“Abang pergi mana tadi? Lewat balik?” Qalisya
menyoal suaminya sejurus susuk tubuh itu melabuhkan duduk disebelahnya.
“Abang…
Lisya tanya abang ni. Jawab lah.” Qalisya bersuara sekali lagi setelah tidak
mendapat respond daripada sang suami. Suaminya hanya tunduk merenung bebola
matanya.
“Sayang,
kenapa cantik sangat ni?” Soal si suami sambil jarinya bermain dengan rambut
ikal mayang isterinya. Qalisya sudah mula tarik muka. Geram kerana
pertanyaannya tidak diendahkan.
“Isteri
kesayangan abang mula nak merajuk lah tu. Abang gurau sikit pun tak boleh.
Abang ada hal dekat luar tadi. Tiba-tiba Tan Sri Muaz call ajak jumpa. Nak
bincang pasal projek dekat Nusajaya. I’m so sorry sweetheart.” Terang si suami
panjang lebar setelah isterinya mula
menunjukkan adegan untuk merajuk. Lantas tangan si isteri diraihnya.
“Sayang
abang. Abang minta maaf okay? Abang lupa nak inform dekat Lisya tadi. Battery
handphone pun dah mati.” Sambung si suami sambil menunjukkan I Phone nya yang
kelam tidak bercahaya. Dia sedaya upaya membuat memek muka simpati untuk
memujuk si isteri.
Tawa
Qalisya mula kedengaran. Hailah suaminya ini ada ada sahaja untuk membuatnya
ketawa.
“Abang
memang bijak kalau nak pujuk hati Lisya balik kan. Hmm… Okay kali ni Lisya terima alasan abang tu.
Tapi kalau lainkali abang buat lagi. Abang tidur luar.”
“Amboi
main kasar nampak? Sanggup ke Lisya nak tidur sorang sorang dalam bilik tu?
Kalau ada momok macam mana? Nanti dia gigit Lisya, dia gigit Lisya dekat sini…”
Si suami mula cuba untuk menggigit bibir isterinya itu. Perbuatan spontan sang
suami menyebabkan isterinya sedikit tersentak.
“Abang
ni nakal tahu! Abang mana boleh tidur luar. Lisya main main je encik hubby.
Lisya takut nak tidur sorang sorang. Lisya takboleh kalau abang takada.”
Qalisya bersuara romantis sambil
kepalanya disembamkan di dada suaminya itu.
“Lisya,
abang pun takboleh kalau Lisya takada. Hati abang kosong, sunyi. Sepi… Abang
nak Lisya teman abang sampai hujung nyawa abang. Boleh tak cinta?”
“Boleh
sayang. I will do anything for you. Hmmm.. Abang kena mandi ni. Hidung Lisya
rasa macam nak tersumbat tahu bau tengik macam telur busuk ni.”
“Eh
amboi sayang. Tadi bukan main manis mulut dia berbicara. Busuk busuk pun saya
ada orang sayang tahu.” Balas suaminya sebelum mengucup dahinya dan berlalu ke
kamar mandi.
Itulah
suaminya, Megat Harith Danial yang dinikahi 6bulan lepas. Perancangan keluarga
yang akhirnya membawa mereka ke destinasi bahagia. Kelembutan Harith memikat
hati Qalisya yang sudah berjanji pada awal perkahwinan untuk tidak jatuh cinta
dengan lelaki itu. Namun takdir mengubah segala galanya. Perbezaan umur antara
dia dan suaminya tidak menjadi masalah. Meskipun dirinya masih mentah dalam
kehidupan berumah tangga, si suami yang lapan tahun lebih tua darinya banyak
memberi tunjuk ajar sehingga diri yang tidak tahu melayan suami menjadi begitu
romantis. Qalisya gadis kecil molek yang baru berusia 23tahun masih lagi
menuntut di UTM Skudai. Status sebagai isteri tidak menjadi penghalang baginya
untuk mengecapi kejayaan, tambahan pula dia mempunyai seorang suami yang sangat memahami.
***********
Akibat
terlalu tergesa gesa untuk ke kelas kerana Qalisya menyedari dirinya telah
lewat, dia terlanggar seorang lelaki yang sedang minum sambil berjalan.
“Hoi
kau buta ke? Lain kali jalan guna mata, bukan guna lubang hidung!” Bentak
lelaki itu kasar sambil mengibas ngibas bajunya yang lencun dek terkena air
yang tumpah itu.
“Err
sorry. Saya.. Saya minta maaf. Saya tak
sengaja.” Qalisya bersuara penuh keikhlasan. Dia benar benar memaksudkannya.
Bukannya dia sengaja mencari masalah melanggar lelaki yang tidak dikenalinya
itu. Kang tak pasal pasal dapat makian free.
“Qal..
Qalisya? Qalisya Amani Dato’ Aridd? Soal
lelaki itu kalut seperti amat terkejut melihat dirinya setelah mereka
bertentangan mata.
“Awak
kenal saya? Awak siapa ya? Macam mana boleh kenal saya?” Soal Qalisya pelik.
Dia sedaya upaya cuba mengingati lelaki di hadapannya itu. Namu kotak
fikirannya terhenti di situ. Tidak dapat mengumpul maklumat tentang lelaki itu.
“Mungkin
awak dah lupa. Saya Raziq Johan. Abang saudara bekas kekasih awak, Faliq. Kita
pernah jumpa dulu Lisya, masa awak tengah syok bercinta dengan dia.” Balas
lelaki itu cuba untuk menggerakkan kotak ingatan gadis itu. Qalisya mula
mengingati siapa lelaki itu. Ya, dia kenal lelaki itu. Matanya seakan akan
berkaca mengenangkan sebaris nama yang disebut oleh lelaki itu.
“Cik
Qalisya, are you with me?” Soal lelaki itu sambil memetik ibu jarinya.
“Err,
yes yes. Saya ingat siapa awak. Kita pernah lepak sekali dulu. Oh ya, sorry
lagi sekali Raziq. Saya betul betul tak sengaja.”
“Tak
apa lah. Saya tak marah pun, saya minta maaf juga sebab tengking awak tadi.
Lisya. Awak tentu dah lewat ke kelas kan?” Pertanyaan Raziq membuatkan dia
lantas menepuk dahinya sendiri. Dia sudah 1jam lewat untuk ke kelas Madam
Zuraina.
“Saya
minta maaf Lisya. Pasal saya, awak tak dapat masuk kelas.” Balas lelaki itu
yang kelihatan amat bersalah.
“Eh
tak, bukan salah awak. Salah saya sebab tak berhati hati tadi. Tak apalah, saya
pergi next class je. Pukul 2 nanti.”
“Oh,
so you free lah sekarang ni kan? Sudi nak teman saya lunch? Hm. Awak dah buat
salah dengan saya tau. So awak kena bertanggungjawab.” Balas lelaki itu sambil
memeluk tubuh.
“Amboi
awak ni. Main ugut ugut nampak. Okay, saya teman awak lunch and saya belanja
awak. Okay cun tak bro?” Qalisya sudah mula seleasa dengan lelaki itu. Dia
senyum sumbing sesudah menamatkan ayatnya tadi.
“Eh
cantik sangat lah tu Cik Lisya oi, saya memang tunggu je orang belanja. Let’s.”
Mereka berdua melangkah beriringan menuju ke cafe D.
**********
Harith
mengetuk pintu bilik studi isterinya berkali kali. Namun tidak ada sebarang
sahutan dari si isteri. Lantas dia menapak ke dalam bilik itu.
“Khusyuk
sangat wife abang ni. Abang ketuk pintu berkali kali sayang tak jawab pun.”
Balas si suami sambil memuncungkan mulutnya. Qalisya yang sedang tekun
menghadap assignmentnya terus berpaling ke arah suaminya itu. Dia tersenyum
kemudian.
“Abang
tahu tak? Kadang kadang Lisya rasa Lisya kahwin dengan budak kecil tahu.”
“Habis
tu sayang tak layan abang. Abang merajuk lah. Hmmm. Sayang, ni abang buatkan
air susu untuk sayang.”Harith meletakkan susu yang dibawanya tadi di meja tulis
isterinya itu. Lantas dia mengambil tempat disebelah Qalisya.
“Terima
kasih my dear. Susahkan abang je.” Balas Qalisya selepas itu tangannya lincah
menaip. Dia mahu cepat cepat menyiapkan kerjanya itu. Dia tidak mahu suaminya
menunggu lama.
“Banyak
lagi ke sayang? Bila kena submit ni? Ke sayang buat assignment last minute?”
Soal si suami sambil tangannya menari nari di atas tengkuk isterinya itu.
“Tak
banyak sangat, 30% more. Hm mana ada, abang macam taktahu Lisya taksuka buat
kerja last minute kan. Lecturer bagi semalam. And I have to submit tomorrow.”
“Abang
saje je nak uji isteri bijak abang ni. Sayang, abang ada good news untuk sayang
tau.”
“Good
news? Wah apa dia? Macam suspend je bunyi dia.” Soal Qalisya seperti tidak
sabar sabar untuk mendengar berita yang bakal disampaikan oleh suaminya itu.
“Abang
tak jadi pergi Sabah. Abang suruh Kamal yang handle. Sayang nak tahu kenapa?
Abang rasa berat sangat nak tinggalkan sayang…”
“Abang
kenapa ni? Kenapa abang campur adukkan hal peribadi dengan kerja?” Soal Qalisya
yang seperti tidak senang dengan keputusan suaminya itu.
“Kenapa?
Sayang tak suka ke?” Soal Harith perlahan, dia mula terasa hati dengan
pertanyaan isterinya itu.
“Abang,
jangan lah salah faham. Lisya bukan taksuka. Tapi lisya taknak pasal Lisya
abang tak buat kerja abang.”
“Hmm,
takadalah sayang. Abang sebenarnya memang nak handle meeting dekat sana. Tapi
papa suruh abang bagi peluang dekat Kamal tunjuk kebolehan dia. Sampai bila nak
harapkan abang. Banyak dah projek abang yang handle. Tak salah kalau abang bagi
kepercayaan dekat orang yang layak.” Balas si suami cuba untuk meyakinkan
isterinya.
“Betul
ni abang? Abang tak tipu Lisya kan?” Pertanyaan Qalisya membuatkan Harith
segera menggeleng kepalanya laju.
“Tak
sayang. Abang tak tipu. Abang tak sampai hati nak tipu sayang. Nanti abang
sakit, sakit dekat sini sayang…” Balas Harith sambil tangan isterinya dibawa ke
dada.
“Kenapa
pula sakit dekat sini?” Soal si isteri pelik.
“Sebab
kalau abang tipu sayang. Sama lah macam abang sakitkan hati abang sendiri. Apa
pun yang abang buat. Abang tak akan selindung dengan sayang. Kita kan dah janji
tak akan ada rahsia antara kita.”
