Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 19 December 2015

Kek Lapis Sedap

Hai Assalamualaikum. hari ini saya nak buat review kek Lapis pulak, hehe pelbagai jenis bisness kan saya review? Bukan apa, takut ada yang bosan asyik baca novel je, so kite mempelbagaikan kegunaan blog ni hehehh, So jom usha kejap kek lapis pelbagai perisa ni jom





Okay yang dua keping ni contoh gambar kek lapis yang dijual. Disini saya sertakan sekali harga setiap satu jenis kek lapis ni, menarik kan? rasa terliur tak? Macam-macam jenis perisa, nak masam manis ada nak perisa kurma ada nak kek nutella pun ada y penting dijamin sedap dan lembut!

SENARAI HARGA KEK LAPIS :

1)MASAM MANIS    RM13
2)BUAH      RM13
3) CAPPUCINO        RM13
4)CHOC RICE      RM13
5)OREO CRUNCH    RM13
6)BLUEBERRY    RM13
7)PELANGI    RM13
8)EVERGREEN    RM13




9)CHOCOLATE VANILLA      RM15
10)CHOCOLATE STRAWBERRY      RM15
11)CHOCOLATE NUTELLA     RM15
12)CHOCOLATE MINT      RM15
13)PRUNE     RM15
14)HORLICKS    RM15
15)KURMA    RM15
16)CHEESE    RM18
17)CHOCOLATE CHEESE     RM22


So ada rasa tertarik tak atau hati berbunga bunga teringin nak rasa cake kawan saya ni? Hehe kalau nak order rasa macam terliur tu meh pm number ni

PM THIS NUMBER FOR ANY QUEST OR NAK ORDER
017-3769115 EKIN

COD : AREA KAJANG
POSTAGE : RM8
KLAU BELI LEBIH DARIPADA 4BIJI KEK, POSTAGE DEPENDS ON KG


Murah kan? So kalau nak order order je cepat cepat pm number tu eh, saya cuma buat review saja, any question boleh pm number yang saya bagi tu.
Thank you :)

Monday 14 December 2015

Teaser Be Mine, Eh? Bab34

Nedzrish Eskandar yang baru sahaja mahu melangkah keluar setelah membuka pintu rumahnya tersentak menerima kedatangan bapa dan ibu mertuanya malam itu. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah isterinya, ini mesti kes nak kenakan dirinya.

“Er.. Umi, abah.” Ujarnya tergagap-gagap.

“Hai Rish. Kenapa macam nampak hantu aje ni?” Soal Hajah Razitah yang hairan dengan menantunya yang gelisah semacam itu. Terkejut menerima kedatangan mereka agaknya.

“Tak. Rish terkejut je. Jemput masuk umi, abah.” Ujar Nedzrish seraya memberi laluan kepada kedua mertuanya untuk masuk ke dalam rumah.

“Umi dengan abah saja datang, nak jenguk anak menantu. Nak harapkan kauorang berdua. Hmm.. Bertahun agaknya baru nak datang rumah kami.” Ujar Hajah Razitah seraya tergelak. Bukan dia punya niat untuk memerli Nedzrish, dia sekadar mahu bergurau sahaja.

“Bukan macam tu umi, Rish ada ajak Lish balik rumah umi. Tapi biasalah, anak umi dengan abah tu sibuk dengan butik dia.” Ujar Nedzrish. Dia meletakkan kesalahan di bahu isterinya seorang. Walhal dia sendiri tidak prihatin tentang perkara itu.

“Tak berubah-ubah anak awak ni. Dah kahwin pun masih lagi gila kan kerja. Ini mana Qalish? Dia tak balik lagi ke?” Soal Haji Azman pula seraya menanggalkan kopiah di kepalanya.

“Kereta ada dekat luar tu bang.” Sampuk Hajah Razitah pula.

“Lish dekat atas. Nak Rish panggilkan dia ke?”

“Umi, abah. Bila sampai? Kenapa tak bagitahu nak datang?” Entah bila munculnya si isteri, Qalish Audrina sudah meluru mendekati uminya. Lalu dikucup mesra kedua-dua tangan orang tuanya itu.

