Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 10 February 2017

Sandaran Terakhir Bab 16

Ruzail sedang sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya. Mindanya sedang fokus untuk menyiapkan kertas kerja untuk projek pembinaan taman rekreasi di Pahang. Dia mahu menyiapkan dengan segera kerana mahu memberi sedikit ruang buat dirinya untuk membuat persiapan kerana majlis perkahwinannya dengan Adra Sofia akan berlangsung tidak lama lagi.

“Masuk.” Dia memberi arahan apabila pintu bilik kerjanya diketuk oleh seseorang.

“Ni fail yang you minta.” ujar Hana, setiausahanya sambil meletakkan fail berwarna hijau di atas meja bossnya.

“Thank you Hana. Hari ini jadual I macam mana? Ada apa-apa appointment ke?”

“Tak ada. Hari ni you free. Cuma esok, you kena pergi ke Johor untuk berbincang dengan wakil Megah Holding berkenaan dengan projek pembinaan masjid tu.”

“Okey, so esok you ikut I ya.” ujar Ruzail memberi arahan.

“Baik lah. Er… You busy ke Ruzail? I nak pinjam masa you sekejap boleh tak?” soal Hana teragak-agak.

“Ada apa Hana?” soal Ruzail kembali. Dia berhenti menaip di komputer ribanya dan dia memberi sepenuh perhatian kepada setiausahanya itu.

“I tahu wedding you dan Adra Sofia akan berlangsung tak lama lagi. I tak berniat nak rosakkan apa yang you guys dah plan selama ni. Tapi I rasa, you berhak untuk tahu tentang hal ni.” ujar Hana, riak wajahnya sudah berubah serius.

“Kenapa? You nak bagitahu apa?”

“I pregnant. I mengandungkan anak you. I bukan sengaja nak reka cerita untuk hancurkan perkahwinan you dan Adra. Tapi I cakap perkara yang betul. Mula-mula I pun tak percaya. Tapi lepas I pergi klinik untuk check sendiri dengan doktor, ya memang betul I mengandung.” Berita yang baru disampaikan oleh Hana membuatkan hati Ruzail berdegup kencang. Dia memang menjalinkan hubungan secara senyap dengan setiausahanya itu sejak setahun yang lepas. Tiada siapa yang tahu, termasuklah Adra Sofia.

“Dah berapa bulan?”

“Baru 2minggu kandungan ni. Ruzail, I tahu you dah lama simpan impian untuk kahwin dengan Adra. Jujur, I memang tak ada niat langsung nak hancurkan semuanya. Tapi I bagitahu you ni, sebab I nak minta izin demgan you. Sebab you bapa kepada kandungan ni, so apa-apa yang I nak buat, you perlu tahu.”

“Apa maksud you? Apa yang you nak buat?”

“I nak gugurkan kandungan ni. Masih belum terlambat kan.” balas Hana dengan riak wajah bersalah.

“What?! You nak gugurkan kandungan ni? You dah gila ke? Mana akal fikiran waras you?!” jerit Ruzail yang sangat terkejut dengan tindakan berani yang mahu diambil oleh Hana.

“Habis tu you nak suruh I simpan kandungan ni? Untuk apa Ruzail? Budak ni tak ada ayah. Buat apa I nak simpan kandungan ni?” Hana mempersoalkannya kembali. Bukan dia punya niat untuk menjadi seorang pembunuh, namun dia sudah tidak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah ini.

“Budak ni masih lagi ada ayah. I ayah dia.” balas Ruzail dengan wajah tegang. Memang silapnya, jadi dia harus bertanggungjawab dengan apa yang sudah dia lakukan.

“Tapi you akan berkahwin dengan perempuan yang you cinta. I tak nak jadi penyebab kenapa you tak bahagia nanti. I nak tengok you bahagia Ruzail.”

“Habis tu you sanggup lah jadi seorang pembunuh? You sanggup nak gugurkan darah daging you sendiri? You ni memang manusia yang tak ada hati perut!” tempik Ruzail dengan wajah marah. Tidak sangka Hana ingin membunuh zuriat yang dikandung oleh wanita itu. Dia sendiri tidak sanggup untuk membunuh nyawa yang tidak bersalah.

