Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 5 June 2015

Be mine, eh? Bab9

“Ingatkan siapa yang datang tadi.  Kenapa tak bagitahu dulu sebelum nak datang?” Sapa Dato’ Ezzudin ramah bersama senyuman lebar tersungging di bibirnya. Dia baru sahaja turun menyertai isterinya yang sedang melayan tetamu mereka pada hari itu. Dato’ Ezzudin mengambil tempat di sisi isterinya.

“Kebetulan kami jenguk sedara kami dekat sini. Itu yang singgah sekali ke rumah Din. Kami menganggu ke?” Balas Haji Azman ceria.

“Tak menganggu pun Abang Man. Saya memang tak ke pejabat hari ini. Anak-anak ada urusan syarikat, kita ni dah tua duduk rumah ajelah berehat dengan isteri tersayang.” Ujar Dato’ Ezzudin sambil matanya terpandangkan Qalish Audrina yang baru sahaja keluar dari bilik air rumahnya. Gadis itu terus bersalaman dengannya.

Uncle sihat?” Soal Qalish Audrina sekadar berbasa-basi. Inilah kali pertama dia bertemu semula dengan keluarga rakan baik abahnya itu setelah Dato’ Ezzudin berpindah ke tempat lain.

“Sihat Lish. Lish tak ke butik ke hari ini? Butik Lish tutup hari apa ya?” Dato’ Ezzudin mulai selesa bersembang dengan bakal menantunya.

“Tak pun uncle. Saja ambil cuti. Butik Lish tutup hari Jumaat uncle. Kenapa? Uncle nak datang ke?”

“Kalau Idah dengan Din nak tahu, Lish ni buka butik pengantin juga selain daripada mereka pakaian moden untuk wanita dan lelaki. Ha nanti boleh lah tempah busana pengantin dekat butik Lish.” Hajah Razitah bersuara menceritakan sedikit sebanyak tentang kerjaya anak perempuannya.

“Wah. Bagus lah kalau macam tu. Tak payah pening-pening nak pilih butik mana yang okay. Nanti ajak bakal suami kamu pergi tengok baju pengantin mana yang kauorang berkenan. Uncle dah tak sabar dah tau nak timang cucu.” Ayat terakhir yang diungkapkan oleh Dato’ Ezzudin disambut tawa oleh mereka semua kecuali Qalish. Gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja sambil tersenyum nipis. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu kedua-dua bakal mertuanya mengesan riak wajahnya yang tidak suka dengan perkahwinan itu.

“Tujuan kami datang ke sini selain daripada nak melawat bakal besan kami ni, kami nak kenalkan Qalish dengan bakal suami dia. Iyelah mereka kan tak pernah berjumpa.” Ujar Haji Azman setelah tawanya reda. Qalish Audrina yang duduk dihadapannya sudah menelan liur berkali-kali. Dia tidak tahu menahu langsung tentang rancangan orang tuanya yang mahu menemukan dia dengan bakal suaminya. Dia langsung tidak bersedia untuk berkenalan dengan lelaki itu.

“Laaa. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Rish keluar jumpa kawan dia.” Datin Khalidah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan sesekali tersenyum nipis bersuara pula.

“Eh tak apalah, kita sembang-sembang dulu. Makan malam dekat sini sekali pun boleh kan Abang Man, Kak Zie? Rish kejap lagi balik lah tu.” Dato’ Ezzudin mencelah.

“Tak apalah Din, kami datang lain kali ajelah nanti. Ada banyak lagi masa nak kenalkan budak berdua ni.” Tolak Haji Azman lembut. Dia kalau boleh tidak mahu menyusahkan kedua-dua sahabat baiknya itu.

“Ha, itupun bakal suami Lish dah balik. Panjang umur dia, baru je kita sebut nama dia tadi.” Nedzrish yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu tercengang apabila semua mata yang ada disitu terarah kepadanya. Namun wajahnya tetap bersahaja seperti tiada apa yang berlaku. Bukan dia tidak tahu bakal mentuanya singgah di rumahnya itu, semasa dia mahu memarkingkan motornya dia terlihat sebuah kenderaan yang asing baginya berada di luar rumahnya. Sudah tentu kereta itu milik keluarga bakal mertuanya.

“Ha Rish. Duduk dulu, bakal mertua Rish nak jumpa dengan Rish. Tak lama lagi kan kamu berdua akan disatukan.” Arah Dato’ Ezzudin menyuruh Nedzrish turut menyertai mereka bersembang sambil matanya melirik ke arah Qalish Audrina yang kelihatan tergamam apabila matanya terpaut pada wajah Nedzrish.

“Erk! Ni bukan mamat sengal tu ke?” Qalish Audrina masih mengingati lelaki yang telah melanggar keretanya beberapa bulan yang lepas. Air liur yang ditelan seakan-akan kelat sekali. Dia tidak pernah menduga sama sekali lelaki yang pernah menghadiahkan perasaan benci kepadanya pada pertemuan pertama mereka adalah lelaki yang akan menjadi suaminya tidak lama lagi.

“Qamariah.” Spontan Nedzrish menuturkan sebaris nama itu. Jikalau Qalish tersentak bukan kepalang melihat dirinya, Nedzrish berkali ganda terkejut melihat gadis yang pernah bertekak dengannya di tepi jalan itu kini berada di hadapannya.

“Qamariah? Siapa Qamariah?” Soal keempat-empat mereka serentak kecuali Qalish. Jelas wajah terkejut terpamer di wajah mereka. Adakah Nedzrish dan Qalish saling mengenali sebelum ini?

“Tak sangka kita jumpa dekat sini. So awaklah bakal isteri saya ya?” Soal Nedzrish sambil tersengih-sengih. Dia masih lagi berdiri memandang Qalish Audrina yang sudah berkerut  memandang dirinya.

“Kau orang dah pernah kenal ke sebelum ni?” Soal Datin Khalidah pula.