“Kebetulan abah ke rumah kawan abah. Ada buat majlis doa selamat. Itu yang kami singgah sini. Rumah dia dekat depan sana.” Jawab Haji Azman. Jadi, Nedzrish sudah salah faham disini. Dia berfikir bahawa isterinya tahu mengenai kedatangan orang tua wanita itu ke rumah mereka malam itu.

“Oh… Ingatkan abah dengan umi nak buat spotcheck.” Ujar Qalish Audrina seraya tergelak.

“Umi kamu ni rindu sangat dengan kamu. Kenapa dah lama tak balik sana?”

“Yalah Qalish. Dah lama sangat Lish tak balik rumah kita. Sibuk sangat ke?” Soal Hajah Razitah seraya mengelus lembut wajah yang dirinduinya itu. Dua beranak ini memang terlalu rapat.

“Boleh tahan lah. Lish minta maaf abah, umi. Bukan sengaja tak nak balik sana. Tapi sibuk sikit dengan kerja.” Ujar Qalish Audrina seraya matanya memandang Nedzrish yang duduk di hujung sofa.

“Bukan ke mamat ni nak keluar tadi? Dah kenapa tercegat lagi dekat sini?” Soalnya dalam hati.

“Rish ada nak kemana-mana ke? Pakaian macam nak keluar aje ni?” Soal Haji Azman sambil matanya tertumpu pada Nedzrish.

“Er.. Memang rancang nak keluar makan. Sebab Lish cakap dia penat nak masak malam ni. Saya kesian, itu yang saya ajak dia makan dekat luar.” Bedal sahajalah Nedzrish. Dia tidak tahu mahu memberi alasan apa. Sebetulnya dia mahu melepak bersama rakan-rakannya. Tetapi apabila memikirkan dia sedang berhadapan dengan ibu dan bapa mertuanya, tak kan lah dia mahu memberitahu hal sebenar.

Wajah Qalish Audrina sudah berubah mendengar alasan yang sengaja dicipta oleh suaminya.

“Amboi mamat ni. Nak lepaskan diri sendiri, aku pulak yang jadi mangsa. Dia yang tak bagi aku masak sebab dia nak keluar. Aku yang disalahkan. Gr!” Desisnya dalam hati. Kalau tidak mencari masalah dengannya, bukan Nedzrish Eskandar lah tu.

“Lish bagi alasan macam tu dekat Rish? Lish, berapa kali umi nak kena pesan. Penat macam mana sekalipun kita, sesibuk mana pun terhadap kerja. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tak boleh dipandang remeh.” Hajah Razitah sudah mula mahu membebel. Dia sebagai ibu malu mendengar alasan yang diberikan oleh anaknya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Betul cakap umi tu. Jangan abaikan suami kamu. Kalau selalu makan dekat luar, nanti Rish tak terbiasa dengan air tangan Lish.” Tambah Haji Azman pula. Nedzrish terasa mahu gelak guling-guling melihat wajah Qalish Audrina yang sudah berubah warna itu. Marahkan dirinya lah tu. Seperti biasa Nedzrish tayang wajah bersahajanya.

Er.. Rish yang tak kisah bila Lish cakap macam tu.” Sebenarnya tidak tahu mahu membalas apa apabila kedua ibu bapanya membebel kepada dirinya dalam waktu yang sama.

“Memang lah dia tak kisah sebab dia kesian dekat kamu. Tapi Lish tak boleh lah selalu sangat buat perangai macam ni. Umi tak suka lah.”

“Umi, abah. Tak ada apalah. Bukan selalu pun Lish bagi alasan macam tu. Lagipun apa salahnya kalau sekali sekala makan kat luar. Kesian isteri saya ni, siang penat bekerja. Malam pulak kena layan saya. Lagipun dalam hubungan suami isteri give and take tu perlu ada.” Ujar Nedzrish panjang lebar. Qalish Audrina sempat menjeling suaminya tanda protes. Tunjuk bagus konon!

