“Erish, papa tunggu
Erish dekat bawah. We need to talk.”
Terpisat pisat gadis itu apabila dikejutkan dengan deringan
Samsung galaxy note3 nya. Dia mendengus kegeraman. Erish membaca sekilas
whatsapp yang dikirim oleh papanya,
haish papa ni, ganggu orang tidur saja. Gadis itu bingkas bangun menuju ke
bilik air.
“Pa, nak apa?” Tegur Erish selamba sambil menepuk kuat bahu papanya daripada belakang.
Tersedak Tan Sri Azir disergah oleh anak
perempuan tunggalnya itu. “Boleh gugur jantung aku, silap silap jalan terus.” Omel
hati tuanya kegeraman.
“Erish! Boleh tak lain kali sebelum nak menyergah orang
tengok dulu papa tengah buat apa! Perangai tak ubah daripada kecil sampai dah
tua bangka!” Tan Sri Azir memulakan syarahannya. Sememangnya dia yang menghidap
sakit jantung, terasa sakit apabila disergah begitu. Bukan Erish tidak tahu
papanya menghidap penyakit kronik itu, sengaja berbuat demikian.
“Papa ni tak sporting ah.” Balas Erish sambil menayang
sengih, dia yang hanya memakai t-shirt lengan pendek dan seluar pendek paras
lutut, mengambil tempat duduk disebelah papanya.
“Banyaklah Erish punya sporting. Kalau penyakit papa datang
tadi macam mana? Erish suka kan kalau papa mati?”
“Papa ni, sikit sikit nak ugut Erish. Bosanlah dengar benda
sama je. Papa nak apa ni? Kacau je Erish nak tidur. Dengki orang je kan papa
ni. Bencilah.” Balas Erish sambil menyilangkan kakinya.
“Erish cakap dengan papa elok elok boleh tak? Duduk tu molek
molek sikit. Erish dah besar, perangai macam budak sekolah. Lain kali pakai baju
sopan sikit. Awak tu dah boleh jadi isteri orang dah. Pening lah papa dengan
Erish ni.” Tan Sri Azir memegang kepalanya yang berdenyut secara tiba tiba.
Sungguh, dia pusing memikirkan kerenah anaknya yang satu ini. Perangai kasar,
sekali imbas dia memandang Erish seperti lelaki. Kadangkala Erish juga hilang
rasa hormat terhadap papanya sendiri. Sejak isterinya meninggal dunia 8tahun
lepas, Erish berubah karakter. Bercakap dengannya bila perlu sahaja, sering
memberontak dan sangat keras kepala. Sakit jiwa dibuatnya menghadap kerenah
puteri yang seorang ini.
“Do I care? Papa nak cakap apa ni? Cepat boleh tak? Buang
masa orang je.” Erish sudah mula meninggikan suaranya. Dia rimas apabila
dibebel oleh papanya.
“Kenapa kurang ajar ni Erish?!” Tan Sri Azir mulai berang
dengan bicara anaknya itu.
“Sebab papa tak ajar.” Balas gadis itu selamba sambil mengenyit
matanya. Seronok menyakitkan hati papanya itu. Sememangnya Erish tidak rapat
dengan papanya, semenjak mamanya meninggal dunia kerana menghidap barah otak,
Erish menyalahkan papanya seratus peratus. Erish menganggap pemergian mamanya
kerana kesilapan papanya yang selalu sibuk dengan kerja, mengabaikan kesihatan
mamanya. Sewaktu mamanya sakit, jarang sekali papanya meluangkan masa memberi
semangat kepada mamanya. Sehingga mamanya menghembuskan nafas terakhir, Erish dan
Zarul Arman, adik lelakinya sahaja disisi mamanya. Papanya berada di London menguruskan
syarikat. Erish benar-benar kesal dengan sikap sambil lewa papanya. Hatinya
sakit mengenangkan peristiwa itu. Walaupun papanya sudah jauh berubah sejak
mamanya tiada, Erish masih tidak dapat menerima papanya lagi. Hatinya sudah
tawar.
“Erish jangan nak naikkan darah papa! Papa panggil Erish
turun bukan nak ajak bertekak. Papa ada benda penting nak bincang.” Tan Sri
Azir bangkit dari duduknya. Dia mengambil tempat dihadapan Erish. Dia merenung
lama wajah anaknya yang mempunyai iras arwah isterinya. “Abang rindu Raudhah..”
Bisik hatinya kekesalan. Dia berjanji tidak akan mensia siakan anak
perempuannya yang satu ini. Dia mahu menebus segala dosa dosanya terhadap
keluarganya selama ini.
“Yang papa pandang Erish macam tu dah kenapa? Papa ni lembab
lah. Nak bincang apa? 10 mins only. Faster.” Balas Erish sambil menjeling
papanya, dia meluat melihat papanya sendiri. Benci.
“Papa nak Erish kahwin dengan pilihan papa. Papa dah
tentukan tarikh, minggu depan ada orang masuk meminang. Bulan depan nikah.”
“What?!! Are you crazy papa? Apa papa cakap ni! Who are you
nak tentukan hidup Erish?” Erish menengking papanya sekuat hati. Dia bengang
mendengar arahan papanya itu. Suka suka je cari jodoh buat dirinya.
“I’m your father. Erish dah melampau sangat sampai hilang
respect dekat papa. Erish, papa dah tak tahu nak buat apa lagi dengan perangai
Erish yang makin hari makin merisaukan papa. Keluar pagi balik subuh. Melepak
dengan lelaki sampai lewat pagi, keluar masuk club. Erish ingat papa tak tahu
apa Erish buat belakang papa?”
“Suka hati Erish lah Erish nak buat apa. Erish dah 25tahun
papa! Erish dah besar, and you! Tak ada hak nak tentukan hidup Erish. Selama ni
ada papa kisah pasal Erish? Pergi lantak lah Erish nak buat apa! Jangan sibuk
ambil tahu.” Balas Erish berang. Mukanya merah menahan marah.
“Sebab aku papa kau aku perlu ambil tahu! Selama ni kau
kurang ajar dengan papa, papa masih bersabar. Saat ini, papa dah tak boleh
tahan dengan kerenah Erish. Papa dah tua Erish, bila bila masa papa boleh
pergi. Sebelum papa tutup mata, papa nak tengok Erish dibimbing seorang lelaki
yang mampu ubah perangai Erish. Dengar cakap papa ni sayang.”
“No I will not! Papa ingat Erish budak kecil? Ikut telunjuk
papa. Heh. Memang tak lah pa.” Balas Erish dalam nada yang masih meninggi.
“Suka atau tidak. Bulan depan Erish tetap kena nikah dengan
dia. Kalau tak, Erish bukan anak papa lagi, merempatlah Erish dekat luar sana.
Kalau Erish tak ikut kemahuan papa, Zneth’s Hotel yang Erish tengah kendalikan
sekarang, papa jual. Kemewahan yang Erish ada papa akan tarik. Think wisely
Erish Damia.”
“I hate you papa! I hate you! Papa sengaja hancurkan hidup
Erish kan.” Erish menghempas kuat pasu bunga kecil kesayangan papanya. Tergamam
Tan Sri Azir dengan tingkah anak daranya itu.
“Please behave yourself Erish Damia!” Nafasnya turun naik
tika itu. Tan Sri Azir memegang dadanya. Terasa sakit secara tiba tiba. Erish
kelihatan gelabah namun dia sedaya upaya tidak mahu menunjukkan kebimbangannya
dihadapan papanya.
“ Okay, Erish ikut. Tapi jangan tanya kenapa kalau lepasni
Erish hilang terus rasa hormat dekat papa. Papa pemusnah masa depan Erish!”
“Papa buat semua ni untuk Erish, Erish akan salahkan papa
sekarang. Papa tak kisah, but one day Erish akan faham kenapa papa buat semua
ni. Papa sayang princess papa.” Balas Tan Sri Azir sebak.
“Kalau pa sayang Erish, pa tak buat Erish macam ni. Erish
benci papa.” Erish Bingkas bangun sambil melontar kusyen tepat kearah papanya.
“Satu hari nanti,Erish akan faham. Dia lelaki terbaik untuk
anak papa. Maafkan papa sayang.” Tan Sri Azir mengeluh sendirian. Hatinya sebak
mengenangkan kelakuan biadap anaknya itu. Namun hati tuanya yakin, bakal suami
Erish mampu membawa anaknya ke syurga.
*********
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Balas Tan Sri Azir sambil menjenguk
kearah pintu.
“Lah kenapa tak cakap kamu nak datang Kimi? Mari masuk.”
Pelawa Tan Sri Azir ramah.
“Saje nak buat surprise dekat bakal isteri saya. Uncle
sihat?” Soal lelaki itu sambil tunduk mencium tangan Tan Sri Azir.
“ Sihat Kimi. Nasib baik kamu datang ni, anak uncle ada dirumah,
kalau tidak. Meloponglah kamu.”
“Takapalah uncle, kalau dia tiada pun boleh saya sembang
dengan uncle.”
Tan Sri Azir tersenyum. Dia berasa lapang dada kerana Erish
tidak membantah dengan keputusannya itu. Dia tahu anak perempuannya tidak boleh
hidup tanpa kemewahan. Isyraf Hakimi, lelaki yang bakal menjadi pelengkap hidup
Erish Damia. Pemuda yang menyedarkan dia tentang khilafnya selama ini, pemuda
ini jugalah yang telah membantu dirinya mendekati Islam. Perkenalan 3tahun
lepas semasa dia terlibat dengan kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Kalau bukan kerana Hakimi menyelamatkannya dari kancah kehinaan, sudah pasti
dirinya masih tidak insaf.
“Uncle termenung jauh dah tu.” Hakimi berdehem mematikan lamunan Tan Sri Azir. Dia tersenyum
kemudiannya. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dirinya sanggup bersetuju untuk
menikahi anak perempuan Tan Sri Azir meskipun dia tahu tiada sekelumit cinta
untuk gadis itu, dan dia yakin gadis itu tidak akan menerimanya sebagai suami.
Namun hatinya mendesak untuk menerima gadis itu menjadi suri dihatinya.
“Lah, taksengaja termenung pula. Maafkan uncle, kamu tunggu
bawah ya. Uncle panggil Erish.”
“Woi brother!” Erish memandang tepat ke arah pemuda yang
membelakanginya. “Apahal mamat ni pakai kopiah bagai, pak lebai mana yang papa
kaut jadi suami aku ni. Eiii.”
“Assalamualaikum Erish Damia.” Lelaki itu memusingkan
badannya menghadap Erish dan menghadiahkan senyuman. Namun senyuman termati disitu sebaik melihat susuk tubuh
dihadapannya. “Ma oi, dia punya seksi tak ingat dunia aih, perempuan tak cukup
kain ni nak jadi wife aku? Kasar bukan main, dia ni lelaki ke perempuan.
Pakaian serupa lelaki. Ada ke patut dia “Woi” kan bakal suaminya ni. Aduh.” Omel
Hakimi sendirian.
Erish yang memakai singlet dan boxer mengangkat keningnya sedikit.
“Tadi bukan main meleret senyum. Ni apahal muka macam
tempoyak basi ni?” Soal Erish Damia. Melangkah setapak ke arah lelaki itu.
“Tempoyak basi? Boleh tahan minah ni. Amboi muka suci ni
dikata tempoyak basi.”
“Eh tak. Cuma saya terkejut je first time tengok awak.
Sorry.” Balas Hakimi dengan nada yang lembut. Dia tersenyum melihat Erish
Damia. Cantik.. Tapi lagi cantik kalau dia tutup aurat. Hakimi bermonolog di
dalam hati. Pandangannya dikalihkan. Tidak mahu menambah dosa memandang yang
bukan muhrim seksi sebegitu rupa.
