Zefrieq Ezzraf tekun meneliti fail berwarna hijau
yang sudah berada di tangannya. Dia masuk awal ke pejabat kerana terlalu banyak
kerja yang perlu dia selesaikan. Fikirannya berserabut dengan kerja kerja yang
semakin membebankan dirinya. Dia mendengus perlahan. “Susah lah hidup macam
ni!” Tidak semena mena, fail yang sedang ditelitinya tadi dicampak kasar ke
lantai.
“Hai Zef. Nak lempar fail ni dekat muka mummy ke?”
Soal Datin Zulaikha kedengaran sinis sambil menutup pintu bilik anaknya.
“Mummy, kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?
Sorry my, tak sengaja. Tak ada niat pun nak lempar fail tu dekat mummy.” Balas
Zefrieq dengan rasa serba salah sambil mengutip kembali fail dan kertas kertas
yang bersepah di lantai itu.
“Zef ni, asyik stress je mummy tengok. Cuba lah cool
sikit. Buat kerja biarlah ikhlas. Jangan asyik mengeluh je.” Datin Zulaikha
memulakan pesanan penajanya itu. Dia yang sudah masak dengan sikap anaknya yang
terlalu komited dalam kerja dan sering mengamuk jikalau dia tidak dapat menyiapkan
sesuatu kerja dengan sempurna.
“Stress sikit je mummy. I’m okay. Ada apa mummy
datang pejabat pagi pagi macam ni? Selalunya mummy sibuk dengan butik mummy
tu.” Soal Zefrieq cuba menukar topik.
“Mummy nak kenalkan Zef dengan someone. Mesti Zef
suka. Mummy yakin, dengan kehadiran dia, Zef tak akan serabut macam ni lagi.”
Balas Datin Zulaikha sambil menepuk lembut bahu anak terunanya itu.
Zefrie Ezzraf menggaru garu kepalanya yang tidak
gatal itu. ““Someone”? Siapa yang mummy maksudkan ni? Ahh sudah. Jangan jangan
mummy nak kenalkan aku dengan calon menantu dia tak. Adeh masak lah kau
Zefrieq!” Zefrieq membuang pandang ke luar sambil memikirkan tentang siapa yang
mummy nya maksudkan itu.
“Haa tu dah mengelamun sampai ke mana tu? Berangan
nikah dengan perempuan Indon ke?” Datin Zulaikha bersuara mengejutkan Zefrieq
daripada lamunan.
“Mummy! Siapa nak kahwin dengan perempuan Indon? Tak
hingin I okay!” Balas Zefrieq geram. Mummy nya itu sering sahaja menyakatnya.
Kadang kadang tidak terlayan olehnya.
“Kalau tak hingin, hang pi lah nikah dengan wanita
Malaysia. Nak mummy cari kan untuk hang?” Soal Datin Zulaikha dengan loghat
utaranya.
“Aii lama cheq tak dengaq mummy cakap utara ni. Awat
mummy pelik noh harini.” Balas Zefrieq sambil tersengih. Mummy nya yang
dilahirkan di Kedah sememangnya petah berbicara dengan loghat Kedah namun
jarang sekali dia mendengar mummy nya bercakap menggunakan loghat negeri
kelahiranya itu.
“Hei. Layan hang ni sampai esok pun tak habis!
Silakan masuk.” Kedengaran pintu diketuk perlahan dari luar. Datin Zulaikha
segera memberi arahan untuk masuk.
“Aik, ni bilik mummy ke bilik aku? Siapa yang jadi
CEO sebenarnya ni?” Soal Zefrieq dalam hati.
“Zef, let me introduce to you. Your new PA.” Datin
Zulaikha memperkenalkan gadis yang memakai baju kurung berwarna biru lembut
bersama selendang berwarna kelabu yang sedang tersenyum manis di sebelahnya.
“Er mummy..” Balas Zefrieq tersekat-sekat sejurus
wajah gadis iu menjengah di matanya.
