Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 22 August 2015

Be mine, Eh? Bab16

Nedzrish memandang pelik ke arah isterinya yang sedari tadi mengelamun di birai katil. Entah apa yang menganggu fikiran isterinya, dia sendiri tidak dapat meneka. Nedzrish menghampir si isteri sambil berdehem.

“Er awak. Awak nak salin baju ke?” Pantas soalan itu terpacul keluar dari mulut Qalish Audrina. Dia segera mendongak memandang ke arah Nedzrish yang sedang menatap wajahnya.

“Bilik ni memang digunakan hanya untuk salin baju je ke? Tak boleh nak buat benda lain dalam bilik ni?” Soal Nedzrish sambil dia dengan selamba duduk di sebelah isterinya. Qalish Audrina yang tidak selesa bahu mereka bersentuhan, berganjak ke tepi sedikit.

“Bukan lah macam tu. Awak tegur saya ni ada nak apa-apa ke?”

“Aku nak tanya, kenapa muka kau ketat macam seluar jeans aku tu? Muka tak berseri langsung. Apa masalah kau sebenarnya ni?” Soal Nedzrish tanpa ragu-ragu. Entah kenapa hatinya begitu mendesak ingin tahu sebab sebenar isterinya muram sejak mereka pulang dari bercuti.

“Ketat? Mana ada, muka saya biasa je lah. Saya tak ada masalah apa-apa.” Balas Qalish Audrina acuh tidak acuh. Dia kembali menundukkan wajahnya sambil jari-jemarinya bermain dengan hujung bajunya.

“Tak payah tipu lah Qalish. Aku perhati je kau ni, sejak kita sampai rumah pagi tadi. Kau langsung tak keluar dari bilik. Seronok sangat ke terperap dalam bilik ni?”

“Saya penat lah, saya nak rehat lah sekejap. Mama ada cari saya ke?”

“Kalau penat, tidur. Bukan mengelamun entah jauh mana dah kau fikiran kau pergi. Kau jadi macam ni mesti sebab ada kaitan dengan lelaki tadi kan?” Nedzrish terus mengajukan soalan yang sememangnya dia ingin tahu jawapannya. Tersentak wajah isterinya lalu mata isterinya membulat memandang wajahnya.

“Hah. Yang kau duk tenung muka aku sampai nak terkeluar biji mata tu dah kenapa? Aku tanya, jawab lah.”

“Sejak bila awak pandai ambil tahu pasal saya? Saya nak muram ke, nak monyok sekalipun. Tak ada kaitan lah tak dengan awak.”

“Memang lah tak ada kaitan. Kalau boleh, aku tak nak pun tanya kat kau apa masalah kau. Sebab aku tahu, perempuan kepala batu macam kau ni memang degil. Aku tanya sebab aku rasa kau tak patut muram sebab lelaki.”

“Eh, kalau awak tak tahu apa-apa. Boleh tak jangan nak buat sebarang tuduhan melulu?” Qalish Audrina sudah mulai berang dengan sikap Nedzrish yang padanya agak mendesak. Sudahlah fikirannya sedang kusut memikirkan tentang Ammar Riyahd.

“Aku ni pun lelaki jugak Lish. Aku tahu lah apa yang ada dalam fikiran mamat tu walaupun kau tak ceritakan pada aku hal sebenar. Kalau dia nak kan kau, dah lama dah kau jadi isteri dia. Bukan terpaksa jadi isteri budak U macam aku ni. Fikir lah.”

“Awak bercakap seolah-olah awak ni cukup bagus untuk memperlekeh orang lain kan? Saya tak ada apa-apa hubungan lah dengan lelaki tadi tu. Kan saya dah cakap, dia kawan masa saya sekolah rendah.”

“Kau cuba untuk tipu aku kan sekarang ni? Come on lah Lish, perubahan kau tu ketara sangat lah lepas jumpa dia. Kalau aku tak perasan, maknanya aku ni manusia tak ada hati. Kalau nak kecewa pun, cover lah sikit. Ini duk tayang, semua orang akan tahu.” Nedzrish bangkit dari duduknya, dia memeluk tubuhnya dengan berdiri di hadapan isterinya.

“Awak ni memang lahir-lahir untuk jadi manusia tak ada adab ke macam mana? Boleh tak awak berhenti bercakap, saya rimas lah!”

“Aku tak kisah pun kau nak berduka lara sebab lelaki tadi tu, tapi lainkali tolong guna taktik lain sikit untuk buat dia cemburu. Aku geli tahu tak kau panggil aku “sayang”. Rasa macam nak campak kau jauh ke dasar lautan.” Nedzrish tunduk mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya. Selesai melemparkan kata-kata perlian, dia segeramenghilangkan diri di balik pintu. Qalish Audrina mengeluh kasar mendengar kata-kata sindiran daripada suaminya. Dia malu kerana Nedzrish mulai dapat mengesan perubahan dirinya adalah kerana bekas teman lelakinya.