“Hek eleh, nak cover konon. Cakap jelah kau tu tergugat
tengok aku kan? Well. This is me. Style hidup aku macam ni, bebas. So, jangan
mimpilah nak ubah hidup aku.” Balas Erish dengan angkuhnya.
“Aku-kau? Nampak dah dia punya tahap menyampah dekat aku.
Tak apa, sabar Kimi, kau kena tackle hati dia slow slow. Kau ada tugas khas
bawa minah kerek ni kearah kebenaran.” Bebel hatinya lagi.
“Betul, mana ada cover. Tergugat? Eh tak adalah. Lepas
kahwin nanti, saya dapat juga kan. Free of charge lagi?” Hakimi mengenyitkan
mata kepada gadis itu, sengaja mahu mengusik gadis sombong ini.
“Hello, apa kau cakap? Jangan haraplah aku nak bagi!
Penumbuk karang dapat.” Erish sudah membuntangkan biji matanya. Nampak macam
alim, gatal tak kena tempat.
“Saya bergurau je. Jangan lah marah, buruk muka tu nanti
tau.”
“Biarlah buruk, muka aku bukan muka kau. Heh nak tanya, nama
kau apa hah?” Erish menyoal kasar sambil mendongak memandang lelaki itu yang
jauh lebih tinggi daripadanya. Makan apalah mamat ni, tinggi macam tiang.
“Minggu depan nak nikah, baru nak tanya nama? Dahsyat awak
ni. Nama saya, Isyraf Hakimi Bin Ihsan. Panggil Hakimi dah lah. Or Kimi. Comel
sikit. Kan?” Balas Hakimi sambil mengenyit matanya. Sengaja mahu menyakat gadis
sombong itu.
Eh pak lebai ni ajak bergurau pula. Kau fikir kelakar? Heh.
Tak rasa nak gelak pun lah.
“Tak comel langsung. Macam nama jepun. Huh! So Isyraf, aku
tak nak cakap meleret leret degan kau. Straight to the point. Aku setuju kahwin
dengan kau sebab papa. Sebab papa yang desak aku terima kau. Pernikahan ni tak
effect apa apa pun dalam life aku, lepas kita kahwin, kau life kau. Aku life
aku. Perkahwinan ni sebagai tiket untuk aku terus jadi anak papa. That’s all.
Get it?” Erish memandang lelaki dihadapannya itu dengan pandangan
menjengkelkan.
“Saya tahu awak memang tak boleh terima saya sekarang ni.
Lama lama nanti awak akan terima juga lelaki comel ni jadi suami awak. We will
see.” Balas Hakimi yang terkejut dengan layanan kasar daripada bakal isterinya.
Namun dia redha, keputusan sudah dibuat. Majlis bakal berlangsung seminggu
lagi. Mahu tidak mahu dia harus akur.
“Jangan harap lah gila! Memang tak lah aku nak jatuh cinta
dengan kau. Dengan kopiah bagai, kau ingat aku suka? Sedar diri mamat kampung.”
“Mamat kampung pakai kopiah ala ala pak haji ni akan buat
awak jatuh cinta, Erish Damia.”
“No. Sampai mati pun, kau tak akan berjaya. Kita akan
tengok, siapa yang kalah.”
“Alright then, we will see. Welcome to our game, Cik Damia.”
Hakimi senyum sinis. Sengaja mahu mencabar gadis dihadapannya itu.
“You will lost Isyraf. Kau tak akan tahan dengan perangai
aku. Kau tak akan tahan.” Erish meninggikan nada suaranya sambil berlalu pergi
meninggalkan lelaki itu begitu sahaja. “Poyo betul mamat tu, kau ingat kau
boleh senang senang nak tackle aku, heh memang tak lah.”
“Sombong sombong nak pergi mana. Ini Isyraf Hakimi lah. Aku
mesti boleh punya buat kau jatuh sayang dekat aku.”
********
Kelihatan tetamu bertali arus datang memeriahkan majlis
perkahwinan anak perempuan Tan Sri Azir. Tan Sri Azir tersenyum segak. Hatinya
memanjat kesyukuran. Dengan pernikahan ini bermakna hati tuanya berasa sedikit
lapang. Tugas sudah beralih arah. Papa harap princess papa akan temui
kebahagiaan.
“Senyumlah sikit, masam macam jeruk ni nak pergi mana?”
Tegur Hakimi yang sedang tersenyum tampan disebelah isterinya, Erish.
“Nak pergi mati.” Balas Erish malas. Sempat dia
menghadiahkan jelingan maut disaat tetamu sedang ralit melihat pasangan
pengantin baru ini.
“Uish, baru lepas nikah tadi. Dah nak mati? Tunggulah dulu,
rasa nikmat bergelar seorang isteri. Taknak ke?” Hakimi sengaja mengusik Erish,
geli hatinya dengan wajah masam mencuka tanda protes dengan pernikahan ini.
Erish sudah memberitahu papanya yang dia tidak mahu perkahwinannya dibuat
secara besar-besaran. Namun, Tan Sri Azir tetap berkeras. Dia tidak
mempedulikan rajuk anaknya itu.
“Kau ni karang makan kasut tumit tinggi aku ni ha.”
“Amboi garangnya, kasut tumit tinggi awak tu tak adalah
besar mana, tak ada hal lah.” Sempat lagi Hakimi membalas meskipun mereka
sedang bergambar bersama rakan perniagaan papa Erish.
“Kalau takfikir ramai orang, dahlama muka kau cium exos
motor.”
“Janganlah marah marah sayang. By the way you look so beautiful
my dear. Tak sangka tomboy make up jadi
lawa terus. Macam bidadari. Cair saya.” Hakimi memandang tepat kearah wajah
isterinya itu. Bibirnya mengukir senyuman manis. “Cantik tapi gangster buat
apa.”
“Kau jangan nak buat drama pula depan orang ramai ni, aku
dah rimas asyik berlakon romantik dengan kau ni. Jangan sampai aku debik muka
kau tu.” Erish mulai geram dengan Hakimi. Dia melihat tetamu seolah olah senyum
mengusik mereka berdua. Sungguh dia tidak suka terpaksa bermesra dan membiarkan
Hakimi memaut pinggangnya.
“Malam nanti boleh dapat lebih kan?”
“Boleh sangat.” Erish memijak kaki Hakimi sekuat hati
sebelum meninggalkan lelaki itu termagu magu sendirian. Tetamu yang hadir
tertanya tanya apa yang terjadi. Hakimi
tergamam. Perit kakinya tidak terkata.
*****
Erish menghempas punggunya di sofa empuk. Terasa nikmat
tubuhnya waktu itu. Dia yang baru sahaja sampai di rumah banglo dua tingkat
hadiah hari jadi daripada papanya itu berkira kira untuk menidurkan diri
sebentar.
“Awak, awak tak patut buat macam tu dekat papa.”Hakimi sudah
melutut di hadapan isterinya. Hatinya bengang dengan tindakan isterinya yang
tergesa gesa hendak berpindah dari rumah papanya. Selesai acara pernikahan
mereka semalam, pagi ini juga Erish mengajaknya berpindah tanpa memberitahu
papanya. Hakimi hanya memaklumkan tentang perkara itu kepada bapa mertuanya
melalui sms sahaja.
“Kau pahal menyibuk ah? Suka hati aku lah. Siapa suruh buat
benda yang aku tak suka.” Erish membuka sedikit matanya, namun masih lagi
berbaring. Malas mahu melayan suaminya itu.
“Papa cuma nak raikan perkahwinan kita. Kalau ya pun awak
nak pindah, boleh sayang. Tapi bukan harini, sekurang kurangnya kita duduk
dengan papa dua tiga hari lagi. Tak eloklah macam ni.” Hakimi menasihati
isterinya lembut.
“Yang terasa tu papa aku. Yang kau nak sibuk sangat ni
kenapa? Kau sedar tak perkahwinan kita ni bukan atas kerelaan aku? Aku tak suka
kau. Tak pernah suka kau.”
“Tahu, lebih dari tahu tu. Tapi saya nak cakap apa yang awak
buat tu salah. Jangan macam tu lagi ya Erish?”
“Isyraf, kau tak perlu ambil tahu dan tak perlu sibuk nak
nasihat kan aku itu ini. Sedangkan papa tak mampu nak ubah aku, jangan harap
kau boleh.” Erish sudah mula bangun dari pembaringannya. Dia duduk menghadap
Isyraf yang masih lagi melutut.
“Aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Never.” Erish
mendekatkan wajahnya ke arah suaminya. Sengaja dia menekankan perkataan “never”
itu.
“Mungkin bukan sekarang. Lambat laun, hari hari awak tatap
muka ni. Mesti jatuh cinta punya.” Isyraf memetik ibu jarinya sendiri tanda
benar benar yakin dengan kata katanya itu.
“Hello memang taklah. You are not my taste okay.”
“So let me know, apa ciri ciri lelaki yang awak idamkan?”
Isyraf menongkat dagu memandang Erish. Erish gelisah dipandang sebegitu, dia
beralih sedikit.
“First of all. Lelaki tu mesti handsome. Putih melepak macam
cina sebab aku suka lelaki ala ala chinese, mata sepet. Bergaya, kaya. Social.
Layan kepala and at least dia ada asset, kereta or rumah. Kau ada?” Erish memandang
Hakimi dengan pandangan yang menjengkelkan.
“Kalau awak nak saya jadi putih melepak, saya boleh tempek
bedak sejuk setiap masa. Silap silap awak pun kalah nanti tau. Hmm mata sepet,
lepasni saya praktis kecilkan mata saya okay. Mesti jadi punya.” Ujar Hakimi
berseloroh.
“Kau takpayah nak melawak sangatlah Isyraf. Kau ingat aku senang
senang nak sayang orang? Heh. Memang mimpilah! Dah tepi sikit, aku nak masuk
bilik.”
“Awak masuk dulu, nanti saya ikut. Kita solat zuhur sama
sama ya?”
“Hoi! Rumah ni ada banyak bilik, kau pilih je bilik mana kau
nak. Tapi bukan bilik aku. Jangan haraplah boleh tidur sebilik dengan aku.”
Balas Erish sambil berlalu pergi. Sempat pula dia menolak suaminya. Isyraf
hanya memandang Isterinya dengan pandangan yang sukar difahami.
*******
”Morning isteri Isyraf.” Sapa Hakimi ramah sambil tersenyum
manis menegur isterinya yang sudah bersiap siap untuk ke hotel. Erish hanya
memandang Hakimi dengan pandangan sinis. “Mamat ni kerja apa ya hmm pakai macam
orang kerja office.”
“Kau nak pergi kerja ke?” Soal Erish dingin.
Hakimi menahan rasa, ego betul minah ni. Aku ingat lepas
kahwin bahasa pun bertukarlah, ini tidak, masih dengan aku-kau. Dia fikir aku
ni member melepak dia. Haish. Hakimi membebel seorang diri.
“Kau… pekak ke woi?!” Erish menepuk dada bidang Isyraf
sehingga lelaki itu tersentak. Pahal mamat ni. Pelik je.
“Apa awak tanya tadi sayang?” Balas Hakimi sedaya upaya
menyembunyikan rasa hati.
“Aku tanya, kau nak pergi kerja ke?”
“Aah, abang bersiap nak pergi kerja lah ni. Apa sayang
ingat, sayang je ada kerjaya? Abang pun ada tau.”
“Kau tu kerja apa? Kerja angkut sampah ke? Setakat pakai
kereta kancil cabuk yang macam nak roboh tu, memang taklah aku nak percaya kau
ada kerjaya.” Balas Erish dengan nada sindiran. Dia memandang Isyraf tidak
mempunyai apa apa jika dibandingkan dengan dirinya yang merupakan pemilik hotel
gah di ibu kota itu.
“Abang kerja biasa je Erish. Mengajar di sekolah agama.
