Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Wednesday 13 January 2016

Teaser Be Mine Eh

Qalish Audrina melangkah santai ke dapur tanpa menghiraukan Nedzrish yang asyik memerhatikan dirinya sebaik sahaja dia turun dari tangga. Bukan dia tidak tahu mata suaminya asyik merenung tingkah laku dirinya. Qalish Audrina terasa kekok pula berhadapan dengan situasi itu. Dia mengeluarkan air kotak dari dalam peti ais lalu dituang ke dalam cawannya.

“Dia tak nak tegur aku ke. Tegur lah dulu Rish, aku nak tegur. Tapi aku malu.. Hmm..” Omelnya dalam hati. Nedzrish yang sedang menyapu jem di atas roti masih lagi merenung wajahnya dengan pandangan bersahaja.

“Hai, tak kan dah tak nak cakap dengan aku lepas apa yang jadi. Dia marah kan aku ke?” Nedzrish menyoal dirinya sendiri. Lidah masing-masing tiba-tiba menjadi kelu pula, selalunya mereka rancak bersembang. Kalau tidak bergaduh manja, bukan mereka namanya.

“Oi, kau ni apasal? Bisu ke?”

“Awak ni kan, tak ada bahasa lagi elok ke nak tegur saya?” Qalish Audrina mendengus kegeraman. Semalam, bukan main romantik lagi Nedzrish menuturkan kata cinta. Pagi ini, lelaki itu berubah menjadi karakter lamanya. Kalau kayu, selamanya kayu lah gamaknya.

“Habis tu aku nak cakap macam mana? Nak suruh sweet-sweet, tunggu malam nanti lah. Baru ada mood sikit.”

“Saya tak suruh awak romantik sepanjang masa. Tapi sekurang-kurangnya belajar lah untuk berkomunikasi dengan baik, bukannya ikut sedap mulut je.”

“Hmm.. Okay-okay.. Aku minta maaf. Eh, kau kata kau ada appointment pagi ni? Dah pukul10 pagi dah ni, lewat kau ke pejabat hari ini. Tak apa ke?” Soal Nedzrish apabila matanya terpandangkan jam dinding yang jelas menunjukkan angka 10 pagi.

“Saya bangun lambat hari ini, semua pasal awak tahu tak.” Ujarnya seraya menjeling suaminya.

“Aik, kau tak suka ke? Kau marah kan aku ke Lish?”

“Tak, itu kan memang tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Saya tak boleh nak lari daripada itu semua. Tapi awak tu, kalau ya pun. Jangan main terjah saja. Tengok, saya dah missed appointment saya pagi ni. Semua awak punya pasal.” Ujarnya menyalahkan Nedzrish. Gara-gara perangai pelik si suami malam semalam, dia terbabas pagi itu.

“Alah, aku rasa semalam adalah masa yang terbaik. Sorry lah Lish, sebab main terjah je. Tapi kau jangan risau, lepas ni kalau aku nak lagi. Aku akan minta dengan penuh berhemah. Jangan risau.” Nedzrish mencuit lembut hujung hidung Qalish Audrina.

“Tak apalah Rish, bukan saya tak faham sikap awak. Asal boleh saja kan, dah faham sangat dah.”

“Sorry lagi sekali.. Habis tu, kau tak jadi lah jumpa klien kau?”

“Tak, saya terpaksa batalkan. Tak apalah, next time boleh buat temu janji lain. Nasib baik klien saya tu faham.”

“Okay lah kalau macam tu. Aku nak keluar sekejap. Kau drive elok-elok eh, nanti kalau ada apa-apa masalah. Bagitahu aku.” Qalish Audrina tersenyum senang mendengar ucapan prihatin daripada Nedzrish. Selama mereka berkahwin, baru sekali itu Nedzrish mengucapkan kata-kata seperti itu. Kerana sebelum ini mereka tidak peduli antara satu sama lain.