“Mana pulak  tak pernah kenal dia ni mama. Rish pernah jumpa dengan cik adik manis ni masa Rish tengah jalan-jalan dekat Wangsa Walk. Masa tu bukan main mesra lagi awak dengan boyfriend awak kan. Siap main suap-suap aiskrim lagi.” Nedzrish sengaja memulakan dramanya. Qalish Audrina sudah terpinga-pinga memandang wajah bersahaja Nedzrish.

“Apalah yang mamat sengal ni merepek ya?” Qalish Audrina bermonolog sendirian.

“Bila masa pulak awak nampak saya dengan boyfriend saya? Awak ni dah kenapa?” Qalish Audrina berdiri tegak betul-betul di hadapan Nedzrish Eskandar. Bengang pula apabila lelaki itu mahu mencari pasal di hadapan keluarga mereka.

“Ada. Kita pernah berkenalan tapi dah lama dah. Mungkin awak lupa. Eh, awak dah break ke dengan boyfriend awak tu? Sebab haritu mesra sangat seolah-olah awak dengan dia je ada dekat dunia ni. Pelik juga tiba-tiba nak kahwin dengan saya?” Nedzrish masih lagi hebat melakonkan wataknya. Semakin seronok pula melihat wajah cemberut gadis itu. Ketiga-tiga mereka yang lain hanya menjadi pemerhati lakonan Nedzrish yang sedang berlangsung itu.

“Oh.. Sebenarnya Lish memang pernah ada teman lelaki sebelum ni Rish. Tapi Rish jangan salah faham sebab hubungan mereka dah terputus dah. Sekarang ni Lish bukan milik siapa-siapa pun.” Haji Azman pantas bersuarau kerana bimbang Nedzrish akan berfikir bukan-bukan pula. Dia yang tidah tahu menahu tentang lakonan bersahaja Nedzrish itu benar-benar menganggap apa yang dikatakan oleh Nedzrish adalah benar.

“Nama awak sebenarnya Lish ke Qamariah?”

“Bila masa pulak nama saya Qamariah? Nama saya Qalish Audrina. Awak jangan pandai-pandai nak tukar nama saya.” Balas Qalish bersama jelingan tajam. Sakit hati sungguh melihat wajah sempoi lelaki itu mengenakan dirinya di hadapan kedua-dua keluarga mereka.

“Mana lah saya tahu, haritu awak yang kenalkan diri awak sebagai Qamariah. Saya ingatkan awak jujur dengan saya.” Ujar Nedzrish selamba meletakkan kesalahan di bahu Qalish. Bertambah bengang gadis itu namun dia seboleh-bolehnya mengawal riak wajahnya.

“Gaduh manja pulak kau orang berdua ni. Elok lah tu kalau dua-dua dah saling mengenali. Apa yang Rish nampak dulu tu masa silam Lish. Tak perlu lah nak di ingat lagi.” Dato’ Ezzudin bersuara sambil tersenyum senang. Dia tidak menyangka mereka berdua pernah berjumpa sebelum ini.

“Rish nak cakap dengan Lish sekejap. Nanti kitaorang masuk semula. Jom Lish ikut bakal suami awak keluar sekejap.” Nedzrish tersenyum penuh makna sambil matanya menatap wajah masam Qalish Audrina.

“Elok lah tu, kita boleh berbincang soal perkahwinan diaorang berdua kan bang?” Balas Hajah Razitah teruja. Dia kemudiannya menyuruh Qalish mengikut langkah Nedzrish yang sudah menapak keluar dari rumah. Dengan wajah yang penuh keterpaksaan dia terus melangkah ke luar rumah.





“Apa masalah awak ni ha? Bila masa awak nampak saya dengan boyfriend saya? Pertemuan malang kita terjadi sekali je tau, semasa awak langgar kereta saya sebab awak bawa kereta macam mat gian.” Qalish Audrina tidak menunggu lama, sejurus sahaja kakinya melangkah keluar daripada rumah mewah itu dia segera menghamburkan kemarahan yang tertahan-tahan.

“Amboi mulut kau, tak bertapis langsung ek? Sesuka hati kau je panggil aku mat gian. Muka aku ni orang cakap macam baby face tau, tak ada rupa mat gian langsung okay.”  Balas Nedzrish sambil menyalakan lighter yang baru sahaja dikeluarkan dari poket seluarnya.

“Awak ingat awak macho ke smoke depan saya ni?” Marah Qalish Audrina lantang apabila asap rokok dihembus tepat ke mukanya. Nedzrish benar-benar mencabar kesabarannya. Baru sehari bertemu sudah mula rasa panas hati. Bagaimana dia mahu melalui hari-harinya bersama lelaki sewel itu?

“Suka hati aku lah nak smoke ke nak main golf depan muka kau. Ni rumah aku, aku punya pasal lah. Kalau kau tak suka, boleh berambus.” Balas Nedzrish sambil memuncungkan bibirnya. Asap di dalam mulutnya sengaja dihembus kuat ke muka Qalish Audrina. Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya.

“Eiii. Sakitnya hati saya dengan manusia sewel macam awak ni! Kalau nak smoke sekalipun, pergilah smoke dekat tempat lain. Muka saya juga yang awak nak sembur kan!” Qalish Audrina sememangnya tidak gemar lelaki merokok bertambah menyampah dengan bakal suaminya itu.

“Okay, lepas ni aku smoke belakang muka kau. Eh perempuan, apa masalah kau ni sampai paksa parents kau suruh aku kahwin dengan kau? Terdesak sangat ke kau ni?”

“Amboi mulut awak ni memang taraf longkang ke? Saya tak gila lagi lah nak paksa mak ayah saya kahwin kan saya dengan lelaki otak tak betul macam awak ni.” Balas Qalish Audrina bengang dengan tuduhan melulu yang dilemparkan kepada dirinya.