Hujung minggu abang mengajar budak budak mengaji dekat surau. Kalau ada
jemputan bagi ceramah dekat surau surau, abang pergilah.”
“Ohh, so kiranya kau ni ustaz lah?” Erish menjengketkan
sedikit keningnya.
“Lebih kuranglah.”
“Setakat mengajar agama, berapa sen sangat lah kau dapat
kan. Kau tengok wife kau ni, muda muda lagi dah jadi successful woman. Semua
tabik dengan apa yang aku ada tau.”
“Abang bangga dengan Erish, tapi Erish kena ingat. Semua ni
pinjaman Allah. Semua tu bersifat sementara sayang. Kita sebagai hambanya
jangan terlalu berbangga dengan apa yang kita miliki. Kufur nikmat nanti.”
Hakimi cuba menasihati isterinya, dia tidak kisah dirinya dia rendah rendahkan
oleh seorang isteri. Tetapi dia tidak suka dengan bicara angkuh Erish.
“Kau, kalau nak bersyarah, bukan dekat sini. Telinga aku
boleh pekak sebulan dengar syarahan kau. Dah, aku dah lambat, bertekak dengan
kau ni sampai tahun depan pun tak habis.” Erish memusingkan badannya dan
berjalan munuju ke pintu namun dihalang Isyraf.
“Sayang, sarapan lah dulu. Abang masak mee goreng tu. Tak nak
jamah? Kesian nanti perut Erish lapar.”
“Lantak lah. Perut aku. Bukan perut kau. Problem?”
“Problem. Sebab Erish isteri abang, abang tak rela tengok
Erish lapar, makan sikit ya?”
“Hei! Aku cakap aku tak nak makan aku tak nak lah. Aku tak
makan berat pagi pagi. Dah, tepi.”
“Nanti drive elok elok. Kalau ada apa apa masalah, call
abang.” Balas Hakimi sambil menghulurkan tangan kepada isterinya untuk bersalam
namun ditepis kasar oleh Erish.
“Jangan berangan nak jadi suami mithali, menyampah! One more
thing. Stop bahasakan diri “abang” and don’t call me sayang because I geli.”
Selesai menghabiskan ayatnya, Erish berlalu meninggalkan Isyraf tanpa sempat
lelaki itu mahu membalas kata katanya.
*******
“Ya Allah Ya tuhanku. Berilah hambamu ini kekuatan dan
ketabahan untuk menghadapi kerenah isteriku Erish Damia. Ampunkanlah dosa dosa
ku, ampunkanlah dosa dosa isteriku ya Allah. Hadirkanlah hidayah buat isteriku
untuk mendekati agamamu. Berilah taufik dan cahaya keimanan kepadanya Ya Allah.
Izinkanlah aku untuk membimbingnya. Aku tidak kuat tanpamu Ya Allah.” Usai
berbicara dengan maha suci Allah, Hakimi menjenguk bilik isterinya.
“Tak balik lagi? Dah dekat pukul 1 pagi ni. Call tak angkat.
Erish pergi mana ni.” Hatinya berdetik keresahan. Sejujurnya, sehingga ke hari
ini, tidak ada secebis perasaan sayang buat isterinya itu. Yang ada hanya
semangat untuk Hakimi meneruskan perkahwinan mereka. Dia mahu memastikan Erish
sempat kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. “Abang cuba sayang Erish
walaupun Erish berkali kali nafikan status abang sebagai seorang suami. I will
fight for us.”
Hakimi berlalu ke ruang tamu menunggu kepulangan isterinya.
Tiba tiba kedengaran pintu dikuak dari luar.
“Ada ustaz lah dekat rumah ni.” Sapa Erish yang baru tiba.
Dia menyindir Hakimi yang memakai baju melayu berwarna merah hati dan kain
pelekat serta kopiah di kepala. Hakimi gemar memakai sedemikian. Meluat Erish
melihatnya.
“Where have you been?” Hakimi berpaling menghadap isterinya
yang tersenyum mengejek terhadap dirinya.
“Wahh pak haji tarbus speaking english lah! Tabik!” Erish
sengaja memanaskan hati Hakimi.
“Awak, awak pergi mana? Kenapa lewat sangat balik? Kalau
awak nak kemana sekalipun, tak boleh bagitahu saya?” Balas Hakimi masih lagi
dengan nada lembut, sememangnya dia bukan seorang lelaki yang gemar berkasar
dengan perempuan.
“Aku pergi lepak dengan member member aku tadi. Lepas tu
tengok bola dekat mamak. Then pergi karaoke. Relax lah, malam masih muda.”
Balas Erish tanpa memikirkan perasaan Hakimi yang risau tentangnya sedari tadi.
“Erish. Saya tunggu awak dari pukul 8 malam tadi. Saya call
awak since petang tadi asyik masuk voicemail. Kenapa dengan awak ni?”
“Kau ni dah amnesia agaknya. Aku dah pesan dekat kau kan
awal awal lagi before kita nikah. Kau. Dengan life kau. Aku dengan hal aku! Kau
tak payah sibuk ambil tahu kemana aku pergi. ”
“I’m your husband, sangat penting untuk saya tahu kemana
awak pergi. Tolonglah Erish Damia jangan buat saya risau lagi. Kalau memang
awak benci dengan saya sekalipun. Tolong jangan keluar tanpa bagitahu saya.
Keselamatan awak keutamaan saya.”Hakimi memegang erat bahu isterinya. Dia mahu
Erish faham yang dia terlalu risaukan keadaan isterinya tadi.
“Kau nak risau apa! Bukan aku tak balik. Kau jangan harap
kau boleh control hidup aku. Sampai bila bila pun aku akan anggap kau tu
sampah. Tak ada nilai dimata aku. Sedar lah diri sikit. Cermin diri tu tak layak
dengan aku!” Erish menghamburkan api kemarahannya. Buat kesekian kalinya,
Isyraf Hakimi dihina oleh isterinya sendiri. Tangan sasa yang memegang bahunya
ditepis kasar.
“If you want to go anywhere, just let me know. Simple, tak
susah pun jadi isteri saya.” Hakimi dengan pantasnya mencapai kunci kereta
isterinya yang diletak di sudut kecil meja di ruang tamu rumah itu.
“Hoi! Kunci kereta aku tu! Nak buat apa?” Erish menjerit
kegeraman melihat Hakimi mengambil kunci keretanya tanpa meminta izin darinya.
“Saya nak tanya, awak keluar. Melepak, merayau. Ada minta
izin suami awak?” Hakimi menyoal sambil tangannya diangkat ke atas bersama
kunci kereta isterinya.
Hanya gelengan serta muka masam mencuka menjadi jawapan
kepada persoalan si suami.
“So… Tak salah kan kalau saya ambil kunci kereta awak ni?
Lain kali kalau nak keluar, minta izin dulu dengan saya tau sayang.” Balas
Hakimi sambil mencuit hidung isterinya lembut. Lantas, dia segera menapak ke
biliknya.
“Hoi kau ni melampaulah Isyraf! Esok aku nak pergi hotel
naik apa! Bukak lah pintu ni Isyraf!” Tanpa sempat Erish menyambar kunci dari
tangan Hakimi, lelaki itu terlebih dahulu merlarikan diri dan segera mengunci
pintu biliknya.
“Esok kalau nak, minta lah dekat saya dulu. Selamat malam
isteri Isyraf. Jangan lupa solat isyak sebelum tidur. Basuh kaki. Baca doa
tidur. Sleep well.” Balas Hakimi tanpa mempedulikan Erish yang memukul pintu
biliknya sekuat hati. Dalam diam dia tersenyum dengan kerenah Erish yang
seperti kanak kanak ribena itu.
“Dasar mamat tiang tak sedar diri! I hate you tiang buruk!”
*******
Selesai menunaikan solat subuh, Hakimi menyidai sejadah di
tepi almari di sudut biliknya. Dia yang sudah bersiap siap ingin ke tempat
kerja, kaget melihat Erish yang sudah terjengul di muka pintu biliknya. Dia
berlalu mendapatkan si isteri.
“Awak buat apa jadi mak guard dekat bilik saya ni Erish? Tak
pergi hotel?” Soal Hakimi kehairanan dengan sikap isterinya pagi itu.
“Tunggu kau.” Balas Erish malas tanpa secalit senyuman
terukir di bibir.
“Aik? Tunggu saya? Awak demam ke? Takpernah pernah tunggu
sampai saya habis solat, selalunya nak pergi mana mana menonong je keluar.
Kan?”
“Aku nak kunci aku! Kau lupa ke semalam kau rembat kunci
aku? Nak kena pelempang kau ni. Buat buat lupa pula.” Balas Erish bengang.
Lelaki ini memang sengaja mahu memanaskan hatinya.
“Nak kunci rupanya. Lupa pula saya simpankan semalam. Bukan
rembat, saya cuma tolong simpankan takut kunci ni merayap pula.” Ujar hakimi
sambil menayang kunci kereta isterinya. Belum sempat Erish mahu menyambarnya,
Hakimi terlebih dahulu menyimpan semula kunci itu di dalam poket baju
kemejanya.
“Boleh tak kau bagi je kunci tu dekat aku cepat. Aku rimas
tahu tak tatap muka kau ni.” Balas Erish kasar.
“Sabarlah, kita breakfast dulu okay? Saya dah siapkan air
susu untuk awak. Come.” Ujar Hakimi sebelum berlalu ke dapur. Erish hanya
mengikut. Sebal sungguh hatinya pagi pagi begini. Terasa ingin mencekik cekik
leher suaminya kerana mempermainkannya lagi.
“Milk for you. Awak kata awak tak makan berat kan pagi pagi.
So, saya buatkan air susu. At least perut awak tak kosong. Baru ada tenaga nak
buat kerja. Baru sel sel otak tu bersambung.” Hakimi menghulurkan susu kepada
isterinya.
“Selama ni sel sel otak aku tak berhubung ke?” Soal Erish bengang.
Ada je mamat ni nak cari masalah.
“Berhubung tapi tak sepenuhnya, mungkin ada shot kat mana
mana. Tu yang macam senget sebelah otak tu.” Balas Hakimi selamba.
Mendidih hati Erish Damia mendengar jawapan sindiran
suaminya itu. Dia yang sememangnya geram dengan suaminya sedari malam tadi,
lantas menyimbah air susu yang belum diteguknya lagi ke muka suaminya.
Tersentak lelaki itu dibuatnya.
“Erish! Basah baju saya ni!” Hakimi yang tidak menyangka
tindakan drastik isterinya itu mengibas ngibaskan bajunya yang sudah lencun
itu.
“Padan lah muka. Lain kali sorok kan lagi kunci kereta aku. Jangan
pernah berangan nak control life aku. Jangan pernah.” Balas Erish sambil
tangannya dengan pantas mengambil kunci kereta daripada kocek baju Hakimi.
Lelaki itu hanya diam tidak berkutik.
“Hari ni dia mandikan aku dengan air susu, entah esok lusa
air longkang jadi santapan muka comel aku ni. Erish Erish.” Hakimi mengomel
sendirian. Habis lencun kemejanya. Dia kemudiannya berlalu ke biliknya untuk
menukar pakaian. Sungguh,tindakan Erish sukar untuk diduga.
******
“Nak kemana tu Erish?” Soal Hakimi yang baru sahaja mahu
menunaikan solat Isyak. Dia keluar mendapatkan Erish yang sudah menapak untuk
ke ruang tamu. Dia memandang isterinya atas bawah. Terbuntang biji matanya
memandang pakaian yang dipakai Erish. Erish memakai blouse jarang tanpa lengan
serta skirt paras lutut.
“Nak pergi bagi ceramah.” Selamba Erish membalas pertanyaan
si suami.