“Lah kenapa ni Zef? Mesti Zef fikir yang mummy nak
kenalkan Zef dengan bakal menantu mummy kan? Hish mengarut lah Zef ni.” Balas
Datin Zulaikha yang hairan dengan perubahan di wajah anaknya itu. Gadis
disebelahnya kelihatan masih lagi tersenyum.
“Zef. She is your new PA. Mummy harap ni yang
terakhir. Mummy tak larat dah asyik buat interview untuk jawatan setiausaha Zef
ni. Jangan nak mengamuk dengan dia tak tentu pasal. Ingat tu Zef.” Ujar Datin
Zulaikha panjang lebar. Masuk kali ini sahaja, sudah 6kali Zefrieq bertukar
setiausaha disebabkan mereka tidak tahan dengan perangai Zefrieq yang terlalu
cerewet dan mudah mengamuk mengenai perkara yang melibatkan kerja. Runsing
fikirannya memikirkan kerenah anaknya.
“Nama saya Ainur Fathrisya Mohd Hadi. Encik boleh
panggil saya Risya.” Balas gadis itu ramah sambil senyuman tidak lekang dari
bibir. Boleh tahan juga boss baru aku ni. Handsome, dagu runcing, Wah… Ada
lesung pipit lah! Erk.. Tapi, macam aku kenal je mamat ni? Ainur Fathrisya
bermonolog dalam hati sambil bermain main dengan jari jemarinya.
“Kau tengok apa hah?” Sergah Zefrieq keras.
“Encik ni handsome gila kot! Ada lesung pipit.
Melting nya saya.” Ujar gadis itu teruja. Datin Zulaikha sudah simpan senyum
melihat reaksi gadis itu. Dia sendiri tidak menafikan anak bujangnya itu memiliki
paras rupa yang mampu mencairkan gadis gadis yang melihatnya.
“Apa benda kau merepek ni?!” Tegur Zefrieq sedikit
meninggi.
“Zef. Apa Zef ni? Cakap elok elok lah sayang.” Tegur
Datin Zulaikha yang tidak suka melihat anaknya meninggikan suara terhadap gadis
itu.
“Mummy. Boleh tak mummy tinggalkan Zef dengan
perempuan ni kejap. Zef ada benda penting nak bincang dengan PA baru Zef ni.”
Ujar Zefrieq bersama senyuman manis buat mummy nya itu.
“Okay. Tapi Zef jangan nak marah marah PA baru Zef
ni tak tentu pasal tau? Mummy tengok something wrong dengan Zef ni.” Balas
Datin Zulaikha yang ragu ragu dengan anaknya itu.Dia kemudiannya menapak
berlalu meninggalkan bilik anaknya.
“Don’t worry my, I don’t bite her.”
“Apa kau cakap tadi? Aku handsome?” Soal Zefrieq sambil
memusing musingkan pen di tangannya itu. Matanya tajam merenung gadis yang
membuat emosinya terganggu seketika.
“Err. Ya. Handsome.” Balas gadis itu sedikit gentar.
Dia sudah tersedar dari lamunannya tadi. Hisyy malunya aku. Mamat ni? Bukan
mamat berlagak tu ke?
“Encik ni bukan mamat berlagak yang langgar saya
minggu lepas?” Soal gadis itu tanpa ragu ragu. Ya dia yakin, lelaki inilah yang
menyebabkan dia lewat masuk ke tempat kerja tempoh hari.
“Encik tahu tak! Pasal badan Encik yang macam
monster yang langgar saya haritu, kaki saya bengkak! Tak pasal pasal duit saya
melayang bayar bil rawatan kaki saya ni!” Ujar gadis itu dengan nada seperti
orang menahan kemarahan.
“Excuse me. Ni office aku. Kau tak payah nak jerit
jerit dengan suara kau yang macam katak tu. Kalau kau tak suka. Kau boleh blah.
Bagus lah kalau kau dah sedar, aku ingatkan kau hilang ingatan tadi.” Balas
Zefrieq sambil bangun dari duduknya dan mendekati gadis itu.
