“Welcome to Carlvine Holdings Sdn Bhd. Encik Farel
Aimar.” Zefrieq bersuara ceria menerima kedatangan sepupunya secara mengejut
pagi itu di syarikatnya. Dia tidak
menyangka begitu cepat mummy nya memujuk sepupunya untuk bekerja dengannya.
“Tak payah lah nak formal sangat. Geli pula aku
dengar Zef.” Balas Farel sambil tertawa. Dia melabuhkan punggung di sofa yang
terdapat di dalam bilik CEO syarikat itu. Zefrieq turut sama mengikut sepupunya
itu.
“Tak sangka cepat betul mummy pujuk kau. Aku rasa
baru dua hari lepas aku bagitahu mummy pasal ni. Tup tup hari ni kau datang
lapor diri nak start kerja. Wah.” Ujar Zefrieq teruja sambil menepuk lembut
bahu sepupunya itu.
“Aku sebenarnya dah lama nak jumpa kau, nak cakap
yang aku dah ready nak kerja dengan kau. Tapi aku fikir kau boleh handle
company ni sorang. Tu yang aku diam je.” Balas Farel menceritakan hal sebenar.
“Gila tak perlu kan kau? Nak terbalik kepala aku
handle company ni sorang sorang tahu tak.” Kata kata Zefrieq itu disambut oleh
tawa Farel. Lucu melihat sepupunya yang sedang meluahkan rasa itu.
“Relax lah, benda boleh settle Zef. Aku janji aku
akan tolong kau sama sama bangun kan syarikat ni even aku perhatikan syarikat
family kau ni dah terlebih maju. Syarikat kau salah satu pesaing terhebat tau.”
Balas Farel teruja. Dia kagum dengan kemampuan Zefrieq mengendalikan syarikat itu
selama 3tahun itu dengan usaha kerasnya sendiri. Dia merasakan kehadirannya di
syarikat itu sekadar memenuhi kehendak Zefrieq untuk membantunya apa yang
patut.
“Banyak lah kau punya maju. Aku masih tak berpuas
hati dengan pencapaian syarikat ni. Aku nak lebih daripada apa yang ada
sekarang.”
“Jangan tamak Zef. Beri laluan dekat orang lain nak
cari rezeki juga.” Nasihat Farel ringkas. Kadang kala dia merasakan Zefrieq
terlalu mementingkan keuntungan syarikatnya sahaja tanpa memikirkan tentang
orang lain.
“Selagi ada peluang, kita jangan leka. Jangan sia
sia kan peluang yang ada depan mata sebab selalunya peluang hanya datang sekali
seumur hidup.” Zefrieq membidas kata katas Farel.
“Encik Boss!” Tiba tiba pintu bilik Zefrieq dirempuh
kasar dari luar dan terjengul muka Ainur Fathrisya yang kelihatan tercungap
cungap itu.
Terkejut Zefrieq serta Farel dengan kehadiran
mengejut wanita itu. Sudah lah pintu tidak diketuk, main redah pintu biliknya
sesuka hati. Hati yang sedang tenang tiba tiba menjadi panas seketika. Lantas
Zefrieq berdiri mendekati setiausahanya itu.
“Kau ni apahal? Dah tak reti nak ketuk pintu dulu
sebelum masuk? Tak nampak aku ada tetamu ni? Bodoh!” Marah Zefrieq sekuat hati.
“Encik. Siapa nama Encik?” Soal Fathrisya secara
tiba tiba kepada sepupu bossnya itu. Zefrieq yang sudah berundur ke belakang
sedikit mempamerkan reaksi terkejut dengan pertanyaan gadis itu. “ Apa benda
yang minah ni nak sebenarnya?” Bebel hati kecil nya.
“Hah? Saya? Er. Nama saya Farel Aimar. Just call
me…” Belum sempat Farel menyudahkan ayatnya, gadis itu pantas memotong.
“Encik Farel, saya minta maaf sebab dah ganggu
perbincangan antara Encik dengan lelaki sakit otak ni. I’m really sorry.”
“Apa kau nak hah? Tak ada adab ke main redah masuk
bilik aku macam tu? Sekolah mana kau pergi sampai biadap sangat?” Zefrieq yang
masih tidak berpuas hati dengan tindakan biadap gadis itu merenung tajam ke
dalam bebola mata Fathrisya. Tanpa gentar, gadis itu membalas pandangan lelaki
itu.
“Zef, sabar lah. Dengar dulu penjelasan dia.” Farel
tiba tiba menyampuk. Bimbang melihat muka bengis Zefrieq yang sedang mengawal
suhu kemarahan yang membuak buak dalam dirinya itu.
“Saya rempuh masuk bilik Encik sebab saya tak puas
hati dengan Encik! Apa masalah Encik sampai potong gaji saya untuk bulan
pertama ni? Apa kurang nya kerja saya di mata Encik? Encik paksa saya pergi
dinner dekat rumah Encik saya ikutkan. Dah tu kenapa gaji saya tetap kena
potong?!” Soal Fathrisya bengang. Merah padam wajahnya menahan marah. Geram
sungguh dia dengan lelaki hidung tinggi itu. Sesuka hatinya sahaja memotong
gajinya untuk bulan ini. Baru bulan pertama kerja dah kena potong gaji tanpa
sebab. Dia mula berkira kira untuk berhenti kerja jika perkara ini berterusan.