“Nak pergi bagi ceramah dekat mana tu? Baguslah isteri abang
dah insaf. Tapikan, orang nak pergi ceramah, sebarkan benda baik baik tak pakai
pakaian tak cukup kain ni tau. Hmm.” Sengaja Hakimi menguji gadis itu. Dia
gemar bermain dengan emosi Erish yang mudah mengamuk.
“Kau ni kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak boleh ke?
Kau tak ada kerja lain ke?” Erish menghadiahkan jelingan tanda protes terhadap
kata kata perlian suaminya itu.
“Tadi saya tanya elok elok, awak jawab nak pergi bagi
ceramah. Betul lah apa saya cakap kan? Ada pernah awak nampak orang bagi
ceramah pakai seksi macam ni? Huish, kalau macam tu memang tak ada orang nak
datanglah kan.”
“Aku nak pergi club. So wanna join?” Balas Erish berterus
terang. Sememangnya sejak dari kecil dia diajar oleh mamanya untuk berkata
jujur meskipun kejujuran itu akan mengundang kemarahan orang lain. Dia tidak
peduli, tiada hati perlu dijaga.
“Oh, nak pergi club. Tahu tak melangkah ke tempat macam tu
berdosa?” Soal Hakimi. Dia terkejut mendengar jawapan si isteri namun
sebolehnya dia cuba mengawal nada suaranya. Dia harus bijak mengubah cara hidup
isterinya dengan pendekatan yang lembut dan tidak memaksa.
“Tahu lah. So do I care? Dosa aku. Bukan dosa kau. Dah tak payah nak serabut otak
fikir pasal aku. Blah dulu.”
“Dosa awak tapi saya yang tanggung sebab awak tu isteri saya
Erish Damia. Jom kita solat isyak sama sama. Lupakan pasal club tu, esok esok
kalau awak nak berhibur sangat saya bawa awak pergi tengok wayang.” Balas
Hakimi menahan isterinya yang ingin berlalu ke arah pintu.
“Tengok wayang? Dengan kau? Hei memang tak lah jawapannya!
Kalau aku cakap aku nak keluar, kau halang macam mana pun aku tetap akan
keluar.” Balas Erish dan dengan pantas dia mengatur langkah meninggalkan
suaminya termagu magu.
“Ya Allah. Lindungilah isteriku di mana sahaja dia berada.”
Hakimi hanya mampu menitipkan doa untuk isterinya. Keluhan berat dilepaskan.
*******
Hakimi memberhentikan keretanya dihadapan sebuah club di ibu
kota itu. Sebelum Erish keluar, sempat dia membaca pesanan ringkas yang dikirim
oleh rakan isterinya yang menyatakan tempat pertemuan mereka. Hakimi memang
berniat mahu menjejaki isterinya kerana sudah hampir pukul3 pagi isterinya
masih tidak pulang ke rumah. Hatinya berdetik keresahan. “Kenapa Erish selalu
buat abang risau ni.” Enjin dimatikan, lelaki bertubuh tinggi lampai itu keluar
dari perut kereta dengan wajah mendung tanpa senyuman terukir di bibir.
“I pegang sikit je, bukan pegang banyak pun. Jom, ikut I. Kita
check in mana mana hotel.” Erish Damia sudah berada dalam pelukan seorang
lelaki berpangkat datuk berumur dalam lingkungan 60 tahun. Erish menyesal
kerana dia menyuruh rakan rakannya pulang terlebih dahulu kerana dia ingin
bersendirian bagi mengelakkan bersemuka dengan Hakimi. Dia berkira kira untuk
pulang ke rumah esok sahaja. Namun, lain pula jadinya. Sewaktu dia ingin keluar
mendapatkan keretanya. Tiba tiba pinggangnya dirangkul kasar oleh seorang
lelaki.
“Lepaskan aku lah orang tua misai tebal gigi busuk!” Erish
cuba meloloskan diri namun kudrat lelaki tua itu menghalangnya.
“You tahu tak I dah lama perhatikan you dekat sini. Apa
salah nya we have fun. You pun mesti dah try macam macam jenis lelaki kan?”
Lelaki itu mencuba untuk memegang pipi Erish namun ditepis kasar oleh Erish.
Meremang bulu romanya. Heh. Dasar orang tua tak sedar diri.
“Kau ingat aku macam perempuan murahan yang lain ke? Aku ada
maruah! Aku ada suami. Leave me alone!! Or nak aku jerit.” Erish sudah mula
mahu menjerit sekuat hati namun lelaki itu menekan lehernya sekuat hati
sehinggakan Erish tidak boleh bernafas dengan baik.
“What are you trying to do with my wife?!” Hakimi bertempik
sehinggakan lelaki itu tergamam. Puas dia mencari isterinya, namun tidak
ditemui. Mujurlah hatinya tergerak untuk kesitu apabila mendengar seperti suara
orang bertengkar.
“Kau.. siapa?” Soal lelaki tua itu kehairanan. Namun tangannya
tidak lepas merangkul pinggang Erish Damia.
“Aku. Suami dia.” Balas Hakimi keras. Matanya mencerlung
memandang lelaki itu. Hatinya mendidih kepanasan melihat isterinya dipegang
oleh lelaki lain. Naluri lelakinya tercabar.
“She’s my wife. Lepaskan dia atau aku patah patah kan tulang
kau.”
“Perempuan murahan ni isteri kau? Dia dah nak jadi santapan
aku pun. Kan sayang?” Balas lelaki tua
itu sambil mengusap-usap pipi mulus Erish.
“No. Dia tipu. Abang. Help me.” Erish berasa lemas berada di
dalam pelukan lelaki miang itu. Mujurlah Hakimi datang tepat pada waktunya. Dia
sudah mula mahu menangis.
Tanpa berlengah Hakimi menyepak kaki lelaki tua itu sehingga
terhumban ke lantai. Dengan pantas dia menarik tangan Erish dan membawa
isterinya di belakangnya.
“Sekali lagi kau cuba kacau isteri aku! Nahas kau aku
kerjakan. Sampai mati aku cari.” Ujar Hakimi sebelum dia melepaskan sepakan
tepat ke perut lelaki itu. Dengan segera, dia berlalu ke arah kereta sambil mengendong
isterinya yang kelihatan trauma itu.
******
“Awak. Minum air ni dulu.” Hakimi menghulurkan sebotol air
mineral kepada isterinya. Inilah kali pertama dia menjejak kaki ke dalam bilik
isterinya, kalau bukan kerana insiden tadi. Mungkin sampai bila bila dia tidak
berpeluang menjenguk bilik Erish.
“Nak tukar baju. Keluar boleh tak?” Erish bersuara dingin.
Langsung tidak memandang suaminya itu. Tiada ucapan terima kasih untuk Hakimi
meskipun Hakimi telah berusaha menyelamatkannya.
“Boleh. Tapi minum air tu sampai habis dulu. Selagi tak
habis saya tak nak keluar.” Balas Hakimi tanpa rasa. Dia terasa dengan sikap
isterinya itu. Apa yang dilakukan untuk isterinya langsung tidak dihargai.
“Dah habis. Puas?!” Gelas itu dihentak kasar oleh Erish
diatas meja kecil. Tidak ada rasa bersalah langsung dihatinya. Keras betul hati
seorang Erish Damia.
“Hmm. Awak kenal siapa lelaki tu?”
“Tak pun.”
“Saya nak buat laporan polis awak tak bagi. Awak ada apa apa
ke dengan dia?” Soal Hakimi pelik. Erish berkeras tidak mahu membuat laporan
polis. Walhal lelaki itu cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
“Suka hati aku lah. Bukan dia sempat rogol aku pun. Dah lah,
semak betul aku tengok kau ni. Keluarlah Isyraf!” Erish menolak sekuat hati
suaminya yang hanya duduk di sudut katilnya itu sehingga lelaki itu terjatuh ke
bawah. Erish tidak mahu memanjangkan cerita dengan membuat laporan polis. Dia
mahu melupakan peristiwa itu.
“Awak ni Erish. Dah hampir nak kena ngap dengan buaya pun
masih lagi tak berubah perangai tu. Saya ingat, ego dalam diri awak tu berkurang
lah sedikit. Ni tidak, makin tinggi kalah klcc.”
“Isyraf. Aku tak suruh pun kau datang selamat kan aku. Yang
kau sibuk sibuk ikut aku sampai ke club kenapa. Lantak lah aku nak macam mana
pun!” Balas Erish dengan angkuhnya.
“Awak. Satu saat nanti, awak akan berterima kasih dekat
saya. Sebab jadi suami awak. Saya buat semua ni untuk awak. Kalau awak jijik
tengok muka ni sekali pun. Tolong jangan biarkan orang lain sesuka hati sentuh
awak. Tolong jaga maruah diri awak Erish.” Ucap Isyraf dalam nada kekecewaan.
Dia bingkas bangun menuju ke biliknya.
“Whatever! Kau tu bodoh! Sebab hadap sangat nak kahwin
dengan aku. Tak lama lagi, kau akan ceraikan aku Isyraf!” Belum sempat lelaki
itu melangkah keluar, Erish mencampak bantal peluknya kearah suaminya. Sebal
sungguh dengan bicara suaminya. Hatinya sakit mendengar kata kata nasihat
suaminya.
*****
Hakimi merenung potret perkahwinannya bersama Erish.
Perlahan lahan jari jemarinya mengusap lembut foto mereka berdua. Kelihatan
Erish tersenyum manis didalam dakapannya. Meskipun dia tahu, senyuman yang
terukir hanyalah untuk mengaburi mata para tetamu yang hadir. Senyuman palsu
yang direka oleh Erish Damia. “Kalaulah saya dapat miliki senyuman indah awak
tu, saya tak perlu sebab lain untuk buat saya bahagia. Cukup senyuman awak sebagai
peneman.” Hakimi meraup wajahnya berkali kali. Kemudian, potret itu diletakkan
kembali di sudut meja ruang tamu rumah mereka. Bunyi deruan enjin kereta Audi R8 milik isterinya kedengaran dari
dalam rumah. Hakimi tersenyuman kesenangan. “Hmm awal pula dia balik hari ni.”
Erish melangkah mahu memanjat tangga untuk ke biliknya tanpa
mempedulikan Hakimi yang sedang memerhatikannya.
“Awal awak balik harini?”
“Aku balik lambat salah. Aku balik awal kau bising. Kau ni
nak apa sebenarnya ni? Cuba lah belajar bersyukur sikit.” Erish membalas dengan
lantangnya. Bijak pula dia menasihati sang suami sedangkan diri sendiri ke
laut.
“Uish, saya bukan tak bersyukur. Saya syukur sangat sangat
ni. Yelah bukan senang permaisuri dalam rumah ni nak pulang awal. Orang bujang
lah katakan.” Hakimi membalas dengan nada bersahaja.
“Aku rasa. Daripada kau buang masa cakap dengan aku. Lebih
baik kau pergi bagi ceramah dekat masjid sana tu. Tak membazir air liur kau.”
“Hm betul dah tu. Tapi sebelum saya nak ceramah orang, saya
kena ubah isteri saya dulu. Sebelum lagi jauh dia tersasar.” Ujar Hakimi tanpa
menoleh ke arah isterinya yang jelas kebengangan dengan kata kata bidasan
daripadanya.
“Kau takpayah sibuk nak ceramah aku! Kau ingat kau baik
sangat? Jangan fikir kopiah dekat kepala, hari hari sujud dah rasa diri cukup
sempurna!” Erish sudah berada dihadapan Hakimi yang sedang duduk menghadap
televisyen. Dilempar sekuat hati handbegnya ke perut lelaki itu. Hakimi
mengaduh kesakitan namun dia bersuara kemudiannya.
“Erish Damia. Takada siapa pun dalam dunia ni sempurna tau
awak. Termasuklah saya. Tapi kita diajar, supaya setiap hari berusaha
memperbaiki diri sendiri. Sebab tu diciptakan lelaki dan perempuan berpasang
pasangan. Untuk saling melengkapi. Awak
isteri. Saya suami. Saya bertanggungjawab membimbing awak. Tu konsep dia.”