“Abang
ni. Romantis sangat tahu. Okay abang. Lisya sentiasa pegang dengan janji kita.
Abang, kalau dah mengantuk abang
tidurlah dulu. Nanti bila dah siap, Lisya masuk bilik.” Balas Lisya kemudian
matanya di arahkan kembali ke skrin computer.
“Sayang,
abang nak basuh baju kejap. Nanti kalau sayang dah siap, sayang cari abang
dekat bawah ya.”
“Eh
abang? Kenapa nak basuh baju pula? Haish abang pergilah tidur. Baju tak banyak
pun. Nanti esok Lisya basuh okay?” Balas Lisya yang tidak senang dengan kata
kata suaminya itu. Dia tidak mahu suaminya membuat kerja rumah. Itu semua
tanggungjawabnya.
“Sayang
jangan nak tunjuk protes. Abang takpernah tidur dulu sebelum sayang tidur.
Abang tak biasa tidur sorang sorang. Abang tunggu sayang. Goodluck cinta.”
Balas suaminya sebelum berlalu meninggalkan dirinya.
“Abang
suami terbaik untuk Lisya. Lisya tak akan sia siakan abang.” Lisya bersuara
perlahan setelah bayang suaminya tiada.
***********
Qalisya mengerling sekilas jam di tangan
kanannya itu. Sudah hampir setengah jam dia tersadai di tepi jalan. Selepas
keluar meninggalkan kampusnya tiba tiba Toyota Vios miliknya termati di tengah
jalan. Sudah berkali kali dia cuba menghubungi Harith namun panggilannya tidak
dijawab. Bosan menunggu, dia keluar dari kereta untuk meminta tolong dari orang
sekeliling.
“Qalisya,
awak kenapa ni? Kereta rosak?” Soal satu suarau garau yang tiba tiba
memberhentikan keretanya di hadapan kereta milik gadis itu.
“Eh
awak? Raziq.. Awak buat apa dekat sini?” Soal Qalisya kaget dengan kehadiran
Raziq Johan apabila dia menoleh kearah pemilik suara tadi.
“Saje,
jalan jalan ambil angin. Saya tengah honeymoon ni Lisya.” Balas Raziq berseloroh. Muka gadis di
hadapannya itu sudah masam mencuka. Bengang mungkin dengan gurauannya itu.
“Okay
okay. I’m sorry. Saya gurau je Lisya. Kebetulan I baru habis kelas. On the way
nak pergi lunch. Kereta you kenapa ni?” Soal lelaki itu prihatin.
“Tak
tahu lah kenapa dengan dia ni. Tiba tiba meragam tak tentu pasal. Haish.” Balas
Qalisya sambil melepaskan keluhan berat.
“Hmm,
awak dah call husband awak minta tolong dia?” Soal Raziq yang sememangnya dia
sudah mengetahui status wanita yang sudah mula mencuri hatinya itu.
“Dah,
saya call banyak kali tapi dia tak pickup. Maybe dia ada meeting.”
“Okay
macam ni Lisya. Saya hantar awak balik rumah okay? Oh ya pasal kereta awak ni
awak tak perlu risau sebab saya akan suruh kawan saya yang kerja dekat bengkel
kereta untuk repair kereta awak ni. Don’t worry about that okay?”
“Eh
tak apa ke ni Raziq? Tak menyusahkan awak ke? Tak apalah. Saya tunggu sampai
suami saya datang.” Qalisya menolak pelawaan Raziq dengan sopan. Dia berasa
tidak selesa untuk berdua duaan dengan lelaki itu.
“Lisya,
awak call dia berkali kali pun dia tak angkat kan. Dah lah jom saya hantar awak
balik. Tak kan saya nak biarkan awak sorang sorang dekat bawah cahaya matahari
ni. Nanti gelap kulit awak baru tahu.”
“Err.
It’s okay Raziq. Saya boleh tunggu suami saya. Thanks but saya rasa tak manis
kalau saya balik dengan awak. Saya ni isteri orang.” Balas Qalisya cuba untuk
mengingatkan lelaki itu tentang status yang sedang disandangnya.
“Puan
Qalisya Amani. Saya tahu dan saya sedar saya tengah bercakap dengan isteri
orang, tapi niat saya cuma nak menolong. Tak apalah kalau awak tak sudi. Saya
balik dulu. Just takecare of urself.” Balas lelaki itu mendatar sebelum berlalu
ke arah Proton Saga miliknya.
Qalisya
bagaikan hendak mengetuk kepalanya saat ini. Dia sedar yang tutur bicaranya
sudah membuatkan Raziq yang ikhlas hendak menolongnya terasa hati. Tanpa
berlengah dia terus mendapatkan lelaki itu.
“Raz…
Raziq, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak tolak pelawaan awak. Okay, awak
hantar saya balik. And saya minta tolong awak uruskan kereta saya. Nanti duit
saya bagi kemudian dekat awak.”
“Hah,
macam tu lah, saya bukan nak buat benda tak elok dekat awak. Silakan masuk
Puan.” Balas Raziq sambil mengeyitkan mata.
“Oh
ya but before saya hantar awak balik. Saya nak awak teman saya lunch, don’t worry
kali ni saya belanja. Okay?” Qalisya hanya menurut. Dia sudah malas mahu
membantah. Sudah cukup baik lelaki itu mahu membantunya.
***********
Raziq
hanya menggeleng kecil melihat gadis di hadapannya yang sedang leka merenung
telefon bimbitnya itu.
“Lisya, sudah sudah lah duk renung
handphone awak tu. Tak dapat apa apa
pun. Dah, habiskan mee awak ni.” Raziq bersuara
perlahan menyedarkan Qalisya dari lamunan.
“Er.
Saya dah kenyang. Lepas ni awak hantar saya balik kan?”
“Mestilah.
Habis tu awak nak suruh saya tinggalkan awak sorang sorang dekat sini?” Soal
Raziq sambil mengangkat keningnya sedikit.
“Awak
ni suka sakat saya lah. Hish, saya bukan
apa. Saya risau kalau suami saya…” Belum sempat Qalisya menghabiskan ayatnya
Raziq sudah pantas memintas.
“Risau
kalau dia dapat tahu awak keluar makan dengan saya? Qalisya, niat saya cuma nak
tolong awak. Tentu dia akan faham keadaan awak. Nanti bila awak dah sampai
rumah awak terangkan pada dia okay?”
“Hmm.
Okay Raziq. Sorry sebab terpaksa susahkan awak. Er.. Saya nak tanya sesuatu
boleh?”
“Apa
dia?”
“Faliq
macam mana sekarang? Dia sihat? Dia dekat mana sekarang?” Qalisya menyoal
perlahan. Matanya seakan akan hendak mengalirkan air mata jernih apabila
menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi sandaran hatinya satu
ketika dahulu.
“Hm
kenapa awak tiba tiba tanya pasal dia? Awak rindukan dia eh?” Soal Raziq cuba
menebak perasaan Qalisya. Qalisya hanya diam membisu. Tidak tahu mahu membalas
apa.
“Sorry
Qalisya, saya gurau je. Hm dia dekat Singapore sekarang. Kerja dengan kawan
dia.”
“Hah?
Dia tak sambung belajar? Kenapa dia terus kerja?” Soal Qalisya bertalu talu.
Dia benar benar ingin tahu mengapa Faliq tidak meneruskan pengajiannya.
“Lepas
habis diploma dia terus kerja. Saya ada tanya kenapa dia tak nak sambung
degree. Tapi awak tahu je lah Faliq tu macam mana. Keras kepala. Dia buat semua
tu pun sebab dia taknak bebankan family dia untuk tanggung dia belajar pula.
Faliq bukan anak orang kaya macam awak Lisya.”
“Bukan
sebab dia kecewa dengan saya?”
“Tak
ada lah Lisya. Faliq faham, awak tinggalkan dia bukan atas kerelaan awak. Awak
hanya menurut arahan parents awak. Jangan risau, Faliq dah lama maafkan awak.
Dan dia sentiasa doakan kebahagiaan awak.” Balas Raziq cuba untuk meyakinkan
gadis itu yang sudah mula tayang riak wajah bersalah.
“Saya
tak ada niat langsung nak sakitkan hati dia Raz. Saya serius dengan dia, tapi
tu lah. Parents saya tak pernah restu hubungan kami. Saya tak mampu nak buat
apa apa.” Balas Qalisya sambil melepaskan keluhan berat.
“Kan
saya dah cakap. Faliq faham. Dah lah awak jangan risau. Oh ya, awak bahagia
dengan suami awak?” Soal Raziq ingin tahu tentang perkembangan gadis itu.
“Alhamdulillah,
walaupun pada mulanya saya memang tak cintakan dia langsung. Tapi lama lama
perasaan sayang tu datang dengan sendiri. Saya bahagia.” Balas Qalisya sambil
tersenyum manis.
“So
awak memang betul betul dah lupakan Faliq?”
“Raziq,
saya dah sah jadi isteri orang. Kisah cinta saya dengan Faliq dah lama berlalu.
Suami saya adalah masa depan saya, Faliq cuma masa lalu saya.”
“Saya
harap kebahagiaan awak dengan suami awak berkekalan sampai akhir hayat.” Balas
Raziq perlahan. Ada nada kecewa disitu.
“Thankyou
Raz. Oh ya kalau awak jumpa dengan Faliq nanti, jangan lupa sampaikan salam
saya dekat dia ya.”
“Alright
madam. Dah cepat habiskan air tembikai tu. Lepas tu saya hantar awak balik.
Karang mengamuk pula suami awak tengok saya duk usung kemari isteri tercinta
dia ni.” Balas Raziq bersahaja menyebabkan Qalisya ketawa kuat.
***********
Harith
terkocoh kocoh masuk ke dalam rumah. Hampir saja dia tersandung permaidani di
ruang tamu rumahnya itu. Dia terus memanjat anak tangga untuk menuju ke bilik
dia dan isterinya.
Bilik
pintu dikuak perlahan. Kelihatan Qalisya sedang duduk di birai katil sambil
membaca buku. Harith menerpa laju kearah isterinya itu. Tangan isteri tercinta
diraih kalut. Dia benar benar rasa bersalah kerana membiarkan panggilan
isterinya tidak berjawab tadi.
“Sayang….”
Harith menyeru isterinya perlahan. Qalisya hanya tunduk memandang lantai tanpa
menoleh kearah suaminya.
“Sayang,
abang tahu sayang marahkan abang. Abang minta maaf sangat sangat. Masa sayang
call tadi abang dalam meeting. Sorry sayang…” Terang harith sambil mencium
tangan isterinya berkali kali.
“Abang
tahu tak Lisya call abang berapa kali?” Qalisya menyoal sinis.
“57misscalls.”
Harith menjawab perlahan sambil melepaskan keluhan berat.
