Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Wednesday 1 March 2017

Sandaran Terakhir Bab 20


Tetamu yang datang memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung Dato’ Haslan kelihatan sedang enak menjamu selera. Kedua-dua pengantin sudah pun bersanding dan makan beradab. Di satu sudut di kawasan kediaman milik Dato’ Haslan, Ezzaidi dan Adra sedang melayan rakan-rakan mereka.

“Adra, you kenal tak siapa lelaki tu? Dari tadi I perhatikan dia asyik pandang you.” Tiba-tiba Ezzaidi mencuit bahu isterinya. Adra yang sedang sibuk melayan para tetamu segera berpaling menghadap Ezzaidi.

“Hmm… Kalau you nak tahu, itulah Nazhan. Bekas kekasih gelap I.” Adra Sofia tidak mempamerkan reaksi terkejut, malah dia sudah mengagak lelaki itu akan datang ke majlis perkahwinannya.

“What? You jemput dia?”

“Ya, kan I nak dia berhenti ganggu hubungan I dengan Ruzail. Itu yang I bagi kad jemputan dekat dia.”

“Hai.” Belum sempat Ezzaidi mahu bersuara membalas kata-kata Adra, Nazhan sudah datang mendekati mereka.

“Ezzaidi, suami Adra Sofia.” Ezzaidi segera memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur sekadar untuk menghormati lelaki itu sebagai tetamu. Nazhan menyambut huluran tangan Ezzaidi dan pada masa yang sama pandangannya tertunak pada wajah Adra.

“Nazhan, bekas kekasih Adra.”

“Excuse me, I tak pernah jadi kekasih you.” Pantas Adra menyampuk.

“Oh, really? Keluar masuk hotel, keluar masuk club, bukan dengan I ya?” Nazhan menyoal dalam nada memerli.

“You hanya teman I di club. Bukan ex-boyfriend I.”

“Whatever la Adra. I ada satu soalan, kenapa bukan Ruzail yang jadi suami you? Dia ni suami tangkap muat saja ke?”

Ezzaidi sudah mula panas hati mendengar kata-kata pedas yang terluah di bibir lelaki itu. Tidak menunggu lama, dia segera bersuara.

“Aku bestfriend dia, aku dengan dia dah kenal lama. Jadi rasanya, tak salah kan kalau aku jadi suami dia? Kau ada apa-apa masalah ke?”

“Memang la tak salah. Tapi rasa macam kelakar pulak. Selama ni bukan main lagi you pertahankan kesetiaan you pada Ruzail. Tapi rupa-rupanya you kena game dengan dia. Nampak sangat selama ini you yang terhegeh-hegeh menagih kasih dari dia.” Sengaja Nazhan berkata-kata begitu. Sebenarnya dia jadi panas hati kerana Adra tidak memilih dirinya untuk menggantikan tempat Ruzail. Apa lagi kekurangan yang ada pada dirinya yang membuatkan Adra tidak mahu memilih dia.

“Tak ada jodoh bro, kau kena faham konsep tu.” Ezzaidi pantas membela Adra.

“Aku bukan cemburu dengan kebahagiaan palsu korang berdua ni. Tapi satu je aku nak beritahu kau, Adra ni bekas aku. Walaupun Ruzail bercinta dah lama dengan dia, tapi dia tak dapat apa yang aku dapat ketika bersama dengan Adra. Adra ni tak ubah macam perempuan simpanan aku.”

Adra mengumpul kesabaran. Ditoleh wajah Ezzaidi yang sudah berubah riak. Merah padam lelaki itu menahan marah. Kalau tidak memikirkan yang mereka dikelilingi oleh para tetamu, sudah lama rasanya Nazhan dikerjakan oleh Ezzaidi.

“Bekas kau ke, bekas sesiapa pun. Aku tak peduli. Aku dah lafazkan akad nikah dengan sepenuh hati aku. Maknanya aku terima buruk baik dia. Masa silam dia, bukan urusan aku untuk menghukum.”