“Rish, saya ada satu soalan.” Ujarnya yang sudah pun selesai menikmati sarapan paginya. Dia turut berdiri mengikut Nedzrish untuk ke ruang tamu.

“Soalan apa?”

“Awak betul ke sayang kan saya?” Soalnya yang sedang memeluk tubuh.

“Betul lah. Kan semalam aku dah luahkan semuanya dekat kau. Aku hanya ada kau, aku cinta kan kau. Kau nak suruh aku ulang suara berkali-kali ke?”

“Bukan macam tu, cuma saya nak awak tunjuk kan bukti.”

“Bukti apa?” Soal Nedzrish tidak mengerti.

“Bukti yang awak sayang kan saya. Bahasa pun masih lagi aku-kau. Tak boleh ke kalau lembut kan sikit bahasa komunikasi kita?” Qalish Audrina terasa dia seperti bercinta dengan lelaki yang baru pertama kali bertemu dengan wanita. Kaku habis!

“Erk… Perlu ke tu semua?”

“Rish, kan lebih elok kalau kita panggil pasangan kita dengan panggilan yang agak lembut dan sopan. Ini kalau sampai ke tua duk panggil aku-kau, nanti anak-anak dengar. Diaorang fikir apa pulak?”

“Tunggu lah ada anak dulu, nanti tukar lah.” Nedzrish tayang wajah selamba. Bukan dia tidak memahami apa yang mahu disampaikan oleh si isteri.

“Okay fine, terserah pada awak lah ya.” Ujarnya yang malas mahu bertekak dengan Nedzrish. Dia mencapai beg tangannya yang di letak di atas meja.

“Okay-okay, aku faham apa yang kau maksud kan.. Kau nak panggil aku apa?”

“Macam dalam novel-novel melayu, abang. Ada nama panggilan lain ke?”

“Sebenarnya daripada dulu lagi memang kau nak panggil aku dengan panggilan “abang” kan? Tapi kau segan, betul tak?” Nedzrish sudah tersengih-sengih. Sengaja mahu mengusik isterinya pagi itu.

“Tolong lah ya, jangan nak perasan sangat. Saya baru terikir ni. Tapi kalau awak tak suka dengan panggilan tu. It’s okay. Kita boleh teruskan dengan apa yang kita dah biasa guna sekarang ni.”

“Bie, malam ni jangan balik lewat eh? Teman abang, abang sunyi lah Bie selalu balik lambat…” Qalish Audrina kaget mendengar suaminya memanggilnya dengan panggilan itu.

“You call me Bie?”

“Yes, sebab aku rasa macam comel je panggilan tu. Tapi sebenarnya ejaan betul yang aku maksud kan tu adalah “Bee”. Yang membawa maksud, lebah. Kau kan macam lebah, kalau usik sikit. Habis tangan lebam kena sengat dengan kau.”

“Awak ni memang menyakitkan hati saya sajalah!!” Dek kerana terlalu geram kerana dipermainkan oleh Nedzrish, dia menarik kedua-dua belah pipi suaminya dengan rasa geram.

“Bieeeee…. Sakit lah pipi abang.”

“Tahu pun! Lain kali kacau Lish lagi!”

“Abang gurau dengan isteri abang, sebab abang nak Bie selalu tersenyum sorang-sorang bila teringatkan semua gurauan kita berdua. So sweet of me, right? Abang tahu.”

“Sweet lah sangat.” Ujarnya lalu menjuihkan bibirnya.

Terkebil-kebil Qalish Audrina dibuatnya apabila dirinya bagaikan keras untuk beberapa ketika. Bibir suaminya mendarat sebentar di bibirnya.

“Kalau rindu, Bie call lah abang anytime. Abang akan selalu ada untuk Bie.” Ujar Nedzrish seraya mengusap lembut kepala isterinya yang ditutupi selendang berwarna putih. Qalish Audrina bagaikan tidak mampu bergerak, dia hanya memandang langkah santai Nedzrish mendekati motorsikalnya.


“Awak buat saya…. Gila lah!”