“Saya tak nak kerja dengan Encik! Boleh sakit jiwa
saya dibuat nya tahu tak!” Bentak gadis itu kegeraman. Sungguh dia tidak
menyangka pertemuan kedua akan terjadi antaranya dengan lelaki yang tidak punya
hati dan perasan ini.
“Now, aku nak kau pilih. Kerja dengan aku. Atau kau
tak ada kerja sampai bila bila.” Ujar Zefrieq Ezzraf dengan nada serius. Tangan
kanannya diseluk ke dalam poket seluarnya.
Terkedu Ainur Fathrisya mendengar pilihan yang
ditawarkan oleh lelaki itu. Gila! “Tak kan aku nak hilang kerja sebab lelaki
ni? Adik adik aku nak makan apa. Kalau aku tak dapat kerja ni, mana aku nak
pergi?” Kebimbangan terbit di dalam hatinya.
“Aku kira sampai 5. Kalau kau tak bersuara. Aku
anggap kau tak berminat nak kerja dekat sini.” Zefrieq bersuara. Ada unsur
ugutan disitu.
“One, two, three, four..”
“Saya nak!”
“Kau nak apa?” Soal Zefrieq Ezzraf perlahan. Dia
mara setapak demi setapak mendekati gadis itu. Jarak yang tidak sampai seinchi
di antara mereka menyebabkan hidung mereka berlaga sedikit. Spontan jari lelaki
itu mencuit sedikit hidung gadis itu membuatkan gadis itu tersentak dan
berundur setapak ke belakang. Zefrieq hanya tertawa sinis melihat PA barunya
yang kelihatan gugup berhadapan dengannya.
“Say.. Sayaaaa nak Encik!” Entah kenapa, itu yang
terluah dari bibirnya akibat terlalu panik. Hisy mamat ni, sengajalah buat aku
malu! Aku ni pun satu, kenapalah bengong sangat pergi cakap macam tu dekat si
bongkak ni. Err malunya!
“Heh, kau nak aku? Kau ingat aku ni karipap? Senang
senang je nak.Jangan berangan lah perempuan kampung tak sedar diri!” Balas
Zefrieq dengan nada mengejek.
“Muka Encik ni bukan sekadar macam karipap, tapi
lebih tepat macam tempe basi!” Ujar Ainur Fathrisya selamba tanpa memandang ke
arah lelaki itu yang kelihatan kegeraman dengan kata katanya sebentar tadi.
“Muka kau tu yang macam tempe basi! Mulut macam mak
nenek. Muka tu sebijik macam dayang senandung! Huh!” Jerkah Zefrieq. Panas
sungguh hatinya dengan perempuan itu.
“Saya tak faham betul lah kenapa saya kena jumpa
dengan mamat tiga suku macam Encik ni! Dahlah sewel, buta pula tu. Encik
taktahu nak beza kan hitam dengan putih ke? Seumur hidup saya, semua orang puji
saya muka ala ala chinese tahu.” Balas Ainur Fathrisya memulang paku buah
keras.
“Err. Kau ni memang cari pasal lah perempuan! Kau
tahu tak aku ni boss kau? Mulut tu jaga sikit. Jangan sedap rasa nak kutuk aku
yang kacak lagi bergaya ni.” Balas Zefrieq dengan angkuhnya. “Geram betul aku
dengan perempuan ni. Nak aje aku sekolah kan kau ni!”
“Habis tu Encik ingat Encik tu boss, suka suka Encik
nak hina saya? Encik fikir Encik ada position dalam company ni, Encik boleh
suka suka nak sentuh saya? Encik belajar agama tak?” Soal Ainur Fathrisya
keras. Dia sememangnya geram dengan lelaki itu kerana sesuka hati mencuit
hidungnya. Huh, dasar lelaki buaya darat!
“Kau ingat aku teringin sangat ke nak sentuh kau hah?
Tak bernafsu lah aku tengok kau ni. Kampung girl.”