“Kau ni memang bodoh lah perempuan! Tak payah lah
nak berlagak bagus pula dekat sini! Lupa atau buat buat lupa?” Soal Zefrieq
sinis. Farel Aimar terpaksa menjadi penonton menyaksikan drama percuma seorang
ketua dengan anak buahnya. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tidak mahu
masuk campur kerana dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang berlaku.
“Apa yang Encik cuba sampai kan ni? Saya kurang
jelas.”
“Kau lupa yang sebelum kau diterima kerja dekat
sini, kau dah buat silap besar dengan aku? Kau dah renyuk kan baju kesayangan
aku yang mahal tu. Kau tak nak bayar sebab kau tak ada duit, so bila kau
ditakdirkan kerja sebagai setiausaha aku dekat sini, aku berhak potong gaji kau
sebab insiden tu. Bukan luak sangat pun gaji yang aku potong. Kau tak payah nak
kecoh lah macam hilang beribu ribu ringgit.” Balas Zefrieq selamba sambil
melabuhkan duduk di atas kerusi di meja kerjanya itu.
“Encik. Memang lah RM150 tu tak banyak bagi Encik.
Untuk orang kaya macam Encik, itu tak menjadi masalah yang serius bila duit
gaji Encik tak cukup. Sebab apa? Sebab Encik terlalu banyak harta dekat dunia
ni. Tapi orang miskin macam saya ni Encik, bila Encik potong gaji sebanyak
RM150 atas sebab yang tak munasabah, sangat memberi impak kepada saya.” Balas
Ainur Fathrisya kekesalan dengan sikap bossnya itu. Dia sama sekali tidak
menyangka Zefrieq bertindak sekejam itu.
“Orang miskin macam kau ni memang ketagih duit eh? Kau ni tak boleh nak terima salah
kau. Lain kali kalau tahu diri tu miskin, jangan buat silap! Jalan tu pandang
depan bukan pandang bawah. Orang buta pun boleh jalan dengan sempurna aku
rasa.”Zefrieq menghamburkan kemarahannya yang semakin menjadi jadi itu.
“Zef! Enough!” Farel menyampuk apabila dia melihat
situasi semakin tegang. Dia bimbang jikalau perkara yang tidak diingini
berlaku. Zefrieq Ezzraf bukan boleh diduga tindakannya.
“Saya minta maaf di atas ketelanjuran saya rempuh
masuk bilik Encik. Encik Farel, maaf kerana menganggu perbincangan kalian
berdua. Lain kali kalau Encik Boss nak potong gaji saya berapa percent sekali
pun, please tell me first. Tak adalah saya tertanya tanya macam ni. Saya minta
diri dulu.” Ainur Fathrisya tidak menunggu lama, dia terus meninggalkan bilik
itu dengan kekesalan yang bersisa di hati.
Farel Aimar bingkas bangun dari duduk nya dan
berkira kira untuk mengejar gadis itu. Tiba tiba, dia merasa simpati mendengar
luahan hati gadis itu. Dia dapat merasakan wanita itu berasal daripada keluarga
yang susah. Masakan cuma sedikit gajinya dipotong dia sudah melenting sebegitu
rupa.
“Kau nak ke mana tu Rel? Tak payah nak kejar
perempuan kampung tu. Biar kan dia.”Zefrieq menghalang Farel daripada terus
mengejar Ainur Fathrisya.
“Kenapa kau sanggup potong gaji dia atas sebab yang
tak masuk akal tu? Come on lah Zef! Baju kau bukan koyak, cuma renyuk. Baju
macam tu, berlambak kau mampu beli.” Farel yang tidak senang dengan sikap
angkuh dan sombong Zefrieq itu sekali lagi menasihati sepupunya itu. Kali ini
lebih tegas.
“Kau tak payah nak sibuk pasal perempuan tu. Apa
yang aku buat dekat dia, tak ada kaitan langsung dengan kau.” Balas Zefrieq
dingin tanpa memandang ke arah Farel yang sedang merenung tepat ke mukanya.
“Zef. Tolong buang sikap angkuh dan sombong kau tu.
Tak bawa masuk kubur pun. Jangan buat semua orang benci dengan perangai kau.
Tolong jaga sikit perasaan orang lain.” Selesai berkata kata, Farel tidak
menunggu lama. Dia segera beredar dan menuju ke biliknya. Bimbang semakin lama
dia disitu akan menimbulkan perbalahan antara mereka.
*Maceh kepada y follow cerita ni dari awal sampai sekarang, bab y lain still dalam progress. pelabagai halangan nak siapkan novel ni (faktor malas, kekangan idea, kesuntukan masa dan hasutan untuk melayan novel novelis lain) fuih banyak benor halangannya,akan terus menulis kalau ada y masih sudi baca coretan takseberapa ni, macehhh,
best 3x.
ReplyDeletemaceh sudi baca, enjoy reading (:
Delete