Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Thursday 8 January 2015

Doa buat Kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu 
Hilangkanlah dari hatimu 
Doaku buatmu kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Wah.. Feeling betul aku melayan lagu ramli sarip ni sambil melantak pengat pisang buatan ibu tercinta. wah.. perfect combination. Heheheh.. Okay rasanya mesti lagu ni korang pernah dengar kan? Antara minat atau tak. Sebenarnya aku suka dengar lagu y ada maksud-maksud tersirat y boleh buat kita insaf sekejap and merenung diri sendiri. Pada aku lambakan lagu y ada sekrang ni bukan tak bagus tapi ianya lebih kepada membuatkan kita terhibur. kadangkala takada mesej pun dalam lagu tu. it just my opinion. bukan aku kata semua lagu baru takbest, no. aku pun remaja. membesar macam remaja y lain. melayan jugak lagu-lagu hits y tengah meletop letop kat radio, kat youtube skrang ni. bukan takada lagu y best and ada unsur nasihat tapi takberapa nak banyak. lagu lama-lama ni memg kalau dihayati bait bait lirik dia peh. superb beb.
Lagu doa buat kekasih ni dah berzaman berlalu tapi masih lg mendapat tempat di hati pendengar, meskipun tak sehebat dulu. tapi lagu ni masih lagi didngari. lagu malar segar memg best. dengar berkali kali pun tak bosan. okay, yang aku faham lagu ni mempunyai maksud y tersirat. Apa sahaja perkara y berlaku di waktu lampau kita adalah satu pembelajaran. ianya mengajar kita untuk menjadi lebih baik daripada semalam. tak kisah lah benda tu pahit ke manis ke kelat ataupun tawar, ia pernah terjadi dalam hidup kita. kalau kita pernah buat silap pada masa silam, tak kan kita nak mengulangnya kembali kan? sebab tu dalam lagu ni berbunyi " sejarah mengajar menjadi lebih dewasa" 
Zaman skrang bukan macam zaman mak ayah kita tok nenek moyang kita y tak banyak hiburan, y tak banyak teknologi canggih mcm sekrang ni. dunia dulu taksama langsung dengan skrang. semakin pesat pembangunan, semakin mencabar hari-hari mendatang. macam mana kita nak teguhkan iman di dada untuk menempuhi ujian-ujian y mendatang? dengan hanya internet, macam-macam kita dapat carik, kata orang, "internet di hujung jari" ya di hujung jari, kalau silap langkah, terjerumus dalam dosa ha" 
Dunia sekarang terlalu mencabar terutama untuk budak-budak muda. silap langkah, silap pilih kawan. habislah. gejala maksiat banyak sangat berlaku sekarang ni, kalau selak akhbar tu ha macam macam cerita kita boleh baca y melibatkan remaja. ini semua sebab apa? sebab tugu iman didada tidak cukup hebat untuk melewati dunia y kian canggih hari demi hari. Kita dah dewasa, kita boleh fikir y mana elok y mana tak elok. nak salahkan mak ayah lagi bila umur dah besar tapi takboleh nak fikir seiring dengan usia? kadang, mak ayah dah laksanakan tugasan sebagai seorang pencorak kehidupan anak-anaknya dengan baik. tapi sampai masanya, anak-anak pilih corak hidup mereka sendri. masih salahkan ibu bapa? Renung.
Kalau semua dah cukup, kasih sayang perhatian, didikan agama, nasihat bergelen-gelen. untuk apa lagi salahkan ibubapa? tunding jari pada diri sendiri y lalai dan leka dengan kemewahan yang disajikan oleh duniawi sehingga terlupa keindahan di akhirat kelak.
"Yang dulu usah dirindui, buangkan lah dari hatimu." Sesiapa y pernah hadir di masa silam kita, usahlah kau mengejar lagi bayangnya. kehadiran seseorang itu dalam hidup kita ada hikmahnya. setiap apa y terjadi ada pengajaran y tersendiri y Allah titipkan untuk menyedarkan kita. Bukan masanya untuk kita bersedih kerana cinta (untuk y masih belajar) jangan jadi hamba cinta, jangan tunduk pada cinta sebab cinta y tak halal tak akan bawa kau ke puncak bahagia. lupakan y pernah menyakiti hatimu, bangkit dari kekecewaan masa lalu, teruskan kehidupan macam biasa, bila sampai masanya ada jodoh, cinta y kau dambakan selama ni tak kemana. kebahagiaan pasti milik kita semua InsyaAllah cuma perlu banyak bersabar dan teguhkan ketaqwaan kepada Allah.
Till we meet again, maaf andai ada terkasar bahasa terguris terobek tercarik trhunus perasaan sesiapa sahaja dengan nukilan saya hari ini, moga kita semua berada dalam rahmat Allah. have a nice day

Monday 5 January 2015

Tinta penulisan

Menulis ni bukan satu perkara ataupun kerja yang mudah ataupun senang. Menulis satu bidang yang mencabar. Aku baru menceburkan bidang ni lebih kurang 1/2 tahun penglibatan secara taklangsung dalam bidang ni. sebenarnya secara suka-suka tak terfkir untuk berkongsi hasil nukilan y tak seberapa kepada tatapn umum. Sebab apa aku cakap susah? Okay demand pembaca. itu yang susah. sebab apa kita menulis untuk orang baca, untuk hiburkan hati orang. Kan? Kerja mana yang tak susah. lagi lagi kerja untuk buat orang terhibur memang sangat payah. Aku tahu benda ni susah, tapi nak buat macam mana minat y sangat mendalam dalam bidang penulisan membawa aku sampai ke sini.