“Lebih daripada longkang aku boleh buat tau kalau kau masih nak teruskan perkahwinan ni. Habis tu siapa yang pandai-pandai aturkan supaya kita disatukan? Aku tak sangka aku kena hadap perempuan failed bawa kereta ni lagi. Ingatkan dah lupus dah.”

“Rancangan perkahwinan ni tak ada kaitan langsung dengan saya lah! Parents kita yang arrange semua ni, saya tak tahu apa-apa pun. Saya pun tak hingin lah kahwin dengan awak!” Bentak Qalish Audrina sambil matanya merenung tajam wajah Nedzrish yang kelihatan sangat bersahaja.

“Bagus lah kalau macam tu sebab aku lagi lah tak sudi nak hidup dengan kau. Kau sorang je yang boleh batalkan perkahwinan kita ni. Kau pergi masuk dalam sekarang, cakap dengan parents kita yang kau tak nak kahwin dengan aku sebab kau dah ada boyfriend yang tak lama lagi nak masuk meminang. Kau pergi suruh boyfriend kau sediakan wang hantaran. Minggu depan kahwin. Settle masalah.” Qalish Audrina menjegilkan biji matanya mendengar kata-kata selamba yang dituturkan oleh Nedzrish.

“Awak ni kalau bercakap boleh guna kepala otak tak? Awak ingat saya ada peluang ke nak cancel kan wedding kita ni? Kalau ada, dah lama saya buat lah! Sekarang ni persiapan pun dah dijalankan, kad perkahwinan pun dah tempah.” Ujar Qalish Audrina kegeraman.

“Kalau aku ada hak untuk bersuara dah lama dah aku buat Lish. Aku tak ada peluang langsung nak luahkan pendapat aku dalam rumah ni. Kau pergi lah pujuk parents kau tu.”

“Senang nya awak cakap, boleh tak awak jangan tambah masalah lagi? Saya kenal parents saya macam mana, lagipun saya tak nak keruhkan keadaan. Terima jelah Rish. Malas lah nak pening kepala.” Ujar Qalish Audrina pasrah. Dis sudah malas mahu memikirkan tentang itu lagi. Meskipun dia terkejut apabila mengetahui lelaki yang dia benci adalah bakal suaminya namun dia tidak ada pilihan lain lagi.

“Weh kau faham tak aku tak nak kahwin dengan kau? Aku ni muda lagi, belajar pun tak habis. Kau nak ke kahwin dengan aku yang tak ada apa-apa ni? Karang melarat hidup kau.”

“Saya mampu nak tanggung diri saya sendiri. Infact, nak tanggung suami saya yang jobless pun saya tak ada masalah.” Ujar Qalish Audrina angkuh.

“Kan aku dah cakap, memang sah kau ni perempuan desperate! Buang masa je cakap dengan kau ni, kau tengok je lah nanti hidup kau macam mana. Ada rupa manusia ataupun rupa hantu.” Nedzrish mengeluh kasar. Gadis itu langsung tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Lepas kahwin nanti awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya. Perkahwinan ni tak bawa apa-apa makna dalam hidup saya. Langsung tak.” Selesai berkata-kata, Qalish Audrina segera menapak semula ke dalam rumah. Bercakap lama-lama dengan lelaki itu hanya akan menambahkan sebal di hatinya.


Thursday 4 June 2015

Be mine, eh? Bab8

“Rish, ada orang nak jumpa kau.” Nadim yang baru sahaja pulang dari kerja menegur Nedzrish yang sedang memetik gitar sambil menyanyikan sebuah lagu. Sudah 3hari sahabatnya itu menumpang di rumah sewanya. Rumah sewa itu dikongsi bersama rakan-rakan yang lain termasuklah Haiqal terletak tidak jauh daripada kampus mereka.

“Siapa pulak? Mel ke? Mana dia tahu aku ada dekat sini?” Jari jemarinya yang tadinya laju memetik tali gitar serta merta terhenti. Dikerling sekilas wajah sahabatnya yang kelihatan agak letih.

“Bukan Mel. Kau pergi lah tengok sendiri, dia duduk dekat kerusi kayu depan rumah ni. Pergi lah Rish. Dia tunggu kau tu.” Ujar Nadim seraya tersenyum nipis.

“Siapa pulak ni Nadim? Kau ni main teka teki dengan aku pulak.”

“Pergi jelah keluar jumpa dia sendiri. Aku nak naik atas dulu, berlengas dah badan aku ni.” Nadim yang masih menyorokkan identiti sebenar tentang siapa yang ingin berjumpa dengan Nedzrish sudah berlari anak meninggalkan Nedzrish yang sudah berdiri di muka pintu. Nedzrish hanya menurut sahaja kata-kata sahabatnya lalu dia segera keluar dari rumah itu.

“Rish…” Sapa suara itu apabila Nedzrish sudah melabuhkan duduk di sebelahnya.

“Macam mana Syaq boleh tahu Rish ada dekat sini?” Soal Nedzrish dingin, dia agak terkejut menerima kedatangan kakaknya yang tiba-tiba muncul di hadapan rumah sahabatnya. Seingatnya selama ini tiada siapa pun ahli keluarganya tahu dimana rumah sahabatnya. Nedzrish memang gemar menyembunyikan diri di situ jikalau dia menghadapi masalah dan mahu melarikan diri daripada papanya.

“Syaq kan ada nombor telefon kawan-kawan Rish. Apa susah, Syaq call aje lah Nadim. Tepat tekaan Syaq, Rish memang ada dekat sini.” Ujar Syaqilah sambil membetulkan rambut yang sedikit mengerbang ditiup angin.

“Syaq nak apa ni?”

“Syaq nak jumpa Rish. Syaq rindu dekat satu-satunya adik Syaq yang comel sangat ni. Bosan tau dekat rumah tu tak ada penghibur jalanan Syaq.” Syaqilah sengaja melembutkan suaranya. Wajahnya tersenyum manja memandang Nedzrish. Dia yang baru sahaja pulang daripada Dubai kerana ada urusan kerja di negara itu terkejut apabila mamanya memberitahunya yang adik bongsunya tidak pulang ke rumah sudah hampir 3 hari.