*****
“Terlanjur Lish dengan Rish ada dekat sini, papa ada benda nak bagitahu.” Dato’ Ezzudin menegur anak dan menantunya yang sedang bersantai menonton televisyen di ruang tamu.

“Apa pulak kali ni pa? Nak suruh kitaorang pergi honeymoon kali kedua? Tak pun nak suruh Lish pregnant?” Nedzrish yang bermain dengan telefon pintarnya memerli papanya tanpa memandang ke arah papanya yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

“Rish. Tak elok cakap macam tu dengan papa. Papa belum lagi bagitahu apa hajat dia, jangan lah Rish nak fikir yang negatif saja.” Datin Khalidah yang baru pulang daripada menziaraha sahhabatnya di hospital segera mengambil tempat di sebelah suaminya.

“Entah betul apa yang Rish fikir kan tu. Tak gitu papa?”

“Bukan, papa nak bagitahu good news kat kauorang. Rish mesti suka dengan berita yang bakal papa sampaikan ni.” Ujar Dato’ Ezzudin sambil tersenyum simpul.

“Apa je rancangan papa untuk Rish yang Rish suka? Rasanya semua yang papa aturkan untuk Rish, semua menghancurkan hidup Rish sebenarnya.”

“Awak. Cuba dengar dulu papa nak cakap apa.” Qalish Audrina menyiku lembut lengan suaminya. Dia turut bengang dengan sikap Nedzrish yang tidak habis-habis mahu mewujudkan perbahalan antara mereka dua-beranak.

“Papa nak bagitahu yang sebelum kauorang bernikah, papa ada belikan sebuah rumah. Tak jauh daripada tempat kerja Lish dengan tempat belajar Rish. Senanglah nanti kauorang nak ulang-alik. Ini kuncinya.” Dato’ Ezzudin menghulurkan kunci rumah kepada Nedzrish, namun tiada respon dari anaknya. Dia meletakkan kunci itu di atas meja.

“Kitaorang kena pindah dari rumah ni?” Soal Nedzrish dengan wajah teruja.

“Yelah, ataupun kauorang nak duduk dekat sini? Papa dengan mama tak ada masalah kalau kauorang nak tinggal dengan kami dekat sini. Cuma papa takut Lish tak selesa. Yelah, kan baru je nak bina mahligai perkahwinan.”

“Lish tak kisah pun papa. Duduk dengan papa dan mama pun okay.”

“Tapi kan jauh Lish nak ulang-alik ke butik Lish.” Bantah Dato’ Ezzudin pula.

“Baru kali ni Rish rasa Rish setuju sangat dengan cadangan papa. Betul apa cakap papa tu, papa belikan kita rumah yang dekat dengan butik kau. Supaya nanti senang kau nak pergi butik. Tak lah selalu lewat. Kan pa?”

“Rish, kenapa cakap aku-kau dengan isteri? Kan tak elok macam tu. Panggil lah dengan panggilan elok sikit.” Datin Khalidah menegur anaknya yang terlalu bersahaja menunjukkan keterpaksaannya berkahwin dengan Qalish Audrina tanpa menjaga perasaan wanita itu langsung.

“Dia okay je ma. Kau tak ada masalah kan aku panggil macam tadi? Bukan aku panggil kau katak ke, biawak ke. Boleh lah nak marah.”

“Panggilan untuk seorang isteri tu sepatutnya kenalah bagi panggilan yang elok-elok. Bukan ikut sukahati je nak panggil isteri kita apa. Daripada panggilan dah menunjukkan kasih sayang kita kepada dia. Rish sebagai seorang suami, kena sensetif soal-soal macam ni.” Dato’ Ezzudin menasihati Nedzrish tegas namun wajahnya masih lagi tersenyum.
“Tak ada apalah papa, mama. Lish okay je, tak kisah pun.”

“Mulut aje cakap tak kisah, dalam hati siapa tahu kan?”

“Apa yang papa tak puas hati lagi ni, kan Lish dah cakap dia tak kisah pun. Okay, berbalik kepada apa yang papa nak cakap kan tadi tu. Rish boleh pindah ke rumah tu sekarang kan?”

“Cepat nya. Awak nak kejar apa?” Qalish Audrina mula menujukkan ketidakpuasan hatinya. Dari awal lagi apabila bapa mertuanya memberitahu dia dan Nedzrish akan berpindah, dia mulai rasa tidak selesa. Dia sebenarnya berasa amat kekok untuk tinggal berdua sahaja dengan lelaki yang tidak sudi pada dirinya.