“Oh, yeke… Kalau macam tu, kau perlu tahu lagi satu perkara. Aku dan dia dah pernah tidur satu katil. Kalau kau tak percaya, kau tanya lah dia sendiri. Tubuh dia ni, dah puas aku gomol hampir setiap minggu. Kami dah rasa segala-galanya, sebab itu aku kata dia ni perempuan murah. Kau hanya dapat sisa aku je.” Nazhan masih lagi tidak berpuas hati. Dia terus mengasak Ezzaidi dengan cerita silamnya bersama Adra.

Adra sudah terasa seperti mahu menangis disitu juga. Untuk pertama kalinya, dia dicemuh dan dihina sebagai perempuan murah, oleh lelaki yang pernah menidurinya juga. Apa lagi kau nak Nazhan? Kenapa kau mesti menghina aku di depan suami aku?

Tidak menunggu lama, Adra segera meninggalkan mereka berdua. Semakin lama dia disitu, semakin hatinya sakit mendengar kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh Nazhan.

“Bro, tak kisah la kau dah pernah buat apa pun dengan dia. Apa yang aku tahu sekarang ni, maruah isteri aku berada di tangan aku. Semua orang pernah buat silap, sekotor mana pun manusia tu, TUHAN tetap beri peluang untuk kita berubah. Jadi kau tak perlu ikut campur urusan TUHAN, sebab kau juga manusia yang penuh dengan noda.” Mencerlung matanya menikam wajah Nazhan. Lelaki itu kelihatan terkedu mendengar kata-kata Ezzaidi. Tidak lama kemudian, Ezzaidi segera mengikut langkah Adra untuk masuk ke dalam rumah.




Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik mereka yang telah dihias indah, Ezzaidi melihat Adra sedang duduk di atas katil sambil menangis. Esak tangisnya yang halus antara dengar tidak dengar sahaja. Ezzaidi datang mendekati isterinya.

“Adra…” Lembut sahaja dia memanggil wanita itu.

Diam. Adra tidak menyahut panggilan suaminya.

“I tak mahu melihat you menangis lagi. Jangan menangis sebab Nazhan. Dia hanya tahu berkata-kata, dia tak kenal siapa Adra Sofia yang sebenar.” Ezzaidi melabuhkan punggungnya dan dia sedang berhadapan dengan Adra yang masih lagi menangis.

“Abaikan apa yang dia cakap. I lebih kenal you daripada dia.” Sambungnya lagi.

“Dia hina I Ez, macam-macam dia cakap tadi. Dia cakap I perempuan murah, I memang tak layak ya nak diangkat sebagai seorang wanita? Ya, I tahu I memang dah banyak sangat buat silap ketika bersama dengan dia. Diri I ni penuh dengan dosa, tapi kenapa dia mesti ungkit perkara yang dah lepas?”

Adra mengangkat wajahnya untuk memandang Ezzaidi. Dia berasa malu dengan suaminya sendiri apabila Nazhan melemparkan kata-kata begitu di hadapan Ezzaidi. Meskipun perkahwinan antara dia dan Ezzaidi terjadi atas sebuah alasan, tetapi apabila dihina sebegitu, dia terasa dirinya sangat kotor untuk berdampingan bersama lelaki sebaik Ezzaidi.

“Kan I dah cakap, dia tak tahu apa-apa pasal you. Dia belum kenal diri you yang sebenarnya. Kalau satu dunia ni tak percaya kan, kalau satu dunia ni cemuh you atas apa yang pernah buat pada masa silam you. I tak akan termasuk dalam golongan tu. I akan tetap bersama dengan you, walau sukar macam mana pun keadaan.” Ezzaidi meluahkan rasa itu dengan jujur dari hati. Ya! Dia tidak kisah siapa pun Adra Sofia pada masa silam wanita itu. Itu bukan urusannya, sekarang ini dia harus terus berada di sisi Adra Sofia. Janjinya pada dirinya sendiri, dia tidak akan meninggalkan wanita itu.

