Bab 6
“Ruzail, boleh papa masuk?” Ruzail yang sedang tekun
menaip sesuatu di komputer ribanya segera mengangkat wajahnya untuk membalas
pertanyaan Datuk Razman.
“Boleh pa, silakan duduk pa.” Ruzail segera bangun
dan bersalaman dengan papanya. Seketika kemudian, dia melabuhkan semula
punggungnya di atas kerusi.
“Sibuk ke?”
“Sibuk sikit lah pa, Ruzail tengah semak senarai
syarikat yang mohon untuk projek akan datang ni. Ada apa papa datang ofis? Ada
hal penting ke?” soal Ruzail dengan rasa ingin tahu. Datuk Razman jarang sekali
masuk ke pejabat sejak syarikat itu diambil alih sepenuhnya oleh Ruzail. Dia
mempercayai anak tunggalnya itu untuk menguruskan legasi perniagaannya.
“Nak tunggu kau balik rumah, bukan main payah lagi.
Mengalahkan Perdana Menteri pulak kau ni Ruzail. Mama dah bising-bising dekat
papa, katanya rindu sangat dekat kau. Tak ada rasa nak jenguk kami dekat rumah
ke?” soal Datuk Razman dengan nada tegas. Dia memahami kesibukan anaknya itu,
namun sebagai bapa kepada Ruzail, dia juga turut terasa dengan sikap Ruzail apabila anaknya itu
jarang pulang ke rumah kerana kesibukan menguruskan syarikat.
“Bukan macam tu pa, ni saya baru je balik daripada
Jepun sebab mewakili syarikat kita. Papa nak harapkan siapa lagi kalau bukan
saya? Saya tak kisah kalau ada orang lain yang papa boleh cari dan boleh
dipercayai, untuk tolong saya uruskan syarikat ni. Ada ke pa?”
“Papa tahu kau sibuk, dulu papa pun macam kau. Tapi
Ruzail, jangan terlampau sibuk sampai abaikan orang sekeliling kau. Ni papa
datang sini bukan sebab nak cakap tentang bisness. Papa tahu syarikat kita
dalam keadaan yang baik sebab kau yang uruskan. Ada perkara lain yang papa nak
bincangkan.” ujar Datuk Razman dengan wajah serius.
“Tentang apa tu pa?”
“Tentang kau dan Adra.” Ruzail kerut dahi. Mengapa
dengan teman wanitanya itu? Jarang sekali papanya menyentuh atau berbincang
dengannya jikalau hal-hal yang berkaitan tentang hati dan perasaannya.
“Kenapa dengan Adra?”
“Kebelakangan ni, papa dengar banyak gossip tentang
anak dara Dato’ Haslan tu. Papa pelik, dia kan kekasih kau, macam mana boleh
keluar gossip-gossip macam tu? Kau dah putus dengan dia ke?”
“Oh… Pasal tu ke pa. kalau pasal tu, papa tak payah
la risau sebab saya sendiri dah tanya dekat dia tentang gossip liar tu. Papa
tak payah la susah hati sebab itu sekadar gossip. Saya kenal siapa Adra Sofia
dan dia tak akan tergamak untuk curang di belakang saya.” balas Ruzail dengan
tenang.
“Gossip liar? Mana mungkin gossip akan tersebar
tanpa bukti?”
“Bukti? Papa ada bukti ke?”
“Tak ada la, papa tak adalah siasat si Adra tu
sampai tahap macam tu. Dia bukannya girlfriend papa. Cuma, orang tak akan
mengata kalau perkara tu tak betul.” ujar Datuk Razman lagi. Bukan dia sengaja
mahu menjadi batu api, dia tidak kisah dengan siapa Ruzail berkawan, dia hanya
mahu memastikan kebahagiaan anak tunggalnya itu. Dia tidak mahu hati dan
perasaan Ruzail dipermainkan oleh mana-mana perempuan.
“Itulah pa, pada awalnya saya pun pelik macam mana
cerita ni boleh tersebar. Saya pun dengar daripada gossip-gossip macam tu la.
Tapi bila saya tanya Adra sendiri, dia nafikan. Saya kenal dia dah bertahun dah
pa dan saya yakin, dia tak akan berani buat macam tu. Adra setia dengan saya,
papa tak perlu lah risau.”
“Okey, kalau macam tu papa mengharapkan agar kau
cepat-cepat kahwin. Calon dah ada depan mata dan Ruzail, apa yang kau tunggu
lagi?”