“Yalah, kalau kata Rish macam tu, abah okay. Tak payah lah makan dekat luar. Awak boleh tolong Lish masak kan malam ni? Dah terlanjur abah dengan umi datang, kita makan dekat rumah ajelah.” Cadang Haji Azman. Nedzrish sudah mempamerkan reaksi tidak senang. Dia terpaksa membatalkan rancangannya untuk keluar malam itu.

“Ada bahan-bahan tak nak masak ni?”

“Ada lah umi. Lish tak pernah biarkan peti sejuk tu kosong tanpa bahan mentah tau. Jom umi.” Ujar Qalish Audrina seraya menarik tangan uminya. Rasa menyampah pula duduk disitu lama-lama melihat wajah berlagak baik Nedzrish. Hajah Razitah pula hanya menurut langkah kaki anak tunggalnya.

“Rish, duduk dulu. Kamu nak kemana?” Tegur Haji Azman apabila dilihat Nedzrish juga turut mahu bangun.

“Aaaa... Rish nak tukar baju dulu bah. Nanti Rish turun semula, kita boleh sembang panjang.” Ujar Nedzrish seraya tersenyum hambar. Dia sebenarnya mahu menelefon Amelda Imani, dia sudah berjanji untuk keluar makan bersama Amelda Imani dan rakan-rakan mereka yang lain.

“Baiklah. Nanti turun, jangan tak turun pulak.” Ujar Haji Azman sebelum bayang Nedzrish hilang.


******
“Dah lama tak merasa air tangan anak abah ni. Makin sedap pulak bila dah bersuami ni.” Ujar Haji Azman memuji masakan anaknya. Mereka berempat baru sahaja selesai menikmati makan malam.

Well. Mesti lah. Abah sendiri pernah cakap yang air tangan Lish sama macam masakan umi. Tak gitu abah?” Ujar Qalish Audrina bangga. Dia yang belajar memasak dari ibunya sejak dari sekolah menengah lagi memang hebat di dapur.

“Iyalah, baru puji sikit dah berbakul-bakul pujian untuk diri sendiri.” Kutuk Haji Azman pula.

“Lish jangan selalu sangat tak nak masak untuk suami. Kalau penat sangat tu tak apalah. Tapi kalau boleh jangan lah sampai seminggu berkali-kali ajak Rish makan di luar.” Ujar Hajah azitah pula, lembut dia menasihati anak perempuannya.

“Tak adalah umi. Lish akan sentiasa ingat semua pesan umi.”

“Kamu macam mana Rish? Sedap air tangan isteri kamu ni?” Soal Haji Azman kepada Nedzrish. Menantunya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati ditegurnya.

“Okay je bah. Rish tak kisah, apa saje yang Lish masak. Rish makan. Kan sayang? Walaupun kadang-kadang tu masakan Lish kurang menyengat. Tapi Rish jenis tak memilih sangat.”

“Aduh mamat ni. Nak puji diri sendiri pun agak-agak lah. Ada ke patut dia kutuk masakan aku depan abah dengan umi. Cari pasal ajelah!” Sekali lagi dia menjeling tajam wajah Nedzrish yang duduk berhadapan dengannya.

“Untung Lish dapat suami macam Rish. Macam abah juga, apa yang umi kamu masak abah makan. Tapi jangan kerana Rish tak kisah tentang ni, kamu masak sambil lewa. Selera suami kena jaga. Tahu?” Nedzrish terasa ingin bersorak gembira sahaja. Haji Azman dan Puan Razitah sepertinya memandang dirinya adalah seorang menantu yang sangat baik. Padahal, Qalish sahaja yang tahu perangai sebenar Nedzrish sebagai seorang suami.

“Err.. Ye abah. Lish jaga lah ni suami Lish baik-baik. Sebab tu perut Rish dah makin ke depan sekarang, bahagia sebab Lish masak sedap. Kan darling?” Ujar Qalish Audrina seraya memberi senyuman penuh makna kepada si suami. Nedzrish secara spotan memegang perutnya sendiri.

“Abah tengok sama aje. Sebelum kahwin papan je suami kamu ni. Lepas kahwin pun sekeping juga. Tang mana yang ke depan nya tu?” Soal Haji Azman dengan dahinya berkerut.