“Bila Syaq balik? Syaq bukan sepatutnya balik Malaysia hari Khamis ni ke?” Soal Nedzrish sambil merenung wajah ceria kakaknya. Selain daripada mamanya, Syaqilah juga sangat mengambil berat tentang dirinya. Wanita yang berusia 25 tahun itu selalu ada disisi Nedzrish disaat adiknya itu di dalam situasi yang rumit.

“Sepatutnya memang Syaq balik hari Khamis ni, tapi mama call Syaq bagitahu yang Rish tak balik-balik rumah. Mama terpaksa call Syaq sebab papa tak benarkan mama cari Rish, papa nak Rish balik sendiri. Syaq balik sebab nak jumpa Rish lah ni.” Terang Syaqilah panjang lebar.

“Kenapa susah-susah balik sini sebab Rish? Mama ni pun satu lah, tak payah lah risau sangat sampai susah kan akak. Nanti papa bertambah marah dekat Rish lah. Kerja Syaq macam mana?” Nedzrish bertambah resah mendengar khabar yang baru sahaja disampaikan oleh kakaknya. Dia bimbang papanya akan memarahinya lagi hanya kerana Syaqilah pulang ke Malaysia untuk menemuinya.

“Rish ingat Syaq berani ke nak balik sini kalau kerja Syaq tak settle? Soal kerja Syaq, Syaq dah selesaikan semuanya. Syaq bagitahu papa yang Syaq balik Malaysia awal sebab kawan Syaq masuk hospital, nak pergi melawat dia. Dah, jangan lah risau ya?”

“Kalau tujuan Syaq datang sini jumpa Rish sebab nak ajak Rish balik. Syaq lupakan je lah eh? Sebab Rish masih lagi nak duduk dekat sini, Rish perlukan ruang untuk diri Rish sendiri.” Ujar Nedzrish berterus terang. Dia kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun terutama ahli keluarganya buat sementara waktu ini.

“Rish, Syaq tahu bukan senang untuk Rish akur dengan keputusan papa yang tiba-tiba je nak suruh Rish kahwin dalam masa terdekat ni. Tapi Rish, sejauh mana pun Rish lari. Masalah tak akan selesai. Bukan masalah yang kejar Rish, tapi Rish yang perlu bijak untuk selesaikan apa yang perlu diselesaikan.” Syaqilah menggunakan pendekatan menasihati Nedzrish secara lembut. Dia tidak mahu terlalu mendesak adiknya seperti apa yang sering dilakukan oleh papanya. Dia tidak mahu menambah tekanan yang sedia ada yang sedang ditanggung oleh Nedzrish.

“Syaq nak cakap Rish pengecut sebab larikan diri daripada menghadapi kenyataan? Suka hati Syaq lah nak cakap apa pun. Rish yang hadap benda ni semua, jadi Rish sahaja yang tahu apa yang Rish rasa.”

“Syaq tahu bukan Syaq yang sedang menghadapi situasi ni. Tapi Rish, tolong lah fikir pasal mama. Hari-hari mama risau kan soal Rish. Rish tak pernah tau tak balik rumah berhari-hari macam ni. Mama langsung tak tahu Rish ke mana.” Syaqilah terbayang wajah muram mamanya. Sebaik sahaja di sampai di rumahnya, mamanya terus meluru mendapatkannya. Risau sungguh wajah wanita yang sudah menjangkau usia 55 tahun itu resah memikirkan tentang anak bongsunya.

“Syaq bagitahu dekat mama yang Rish okay. Tak ada apa pun yang mama perlu risaukan sebab Rish tak lari jauh mana pun. Nanti lah Syaq, Rish masih sakit hati lagi dengan papa. Rish rasa macam tak boleh nak tengok muka papa sekarang ni.” Ujar Nedzrish bersama keluhan kasar.

“Mama nak Rish balik rumah kita, mama tak nak sekadar tahu yang Rish okay. Hati ibu mana yang tak risau bila memikirkan tentang anak dia yang menghilangkan diri. Rish dah tukar nombor kan? Macam mana mama tak risau? Dia sampai tak tahu nak cari Rish dekat mana. Nak keluar rumah cari Rish, papa menghalang.”

“Syaq tahu tak bila majlis perkahwinan Rish akan dilangsungkan?” Soal Nedzrish tiba-tiba menyentuh soal perkahwinannya.

“Kalau tak silap Syaq hujung bulan depan. Papa dengan mama dah hantar rombongan meminang dah pun.”

“Keluarga sana setuju ke?” Soal Nedzrish berdebar-debar.

“Terima Rish. Dia orang tu kan kawan lama papa, tak kan lah dia orang nak tolak pulak.” Jawapan ringkas daripada kakaknya membuatkan Nedzrish menundukkan wajahnya lemah. Dia masih lagi mengharapkan agar perkahwinan itu tidak akan dilangsungkan, namun kecewa yang bertamu di hatinya.

“Rish, walau apa pun yang terjadi Syaq nak Rish tahu yang Syaq dan mama tak akan tinggalkan Rish seorang diri. Walaupun kami tak boleh nak buat apa-apa, tapi percayalah Rish. Syaq tak setuju langsung dengan cara papa ni Rish.” Syaqilah meluahkan apa yang difikirkan olehnya sejurus dia menerima berita itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa papanya tidak pernah berhenti untuk menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh Nedzrish. Tindakan di luar jangakaan papanya itu turut mendapat tentang daripada dirinya. Namun siapalah dia untuk bersuara di dalam rumah itu, semua kata-kata papanya sahaja yang betul.

