Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 27 January 2017

Sandaran Terakhir Bab 10

“Kenapa you suruh I datang ofis you? Tak takut ke kalau staf-staf you nampak? Nanti diaorang report dekat isteri you pulak.” Nazhan hanya tersenyum nipis mendengar ayat pertama yang keluar dari bibir Adra Sofia sebaik sahaja wanita itu memasuki ruangan pejabatnya.

“Sebab I rindu sangat dekat you. Come, have a seat.” pelawa Nazhan ramah yang sedang duduk di atas sofa. Dia menepuk lembut sofa itu supaya Adra Sofia duduk menyetainya.

“Kalau rindu sekalipun, tak boleh tunggu malam nanti ke? Jumpa dekat club, macam biasa.”

“Malas la, I tak rasa I akan ke club malam ni.” ujarnya seraya menanggal tali lehernya.

“Kenapa pulak? Habis tu malam nanti siapa nak teman I pergi club?”

“You tak payah pergi la sayang. I tak pergi, maknanya you pun tak payah pergi. I nak rest je kat rumah malam ni.”

“Why? Isteri you dah bising ke pasal kita? Sayang jugak you dekat bini you kan.” Sinis Adra Sofia memerli Nazhan.

“Sayang? Tak ada istilah sayang untuk dia. I dah ceraikan dia dah Adra.” Kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Adra Sofia tercengang beberapa saat.

“What?! You dah ceraikan dia? You dah gila ke Naz?”

“Ye, I dah ceraikan dia minggu lepas. You tak payah nak jerit-jerit la, sakit telinga I ni.”

“You bergurau ke apa ni Naz?” soalnya lagi, masih lagi tidak percaya.

“I tak ada masa nak bergurau tentang perkara serius macam ni. I memang dah ceraikan isteri I. Dia dah tak tinggal dekat rumah I lagi, I dah halau dia dan anak-anak keluar dari rumah tu masa hari I ceraikan dia.” cerita Nazhan dengan tenangnya.

“You ni dah kenapa? You tak fikir dulu ke sebelum you ceraikan dia?”

“Kenapa? Suka hati I lah. Kuasa talak terletak pada tangan I. So bila-bila masa yang I rasa I nak ceraikan dia, I cerai kan ajelah. Lagipun you sendiri tahu yang rumah tangga I dan dia dah tak bahagia macam dulu. Buat apa I nak pura-pura bahagia semata-mata nak jaga perasaan dia?”

“Nazhan. Apa yang you buat ni terlalu terburu-buru. You ni memang suka buat keputusan tanpa fikir dulu kan? I tak faham la kenapa sampai you nak ceraikan dia. Bila you ceraikan dia, lagilah dia fikir I hasut you supaya tinggalkan dia.” Adra Sofia menggeleng berkali-kali. Tidak sangka sebegitu nekad Nazhan dalam membuat keputusan.

“I dah tak peduli la Adra. I sendiri tak nak tengok dia semakin terluka dengan tingkah-laku I. Apa gunanya I teruskan hubungan I dengan dia kalau I masih berhubungan dengan you dekat luar? Lebih baik I lepaskan dia, dia bebas, I pun tak akan rasa serba salah.”

“Tak perlu pun sampai nak bercerai-berai ni Nazhan. Sebab I dah bagitahu you yang hubungan kita ni cuma sementara sahaja. Lepas I kahwin dengan Ruzail, I tak akan berhubungan dengan you lagi. You boleh kembali pada isteri you semula. Ini you dah ceraikan dia. Hish you ni Naz.” marahnya lagi.

“Senang la you cakap kan. Habis tentang perasaan I terhadap you ni macam mana?”

“Macam mana apa? You sendiri dah tahu jawapannya kan? Kalau you setia mengejar cinta I, tak akan dapat jugak Nazhan. Sebab I memang tak pernah cinta kan you. You sendiri tahu kan, you hanya teman untuk I hilangkan kebosanan I. Dari dulu lagi you tahu tentang ini kan?”

“I dah cakap dengan you kan. I tak akan berhenti untuk dapatkan you. I tak akan pernah give up. Itu janji I pada diri I sendiri.”

“You, I tak pernah suruh you ceraikan isteri you tau. Jujur, I memang terkejut dengan apa yang berlaku. You dah fikir masak-masak ke ni? Ke you ceraikan dia masa you tengah marah? You fikir lah balik Naz. Kalau boleh, rujuk la semula dengan dia.” ujar Adra Sofia dengan nada memujuk. Dia berasa bersalah kerana dia punca mengapa Nazhan memutuskan untuk melepaskan isterinya.

“Tak ada apa yang I perlu fikirkan lagi. I dah buat keputusan, maknanya keputusan I tu muktamad. Sekarang ni, I nak you Adra. I nak you jadi milik I.” ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Dia mahu wanita itu tahu dia sanggup melakukan apa sahaja demi wanita itu.

“Jangan buat I rimas la Nazhan. I dah banyak kali cakap kat you kan. I tak akan jadi milik you. Since you pun dah ceraikan isteri you, I rasa I pun perlu buat keputusan.”

“Keputusan apa Adra?” soalnya dengan rasa berdebar-debar.

“I nak putuskan hubungan kita. I rasa lebih baik kalau kita dah tak payah jumpa lagi. I tak nak sampai Ruzail tahu tentang kita. I tak sanggup nak biarkan dia tahu yang I pernah curangi dia.”

“Wow! You nak blah macam tu je Adra? Lepas apa yang kita lalui selama hampir setahun ni, you nak buang I macam tu je?”

“You sendiri tahu kan hubungan ni memang tak akan pergi jauh. You jangan nak salahkan I. I tak bagi apa-apa harapan dekat you. Dah lah Nazhan, I dah tak nak berhadapan dengan semua ni. Cukup la dengan apa yang kita lalui selama ni. I tak nak terbeban dengan rasa bersalah ni.” ujar Adra Sofia yang sudah pun bangun dari duduknya.

“You boleh pergi sekarang Adra. Tapi tak ada jaminan untuk you pergi selama-lamanya dari hidup I.”

“Whatever la Naz. Nasihat I satu je sebelum I pergi ni, pergi la pujuk isteri you untuk terima you balik. Masih belum terlambat. I tahu dia sayangkan you.” ujarnya lalu dia segera beredar dari situ.

“Tapi aku sayang kan kau Adra. Kau dah buat aku lupakan semua kenangan aku dengan Nuha, kau perlu bertanggungjawab untuk semua rasa sayang dan cinta ni.”