“Awak ni. Lish bergurau saja lah tu. Fikir serius pulak abah kamu ni.” Sampuk Hajah Razitah seraya tergelak. Nedzrish dan Qalish turut sama ketawa.

“Ada-ada aje isteri kamu ni Rish. Qalish ada apa-apa program ke hujung minggu ni? Kalau tak ada, abah ingat nak ajak Rish dan Lish balik Pahang. Melawat kubur arwah atuk dan nenek.” Ujar Haji Azman mengubah topik.

“Rasanya sayang ada program kan hujung minggu ni?” Nedzrish memandang wajah Qalish Audrina.

“Haah bah. Lish nak ke Johor Jumaat ni. Ada pertandingan fesyen. Kalau abah dengan umi nak pergi minggu ni, pergi lah dulu. Nanti bila kitaorang ada masa, Lish ajak Rish balik sana.”

“Pertandingan lagi? Bukan ke sebelum kahwin haritu kamu dah masuk?” Soal Hajah Razitah dengan nada kurang senang. Dia sememangnya tidak gemar dengan gaya hidup anaknya yang terlampau gilakan dunia fesyen.

“Itu pertandingan lain umi. Selagi ada peluang, Lish masuk lah.” Ujarnya pendek.

“Umi dengan abah jangan risau. Kalau sebelum ni Lish outstation seorang diri, sekarang ni tak lagi. Rish ada teman dia.” Ujar Nedzrish bersama senyuman. Dia dapat mengesan wajah ibu mertuanya yang berubah sedikit ketika diberitahu oleh isterinya tentang hal itu.

“Rish ada sekali? Bagus lah kalau macam tu. Tak adalah umi dan abah risau sangat bila Lish kerja jauh-jauh macam tu.” Sampuk Haji Azman dengan wajah yang senang. Suka dia melihat keprihatinan menantunya terhadap Qalish Audrina. Kalau lah dia tahu yang Nedzrish terpaksa untuk menemani anaknya ke Johor, pastinya dia tidak dapat menarik nafas lega.

“Rish tak ada hal lain ke? Tak apa ke teman Lish ni?”

“Tak apalah umi. Bukan orang lain pun yang Rish teman. Isteri Rish juga. Lagipun tak seronok lah kena tinggal lama-lama. Lebih baik Rish teman dia, boleh jugak jaga dia dekat sana nanti.” Ujar Nedzrish bersuara penuh sopan santun. Qalish Audrina yang mendengar terasa seperti mahu termuntah sahaja melihat lakonan suaminya.

“Umi tak payah lah risau. Lish pergi tak lama pun lah.” Ujar Qalish Audrina meyakinkan uminya. Setiap kali dia mahu bekerja di luar daerah, uminya pasti keberatan untuk melepaskannya pergi walaupun cuma untuk seketika.

“Kalau Rish ada, umi tak risau. Jaga anak umi ni baik-baik Rish.”

“Sentiasa umi.” Ujar Nedzrish sekadar mahu mengambil hati ibu mertuanya.

“Hmm… Abah rasa elok lah kalau kita tinggalkan budak berdua ni dulu. Lewat dah ni.” Haji Azman yang sedari tadi hanya berdiam diri bersuara apabila tersedar sudah hampir pukul 12malam.

“Abah dengan umi tidur sini sajalah. Lewat dah ni. Risau Lish abah drive malam-malam ni.” Usul Qalish Audrina pula.

“Tak apa. Mata abah ni awas lagi. Bukan kamu tak tahu umi kamu ni tak boleh tinggalkan rumah lama-lama. Nanti rindu katanya.”

“Umi dengan abah balik dulu ya. Nanti kalau senang-senang, balik sana. Boleh kita borak panjang lagi.” Pesan Hajah Razitah kepada anak dan menantunya.

“Bawa kereta elok-elok abah.” Pesan Nedzrish selepas bersalaman dengan bapa mertuanya.

“Nanti kalau Lish ada masa Lish balik sana. Terima kasih sebab datang, abah umi.” Ujarnya setelah mengucup pipi Haji Azman.