“Nak buat apa lama-lama dekat sini? Kan lagi cepat pindah lagi bagus. Boleh lah kita belajar hidup berdikari kat sana nanti.”

“Dekat sini pun boleh lah, tak payah nak tunggu dekat sana.” Bidas Qalish Audrina dengan wajah masam mencuka.

“Dah, nanti naik bilik. Kauorang bincang baik-baik nak pindah bila. Papa hadiahkan rumah ni sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua bersebab. Bukan atas dasar suka-suka. Papa harap Rish mampu menjadi seorang imam yang terbaik untuk menantu kesayangan papa ni.”

“Oh, okay. Tak ada masalah. Setakat nak imamkan Lish, ajar dia solat Rish okay je.”

“Bukan sekadar imam di setiap solat Qalish. Tapi papa harap Rish mampu mengemudi perkahwinan Rish dengan sebaik mungkin. Ajar lah isteri Rish mendekati islam, bukan menjauhkan dirinya daripada ALLAH. Sebab tugas seorang suami itu adalah untuk memimpin isteri, bukan membiarkan isteri lalai dan leka dengan dunia.” Qalish terharu mendengar nasihat yang dianggap sangat ikhlas kedengaran di telinga daripada bapa mertuanya. Namun berbeza pula bagi Nedzrish, dia mahu segera berpindah dari rumah orang tuanya adalah kerana dia mahu mengelakkan dirinya daripada bersemuka dengan abang dan papanya setiap hari.

“Rish dengar tak papa cakap apa tu?” Datin Khalidah menegur dengan nada suaranya yang agak lantang apabila dilihat anak lelakinya itu hanya diam membisu.

“Ye dengar. Nanti Rish buat lah.”

“Papa dengan mama nak keluar sekejap cari lauk. Bibik cuti hari ini. Rish dengan Lish fikirkan dulu, bincang elok-elok. Jangan gaduh.”

“Er, kalau Lish nak ikut papa dengan mama boleh tak?” Qalish Audrina segera menyuarakan hasratnya. Dia tidak selesa apabila ditinggalkan berdua-duaan dengan suaminya. Dia masih belum bersedia menghadapi situasi itu.

“Apasal nak ikut? Duduk je lah dekat rumah ni dengan aku. Nak takut apa? Aku ni suami kau tahu tak, kau tu dah halal bagi aku.” Lancang sahaja Nedzrish berkaa-kata sehingga papanya berdehem agak kuat.

“Rish jaga isteri kamu ni elok-elok. Jangan tahu nak marah aje. Cuba bersabar sikit layan kerenah isteri. Papa dengan mama pergi dulu.” Dato’ Ezzudin dan Datin Khalidah segera membawa kaki mereka ke pintu utama rumah itu.

“Apa tengok-tengok? Pergi lah buat air ke apa. Bukan kau nak tanya, suami kau ni haus ke tak. Agaknya lama-lama hidup dengan kau, boleh mati kehausan aku.”

“Awak ada mulut kan? Bila-bila awak nak apa-apa. Awak boleh jerit dekat telinga saya. Sebab saya ni bukan manusia yang boleh baca isi hati awak tau.”

“Aku nak air nesafe ais!” Nedzrish menjerit sekuat hatinya ke telinga isterinya sehingga Qalish Audrina mendengus kegeraman lalu dia menumbuk kasar perut suaminya.

“Jadi orang cakap sengal sangat lah! Perangai serupa macam tarzan.” Merah padam wajahnya menahan marah. Dengan hati yang masih lagi berang dengan sikap Nedzrish, dibawa kakinya untuk ke dapur membancuh air untuk si suami.





******
Nazrief menguak lembut rambutnya yang sudah terjuntai ke dahi, disentuh kembali komputer riba yang sudah ditutup. Dia kembali menaip sesuatu di atas papan kekunci komputer ribanya.

“Dah lewat malam dah ni Abang Rief, esok kerja kan?” Nazrief pantas mendongak mencari suara yang menegurnya. Pantas bibirnya melakar senyuman manis.

“Boleh Lish duduk?”

“Boleh, duduk lah.” Ujar Nazrief seraya menarik kerusi disebelahnya. Qalish jadi serba salah, dia kalau boleh mahu duduk di hadapan lelaki itu. Namun lekas-lekas dia melabuhkan duduk di sebelah Nazrief. Dia menarik sedikit kerusinya untuk menjauhkan dirinya daripada Nazrief. Nazrief yang perasan dengan tingkah laku adik iparnya hanya tersenyum nipis.

“Takut dengan Abang Rief ya?”

“Eh, mana ada takut. Tak kan lah Abang Rief nak buat bukan-bukan dekat adik ipar sendiri kot?”