*****
Ezzaidi menghampiri Adra Sofia yang sedang termenung seorang diri. Dia baru sahaja selesai bertugas dan kafe itu juga mahu ditutup sebentar lagi.

“Sorry, I ada kerja sikit dekat dapur tadi. Dah lama eh you sampai?” sapanya bersama sebuah senyuman.

“Tak lah, baru jugak ni. You dah makan ke?”

“Dah tadi, I makan dekat dapur. You dah makan belum ni? Kenapa muka tu nampak macam kusut. Apa lagi masalah you kali ni?”

“Dah tadi dengan Wafa. I datang ni sebab nak lepak-lepak je.”

“Yeke nak lepak-lepak je? Jarang you cari I tanpa sebab. Biasanya mesti nak luahkan masalah you. Tak pun you akan paksa I teman you pergi shopping. So mana satu?” soal Ezzaidi masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh gadis itu.

“You ni kan, susah la nak tipu you. You know me very well.” balas Adra Sofia lalu dia mengulum senyum. Apa sahaja lah tentang dirinya yang lelaki itu tidak tahu.

“I kenal you lama dah Adra, memang tak lah you nak tipu I. Kenapa? Ruzail buat hal ke? Ataupun isteri kekasih gelap you tu serang you lagi?”

“Tak, kali ni lagi teruk.” ujarnya seraya melepaskan keluhan halus.

“Kenapa? Cerita lah, kalau you pendam sorang-sorang, you yang makin serabut nanti.” ujar Ezzaidi dan tanpa dia sedar dia sedang memujuk Adra Sofia dengan cara lembut.

“Siang tadi, I jumpa dengan Nazhan. You tahu tak apa yang dia dah buat? Dia dah ceraikan isteri dia. Gila kan? I terkejut sangat Ez, I tak sangka dia sanggup buat macam tu.”

“You tak payah nak terkejut sangat lah, you sepatutnya lebih tahu tentang ni.” Adra Sofia sudah kerut dahi menerima respon daripada Ezzaidi. Masakan lelaki itu tidak terkejut langsung?

“Apa maksud you Ez?”

“Ye lah, kenapa you mesti nak terkejut? You yang gatal sangat kacau suami orang. Lepas tu bila si Nazhan tu ceraikan isteri dia, you nak terkejut pulak? You sepatutnya dah boleh agak dah perkara macam ni akan berlaku. Sebab tu lah orang cakap, mencegah lebih baik daripada merawati. Tak sepatutnya you menjalinkan hubungan dengan suami orang. You tahu salah kan? Tapi you buat jugak. So, nak salah kan siapa?” ujar Ezzaidi panjang lebar.

“Ez, I tak pernah terfikir yang Nazhan akan bertindak sampai tahap macam ni. Dia sendiri tahu yang I tak akan terima dia dalam hidup I sebab I dah ada Ruzail. Dia tu cuma sandaran je, bukannya I cintakan dia pun. Dia pun tahu tentang ni.”

“Dah tu, kenapa dia ceraikan isteri dia? Dia ada bagitahu you?”

“Dia ceraikan isteri dia sebab I. Sebab dia dah jatuh cinta dengan I. Dia nak jadikan I isteri. Agak mustahil untuk perkara tu terjadi sebab I langsung tak sukakan dia. Dia tu, bertindak tak guna otak. Bukannya lepas dia ceraikan isteri dia, I akan terima dia.”

“See, semuanya berpunca dari you Adra. You dah menyebabkan runtuhnya sebuah mahligai yang dibina atas restu ALLAH. You tak rasa berdosa ke?”

“Apa pulak semua ni berpunca dari I? I dah cakap dari awal lagi dengan Nazhan yang I sekadar habiskan masa dengan dia sebab I bosan. Salah dia lah, siapa suruh dia jatuh cinta dengan I. I tak buat apa apa pun okey, dia yang perasan seorang diri.” ujar Adra Sofia tanpa rasa bersalah walau sedikit pun.

“Tapi Adra, dari awal lagi you memang dah buat silap bila you berhubungan dengan suami orang. Kalau orang gelarkan you perempuan murah, you marah kan? Tapi you sendiri yang rela untuk jadi semurah itu. You perempuan Adra, tolong lah tinggikan sikit nilai diri you tu. Jangan biarkan lelaki suka-suka pegang you, sentuh you. Hubungan you dengan Nazhan kira dah sampai tahap serius lah ni. Sebab you dengan dia, dah sampai tidur sekatil. Cuma tak kahwin je lagi.”

“Perkara dah jadi dah pun. Apa je yang I boleh buat.” balasnya mudah. Dalam diam dia mengakui kata-kata yang dituturkan oleh Ezzaidi adalah kebenaran yang terpaksa ditelan olehnya.

“Sebab itulah sebelum buat sesuatu perkara tu, fikir sedalam-dalamnya. Jangan ambil mudah semua perkara. Kalau tak, macam ini lah jadinya. Sekarang ni dah jadi satu masalah sebab Nazhan dah mula mengharapkan you. Macam mana kalau Ruzail tahu Nazhan tengah cuba nak pikat you? Tak ke rahsia you selama ni akan bocor?”

“Itulah yang I tengah fikir sekarang ni, I serabut sangat fikir pasal ni. I tak nak sampai Ruzail tahu pasal ni. Haritu pun dia dah mula curiga dengan I. I tak dapat bayangkan kalau Ruzail tahu I khianati cinta dia.” Adra Sofia memicit kepalanya yang sedikit berdenyut.

“You kena slow talk dengan Nazhan pasal ni. Jelaskan dekat dia yang you memang tak boleh terima dia dan you akan berkahwin dengan Ruzail. Cara you sampaikan dekat dia tu kena betul. Takut dia tak faham nanti. Fikiran dia pun tengah tak berapa nak okey kan. Yelah orang baru lepas cerai ni, you faham jelah.”

“Dah, dah banyak kali dah I ulang ayat yang sama. Tapi dia tetap macam tu. Gila bayang betul la mamat tu.”

“Eh, you yang buat dia gila bayang. Lepas tu you nak salahkan dia pulak? You cermin tak diri you Adra? You dah lah porak-perandakan rumah tangga orang. Lepas tu tak nak mengaku silap sendiri pulak. Hati you tu, tak ada sikit ke nak terdetik untuk rasa bersalah?” Air teh O ais yang berada di atas meja disambar olehnya.