“Setengah
jam Lisya tunggu abang. Lisya tunggu abang pickup call Lisya. Tapi abang
terlalu sibuk dengan kerja abang sampai isteri sendiri terabai.” Qalisya mula
meluahkan rasa hati. Nada suaranya masih terkawal.
“Abang
tahu. Abang minta maaf sayang, lepas habis je meeting abang terus pecut balik
rumah. Abang call sayang sms sayang, tapi takada respond pun. Abang risau
sangat, tu yang terus drive balik rumah.” Harith masih lagi tidak berputus asa
memujuk isterinya itu.
“Baru
abang rasa apa Lisya rasa. Seronok kan call banyak kali tapi tak angkat. Ada
rasa macam tunggul tak?” Qalisya menyoal dalam nada mengejek.
“Bukan
macam tunggul je sayang, abang rasa macam mayat hidup je tadi tau.” Balas
Harith sambil tersenyum sumbing. Dia cuba ingin menyakat isterinya yang masih
dalam mood merajuk itu.
“Auchhh
sakit lah sayang!” Harith mengaduh kesakitan setelah Qalisya melancarkan
serangan cubitan di lengan kirinya itu.
“Hah
tahu sakit. Lain kali buat lah lawak masa gunung berapi tengah meletup. Sengaja
cari pasal kan.”
“Alololo
sayang abang merajuk lagi tu. Sayang….” Harith memegang kedua belah bahu
isterinya lalu mendudukkan isterinya di atas sofa berdekatan katil bersaiz king
itu. Dia kemudiannya berlutut menghadap isterinya.
“Abang
betul betul minta maaf. Abang tak pernah ada niat nak abaikan sayang. Sayang
selalu dalam fikiran abang even abang tengah dalam meeting. I am sorry eh eh
eh?” Harith bersuara seperti budak budak semata mata mahu membuat isterinya
memaafkan dirinya.
“Hmm.
Okay Lisya maafkan abang. Lisya pun nak
minta maaf sebab Lisya tak faham abang sibuk kerja.”
“Sayang
tak ada salah apa apa pun dengan abang. Abang yang buat sayang tertunggu tunggu
tadi. Eh sayang, kereta sayang mana?” Harith baru teringat semasa dia masuk ke
perkarangan rumah dia perasan Toyota Vios isterinya tiada di halaman rumah
mereka.
“Oh
ha sebab tu lah Lisya call abang tadi. Masa Lisya on the way nak balik rumah,
tiba tiba kereta termati tengah jalan. Kereta dekat workshop. Maybe lusa baru
siap.”
“Hah?
Lah bulan lepas kan baru abang hantar kereta Lisya pergi servis. Haish buat hal
pula dia tu. Habis siapa hantar sayang balik tadi?” Pertanyaan Harith
membuatkan Lisya terdiam sejenak.
“Sayang,
abang tanya ni. Siapa hantar sayang balik?” Soal Harith benar benar ingin tahu.
“Er.
Kawan. Kawan sekampus. Kebetulan dia baru habis kelas and lalu dekat tempat
kereta Lisya rosak tadi. Dia yang hantar Lisya balik rumah.”
“Kawan
yang mana? Abang kenal tak?”
“Tak.
Hm Raziq nama dia. Abang jangan salah faham tau, dia cuma nak tolong. Lisya tak
buat apa apa pun dengan dia tadi.” Terang Qalisya perlahan, dia tidak mahu
suaminya berfikiran negatif tentang
dirinya.
“As
long sayang cakap sayang tak ada buat apa apa dengan dia, abang percayakan
sayang. Tapi next time, jangan balik dengan dia okay? Abang akan cuba ada untuk
Lisya kalau jadi lagi macam ni.”
“Ya
sure, abang pun jangan buat Lisya macam tunggul lagi tau.”
“Mana
pernah abang buat isteri comel abang macam tunggul. Abang selalu layan sayang
macam princess tahu. Abang minta maaf sekali lagi. Janji tak buat lagi.” Harith
tunduk mencium ubun ubun isterinya sesudah mengakhiri ayatnya itu.
“I
love you Harith.” Qalisya berbisik di telinga suaminya itu. Perlahan tapi masih
didengari oleh Harith.
“I
love you more than yesterday and less than tomorrow.”
***********
“Kat
sini rupanya Lisya, puas abang cari sayang dekat dalam bilik takada, dapur pun
takada. Rupanya sayang rehat dekat sini.” Harith bersuara menyedarkan Qalisya
yang sedang leka menikmati angin malam di taman kecil di laman rumah mereka.
“Lisya
saje duduk sini ambil angin. Lepas makan tadi rasa kenyang sangat tu yang duduk
sini berehat.”
“Kenapa
sayang tak ajak abang? Hmm.” Harith bersuara dalam nada merajuk.
“Bukan
taknak ajak. Tapi tadi Lisya jenguk bilik abang, abang tengah sibuk buat kerja.
Lisya taknak kacau.”
“Abang
tak busy pun sayang. Cuma check email. Sayang kenyang lagi ke?” Soal Harith
yang masih lagi berdiri disisi isterinya yang sedang duduk.
“Kan
kita baru makan nasi tadi, kenapa? Abang lapar ke?” Soal Qalisya pelik.
“Eh
sayang ni. Mana ada, abang cuma tanya je. Sayang suka sangat fikir bukan bukan
pasal abang kan.”
“Tak
fikir bukan bukan pun abang. Sorry sayang. Eh kenapa dengan tangan abang tu?
Asyik menyorok je dekat belakang, ada apa?” Soal Qalisya yang hairan dengan
gelagat suaminya pada malam itu.
“Sayang
tutup mata kejap.” Pinta Harith sambil mengenyit mata kepada isterinya itu.
“Ish
kenapa pula kena tutup mata? Taknak lah.” Qalisya bertegas tidak mahu mengikut
kata suaminya. Ada ada sahaja suaminya itu.
“Sayang
ikut je lah cakap abang. Cepatlah sayang. Tutup mata, kejap je.”
“Hish
abang ni mengada ngada betul lah.” Balas Qalisya sambil menurut saje kata kata
suaminya. Malas mahu membantah.
“Lisya
buka lah mata.” Harith bersuara kira kira sepuluh saat Qalisya memejam matanya.
Sebaik
sahaja Qalisya membuka matanya, dia terkejut bukan kepalang. Di atas meja kecil
itu suaminya meletakkan sepotong kek red velvet dan sebuah kotak kecil berwarna
kuning cair.
“God!
Red velvet! My favourite cake. Bila abang beli?” Soal Qalisya girang. Harith
yang sememangnya tahu dirinya hantu kek dan amat menggemari red velvet
tersenyum kecil.
“Tadi,
sebelum abang balik rumah abang singgah kedai kek yang Lisya selalu beli tu.
Sayang suka tak?”
“Mestilah
suka. Suka sangat abang. Thankyou so much sayang.” Balas Qalisya sambil memeluk
suaminya. Erat dan seakan akan tidak mahu melepaskannya.
“Ur
most welcome. Ada lagi dekat dalam peti sejuk. Nanti sayang makan lah okay?”
“Okay
abang. Nak Lisya suapkan tak?” Soal Qalisya sambil tersenyum manja. Harith
sudah mengambil tempat berhadapan dengannya.
“Sayang
makan lah dulu. Nanti tak cukup pula. Sayangkan hantu kek. Qalisya, you forgot
something.”
“Apa
dia bang?” Qalisya menyoal sambil dahinya berkerut seperti mahu bercantum.
“Tuuuu.”
Harith memuncungkan mulutnya kearah sebuah kotak kecil yang diletakkan disisi piring kek tadi.
“Ni
untuk Lisya juga ke?”
“Eh
tak lah, tu untuk jiran sebelah punya orang gaji.” Balas Harith selamba.
“Abang
ni kan. Lisya tanya elok elok dia jawab macam tu.” Qalisya sudah mula mencebik.
“Ala
sayang abang ni. Mula nak merajuk lah tu. Hm mesti lah untuk sayang. Sayang taknak bukak ke kotak tu?”
Qalisya
mengambil kotak kecil itu dan dibeleknya sekilas. Tanpa berlengah dia segera
membuka reben yang menghiasi kotak itu.
“Abang!
Ni untuk Lisya? Are you kidding me?” Soal Qalisya yang sudah hampir mahu
terjerit itu. Dia menunjukkan kunci kereta kepada suaminya.
“Shuhhhh.
Sayang dah malam ni. Jangan lah cakap kuat kuat. Ya, untuk Qalisya Amani. Abang
harap sayang sudi terima.”
“Tapi
Lisya kan dah ada…” Tidak sempat si isteri mahu menghabiskan ayatnya, si suami
sudah pantas memintas.
“Ya
abang tahu sayang dah ada kereta, tapi tu papa yang bagi. And vios sayang tu
asyik meragam je. Tak salah kalau abang sebagai seorang suami yang, ehem ehem
kacak lagi macho nak hadiah sebuah kereta untuk sayang kan.” Ujar Harith sambil
tersenyum tampan kepada isterinya. Sememangnya Megat Harith Danial seorang yang
tampan meskipun sudah menjangkau 30-an. Raut wajahnya seperti remaja berusia
20-an sahaja.
“Lisya
taktahu nak cakap apa. I’m speechless. Lisya tak sangka impian Lisya nak bawa
kereta minicooper jadi kenyataan.”
“Sayang
tak perlu cakap apa apa, abang cuma nak sayang terima hadiah tak seberapa abang
ni.” Dia sengaja ingin membuat kejutan untuk isterinya. Bulan lepas isterinya
ada mengatakan bahawa teringin untuk memandu Kereta minicooper.
“Thankyou
so much. I love you to the moon and back. Thanks again. Thanks for everything
abang.” Balas Qalisya perlahan sambil memegang
erat tangan suaminya. Dia membawa tangan suaminya kedadanya.
“Sama
sama. Abang sayang Lisya sangat sangat.” Balas Harith yang sudah bangun dari
duduknya dan memeluk erat isterinya dari arah belakang.
“Lisya
pun sayangkan abang. Kenapa abang buat semua ni?” Soal Qalisya sambil mendongak
kearah suaminya yang lebih tinggi darinya.
“Because
you are my world sayang. Abang nak buat sayang happy, nak buat sayang tersenyum
sepanjang hayat sayang.”
“Thanks
sweetheart. Lisya taknak orang lain sebab Lisya dah cukup bertuah ada abang
disisi Lisya.”
“Hmm
sayang dah lewat ni, kita tidur jom?”
“Okay
let’s. Esok pun abang nak bangun pagi nak melawat tapak projek dekat Kota
Tinggi kan?”
“Ya
sayang.” Balas Harith lalu dengan pantas dia merangkul badan isterinya dan
membawa ke dalam rumah. Qalisya memegang erat tengkuk suaminya itu.