Ruzail yang sedang meneguk air hampir tersedak
apabila papanya tiba-tiba membangkitkan soal perkahwinan. Kenapa dengan
papanya? Selama ini papanya tidak pernah kisah dirinya yang masih lagi tidak
berkahwin walaupun umurnya sudah menjangkau 30tahun.
“Kenapa papa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni? Sejak
bila papa jadi macam mama?”
“Selama ni papa perhatikan aje, malas papa nak
campur. Tapi bila tengok kau macam tak ambil kisah, papa rasa papa perlu
bersuara.”
“Mana ada saya tak ambil kisah. Saya memang berniat
untuk jadikan Adra isteri saya yang sah. Cuma sekarang ni, belum tiba masanya
lagi untuk saya berkahwin. Nanti dulu lah pa, biar semuanya stabil dulu, baru
boleh fikir pasal kahwin.” Ruzail menutup komputer ribanya.
“Nak tunggu apa lagi Ruzail? Kau nak tunggu sampai
si Adra tu jatuh ke tangan orang lain ke baru kau sibuk nak fikir pasal kahwin?
Papa dengan mama tak berapa berkenan kau dengan dia lama-lama jadi kekasih. Apa
yang susah sangat nak halalkan hubungan tu? Dah kahwin kan senang, ada orang
uruskan hidup kau.” Datuk Razman memberi nasihat dengan nada tegas.
“Saya sibuk uruskan bisness, nanti bila saya dah
bersedia, papa la orang pertama yang saya cari untuk bincang tentang hal ni.
Biarlah Adra enjoy dulu, lagipun dia masih muda. Nanti bila dah kahwin, takut
kebebasan dia tersekat pulak.”
“Muda apanya si Adra tu? Dia dah 27 tahun, memang
patut pun kahwin. Ke dia yang banyak sangat hal untuk kahwin dengan kau?”
“Saya tak pernah bincang soal kahwin dengan dia.
Tapi Adra tahu, bila tiba masanya, saya sendiri akan buka mulut tentang
perkahwinan kami. Dia boleh tunggu dan dia faham apa yang saya nak dalam hidup
saya. Saya nak kukuhkan dulu syarikat ni pa. Tolong la faham.” Ruzail
seolah-olah merayu supaya papanya tidak mendesak dirinya.
“Macam ni je lah Ruzail, apa kata tunang dulu? Kau
tu Ceo syarikat ni, nama baik syarikat dan nama baik keluarga kita kau perlu
jaga. Untuk elakkan daripada fitnah, lebih baik kau kahwin cepat.” Datuk Razman
memberikan buah fikirannya.
“Tengok la nanti macam mana. Saya ada meeting ni pa,
saya pergi dulu.” Ruzail melirik ke arah jam tangan kirinya. Sudah pukul 10
pagi dan dia perlu ke Hotel Royal Chulan untuk bertemu dengan kliennya.
“Fikir-fikirkan lah apa yang papa cakap kan tadi.
Kau tu bukannya muda lagi, dah selayaknya jadi ketua kepada sebuah keluarga.”
ujar Datuk Razman sebelum keluar dari bilik kerja anaknya.
*****
Enjin keretanya dimatikan. Dengan langkah laju dia
segera memasuki lobi Sunway Putra Hotel untuk bertemu dengan seseorang. Tujuan
asalnya keluar rumah pada malam itu adalah untuk berhibur di kelab malam, namun
Nazhan tidak jadi untuk kesana dan menyuruhnya untuk terus ke hotel tersebut.
Sejurus sahaja dia tiba di depan pintu bilik yang
sudah ditempah oleh Nazhan, dia segera menekan loceng untuk memberitahu lelaki
itu akan kedatangannya.
“Kenapa tak jumpa dengan club je?” soalnya sebaik sahaja wajah lelaki itu terjengul membuka
pintu untuknya.
“I malas la nak ke club, kepala I tengah berserabut ni. You dah dinner ke?” soalnya sambil menutup pintu.
“Dah, sebelum keluar tadi I dinner dengan parents I.
You tak makan lagi ke?” Adra Sofia melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“I dah makan dengan klien tadi, kebetulan I ada appointment dengan klien dekat sini. Itu
yang I ajak you ke sini, you tak kisah kan check
in malam ni dengan I?” Nazhan menanggalkan kemeja putih yang dipakaianya.
Dia turut membuka zip seluar slack hitam dan kini dia hanya berseluar pendek.
Dia mengatur langkah untuk duduk bersebelahan dengan kekasih gelapnya itu.
“Tak kisah pun. You ada masalah ke ni? Nampak macam
tengah serabut je?” Nazhan mengulum senyum. Padanya Adra Sofia sememangnya seorang
wanita yang amat memahaminya. Apa sahaja perubahan di wajahnya, pasti wanita
itu dapat menebak yang dia tidak okey.