“Hmm… I bukan bunuh orang, buat apa nak beria rasa bersalah.”

“Agaknya la kan, hati you tu memang keras macam batu. Ikut you la Adra, you nak rasa bersalah ke, nak rasa seronok ke dengan apa yang berlaku ni. Tapi you tetap bersalah sebab hancurkan rumah tangga orang lain. You kena ingat tu.”

“Nanti-nanti la I muhasabah diri I. Sekarang ni, I nak buat apa? Nazhan asyik cari I je ni. I dah putuskan hubungan I dengan dia. I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tapi dia degil, tetap jugak cari I.”

“You ada boyfriend kan? Suruh la Ruzail kahwin dengan you. Sebab bila you dah kahwin dengan Ruzail, mungkin masa tu nanti Nazhan akan sedar yang you memang bukan ditakdirkan untuk dia.” ujarnya sekadar memberikan cadangan. Itu sahaja cara yang dia nampak sekarang ini untuk menyelesaikan masalah sahabat baiknya itu.

“Masalahnya sekarang ni Ruzail tak bersedia. Dia selalu beri alasan yang dia sibuk uruskan bisness dia. Untuk berkahwin dengan I dalam masa terdekat ni, dia tak boleh. Nanti kalau I asyik cakap pasal kahwin, dia kata I memaksa pulak.”

“Apa masalah si Ruzail tu? Ajak kahwin pun payah? Bukan dia tak mampu. Kalau nak kata sibuk, semua orang sibuk. Apa yang susah sangat dia nak kahwin dengan you ni? You dengan dia dah lama dah bercinta, elok kahwin je Adra.” Ezzaidi juga ikut hairan mengapa begitu sukar untuk Ruzail menikahi Adra Sofia. Ada saja alasan yang diberikan oleh lelaki itu.

“You tanya I? Mana la I tahu. Tak habis-habis dengan alasan sibuk dengan syarikat. Telinga I ni dah muak dah dengar perkataan yang sama keluar dari mulut dia.”

“Tak kan lah sibuk sampai tahap macam tu sekali? Bukan lama pun nak prepare untuk kahwin. Kalau dia sibuk sangat, you jelah yang tolong dia uruskan preparation untuk perkahwinan korang.”

“Susah lah Ez, sebab dia sendiri cakap dia memang tak bersedia lagi. I tak tahu la bila dia nak bersedia. I terpaksa la tunggu.”

“You cuba pujuk dia lagi. You dengan dia dah lama kan, mesti you tahu macam mana caranya nak cairkan hati dia yang keras tu? You hebat la Adra, bab-bab nak goda lelaki ni. You kena pujuk dia, sebab kalau tak, nanti si Nazhan tu kacau hubungan korang berdua pulak.”

“You nak suruh I berterus terang dengan dia tentang Nazhan?” soal Adra Sofia sambil menongkat dagu.

“Tak la sampai macam tu sekali. Maksud I, you cuba lah fahamkan dia yang you terlalu sayangkan dia dan kalau boleh you tak nak hubungan you dengan dia tergantung macam ni tanpa ada ikatan. Nanti pandai-pandai la you susun ayat supaya nampak lebih menarik. Kalau you pandai cakap, mesti dia akan cair dan setuju untuk kahwin dengan you. Goodluck okey?”

“Hmm… Yelah, nanti I cuba. You tutup kafe eh hari ni?”

“Ya, kejap eh, I nak masuk dalam kejap. Nanti I hantar you balik.” Adra Sofia hanya membalas kata-kata Ezzaidi dengan senyuman hambar sahaja.





Thursday 26 January 2017

ku rela dibenci.

Hi, harini terasa macam nak luah something dekat blog ni. Tapi awal awal lagi aku cakap, aku share tentang apa yang aku rasa ni sekadar nak kongsi je. Yelah, blog ni pun dah jadi sebahagian dari hidup aku. So, mesti korang selalu dengar pasal putus cinta kan? Alah, rasanya semua orang pernah rasa sakitnya putus cinta. benda normal. Tapi itulah, aku nak mula dari mana pun tktahu sebenarnya. Bukan nak cakap yang aku tengah putus cinta sekrang ni, ni cerita tentang kisah silam dengan Ex. Some people tak kisah nak cerita tentang hal peribadi dia, some people sangat berahsia. Tapi kalau aku, ada mende yang aku share sebab yelah mana tahu, baik buruk dari story yang aku share ni, korang boleh jadikan pengajaran ke. Kan? Kalau tak pun, sekadar picisan untuk dibaca pada waktu santai.


So, cerita dia macam ni. Aku sejenis yang kalau aku sayang, aku sayamgg sungguh-sungguh dan aku tkde masa nak main-main. So, bila aku dah in a relationship dengan seseorang tu, maksudnya sayang sungguh la. Tapi, kita ni hanya mampu merancang saja, yang selebihnya bukan tugas kita untuk tentukan. Sebab pentingnya konsep redha. Sebab tak semua yang kita rancang di kotak imaginasi akan terlunas di atas sebuah realiti. So, back to my story. Boleh dikatakan hampir 4 tahun jugak lah aku dengan si A ni. Gila tak sayang? Aku kenal dia dari aku umur 13 tahun lagi, sekarang aku dah 22 tahun. Cuba bayangkan macam mana aku nak buang someone yang dah bertahun-tahun ada dalam hidup aku? Tak mudah, serius tak mudah. Kitaorang bermula dengan kawan, dari umur 13 tahun sampai 17 tahun kitaorang berkawan, tak pernah lost contact dalam tempoh yang lama. Kiranya dalam tempoh 4 tahun tu memang berkawan baik. Tiba-tiba masa dh nak dekat SPM, kitaorang decide untuk bercinta la ye la sebab dh lama kenal so dh faham each other. So couple aa. Dari umur aku 17 sampai 21, ngam ngam aku habis diploma, kitaorang break. Sebab orang ketiga.