“I tak ada pilihan lain Ruzail! I tersepit dekat tengah-tengah ni. Tak mungkin I akan paksa you untuk berkahwin dengan I sedangkan segala persiapan untuk perkahwinan you dan Adra dah dilakukan. I tak nak Adra kecewa, bila tahu yang sebenarnya you curang dengan dia. I buat semua ni untuk kebahagiaan you jugak Ruzail.”

“No Hana. I sebagai bapa kepada anak yang you kandungkan ni, I tak izinkan you gugurkan dia. I tak akan biarkan perkara tu terjadi.” tutur Ruzail dengan wajah serius.

“You ni dah kenapa? You suka lah ya nanti orang tuduh I mengandung anak luar nikah? Budak ni tak ada ayah, you faham tak, dia tak ada ayah?! Nanti I yang kena tanggung malu semua ni, you tak fikir ke itu semua?” Air mata yang ditahan olehnya akhirnya gugur jua di pipi mulusnya.

“Kan I cakap, I ayah kepada anak yang you kandung. I akan bertanggungjawab dengan apa yang I dah buat. You tak payah nak risau tentang tu.”

“Hah? Apa maksud you?” soal Hana tidak mengerti.

“I masih belum menjadi suami kepada Adra Sofia. Majlis pernikahan kitaorang akan berlangsung lagi sebulan. Maknanya I masih ada masa untuk batalkan perkahwinan kami.”

“Eh, you ni dah kenapa? Kenapa sampai nak batalkan perkahwinan you pulak?” Hana bertambah pening. Tujuan dia bertemu dengan Ruzail untuk memberitahu tentang keadaan dirinya bukanlah berniat untuk menyuruh lelaki itu bertanggungjawab, dia cuma mahu persetujuan lelaki itu untuk mengugurkan kandungannya.

“Sebab you lebih perlukan I. I yang menyebabkan you mengandung. Kita terlanjur atas kerelaan kita bersama. Jadi, I tak nak lepas tangan. You tahu kan, kita dah berzina? Itu satu kesilapan dan kesalahan yang sangat besar. Tak kan lah you nak tambah lagi dengan gugurkan kandungan yang tak bersalah ni?” Ruzail sudah berdiri di hadapan Hana yang masih lagi duduk di atas kerusi. Wanita itu merenung wajahnya bersama deraian air mata.

“Tapi kalau you bertanggungjawab dengan semua ni, you akan malukan keluarga you. You akan jatuhkan maruah kedua orang tua you. Bukan saja keluarga you, tapi keluarga Adra jugak. Kesannya besar Ruzail.” Hana memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut hebat. Sungguh, dia runsing memikirkan masalah ini. Kalaulah dia tidak terlanjur dengan Ruzail, sudah tentu dia tidak perlu terbeban dengan rasa bersalah dan berdosa begini.

“Mana lagi teruk? Kalau I kahwin dengan Adra, you akan gugurkan kandungan ni. Tapi kalau I pilih untuk bertanggungjawab dengan apa yang kita dah buat, kandungan ni akan selamat. Cukup lah Hana dengan dosa yang kita dah lakukan, tak tertanggung rasanya untuk memikul beban yang lagi berat. Please Hana, tolong fikirkan tentang zuriat kita yang tak bersalah ni. Dia tak bersalah, dia berhak untuk hidup di dunia ni.” Ruzail meraih jari-jemari Hana dengan perasaan yang sarat dengan rasa bersalah. Ya, dia sangat mencintai Adra Sofia, tetapi dia juga perlu berhadapan dengan apa yang telah dia lakukan, bukan melarikan diri daripada masalah.

“I tak tahu nak cakap apa, I hanya fikir untuk tidak rosakkan nama baik keluarga you. I tak nak rosakkan semua yang you dah plan bertahun-tahun dengan Adra. I tak nak jadi perampas Ruzail.”
“You tak rampas I dari sesiapa Hana. Jangan fikir tentang perkara yang tak perlu you fikirkan. Pandai lah nanti I berhadapan dengan family I dan jugak family Adra. Yang penting sekarang ni, you tolong jangan gugurkan kandungan ni. I akan kahwin dengan you. Itu janji I.”

