelasan kakaknya itu. Gilakah Adra Sofia? Kenapa begitu terdesak sekali kakaknya itu sehingga menjalinkan hubungan dengan suami orang?

“Akak ni dah kenapa? Pergi kacau suami orang buat apa?” soalnya dengan nada yang agak meninggi.

“Ha… Tanya la kuat-kuat, biar ayah dengan mama dengar.”

“Erk… Sorry kak, terkejut sangat bila tahu yang Nazhan tu suami orang. Akak baru tahu ke dia tu suami orang?”

“Dah lama dah tahu, masa awal-awal kenal dengan dia lagi.”

“What? Lepas tu akak masih nak berhubungan dengan dia?”

“Ala, selagi isteri dia tak tahu tentang kitaorang, tak apa la kut. Akak bukan berniat nak rampas dia dari isteri dia.” Jawabnya dengan nada selamba. Wafa sudah menepuk dahinya sendiri. Tidak matang sungguh tindakan kakaknya itu!

“Akak ni memang gila lah! Memang lah akak cakap yang akak tak ada niat nak rampas Nazhan dari isteri dia. Wafa faham akan cuma jadikan Nazhan sebagai peneman kebosanan akak. Tapi akak, buatnya dia dah jatuh cinta dengan akak, macam mana? Kita tak tahu tau hati orang.”

“Memang dia cintakan akak pun. Dia kan ajak akak kahwin, tapi akak tak nak.”

“Hisy! Akak, lebih baik akak putuskan hubungan akak dengan Nazhan sebelum keadaan jadi lebih teruk. Ni Abang Ruzail dah tahu kan, apa dia cakap?”

“Dia tanya akak sama ada betul ke akak ada lelaki lain selain dari dia. Takkan lah akak bodoh sangat kan, nak mengaku? Bukan susah pun nak pujuk dan yakinkan Ruzail, sekejap je akak boleh kembalikan semula kepercayaan dia pada akak.” Adra Sofia bersuara angkuh.

“Ye lah, sekarang ni memang la dia percayakan akak. Tapi kalau lainkali dia sendiri dapat bongkar tentang kecurangan akak, ada akak terfikir tak?”

“Terfikir la jugak, tapi kalau akak lepaskan Nazhan, akak akan rugi besar tau. Nazhan tu dah lah sentiasa ada untuk akak, dia tak pernah bagi alasan setiap kali akak ajak dia teman akak pergi mana-mana. Tapi tu lah, suami orang lah pulak. Hati akak ni pun satu, sayang sangat dekat Ruzail. Padahal dia tu dua puluh empat jam, asyik sibuk dengan kerja. Akak sarankan dia tu, kahwin jela dengan kerja dia tu.”

“Akak ni macam budak-budak bercinta la. Cuba lah faham sikit, jangan tahu nak memberontak je. Macam mana hubungan tu nak kekal lama kalau tak habis-habis nak cari salah Abang Ruzail?”

“Ruzail memang baik, akak tak nafikan. Tapi satu je silap dia, dia terlalu gilakan kerjaya dia sampai dia abaikan akak. So, akak rasa tak ada salahnya akak nak pasang skandel belakang dia. Dah lah, akak nak tidur, esok nak pergi jogging. Selamat malam.”  Adra Sofia mengangkat punggungnya dan dia berkira-kira untuk masuk tidur.

“Akak! Habis tu akak pilih siapa? Abang Ruzail ke Nazhan?”

“Pilih dua-dua lah, tapi nanti kahwin dengan sorang je. Yang pastinya bukan Nazhan, dia tu cuma pak sanggup untuk layan kebosanan akak je. That’s all.” Wafa sudah menggeleng beberapa kali melihat sikap selamba kakaknya. Bilalah kakaknya hendak berubah, runsing juga memikirkan sikap kakaknya yang tidak mampu berfikir secara matang.