Dalam sesebuah hubungan, tak ada istilah seorang je yang buat silap. Mesti silap tu datang dari dua belah pihak. Barulah timbulnya kepada masalah yang rumit dan sukar untuk diselesaikan. Okey, lepas habis SPM, aku sambung belajar dekat Dungun, so memang jauh dari dia. Tapi serius ea, aku kat Dungun pun aku still ada dia je dalam hati aku. Memang dia je lah, sebab aku dah set dalam kepala otak aku, aku target nak kahwin dengan dia, so buatpe aku nak curang. Jarak beribu ribu batu, bukan alasan untuk cari yang lain utk hilangkan kebosanan. So dia tak smbung belajar, dia terus kerja kat Singapore. Nak dijadikan cerita, hubungan start bermasalah since dia kerja kat sana. Dia memang totally tkde masa untuk aku. Langsung. So aku jadi macam apasal sampai tkde masa langsung. Setiap hari aku tunggu dia balik kerja utk sembang2 before dia tidur, kadang sampai pukul4 pagi aku berjaga sebab tunggu dia, tapi dia balik kerja pergi gym and text pun 2, 3 kali then tertidur. Memula tu aku macam menyirap la jugak, yelah tak matang lagi, tak faham sibuk dia, asek nak salahkan dia je. So memang banyak sangat gaduh sebab asyik tertidur je time sembang. Aku mengaku time ni aku tak matang bercinta, tak faham dia. So, bila dah lama lama aku dah bleh faham yang dia sibuk kerja. Aku set dalam kepala otak dia tkde masa utk aku sebab dia busy kerja, bukan sebab lain.


Itu yang tercetusnya aku start buat cerpen and novel. Sebab aku terasa bosan betul tkde dia, contact, tapi tak selalu, kadang-kadang jelah. Tapi masih lagi couple. So nak hilangkan bosan, selain daripada main game, aku buat la cerpen dan tercipta la blog ni. Aku tak mencari lelaki utk hilangkan bosan aku k. Aku thu aku ada dia. Aku tkde niat nak curang sebab cinta aku hanya utk dia. Tapi, sebaliknya yang aku dapat. Macam nak gila aku pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, releks je, dia pergi curang belakang aku. 3KALI AKU HADAP CURANG DIA. 3 KALI AKU HADAP PEREMPUAN YANG DIA CURANG. first time kantoi, aku sabar, aku maafkan and dia pun tinggalkan perempuan tu. dia patah balik kat aku, aku sayang sangat, sebab tu aku bagi peluang. Then, curang utk kali kedua masa dia kat singapore, kantoi jugak. Aku yang handle perempuan tu sendiri, tapi perempuan tu baik sebab perempuan tu tak tahu menahu yang dia ni dah ada girlfriend. Perempuan tu dengan aku sama sama bangang, jadi mangsa ditipu oleh dia. Nice betul permainan ex aku ni. Dua perempuan sekali dia gulingkan dalam satu masa. So, aku dh clearkan dengan perempuan tu and perempuan tu dh say sorry and aku dengan perempuan tu okey je. Malam masa kantoi tu, Ex aku ni tinggalkan aku tanpa sebarang penjelasan. Aku cuma nak kan perjelasan dari dia, kenapa dia curang and siapa perempuan tu. Tapi dia blah, tinggalkan aku tanpa cakap apa-apa. aku text pun tak balas, call tak yah cerita ah. Haram nak respon. So aku cri sendiri jawapan tu dengan perempuan tu. Ni kali kedua kantoi, beberapa minggu lepas tu dia datang balik minta maaf la apa la, aku ni tak tahu la, macam susah sangat nak buang dia, so aku accept la even dia dh curang untuk dua kali. Bukan sekali.


Oh ya aku lupa nak bagitahu, masa bercinta dulu, aku dengan dia jumpa boleh kira dengan jari. Bukan sebab aku mengelak dari jumpa dia. Tapi masa kitaorang mula bercinta tu, kitaorang budak lagi kot. Ayah aku pulak sejenis yang over protective, lagi aku sorang je perempuan, lagi payah dia nak kasi keluar rumah. Memang payah. Nak jumpa dengan ex aku ni, punya lah payah sampai kadang-2 kena senyap2. Pastu aku fikir la, biarlah Ex aku ni marah aku sebab tk dapat jumpa daripada aku kena tipu ayah aku. For what kan? Nak pertahnkan cinta lepastu belakangkan parents? Pergi lantak la, aku tahu tanggungjawab aku sbg anak. So ini adalah alasan yg sangat kuat utk dia curang. Sebab dia kata tkde gunanya bercinta tapi tak jumpa. Bro, bukan tkpernah jumpa, tapi jarang. So dia tak boleh accept dengan keadaan aku macam tu walhal aku terima dia seadanya, aku dengan dia waktu dia tkde apa apa, sampai la skrang ni dia dah uruskan bisness sendiri. Korang boleh bandingkan kot. kesetiaan aku selama ni kat dia. Aku tk kisah la kau ada motor ke ada kereta ke, kalau hati aku dh sayang, aku tk peduli semua tu. Aku boleh accept cacat cela dia but dia tak boleh. Aku start lebihkan kawan-2 aku bila dia terlalu sibuk dengan kerja. So aku sokmo la lepak dengan member, sampai tk hiraukan phone masa kat dungun. So, bila dia dh stop kerja kat singapore and kerja kt johor, dia dah ada masa utk aku, aku pulak yg selalu tkde masa. Sebab aku dh terbiasa, lebihkan member2 dari bf, yes itu silap aku. tapi aku jadi macam tu pun sebab dia. Tu aku kata, sama sama ada buat silap. Tapi aku tak curang dengan dia. Tidak ada sebab untuk aku curang dengan dia walaupun aku ada sebab utk cari yg lebih baik.


Masa aku habis diploma, aku kenalkan dia dengan abah. So abah memang tahu la aku dengan bercinta. Aku fikir ini dh tahap serious, bila aku kenalkan lelaki yang aku sayang dekat abah aku, means aku betul-betul menghrapkan hubungan ni boleh pergi jauh. Tapi itulah, aku kata dah tadi. Kita merancang, tuhan yang tentukan. Aku dh targetkan memang lepas diploma, tkde apa yang menghalang dah, Means dah besar kan, abah pon dah restu so nak keluar selalu tu tkde hal. Tapi itulah, masa semuanya dh okey, dia buat hal lagi. Dia start buat hal balik masa final sem aku dekat dungun. Macam nak barai babe hadap paper final dengan handle kerenah dia, dengan malam final tu aku dapat gambar dia dengan someone. Tak terbako hati ni? Melayang aih semua case yng aku hafal. Hebat penangan cinta ni, memang boleh membunuh. Mujurlah final sem tu aku still boleh perform, kalau tak memang sampai mati aku menyesal. Sebab kerana seorang lelaki result exam aku hancur.