Hakimi menerangkan panjang lebar. Dia menggunakan pendekatan berbicara dengan
nada yang lembut. Dia harus bijak menangani sikap Erish Damia yang terlalu
sukar untuk difahami.
“Aku tak faham lah kenapa kau sudi sangat nak jadi suami
aku. Kau tak penat ke layan kerenah aku?”
“Tak. Tak pernah penat. Sebab saya yakin one fine day,
isteri saya akan berubah. Dan masa tu saya adalah orang yang paling gembira
sekali.” Hakimi menarik lembut tangan isterinya untuk duduk disebelahnya. Erish
hanya mengikut. Tidak membantah seperti selalu.
“Jangan terlalu yakin Isyraf jangan. Takut nanti, kau frust
menonggeng kalau sampai mati pun kau tak berjaya ubah cara hidup aku.”
“No jangan cakap macam tu. Saya yakin, saya boleh bawa awak
ke jalan Allah. Erish Damia. Awak isteri saya, pelengkap hidup saya. Saya mohon
awak beri saya peluang untuk usik hati awak. Supaya saya ada tempat di hati
awak.” Hakimi bersuara penuh mengharap. Jujur, hatinya sudah mula menyanyangi
wanita itu. Dia tidak tahu bila rasa itu hadir meskipun layanan yang diberikan
sangat kasar. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Dia bertekad mahu mengubah
cara hidup isterinya yang lebih ke arah kebaratan.
“Sampai bila bila pun, kau tak akan dapat peluang tu! Never
Isyraf never! Kau tahu sebab apa? Sebab kau punca aku hilang semua kebebasan
aku! Kahwin dengan kau satu kesilapan paling besar pernah aku buat dalam hidup
aku. I hate everything about you! So, jangan pernah berharap hubungan kita akan
mesra macam orang lain. Because it will not happen.” Balas Erish sebelum
bangkit. Hatinya tidak terkesan langsung
dengan kata kata nasihat daripada lelaki itu. Walaupun Hakimi tidak pernah
putus asa menasihati isterinya yang keras kepala itu. Erish tetap begitu. Keras
dan dingin.
“Ha tak apa tak apa. Cakap lah apa awak nak cakap. Yang
tentukan semuanya adalah Allah S.W.T. Jangan terlalu mendabik dada bila
bercakap sayang.” Belum sempat Erish memanjat tangga, Hakimi terlebih dahulu
memintasnya. Sebelum berlalu ke dapur, sempat dia membalas kata kata angkuh si
isteri.
*****
Hakimi menunggu Erish di hadapan bilik isteirnya itu untuk
mengajak isterinya makan malam bersamanya. Berkali kali Hakimi mengetuk pintu
bilik isterinya namun tiada sahutan. Hampir 15minit dia menunggu disitu.Pintu
bilik dikuak kasar dari dalam, Erish terjengul dengan wajah masam mencuka.
Matanya membulat memandang Isyraf yang sedang tersenyum tampan menghadapnya.
“Kau fikir kau sweet?” Erish bersuara dan tanpa dijangka,
dia melempar bungkusan plastik kemuka suaminya tanpa sempat Hakimi mengelak.
“Isyraf Hakimi. Aku
tak tahu nak cakap bahasa apa lagi dengan kau supaya kau reti bahasa. Aku rasa,
kau terlalu bangga dengan ilmu yang kau ada. Sebab tu senang senang kau hina
aku kan.” Erish menghamburkan kemarahannya. Tangganya sudah mencekak kolar baju
yang dipakai oleh Hakimi. Tersentak lelaki itu.
“Awak. Kenapa marah marah ni? Saya buat salah apa?” Soal
Hakimi polos, dia sememangnya tidak dapat menebak punca utama isterinya
mengamuk.
“Kau fikir kau hadiahkan aku telekung, sejadah dan tudung
kau dah cukup alim? Kau dah cukup perfect nak jadi suami mithali? Hah?!” Erish
mengherdik suaminya tanpa belas ihsan. Dia sering sahaja merendah rendahkan
taraf Hakimi sebagai seorang suami.
“Pasal tu yang awak nak mengamuk tak tentu hala? Sebab tu
je?” Soal Hakimi bersahaja. Semalam, sewaktu isterinya sedang mandi. Dia
memberanikan diri masuk ke dalam bilik isterinya lalu meletakkan hadiah berupa
sejadah, telekung dan tudung di atas katil isterinya bersama sekeping kad
berbentuk hati. Tahulah dia, Erish naik angin kerana bengang dengan
tindakannya.
“First, kau dah masuk bilik aku tanpa izin aku. Second, kau
rendah rendahkan aku. Kau ingat aku tak reti solat? Kau fikir aku jahil
sangat?!”
“No… Saya tak cakap pun awak jahil. Tak salah kan saya
hadiah kan awak benda tu semua? Apa salahnya, hadiah daripada seorang suami.
Lagipun sepanjang kita kahwin, saya tak pernah bagi apa apa dekat awak. Saya
tak berniat nak hina awak sayang. Oh ya, I’m so sorry sebab masuk bilik awak
tanpa kebenaran awak. My fault.” Hakimi meminta maaf sejujur jujurnya. Kedua
dua tangannya diangkat tanda benar benar bersalah.
“Lagi sekali kau masuk bilik aku tanpa kebenaran. Kau siap! Kau
takpayah buang masa fikir cara macam mana nak ubah perangai aku. Semakin kau
cuba nak ubah aku, semakin kau tak akan tahan dengan kerenah aku. Isyraf, tak ada
sorang pun dalam dunia ni boleh sekat kemahuan aku. Boleh ubah aku dengan
senangnya. Tak akan ada Isyraf.”
“Takapa lah. Kalau awak tak sudi nak terima semua ni. Saya
simpan dulu. Nanti bila hati awak dah terbuka, saya hadiahkan semula pada awak.
Okay?” Hakimi tidak mempedulikan kata kata angkuh isterinya. Dia mengukir
senyuman tipis untuk isterinya yang kelihatan masam mencuka.
“Dasar lelaki dayus! Kau ceraikan aku lah Isyraf! Tak
serabut kepala otak kau nak hadap aku. Aku tahu, kau pun sebenarnya dah tak
tahan dengan aku kan? So bila agak agaknya kita nak bercerai?” Erish sudah
berdiri dihadapan lelaki itu. Dia memandang dengan pandangan sinis. Dia benar
benar mengharapkan perpisahan antara mereka. Dia sudah tidak betah untuk
tinggal bersama lelaki itu lagi.
“Erish Damia. Awak kena belajar terima takdir yang Allah
tentukan dalam hidup awak. Kalau awak tak boleh terima saya sekarang. It’s
okay. Saya tak akan paksa. Cuma, saya tak pernah berhenti berdoa supaya Allah
lembutkan hati awak. Saya tahu, ni bukan diri awak yang sebenar. Awak bertindak
macam ni sebab awak protes dengan keputusan papa. Kan?” Balas Hakimi tenang.
Namun jauh di sudut hatinya, terluka dek kerana permintaan isterinya yang mahu
dirinya dilepaskan.
“And last for tonight, I will not let you go. Awak jodoh
saya. Tau.” Isyraf Hakimi menyambung kembali ayatnya. Jarinya spontan mencuit
lembut hidung isterinya. Hakimi tunduk
mengutip bungkusan plastik yang dilempar oleh Erish.
“Dasar lelaki sakit otak! Aku akan buat sampai kau rasa kau
lelaki paling bodoh sebab tunggu orang yang tak akan buka hati dia untuk kau!
Looser!” Erish bertempik sekuat hati sebelum masuk semula kedalam kamarnya dan
menghempas kuat pintu biliknya itu.
******
“Where are you want to go Encik Isyraf Hakimi?” Soal Erish
sejurus dia melihat susuk tubuh suaminya berjalan mahu menuju ke pintu utama
rumah mereka.
“Abang nak keluar kejap. Pergi surau.” Balas Hakimi lembut.
Dia senyum melihat isterinya. Erish hanya membuat muka bersahaja. Tidak betah
dipandang begitu oleh suaminya. Meluatnya aku dengan pak lebai ni. Eii.
“Nak buat apa pergi surau?”
“Orang pergi surau buat apa? Solatlah sayang. Abang dapat
jemputan bagi ceramah dekat surau area rumah kita ni. Lepas solat isyak, abang
start bagi ceramah. Jom sayang ikut abang. Best tau topik malam ni.” Balas
Hakimi ceria.
“Konon konon sweet lah ni ajak wife pergi surau sama sama? Kau
tahukan yang aku memang tak akan ikut kau? Tak kuasa nak ikut.” Erish membalas kasar.
Dia tidak tahu mengapa hatinya sering sahaja mendidih bila bersama dengan
suaminya itu.
“Saya tak cakap saya sweet, tapi kalau awak yang cakap
memang betul lah tu kan. Tahu. Tapi manalah tahu, kot kot tergerak hati awak
nak ikut saya. Awak kan bukan ada pendirian yang tetap.” Balas Hakimi bersahaja
sambil membuat mimik muka.
“Hello! Kau kalau nak pergi jadi baik pergi sorang, takpayah
nak paksa orang lah. Aku meluat tengok kau pakai macam ni tahu tak!”
“Haaa. Meluat? Tak apalah lepas ni saya pakai seluar pendek
and singlet. Baru nampak handsome kan? Rock gitu.” Sengaja dia mahu menyakat
isterinya yang sudah mula naik angin itu. Pantang diusik, pasti mengamuk. Erish
Erish. Perangai kalah budak tadika.
“Kau takpayah nak perli aku sangat lah! Pukul berapa kau
balik?”
“Ada improvement. Selalunya tak pernah tanya soalan macam
tu. Abang balik pukul 11.30 maybe. After ceramah habis ada jamuan sikit, so
maybe lewat. Why? Nak kirim apa apa?” Kedua dua tangannya diseluk ke dalam
poket baju melayunya itu.
“Aku lapar. Tak tahu nak makan apa.” Erish mengadu kepada
suaminya. Bola mata Erish memandang Hakimi dengan pandangan yang sukar untuk
ditafsirkan. Hakimi terpanar. Semenjak mereka berkahwin. Inilah kali pertama
dia mendengar suara isterinya seperti mengadu kepadanya. Minta untuk
ditenangkan.
“Oh, sayang abang lapar. Boleh tunggu tak? Lepas abang habis
ceramah, abang bawak sayang makan kat luar. Okay?” Soal Hakimi sambil mengusap
perlahan rambut ikal mayang isterinya.
“Jangan balik lambat, dah pergi lah ke mana pun kau nak
pergi.” Erish bersuara perlahan. Tangan suaminya yang memegang kepalanya
dijatuhkan perlahan. Dia berlalu ke tingkat atas. Hakimi tersenyum melihat
tingkah laku isterinya.
******
Hakimi memberhentikan kereta isterinya di hadapan sebuah
restoran. Dia memandang sekilas wajah isterinya yang berkerut kerut keningnya.
“Hei, nak makan kat sini ke?” Erish membulatkan matanya
memandang Hakimi yang sudah mematikan enjin keretaanya itu.
“Eh taklah. Nak pergi berjoget kat depan orang ramai ni.
Jomlah.”
“Kau ni kan Isyraf. Aku tanya elok elok tau. Balas macam
orang taktahu adab.” Balas Erish bengang.
“Okay, sorry. Ye Datin. Driver cabuk awak nak ajak makan
sini. Dah lah sebelum ramai orang, jom masuk.”
“Ehh wait. Kau nak turun dengan pakai kopiah bagai? Tak
perlu la nak sambung bagi ceramah kat sini pula. Kecoh lah kau ni.” Erish
menarik kasar kopiah yang menutupi rambut Hakimi.