***********
“Ehem
ehem, Puan sorang jeke?” Teguran seorang lelaki jelas membuatkan Qalisya yang
sedang tekun membaca buku menoleh kearah suara itu.
“Hish
awak ni Raziq. Buat terkejut saya je lah.” Omel Qalisya geram. Dia memang tidak
suka dirinya diterjah sesuka hati ketika dia sedang tekun mengulangkaji
pelajaran.
“I
am sorry Puan Qalisya. Saya takada niat nak buat awak marah.” Balas Raziq yang
kelihatan bersalah kerana menganggu gadis kecil molek dihadapannya itu.
“Saya
tak marah pun. Cuma terkejut je awak sergah saya macam tu.”
“Ya,
ni last. Lepas ni kalau saya buat lagi awak ketuk kepala saya laju laju eh?
Awak buat apa dekat sini?” Soal Raziq yang masih lagi berdiri.
“Saya
tengah jual sayur. Mahu beli ka?” Balas Qalisya dengan nada yang sinis. Sudah
tahu lagi mahu tanya. Haish.
“Saya
taktahu pula dalam library boleh jual sayur. Kangkung ada tak Puan?” Soal Raziq
sambil menayang sengih. Suka betul dia
menyakat gadis itu.
“Karang
ada yang makan kasut saiz 10 ni.”
“Amboi
kejam nya dia. Saya suka buat awak marah lah Lisya. Makin comel pula bila awak
tengah bengang.” Raziq sudah mula menghamburkan tawanya melihat riaksi Qalisya
yang masih lagi geram dengan dirinya.
“Shuhhh
ni library ye bukan stadium nak ketawa kuat kuat.”
“Okay
okay. Sorry. Hm awak buat apa ni tak balik lagi? Ada kelas lagi ke?” Soal Raziq
yang sudah menngambil duduk di hadapan Qalisya.
“Tengah study. Sengaja saya taknak balik awal.
Kelas dah habis pukul2 tadi. Kalau saya balik rumah pun bukan ada orang dekat
rumah. So better study dekat sini.”
“Ohh.
Sorry kacau awak Lisya.” Tutur Raziq perlahan setelah dia menyedari dirinya
menganggu gadis yang sedang khusyuk menelaah ilmu.
“Tak
ada lah. Awak pula buat apa dekat sini?” Soal Qalisya sekadar ingin tahu.
“Saya
tengah cari bahan untuk first assignment saya. Maklmumlah saya ni budak baru
lagi. Awak senior dekat sini, taknak tolong saya?”
“Mana
ada senior, next year baru saya habis kalau takada aral melintang. Hm awak nak
saya tolong apa?” Soal Qalisya. Dia sudah tutup bukunya itu.
“Tak
adalah saya gurau je tadi. Abaikan. Oh ya Lisya, boleh awak bagi number phone
awak tak? Bukan apa, senang sikit kalau saya nak tanya apa apa dekat awak
nanti.”
“Tak
apalah kita kan selalu jumpa. Kalau ada apa apa awak cari je saya dekat
library.” Balas Qalisya yang enggan mahu memberikan lelaki itu nombor
telefonnya. Dia tidak mahu suaminya salah faham nanti.
“Alahai.
Bukan awak duduk dekat sini 24jam. Boleh tak Lisya? Bukan saya nak buat apa
pun. Saya Cuma akan contact awak bila ada hal penting je. Tak kan tak sudi nak
tolong saya.” Raziq bersuara sedih sengaja mahu memancing perhatian Qalisya.
“Er
yelah yelah. Sini lah number awak biar saya miscall.” Qalisya mengalah juga
akhirnya.
“Ha
macam tulah. Thankyou Puan.”
“Ur
welcome. Raz.. jangan lah panggil saya macam tu. Saya tak selesa lah.”
“Hehe
okay. Saya tak panggil lagi. Tapi esok lusa belum tentu lah saya tak panggil. Kadang
kadang mulut ni gatal nak menyakat awak.”
“Awak
ni memang tau, nakal.” Balas Qalisya lalu dia tersenyum kecil. Dia senang
berkawan dengan Raziq. Perwatakan Raziq yang ceria dan pandai mengambil hatinya
sedikit sebanyak membuatkan gadis itu teringat akan bekas kekasihnya, Faliq.
“Nakal
je bukan jahat pun. Oh ya Lisya, tekak saya tiba tiba rasa nak minum cendol
lah. Nak temankan saya tak?”
Dia
diam sejenak. Cendol.. Faliq juga dulu sangat suka makan cendol. Ah rindunya
dia pada lelaki yang pernah bertakhta dihatinya selama 3 tahun.
“Sekarang
ke?” Soal Qalisya sambil mengerling sekilas jam di tangannya.
“Ya,
ke awak ada hal dengan husband awak? Kalau macam tu takapalah saya fa…”
“Nope,
dia tak balik lagi pun time macam ni. Dia selalu balik lambat. Maghrib baru
sampai rumah.”
“So
takapa ke awak teman saya?” Soal Raziq untuk mendapatkan kepastian daripada
Qalisya.
“Tak
apa rasanya. Lagipun kita bukan pergi tempat yang tak elok. Sekadar nak
basahkan tekak. Saya pun haus juga ni.”
“Awak
tak minta izin dengan dia dulu?”
“Ha
saya call dia nanti. Nak pergi ke tak nak?”
“Eh
mestilah nak. Awak drive kereta awak, saya ikut dari belakang. Saya tunggu
dekat luar campus okay.” Putus Raziq setelah itu dia berlalu pergi keluar
meninggalkan library bersama Qalisya.
***********
“Abang,
abang siap siap macam nak pergi kerja ni nak pergi mana? Tak kan hari cuti pun
kerja?” Soal Qalisya yang baru turun dari tingkat atas. Dia hairan melihat
suaminya yang lengkap berpakaian seperti mahu ke pejabat.
“Abang
kena pergi Melaka kejap. Abang baru
dapat call tadi daripada pembantu abang yang uruskan projek dekat sana. Ada
masalah sikit lah sayang.”
“Habis
tu abang nak pergi lah ni?” Soal Qalisya tidak senang.
“Ya
sayang. Tak kan bang nak biarkan orang lain pula pergi. Abang tak percayakan
diaorang lah.” Balas Harith sambil memegang tangan isterinya kejap.
“Abang
lupa eh? Semalam kan abang dah janji dengan Lisya yang nak tengok wayang sama
sama tengah hari nanti. Kita dah lama tak keluar sekali. Abang asyik sibuk je.”
Qalisya mengeluh kemudian.
“Ya
Allah Lisya. Abang lupa. Abang betul betul terlupa. Er kita pergi lain kali je
lah eh sayang? Abang tak boleh kalau tak pergi. Benda ni penting.” Harith terus
mengusap pipi isterinya cuba untuk memujuk. Dia tahu isterinya pasti akan
merajuk. Tetapi dia tidak ada pilihan lain. Dia sangat komited dengan
kerjayanya.
“Hm
penting sangat kan daripada Lisya.”
“Abang
minta maaf sayang. Abang harap sayang faham. Abang bukan pergi suka suka.
Abang buat ni semua untuk kita, untuk
keluarga kita.” Harith bersuara perlahan cuba untuk meyakinkan isterinya.
“Tak
apalah, abang pergi lah, karang lewat pula.” Balas Qalisya yang sudah mula mahu
melangkah ke dapur.
“Abang
pergi atas urusan kerja bukan abang enjoy dekat sana. Esok abang balik. Sayang
tidur rumah papa. Abang tak sempat nak hantar Lisya, nanti Lisya drive sendiri
boleh?” Balas Harith dengan nada tegas. Kadang kadang dia rasa rimas mahu
melayan sikap isterinya yang jelas tidak mahu memahami dirinya yang sibuk
mencari rezeki.
“Pandai
pandailah nanti Lisya jaga diri Lisya sendiri. Dah, nak mandi.”
“Sini
kejap sayang..” Harith menarik tubuh Qalisya di dalam dakapannya.
“Abang
sayang Lisya, abang taknak Lisya fikir bukan bukan, abang minta maaf sekali
lagi. Sayang jaga diri baik baik. Esok tunggu abang balik ya sayang.” Harith
mencium kedua dua belah pipi isterinya.
“Abang
pun hati hati. Lisya sayang abang juga.” Balas Qalisya acuh tak acuh. Dia masih
lagi merajuk dengan suaminya.
“Abang
pergi dulu, nanti kalau ada apa apa call abang. Jaga diri baik baik.” Qalisya
tunduk mencium tangan suaminya itu. Walaupun bengang dengan sikap suaminya yang
gilakan kerja itu, dia tetap menghormati lelaki yang sudah sah menjadi suaminya
itu.
***********
Qalisya
membuang pandang ke luar rumah. Hatinya kecewa dengan sikap suaminya yang begitu
mudahnya membatalkan aktiviti mereka berdua untuk keluar menonton wayang. Dia
mengeluh sendirian. Sedang dia asyik termenung, tiba tiba telefonnya berdering
nyaring di meja solek. Dengan pantas dia mencapai telefon pintar miliknya. Qalisya
merenung sekilas nama pemanggil yang tertera di skrin itu. Dia kemudiannya
tergaru garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Hai. Assalamualaikum. Saya menggangu ke?”
Sapa suara di hujung talian itu.
“Waalaikumussalam.
Ya Raziq, ada apa?” Balas Qalisya mendatar.
“Ehem
ehem. Awak marah ke saya call awak? Maaf menganggu. Saya cuma sekadar nak tanya
khabar. Dah seminggu saya tak nampak awak dekat campus.”
“Oh
saya ada je. Cuma awak tak perasan kot. Saya sihat. Awak?”
“Sihat
Alhamdulillah. Oh ya suami awak mana Lisya? Tak apa ke ni saya kacau isteri
orang pagi pagi macam ni?” Raziq bersuara perlahan. Dia sedar dengan
perbuatannya yang boleh dikategorikan sebagai suatu kesalahan kerana menganggu
isteri orang.
“Hm
dia tak ada. Outstation dekat Melaka. Baru pagi tadi dia keluar.”
“Lah
yeke. Patutnya hujung minggu macam ni dia ada dekat rumah. Teman awak. Or buat
something interesting dengan awak.” Tutur Raziq sengaja ingin mengusik hati
Qalisya. Dia mempunyai agenda ingin membawa gadis itu keluar. Kebetulan hatinya
terdetik untuk menelefon gadis itu. Ternyata suaminya tiada di rumah. “Ada
chance lah ni” Hatinya berbisik nakal.
“Semalam
plan nak tengok wayang sama sama. Tapi pagi tadi dia dapat call pergi Melaka
and dia tinggalkan saya dekat rumah papa. Esok baru dia balik.”
“Habis
sekarang ni awak dekat mana?”