Dah terang lagi bersuluh dia curang dengan aku. harini ( on that year ) aku keluar dengan dia, bahagia la spent time sesama kan. Tapi malam tu jugak, dia pergi jumpa perempuan tu. Hahahahaha tak sakit hati ke? Tak rasa nak marah ke? Aku tktahu la hati aku ni dah hancur berapa kali dengan dia. Hebat kau ni, sekeping hati aku, kau hancur kan berkali kali. Tak terkira. Siang keluar dgan aku, malam pergi bawa perempuan tu keluar makan, siap jemput depan rumah. Eh, jb ni tak besar mana tau, setakat kau curang kat belah sana, aku kt sini boleh tahu. So, nak main main kan perasaan orang, kena clean la bro. Okey, ni dh masuk kali ketiga dia curang. Aku masih sayangkan dia lagi. Tk berkurang pun cinta aku dekat dia. Walaupun, setiap kali aku ajak dia datang Dungun jumpa aku dekat sini, time aku tengah belajar, dia bagi beribu alasan. Tapi, dia pergi teman perempuan tu convo dekat Unisza, terengganu. Wow, tak terkata la sakitnya yang dia hadiahkan utk aku. Aku punya la jaga perasaan aku utk dia, dia sedap sedap je lenyek-lenyek kan sesuka hati dia. Start daripada dia sanggup buat apa je utk perempuan tu, hati aku dah hancur berkecai. Tapi sayang masih ada. So aku decide untuk break dengan dia. betul-betul lepas beberapa hari lepas habis dip, beberapa hari jgak before birthday dia. Plan nak sambut birthday dia, tapi semuanya tak menjadi sebab dah break. So dia sambut dgan perempuan tu jelah. Tapi aku dah prepare hadiah sebulan sebelum birthday dia and sempat bgi before break. Tuhan gerakkan hati aku supaya bagi hadiah tu before ktrg break. Tuhan lebih tahu apa yang akan terjadi. Aku decide untuk break even dia cakap dia masih sayang kan aku. Lepas ktrg break dia still cari aku, dan aku still layan cuma takde dah nak termakan dengan pujuk rayu dia macam selalu. Sebab aku ada prinsip. Prinsip hidup aku, kalau aku dah kenalkan someone tu dgan mak abah aku, maknanya aku memang serius. Tapi kalau kau main-main, still nak cari perempuan lain, memang tak lah, sampai mati pun aku tak akan accept. Aku dah cakap, kalau hubungan kita libatkan parents, kau masih nak main-2, peluang utk kau memang tertutup kemas rapat.


Dia ada mencari untuk minta maaf and get back sebab dia masih sayangkan aku. My answer is no. Smpai bila bila pun jawapan aku tetap sama. Aku tak akan terima dia. Yes, aku masih sayangkan dia. Sayang sangat weh, lepas dh break tu takpernah pun aku tinggalkan barang-2 yang dia kasi. Cincin dia, aku simpan dalam purse, setiap hari bawa kemana aku pergi. Semua password laman sosial nama dia, dalam laptop, ada satu folder khas utk gambar dia je. Dalam phone ada satu folder khas untuk call recoding dengan dia, whats app and so on. aku tk buang pon sebab aku masih lagi sayang. lepas kegagalan dengan dia, aku rasa tk de ruang dh kot nak buka pintu utk sesiapa sebab untuk apa bercinta dgan orang lain kalau aku still sayang dia. Tak ke dikira macam tipu hati sendiri? Tapi dia pergi le kat perempuan yang dia sayang sangat tu sebab perempuan tu sentiasa ada dengan dia 24 jam. But, masa dia dengan perempuan tu, dia still cari aku. dia releks je jumpa aku time dia couple dgan perempuan tu. Aku rasa kesian kat perempuan tu, tak sampai hati beb nak tengok kaum sendiri ditipu. Aku cakap dekat ex aku, sampai mati pun aku tk akan terima dia. So dia stop contact. Aku bukan apa, aku pernah terluka, dan perempuan tu bukan tktahu aku dengan ex aku ni bercinta but dia still kacau. Tapi tak kan lah aku nak jadi sama sama bebal macam dia layan bf dia kan? Bodoh jangan balas dengan bodoh.



Selama lebih kurang setahun jugak la aku mengalami emosi yang agak tak betul sebab hari hari aku rindu dia. Aku rindu nak cakap dengan dia, rindu dengan lawak bodoh dia, rindu semua tentang dia. Apa yang aku boleh buat, tatap je lah semua folder yang ada pasal dia. Buat novel, yang sebenarnya ada antara novel tu cerita pasal dia. Tarikh kitaorang couple, pun aku ada guna utk salah satu cerpen. tu cara utk aku stop contct dgan dia sebab aku tknak ganggu hubungan dia dengan gf dia. Everyday aku tatap je cincin yang dia bagi, lama jugak la aku tkpergi Mall yang selalu aku jumpa dia. sebab kt situ banyak nau kenangan dengan dia. Aku sampai satu tahap, aku trfikir, sampai bila aku nak cintakan orang yang tak akan jadi milik aku? Aku start sibuk dengan degree life aku, so sedikit sebanyak tk ingt dia sangat. But aku pun tktahu kenapa , kalau time final exam memang membuak buak rindu. Sebab biasanya time final dia akan teman, on call kadang-2 teman aku studi, bagi kata-kata semangat. Tu yg rindu je aih jangan la ada yang muntah baca coretan aku ni. Memang aku terlalu sayangkan dia. Aku takpernah stop rindu dia dalam tempoh aku takleh move on ni. Bila dengar lagu ku relakan jiwa, lagi lah meleleh air mata ni beb, sebab itu lagu yang dia selalu nyanyikan dekat aku. Aku sampai takboleh nak dengar langsung lagu tu. memang kuat aa penangan seorang A ni dalam hidup aku. terlalu kuat sampai aku hampir hilang arah saat aku hilang dia.



Bab stalk dia jangan cerita, boleh dikatakan hari hari aku akan stalk dia dan gf dia. dia jarang update pape kat laman sosial, so stalk makwe dia je aa sebab makwe dia selalu upload gambar dorang berdua. Hari hari stalk sebab nak tahu dia okey tak, dia sihat tak. Ni aku tengok, sokmo keluar dgan gf dia, maknanya sihat dan makin bahagia. Alhamdulillah, dia tak derita macam masa dia dengan aku. Okey la, aku tak mampu nak bahagiakan dia, so pilihan trbaik la ktrg break, dia dapat perempuan yang jauh lagi bagus dr aku, much better. Boleh teman dia selalu, tak macam aku, jauh sebab belajar bukan dekat dalam area JB.