“Apa salahnya. Bukan saya ni tak pakai apa apa. Kalau awak
rasa nak makan angin, duduk lah kat sini. Perut saya dah nyanyi lagu itik
pulang petang. Selamat makan angin.” Hakimi malas mahu melayan kerenah Erish,
dia segera keluar dari perut kereta itu.
“Sedap?” Soal Hakimi selepas dia menghabiskan suapan
terakhirnya. Erish masih lagi menikmati fish and chip yang dipesannya.
Berselera isterinya makan. Hatinya berbisik kegembiraan. Senang melihat
isterinya seperti membuka sedikit ruang untuk dirinya.
“Gila tak sedap? You tahu tak. I selalu datang sini. My
favorite restaurant. I taktahu pula you pun pernah makan dekat sini. Dekorasi
restoran ni unik. I suka sangat you tahu.” Balas Erish girang. Bahasanya juga
sudah bertukar. Jelas Hakimi pelik dengan sikap isterinya. Namun dalam hati
memanjat kesyukuran kerana isterinya sudah mula berlembut dengannya.
“I-you? Wah. Amazing.” Hanya itu yang terluah dari bibir
Hakimi. Erish tersentak. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya bertukar bahasa
dengan Hakimi. Seboleh mungkin dia membuat lagak selamba.
“Apahal kau ni? Aku cakap I-you sebab kita dekat tempat
awam. So tak manis kan kalau orang dengar bahasa kasar yang biasa aku gunakan.”
“Ohh, tahu tak manis. Tahu kasar. Depan orang je cover.
Dengan suami main lepas?” Hakimi menjongket keningnya sedikit.
“I don’t care about your feelings.” Balas Erish tanpa perasaan.
“Alright then. Teruskan lakonan mantap awak. Saya suka
tengok.” Balas Hakimi lalu meneguk jus manga yang dipesan.
“Awak. Papa ada call saya siang tadi. Dia rindu sangat dekat
awak. Since kita kahwin, almost 5months. Saya rasa awak dah takbalik sana lagi
kan?” Hakimi bersuara memecah kesunyian antara mereka.
“So, apa kaitan dengan I? Dia punya rindu dia tanggung
sendiri lah.” Erish sebal setiap kali Hakimi mengajaknya menziarahi papanya.
Bukan sekali Hakimi mengajaknya ke rumah papanya. Sudah berbuih mulut lelaki
itu. Erish masih lagi marah dengan tindakan papanya.
“Kaitan lah. Awak anak dia. Lupa? Nyanyuk? Amnesia dah?”
Hakimi berseloroh membuatkan gadis itu mencubit lengannya sehingga dia mengaduh
kesakitan.
“If you want to go, pergi sorang. Tak payah sibuk ajak I. I
tak ada rasa nak lawat dia.”
“Sayang, tak elok sayang cakap macam tu. Saya tahu apa yang
awak lalui selama ni. Tapi tak patut tau awak tak bagi peluang dekat papa
betulkan silap dia. Papa dah banyak berubah.”
“Apa yang you tahu? Sakit I. I yang tanggung. You tak faham
sebab you tak ada dekat tempat I. You tak tengok pederitaan seorang isteri
bertarung nyawa sedangkan suami sibuk berfoya foya dengan perempuan lain. You
tak faham.” Erish menghamburkan kekecewaannya. Jelas, Erish masih tidak dapat
memaafkan semua kesilapan papanya. Hatinya sebak mengenangkan nasib mamanya
yang diabaikan seorang suami.
“Awak. Cuba awak bagi peluang sekali je dekat papa awak.
Saya yakin dia tak akan sia siakannya. Selagi awak masih mempunyai seorang
ayah, awak hargailah dia. Jangan bila batu nisan dah terpacak. Baru awak nak
meratap. Tak guna dah masa tu sayang.” Balas Hakimi cuba untuk meyakinkan
isterinya yang bapa mertuanya sudah benar benar berubah. Dia tidak mahu melihat
dua beranak itu bermasam muka bertegang urat berpanjangan.
“I tak boleh lupa apa yang papa buat dekat mama. Hati I
sakit.” Nada suaranya sudah bertukar. Matanya seakan akan mahu mengalirkan air
jernih. Namun sebolehnya dia tidak mahu nampak lemah dihadapan suaminya.
“Abang tahu, bukan senang kita nak lupakan apa yang pernah
terjadi. But at least, sayang jangan buat papa seperti tak wujud. Dia rindukan
sangat anak perempuan dia yang comel ni. Kita balik rumah papa esok ya sayang?”
Hakimi memegang erat jari jemari Erish.
“No. I malas. Banyak kerja. Kalau you nak balik, pergi balik
sorang. I dah kenyang. I tunggu you dalam kereta.” Erish bingkas bangun
meningggalkan suaminya. Hakimi menghantar isterinya dengan ekoran mata. Sejurus
kemudian dia bangkit membuat pembayaran.
*******
Hakimi terkocoh kocoh mendapatkan isterinya yang sedang sibuk
bersiap siap untuk ke hotel. Tanpa dipelawa, Hakimi dengan pantas masuk ke
dalam bilik isterinya.
“Hei! Apahal kau masuk bilik aku? Keluar!” Erish terkejut
melihat suaminya sudah berdiri terpacak dihadapannya. Muka lelaki itu tampak
risau.
“Oh. Sorry sorry. Saya ada hal penting nak cakap dengan awak
ni.”
“Hal apa? Tak boleh ke tunggu aku keluar? Serabutlah kau
ni.”
“I just received call from your brother, papa masuk ICU.
Tiba tiba kena serangan jantung masa dalam meeting. So, jom.” Hakimi sudah
menarik pergelangan tangan Erish untuk mengikutinya ke hospital.
“Wait. Kenapa Zarul tak call aku sendiri? Aku ni kakak dia
tau. Kau tu cuma abang ipar dia.” Soal Erish tidak puas hati. Dia merentap kasar
tangganya daripada Hakimi. Hatinya dijentik kerisauan dengan berita yang baru
sahaja dia terima. Jauh di sudut hati, dia sangat risaukan jikalau apa apa
terjadi pada papanya.
“Zarul call awak banyak kali tapi tak dapat. Awak lupa nak
charge phone kot. Dah lah, hal remeh temeh tak perlu nak persoalkan. Sekarang
ni, papa tengah kritikal. Dia perlukan awak.”
“Pergilah sorang.” Balas Erish malas, dia berlalu keluar
dari biliknya. Hakimi mengekorinya.
“Awak. Papa sakit tu. Awak tahu kan papa awak sakit apa?
Yang awak nak pertahankan ego awak ni kenapa? Cepat, saya tunggu kat kereta.”
Hakimi mula bengang dengan reaksi isterinya. Langsung tidak kisah dnegan
kesihatan bapa sendiri.
“Kau siapa nak arah arah aku? Kalau kau nak sangat melawat
dia kau pergi je lah! Banyak kerja. Harini ada meeting.”
“Ya Allah awak ni. Yang tengah terlantar dekat dalam wad tu
papa awak tau. Bukan papa orang lain! Come on Erish. Jangan fikir pasal sibuk
awak je. Fikir sikit perasaan family awak.”
“Ya papa aku. Tapi kau yang gelabah lebih kan? Relax lah,
papa tu bukan nak mati pun. ICU je pun.” Balas Erish selamba. Hatinya mendesak
untuk mengikuti Hakimi menjenguk papanya, namun dirinya sendiri tidak bersedia
untuk melawat papanya. Dia masih mahu menunjuk protes terhadap keputusan papanya.
“Awak. Jangan sampai bila papa dah tak ada baru awak nak
menangis. Melalak meraung. Masa tu, awak menangis air mata darah sekalipun.
Semuanya tak akan dapat ubah apa apa. Saya mohon kali ni, dengar cakap saya,
sayang.”
“Kalau sempat nanti aku pergi lah.” Balas Erish tanpa
perasaan.
“Boleh tak kali ni awak ketepikan semua ego, kemarahan awak
dekat papa. Tolonglah Erish Damia tolonglah. Zarul berkali kali call saya, papa
asyik meracau sebut nama awak kebelakangan ni.”
“Meeting lagi penting daripada melawat papa. Kalau papa
boleh tak pedulikan masa mama sakit, why not aku kan? Biar papa rasa apa yang
mama rasa selama ni.”
“Astagfirullah hal azim. Dendam tu penyakit hati sayang. Tak
elok, Allah tak suka. Kita pergi melawat
papa kejap. Lepas tu, awak nak pergi mana awak pergilah. Okay?” Hakimi seperti
sudah mahu putus asa. Dia sama sekali tidak menyangka begitu benci isterinya
terhadap papa kandungnya sendiri.
“Taknak.” Balas Erish sepatah. Dia mengorak langkah untuk ke
pintu utama. Hatinya benar benar keras saat itu. Tidak terkesan langsung dengan
pujuk rayu Hakimi.
“Bukakanlah pintu hati isteriku Ya Allah. Lembutkan lah hati
dia untuk memaafkan papanya.” Hakimi kesal. Dia sendiri tidak punya daya mahu
memujuk isterinya yang keras kepala itu.
********
Erish Damia berlari anak memasuki perkarangan rumah papanya
yang telah lama dia tinggalkan. Airmata yang menuruni di pipi mulusnya
dibiarkan tidak diseka. Hatinya benar benar tidak keruan saat ini. Dengan
pantas dia menapak masuk ke dalam ruang tamu rumahnya dan dia terpanar disitu.
Kakinya kaku. Diam tidak berkutik sedikit pun.
“Untuk apa kau datang?” Soal Zarul Arman yang menerpa kearah
kakaknya yang kelihatan lemah saat itu. Dia benar benar kecewa dengan apa yang
dilakukan oleh kakaknya. Sehingga arwah papanya menghembuskan nafas terakhir,
bayang kakanya masih lagi tidak muncul. Berkali kali dia cuba menghubungi
kakanya itu namun panggilannya dipandang sepi. Hatinya benar benar kesal.
“Za.. Zarul. Aku nak tengok papa.” Balas Erish Damia bersama
deraian airmata yang tidak henti henti mengalir. Telinganya sedari tadi disapa
dengan ayat suci al-quran surah Yassin.
“It’s too late. Kau kan sibuk sangat dengan kerja kau,
pergilah buat apa kau nak buat. Pasal papa, urusan pengebumian semua biar aku
yang uruskan.” Balas Zarul mendatar.
“Zarul jangan buat aku macam ni Zarul. Aku anak papa,
bagilah aku peluang nak tatap wajah papa for the last time. Zarul please
Zarul.” Hatinya merintih kepiluan melihat sekujur badan terlantar kaku di ruang
tamu rumahnya. Dalam hati tidak henti henti dia menyalahkan diri sendiri kerana
terlalu ikutkan kata hati. Dia jijik melihat dirinya sendiri.
“Baru sekarang kau nak jenguk papa? Aku call kau berkali
kali. Abang Kimi pujuk rayu kau supaya melawat papa, kenapa kau buat tak
peduli? Kenapa?!” Nada suaranya sudah tidak terkawal. Dia terkilan kerana tidak
dapat menunaikan hajat arwah papanya untuk bertemu dengan puteri kesayangannya.
“A.. Aku tahu aku salah Zarul. Aku tahu, tapi jangan siksa
aku macam ni. Aku menyesal. Sangat.” Dia sudah melorot ke bawah. Demi Allah,
dia tidak kuat saat ini. Tidak sangka kata hatinya membawa padah kepada diri
sendiri. “Maafkan Erish Pa.”