“Rumah
saya lah. Lepas maghrib nanti baru saya pergi rumah papa. Tidur sana.”
“Oh.
Saya sure awak mesti bosan sorang sorang kat rumah tu kan? Lisya, saya belanja
awak tengok wayang nak?” Raziq mula memancing perhatian sang gadis.
“Hah?
Keluar tengok wayang dengan awak?” Soal Qalisya kaget dengan pelawaan Raziq.
Berani sungguh dia ni ajak isteri orang keluar.
“Ya,
kenapa tak boleh ke? Bukan nak buat apa pun. Cuma teman saya tengok wayang.
Lepas tu kita makan and saya hantar awak balik. Saya tahu awak perlukan
seseorang untuk hilangkan bosan awak kan. Lagipun kita kan kawan.” Penjelasan
panjang lebar Raziq membuatkan Qalisya berfikir sejenak.
“Hm
tu lah saya pun bosan juga ni. Tak apa kot. Saya cakap dengan suami saya, saya
nak keluar dengan kawan. Kalau dia bagi, kita keluarlah.”
“Kalau
dia tak bagi takpayah keluar? Jangan macam ni Lisya, niat saya baik cuma nak
berkawan dengan awak. Saya tahu dan saya akan jaga batas batas dengan hak
orang.” Balas Raziq dalam nada kecewa. Dia mula merasa plannya hampir gagal.
“Er
okay Raziq. Awak ambil saya pukul 12.30. Nanti saya sms awak alamat rumah
saya.” Putus Qalisya. Dia tidak mahu menghampakan harapan lelaki itu. Sepanjang
mengenali Raziq, lelaki itu sering saja berada disisinya ketika dia didalam
kesusahan. Qalisya tersenyum kecil. Ada perasaan terharu terbit di hati.
“Ha
macam tu lah. Saya janji sebelum maghrib saya hantar awak balik. Cepat siap,
jangan lambat pula bersiap. Awak dah cukup cantik kalau tak bersolek pun.” Balas
Raziq yang kemudiannya ketawa kecil. Qalisya juga turut sama menghamburkan
tawanya.
“Hish
awak ni kan, kalau tak buat saya geram memang tak sah kan. Awak pergi lah
bersiap. See you soon.” Balas Qalisya sebelum mematikan talian.
Dia
kemudian mendail number suaminya berkali kali namun tiada panggil berjawab. Dia
mengeluh lagi. Sms di hantar untuk memaklumkan dia ingin keluar.
“Abang.
Lisya nak keluar dengan kawan kejap. Bosan duduk dekat rumah. Nanti lepas
maghrib lisya pergi rumah papa. Takecare and I miss you.”
Beberapa
minit kemudian Harith membalas smsnya itu.
“Sayang
keluar hati hati. Jangan balik lewat sangat. Abang dalam meeting tadi dengan
lembaga pengarah. Sorry tak pickup call. Anything let me know. Miss you more.”
Qalisya
tersenyum membaca bait bait ayat yang dikirimkan oleh Harith itu. Kalaulah
Harith tahu dia keluar dengan Raziq, pasti suaminya akan cemburu. Namun Qalisya
tetap bertegas, dia tidak mempunyai apa apa hubungan istimewa dengan Raziq,
tidak melebihi sebagai kawan.
***********
“Selalu
ke awak kena tinggal sorang sorang dekat rumah bila dia ada kerja dekat luar
daerah?” Soal Raziq memecah kesunyian yang bertaut pada mereka berdua.
“Er.
Selalu jugak lah. Bulan lepas dia ada seminar dekat Korea. Seminggu juga saya
duduk rumah papa. Minggu lepas pula kitaorang dah rancang nak pergi Port
Dickson mandi laut. Tapi tiba tiba dia kena pergi handle meeting dengan KL.”
Balas Qalisya bersama keluhan berat dilepaskan. Ya, kebelakangan ini suaminya
terlalu sibuk dengan kerjayanya. Maklumlah Harith anak tunggal. Syarikat
bapanya itu akan diwarisi olehnya. Bapanya juga sudah tua dan tidak larat mahu
menguruskan syarikat. Qalisya faham tentang itu namun hatinya sering berdetik
resah setiap kali ditinggalkan bersendirian. Dia sunyi.
“Oh
yeke. Hm kenapa dia takpernah bawa awak ikut dia?”
“Dia
bukan taknak bawa tapi kalau saya ikut sekali saya ni tak ubah macam patung.
Dia sibuk kehulur sana sini, saya terperap dekat hotel. Tu yang saya selalu
duduk rumah papa bila suami saya takada.”
“Kesian
awak, dia tak patut abaikan awak macam ni. Lagipun rumah tangga kalian masih
baru lagi. Dia tak boleh anggap awak boleh berdikari tanpa dia.” Balas Raziq
sambil matanya tidak lepas dari merenung raut wajah halus mulus milik Qalisya
Amani. Gadis itu memang cantik dari dulu lagi.
“Kadang
kadang saya pun tak faham kenapa dia sibuk sangat. Tapi dia berkali kali pesan
dekat saya supaya jangan fikir bukan bukan. Lagipun dia satu satunya harapan
ayah dia untuk teruskan legasi perniagaan keluarga mereka.”
“Sibuk
kejar duit sampai isteri sendiri terabai? Busy sangat sampai takada masa nak
keluar bawa awak jalan jalan?” Sola Raziq sinis. Dia benar benar bengang bila
mendapat tahu yang Qalisya sering diabaikan oleh suaminya.
“Entahlah
Raziq, saya serahkan semuanya pada Allah. Saya percayakan suami saya.”
“Hm
kalau saya jadi dia, saya tak akan sia sia kan awak Qalisya. I will always be
there for you, kalau saya yang jadi suami awak.”
“Raziq,
thanks sebab selalu ada masa susah dan senang saya. Awak teman terbaik saya
setakat ni.” Tutur Qalisya tulus. Dia menghargai kewujudan Raziq yang sentiasa
menjadi peneman setianya tika ini.
“Saya
harap saya berpeluang untuk buat awak bahagia Lisya.” Ungkapan yang tidak
diduga daripada Raziq membuatkan Qalisya tergamam. Dia tidak tahu apa yang dia
rasakan. Seolah olah hatinya berpalu kegembiraan mendengarkan sebaris ayat yang
ditutur lelaki itu. Dia kemudianya hanya diam membisu.
***********
Harith
melangkah lemah ke dalam rumah. Sudah tiga hari dia tidak pulang ke rumah
kerana tuntutan kerja. Baru dia hendak memanjat tangga untuk berehat di
kamarnya, Qalisya pantas memintasnya. Harith kaget, dia tidak sedar yang
isterinya itu mengekorinya dari tadi sejak dia masuk ke dalam rumah lagi.
“Kenapa
abang tak tidur dekat sana je sampai tahun depan.” Tegur Qalisya sinis sambil
menjongketkan keningnya sedikit.
“Sayang,
kan abang dah bagitahu sayang abang tak jadi balik semalam. Abang call sayang
banyak kali tak berjawab pun. Kenapa?”
“Malas.”
Balas Lisya sepatah, ya dia memang sengaja tidak mahu menjawab panggilan
suaminya. Berkali kali Harith cuba menghubungi Qalisya namun dia hampa. Dia
kemudiannya memutuskan hanya menghantar pesanan ringkas untuk memaklumkan dia
tidak jadi pulang semalam.
“Sayang,
abang minta maaf kalau abang dah buat sayang marah. Abang betul betul tak ada
niat. Lepas abang habis kerja terus abang drive balik Jb. Abang tak melencong
ke tempat lain pun sayang.” Balas Harith penuh kejujuran. Isterinya memang kuat
merajuk dan sensetif orangnya.
“Abang
ni kenapa eh? Dulu abang tak macam ni pun. Busy macam mana pun abang, abang
tetap luangkan masa untuk Lisya. Now, semuanya dah tak macam dulu. Abang selalu
balik kerja lambat. Apa yang kita plan nak buat bila hujung minggu selalu je
abang cancel sebab kerja. Abang tahu tak Lisya bosan bila selalu kena tinggal!”
Qalisya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Harith hanya tunduk merenung
lantai.
“Abang
sibuk kerja sayang. Kebelakangan ni projek banyak sangat yang abang kena
handle. Kalau projek kecil abang boleh suruh orang lain handle. Ni soal untung
rugi syarikat sayang. Kalau abang buat kerja main main, nanti Daddy bising.
Sayang, fahamlah sikit.” Balas Harith lembut. Dia masih lagi sabar menjelaskan
perkara yang sudah berkali kali dia jelaskan kepada Qalisya. Namun isterinya
itu seolah tidak mengerti.
“Lisya
taknak faham dan Lisya tak akan faham. Abang tak akan faham apayang Lisya rasa.
Abang Cuma pentingkan kerja abang, duit duit dan duit! Abang dah tak pedulikan
pasal Lisya lagi.” Balas Lisya sambil memukul mukul dada suaminya. Hatinya
benar benar sakit apabila suaminya tidak jadi pulang semalam. Dia sudah
merancang surprise untuk suaminya dengan
membuat sebiji cake. Namun dia hampa dengan sikap suaminya yang sering saje
mengabaikan dirinya. Qalisya berasa dirinya tidak diperlukan lagi. Hatinya
terasa walang.
“Sayang
jangan macam ni please. Okay pasal semalam abang betul betul minta maaf. Abang
dah siap packing barang nak balik rumah tapi tiba tiba abang dapat tahu salah
sorang pekerja abang kemalangan dekat tapak projek. So nak tak nak abang
terpaksalah pergi melawat dia, jaga kebajikan pekerja abang. Itukan tugas abang
sayang.” Harith memaut pinggang ramping isterinya namun tangannya ditolak kasar
oleh Qalisya.
“Stop
it Harith, Lisya taknak dengar apa apa penjelasan dari abang. Cukup lah buat
Lisya tak ubah macam patung.” Balas Qalisya bengang. Dia kemudiannya berlalu ke
dapur.
Harith
tergamam dengan tutur bicara isterinya. Selama mereka berkahwin, inilah kali
pertama mereka bertengkar. Dia kecewa dengan Qalisya yang tidak pernah cuba
memahami kesibukannya mencari rezeki. Qalisya… Maafkan abang sayang, abang
janji lepas selesai projek projek ni abang akan jadi macam dulu balik. Abang
minta maaf dah lukakan hati sayang. Hatinya bersuara lirih. Dia melangkah
gontai ke arah tangga.
***********
Hubungan
Qalisya dan Raziq semakin hari semakin rapat sehingga menimbulkan bibit bibit
percintaan antara mereka. Qalisya sedar yang dia memegang status sebagai isteri
orang, namun dirinya sendiri tidak dapat menolak kehadiran Raziq disisinya.