“Mana tahu kan? Hati manusia siapa boleh tahu, betul tak?” Sengaja Nazrief ingin menyakat isteri adik bongsunya sehingga wajah lembut wanita itu berubah tona.

“Abang Rief jangan macam-macam.  Lish masuk balik lah macam ni.”

Qalish baru sahaja mahu bangun dari duduknya, Nazrief sudah tergelak besar memandang dirinya. Dia duduk kembali dengan wajah sebal. Tahulah dirinya sedang dipermainkan oleh abang iparnya.

“Qalish ni kelakar jugak orang nya ya. Abang gurau saja lah. Kalau abang nak buat bukan-bukan, abang kena fikir macam-macam risiko abang kena hadapi lepas tu. Dah lah, abang tak ada apa-apa niat jahat pun lah.”

“Kuat menyakat rupanya Abang Rief ni. Hmmm, Abang Rief memang selalu balik kerja lambat ke? Lish tak nampak pun masa makan malam tadi?”

“Abang baru je sampai rumah, lebih kurang sejam yang lepas. Boleh dikatakan macam tu lah, kalau abang balik awal pun bukan ada isteri yang tunggu abang. Lebih baik abang duduk ofis saja.” Nazrief menutup semula komputer ribanya, ditumpukan sepenuh perhatian berbual bersama Qalish Audrina.

“Kalau macam tu, cepat-cepat lah kahwin. Tak adalah Abang Rief sunyi lagi.” Cadang Qalish Audrina seraya tersenyum simpul. Dalam diam dia memuji penampilan Nazrief yang tampak berkarisma dan berkeyakinan. Lelaki itu masih kelihatan muda meskipun umurnya sudah mencecah 32 tahun.

“Macam mana nak kahwin, diri sendiri pun tak terurus.” Sangkal Nazrief sambil menggelengkan kepalanya. Dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin buat masa sekarang ini. Dia seronok dengan gaya hidupnya yang dikelilingi ramai wanita saban hari.

“Sebab tu lah kena kahwin cepat-cepat. Bila dah ada isteri, segala keperluan Abang Rief, dia yang akan penuhi. Tak payah pening kepala dah.”

“Macam Qalish jaga Rish sekarang ke? Abang Rief teringin nak tanya, macam mana Lish handle si Rish tu?”

“Erk. Buat apa nak jaga, Rish bukan budak kecil lagi. Dah besar dah kan.”

“Bukan macam tu Lish, maksud abang segala keperluan makan minum Rish. Qalish yang jaga kan? So macam mana kehidupan Lish selepas berumah tangga ni? Share lah sikit dengan abang.” Nazrief sengaja mahu mengorek rahsia antara mereka. Dia tahu Qalish tidak menerima layanan yang sewajarnya diterima sebagai seorang isteri. Dia cukup arif  tentang perangai adik bongsunya.

“Oh, kitaorang okay je. Macam suami isteri yang lain.” Ringkas sahaja dia membalas. Dia juga tidak menduga abang iparnya bertanyakan hal perkahwinan mereka.

“Abang kenal sangat dengan adik abang tu. Qalish tak payah lah nak buat-buat okay. Abang tahu Rish layan Qalish teruk kan?”

“Eh. Mana ada macam tu. Biasa lah kitaorang ni kan baru je kahwin. Macam Abang Rief pernah cakap dulu, banyak lagi masa kitaorang boleh mengenali antara satu sama lain. Lish masih dalam proses kenal hati budi Rish.”

“Abang harap bila Lish dah kenal siapa suami Lish, Lish tak terkejut lah. Atau lebih teruk, Lish jangan lah sampai tinggalkan dia.” Tutur Nazrief berbaur kata-kata negatif tentang adiknya. Dia sebenarnya cemburu kerana adiknya berkahwin dengan seorang wanita yang padanya sangat sempurna dimatanya.

“Kenapa Abang Rief cakap macam tu? Ada apa-apa yang Lish patut tahu ke?” Soal Qalish bersama dahinya yang sudah berkerut tanda tidak mengerti.

“Lambat laun Lish tahu juga nanti. Abang kesian sebenarnya dengan Lish. Lish selayaknya berdamping dengan lelaki yang betul-betul ikhlas mencintai Lish. Lish ada segala-galanya, Lish boleh dapatkan lelaki yang lebih baik dari Rish.”

“Apa Abang Rief cakap ni? Kan Lish dah cakap, Lish dengan Rish tak ada apa-apa masalah.”


“Sekarang yelah tak ada masalah. Takut esok lusa Lish yang tak sanggup nak hidup dengan Rish lagi. Rish tu tak ada beza pun dengan lelaki-lelaki kasanova kat luar sana tu. Abang tak nak Lish kecewa.” Nazrief segera mengambil komputer ribanya lalu dia segera bangun dari duduknya. Qalish Audrina terkebil-kebil ditinggalkan sendirian. Dia bingung dengan apa yang baru disampaikan oleh abang iparnya.

