Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Sunday 3 May 2015

Di Pintu Syurga

Hi. Assalamualaikum. Lama tak bebel panjang macam kereta api berdedai kat pudina hati ni. sokmo update mr perfect annoying je. Hehe mr perfect annoying nak rest jap for a few days,can ah? Can lahh. Sebab bab y akan datang ni macam mencabar sikit so kena cari mood dulu baru bleh nak menulis.
Okay sebenarnya takada lah nak bebel tak tentu pasal kat sini, nanti hengkorang pon baca rasa nak sepuk sepak tampar je aku kan? Okay taknak dah melalut. First of all nak minta maaf kalau ada mana mana pihak y tak senang dengan penggunaan "aku" sepanjang aku menulis dalam pudina hati ni. sebabnya aku dah terbiasa, yelah bila kite type ni macam kita cakap seorang diri tak kan Nak Ber I-I pulak nanti org pk dah kenapa dia ni sakit otak ke.
Heheeheh.

Okay, sebenarna nak share satu benda. Entah aku rasa disebabkan kejadian ni ( macam masalah besar je) buat konsentrasi aku sedikit lemah hari demi hari. Korang, sakit kan bila kita buat something tapi kita takdapat moral support daripada orang yang memang kita mengharapkan dia akan ada di setiap jatuh bangun kita? Ke aku sorang je y rasa mcm tu? Betul tak? Lagi lagi bila benda y kita buat tu memang payah. Ada satu benda yang kita kena faham dalam hidup ni. kadang, ada sesuatu yang kita lakukan, kita perlukan spirit moral support from others contohnya family kita, kengkawan and orang-2 yang rapat dengan kita. Okay aku ambil satu contoh, macam org selalu cakap la kejayaan kita kan mesti ada dekat belakang kita orang orang duk support, itu sebenarnya y menaikkan semangat untuk terus berjaya. Mentality yes. lagi lagi bila buat benda yang untuk puaskan hati orang, macam menulis ni lah, kalau tak kuat boleh rebah do. tapi disebabkan adanya moral support boleh jadikan kita seorang y optimis and terus berusaha untuk berikan y terbaik. ini permainan psikologi. yes, bila ada sokongan padu daripada others for sure kau pu bersemangat waja kan nak berikan y da best?
Main point aku, Moral support tu penting lg lg daripada org y rapat dgan kau.

Hmm. Aku kadang-2 terfikir apa y aku buat ni salah ke? Aku menulis utk hiburkan org dgan cerita tak seberapa aku ni satu benda y boleh dikatakan sebagai kesalahn berat disisi undang-2 perkhidmatan and pengangkutan ke? Sampai aku kena hina kaw-kaw punya mcm kopi kaw pekat nak mampuih tu semalam. Woe sakitnya tuh bukan disni lagi babe, tapi di merata-rata pelusuk ruang rongga badan, bisa kaw. Boleh terima tak bila orang yang rapat dgan kau perlekeh menghina apa y kau buat? Orang y aku sayang after family aku, after kawan aku. yang memg kenal aku dah lama. Yang tahu perangai aku macam mana. Fuh. Boleh benci sebenci yang dasyhat dengan dunia penulisan ni. IDK whats wrong with him. Gila ke sakit otak ke wayar terputus ke. ayat dia yang rasa memg sampai bebila kot takleh lupa. Kau kena faham. Lidah kita takada pisau, tapi once kau lontarkan kata kata y bisa memg org akan ingat sampai mati.

"Aku benci novel berkhayal yang over bodohnya, nak romantik boleh create sendiri lah tak payah nak tiru baca-2 novel bagai ni. Tak payah lah kau menulis lagi, stop jelah. buang masa, bukan dapat duit pun, bukan boleh kaya pun.Unless kau bukak company sendiri and publish novel sendiri, Pada aku menulis novel ni tak releven dah skrg ni sebab org bleh baca online kan, tak ramai kot orang nak beli bku lg dah sekarang ni. and nanti mungkin karya kau akan diciplak. so membazir je, x bawa keuntungan langsung. stop la menulis."