Hana melepaskan keluhan berat. Bukan dia tidak mahu bernikah dengan Ruzail, bukan dia sengaja mahu mengambil jalan mudah untuk mengugurkan kandungan itu. Dia terpaksa dan dia tidak sanggup untuk menghancurkan apa yang telah dirancangkan oleh kedua-dua belah keluarga Ruzail dan Adra Sofia. Dia tahu Ruzail sangat mencintai Adra Sofia dan dia telah melakukan kesilapan kerana berhubungan dengan lelaki itu di luar pengetahuan Adra Sofia.

“Hana, kita sama-sama buat silap. So, ini peluang untuk kita sama-sama betulkan keadaan, betulkan silap yang kita dah buat. Tolong lah, I merayu dengan you ni. Jangan gugurkan anak kita, I nak kita sama-sama besarkan dia. Kesian dia, dia tak bersalah sayang.” Lembut Ruzail memujuk Hana. Dia tahu wanita itu terbeban dengan rasa bersalah, dia tidak mahu wanita itu terus hanyut dengan dosa. Walaupun dia tahu keputusan yang dia akan ambil ini akan menyebabkan dia berhadapan dengan kemarahan keluarganya dan keluarga Adra Sofia, namun apa yang penting sekarang ini adalah, nyawa anak yang tidak bersalah ini perlu diselamatkan.

“Tapi you tak cinta kan I Ruzail. Kita berhubungan selama ini pun, I tahu you tak cintakan I macam mana you cintakan Adra. Sebab itu I cakap, menjalinkan hubungan dengan you satu kesilapan.”

“Cinta atau tidak, itu tak penting. I tahu apa yang I buat, ini untuk kebaikan kita jugak. Adra boleh cari kebahagiaan dia dengan lelaki lain, I bukan lelaki yang terbaik untuk dia. Kalau I teruskan perkahwinan I dengan Adra. I akan terbeban dengan rasa bersalah dengan apa yang I dah buat dengan you, sampai I mati. I dah curang belakang dia, untuk apa I teruskan perkahwinan I dengan dia?”

“Tapi Ruzail, dia tak tahu yang you pernah curang dengan dia. You jangan toleh ke belakang lagi, sekarang ni, I nak you fikirkan tentang Adra. Okey Ruzail?”

“No, I tak akan lepas tangan. I tak nak jadi lelaki yang bila dah puas, tinggalkan perempuan yang dia pernah rosakkan. I tak nak hancurkan masa depan you. I tak nak kahwin dengan Adra sebab you lebih perlukan I untuk sama-sama besarkan anak ni. Tolong lah faham Hana. Jangan nafikan hak I sebagai ayah kepada zuriat ni.” Ruzail masih lagi berusaha untuk memujuk Hana. Dia tahu ini kerja gila, tetapi dia juga tiada pilihan lain.

“Maafkan I Adra.” bisik hati kecilnya.

“I faham apa yang you nak sampaikan. Memang nampak macam I ni kejam sebab sanggup nak bunuh zuriat sendiri, tapi I tak ada pilihan lain Ruzail. I tak nak you malukan keluarga you. I tak nak you dibenci oleh mama dan papa you kerana I. I tak rasa diaorang boleh terima semua ni bila kita berterus terang.”

“Soal itu you tak payah lah risau, I akan uruskan semuanya. You jangan fikir apa-apa, you kena jaga kandungan ni dengan sebaik mungkin, okey? Soal keluarga I dan Adra, I akan uruskannya sendiri.”

“Ruzail…” Hana menyeru nama Ruzail tanda dia tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.

“Kalau I betul-betul sayangkan Adra Sofia, I tak akan mungkin ada yang kedua. Bila I layan you lebih daripada seorang pekerja I, I layan you macam kekasih I, sedangkan I dah ada Adra waktu tu. Itu bukti yang I belum betul-betul cintakan kita. Because if you love the first one, you wouldn’t fall into the second one. I pegang kata-kata tu. I belum betul-betul cintakan dia, kalau I cintakan dia, I tak akan buka ruang untuk mana-mana perempuan mendekati I.” Ruzail menerangkannya panjang lebar. Ya! Dia mengakui dia amat mencintai Adra, tetapi dia juga tidak mampu untuk menolak kehadiran Hana sehingga dia menganggap Hana lebih daripada seorang pekerja. Kesilapan yang dia lakukan bersama wanita itu harus ditebus dengan sebuah perkahwinan.