Tempoh one year aku cari diri aku balik, dah enough kot. Aku kenal dengan someone ni, member je pada awalnya, tak terfikir nak bercinta sebab time tu dalam kepala otak aku masih ada lagi ex aku. Tapi lama lama, dah makin lama rapat dengan someone ni, perasaan sayang tu hilang , terhakis sikit demi sikit. So tercetuslah aku buka balik pintu hati aku lepas hampir one year tkde komitmen dalam percintaan. Okey la, dengan dia ni tak banyak sangat masalah sebab bercinta cara matang, setakat tak dapat jumpa sebab aku busy study, dia faham, dia sibuk kerja, aku pon kena lah faham.Dia kalau bercinta cara matang salah faham skit2 boleh handle dengan baik, tkde la sampai tk bertegur untuk jangka masa yang lama. Awak, terima kasih sebab buka balik pintu hati ini untuk bercinta balik lepas hampir setahun rasa seksanya tanggung rindu utk orang yg tak sepatutnya. terima kasih sebab boleh accept diri ni seadanya, tak harap lebih, harap kita sama sama dapat kekal sampai bila-2. sebab dah penat, sumpah letih patah hati dan nak cantumkan balik hati yang dh berkecai hebat, bukan sesuatu yang mudah.


Nasihat aku, kalau korang masih sayangkan ex korang, jangan la gatal nak p bukak pintu hati untuk orang lain kalau hati tu masih mengharapkan ex. Biarlah lama mana pon korang ambil masa untuk pulihkan diri and hati korang, takpe, janji tkde yang akan terluka sebab bahagia yang tercipta dengan pura pura, tak akan kekal lama. aku faham sakitnya  bila cinta dikhianati, bila kesetiaan dibalas dengan penipuan, bila orang tk hargai kita. tapi jangan la balas benda yg sama dekat orang lain, sebab sakitnya dicurangi oleh orang yg kita sayang, takan akan ada satu perkataan pun yang boleh menggambarkan saki tu.

Okey la, dah lewat malam ni. Aku undur diri dulu. Sekadar luahan perasaan sebab aku dah betul-betul rasa hati ni dah okey, dah tak meroyan macam sebelum ni. Dh bersedia nak share pahit manis yang pernah aku lalui selama 4 tahun. Ya aku tahu bukan senang nak buang seseorang yang dah bertahun tahun sebati dalam hidup kita sebab bukan senang nak pisahkan dua jiwa yang dah bercantum untuk satu masa yang lama. Tapi kena kuat lah, kena cuba dan paksa hati tu, sampai bila nak tersungkur lama lama, padahal dia lek je bahagia dengan orang yang dia suka.

P/S : Cam biasa tajuk tu tkde kaitan dgan cerita ni, aku dh move on sepenuhnya so tajuk tu sekadar nak naikkan trafik hehe bye sehingga berjumpa di next entry!

Tuesday 24 January 2017

Sandaran Terakhir Bab 9

Nuha duduk berteleku di atas sofa sambil memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut sejak dari malam tadi. Sejak dua tiga hari ini dia tidak boleh melelapkan matanya dengan tenang kerana fikirannya runsing memikirkan tentang rumah tangganya yang hampir musnah. Nazhan juga sudah jarang pulang ke rumah. Dia buntu memikirkan bila semua ini akan berakhir.

Pintu rumahnya dikuak kasar oleh seseorang. Terjengul wajah Nazhan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Nuha segera bangun dan mendapatkan suaminya.

“Apa yang kau dah buat belakang aku?” Belum sempat tangan suaminya dicapai, Nazhan segera memuntahkan soalan.

“Apa yang Nuha dah buat?”

“Kenapa kau tanya aku? Kau jangan nak berlagak baik depan aku la Nuha. Kenapa kau pergi serang Adra? Kan aku dah cakap dengan kau, jangan sesekali pergi serang dia. Kau tak faham bahasa ke?”

“Oh, jadinya perempuan simpanan abang dah mengadu dekat abang lah ni? Cepatnya dia mengadu, tak adalah kental mana pun hati dia kan?” Nuha memberi respon dengan nada sinis. Nazhan berasa terpukul dengan kata-kata isterinya.

“Dia bukan perempuan simpanan aku. Dia adalah perempuan yang aku sayang dan aku cinta. Kalau aku cakap aku nak kahwin dengan dia. Tak akan ada sesiapa pun termasuklah kau untuk halang aku. Kau kena faham tu Nuha.”

“Abang, abang sedar tak rumah tangga kita ni bergolak hebat sebab perempuan tu? Apa yang dia dah buat dengan abang ni sampai abang berubah sampai tahap macam ni? Ni Nuha abang, isteri kesayangan abang. Wanita yang abang pernah janji untuk hidup semati dengan dia. Abang lupa ke semua janji-janji abang?” Nuha memberanikan diri menyentuh wajah serius suaminya. Sungguh, dia rindu untuk membelai mesra wajah tampan milik Nazhan.

“Aku tak peduli la dengan semua janji-janji tu. Pada aku, janji tu semua tak berguna dah. Sebab hati dan perasaan sayang aku bukan untuk kau lagi Nuha. Sekarang ni, aku nak kau pergi minta maaf dekat Adra. Disebakan perbuatan kau tu, kami berdua ni bergaduh. Aku yang tak tahu apa-apa, tak pasal kena marah dengan dia. Ini semua sebab kau!” Nazhan menepis kasar jemari isterinya yang sudah mula merayap di lehernya. Entah mengapa, kalau dulu dia gemar apabila dibelai begitu oleh isterinya. Tetapi sekarang, dia rimas dan kalau boleh tidak mahu Nuha menyentuh tubuh badannya.

“Abang nak suruh Nuha minta maaf dengan perempuan tak sedar diri tu? Tak abang. Nuha tak akan minta maaf dengan dia. Dia yang sepatutnya minta maaf dengan Nuha sebab dah ganggu rumah tangga Nuha.” Jawapan yang diberikan oleh Nuha menyebabkan Nazhan tiba-tiba naik angin.

“Apa masalah kau ni Nuha? Kenapa yang susah sangat nak ikut cakap aku? Kau yang sengaja cari masalah, lepastu kau tak nak selesaikan pulak? Kau tuduh dia macam-macam, kau dah menjatuhkan maruah dia dekat tempat awam.”