Okay share sikit , tak kisah lah ada orang nak baca ke tak ada, kan dah bagitahu awal awal confident level tinggi itu penting. abaikan orang y selalu membuat kau kecewa. okay, Bermula dengan cerpen Aishiteru Mr. Panas Baran y mana cerpen tu pada awalnya hanya aku kongsi dengan kawan-kawan sekelas, kawan-2 twitter y rapat. Tak tahu lah maybe depa ni just nak jaga perasaan aku ja, so aku tak puas hati aku cuba nasib hantar karya aku dekat novel melayu kreatif. berbulan bulan jugak aku tunggu feedback pembaca, kebanyakkannya depa baca tapi tak leave comment. okay, lagu mana aku nak improve penulisan kalau tak ada yang mengur. its okay, tak kan hang nak dok paksa orang comment pulak. lagi lagi kalau hang tu baru menjinak jinak nak menulis, kena sabaq. jangan dok buat loklaq naa. nak berjaya memang bukan atas angin ja, perlukan pengorbanan.

Then aku teruskan lagi dengan mencabar diri utk buat cerpen genre sedih, ending cerita tu sedih. kita sering kali dilambakkan dengan cerita cinta yang ending dia mesti happy ending. kan? So aku rasa macam nak ubah sikit selera pembaca, aku nak buat something fresh and something new. tak kisahlah orang nak cakap apa, org nak bash ke sebab aku sendiri cabar diri aku untuk buat ending y lain daripada lain. dan ternyata feedback y aku terima tak se okay feedback cerpen first Aishiteru mr panas baran. readers comment mengatakan mereka mahukan cerita tu ada sambungan and dorang nak aku end up dengan happy ending. see? selera pembaca.. kan aku dah cakap kita menulis untuk org baca yes, tapi at the same time kau perlu berani cabar diri kau buat something yang mungkin kau rasa kau takmampu nak buat. even feedback tak sama macam feedback y aku terima utk first cerpen aku, aku tetap puas hati sebab rata-rata y comment cakap cerita tu sedih and jarang dpat baca ending dia sedih. finally diaorang bercerai. biasanya mesti bersatu kan watak hero dan heroin. tak apa, aku mencuba dan aku puas hati sebab berani mencuba.

Cuti sem 3, aku start menulis cerpen ke3. aku masih lagi takberani nak buat novel dan utk dihantar utk dinilai oleh mane-2 penerbit novel. aku tak bersedia even ada y suruh aku cuba buat nove. aku cakap, tak apa. aku nak start dari bawah.. biar lah aku happy kan orang dengan percuma. takpayah bayar, kalau rasa nak baca karya-karya aku just bukak je blog ni if berminat. aku baru je nak mula, so aku nak org kenal aku dgan cerpen dulu. aku taknak terus pergi ke peringkat y tinggi. aku pegang satu je "Nak berjaya dalam hidup perlu lalui perlbagai liku-liku halangan dugaan cabaran." Tak kisah lah kutukan kritikan y aku terima, baik atau buruk akan ku hadam. sebab bila kita masuk dunia y orang perhatikan kerja kita, orang nilai hasil titik peluh kita. hati haruslah kental utk hadam semua itu. jangan nak cengeng sangat klau kena bash dgan pembaca. benda biasa, hadam lah selagi mampu.

Ustazku Romantik.. Kisah percintaan Erish Damia dan suaminya ustaz. Isyraf Hakimi. kahwin atas desakan ayah Erish, and akhirnya diaorang bahagia. cerita ni aku selitkan nilai islamic sikit, sebab apa. sebab aku peratikan readers suka baca novel y kelakar, santai but at the same time ada pengajaran. berapa byak novel islamic y ada dekat pasaran, tak banyak sangat. tapi kalau perhatikan, novel cinta y ade unsur islamic memg mendapat tempat y sangat memberangsangkan di hati pembaca, so aku cuba. Alhamdulilah, tak sangka juga cerpen ni mampu bukak laluan dan org start kenal start baca karya aku y sebelum ni org tak kenal pun karya-karya aku. feedback y positive, respond y agak menaikkan semangat aku utk terus menulis, aku terima since cerpen ni dipublish. See. aku cakap kan? nak berjaya bukan senang. okay, aku takcakap y aku dah berjaya. aku cuma cakap cerpen ke3 buka laluan sikit utk aku terus melebarkan lg sayap.

Disebabkan minat y memang sgat mendalam dlam bidang ni, aku start terjebak gilakan novel since aku darjah6 lagi. dan skrang aku dah menjangkau usia 20tahun.. beratus ringgit habis beli novel, penuh bilik satu novel. celik biji mata pandang tepi bertimbun novel tersusun. memg dunia aku. mungkin. aku meneroka lagi dengan beranikan diri utk buat e-novel Mr perfect annoying. still. takberani nak hantar dekat mana mana publisher, aku cuma update dekat ilham setiap minggu. Mungkin one fine day aku try cuba nasib, but not now. still banyak lagi aku perlu belajar. aku perlu tingkatkan lagi skill penulisan, byak lagi kelemahan y perlu dihakis jauh..

Motif sangat aku tulis panjg lebor camni, ada org nak baca ke? aku tak peduli tu semua, aku cuma kongsikan sedikit pahit manis suka duka y aku lalui. walaupun pada org, alah baru je start dia ni. tapi tak salah kalau aku share kan? nasihat aku cuma satu, *tak layak pon nak cakap cmni* okay kalau ada minat, teruskan, pedulikan apa y akan orang cakap tentang karya kau. tolong jangan cepat giveup sebab dalam duni ni tak ada benda y kau boleh capai dengan mudah nya. usaha tawakal. yakin pada Allah. okay? goodluck kepada y baru berjinak jinak dalam bidang ni. Assalamualaikum..