“Be a good wife, okay my daughter?”

“Okay abah.” Balasnya bersama senyuman manis. Haji Azman dan Hajah Razitah telah pun menghampiri kenderaan yang diletak di luar rumah anak mereka.


“Dengar tu abah cakap, be a good wife. Bukan be a bad wife. Macam kau ni.” Sempat dia menyakiti hati isterinya. Belum sempat Qalish ingin membalas kata-kata selamba Nedzrish, suaminya telah memanjat tangga untuk melarikan diri. Dia mendengus kegeraman. Sakit hati dengan kata-kata Nedzrish terhadapanya sewaktu bersembang dengan umi dan abahnya pun tidak hilang lagi, ditambah pula dengan kata-katanya sebentar tadi.


******

Nedzrish memandang wajah yang berada di depan matanya. Mindanya sedang mencari-cari jawapan mengapa wanita itu ingin berjumpa dengan dirinya. Sudah hampir beberapa minit berlalu, suasana masih lagi sepi di antara mereka berdua.

“Terima kasih sebab Rish sudi datang jumpa aunty.” Akhirnya setelah lama Nedzrish menunggu wanita itu berbicara, terpacul juga kata-kata dari mulut Aunty Marlia.

“Tak ada apalah aunty. Kebetulan, saya tak sibuk. Itu yang boleh jumpa aunty sekejap ni.”

“Kamu kerja ke Rish?”

“Kerja aunty, hari ini last day. Sebab minggu depan dah nak mula semester baru. Saja mengisi masa lapang.” Ujarnya sekadar mahu bercerita sedikit sebanyak tentang dirinya.

“Bagus lah, cari duit banyak-banyak untuk anak isteri.”

“Aunty datang jumpa Rish ni ada apa ya?” Soal Nedzrish yang tidak sabar ingin tahu tujuan sebenar ibu kepada kekasih hatinya mahu berjumpa dengan dirinya. Sudah tentu ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan.

“Mel tak tahu kan yang aunty ajak Rish jumpa aunty ni?”

“Tak, lepas aunty call Rish, terus Rish ke sini. Rish tak ada bagitahu dia apa-apa pun. Kenapa?” Soal Nedzrish dengan dahinya sudah berlapis.

“Aunty harap Rish tak bagitahu Mel tentang pertemuan kita ni, aunty tahu lambat-laun dia akan tahu juga. Tapi buat masa sekarang ni, aunty tak nak Mel tahu. Boleh?” Soal Puan Marlia dengan wajah sedikit gusar. Dia bimbang jikalau Amelda Imani mengetahui tentang pertemuan dia dan Nedzrish, anaknya akan menyalahinya. Hubungan dia dan Amelda Imani juga sudah sedikit renggang semenjak dia ikut campur urusan peribadi anaknya.

“Tapi kenapa aunty?”

“Ikut sajalah Rish apa yang aunty suruh buat ni.”

“Baik lah kalau itu yang aunty nak. Rish tak akan bagitahu Mel.” Ujar Nedzrish akhirnya akur.

“Okay, aunty tak nak buang masa Rish. Aunty terus terang sajalah ya, tujuan aunty jumpa kamu ni sebab aunty nak minta tolong.”

“Aunty nak suruh Rish tolong apa? Kalau Rish boleh tolong, Rish akan usahakan.”

“Tinggal kan Mel.” Nedzrish terkesima mendengar tiga kata itu. Ibu kekasihnya sendiri meminta dirinya supaya meninggalkan gadis itu. Dugaan apakah?

“Aunty nak Rish tinggal kan Mel? Tapi kenapa aunty? Selama ni Rish tak cukup baik ke untuk Mel? Aunty tahu kan yang kitaorang dah lama kenal, dah dekat dua tahun aunty saya dengan dia bercinta. Tak kan senang-senang je aunty nak suruh saya tinggalkan dia.” Luah Nedzrish panjang lebar. Dia benar-benar tidak menyangka Puan Marlia memintanya supaya melepaskan Amelda Imani kerana selama ini wanita berusi 55 tahun itu merestui hubungan mereka tanpa sebarang bantahan.