Kesibukan Harith yang sering sahaja pulang lewat ke rumah, outstation dan
sering meninggalkan Qalisya bersendirian membuatkan wanita itu terasa semakin
jauh dari suaminya. Kehadiran Raziq sedikit sebanyak dapat menghilangkan resah
dan kesunyian di hati.
“You
nak hantar I balik pukul berapa bie?” Soal Qalisya setelah mereka selesai
menikmati makanan di salah sebuah restoran di City Square.
“Kejap
lagi lah sayang. Kenapa? Rindukan suami you ke?” Balas Raziq acuh tak acuh.
“You
ni kan. Tak ada maknanya, I dah ada you sekarang. So buat apa I nak rindukan
dia yang terlalu obses dengan kerja. Dia mana ada masa untuk I dah.”
“Dah
tu? You sibuk tanya bila I nak hantar you balik kenapa? I tak puas lagi spent
time dengan you. Manja manja dengan you tahu.” Balas Raziq sambil tangannya
mengelus jari jemari gadis di hadapannya itu.
“I
tanya je. Tak ada niat nak buat you terasa. Lepas ni kita nak pergi mana
sayang?”
“Pergi
tengok wayang. I janji sebelum pukul 10 malam I hantar you balik. Lisya, sampai
bila kita nak macam ni?” Soal Raziq dengan nada yang mendesak.
“Maksud
you?”
“Yelah.
Sampai bila kita nak keluar senyap senyap macam ni. Sampai bila you nak curang
dengan suami you. I nak kahwin dengan you Lisya. You minta cerai dengan suami
you, kan senang. Lagipun you dah tak bahagia dengan dia kan.” Lisya diam
sejenak. Dia tahu lelaki itu mahukan hubungan yang lebih serius dengannya.
Namun dia tidak bersedia untuk berterus terang dengan suaminya lagi.
“You
sabar sikit lah bie. I belum ready lagi nak bagitahu dia tentang kita.” Balas
Qalisya. Dia bermain main dengan rambut lelaki itu. Dia gemar berbuat demikian.
“Sampai
bila sayang I kena tunggu? Dah hampir 4bulan kita macam ni.”
“You
sayang I tak?” Soal Qalisya ingin menduga.
“Sayang.
Sebab tu I nak cepat cepat kahwin dengan you. I’m deeply in love with you my
dear.”
“Kalau
you sayang I, you kena sabar sikit lah bie. I janji dalam masa terdekat ni I
terus terang dengan Harith pasal kita. Walau apa pun yang terjadi dia mesti
lepaskan I. You jangan risau.” Balas Qalisya lembut meyakinkan kekasih hatinya
itu. Dia sudah tidak berfikir apa apa lagi. Dia hanya mahu Raziq menjadi
suaminya. Dia benar benar yakin dengan kata hatinya.
“I
will waiting for you. Tapi jangan lama sangat. I tak sabar nak hidup dengan
you.”
***********
“Siapa
yang hantar Lisya balik tu? Lisya pergi mana malam baru balik?” Soal Harith
sejurus melihat susuk tubuh isterinya di ruang tamu. Dia sengaja pulang awal ke
rumah hari ini. Dia ingin meluangkan masa dengan isterinya. Harith sedar
hubungan mereka sejak kebelakangan ini semakin renggang.
“Jumpa
kawan.” Balas Qalisya malas. Dia kemudiannya berkira kira ingin berlalu ke
dapur.
“Nanti
dulu. Abang tak habis cakap dengan sayang lagi. Sayang cuba cakap dengan abang
betul betul. Sayang pergi mana lepas habis kelas tadi?” Harith menghalang
Qalisya untuk berlalu. Dia menarik lembut tangan isterinya duduk disebelahnya.
Qalisya hanya menurut.
“Lisya
keluar dengan kawan. Lepas habis kelas Lisya keluar tengok wayang. Buat apa
Lisya duduk rumah sorang sorang. Daripada Lisya rasa diri Lisya diabaikan,
lebih baik Lisya enjoy kat luar.” Balas Qalisya sinis.
“Apa
sayang cakap ni? Abang tak pernah abaikan Lisya. Abang balik awal hari ni sebab
nak ajak Lisya keluar dinner. Last week pun abang nak ajak Lisya pergi main
bowling tapi Lisya kata taknak sebab Lisya ada group discussion kan. So,
sekarang ni siapa yang abaikan siapa? Abang dah berubah macam dulu balik. Tapi
Lisya yang jauhkan diri dari abang.” Harith bersuara dalam nada kecewa. Dia
tidak sangka isterinya itu jauh berubah hanya disebabkan dirinya yang sibuk
bekerja mencari rezeki.
“Lisya
malas nak gaduh dengan abang. Lisya penat ni abang. Tolonglah faham.” Balas
Lisya lalu dia bangkit dari duduknya.
“Sibuk
keluar dengan lelaki lain? Sibuk curang belakang abang?” Soal Harith bengang.
Namun nadanya masih terkawal. Dia masih lagi menghormati Lisya sebagai seorang
isteri dan wanita yang wajar dia lindungi.
“Abang
jangan nak sedap sedap mulut je tuduh Lisya bukan bukan. Entah entah abang tu
yang sibuk bercinta dengan betina-betina
dekat office abang tu. Tu yang abang selalu balik lewat.” Balas Qalisya
berani. Nada suaranya juga sudah tinggi. Dia seolah olah lupa, lelaki yang
berhadapan dengannya adalah suaminya sendiri.
“Lisya
jangan kurang ajar dengan abang. Abang dah cakap abang takpernah ada orang lain
selain Lisya. Lisya ingat abang taktahu apa Lisya buat selama ni belakang
abang? Lisya ingat abang buta ke?” Soal Harith, dia sudah mula meninggikan nada
suaranya. Minggu lepas dia melihat sendiri dengan mata kepalanya kemesraan
Qalisya dengan seorang lelaki di sebuah restoran. Kebetulan dia singgah makan
disitu.
“Bagus
lah kalau abang dah tahu. Tak perlu lah Lisya nak terangkan apa apa lagi dengan
abang. Semuanya dah jelas.” Balas Lisya sambil tersenyum sinis.
“Lisya,
abang minta maaf kalau abang yang bersalah dalam hal ni. Abang mengaku abang
sibuk kerja tapi abang takpernah lupa tanggungjawab abang sebagai seorang
suami. Cuma abang selalu balik lewat, bukan tak balik langsung. Sayang, maafkan
abang?” Harith bersuara lembut. Dia cuba ingin memujuk isterinya yang sudah
naik angin itu.
“Lisya
taknak dengar apa apa lagi dari abang. Sekarang ni abang dah tahu kan Lisya
curang belakang abang? So tunggu apa lagi?”
“Apa
Lisya cakap ni? Abang tak faham.”
“Lisya
nak abang lepaskan Lisya. Ceraikan Lisya, Lisya dah tak bahagia dengan abang
lagi.” Mendengar sahaja ucapan itu keluar dari mulut isterinya, Harith meraup
wajahnya berkali kali. Dia hampir sahaja mahu rebah saat itu.
“Abang,
abang pekak ke? Abang tak dengar ke apa Lisya cakap? Lisya dah tak nak tanggung
dosa curang belakang abang. Tolong lah abang. Lisya dah tak boleh nak teruskan
hubungan kita.” Balas Lisya bengang dengan respond Harith yang hanya diam tidak
berkutik.
“Abang
tak akan lepaskan sayang. Kita tak ada masalah apa apa pun. Abang sayang dan
cintakan Lisya. Lisya tengah penat ni, sayang rehatlah dulu ya. Nanti kita
turun makan sama sama. Abang masak malam ni.” Harith membalas dalam nada lemah.
Dia terasa dengan sikap isterinya yang makin hari makin berubah. Dia pantas
memaut tangan isterinya dan dikucup sepuas hati.
“Harith.
Saya nak awak lepaskan saya as soon as possible. Saya mohon sangat Harith,
kalau awak sayangkan saya. Tolong ceraikan saya. Kebahagiaan saya bukan disisi
awak lagi.” Luah Qalisya lalu dengan kasar dia merentap tangganya dari
genggaman Harith. Dia benar benar sudah tawar hati dengan lelaki itu.
“Sayang
jangan buat abang macam ni. Abang tak sanggup kehilangan Lisya. Macam mana
abang nak hidup kalau nyawa abang pergi tinggalkan abang sayang?” Harith
bersuara sayu. Kolam matanya bergenang seketika.
“Awak
faham tak Harith? Saya tak perlukan awak lagi! Saya dah ada orang yang saya
sayang. Lagipun awak sedar lah diri awak sikit, awak tak layak untuk saya. Awak
tak faham kehendak dan jiwa remaja saya. Berkahwin dengan awak satu kesilapan
yang pernah saya buat.” Sesudah menghabiskan ayatnya, dia berlalu pantas
meninggalkan Harith bersendirian. Harith tidak menyangka yang isterinya yang
selama ini dia belai dan sayang akhirnya meminta untuk dilepaskan. Sayang jangan
buat abang macam ni sayang… Abang tak boleh tanpa saya. Hatinya bersuara perit.
***********
Qalisya
menguak perlahan pintu utama rumah mereka. Dia pelik kerana keadaan rumah yang
suram dan sunyi tanpa cahaya lampu. Seingatnya tadi, dia melihat kereta Harith
di laman rumah.
“Surprise!!!!”
Harith menyalakan lampu ruang tampu sambil tangannya membawa sebiji cake red
velvet kegemaran isterinya. Dia kelihatan tampan mengenakan baju melayu
berwarna putih yang pernah dipakai pada hari perkahwinan mereka. Dia sengaja
memakai baju itu kerana itu adalah simbolik cinta mereka. Harith mahu melupakan
semua yang pernah berlaku antara mereka. Dia tidak mahu Qalisya terus terusan
meminta untuk dilepaskan, sesungguhnya hanya tuhan mengerti betapa kasihnya dia
pada wanita itu.
“The
day is here again, I can’t remember every moment of that day, but I could
remember when I first looked at your eyes. Happy Anniversary Sweetheart!”
Harith bersuara romantis sambil memberi isyarat supaya Qalisya meniup lilin.
Namun Qalisya hanya diam membisu.
“Awak
buat apa ni?” Soal Qalisya tidak senang. Sebenarnya jauh di sudut hati dia
berasa terharu dengan kejutan yang dibuat oleh suaminya. Tapi semuanya dah
terlambat abang. Lisya dah bahagia dengan orang lain.
“Sayang,
harini 21.10.2013 genap setahun usia perkahwinan kita. Sayang lupa?” Balas
Harith sambil tersenyum.
“Oh.
Saya lupa. Penting ke untuk saya ingat?”
“Sayang,
abang harap kita dapat lupakan semua yang pernah terjadi pada kita sebelum ni.
Abang terlalu sayangkan perkahwinan kita. Abang taknak jadi penyebab kenapa
Qalisya menderita. Sebab abang tahu, hanya abang yang boleh bahagiakan sayang.”