“Nuha peduli apa. Itu bukan masalah Nuha. Pada Nuha, dia yang sengaja nak cari masalah. Dah tahu abang ni suami orang, kenapa dia sibuk nak kacau? Dia tu terdesak sangat ke sampai sanggup hancurkan rumah tangga orang? Nuha peliklah, kenapa begitu murah sangat selera abang? Perempuan macam tu yang abang tergila-gilakan siang dan malam?”

“Kurang ajar!” Nazhan tidak dapat menahan suhu kemarahan yang semakin menguasai dirinya. Ditolak kasar tubuh isterinya ke atas sofa lalu dengan penuh rasa amarah dia menampar pipi isterinya berkali-kali. Tidak dihiraukan jeritan halus si isteri.

“Kau sengaja nak cabar aku kan Nuha? Apa kau ingat aku tak berani nak naik tangan dekat kau? Aku ni suami kau, aku boleh buat apa je yang aku nak!” bentak Nazhan lalu dia menolak tubuh isterinya ke atas lantai. Esak tangis Nuha dibiarkan begitu sahaja.

“Abang, selama kita bergelar suami isteri. Tak pernah sekalipun abang jentik Nuha, tak pernah sekalipun abang berkasar dengan Nuha. Tapi disebabkan abang nak pertahankan perempuan tu, abang sanggup pukul Nuha? Suami jenis apa abang ni?” Nuha merintih hiba. Air mata yang mengalir deras tidak mampu diseka.

“Aku dah cakap dengan kau kan, jangan buat sesuatu perkara yang aku tak suka. Tapi kau degil Nuha. Aku dah warning dekat kau awal-awal lagi, jangan pergi jumpa dia. Kau tak payah nak salahkan aku la Nuha, kalau kau dengar cakap aku. Aku tak akan berkasar dengan kau. Kau sengaja cari pasal.”

“Kalau Nuha tak bersemuka dengan dia, sampai bila-bila perempuan tu akan fikir yang Nuha tak kisah abang berhubungan dengan dia. Sampai bila abang nak seksa jiwa Nuha macam ni abang? Sampai bila?” Nuha merenung wajah kusut suaminya. Dia tahu suaminya tertekan berhadapan dengan situasi ini. Kalau suaminya tertekan, dia berkali ganda lebih terluka kerana dia mangsa kecurangan suaminya sendiri.

“Kau nak aku noktahkan semua ni Nuha?”

“Ya abang, Nuha dah tak sanggup nak hidup macam ni. Nuha rindu kan kita yang dulu. Nuha tak nak anak-anak kita membesar dengan suasana yang tak bahagia macam ni. Tolong la abang, kalau abang tak boleh nak fikirkan tentang perasaan Nuha. Fikirkan lah tentang anak-anak kita. Zuriat abang jugak.” Dia merayu sepenuh hatinya. Dia mahu suaminya memahami betapa dia sangat menyanyangi perkahwinan mereka berdua dan tidak mahu mereka berakhir dengan perpisahan.

“Nuha Amira Binti Abdullah. Aku ceraikan kau dengan talak satu.” tutur Nazhan dengan satu nafas sahaja. Dia sudah fikir masak-masak. Dia tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka lagi kerana dia tidak mahu isterinya akan lebih menderita.

“Abang! Apa yang abang buat ni?” Nuha meluru mendapatkan suaminya yang sudah mahu beredar ke tingkat atas.

“Ini apa yang Nuha nak kan? Nuha nak abang noktahkan semua ni kan? Abang dah tunaikan permintaan Nuha.” ujarnya tanpa memandang wajah Nuha yang lencun dengan air mata.

“Bukan ni yang Nuha nak abang! Nuha nak abang kembali pada Nuha dan anak-anak. Nuha nak abang setia dengan Nuha, Nuha nak keluarga kita bahagia macam dulu. Tinggalkan la perempuan tu abang. Kembali lah balik pada Nuha. Nuha merayu sangat.” Nuha mengenggam erat jemari suaminya namun Nazhan tetap mengeraskan anggota tubuhnya.

“Aku tetap dengan keputusan aku Nuha. Kalau kita teruskan jugak hubungan kita, kau akan lebih sakit. Hati aku ni, memang tak ada ruang langsung untuk kau. Aku tak ada selera tengok isteri aku sendiri. Dah Nuha, kita jumpa dekat mahkamah je nanti.”

“Nuha tak nak berpisah dengan abang. Tolong lah abang jangan buat keputusan terburu-buru.” Dia menghalang suaminya untuk berlalu ke tingkat atas.

“Aku dah tak cintakan kau lagi! Kau tak faham ke? Jangan jadi bodoh la mengemis cinta daripada aku. Pada aku, cinta dan kasih sayang kau tu tak bernilai langsung! Aku nak kau berambus daripada rumah aku hari ini jugak. Bawa sekali anak-anak kau. Aku tak nak tengok korang ada dekat rumah ni.” jerkah Nazhan dengan wajah menyeringai kemarahan. Nuha terdiam mendengar ayat-ayat yang diucapkan oleh suaminya. Sampai begitu sekali suaminya ingin mempertahankan Adra Sofia.

Tidak lama kemudian, Nazhan turun semula bersama beg pakaian Nuha. Dia juga mengarahkan orang gaji rumah mereka supaya membawa kedua-dua anak kembarnya turun.

“Pergi berambus kau dari sini Nuha. Tempat kau bukan dekat sini lagi. Soal anak-anak, kita bincang dekat mahkamah je nanti. Kau tak payah risau lah, aku tak akan abaikan tanggungjawab aku. Cuma, aku tak nak tengok anak-anak kau ada dekat rumah aku. Berambus!” Nazhan mencampak beg pakaian tepat kepada isterinya yang sedang merintih hiba sambil memukul permukaan lantai.

“Bibik, nanti call teksi. Pastikan perempuan ni dengan budak-budak ni keluar daripada rumah saya. Kalau saya turun nanti, diaorang masih ada lagi. Bibik yang akan saya halau sekali.” arah Nazhan lalu dia segera memanjat tangga. Tidak dipedulikan tangisan Adam dan Adha yang semakin kuat itu. Mungkin anak kecil itu mengerti derita yang ditanggung oleh ibu mereka.

“Sampai hati papa buat kita macam ni. Jom sayang, rumah ni bukan syurga kita lagi. Papa dah buang kita semua.” Nuha cuba untuk mengutip sisa kekuatan yang dia punya. Dengan penuh kepayahan dia mengendong kedua-dua anak kembarnya untuk keluar dari rumah itu. Sungguh, dia tidak sangka lelaki yang dia cintai selama ini sanggup mencampak dirinya tanpa belas kasihan.