“Tapi I kotor Ez. Bila Nazhan cakap macam tu, hari ni baru I sedar, tak sepatutnya kita berkahwin.” Jantung Ezzaidi berdegup kencang saat Adra melafazkan kata-kata itu. Mereka baru sahaja bernikah pagi tadi, Adra sudah menyesali pernikahan mereka?

“Apa maksud you?”

“You lelaki yang baik-baik. I ni, dah banyak sangat dosa yang I buat. I tak jaga diri I sebagai seorang wanita yang sebenarnya mahal harganya. Apa yang Nazhan cakap tu semua betul, I memang kotor Ez.” Adra menangis lagi. Hatinya yang masih lagi sedih kerana kehilangan Ruzail, bertambah sedih apabila Nazhan menghina dirinya seperti dia tiada hati dan perasaan.

“Adra, sebelum ni pun, I dah tahu apa yang you pernah buat dengan Nazhan kan? Jadi, tak ada sebab untuk you rasa diri you macam tu. I ikhlas terima you, bukan sekadar nak tutup malu keluarga you.”

“You ikhlas terima I? Maksudnya apa?” Adra menyoal tanda dirinya tidak mengerti.

“I… I ikhlas nak tolong you. Ye lah, perkahwinan kita untuk tutup malu keluarga you kan? Jadi, I ikhlas untuk bantu you dan keluarga you.” Ezzaidi terpaksa membatalkan hasratnya untuk berterus-terasang tentang perasaan sebenarnya terhadap Adra. Dia merasakan ini bukan waktu yang sesuai.

“Oh… Ingatkan you ada perasaan dekat I.”

I memang ada perasaan dekat you. Sejak dari dulu lagi… Tapi you saja yang tak sedar…

Kata-kata itu hanya mampu diucap di dalam hatinya sahaja. Wajah muram Adra dipandang dengan pandangan simpati.

“Semua orang pernah buat silap. Semua orang pernah ke kancah dosa dan maksiat. Tapi kita sentiasa ada peluang untuk betulkan silap kita.” Ezzaidi bangkit.

“I nak solat asar sekejap. You?”

“Er… I…”

Melihat Adra yang tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaannya, Ezzaidi kembali mendekati isterinya.

“Macam mana nak cakap eh, you sekarang isteri I. Dosa dan silap yang you buat, I pun ada share sekali. So, menjadi satu kewajipan untuk I bimbing you.”

“Tapi perkahwinan kita bukan macam perkahwinan orang lain. You tak boleh nak samakan.” Adra membantah.

“Siapa cakap? I dapatkan you dengan cara halal, sama saja macam perkahwinan orang lain. I tak kisah you tak boleh nak terima I sebagai seorang suami, tapi I tak nak you nafikan tanggungjawab you terhadap DIA.”

“You pun tahu kan life I macam mana?”

“Jadi itu ke penyebabnya untuk you tak solat dengan I? I tak minta masa you banyak pun, beberapa minit je. Lepas tu, you nak buat apa, I tak akan kacau.”

“I malas la Ez, you nak solat, you solatlah sorang.” Adra kembali kepada karakter asalnya. Ezzaidi mengeluh perlahan. Agak sukar untuk melihat Adra berubah, namun dia tidak akan mengalah.

“Okey, tapi kalau you ubah fikiran nak solat sekali dengan I. Bagitahu cepat, I nak kejar pahala solat di awal waktu.”







****
Malam itu, setelah bersembang dengan sanak saudara yang bermalam di rumah keluarga Dato’ Haslan, Ezzaidi segera meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Isterinya sudah masuk ke dalam bilik terlebih dahulu, penat katanya.

Pintu bilik dikuak perlahan. Adra Sofia sedang duduk di hadapan cermin sambil menyapu losyen di lengan dan juga kakinya. Saat masuk ke dalam bilik mereka, Ezzaidi merasa satu perasaan yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Tubuh badan Adra yang putih bersih itu membuatkan nalurinya tiba-tiba jadi tidak keruan. Bau haruman yang di pakai oleh Adra juga seakan-akan menyebabkan dia hampir saja tidak mampu bernafas dengan kadar biasa.