Thursday 20 August 2015

Be mine, eh? Bab15

“Tadi kau jugak yang beria-ria nak ikut aku pergi snorkeling. Dah sampai dekat Turtle Beach tadi, kau tak nak pulak turun. Apa benda yang kau nak sebenarnya ni ha?” Nedzrish mendengus kegeraman melayan sikap Qalish Audrina yang seperti anak kecil. Qalish Audrina hanya berwajah kosong sahaja mendengar bebelan suaminya itu. Peristiwa semalam terlintas kembali di layar matanya membuatkan dirinya tidak berani untuk turun bersama suaminya ke bawah.

“Tadi saya berani, tapi bila dah tengok air rasa macam tak berani lah awak.”

“Itu lah kau ni memang perempuan kepala batu. Kalau dari tadi kau dengar cakap suami kau ni, mesti aku dapat meneroka air laut dengan jayanya. Disebabkan kau lah ni, aku pun tak dapat turun ke bawah. Buang masa aku je lah layan kau.”

“Awak nak terjun, awak terjun lah. Biar lah saya duduk atas bot ni tunggu awak. Bukan semua orang turun ke bawah pun. Ada yang nak bersiar-siar je naik bot ni.”

“Aku tak percaya langsung dengan kau ni. Kau bukan pandai jaga diri sendiri pun. Lebih baik aku duduk atas bot ni pastikan kau tak buat benda bukan-bukan. Mana tahu bila aku ke bawah nanti kau merayap tempat lain. Kau tu bukan betul sangat.” Nedzrish masih lagi tidak berpuas dengan isterinya. Hasratnya untuk meneroka isi laut terbantut kerana kerenah mengada-ngada isterinya.

“Kalau macam tu, tak payah lah nak merungut. Awak sendiri yang offer diri nak duduk dengan saya kat atas ni kan. Saya tak paksa.”

“Ni check point yang kedua. Orang cakap kalau turun ke bawah, ada peluang nak tengok penyu depan mata. Kau nak turun ke tak nak?”

“Mana awak tahu yang saya nak sangat tengok penyu?” Soal Qalish Audrina dengan matanya membulat memandang Nedzrish yang sudah bersiap sedia untuk terjun ke bawah.

“Macam lah aku tak dengar kau sembang dengan Abang Rief malam sebelum kita bertolak. Teringin sangat nak jumpa penyu katanya. Hah, dah sampai dah ni. Jom turun, tengok binatang kesayangan kau tu.”

“Saya memang teringin nak turun. Tapi saya trauma lagi pasal semalam lah..”

“Kalau kau masih lagi takut dengan air, yang gatal sangat nak ikut aku dah kenapa?” Nedzrish mula meninggikan suaranya sehingga Qalish Audrina menyiku lembut perutnya supaya memperlahankan intonasi suaranya.

“Kau jangan nak banyak bunyi. Sebelum aku humban kau dalam mulut shark, lebih baik kau ikut aku terjun bawah.” Nedzrish mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya yang kelihatan seperti takut-takut.
“Awak turun lah sorang. Saya boleh jaga diri saya sendiri lah.”

“Aku ada lah. Apa yang kau nak takutkan? Pegang tangan aku ni kuat-kuat, jangan nak ikut rentak sendiri. Mesti okay punya lah kalau kau dengar cakap aku.” Nedzrish meyakinkan isterinya. Disentuh kasar jari jemari isterinya lalu digenggam erat.

“Awak.. Saya tak nak lah.” Qalish Audrina mengundur semula kakinya ke belakang.
“Aku tak nak nanti bila sampai KL, kau memekak dekat telinga aku merengek tak dapat tengok penyu. Kita dah sampai dah ni, jom cepat.”

“Janji jangan lepas kan tangan saya?”

“Tak payah nak berjanji beria sangat lah. Kita bukan nak pergi berperang, nak bersnorkeling je.” Marah Nedzrish lalu dia segera terjun ke dalam air. Dia menghulurkan tangannya kepada isterinya yang masih lagi teragak-agak untuk turun. Nedzrish mendekatkan tangannya ke tangan isterinya. Dengan berhati-hati, Qalish melompat ke dalam air. Disebabkan langkahnya yang tidak stabil, dia terjun betul-betul terus ke dakapan Nedzrish. Nedzrish tergamam beberapa saat sebelum dia menyelam ke bawah bersama tangan kanannya mengengam erat jari-jemari Qalish Audrina.