“Hmm… Sebab itulah I sayang sangat dekat you Adra.
Tak payah cerita apa-apa, you memang tahu yang I ni tengah ada masalah.” ujar
Nazhan sambil tangannya sengaja diletak di atas peha Adra Sofia yang tidak
ditutupi dengan sebenang kain pun. Adra Sofia hanya membiarkannya sahaja, tidak
membantah perbuatan Nazhan.
“So, apa masalah you Naz? Ada kaitan dengan kerja ke?”
“Tak, kali ni tentang isteri I. Isteri I dah tahu
pasal kita. Dia jugak dah tahu yang I
selalu keluar dengan you. Dari mana dia tahu tentang kita, I sendiri tak
pasti.” Adra Sofia yang mendengarnya sudah mengeluh perlahan. Nampaknya masalah
mereka sama, Ruzail juga sudah tahu tentang hubungannya dengan Nazhan.
“Habis tu, apa respon you?”
“I dah tak boleh nak tahan lagi dah Adra. I dah tak
rasa kebahagiaan yang I kecapi selama ni dengan isteri I. Jadi, untuk apa I
terus-terusan tipu dia?”
“What? You mengaku dengan isteri you yang kita memang ada
hubungan?” soal Adra Sofia separuh menjerit. Nazhan sudah menekup kedua belah
telinganya tanda geram dengan jeritan wanita itu.
“Habis tu? You nak suruh I tipu dia? Eh Adra, cukup
lah selama ni I tipu dia. I rasa, dah tiba masanya untuk I berterus terang
dengan dia tentang kita.”
“Nazhan, bila wife
you tahu tentang kita. Tak mustahil dia akan cari I dan bagi warning dekat I supaya jauhkan diri
daripada you. You tak fikir ke tu semua? Kan I dah cakap. I tak nak cari
masalah dengan sesiapa.” marah Adra dengan wajah bengang. Dari awal lagi dia
sudah memberitahu Nazhan yang dia tidak mahu hubungan mereka dihidu oleh isteri
lelaki itu.
“Habis tu sampai bila I nak tipu isteri I? Kita
macam ni dah nak hampir satu tahun dah. Kalau I terus sembunyikan perkara ni
dari dia, dia tetap akan cari jawapannya sendiri. Tengok la sekarang, dia dah
tahu dah tentang kita. Apa yang I nak menafikannya lagi?”
“Masalahnya kita dah setuju kan sebelum ni, yang
kita sama-sama akan rahsiakan perkara ni. Kenapa you mengaku dengan wife you? Dia tahu la I ni siapa?”
Nazhan membalas pertanyaan Adra Sofia dengan anggukan sahaja.
“You ni kan! You memang sengaja nak cari masalah
kan?” Adra Sofia membentak kegeraman. Geram sungguh apabila keinginannya tidak
dipedulikan oleh lelaki itu.
“I cari masalah? I tak pernah terfikir untuk
bocorkan rahsia kita dekat isteri I. Dah dia tanya I berulang kali tentang
siapa Adra Sofia, habis tu you nak suruh I diamkan aje? Dia dah tahu dah pun,
tak guna lagi I nak berdalih. Kebenaran yang dia cari selama ni dah terbentang
depan mata dia.” jelas Nazhan, namun nada suaranya masih lagi lembut.
“Habis tu macam mana sekarang?”
“Macam mana apa? Biarlah dia tahu,
sekurang-kurangnya lepas ni I dah tak perlu nak kelentong dia lagi. Lepas sikit
bebanan dosa I.” bicara Nazhan yang selamba itu menyebabkan Adra Sofia
menjeling geram.
“Macam mana kalau dia datang jumpa I? Naz, I dah
cakap dengan you banyak kali kan. I tak nak sampai isteri you tahu tentang
kita. Apa yang I nak buat sekarang ni? Ni semua pasal you tahu tak. Tak reti
simpan rahsia langsung!” Adra Sofia bangkit dari duduknya. Dia segera mencapai
tas tangan yang berada di atas meja lalu dia sudah berkira-kira untuk keluar
dari bilik itu.
“Sayang, I tak habis cakap lagi dengan you. You nak
pergi mana pulak ni?” Nazhan
menyaingi langkah wanita itu dan sekarang ini dia sudah berdiri betul-betul di
hadapan wanita itu.
“I malas tahu tak nak cakap dengan you. You ni
memang tak faham bahasa. Tepi la, I nak balik.”