“Zarul. Abang merayu dekat Zarul. Izinkan kakak menatap
wajah arwah papa buat kali terakhir. Please Zarul.” Hakimi yang baru sahaja
sudah membaca bacaan Yassin untuk bapa mertuanya terus meluru mendapatkan dua
beradik itu. Hatinya sayu melihat keadaan isterinya yang seakan akan tidak
bermaya. Dia memegang erat bahu isterinya lalu dibawa ke dakapannya.
Zarul berlalu meninggalkan kakak dan abang iparnya tanpa
sebarang kata. Mukanya mendung tidak bercahaya. Fikirannya serabut tika itu.
Tidak menduga keluarganya diduga dengan dugaan hebat ini.
******
Sudah seminggu Tan Sri Azir pergi menghadap Ilahi. Selama
itu juga Erish berkurung di dalam biliknya tidak mahu bercakap dengan Hakimi.
Semasa menghadiri majlis tahlil arwah papanya, dia juga hanya mendiamkan diri.
Sesekali, Hakimi lihat isterinya mengalirkan air mata jernih. Hatinya dipaut kesayuan.
Sungguh, meskipun dirinya turut terkesan dengan apa yang telah terjadi, namun
dia tidak tegar membiarkan isterinya berkeadaan begitu.
Pintu bilik Erish dikuak perlahan dari luar. Erish yang baru
sudah membaca Yassin untuk arwah papanya menoleh sekilas kearah Hakimi yang
sedang mengatur langkah kearahnya.
“Maafkan saya masuk tanpa izin. Saya ketuk banyak kali tadi,
tapi awak tak menyahut pun.” Tegur Hakimi memulakan bicara. Dia sudah duduk
bersimpuh di sebelah isterinya.
“Tak apa.” Dia tunduk memandang lantai. Fikirannya kosong
tika itu.
“Awak. Awak kenapa senyap je? Maksud saya, kenapa awak
terkurung je dalam bilik ni? Taknak cakap dengan saya. Awak dah benci kan
saya?”
“Mana ada. I tak benci kan you pun. I just nak bersendirian.
I tak nak sesiapa kacau I buat sementara waktu.” Balas Erish tanpa menoleh
kearah suaminya yang sedang merenungnya sedari tadi. Nada suaranya juga sudah
tidak kasar dan membentak seperti selalu.
“Awak. Pandang saya kejap.” Hakimi menyentuh dagu isterinya.
Kedua dua tangannya kemudiannya memegang erat bahu isterinya dikalihkan untuk memandangnya.
Erish mendongak sedikit.
“Erish Damia. Saya, tak sanggup nak tengok kesedihan awak.
Saya tak kuat kalau awak terus terusan hukum diri awak macam ni. Saya tak boleh
sayang.” Hakimi meluahkan rasa hatinya dengan jujur. Erish terharu melihat
kesungguhan Hakimi untuk memujuknya. Dia melarikan diri daripada Hakimi kerana
dia merasakan dirinya begitu kotor untuk di dampingi lelaki semulia Hakimi.
“I minta maaf kalau you rasa I nak jauhkan diri dari you.
Demi Allah. I tak ada niat langsung nak buat you terasa. I tak bersedia nak
berhadapan dengan you. I malu dengan diri I. I tak layak untuk you Isyraf. Tak
layak.” Erish bersuara bersama linangan airmata kekecewaan. Ya, dia kecewa
dengan dirinya sendiri kerana selama perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun
dia mengganggap Hakimi sebagai suaminya.
“Hei, apa ni cakap macam tu. Tak awak tak. Jangan fikir
macam tu. Awak isteri saya yang sah. Tak ada isitlah layak atau tak. Awak milik
saya. Selamanya Erish.” Tangan sasanya menyeka airmata si isteri. Erish hanya
membiarkannya sambil memejamkan kejap matanya.
“Isyraf. I minta maaf. I minta maaf dari awal perkenalan
kita sampai sekarang, sebab I dah banyak sakitkan hati you. Kurang ajar dengan
you. Nafikan hak you sebagai seorang suami. I jahil sangat Isyraf. I banyak
sangat lukakan hati orang orang yang sayangkan I. I hate my self.”
“Sayang, saya dah lama maafkan awak. Saya tak nak awak
ungkit lagi hal tu. Kalau awak nak tahu, saya tak pernah berhenti berdoa di
setiap solat saya supaya Allah lembutkan hati awak. Untuk kembali ke jalan
Allah. Untuk terima saya sebagai seorang suami, bukan hanya suami atas kertas.
Saya takpernah missed sebut nama awak dalam doa saya, tau.” Hakimi tunduk
mencium kepala isterinya yang ditutupi telekung yang dipakai oleh Erish.
“Kenapa you baik sangat? Banyak sangat dosa I dekat you.
Dekat papa.” Soal Erish hiba.
“Sayang, kan abang pernah cakap. Abang tak akan give up nak
pujuk sayang, bimbing saya. Sebab abang yakin. Isteri abang yang comel ni. Walaupun
dia kasar, dalam hati ada taman taman bunga. Walaupun bicara dia menyakitkan
hati, tapi ada kejujuran disebalik kata kata dia. Walaupun muka masam mencuka,
terselit kecomelan bila marah.” Ujar Isyraf sambil bibirnya tidak lekang
daripada tersenyum. Hatinya berasa lapang, akhirnya isteri yang selama ini
berkasar dengannya, sudah berubah.
“Terima kasih abang. Erish tak tahu nak balas macam mana.
Tapi I tak sempat nak minta ampun dengan papa. I banyak buat salah dengan dia.
I sia sia kan waktu yang ada. I bukan anak yang baik.” Air matanya berlinangan
tanpa henti apabila terkenangkan arwah papanya itu. Sehingga ke harini, dia
sendiri menyesali perbuatannya dan masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.
“Papa dah lama maafkan sayang. Papa tak marah atau simpan
apa apa dendam pun dekat sayang. Kan sayang dah baca surat yang arwah papa
tulis untuk sayang. Papa dah halalkan dan ampunkan semua perbuatan sayang.
Sekarang ni, sayang dah berubah, jangan ingat lagi perkara yang lama. Okay?”
“Tapi papa…” Belum sempat Erish meneruskan ayatnya, Hakimi
pantas memotong.
“Kita sebagai umat Islam, kena redha dengan apa yang telah
ditentukan oleh Allah. Kalau sayang asyik salahkan diri sayang, maknanya sayang
tak redha dengan pemergian papa. Yang dah berlalu, kita takdapat nak kembalikan
semula. Sebab tu sayang, selagi ada. Hargai. Lumrah manusia, bila seseorang itu
pergi daripada hidup kita, baru kita sedar yang selama ni kita sangat perlukan
dia. Baru kita rasa kehilangan yang amat mendalam.”
“Abang. Terima kasih untuk nasihat nasihat yang abang
berikan dekat Erish selama ni. Terima kasih sebab selamatkan Erish haritu.
Terima kasih sebab tak pernah berhenti berharap dengan Erish. Dan, thankyou so
much sebab sanggup pertahankan hubungan ni.” Erish meletakkan kepalanya didada
bidang si suami. Untuk kali pertamanya sepanjang mereka berkahwin, Erish berasa
tenang disisi Hakimi.
“Saya kan prince awak. Di import khas dari planet pluto. I
will do anything for you. Bukan untuk
orang lain kan. Untuk bini sendiri. Apa salahnya, yedak?” Ujar Isyraf bersahaja
membuatkan isterinya tergelak kecil. Kelakar dan selamba, itulah sifat Isyraf
Hakimi yang kadangkala menyebalkan hati Erish.
“I ada peluang lagi tak?” Soal Erish setelah tawanya reda.
“Peluang apa sayang?” Hakimi menyoal kembali. Keningnya
berkerut dengan pertanyaan isterinya itu.
“Chance to win your heart?” Soal Erish penuh makna sambil
merenung dalam bola mata suaminya.
“Bukan dah dapat?”
“Bila?”
“Saya dah lama bagi hati saya dekat awak. Since first day
saya jumpa awak. Awak yang tak sedar.”
“Masa tu kan saya tak insaf lagi. Masih terejal dan tak ada
perasaan, so now. Ada lagi tak peluang tu?” Soal Erish bersungguh sungguh ingin
tahu. Dia khuatir jikalau hati suaminya berubah kerana sikap egois dan
pentingkan diri sendiri selama ini.
“Always, sweetheart.” Hakimi membisik di telinga isterinya.
Perlahan, bibirnya dijatuhkan lembut ke dahi isterinya. Erish memeluk erat
suaminya seakan akan tidak mahu melepaskannya.
“Erish Damia. No matter what has happened. No matter what
you have done. No matter what you will do. I will always love you. I swear it.”
Kata kata romantis itu terluah dari bibir Hakimi membuatkan Erish tersentak.
Dia ralit merenung suaminya yang tersenyum tampan. Tangan sasa lelaki itu tidak
lepas dari mengusap belakang badannya.
“Apa yang abang faham tentang cinta?” Soal Erish secara tiba
tiba.
“Honestly, abang tak tahu apa apa sebab abang takpernah
bercinta sayang. Tahu tahu je, abang terus kawhin.” Balas Hakimi sambil
menjuihkan bibirnya. Sungguh, Erish Damia adalah gadis pertama yang mencuri
hatinya.
“Seriously? So kiranya Erish ni first love abang lah?” Soal
isterinya teruja.
“Exactly my dear.”
“Taktahu nak cakap macam mana. Terharu. Terharu dengan apa
yang abang korbankan untuk Erish selama ni. Macam mana nak balas eh?”
“Sayang balas dengan kasih sayang cukup lah. Be a good wife,
jadi perempuan solehah. And ibu yang terbaik untuk khalifah khalifah kecil kita
yang bakal lahir nanti.” Balas Hakimi penuh makna.
“Tapi abang kena janji dulu! Abang bimbing Erish, betulkan
silap Erish kalau Erish buat salah. Boleh?”
“Nanti abang kena tengking lagi kalau abang nasihatkan
sayang. Takut tau. Wife abang kalau mengamuk, kalah gorilla kat hutan tu tau.”
Hakimi sengaja mahu mengusik isterinya.
“Abang jahat….” Balas si isteri dalam nada merajuk. Terkesan
dengan kata kata suaminya.
“Sayang sayang, abang gurau je. Betul, takada niat nak
ungkit kisah lama. Abang janji. Selagi abang bernyawa, abang takan biarkan
Erish terkapai kapai keseorangan. Abang akan lengkapkan hidup sayang. Penuhi
apa yang kurang. Hmm. Senyum sikit. Kalau tak abang cium bibir tu, muncung
muncung nak pergi mana?”
“Pergi cari husband baru.” Balas Erish selamba.
“Kenapa? Yang depan mata ni tak cukup kacak?”
“Yang depan mata ni terlebih kacak. Terlebih handsome. Tersangatlah
sempurna untuk Erish.” Erish memaut erat lengan suaminya.
“I love you.” Tanpa diduga, kalimah cinta itu terlafaz juga
dari bibir Erish Damia. Dia menghadiah kucupan kasih sayang ke pipi si suami.
Hakimi tergamam seketika dengan tindakan pantas isterinya.
“Fuih, first time ni. Nasib baik tak pengsan abang tau.”
Hakimi membuat memek muka terkejut sambil mengusap lembut dadanya sendiri.
Sengaja mahu mengusik si isteri yang kelihatan gelabah. Seronok mengenakan si
isteri.
“Tak boleh ke nak I love you suami sendiri?” Soal Erish
perlahan. Hatinya berasa sedikit menjauh.
“Boleh sayang. Anytime. I’m yours baby. Love you more, my
sweet girl.” Sebuah kucupan mesra menjadi habuan kedua dua belah pipi Erish.
Erish tersenyum bahagia.
“Kenapa abang sayang Erish?”
“Cause all of me, loves all of you.” Hakimi mencium lembut
hujung hidung isterinya. Erish tersenyum mendengar jawapan daripada si suami.