“Macam mana you nak berhadapan dengan keluarga you?”

“Kan I dah cakap tadi, tentang hal tu, you tak payah risau. I akan kahwin dengan you, secepat mungkin. Itu janji I.” ujar Ruzail bersungguh-sungguh. Air mata yang masih bersisa di wajah Hana, diseka perlahan dengan jemarinya.

“I tak sangka you akan bertanggungjawab sampai tahap macam ni…” ujar Hana, terharu kerana Ruzail masih memikirkan tentang dirinya.

“I dah buat salah kan, jadi I kena berhadapan dengan kesilapan yang I dah buat. Dah, you pergi lah sambung buat kerja.”

“Thank you so much Ruzail…” Ruzail membalas dengan senyuman nipis sahaja. Dia kemudiannya menyambung kembali tugasannya yang tergendala.


Tuesday 7 February 2017

Sandaran Terakhir Bab 15

Setelah selesai tugasannya di pejabat, dia tidak terus pulang ke rumah. Adra Sofia bercadang untuk singgah ke Kafe Lazathia untuk bertemu dengan Ezzaidi. Sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan lelaki itu.

Dari jauh lagi, Ezzaidi sudah mengukir senyuman manis. Adra Sofia mengatur langkah pantas untuk ke kafe itu kerana Ezzaidi sudah menanti dirinya.

“Hai Ez.” Adra menyapa mesra Ezzaidi yang sedang tersenyum memandang dirinya.

“Hai Adra. Kenapa dah lama sangat tak datang kafe?” soal Ezzaidi ingin tahu, sebenarnya dia merindui wanita itu. Ya, rindu untuk mendengar masalah wanita itu, rindu untuk berhadapan dengan sikap angkuh Adra Sofia.

“Eh, rindu I ke?” Sengaja dia mahu mengusik.

“Mana ada, I tanya je lah. Ye lah, selalunya mesti you akan lepak sini kan. Dalam seminggu tu, mesti dua tiga kali you akan cari I untuk sembang kosong. Tapi ni dah hampir dua minggu you tak datang sini. You kemana? Pergi bercuti tak bagitahu I eh?”

“Tak lah, I ada je dekat sini.” balas Adra Sofia lalu dia segera membuat pesanan. Dia bercadang ingin makan malam disitu sahaja.

“Kalau you ada dekat sini, kenapa you tak datang jumpa I? I call you, banyak kali, asyik tak berangkat je. WhatsApp I pun you balas kadang-kadang je. Kenapa Adra?”

“Hmm… I sibuk sikit la sekarang. Bukan nak jauhkan diri dari you atau apa, I cuma terlupa nak reply.”

“You sibuk? You sibuk apanya Adra? You tu bukan kerja pun, tak payah nak beri alasan yang you sibuk sangat lah.” balas Ezzaidi bersama sengihan sinis.

“Hish! I memang dah kerja dah sekarang. Sebab itulah I sibuk, nak uruskan syarikat, handle meeting dengan klien lagi. Penat tahu tak.”

“Serius lah? You dah kerja dengan syarikat ayah you? I bermimpi ke apa ni?” Ezzaidi menyoal seperti tidak percaya pula.

“Ye lah Ez. Mulai sekarang, you dah tak boleh nak kutuk-kutuk I lagi. You kena respect sikit I, sebab I dah jadi wanita yang berkerjaya tau sekarang ni.” ujar Adra Sofia dengan bangganya.

“Wow! I bangga dengan you Adra! Akhirnya, you kerja jugak dengan ayah you kan? Apa yang buat you berubah ni?”

“Siapa lagi kalau bukan si Ruzail tu.”

“Ruzail yang suruh you kerja dengan ayah you? Eh, selama ni pun dia ada jugak nasihat kan you supaya kerja kan? Tapi tak pernah sekali pun, you ikut cakap dia. Kenapa tiba-tiba saja ni?” Berkerut dahi Ezzaidi tanda dia kehairanan dengan perubahan Adra.