“No, I tak akan biarkan you balik. Awal lagi ni Adra,
you baru sampai kan. Lepak la dulu dengan I.” Nazhan memaut lembut dagu wanita
itu.
“I sakit hati betul la dengan you ni. You boleh
relaks je bila isteri you dah tahu tentang kita? You tak fikir ke kesannya
nanti?”
“I malas la nak fikir, buat sakit kepala I je. Apa
yang you nak risaukan sayang? I dah uruskan isteri I. Sebelum dia datang jumpa
you dan marah-marah you, I dah bagi warning
dekat dia yang jangan pernah dekat dengan you. I kenal isteri I macam mana, dia
tak akan berani buat perkara yang I tak suka.”
“Itu kata you, itu apa yang you fikirkan. Tapi kita
tak tahu apa yang dia tengah rencanakan. Mungkin sekarang ni dia tengah cari
I.” Adra Sofia meluahkan kerisauan yang bertamu di hati. Dia tidak mahu
bersemuka langsung dengan isteri Nazhan kerana dia tidak mahu dicop sebagai
perampas kebahagiaan orang lain.
“Jangan risau, I tahu la nak uruskan dia. Jom la baby, teman I, I penat sangat ni.
Daripada pagi tadi, I tak rest
langsung.” Nazhan memujuk lembut Adra Sofia yang masih lagi berwajah masam.
“Hmm…” gumamnya sambil menjeling Nazhan dengan
jelingan manja. Memang dia akui, Nazhan mempunyai daya tarikan menggoda yang
mampu menyejukkan kembali hatinya yang sedang panas membara. Godaan daripada
lelaki itu sukar untuk ditolak oleh dirinya.
“Sayang, you
look so sexy…” Tubuh Adra Sofia ditatap dengan pandangan yang
menggairahkan. Wanita itu memakai bare
back dress yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya.
“Memang I pakai macam ni sebab sengaja nak goda you.
Iman you tergugat tak?” soalnya dengan jelingan nakal.
“You jangan tanya kenapa kalau esok pagi, you tengok
dress you ni dah tak melekat dekat
tubuh badan you.” Nazhan menolak tubuh itu sehingga Adra Sofia terbaring di
atas katil. Wanita itu hanya membuat wajah selamba. Dia tahu, Nazhan tidak
berani berlebih-lebih ketika dengan dirinya walaupun lelaki itu mahukan dirinya
sepenuhnya.
“Apa je yang you boleh buat?”
“Apa yang I boleh buat? I boleh buat macam-macam
sayang.”
“Nazhan! Jangan nak berani buat macam-macam dekat
I!” Adra Sofia menjerit apabila lelaki itu sudah mahu menanggalkan seluar
pendek yang dipakainya. Nazhan tersenyum mengejek.
“Eh? Tadi you tanya I kan, apa yang I boleh buat. I
nak jawab soalan you lah ni.”
“Nazhan please,
you tahu kan I tak nak?” Adra Sofia memalingkan wajahnya apabila lelaki itu
sudah menyembamkan wajahnya di dada wanita itu. Namun, dia tidak pula menolak
wajah Nazhan.
“Bila boleh I dapat you sayang?”
“Never! Memang tak akan dapat la Nazhan, you dengan I,
masing-masing ada kehidupan masing-masing. Jangan tanya lagi soalan tu boleh
tak?”
“Kalau kita ada kehidupan masing-masing, kenapa you
masih cari I?”
“Just for fun.” jawabnya tanda rasa.
“Okey la sayang, I cuma nak you temankan I malam ni.
I nak tidur dengan you sampai esok pagi. Esok I ada meeting dekat sini jugak.
Esok pagi kita check out okey?”
Nazhan sudah merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk itu.
“Okey, tapi you jangan buat hal macam haritu lagi.
Sengaja tak nak bangun.”
“Tak la, esok I ada meeting penting. I mesti la kena pergi.” Adra Sofia hanya
mengangguk. Tanpa disuruh, dia merebahkan badannya bersebelahan dengan Nazhan.
Dia menongkat dagunya dengan tangan kanannya untuk merenung wajah kekasih
gelapnya itu.
“Kenapa pandang I macam tu?”
“I miss you.” bisik Adra Sofia dengan nada menggoda. Dia tunduk
sedikit untuk mengucup bibir Nazhan. Lelaki itu tidak membalas kucupan Adra
Sofia, sebaliknya dia menolak tubuh Adra Sofia dan menindih tubuhnya di atas
tubuh wanita itu. Adra Sofia hanya membiarkan sahaja sambil jemarinya menyentuh
lembut dada bidang Nazhan.