Thanks Syaq. Kau selalu ada saat aku rasa aku dah tak ada siapa-siapa untuk aku harapkan. Kau dengan mama jelah yang percaya kan aku selama ni.” Ujar Nedzrish terharu.
“Rish.. Nanti Rish balik lah rumah kita ya? Kesian dekat mama. Syaq tak sanggup dah nak tengok mama asyik muram je fikirkan tentang Rish. Balik tau nanti?” Syaqilah memegang erat tangan Nedzrish yang berada di atas peha lelaki itu.

“Bila Rish rasa Rish nak balik nanti Rish balik lah. Syaq tolong jagakan mama ya sepanjang Rish tak ada ni? Sampai kan salam Rish pada mama, katakan dekat dia Rish tak ada niat nak buat mama sedih.” Tutur Nedzrish sebak memikirkan tentang mamanya. Sejujurna tidak ada sekelumit pun perasaan marah kepada mamanya, dia terlalu kecewa dengan sikap papanya yang terlalu dingin dengannya.

“Jangan ambil masa lama sangat, nanti Syaq bosan lah sorang-sorang dekat rumah tu. Hadap mangkuk ayun dekat rumah tu boleh kena sakit jantung tau nanti.” Ujar Syaqilah yang merujuk kepada abang sulung mereka. Nedzrish tertawa kecil mendengarnya.

“Ye lah Syaq. Jangan risau, nanti Rish balik. Dah lah Syaq pergi lah balik, nanti mama risau pulak.”

“Syaq balik dulu. Syaq tunggu adik kesayangan Syaq balik rumah kita semula. Take care dik.” Syaqilah segera berdiri. Sebelum dia berlalu ke keretanya, dia mengeluarkan beberapa not RM50 lalu diberikan kepada adiknya.

“Syaq.. Tak payah lah.” Nedzrish menolak lembut. Dia tidak mahu menyusahkan kakanya pula.
“Rish adik akak, bila Rish dalam kesusahan. Syaq turut rasa kesakitan Rish.” Ungkap Syaqilah penuh makna lalu dia segera menghulurkan tangannya kepada Nedzrish untuk bersalaman. Nedzrish segera menyambutnya lalu dikucup tangan wanita itu dengan hormatnya.

“Terima kasih Syaq.”

Nedzrish menunggu disitu sehinga kereta kakanya hilang dari penglihatannya. Nedzrish meraup mukanya berkali-kali. Dia tahu walau apa pun yang terjadi dia harus menghadapi kenyataan yang menyakitkan jiwanya. Dia kemudiannya menapak longlai ke dalam rumah.




*****
“Kalau abang tak suruh Rish kahwin dengan budak perempuan tu, mesti semua ni tak akan jadi macam ni. Puas hati abang sekarang anak kita tak balik berhari-hari?” Datin Khalidah meluahkan kekecewaan di hatinya. Selama ini dia hanya berdiam diri sahaja meskipun apa yang dilakukan oleh suaminya tidak betul.

“Idah jangan lah salah faham. Abang tak suruh pun Rish keluar dari rumah kita ni. Dah itu yang dia nak buat masa sekarang ni, biarkan je lah. Lambat laun dia balik jugak.” Balas Dato’ Ezzudin yang sedang leka menonton televisyen bersama anak-anaknya. Datin Khalidah yang baru sahaja selesai mengemas dapur duduk disamping anaknya Syaqilah untuk menyertai mereka.

“Apa yang mama nak risaukan, budak hingusan tu mesti balik rumah lah. Dia nak pergi ke mana lagi kalau bukan berteduh dekat sini? Berlagak nak hidup berdikari dekat luar tu.” Nazrief mencelah mengutuk adiknya Nedzrish. Hatinya melonjak girang apabila diberitahu oleh mamanya yang adik bongsunya tidak pulang ke rumah lebih daripada 3hari. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu merasa sakit hati kerana setiap kali mereka bertembung pasti akan mencetuskan perbalahan.

“Ha. Macam itulah cara orang matang berfikir. Bukan nya asyik nak manjakan budak Nedzrish tu. Anak bongsu awak tu dah besar lah Idah, dia dah nak jadi suami orang dah pun. Tak payah lah awak layan dia macam budak kecil.” Dato’ Ezzudin pantas bersuara menyokong kata-kata anak sulungnya. Nazrief memang selalu sependapat dengan papanya, kerana itu dalam kalangan adik-beradiknya dia yang paling rapat dengan papanya.

“Saya bukan manja kan Rish. Tapi apa yang abang buat ni tak kena caranya. Kalau betul nak ajar Rish supaya lebih bertanggungjawab, banyak lagi caranya abang. Idah tak rasa dengan perkahwinan yang terpaksa ni Rish akan berubah.” Datin Khalidah masih lagi berusahaha untuk menasihati suaminya. Dia tidak mahu anaknya Nedzrish hidup tertekan kerana hidupnya sering sahaja diatur oleh Dato’ Ezzudin.

“Tak ada cara lain lagi nak ajar budak tu. Kalau abang terus berdiam diri, sampai bila-bila pun Rish akan jadi budak tak ada masa depan.” Tutur Dato’ Ezzudin tegas. Tiada siapa pun boleh mengubah keputusan yang sudah dibuat.

“Sampai hati papa cakap anak sendiri tak ada masa depan. Papa tak pernah nak faham Rish kan? Pernah ke papa tanya dia, apa yang dia nak dalam hidup  dia? Pernah tak papa fikir tentang perasaan Rish?” Syaqilah yang sedari tadi hanya menjadi patung cendana, mulai bersuara meluahkan pendapatnya.

“Dik, kau tak payah lah nak pertahankan sangat adik kesayangan kau tu. Pernah ke selama ni dia fikir tentang perasaan papa? Budak tu dah banyak menyusahkan papa, tengok ajelah cara dia belajar. Entah bila lah papa ni nak tengok anak bongsu dia graduate. Budak pemalas macam tu memang patut di ajar.”