****
“Awal abang balik hari ni? Selalunya kalau pergi main golf, mesti malam baru abang balik rumah.” Datin Khalidah yang sedang menyusun pokok bunga yang baru dibelinya pagi tadi menegur suaminya apabila melihat susuk tubuh suaminya melangkah keluar dari kereta.

“Abang rasa nak rehat kejap. Malam nanti abang ada dinner dengan Datuk Azlan. Bila-bila nanti boleh main golf lagi.” Balas Dato’ Ezzudin sambil tersenyum manis.

“Abang ada call Rish tak? Esok diaorang balik kan? Siapa jemput mereka dekat airport?” Soal Datin Khalidah lalu dia segera mengikut langkah suaminya yang sedang menuju ke arah meja bulat yang tersedia di taman mini rumah mereka itu.

“Rish tu dah besar lah Idah. Kenapa awak nak susah hati fikir kan pasal dia? Pandai lah dia. Dia dah ada isteri dah pun, tak payah lah awak nak ambil tahu sangat.”

“Memang lah Rish tu dah beristeri. Tapi dia tetap anak saya, kenapa saya tak boleh nak ambil tahu tentang anak sendiri?” Bidas Datin Khalidah tanda tidak bersetuju dengan kata-kata suaminya.

“Bukan tak boleh ambil tahu, tapi awak jangan nak layan dia macam dulu lagi. Kalau awak masih lagi nak manjakan dia, sia-sia ajelah apa yang saya buat ni. Baik Rish tak payah kahwin dengan Qalish.”

“Bagus lah kalau abang sedar apa yang abang buat ni tak betul. Sepatutnya umur macam Rish tu dia perlu fokus dengan pelajaran sahaja. Tak ada tanggungjawab pun lalai dengan pelajaran, apatah lagi bila dah ada isteri untuk dijaga. Abang tak fikir ke bang?” Datin Khalidah tahu setiap kali dia cuba menasihati suaminya hanyalah sia-sia sahaja. Namun sampai ke hari ini dia masih tidak boleh menerima kenyataan anak bongsu mereka sudah berumah tangga. Padanya Nedzrish terlalu muda untuk mengemudi bahtera perkahwinan.

“Itu yang membezakan awak dengan saya. Saya selalu fikir  untuk ajar anak jadi manusia berguna. Tapi awak tu selalu ajar manja kan budak tu sampai tak reti nak uruskan hidup sendiri.” Balas Dato’ Ezzudin bersama wajah serius. Dia sudah letih setiap kali berbalah dengan isterinya mengenai anak bongsu mereka.

“Ini bukan soal saya terlalu manja kan dia abang. Cara abang tu salah. Tak apalah. Cakap banyak-banyak pun bukan ada guna. Majlis dah langsung dah pun.”

“Haa. Bagus lah kalau awak sedar yang anak kesayangan awak tu dah ada tanggungjawab berat sekarang ni. Sepatutnya awak sebagai ibu dia, nasihat kan dia apa yang perlu. Bukan sokong perangai tak semegah Rish tu.”

“Itu memang dah jadi tanggungjawab saya dari dulu lagi. Cuma saya harap lepas ni abang tak beri arahan bukan-bukan lagi pada dia. Cukup-cukup lah abang dah aturkan hidup dia selama ni. Saya tak nak Rish bertambah tertekan nanti.” Datin Khalidah menghalakan pandangan matanya ke arah anak perempuan tunggalnya yang baru pulang dari kerja. Syaqilah mengatur langkah menghampiri kedua orang tuanya bersama senyuman hambar di bibirnya.

“Kalau dia masih tidak berubah, abang terpaksa lah fikir cara lain supaya anak awak tu sedar diri.” Ujar Dato’ Ezzudin tanpa rasa.

“Mama, papa.. Bincang pasal apa ni?” Sampuk Syaqilah setelah bersalaman dengan kedua orang tuanya.

“Tak ada apalah Syaq. Sembang kosong je.”

“Bukan sembang kosong, mama kamu ni risau sangat dengan adik kamu si Rish tu. Cuba Syaq cakap dengan papa, apa yang nak dirisaukan? Rish tu dah besar panjang, pandai-pandai lah dia cari hala tuju hidup dia sendiri.” Celah Dato’ Ezzudin seraya menyambut huluran gelas dari orang gaji mereka.

“Mama nak risau apa? Rish kan tengah seronok bercuti dengan Qalish. Berpuluh gambar dia send dekat Syaq tadi. Nampak seronok je diaorang tu. Macam dah lama kenal.”

“Awak dengar tak tu? Kan abang dah cakap, keputusan saya untuk nikahkan mereka berdua tu bukan satu kesilapan.”

“Biar betul Syaq ni? Saja nak sedap kan hati mama kot?” Soal Datin Khalidah seperti tidak percaya.