“Eh, you dah lama ke masuk? I ingatkan you sembang dengan diaorang lagi.” Adra yang tersedar kehadiran Ezzaidi di belakangnya, segera menegur suaminya.

“Baru je, macam mana you nak perasaan, kalau dari tadi asyik sibuk sapu losyen. You dah cukup cantik la Adra, buat apa nak sapu losyen lagi?”

“Apa you fikir, kecantikan yang ada sekarang ni akan kekal sampai bila-bila ke? Kalau tak jaga tubuh badan kita ni, nanti tak molek lah.” Adra bangkit dan dia sedang mengatur langkah mendekati Ezzaidi yang sudah pun duduk di atas katil.

“Leceh la jadi perempuan ni.” komen Ezzaidi. Nak tidur malam pun, perlu tempek krim sana sini.

“Jadi lelaki lagi leceh.”

“Kenapa pulak?”

“Orang lelaki tahu nak komen saja. Kalau badan isteri dah tak cantik macam masa awal-awal kahwin, mula lah nak kata si isteri tak pandai jaga penampilan diri. Bila si isteri sibuk nak jaga diri mereka, orang lelaki cakap, buang masa dan duit saja. Banyak komen kan kaum Adam?”

“Itu lelaki lain, tapi kalau I, you nak buat apa pun untuk diri you, I tak akan marah. Tapi pada I, you memang cantik semula jadi. Tak perlu nak pakai krim atau apa-apa produk.”

Adra tersenyum mengejek. Selama mengenali Ezzaidi, ini adalah kali pertama lelaki itu memuji paras rupanya.

“Tak payah nak puji I lebih-lebih. I bukan tak tahu you nak apa.”

“Eh, I nak apa? I puji you ikhlas lah, tanpa ada apa-apa niat.”

“Bukan sebab you nak I?” Adra memandang Ezzaidi bersama jelingan.

“Nak you? Bukan ke I dah dapat ni?” Ezzaidi menyoal pelik.

“Ezzaidi! Jangan lah buat-buat bodoh pula!” Melihat reaksi Adra yang mula naik angin itu, Ezzaidi memegang lembut jemari wanita itu.

“I tahu you kahwin dengan I atas sebab yang you sendiri tak boleh nak elakkan. I tahu you tak cinta kan I, I tak akan ‘meminta’ walaupun I tahu kalau dari segi hukum, I memang berhak. Tapi I tak nak paksa you, I nak jadi seorang suami yang memahami you.”

Adra tersentuh mendengar kata-kata Ezzaidi. Ya! Dia memang tidak bersedia untuk menempuh alam perkahwinan dengan lelaki itu. Sepatutnya malam ini dia sedang bahagia memeluk Ruzail, tetapi hasratnya tidak kesampaian.

“Sepatutnya malam ni you bersama dengan Ruzail, bukan dengan I. I faham perasaan you. I tak akan desak kalau you sendiri tak suka.” Ezzaidi menyambung lagi.

“I ada sesuatu nak cakap dengan you.” Adra bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri.

“You nak cakap apa?”

“I tahu kita dah kahwin, I tahu you suami I dan I isteri you. Tapi awal-awal lagi I nak cakap yang I memang tak akan jalankan tanggungjawab I sebagai seorang isteri. I nak you anggap kita ni masih lagi bestfriend. Kita kahwin atas bukan kerelaan I sepenuhnya, jadi,  I nak kita berhubungan macam biasa, macam kita yang sebelum ni.”

“Basuh baju I pun, you tak nak tolong ke?” soal Ezzaidi dengan nada bergurau.

“Hmm… Basuh la sendiri, mesin basuh kan ada.”

“Okey, tak apa lah kalau macam tu. I faham, jangan la risau tentang I. I kan dah besar, boleh uruskan hidup I sendiri.” Kata-kata Ezzaidi menyebabkan Adra berasa serba salah pula.

“Yelah, nanti I basuh la baju you.”