“Rief. Mama tak suka Rief cakap macam tu. Jangan terlalu prejudis terhadap Rish, dia bukan seperti mana yang abang dan Rief fikirkan selama ni. Dia tak pernah diberi peluang macam orang lain. Sebab tu dia jadi memberontak.” Datin Khalidah memarahi Nazrief yang terlalu lantang bersuara.

“Tak ada salahnya apa yang Rief kata tu. Abang setuju sebab hanya Rief seorang saja yang faham tindakan abang semua ni hanya untuk kebaikan Nedzrish. Sudah Idah, Syaqilah. Keputusan papa tak akan pernah berganjak. Rief tetap akan berkahwin dengan Qalish. Noktah.” Dato’ Ezzudin menamatkan bicaranya tentang Nedzrish lalu dia bingkas bangun dan menuju ke tingkat atas. Nazrief juga turut mengikut langkah kaki papanya, semakin lama dia disitu bimbang akan dibebel oleh mamanya pula. Datin Khalidah dan Syaqiah memandang sesama sendiri dan kedua-duanya melepaskan keluhan kecil.



******
Ammar Riyadh memicit kepalanya yang tiba-tiba berdenyut itu. Wajah kosong Qalish dipandang dengan perasaan yang sukar untuk difahami. Suasana sepi melingkari mereka berdua selepas Qalish memberitahu yang tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan pilihan orang tuanya. Hampir saja Ammar Riyadh mahu rebah saat kekasihnya memberitahu tentang itu. Dia tidak sangka begitu cepat semuanya berlaku.

“Yadh tak sangka abah Lish sanggup pisahkan kita. Kita bercinta dah lama Lish, bukan sehari dua. Bukannya abah dan umi Lish tak kenal Yadh ni siapa.” Ujar Ammar Riyadh setelah lama menyepi.

“Yadh jangan nak salahkan abah Lish ya. Why not Yadh tengok diri Yadh sendiri sebelum nak salahkan orang lain.” Balas Qalish Audrina bersama jelingan sinis.

“Kenapa dengan Yadh? Apa yang Yadh dah buat Lish? Yadh tak pernah pun inginkan semua ni berlaku. Gila lah kalau Yadh sanggup lepaskan Lish pergi dekat lelaki lain.” Soal Ammar Riyadh bertalu-talu. Wajahnya jelas tertekan dengan kebenaran yang amat melukakan hatinya.

“Ni semua berpunca daripada Yadh tahu tak! Abah buat keputusan macam tu sebab sikap Yadh tak tak serius dengan hubungan kita. Dah banyak masa Lish bagi untuk Yadh fikir tentang hala tuju hubungan kita, tapi Yadh tak pernah hargai. Yadh sia-sia kan kesetiaan Lish selama ni.”

“Yadh cuma minta masa lagi setahun je. Tak kan lah itu pun dah dikira keterlaluan? Setahun je lah Lish, lepas tu Yadh akan nikahi Lish. Siapa cakap Yadh tak serius? Yadh hampir nak gila tau bila tahu Lish akan berkahwin dengan lelaki lain.” Ammar Riyadh menguak kasar rambutnya yang sudah panjang itu. Dia benar-benar kusut waktu itu. Dia tidak rela untuk melepaskan Qalish Audrina namun dia bukan lah seorang yang tidak berpegang pada prinsip hidupnya.

Parents mana yang boleh tahan tengok hubungan anak dia terlalu lama tanpa sebarang perbincangan untuk ke arah lebih serius? Selama 4tahun Lish dengan Yadh, tak pernah sekalipun Yadh bincang soal kahwin dengan Lish. Lish ni hanya perempuan simpanan Yadh saja kan?” Qalish Audrina sudah tidak mampu menahan rasa kecewa dihatinya. Dia benar-benar bingung, di hatinya kini penuh dengan rasa marah terhadap umi dan abahnya serta Ammar Riyadh.

“Sayang! Apa sayang cakap ni? Jangan cakap benda yang menyakitkan hati Yadh. Tolonglah Lish, Yadh tak nak hilang Lish. Tolong katakan pada Yadh, yang semua ni dusta semata-mata? Lish tetap jadi milik Yadh sampai bila-bila kan?” Ammar Riyahd menggoncang-goncangkan tubuh langsing Qalish Audrina bersama kolam matanya yang mula bertakung dengan air mata.

“Lish bukan milik Yadh lagi. Lish tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Yadh. Tak lama lagi Lish dah nak jadi isteri orang. Suka ataupun tidak Lish tetap kena tinggalkan Yadh dan belajar untuk setia dengan bakal suami Lish.” Ujar Qalish Audrina tanpa menoleh sedikit pun kepada Ammar Riyadh yang masih setia merenung wajahnya. Qalish terpaksa menuturkan kata-kata yang dia sendiri benci untuk luahkan. Dia tidak mahu melupakan kisah cintanya bersama Ammar Riyadh kerana dia merasakan lelaki itu cukup sempurna untuknya. Namun ketentuan sudah membataskan hubungan cinta mereka.

“Sayang. Yadh jumpa dengan family Lish. Yadh akan explain dekat parents Lish. Yadh akan berjanji depan diaorang yang kali ini Yadh tak main-main lagi dah. Yadh serius. Kalau Lish nak, Yadh masuk meminang bulan depan. Lepas tu kita kahwin, nak?” Ammar Riyadh seakan-akan terdesak. Dia menuturkan kata-kata itu tanpa berfikir terlebih dahulu. Di dalam fikirannya hanya memikirkan cara untuk tidak melepaskan Qalish pergi bersama lelaki lain.

“Kenapa baru sekarang Yadh? Kenapa bila Lish dah nak pergi dari hidup Yadh, Yadh baru nak buat semua ni? Yang sememangnya Lish tunggu dari dulu lagi. Kenapa baru sekarang?” Qalish menyoal bertubi-tubi. Dia turut terseksa terpaksa menghadapi situasi yang tidak pernah dia terfikir dia akan hadapi saat-saat sukar ini.