“Betul lah ma. Syaq suka tengok Rish bahagia macam ni, mungkin perkahwinan secara paksaan ni boleh membawa kebahagiaan. Kita mana tahu kan ma, pa?” Ujar Syaqilah seraya mengeluarkan telefon pintarnya lalu dihulurkan pada mamanya.

“Seronok betul diaorang ni main tepi pulau, snorkeling sama-sama. Teringin pulak mama nak pergi. Bila Rish send dekat Syaq?” Datin Khalidah sedang leka membelek beberapa foto anak menantunya.

“Sebelum Syaq sampai rumah tadi, baru je ni. Rish minta tolong Syaq ambil dia dekat airport esok, tapi Syaq cakap Syaq ada meeting dengan client. Papa ambil kan Rish boleh?”

“Suruh je diaorang naik teksi. Semua orang sibuk esok. Kita hidup ni perlu cari duit, kalau goyang kaki je mati kebulur lah jawabnya.” Balas Dato’ Ezzudin bersuara sinis.

“Ke situ pulak abang ni. Kalau semua orang sibuk, biar mama ajelah ambil Rish dengan Qalish. Mama pun bukan buat apa pun dekat rumah ni.”

“Jangan nak manja kan anak awak tu boleh tak Idah? Awak tahu tak kenapa saya pilih Pulau Perhentian sebagai tempat untuk mereka berbulan madu? Sebab perjalanan nak ke Pulau tu perlu menaiki bot, bukan boleh naik teksi terus sampai depan chalet. Saya nak mereka berdua tu berusaha sikit, walaupun banyak lagi tempat menarik yang mereka boleh pergi. Dekat sana tu saya nak diaorang belajar hidup sebagai suami isteri. Sebelum melangkah lebih jauh lagi. Bukan saya buat semua tu suka-suka.” Terang Dato’ Ezzudin panjang lebar.

“Tapi papa buat semua ni tak kena masa lah papa. Diaorang tu kan baru je kahwin, bagi lah tempat yang menarik sikit. London ke, Australia ke. Kan seronok sikit nak bercuti.” Sampuk Syaqilah memberikan pendapatnya.

“Kalau nak pergi tempat mewah macam tu, cari duit sendiri. Bawa isteri dengan hasil titik peluh sendiri. Papa tak nak Rish dapat kan sesuatu benda dengan mudah. Nanti dia lupa diri.”

“Anak kita tu tak akan lupa diri kalau dari dulu abang tak ajar Rish macam ni. Kalau abang tak beza-beza kan cara layanan abang dengan kakak dan abang. Mesti Rish tak perlu susah payah harungi semua ni.”

“Saya ada pendirian saya sendiri, awak tak perlu ikut campur. Sampai masa nanti dia sendiri akan ucapkan terima kasih dekat saya. Awak tunggu ajelah nanti.” Dato’ Ezzudin segera bangun lalu membawa kakinya ke dalam rumah. Syaqilah dan Datin Khalidah hanya diam seribu bahasa.




******
“Awak. Tunggu sekejap boleh? Saya nak pergi cari cenderahati sikit untuk kawan-kawan dekat KL.” Qalish Audrina menegur Nedzrish yang sedang ralit bermain telefon bimbitnya.

“Kau ni banyak hal lah, selama kita dekat sini, tak nak pulak kau cari? Bila nak balik ni, kalau boleh semua yang ada dekat pulau ni kau nak bawa balik KL.” Seperti biasa, kata-kata isterinya dibalas dengan sindiran kasar darinya.

“Kalau ikut kan hati saya, nak bawa balik Pulau Perhentian ni sekali.” Bidas Qalish Audrina sambil menghayunkan kakinya meninggalkan Nedzrish yang sudah mahu membalas kata-katanya. Qalish Audrina buat tidak tahu sahaja, dia terus mengunjungi beberapa kedai menjual cederahati.



“Sorang je? Encik suami mana?” Qalish Audrina tersentak hebat apabila suara yang sudah lama tidak menjengah gegendang telinganya, terasa begitu hampir dengannya saat itu.

“Awak buat apa dekat sini?” Soal Qalish Audrina sedikit kuat kerana terlalu terkejut melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya.

“Mencari seseorang.”

“Siapa?”

“Tapi saya dah jumpa dah seseorang yang saya cari.”

“Mana orang tu? Awak bercuti dengan kawan ke?” Soal Qalish Audrina sekadar ingin ambil tahu.

“Depan mata, yang tengah tersenyum pandang saya ni.” Balas Ammar Riyadh seraya tersenyum senang. Dia ke sini adalah untuk menjejaki gadis pujaan hatinya. Hatinya tidak keruan apabila mendapat tahu Qalish Audrina bercuti bersama suaminya.