“Aunty tahu Rish sayang kan Mel dan Mel terlalu cinta kan Rish. Aunty buat semua ni sebab tak nak Mel terluka. Rish dah berkahwin, kalau Rish masih bujang macam dulu, aunty tak kisah Rish. Bercinta lah berapa lama sekalipun, aunty tak halang.”

“Aunty tahu tak yang saya terpaksa dengan semua ni? Aunty jangan lah fikir saya sengaja nak mempermainkan perasaan Mel. Saya tak ada pilihan aunty, saya terpaksa ikut cakap papa saya. Kalau ikut kan hati saya, hanya Mel sorang saja perempuan yang saya nak hidup bersama. Bukan dengan isteri saya atau sesiapapun.” Ujar Nedzrish menerangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Puan Marlia salah faham tentang statusnya sebagai suami orang dan dia tidak mahu wanita itu berfikiran negatif terhadap dirinya.

“Aunty tak fikir pun Rish macam tu. Aunty nampak keikhlasan Rish selama ni, Rish sayang kan Mel sepenuh hati Rish. Tapi aunty ni, sebagai seorang ibu, aunty tak sanggup nak tengok anak aunty kecewa kerana cinta. Aunty tak salah kan Rish, aunty tak nak Mel disakiti.” Ujar Puan Marlia seraya menanggalkan spek mata hitamnya.

“Rish tak kan buat macam tu dekat Mel. Rish tak ada perasaan apa-apa pun dekat isteri Rish. Rish masih cinta kan Mel.”

“Sekarang boleh lah kamu cakap yang kamu sayang kan Mel, esok lusa belum tentu kamu sayang kan dia. Rish, setia lah pada yang satu. Walaupun isteri kamu tu bukan pilihan hati kamu, tetapi dia jodoh kamu. Jangan sia-siakan apa yang ada depan mata.” Nasihat Puan Marlia sejujur hatinya. Dia sudah menganggap Nedzrish seperti anaknya sendiri, dia juga tidak sanggup untuk memisahkan dua hati yang sudah lama mencintai antara satu sama lain. Tetapi dia tidak mahu Mel kecewa satu saat nanti.

“Saya tak rasa Mel setuju dengan semua ni aunty. Saya boleh bahagikan masa saya, walaupun saya dah berumah tangga. Tapi saya tetap jumpa Mel macam biasa. Tak ada apa pun yang berubah aunty.”

“Itu yang aunty tak suka. Kamu dah ada isteri tapi kamu sibuk keluar dengan perempuan lain. Aunty tak nak anak aunty dituduh perampas pula.”

“Perampas apa pulak ni aunty? Mel tak pernah rampas saya daripada sesiapa. Saya tak nak tengok Mel sedih.”

“Biar dia sedih sekarang Rish, biar kamu berdua berpisah sekarang sebelum keadaan lagi teruk. Dengar lah cakap aunty ni Rish, aunty hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. Tolong ya Rish.” Ujar  Puan Marlia mengharapkan kerjasama daripada Nedzrish. Dia memandang lama wajah suram itu dengan perasaan simpati.

“Kami kenal dah lama aunty. Tak kan lah disebabkan saya ni suami orang, saya perlu putus kan persahabatan yang pernah terjalin dulu?”

“Kalau nak berkawan aunty tak ada masalah Rish, cuma jangan lah kamu bagi dia harapan. Sakit bila mencintai hak orang. Aunty harap Rish faham.”

“Saya cuba aunty.” Ujar Nedzrish seraya melepaskan keluhan berat. Permintaan daripada Puan Marlia cukup sukar untuk dia turuti. Dia masih lagi menyanyangi Amelda Imani meskipun hatinya separuh berbisik supaya memperbaiki hubungan suami isteri bersama Qalish Audrina. Nedzrish pusing memikirkan tentang itu.

*Harini bg lebih sikit sebab baik hati hehe enjoy reading, ada lebih kurang 200pages lg untuk saya siapkan. Doakan kelancaran manuskrip ini ye, tqfrreading.