“I gurau saja lah. I kahwin dengan you sebab I tak nak you terima lelaki yang you sendiri tak kenal hati budi dia. Kahwin ni bukan main-main, sebab you akan hidup dengan suami yang you pilih. I bukan nak kata I ni yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya you kenal I dan I tak mungkin akan buat perkara tak elok dekat you.”

“Hmm… Lagi satu, jangan jatuh cinta dengan I.”

Ezzaidi terdiam seketika. Jangan jatuh cinta dengan Adra? Tidak mungkin dia mampu untuk menunaikan permintaan wanita itu kerana dia sudah terlanjur mencintai Adra Sofia.

“Ez, you dengar tak apa I cakap?”

“You cakap apa?” Ezzaidi berpura-pura tidak dengar. Walhal dia sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.

“I cakap, you tak boleh jatuh cinta dengan I.”

“Kenapa pulak? You isteri I kut.”

“Tak boleh lah Ez! Kalau you jatuh cinta dengan I, persahabatan kita putus.” Adra bersuara dengan nada tegas. Dia tidak mahu perkahwinan ini menjadi penyebab perasaan sayang Ezzaidi terhadap dirinya sebagai seorang kawan baik akan bertukar kepada cinta.

“You kan bestfriend I, tak mungkin I boleh anggap you lebih daripada kawan.” Kata-kata yang dituturkan oleh Ezzaidi melegakan hati Adra.

“I nak tidur, good night.” Adra segera berganjak ke tengah katil. Dia kemudiannya merebahkan tubuhnya di atas katil bersaiz queen itu.

“Tidur lah, selamat malam.”

“Er… You nak tidur mana?” Adra bangun kembali. Ya! Dia baru teringat yang mereka berdua berkongsi bilik dan katil hanya ada satu. Di mana suaminya mahu tidur?

“I tahu you tak selesa. I tidur bawah, you tidur lah dekat atas katil ni.” Ezzaidi sudah pun duduk bersimpuh di bawah. Dia segera membentangkan toto yang diambil dari almari Adra. Badannya yang letih juga meminta untuk direhatkan.

Jawapan yang diberikan oleh Ezzaidi menyebabkan dia terhuni dengan rasa bersalah. Sudahlah lelaki itu rela untuk membantu dirinya, tak kan lah dia sanggup membiarkan lelaki itu tidur di bawah? Sungguh tidak sopan caranya membalas pertolongan Ezzaidi.

“Kenapa? You tidur je lah, jangan risau pasal I, I okey.” Ezzaidi bersuara apabila dilihat riak wajah Adra seperti serba-salah.

“I… I tak boleh lah tengok you tidur dekat bawah. I rasa bersalah pulak.”

“Tak ada apa lah, you tidur je lah ye?”

“Ezzaidi... You tidur lah atas. Tidur bawah tak selesa. Tapi you janji dengan I, jangan nak buat-buat terpeluk I pulak?” Ezzaidi mengulum senyum mendengar amaran keras daripada wanita itu. Alahai Adra, makin lama makin comel pula kau ni.

“Dah tu, kenapa suruh I tidur atas katil dengan you? You sendiri tak selesa.”

“Tapi, kalau you tidur dekat bawah tu, I tak boleh lena malam ni. Sebab I rasa bersalah dengan you…”

“Hati you ni tak ada lah keras sangat kan.” Ezzaidi segera melompat ke atas katil. Dalam masa yang sama, Adra meletak bantal peluk di tengah-tengah sebagai penghalang Ezzaidi untuk mendekatkan diri dengannya.

“Adra…”

“Apa Ez?”

“Thank you.”

“Untuk?”

“Sebab you dah jadi isteri I. Tak kisah la apa pun alasan perkahwinan kita, apa yang I tahu, you isteri I. I harap sangat you akan pegang title sebagai isteri I sampai bila-bila.” Ezzaidi bersuara perlahan namun masih dapat didengari dengan jelas oleh Adra.

“I tak boleh janji.”


“It’s okay. I sentiasa cuba untuk memahami you.” Selesai berkata-kata, Ezzaidi segera menutup lampu tidur mereka.