“Sebab Yadh tak nak hilang satu-satunya perempuan yang mampu buat Yadh tersenyum. Yadh serius ni Lish, kita kahwin. Lish lupakan tentang bakal suami Lish yang Lish tak pernah kenal. Ini saat yang Lish tunggu selama ni kan? Yadh akan tunaikan, bae.” Ujar Ammar Riyadh bersungguh-sungguh. Hanya gelengan yang dibalas oleh Qalish bersama deraian air mata.
“Kenapa Lish? Lish dah tak cinta kan Yadh ke?”

“Lish cinta kan Yadh. Hanya Ammar Riyadh seorang saja yang layak ada dalam hati ni. Tapi semuanya dah terlambat Yadh. Kalau Yadh datang rumah sekalipun, umi dan abah tak akan terima.” Ammar Riyadh terkedu. Dia sangkakan Qalish Audrina akan menunggunya sehingga dia bersedia untuk mengahwini wanita itu, namun lain pula yang berlaku.

“Tapi Yadh tak tahu macam mana caranya nak hidup tanpa Lish. Yadh dah terbiasa setiap hari dengar gelak tawa Lish. Macam mana dengan hidup  Yadh nanti?”

“Yadh nak sangat bina kerjaya Yadh sampai Yadh puas hati kan? Now, Yadh boleh buka seberapa banyak cawangan cafe Yadh. Yadh boleh kejar apa yang Yadh impikan selama ni. Finally Yadh lepaskan Lish pergi bersama lelaki lain. Thank you so much, Ammar Riyadh.” Sesudah menghabiskan ayatnya yang terakhir, Qalish Audrina segera berdiri.


Bae, dengar dulu Yadh nak cakap ni sayang..” Ammar Riyadh merayu sayu. Qalish Audrina menepis kuat tangan yang sudah mula memaut lengannya. Dia tidak mahu berada lama-lama disitu kerana bimbang dia akan lebih terluka melihat keadaan Ammar Riyadh yang berduka di atas perpisahan mereka. Dia tahu lelaki itu bukan tidak mencintainya, namun dia tidak punya kekuatan untuk membantah kata-kata orang tuanya. 


Wednesday 3 June 2015

Be mine, eh? Bab7

“Apa???! Kahwin? Papa ni dah buang tebiat ke pa?” Jeritan kuat daripada Nedzrish memeranjatkan kedua ibu bapanya. Sebentar tadi Dato’ Ezzudin memberitahu tentang perkahwinannya dengan anak kepada sahabat lamanya, Qalish yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Wajah Nedzrish jelas berubah selepas bapanya memberitahu perkara yang tidak pernah langsung dia terfikir selama ini.

“Buang tebiat apanya Rish. Kan bagus mendirikan masjid, apa yang tak elok nya.” Balas Dato’ Ezzudin bersahaja. Dia sudah dapat mengagak respon sebegitu yang bakal diterimanya namun dia buat tidak tahu sahaja. Dia tetap mahukan Nedzrish berkahwin dengan gadis pilihannya.

“Memang bagus. Yang tak bagus nya sebab papa menyemak campur tangan. Apa masalah papa ni tiba-tiba nak suruh Rish kahwin? Rish belajar pun tak habis lagi lah pa. Tak payah lah nak sibuk tentukan dengan siapa Rish kena kahwin.” Nedzrish menguak kasar rambutnya yang sudah disikat kemas. Dia tidak menyangka sekali lagi bapanya akan campur tangan dalam hal peribadinya.

“Zaman sekarang ni kahwin tak ikut usia. Berapa ramai budak-budak yang masih lagi belajar dah melangkah ke alam perkahwinan. Pada papa itu bukan menjadi satu masalah besar.”

“Memang lah bukan masalah besar, sebab dalam kepala otak papa tu tak habis-habis nak menyusahkan hidup Rish. Daripada Rish kecil sampai Rish dah besar panjang, papa tak pernah bagi peluang untuk Rish tentukan hidup Rish sendiri. Papa kejam!” Bentak Nedzrish sekuat hati. Datin Khalidah sebak melihat anaknya tertekan di usia muda dengan keputusan terburu-buru yang dibuat oleh suaminya.

“Rish. Papa buat semua ni untuk kebaikan Rish. Papa tak pernah terfikir nak hancurkan hidup Rish. Rish anak papa, tak kan lah papa sanggup buat macam tu dekat anak kandung papa.” Ujar Dato’ Ezzudin bersungguh-sungguh. Dia bukan tidak sedar kadangkala tindakannya sudah melampaui batas, namun dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk mengubah sikap Nedzrish yang menggusarkan hatinya hari demi hari.

“Daripada dulu sampai sekarang, setiap apa pun paksaan daripada papa mesti papa akan cakap ini semua demi kebaikan Rish. Tapi Rish tak pernah nampak pun yang selama ni papa layan Rish macam anak sendiri. Rish ni tak ubah seperti sampah di mata papa!” Nedzrish meluahkan segala kekecewaan yang terbuku di hatinya selama ini. Wajah serius bapanya dipandang dengan penuh rasa benci.

“Sekarang ni memang Rish akan salah kan papa. Mungkin perasaan benci yang memang ada dalam diri Rish terhadap papa semakin membuak-buak. Tapi papa yakin, kebahagiaan yang papa nak tengok dalam hidup Rish adalah dengan perkahwinan ni. Papa tak nak tengok Rish jadi manusia yang tak bertanggungjawab.” Ujar Dato’ Ezzudin tegas. Datin Khalidah disebelahnya hanya menjadi pemerhati perbincangan dua beranak ini. Dia tidak berani ingin bersuara kerana bimbang Nedzrish akan berfikir dia juga turut bersetuju dengan rancangan suaminya.