******
Malam itu, Ruzail membawa Adra Sofia keluar makan malam di salah sebuah restoran kegemaran wanita itu. Sepanjang perjalanan ke restoran itu, Ruzail lebih banyak mendiamkan diri. Adra Sofia berkali-kali cuba untuk menceriakan suasana, namun lelaki itu hanya membalas dengan respon yang hambar.

Selesai memesan makanan, Ruzail merenung wajah Adra Sofia dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Adra Sofia semakin hairan dengan sikap pelik teman lelakinya.

”Ruzail, kenapa you nampak lain hari ni? Ada apa-apa masalah ke?” Tidak lama kemudian, dia segera menegur Ruzail yang sedang membuang pandang ke luar restoran.

“I ada perkara penting nak bincangkan dengan you. Tentang kita.”

“Tentang kita? Kenapa dengan kita?” soalnya hairan.

“Yela tentang kita. Parents I dah mula nak masuk campur tentang hubungan kita ni. I rimas la Adra, I tahu la apa yang I buat. Rasanya mama dengan papa I tu tak perlu lah nak sibuk aturkan hidup I, dengan siapa I nak berkahwin, bila I nak kahwin. I dah dewasa kan.” luah Ruzail bersama wasjahnya yang sedikit kusut.

“Hmm… Kenapa dengan parents you? Diaorang desak supaya you cepat-cepat kahwin ke? Diaorang tahu kan you dengan I?”

“Tahu, sebab diaorang tahu I dengan you la diaorang suruh I cepat-cepat halalkan hubungan kita ni. Masalahnya sekarang ni, yang bercinta tu I, tapi yang parents I nak sibuk sangat tu dah kenapa?”

“Sama la dengan parents I. Selama ni ayah dengan mama tak pernah masuk campur tentang kita. Tapi baru-baru ni ayah I dah mula bising pasal ni. Oh ya, you tahu tak yang ayah you dan ayah I ada berjumpa. Diaorang bincang pasal kita.”

“Ye? I tak tahu pulak. Diaorang cakap pasal apa je?” soal Ruzail ingin tahu.

“Sembang-sembang biasa je. Diaorang risau la bila kita ni nak kahwin. I rasa I tahu la kenapa parents kita dah sibuk masuk campur tentang kita. Ye la you bayangkan la, kita dah lama macam ni. Tapi kahwinnya tak pun, diaorang risau la, takut yang kita ni cuma nak main-main je.”

“Oh, so you pun sama la macam parents kita? You fikir yang I ni memang sengaja nak mempermainkan you? Adra you tahu kan, I sibuk dengan bisness I, mana ada masa nak fikir pasal kahwin.” Ruzail membalas dengan wajah bengang. Dia fikir Adra Sofia akan berpihak padanya, namun lain pula telahannya.

“No. I tak cakap macam tu pun, tapi I kena akui la apa yang orang tua kita risaukan tu adalah rasional. Diaorang nak tengok kita bersatu dengan cara yang baik. Lagipun Ruzail, kalau you asyik nak tunggu semuanya stabil, memang sampai bila-bila la kita tak akan kahwin. For this time being, I nak you fikir balik, apa tujuan you bercinta dengan I?” Adra Sofia bersuara dengan nada serius. Ya, sejak pertengkaran dengan orang tuanya beberapa hari yang lepas tentang hubungannya dengan Ruzail. Dia berfikir semula tentang hal itu. Wajarlah kedua orang tua mereka bimbang tentang mereka kerana mereka berdua sudah selayaknya bergelar suami isteri. Lagi pula Adra Sofia tidak mahu terikat dan terbeban dengan rasa bersalah berhubungan dengan Nazhan di luar pengetahuan teman lelakinya.

“I sayang you Adra, you tak perlu nak persoalkan kasih sayang I dekat you. Selama ni pun you dah boleh nampak effort I. Cuma sayang, untuk kahwin dalam waktu terdekat ni. I tak bersedia lagi. Apa you ingat tanggungjawab I tak besar ke untuk I galas lepas kahwin nanti? You tu, dah get ready mental dan fizikal ke nak jadi isteri?”

“Kan nanti kita sama-sama boleh belajar. Bukannya tak boleh belajar. You ni la, banyak sangat alasan.”

“Papa I desak I supaya kahwin dengan you hujung tahun ni. Susah untuk I kata yes. Sebab terlalu cepat. Ada lebih kurang 4bulan je dari sekarang.” ujar Ruzail.

“Okey la tu hujung tahun ni, bukannya dia suruh you kahwin bulan depan kan? Ada banyak lagi masa la sayang untuk prepare apa yang patut. You setuju je la, kalau I. I okey je dengan cadangan papa you tu.”

“Banyak masa you cakap? Sekarang ni I tengah uruskan projek mega syarikat. Susah untuk I bagi komitmen untuk preparation wedding kita. Nanti you cakap I tak serius dan tak ambil kisah pulak. I ni kalau boleh nak elakkan masalah-masalah yang akan berlaku di masa akan datang. You ingat I tak fikir eh?”

“Hmm… Yelah Ruzail. Kalau cakap pasal kahwin dengan you, memang I yang akan kalah. I pun dah tak nak desak you sebab nanti you cakap I ni girlfriend yang tak memahami you. So, I leave it to you.” putusnya yang malas mahu memanjangkan perbincangan mereka. Ruzail tetap dengan keputusannya. Makanan yang baru sahaja tiba di meja mereka ditatap dengan penuh berselera.

“I bukan tak serius dengan you tau, I cuma perlukan masa. Itu je.”

“Okey, kalau macam tu nanti you jumpa dengan parents I. You jelaskan la dekat diaorang macam apa yang you jelaskan dekat I ni, okey? Sebab I rimas la mama dengan ayah asyik tanya bila you nak masuk meminang I.”

“Okey sayang, nanti kalau I free, I akan pergi jumpa diaorang.” ujar Ruzail lalu dia menarik nafas lega. Mujurlah Adra Sofia tidak mendesak dirinya.

“I kan girlfriend yang paling understanding dalam dunia ni.” balasnya dengan niat untuk memerli Ruzail. Ruzail ketawa halus mendengar kata-kata Adra Sofia.

“That’s why I jatuh cinta dekat you tanpa syarat.” Ruzail bersuara romantis. Adra Sofia hanya membalas kata-kata teman lelakinya dengan senyuman sinis sahaja.