“Awak
tak malu ke cakap macam ni? Hello Megat Harith Danial. Listen here, awak jangan
ingat saya main main pasal cerai. Saya memang betul betul nak awak lepaskan
saya. Awak faham tak Harith? Berapa kali saya nak jelaskan yang saya dah tak
sayang awak lagi.” Balas Qalisya berang dengan sikap lelaki itu. Dia mahu
segera berpisah dengan suaminya.
“Qalisya
Amani, abang sayang awak. Abang cintakan awak. Takpernah abang terfikir untuk
lepaskan Lisya. Tolong jangan buat keputusan terburu buru, tolong fikirkan masa
depan kita sayang.” Harith bersuara dengan suara yang lirih. Kek di tangan
diletakkan di atas meja, Qalisya langsung tidak mahu menghargai apa yang cuba
dia lakukan, hatinya bergetar hebat.
“Stop
it lah Harith. Telinga saya ni dah muak dengar ayat cinta dari awak. Tolong
lepaskan saya, saya tak sanggup jadi isteri derhaka. Saya merayu sangat Harith.
Masa depan saya bukan dengan awak. Anggap saje lah kita tak ada jodoh.” Balas
Qalisya bersahaja. Tidak langsung memandang ke arah suaminya yang sudah
kelihatan lemah saat itu.
“No.
I will stay with you forever. Abang tak akan ceraikan Lisya.”
“Kenapa
dengan awak ni Harith? Jangan jadi lelaki pengecutlah! Saya tak perlukan awak
langsung dalam hidup saya. Cinta kita dah lama terkubur. Tolong sedar diri.”
Qalisya bersuara dalam nada mengherdik.
“I
said no!”
“Cepat
atau lambat, awak kena lepaskan saya Harith. Saya akan tunggu hari tu.” Dia
terus berlalu tanpa menunggu Harith untuk berbicara. Dia benar benar
menginginkan penceraian antara mereka berdua.
“Ya
Allah, kau ampunkanlah dosa dosa ku Ya Allah. Ampunkanlah dosa isteriku.
Kuatkan lah hatiku Ya Allah.” Harith bersuara sayu. Dia kemudiannya jatuh melorot
ke lantai. Sungguh dia tidak kuat saat itu. Airmata di pipi mengalir semakin
deras dibiarkan begitu sahaja.
***********
“Sayang.
I tak sangka you berani minta cerai dengan dia.” Raziq bersuara perlahan
sejurus mendengar berita yang disampaikan oleh Qalisya. Dia tersenyum senang.
“I
buat semua ni untuk you.” Qalisya tersenyum tipis. Dia juga tidak menyangka
kasih sayang yang dibina selama setahun bakal terlerai kerana hatinya sudah
beralih arah.
“I
tahu. I akan bahagiakan you. Thankyou sayang.” Raziq mencium dahi Qalisya.
Gadis itu tersentak dan menjauhkan dirinya sedikit.
“Raziq.
Kita belum halal lagi. Please jaga tingkah laku you.”
“Opsss.
Sorry sayang. I teruja sangat tadi. I akan hantar rombongan meminang secepat
mungkin selepas semuanya selesai okay.”
“It’s
okay tapi next time jangan buat lagi.”
“I
janji. I minta maaf tau sayang. Hmmm Lisya, ikut I balik rumah sekejap boleh? I
tertinggal assignment. I kena submit dekat Prof Zuraidah hari ni juga.” Raziq
bersuara sambil mengerling jam di dashboard keretanya.
“Macam
mana boleh tertinggal ni sayang? You ni cuai tau.”
“I
lupa. Rushing sangat nak jumpa you tadi. Kejap je tak lama pun. Lepas tu kita
pergi campus okay darling.” Raziq menghadiahkan senyuman manis untuk Qalisya,
gadis itu hanya mengangguk tanda bersetuju.
***********
“Sayang,
lambat lagi ke?” Qalisya sudah turun untuk menjenguk Raziq yang sudah hampir
setengah jam di dalam rumah. Dia risau jikalau apa apa terjadi pada kekasih
hatinya itu.
“Raziq….”
Qalisya bersuara lagi. Dia melangkah laju ke dalam rumah untuk mencari lelaki
itu.
“Sayang….”
Entah bila Raziq muncul, dia sudah terjengul di depan muka Qalisya tanpa
memakai baju.
“You
kenapa tak pakai baju ni? Kata nak ambil assignment, kenapa lama sangat?” Balas
Qalisya aneh dengan sikap Raziq.
“I
nak bawa you pergi syurga. Come…” Raziq menarik tangan Qalisya untuk
mengikutinya masuk ke dalam biliknya.
“Ish
you buat apa ni? I tak nak lah.” Qalisya cuba melepaskan genggaman kuat di
pergelangan tangannya. Dia masih lagi terkejut dengan sikap Raziq yang tiba
tiba berubah menjadi kasar.
“Kau
jangan degil Lisya, ikut aku lah!” Dengan kasar Raziq menolak tubuh kecil molek
gadis itu hingga tubuh itu rebah di atas sebuah katil bersaiz queen.
***********
“I
tak sangka you sanggup buat I macam ni raziq. I tak sangka.” Qalisya bersuara
bersama esak tangisannya. Dia tunduk mengutip pakaiannya. Dia sangat kecewa
dengan sikap Raziq yang dianggap lelaki baik tapi memperlakukannya sebegitu.
“Heh
perempuan! Kau tahu kenapa aku buat semua ni? Sebab aku nak ajar kau macam mana
hancurnya hati seseorang yang cintakan kau separuh nyawa dia, dan kau sanggup
kecewakan dia tanpa fikir perasaan dia.” Raziq bersuara lantang. Dia sudah
duduk bercanggung di hadapan Qalisya.
“Apa..
Apa yang you cakap ni Raz?” Qalisya benar benar keliru dengan apa yang cuba
disampaikan oleh lelaki itu.
“Sebenarnya
semua ni dah dirancang Lisya. Aku sengaja buat kau jatuh cinta dengan aku. Kau
nak tahu sebab apa? Sebab kau punca hidup Faliq musnah. Kau hancurkan cita cita
dia nak jadi seorang docter. Kau pemusnah Lisya!” Raziq menjerit sepuas hati.
“You
cakap apa ni Raziq?! I tak pernah musnahkan hidup dia!”
“Kalau
kau nak tahu, kau lah punca kenapa dia taknak sambung belajar. Aku tipu kau
haritu semata mata untuk pastikan rancangan aku berjaya. Faliq sekarang
meringkuk dekat penjara. Dia dipenjarakan atas kesalahan memiliki dadah. Kau
putuskan hubungan dengan dia masa dia nak final Lisya! Ada satu paper dia tak
jawab, dan disebabkan keputusan bodoh kau menyebabkan dia terus ambil keputusan
berhenti belajar. Kau kejam perempuan! Kau tak layak bahagia”
“Ya
Allah… Betul ke ni Raziq?” Matanya sudah mula berkaca kaca. Qalisya sungguh
tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Kalau
kau tak percaya kau boleh tanya mak ayah dia sendiri. Aku orang yang paling
rapat dengan dia. Aku sendiri tengok derita dia. Dia jual dadah sebab dia
kecewa sangat dengan keputusan kau. Dia jadi hilang arah. Faliq tak mampu nak
teruskan cita cita dia yang selama ni dia impikan sebab semangat dia dah
hilang. Dan kau punca segala galanya!”
“Tapi
bukan niat saya nak semua ni terjadi Raziq. Awak sendiri tahu kenapa saya buat
dia macam tu kan? Saya siksa perasaan saya sendiri. Awak faham tak!”
“Tapi
kenapa mesti kau putuskan hubungan masa dia tengah final year? Kenapa Lisya?
Kau boleh fikir kan? Macam mana dia nak handle tekanan dia time tu? Ada kau
fikir?” Raziq menyoal sinis.
“Kau
tak layak bahagia Lisya, aku nak tengok kau pula yang mederita. Pederitaan
harus dibayar dengan penderitaan.”
“Tapi
awak dah melampau Raziq! Awak tak sepatutnya buat saya macam ni. Saya tak
bersalah.”
“Kau
tetap bersalah sebab biarkan orang yang sayangkan kau hilang semangat untuk
hidup. Kau jangan risau Lisya, tak lama lagi kau akan temui derita yang selama
ni Faliq lalui. Aku dah berjaya buat kau tersungkur perempuan murah.” Raziq
bersuara sinis sebelum berlalu meninggalkan Qailisya yang masih lagi menangis
di atas katil.
***********
Harith
hampir sahaja hendak pengsan ketika dia dihubungi jabatan agama memaklumkan
bahawa isterinya ditangkap khalwat. Setelah selesai semuanya dan Qalisya
sendiri sudah menjelaskan apa yang terjadi. Mereka pulang ke rumah tanpa
sebarang bicara keluar dari bibir Harith. Hatinya benar benar terluka dengan
sikap isterinya. Sedari tadi Harith tidak berhenti memegang kepalanya yang
berdenyut denyut kesakitan. Qalisya hanya diam memeluk tubuh.
“Abang
tak sangka Lisya sanggup buat abang macam ni.” Harith memulakan bicara setelah
mereka berdua memasuki ruang tamu. Dia tidak memandang Qalisya yang sedang
merenung dirinya dengan mata berkaca. Hatinya hancur luluh saat ini.
“Lisya
tak salah abang. Lisya tak berniat nak buat abang macam ni.” Qalisya bersuara
sayu. Sungguh dia menyesal kerana mengkhianati suaminya, yang akhirnya dirinya
sendiri dianiaya kerana dendam. Sungguh dia berasa sangat bersalah dengan
suaminya yang selama ini sabar dengan dirinya.
“Lisya
tahu tak hati abang hancur bila dapat tahu Lisya kena tangkap khalwat. Hati
abang sakit Lisya. Sakit sangat.”
“Abang!
Dia memang lelaki tak guna. Dia yang perangkap Lisya, Lisya tak salah.
Percayakan lah Lisya bang.” Qalisya mengogoi hiba. Dia memegang kaki suaminya
erat. Cuba mencari kemaafan dan melembutkan hati suaminya.
“Abang
taknak dengar apa apa lagi dari Lisya. Cukup Lisya cukup. Cukuplah selama ni
Lisya tak hormat abang sebagai seorang suami. Cukup lah selama ni Lisya dah
jatuhkan maruah abang sebagai seorang
lelaki. Abang dah tak larat nak teruskan permainan Lisya.” Harith sudah berdiri
melarikan kakinya daripada Qalisya. Dia tidak mahu wanita yang disayangi
sepenuh hati meletakkan hargai dirinya di kakinya. Sesungguhnya dia tidak layak
menghukum. Dia juga manusia biasa.
“Abang.