“I paksa Ruzail supaya kahwin dengan I hujung tahun ni. Dia setuju untuk kahwin dengan I, tapi bersyarat. Syaratnya ialah I kena kerja dengan ayah I. So, itu yang I terpaksa kerja. You fikir I ni hadap sangat ke syarikat tu? I tak kisah langsung okey.”

“Pandai Ruzail jatuhkan keangkuhan you kan. Akhirnya you jatuh tersungkur jugak Adra.” Ezzaidi membalas bersama sengihan sinis. Bukan senang untuk menundukkan keangkuhan wanita itu.

“I tak rugi apa-apa pun, bila I ikut cakap dia, dia pun ikut cakap I. Fair and square lah tu.” balas Adra Sofia yang tetap tidak mahu nampak lemah di hadapan Ezzaidi. Dia masih tetap ingin menegakkan egonya.

“Haish you ni Adra. Tak pernah nak mengaku kalah kan. So, you jadi lah ni kahwin dengan Ruzail hujung tahun ni?”

“Yes! I tak sabar nak kongsi cerita best ni dekat you! Ezzaidi, akhirnya setelah lama I tunggu, dia setuju jugak nak kahwin dengan I. I tak sabar sangat nak tunggu hujung tahun ni tau, tak sabar nak bergelar isteri kepada lelaki yang I cinta. Bertahu-tahun I simpan rasa sayang ni untuk Ruzail, akhirnya dia akan jadi milik I sepenuhnya tak lama lagi. Happy sangat!” cerita Adra Sofia dengan wajahnya yang sangat teruja.

“I pun tumpang gembira jugak, sebab apa yang you risaukan selama ni, dah terlerai. Ruzail memang sayangkan you, you tak perlu lah nak persoalkan tentang itu lagi. So sekarang ni, you fokus untuk siapkan diri you, untuk jadi isteri yang terbaik untuk dia.”

“Itulah, I lega sangat. Kadang-kadang tu I terfikir jugak, si Ruzail ni ada perempuan lain ke, sampai susah sangat nak bincang pasal kahwin. Bila dia sendiri dah setuju, I dah tak fikir apa dah. I memang harap sangat, semuanya akan berjalan lancar.” ujar Adra Sofia, masih lagi dengan riak wajah gembira.

“So, dah ada tarikh nikah ke?”

“Dah, 28.12 ni I nikah. Pagi nikah, malam bersanding. You datang tau, I nak you jadi tetamu istimewa I.”

“Mesti lah datang, bestfriend I kahwin kan.” balas Ezzaidi dengan wajah yang sedikit keruh. Entah lah, mengapa dia perlu berasa cemburu pula? Bukan kah selama ini dia mahu melihat Adra Sofia mengikat kasih dengan Ruzail? Dia sendiri yang mendesak Adra Sofia supaya memujuk Ruzail untuk melangkah ke arah perkahwinan, mengapa dia tidak gembira pula?

“Tapi itulah, Ruzail tu sibuk dengan urusan bisness dia. I tak pergi butik pengantin lagi untuk pilih persalinan kitaorang masa akad nikah nanti. Dia asyik sibuk je.”

“You kan sekarang ni dah bekerja, you mesti boleh faham kesibukan dia kan? Dah lah, you makan lah. I nak minta diri sekejap.”

“Eh, nak pergi mana? Teman lah I makan.” Adra segera memaut lengan Ezzaidi bersma rengekan manja. Dia tidak puas lagi bersembang dengan Ezzaidi.

“I kan tengah kerja ni, I nak sambung kerja semula lah. Nanti you dah nak balik, you bagitahu I okey?”

“Eh, selalunya kalau I datang masa you tengah kerja. You boleh je tinggalkan kerja you sekejap untuk teman I borak. Kenapa hari ni tak boleh pulak? Pelanggan bukan ramai sangat pun sekarang ni.” Adra Sofia mula mempersoalkan. Hairan pula dengan sikap Ezzaidi.

“You makan je lah okey? I nak kena tolong Alya, kesian dia buat kerja sorang-sorang. Enjoy your meal.” Belum sempat Adra Sofia ingin membalas, Ezzaidi sudah berlalu untuk ke dapur.