Kau tahu? Aku tersentap zap masuk dalam hati. Ya betul orang kata jangan ambil peduli pun dengan kata kata hinaan cercaan org, dia tahu judge je bukan nya dia faham and rasa apa y kau lalui. pedulikan. yes pedulikan. bunyi macam mudah nak buat tu amboi payah dia macam nak telan ubat sebesar penumbok. Ye, bila aku dapat kata kata ni dari org yang aku harapkan akan support apa aku buat, memg kecewa dia boleh sampai terduduk kot. Tak sedih, cuma aku lebih kepada kekecewaan jelah. sebab apa, ayat y memg aku takleh move on. "Novel berkhayal yang over bodohnya" Wow, macam aku ni jual dadah pulak dah sampai mcm tu sekali hinaan dia terhadap apa aku buat. Dia rpat dengan aku, dia tahu aku jenis macam mana. even if kau tak minat sekalipun dgan dunia novel yes minat memasing of course la berbeza. jangan cemuh lah jangan nak kutuk ke apa ke nak kata novel melayu ni bodoh la too much la bro aku rasa. org kalau baca pun sentap beb kalau bukan dia ada kat tempat aku.

Aku nak jelaskan satu benda, aku menulis bukan sebab royalti, bukan sebab duit bukan sebab aku nak kejar glamour hah totally no. Kalau aku ni gilakan duit apasal aku tak hantar novel aku kat memana publisher lg? asal aku selesa freelance je dlu? Ni sebab aku sendiri nak start dr bawah. Aku percaya setiap kejayaan bermula dari akarnya iaitu dari titik peluh, biarlah aku nak rasa susah dulu. ni kau tiba tiba je nak ada dekat puncak? Dah kenapa? kau tak rasa ke bila kau dapatkan somethin dengan hanya pap petik jari, kau tak akan hargai benda tu. dalam dunia ni bukan mudah bukan senang bukan bukan bukan.Kau kena usaha dulu sebelum kau nak rasa hidup sedap, lainlah kalau lahir lahir celik bijik mata banglo sebijik, audi R8 kri kanan, bapak CEO ye yang tu takpayah la kau start dr bawah. semua hidup senang atas angin, but tgok parents jugak ada parents y nak anak dia susah so dia ajar anak dia hidup susah walhal dia mampu utk bagi kesenangan.

Memang pedih lah beb nak hadam kata-kata dia. aku tertanya tanya apa y aku buat ni kacau masa dia ke? kacau ke duit dia? rasanya idea semua aku kerah kepala otak ni pk, laptop guna lappy sendiri wifi rumah so semua nya aku takdelah nak sesak kepala otak dia. yang dia nak emosi sangat tu dah kenapa ye. sampai skrg aku tertanya tanya.
 Semakin aku besar semakin aku faham sesuatu. dunia bukan senang untuk aku lalui kalau tak cukup kekuatan mental iman fizikal aku akan rebah sembah bumi tersungkur terlangkup musnah harapan aku selama ni. Yang aku ada sekarang ni support dari diri sendiri. Aku anggap ni cabaran sebelum aku temui apa y aku cari dalam dunia penulisan ni. tapi untuk awak yang melontarkan kata kata sampah ni, susah untuk aku lupakan kata kata ni. tapi takapa, I will take those words as caraban. tiap kali igt tiap kali tuu bengang kan. so mesti aku akan usaha sehabis baik. sometimes bagus juga hidup ada cabaran, but you must make sure. hati kental ataupun tidak.

Satu je aku nak pesan. minat orang lain lain kau kau kau dan kau tak ada hak langsung utk halang apa yang dia minat. so if org yang kau sayang minat something yang kau sendiri tak suka, its okay. kau jangan nak ktuuk je cemuh ke jangan nak down kan dia. sebab nanti jadik macam aku la. kau belajar terima sikit sikt minat orang lain, minat adik beradik kau family kau kawan kawan ataupun bf. support jelah apa y mampu kalau mmg betul kau x boleh nak go dgan apa y dia minat. tak salah pun beralah, bukan bermaksud kau lemah atau lembik kerana mengalah, itu tunjuk y kau boleh terima someone tu seadanya. cuba untuk faham minat orang lain juga. bagi ruang untuk fahm org lain kalau kau nak orang faham kau.
Sekian, maaflah bebel pepanjang buat ada y rasa tak senang saya mntak maaf diatas ketelanjuran kata kata saya, emosi kurg best sikit lately ni, tapi InsyaALLAH ALLAH ada, so aku mesti kena sado kan hati. mesti.

1 comment:

  1. Sedih baca kes sis ni huhu :'( mohon tabah lepas ni yerkk

    ReplyDelete