“Sayang sweet sangat lah.”
“Sweet saya hanya untuk isteri dunia akhirat saya ni.”
“Sayang, I need your help.” Erish menyoal dengan nada yang
serius. Dia sudah memegang erat tangan suaminya lalu dibawa ke pehanya.
“Apa dia sayang?”
“Kalau abang nak pergi dengar ceramah dekat masjid or nak
bagi ceramah. Boleh tak ajak Erish sekali?” Soal Erish ragu ragu. Dia masih ingat,
Hakimi sering mengajaknya menghadiri ceramah di surau, namun ajakan suaminya
sering sahaja ditolak dengan kasar.
“Mestilah boleh sayang. Tak kan abang nak dapat pahala
sorang sorang je kan? Mestilah abang ajak, isteri abang ikut sekali. Do you know
what sayang? Abang tak sabar nak tengok isteri abang pakai tudung. Tak sabar
sangat.” Hakimi meluahkan isi hatinya yang tidak terluah selama ini.
“Erish pun ada terfikir nak ubah penampilan Erish. Tapi tu
lah Erish tak reti sangat bab bab ni. Abang boleh tolong?” Erish merasakan
sudah tiba masanya untuk dia kembali ke jalan Allah meninggalkan segala
larangan yang selama ini dia langgar.
“Yang ni lagi lah abang boleh tolong. Esok, kita pergi butik
muslimah. Okay? Abang bersyukur sangat, sebab isteri abang terbuka hati untuk
berubah.”
“Ni semua sebab doa abang.”
“Dan doa arwah papa. Allah hadirkan hidayah dalam diri
sayang sebab Allah sayang kan Erish. Dan abang tak akan sia sia kan peluang
yang terhidang depan mata. Abang akan bimbing sayang. Tegur bila sayang
terleka. Nasihat kalau sayang tersilap langkah. Kita sama sama lengkapkan
kekurangan masing masing tau?” Hakimi mengusap dagu runcing isterinya.
“Terima kasih abang untuk semua ni.”
“Tu memang tanggungjawab abang sebagai seorang suami.
Sayang, kita qiamulail malam ni nak?”
“Nak tapi…”
“Kenapa? Nanti abang ajar, don’t worry. Kita buat sama sama.
Nak sayang?”
“Mestilah nak, jangan tamak tau. Kalau nak buat benda baik,
ingat sikit wife dekat sini.” Ujar Erish sambil merebahkan kepalanya didada
suaminya.
“Ya sayang. Abang ingat tu. So malam ni kita overnight
dekatkan diri dengan Allah. Mesti lepas ni sayang rasa tenang. InsyaAllah.”
“Kalau sayang tak jumpa abang, mesti semua ni tak akan jadi.
Kan?”
“Jangan cakap macam tu sayang. Sekarang ni sayang faham kan,
takdir Allah tu indah? Allah dah aturkan semuanya cantik je untuk kita. Cuma
kita, perlu sentiasa mantapkan iman. Topup amal ibadah setiap hari.” Hakimi
merebahkan kepalanya dipeha isterinya yang sedang duduk bersila. Kepalanya
didongak memandang isterinya.
“Alright Encik ustaz kesayanganku.” Erish bermain main
dengan rambut suaminya itu. Dalam hati tidak henti henti memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menitipkan
kebahagian kepada dirinya.
*******
“Sayang jalan slow slow. Kita nak sampai dah ni.” Hakimi
memimpin jari jemari Erish. Erish hanya mengikut kata si suami sambil memaut
lembut lengan sasa suaminya.
“Kita nak pergi mana ni abang? Lambat lagi ke?”
“Sabar lah sayang. Haaa, dah sampai dah pun.”
“Dah boleh bukak ikatan ni abang?” Soal Erish yang rimas
dengan ikatan kain berwarna hitam yang menutupi pandangan matanya itu. Dia
sendiri tidak tahu kemana suaminya mahu membawanya pergi malam malam begini.
Ada ada sahaja Hakimi ni.
“Okay baby girl abang dah boleh buka mata luas luas. Jangan
sampai terkeluar biji mata tu pula tau.” Ujar Hakimi sambil tersenyum simpul.
Dia meleraikan ikatan kain itu.
Erish yang sedang memaut lengan suaminya itu spontan menekup
bibirnya dengan kedua dua belah tangan. Dia tergamam melihat apa yang ada di
depan matanya itu. Perlahan lahan kakinya menapak mendekati sesuatu yang
menarik perhatiannya. Hakimi membawanya di tepi pantai rupanya. Patut lah
sedari tadi terasa seperti berjalan di atas pasir pasir halus. Erish mendekati
sebuah meja kecil di bawah sebatang pokok, meja itu dialas dengan alas meja
yang tercoret namanya bersama si suami. “ Comelnya..” Makanan yang terhidang di atas meja itu semuanya makanan
kegemarannya. Pasir di pantai itu dipenuhi dengan gambar gambar perkahwinan
mereka. Di susun menjadi bentuk love. Erish tersentak melihat botol botol kecil
yang disusun membentuk namanya “Erish Damia” Dia mendekati botol botol itu dan
setiap satu daripada botol kecil itu mengandungi nota nota ringkas dicoret khas
oleh si suami. Antaranya “ I love you, annoying girl, princess garang, gorilla
seksi, my soulmate, my short girl, my sweet wife, biniku tomboy, isteriku
solehah, my pumpkin.” dan botol terkahir mengandungi nota kecil berbentuk hati
yang berbunyi “Hi awak. Kenapa awak comel sangat bila bertudung? Awak memang
comel dari kecil eh? Nak jadi ustaz awak boleh?” Erish tersenyum membaca bait
bait kata yang ditulis oleh si suami. Boleh tahan juga suaminya ini. Dia
kemudiannya berlari lari anak mendapatkan suaminya yang sedang tersenyum
memandangnya.
“Jangan cakap yang semua ni abang yang buat?” Erish menyoal
suaminya. Matanya merenung mata hazel milik suaminya. Tidak sepet seperti
keinginanya tapi cukup menyenangkan bila memandang.
“Kalau abang yang buat kenapa? Nak terharu ke nak nangis? Ke
nak peluk abang?” Tangannya sudah melingkari ramping kecil isterinya.
“Seriously? Tapi bila abang buat semua ni? Petang tadi kan abang
ada dengan sayang dekat hotel. Bila masa?” Erish melontarkan soalan sambil
mengecilkan sedikit matanya.
“Abang keluar senyap senyap lah. Kalau tak nanti kantoi
ler.” Ujar Hakimi sambil menjuihkan bibir.
“Pandai kan.”
“Well, tengok sikit husband siapa? Kena lah bijak kalau nak
buat suri hati abang ni sentiasa happy.” Angin sepoi sepoi yang menyapa
membuatkan Erish sedikit menggigil. Lantas Hakimi mengeratkan pelukan.
“So semua ni untuk…”
“Yaa, untuk sayang. Semua ni, hadiah daripada abang untuk
sayang. Abang tak tahu macam mana nak cakap dekat Erish, so I make this for
you. Gift for you sebab sudi jadi yang halal untuk abang.” Hakimi meluahkan
penuh perasaan, dia mahu isterinya mengerti bahawa dia sangat menyanyangi
isterinya.
“Nak nangis boleh? Thank you so much.” Erish menyentuh
lembut dagu suaminya.
“No no no. Abang tak akan biarkan air mata sayang mengalir.
Even sayang cakap sayang nangis sebab terharu. No, kalau terharu dengan semua
ni. Peluklah abang sayang kuat kuat. Bukan nangis. Cair make up tu karang.”
Ujar Hakimi bersawa tawanya.
“Tak sangka, orang yang paling Erish benci dulu. Sekarang ni
dia lah insan yang paling Erish tak nak berenggang walaupun sesaat.”
“So sayang tak kisah bersuami kan pak lebai yang selalu duk
pakai kopiah? Yang hanya ada kereta kancil cabuk besi buruk yang macam nak
roboh tu?” Soal Hakimi sengaja mahu menduga isterinya.
“Cinta bukan terletak pada rupa, harta or status. Erish tak
kisah, sebab abang pun boleh terima Erish yang dulu banyak sangat buat salah
dengan abang. Why not Erish terima kekurangan abang?”
“Sayang, abang tak nak hilang penyeri hidup abang. Jangan
pergi jauh jauh dari abang tau?” Hakimi membetulkan selendang isterinya yang
ditiup angin.
“Tak pergi mana mana. I duduk bawah ketiak you je.” Balas
Erish dalam nada bergurau.
“Tak pengsan nanti?” Soal Hakimi sambil menjongketkan
keningnya ragu ragu dengan jawapan si isteri.
“Kalau duduk dalam hati abang, boleh tak? Tak ada siapa nak
rampas sayang dari abang. Kan?”
“Sure. Si kenit duduk dalam hati abang sado diam diam
tau. Sebab, abang sado sayang ni
perlukan sayang sampai bila bila.” Hakimi tunduk mencium dahi isterinya penuh
kasih. Terasa kebahagiaan yang selama ini dia cari sepanjang perkahwinan
mereka. Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju meja kecil di bawah pokok.
“Sayang, cuba sayang tengok dalam handbeg sayang. Ada apa
apa tak?” Hakimi bersuara selepas mereka selesai menikmati hidangan makan malam
mereka.
“Abang ada letak apa apa ke?” Soal Erish pelik. Jarang
sekali suaminya menyimpan apa apa di dalam handbegnya.
“Tadi ada bangla mana entah
bagi something kat abang. Tak sempat nak baca tu abang letak dalam handbeg
sayang. Tolong tengok sayang. Mana tahu penting ke.” Kata Hakimi dengan wajah
yang serius.
Erish menurut kata suaminya. Beberapa saat kemudian dia
memandang si suami dengan pandangan yang tidak percaya. Dia memegang sekeping
kad kecil berwarna merah hati.
“So abang lah bangla tu? Apa yang dalam kad ni serious ke?”
Soal Erish tidak percaya.
“Buat kerja part time. Menyamar jadi bangla kejap. Ya
kenapa? Tak suka?”
“Gila tak suka. Bangla ni cakap “My pretty wife, next week
kita akan pergi honeymoon dekat Paris and then terus pergi Hong kong sebab
sayang suka tengok cina sepet. So tengok lah puas puas ya. And next month kita
pergi umrah. So my sweet princess nak teman I tak?”” Hakimi hanya tersenyum
mendengar bicara isterinya yang menahan tawa. Sengaja dia menggelarkan dirinya
bangla, hobinya menyakat si isteri.
“So sayang nak teman abang tak? Ke nak biarkan abang pergi
sorang…”
“Mesti lah ikut! You husband I. And I as wife, sentiasa ada
disamping you. Abang. Sayang taktahu nak cakap apa. Terharu sangat dengan
semua yang abang buat untuk sayang. Comel sangat.” Hati perempuannya benar
benar tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh suaminya sepanjang perkahwinan
mereka. Sungguh. Isyraf Hakimi adalah lelaki terbaik buat dirinya.
“I am completely in love with you. My man.” Erish sudah
memaut lembut bahu suaminya yang masih lagi duduk menghadapnya. Dia menuturkan
kata kata romantis itu seikhlas hatinya. Cintanya tulus hanya untuk Isyraf
Hakimi sahaja. “ Terima kasih papa.” Hatinya bersuara mengenangkan arwah papanya
yang menyatukan mereka berdua sehingga dia berpeluang merasai kebahagiaan yang
tidak terhingga ini.
“And I am in love with all your little things. InsyaAllah.
Cinta halal kita bersemi sampai syurga.” Hakimi mengendong isterinya yang
kelihatan sangat bahagia tika itu. Dia memanjat kesyukuran kerana akhirnya dia
mampu mendidik Erish menjadi isteri yang terbaik untuk dirinya.