*****
“Adra, lewat kamu balik hari ni? Banyak kerja ke?” Sebaik sahaja Adra Sofia melangkah masuk ke dalam rumah, dia disapa oleh ibu tirinya.

“Tak pun, Adra habis kerja pukul 7 malam tadi. Tapi Adra singgah kafe Ezzaidi sekejap, dah lama tak jumpa dengan dia.” balas Adra Sofia. Dia tidak jadi meneruskan niatnya untuk terus berlalu ke kamarnya kerana ibu tirinya seperti mahu bersembang dengan dirinya.

“Oh, ni dah makan malam lah ni?”

“Dah, mama kenapa tak tidur lagi ni?”

“Saje je mama tunggu Adra. Dah lama tak bersembang dengan Adra. Sejak Adra dah mula bekerja ni, makin susah pulak nak tengok Adra melekat dekat rumah.” luah Datin Zureen. Ya, memang selama ini dia mahu melihat anak tirinya itu membantu suaminya di pejabat. Tetapi apabila semua ahli keluarganya sibuk di pejabat, dia terasa sunyi pula.

“Eh, bukan ke selama ni mama nak sangat tengok Adra kerja dengan ayah? Adra baru je dua minggu kerja dekat sana. Dah rindu dah ke?” soal Adra Sofia sengaja mahu mengusik ibu tirinya.

“Memang lah mama nak sangat Adra tolong ayah dekat pejabat, tapi bila semua orang sibuk uruskan pejabat, mama rasa kosong lah pulak. Hari dah malam, baru semua orang balik rumah.”

“Alah, biasa la tu ma. Nanti bila Adra dah pandai uruskan syarikat, ayah tak payah lah masuk ke pejabat lagi. Ayah boleh teman mama setiap hari dekat rumah ni okey?” ujar Adra Sofia lembut. Meskipun mereka berdua selalu bertegang urat, namun Adra Sofia bukanlah seorang manusia yang gemar memanjangkan sesuatu perkara. Padanya itu cuma salah faham biasa. Hubungannya dengan ibu tirinya masih seperti biasa kerana dia sangat menghargai Datin Zureen yang membesarkannya sejak dari kecil lagi.

“Mama bangga dengan Adra. Akhirnya, Adra fikir jugak untuk tolong ayah. ALHAMDULILLAH, doa mama selama ni, ALLAH kabulkan juga.” ujar Datin Zureen dengan senang hati. Adra Sofia hanya tersenyum nipis. Kalaulah mamanya tahu yang dia buat semua ini kerana terpaksa, pasti mamanya tidak akan berasa lega seperti ini.

“Oh ya Adra, bila kamu dan Ruzail nak ke butik pengantin? Pergi lah bawa dia untuk pilih design apa yang kauorang suka.”

“Hmm… Tak tahu lagi lah mama. Sebab sepatutnya minggu lepas Adra pergi dengan dia, tapi tiba-tiba dia terpaksa ke Hong Kong pulak. Nak buat macam mana, dia tu sibuk sangat.”

“Lah, bukannya lama sangat pun. Suruh la Ruzail ambil cuti sehari. Jangan suka sangat nak tangguh-tangguh, nanti kelam-kabut kita dibuatnya.” tegur Datin Zureen sekadar mengingati anak tirinya supaya membuat persiapan lebih awal.

“Adra boleh je pergi sendiri, tapi Adra nak pergi dengan dia jugak. Ye lah, takut nanti cita rasa Adra tak sama macam apa yang dia suka. Kan susah nanti.”

“Itulah mama cakap, pergi pujuk si Ruzail tu supaya luangkan sikit masa untuk persiapan perkahwinan kamu berdua ni. Ha lagi satu, dekat atas meja dalam bilik kamu tu, mama ada letak beberapa contoh kad jemputan. Nanti Adra pilih lah, yang mana satu Adra berkenan ya.”

“Okey ma. Nanti Adra tengok. Adra nak naik atas dulu, nak bersihkan badan lepastu tidur. Goodnight mama.” ujar Adra Sofia yang mahu meminta diri. Tubuh badannya terasa letih kerana seharian ini dia tidak duduk di pejabat, dia sibuk turun ke tapak projek untuk memantau perkembangan.