Lisya minta maaf. Lisya sanggup buat apa saje supayah abang terima Lisya
kembali. Tolonglah abang. Lisya merayu sangat dekat abang. Kalau abang nak
pukul Lisya pukul lah abang. Hukumlah Lisya sampai abang rasa puas. Sampai
semua rasa sakit hati abang hilang. Lisya rela.”
“Abang
tak akan sakiti orang yang terlalu abang sayang. Abang tak layak nak hukum
Lisya. Abang maafkan semua khilaf Lisya pada abang. Abang halalkan makan minum
Lisya. Cuma kali ni, abang tak mampu nak bersabar lagi. Maafkan abang.” Harith
menguak kasar rambutnya yang sudah terjuntai jatuh ke bulu matanya. Dia benar
benar nekad dengan keputusannya.
“Abang.
Abang sayang Lisya kan? Lisya pun sayang abang. Kita bina hidup baru ye abang?”
Qalisya bangun mendapatkan suaminya. Dia mendakap erat badan suaminya itu
sambil menangis kuat.
“Lisya.
Lisya carilah kebahagiaan yang Lisya impikan selama ini. Abang tak akan kacau
Lisya lagi. Maafkan abang sebab tak mampu nak bahagiakan Lisya sampai akhir
hayat abang. Abang minta maaf.” Harith bersuara lemah sambil melepaskan tangan
Qalisya yang memaut pinggangnya. Dia bergerak setapak ke hadapan.
“Qalisya
Amani Mohd Aridd. Aku ceraikan kau dengan talak satu.” Harith melafazkan cerai
dengan tenangnya. Dia tidak menoleh Qalisya sedetik pun. Dia harus kuat. Namun
hatinya sangat pedih menuturkan sebaris ayat itu.
“Ya
Allah abang….” Qalisya sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Dia sudah meraung
kuat. Air mata tidak henti henti mengalir di pipi. Harith sakit melihat
isterinya yang kelihatan sangat lemah tika itu. Namun itu keputusan yang dia
telah lakukan. Dia benar benar berasa tidak sanggup untuk meneruskan perkahwinan
mereka.
“Maafkan
abang Lisya.”
“Abang.
Lisya takboleh dan tak sanggup nak lalui hari hari tanpa abang. Tolong lah
abang. Lisya merayu dekat abang. Lisya sayangkan hubungan kita. Berilah Lisya
kesempatan kedua untuk Lisya tebus semua kesilapan Lisya. Berilah ruang untuk
Lisya rawat hati abang yang terluka.” Qalisya berjalan kea rah suaminya lalu
dia sujud di kaki suaminya. Dia sudah tidak fikir apa apa lagi, dia tidak
sanggup kehilangan lelaki sebaik Harith.
“Apa
Lisya buat ni Lisya? Lepaskan kaki abang!” Harith bersuara sedikit lantang. Dia
pantas melarikan kakinya. Sesungguhnya hanya tuhan yang memahami derita di
hatinya saat ini.
“Lisya
nak abang….” Qalisya bersuara penuh mengharap. Matanya seakan akan kabur dek
kerana terlalu banyak menangis.
“Kita
jumpa di makhamah nanti Lisya. Abang akan failkan penceraian kita.”
“Tapi
Lisya taknak….” Qalisya benar benar tidak menyangka Harith bertindak
sedemikian. Dia berasa dirinya tidak berguna lagi pada waktu itu. Dirinya jijik
dan penuh dengan dosa.
“Abang
dah tunaikan permintaan Lisya untuk
bercerai. Saat ni yang Lisya nanti nanti kan? Abang dah tunaikan. Lisya dah
bebas sekarang.” Harith bersuara dalam nada mendatar. Dia tidak pernah terfikir
untuk melepaskan insan yang selama ini dia sayang. Tetapi perbuatan Qalisya
benar benar meluluhkan jiwa lelakinya.
“Bukan
ni yang Lisya nak. Lisya menyesal pernah curang dengan abang. Ampunkan Lisya
bang.”
“Qalisya.
Lepas Isyak nanti abang akan keluar dari rumah ni. Kita dah tak ada apa apa
Lisya, kita tak boleh tinggal sebumbung lagi.” Qalisya menangis semahu mahunya.
Benarlah dia tidak bermimpi. Suaminya benar benar ingin melepaskan dirinya
pergi. Qalisya redha walaupun sangat perit apa yang dia sedang lalui.
“Kalau
Lisya masih ingat, masa awal perkahwinan kita. Abang ada cakap yang abang
hadiahkan rumah ni untuk Lisya. Ni rumah Lisya, bukan rumah abang lagi. Jadi
abang harus pergi.”
“Ini
rumah abang. Abang yang berhak ke atas rumah ni. Kalau itu keputusan abang,
Lisya terima. Biarlah Lisya yang keluar dari rumah ni. Lisya tak layak dapat
semua ni dari abang. Lisya berdosa dengan abang.”
“Untuk
apa abang duduk dekat sini lagi kalau kebahagiaan abang dah tak ada, abang
harap sangat abang dapat bina sebuah keluarga bahagia dan membesarkan anak anak
kita dekat sini. Tapi sayangnya, semua tu hanya mimpi. Semuanya dah hancur
Lisya.” Harith melangkah lemah untuk mengemas pakaiannya. Semakin lama dia
disitu, dia risau jikalau hatinya tiba tiba berubah.
“Kalau
ditakdirkan ada zuriat dalam rahim Lisya, abang akan mengaku dengan rela hati.
Itu adalah anak kita. Dan abang berjanji abang akan rahsiakan semua ni dari
pengetahuan keluarga kita. Lisya jangan risau, abang dah uruskan semuanya
dengan jabatan agama. Abang sendiri yang akan bagitahu family kita kenapa kita
bercerai.” Harith berpatah balik menghadap isterinya yang masih lagi menangis.
“Abang,
kenapa abang baik sangat?” Qalisya bersuara sayu. Dia tidak sangka semulia itu
hati Harith, meskipun dia sudah menghancurkan hati lelaki itu, namun Harith
masih lagi memikirkan tentang maruah dirinya.
“Abang
akan jaga maruah Lisya, Lisya pernah bahagiakan abang. Dan tak semudah tu abang
nak lupakan Lisya. Abang terlalu sayangkan Lisya. Kali ini hati abang sakit.
Abang terpaksa pergi.” Usai menghabiskan ayat itu, Harith berjalan laju
meninggalkan Qalisya yang sudah meraung hebat sambil memukul mukul lantai
mozek.
***********
Qalisya
mengeluh melihat ruang biliknya yang sudah semakin kosong itu. Malam itu juga
Harith mengangkut semua pakaian dan harta miliknya dari rumah itu. Qalisya
tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Sedari tadi dia hanya
merenung potret perkahwinan dia dengan Harith yang diletak disudut tepi katil.
Sebelum
harith keluar dari rumah itu, dia sempat menitipkan sehelai kertas untuk
Qalisya. Qalisya bangkit mengutip kertas yang sudah melayang di atas lantai.
Perlahan lahan dia membaca apa yang disampaikan oleh Harith.
Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Terus pergi membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tidak bisa ku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia
Kini yang tinggal hanya
Sisa sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia
Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia.
Qalisya
membaca bait bait lirik lagu yang pernah dipopularkan penyanyi Asfan. Air
matanya semakin mengalir deras. Dia tahu Harith memberi lirik lagu itu
kepadanya untuk dia memahami penderitaan yang dilalui oleh dia selama ini. Rambut
yang sudah kusut masai dibiarkan begitu sahaja. Dia sangat menyesal dan
terkilan dengan dirinya sendiri. Namun saat ini, sudah tidak berguna lagi untuk
dia menyesal. Semuanya sudah terlambat. Dia sudah kehilangan lelaki yang sangat
berharga dalam hidupnya.
“ Abang tak pernah rasa menyesal
dipertemukan dengan Lisya. Abang tak pernah rasa diri abang bodoh kerana
terlalu sayangkan Lisya. Sebab abang tahu, hanya Qalisya Amani satu satu nya
gadis yang mampu buat abang tersenyum bahagia. Abang tak akan simpan dendam
dengan Lisya atas apa yang terjadi antara kita. Abang anggap Allah menduga
kerana Allah sayangkan kita. Maafkan abang sayang sebab terpaksa lepaskan
sayang pergi dari hidup abang. Lisya jangan fikir abang gembira dengan
keputusan yang abang buat. Abang tak nak membebankan Lisya hidup dengan abang.
Abang sedar abang tak layak bahagiakan Lisya. Abang gagal dalam mengemudi
perkahwinan kita. . Abang nak Lisya bahagia walaupun abang tiada disisi, Lisya
adalah anugerah terindah untuk abang. Walaupun hati abang hancur dan remuk saat
ini. Abang tetap nak Lisya tahu, kasih sayang abang takpernah berbelah bahagi
untuk Lisya. Cuma sekarang yang tinggal hanyalah alasan untuk bahagia. Cinta,
kasih sayang antara kita sudah tiada lagi Lisya. Kenangan yang Lisya hadiahkan
untuk abang, akan selamanya tersemat di hati. Hati abang dah mati Lisya, takada
sebab lagi untuk abang bahagia kerana kebahagiaan abang dah hilang. Abang doakan
Lisya berjaya dunia akhirat. Lisya isteri terbaik untuk abang.”
Sesudah
membaca bait bait ayat yang ditinggalkan oleh suaminya, Qalisya rebah menyembah
ke lantai. Hatinya sakit tidak terkira. Namun ini adalah balasan yang dia harus
terima di atas kesilapannya selama ni. Maafkan Lisya abang. Lisya sayang abang
sampai bila bila. Qalisya bersuara penuh keperitan. Dia akhirnya terlena di
atas lantai bersama sehelai kertas di tangan.
*Heloo thanks for reading. Any comment about this cerpen, boleh comment dekat sini :) Cerpen ni juga saya ada post dekat ilham karangkraf. Enjoy reading!
Best sangat2.. even ending dia sedih, but cerita ni mmg topten. Cinta dan sayang suami pada isteri yg hancur akibat prbuantan isteri. Sungguh menyentuh hati...
ReplyDeletethanks for reading :)
DeleteCerita yg menarik...jarang jumpe cerita ending sedih mcm nie..
ReplyDeletehehe saja je cuba-cuba ni, thanks for reading :)
DeleteNice story!!! Lain daripada yg lain ... Cinta tak seharusnya memiliki, jodoh tak semestinya kekal abadi...
ReplyDeleteThank you !
DeleteMeleleh air mata kak oi 😂😭 best!
ReplyDeletehaha adududu jangan nangis lama-lama, thanks for reading :)
DeleteCerpen paling best yang pernah saya baca..terbaiklah
ReplyDeleteHai, thanks for reading :)
DeleteBest sis... 💝
ReplyDelete