“Bagus lah kalau Encik tak bernafsu sebab saya
tengok Encik ni dah macam lelaki gila seks. Macam tak pernah tengok perempuan.
Tahu lah saya ni comel.” Balas Ainur Fathrisya berani. Seronok pula bertekak dengan
mamat sakit jiwa ini.
“Apa kau cakap?! Aku gila seks? Hei kau ni dah
melampau tahu tak! Kau nak aku pecat kau ke macam mana ni?” Tengking Zefrieq
sambil mendengus kasar.
“Err. Boss boss. Saya memang tak nak pun kerja
dengan boss ni. Tapi kalau saya tak kerja dengan boss saya nak kerja dekat
mana? Saya bukan orang kaya macam boss duit berkepuk kepuk. Banyak mulut saya
nak kena suap ni Encik.” Balas Ainur Fathrisya cuba meraih simpati. Dia
tersedar akan kata katanya yang keterlaluan sebentar tadi.
“Kalau nak kerja sini, mulut jangan nak celopar! Aku
ni boss kau tahu tak, tolong ada rasa hormat sikit.” Ujar Zefrieq Ezzraf tegas.
Ikutkan hati, dia sendiri tidak mahu gadis itu menjadi setiausahanya. Namun
dirinya mendesak kerana mahu mengenakan gadis itu sepuas hatinya.
“Baik Encik Zefrieq.” Balas gadis itu pendek.
“Hei! Kau dengar sini. Kau tak dibenarkan sama
sekali panggil aku macam tu. You must call me Boss or Encik. Bukan Encik
Zefrieq. Atau pun kau ada pasang cita cita nak panggil aku abang?” Soal Zefrieq
sambil merenung tepat ke arah gadis itu membuatkan gadis itu tidak keruan.
“Encik ingat saya ni gatal sangat ke?” Soal Ainur
Fathrisya garang. “Dia fikir aku teringin sangat nak panggil dia “abang”. Eii
tak kuasalah aku nak bersweet sweet dengan mamat tak ada perasaan ni.
“Nampak macam orang dahagakan kasih sayang.” Kutuk
Zefrieq selamba.
“Sorry saya bukan perempuan macam tu Encik. Saya tak
hadap kasih sayang lelaki buaya darat macam Encik ni.” Ainur Fathrisya bersuara
tegas untuk menyedarkan lelaki itu yang dia juga punya pendirian yang
tersendiri.
“Kau nak aku potong gaji pertama kau bulan ni?” Soal
Zefrieq sambil menjongketkan keningnya.
“Encik! Okay tak tak. Saya minta maaf. Saya tak buat
lagi. Tapi esok esok mungkin saya buat.” Ainur Fathrisya meminta maaf dengan
terpaksa. Meluatnya aku dengan mamat ni. Macam nak cekik cekik je leher dia ni.
Eii.
“Good. So. Nanti kau keluar, jumpa dengan Kak Dhieya.
Suruh dia tunjuk meja kau kat mana. And dia akan terangkan semua tugas tugas
kau.”
“Err. Kenapa bukan Encik je yang bagitahu? Saya mana
kenal Kak Dhieya tu siapa.” Balas Ainur
Fathrisya sambil mengerutkan dahinya.
“Tak kuasa aku nak berkepit dengan kau! Pergi lah
cari dia sendiri. Dah blah sekarang. Makin lama aku tengok muka kampung kau ni,
boleh muntah hijau aku.” Arah Zefrieq kasar sambil matanya dilirikkan ke arah
pintu biliknya itu.
“Kalau tak fikir mamat berlagak ni boss aku, nak aje
aku humban dia dalam longkang.” Sempat pula Ainur Fathrisya membebel sendirian.
“Mengutuk aku ya? Nanti aku potong gaji kau baru
tahu!” Laung Zefrieq setelah Ainur Fathrisya berlalu keluar dari biliknya.
“Mamat sengal!” Bentak gadis itu di dalam hati.
Best best
ReplyDelete