“Bila masa saya senyum pandang awak? Jangan nak perasan lah Yadh.”

“Awak makin comel bila marah, saya dah lama tak dengar suara awak. Rindu ni hanya ALLAH yang tahu.” Ammar Riyadh mulai meluahkan rasa hatinya. Sungguh dia amat merindui wanita yang sudah lama bertakhta di hatinya. Perpisahan yang tidak pernah direlakan adalah perkara paling sukar untuk dia terima.

“Awak jangan nak merepek lah Yadh. Berapa puluh kali saya perlu jelaskan pada awak yang kita dah tak ada apa-apa. Saya cukup bahagia dengan suami saya. Tak perlu ganggu hubungan kami.” Ujar Qalish Audrina dengan nada suara yang sudah tidak terkawal.

“Yadh datang sini sebab hati Yadh yang bawa kaki Yadh ke sini. Yadh rasa tak sedap hati. Lish tak bahagia kan dengan dia?” Daripada riak wajah Qalish Audrina, dia sudah dapat menebak wajah itu melukiskan satu persatu masalah yang dihadapi wanita itu. Dai yakin sekali Qalish tidak bahagia dengan suaminya meskipun wanita itu berkali-kali menafikannya.

“Saya tak perlu nak jaja kebahagiaan perkahwinan saya sana sini. Cukup lah sekadar kami saja yang tahu. Boleh tak awak move on?”

“Kalau Yadh cakap Yadh memang tak boleh nak move on, Yadh masih tetap setia menanti Lish untuk kotakan janji Lish. Macam mana?”

“Janji apa Yadh? Janji apa? Setahu Lish, selama kita bercinta. Mulut Yadh yang terlalu manis menabur janji. Lish yang sepatutnya tuntut. Bukan Yadh.” Kemarahan wanita itu seperti sudah sampai ke penghujungnya. Dia kalau boleh tidak mahu bersemuka langsung dengan lelaki itu. Kerana dia tahu setiap kali mereka bertemu empat mata, pasti lelaki itu akan menjadi mangsa amarahnya.

“Sebab tu Yadh datang nak tebus semula janji yang Yadh pernah berikan pada Lish dulu.”

“Tak payah lah nak berlagak bagus. Setakat janji mulut, Lish rasa semua orang pernah berjanji tapi lepas tu dia sendiri yang mungkiri. Tak perlu ambil peduli sangat lah janji tu, dah lapuk.” Selesai Qalish berkata-kata, dia berkira-kira untuk keluar dari gerai itu. Mujurlah dia sudah selesai membeli apa yang dia inginkan, kalau tak sia-sia sahaja dia mengunjungi gerai itu.

“Sekejap Lish. Yadh datang dari jauh tau. Sebab Yadh nak pastikan Lish selamat depan mata Yadh. Yadh risau sangat, Lish tahu tak?”

“Lish tak pernah suruh Yadh susah-payah datang sini lah. Jangan nak susahkan diri sendiri boleh tak untuk sesuatu yang memang Yadh ak akan dapat milikinya?”

“Apa yang lama sangat ni Qalish?” Qalish Audrina dan Ammar Riyadh sama-sama tersentak mendengar suara seorang lelaki menegur mereka. Qalish segera memalingkan wajahnya ke arah suara itu. Nedzrish sudah berdiri tegak di hadapannya sambil mata lelaki itu merenung Ammar Riyadh dengan perasaan ingin tahu.

“Siapa ni?” Soal Nedzrish kepada isterinya namun matanya masih tidak lepas dari merenung lelaki tinggi lampai yang sedang berpeluk tubuh.

“Er. Sayang kenal kan, ni kawan Lish. Kawan masa sekolah rendah dulu.” Susah betul dia ingin menyebut perkataan “sayang”. Demi untuk menyakitkan hati Ammar Riyadh, dia terpaksa berlakon yang sememangnya dia sedang bahagia dengan suaminya.

“Kuat jugak ingatan, kawan sekolah rendah pun masih boleh kenal. Sembang bukan main lama sampai suami sendiri pun terlupa.” Sindir Nedzrish, dia sebenarnya sudah bosan menunggu isterinya yang tidak muncul-muncul lagi.


“Er okay lah Yadh, Lish balik dulu. Jom sayang.” Qalish Audrina memaut lembut lengan Nedzrish. Meskipun agak canggung pada mulanya, Qalish Audrina berusaha untuk mewujudkan suasana seperti suami isteri yang lain di hadapan Ammar Riyadh. Nedzrish pula hanya diam membisu seraya mengikut langkah Qalish keluar dari gerai itu. Dia yang tidak tahu apa yang sedang berlaku, berwajah bersahaja sambil kepalanya memikirkan siapa lelaki itu.