“Exactly pa. I hate you so much. So much!” Jerit Nedzrish lantang dengan matanya sudah kemerah merahan menahan marah. Dato’ Ezzudin tidak pernah memberinya peluang untuk hidup seperti orang lain. Hatinya merintih sayu apabila sekali lagi papanya masuk campur dalam urusan kehidupannya.

“Terserah lah Rish nak cakap apa pun. Sikit pun kata-kata Rish tak menjadi kudis bagi papa. Keputusan papa tetap sama dan tak akan berubah. Papa akan hantar rombongan meminang secepat mungkin. Papa harap Rish bersedia memikul tangggungjawab sebagai seorang suami.” Dato’ Ezzudin menuturkan kata-kata yang mengguris hati anaknya.

“Papa ni dah kenapa ha? Papa ingat Rish ni robot ke papa boleh arah ikut suka hati papa? Apa anak kawan papa tu dah kemaruk sangat nak berlaki ke sampai Rish yang masih lagi belajar ni terpaksa kahwin dengan dia? Nak suruh Rish jadi pak sanggup ke?!”

“Kau jangan kurang ajar Rish!” Dato’ Ezzudin yang tadinya tenang sudah berubah intonasi. Dia berang mendengar ayat yang dituturkan oleh Nedzrish. Dia menganggap Nedzrish sudah melampaui batas dalam menuturkan kata-kata.

“Rish jadi macam ni sebab papa. Sebab Rish ada seorang papa yang sebenarnya tak layak langsung nak dipanggil papa. Seorang papa yang kaya raya, tapi sanggup biarkan anak dia hidup susah payah depan mata dia. Seorang papa yang sanggup hancurkan hidup anak dia sendiri. Seorang ayah tak akan sanggup tengok anak dia menderita. Tapi papa adalah manusia yang tak ada hati dan perasaan!” Sesudah meluahkan rasa hatinya dengan lantangnya, sebuah tamparan hinggap di pipi kirinya. Nedzrish tergamam namun dengan berani dia menatap wajah papanya yang sedang memandang tajam ke arahnya.

“Terima kasih untuk ni. Dato’ memang seorang papa yang terbaik dalam dunia ni!” Nedzrish segera berlalu meninggalkan ruang tamu rumah mewah itu sesudah menyudahkan kata-kata perliannya yang terakhir. Dato’ Ezzudin seakan-akan terkesima mendengar Nedzrish menggelarkan dirinya “Dato’”. Seingatnya selama ini meskipun Nedzrish marah kepadanya tidak pernah sekalipun anak bongsunya itu menggelarkan dirinya dengan panggilan itu. Dato’ Ezzudin terduduk lemah di atas sofa. Datin Khalidah turut terkesima melihat adegan pertengkaran hebat dua beranak yang berlaku di depan matanya. Tangannya mengusap lembut belakang badan suaminya cuba untuk menenangkan si suami.



*****
Amelda Imani melepaskan keluhan berat setelah dia mendengar masalah yang sedang dihadapi oleh teman lelakinya. Selepas bertengkar dengan papanya, Nedzrish segera menemui Amelda Imani di rumahnya dan membawa gadis itu keluar. Gerai tepi jalan menjadi destinasi mereka pada malam itu.

“You dengar tak Mel? I akan berkahwin. I kena paksa Mel. I tak nak.” Nedzrish memandang wajah Amelda Imani yang masih beriak tenang dengan matanya sedikit berair.

“I tahu Rish… Tak lama lagi teman lelaki yang I cinta selama 3 tahun ni akan jadi suami orang.” Tutur Amelda Imani sayu. Dia turut terkesan dengan keputusan yang telah dibuat oleh bapa Nedzrish. Dia bagaikan tidak percaya tentang apa yang baru sahaja diturutkan oleh Nedzrish. Dua hari lepas mereka baru sahaja menghabiskan masa bersama-sama sehingga lewat pagi. Cepat sungguh masa berlalu, hari ini dia merasakan dunianya seperti kelam tidak bercahaya. Dia tidak sanggup untuk melepaskan lelaki yang dia cintai sepenuh hatinya.

“I tak nak pun Mel. I tak pernah terfikir pun nak mengkhianati kesetiaan you dengan I selama ni. I tak kenal langsung perempuan tu. Ini semua plan bodoh papa I.” Nedzrish merenung wajah comel Amelda Imani yang selama ini setia disisinya. Dia merasakan saat ini tuhan mahu menduga betapa dalamnya cintanya kepada gadis itu.

“Tipu lah kalau I cakap I tak sedih dengan semua ni. I rasa macam benda ni berlaku cepat sangat, I tak puas lagi mencintai you Rish. I tak nak lepas kan you pergi ke tangan perempuan lain. I nak bahagia dengan you.” Nedzrish turut sebak mendengar kata-kata ikhlas yang terluah dari bibir mungil itu. Tanpa dia sedari dia menyeka perlahan air mata yang mengalir di pipi gadis itu dengan tangan kanannya.

“Jangan nangis untuk I. I tak nak air mata kecewa you mengalir lagi untuk I. I tak suka tengok you sedih macam ni Mel. Selama you dengan I. I tak pernah pun tengok you menangis macam ni. So please..” Nedzrish merayu lembut sambil tangan kekarnya mengelus lembut pipi Amelda Imani demi untuk memujuk gadis itu.

“I tak kecewa dengan you Rish. I tahu you turut terluka dengan keputusan ni. I harap kita sama-sama kuat hadapi dugaan ni. Tuhan nak uji sejauh mana teguhnya cinta antara kita.” Ujar Amelda Imani bersama senyuman tawar terukir di bibirnya.

“I baru sedar yang selama ni I sayang sangat dekat you Mel. I cinta kan you seluhur hati I. I sedar satu perkara ni, iaitu I takut untuk kehilangan you.” Nedzrish benar-benar memaksudkan apa yang terlahir dari kata hatinya. Ya, dia sangat mencintai Amelda Imani meskipun selama ini dia tidak pernah bersungguh-sungguh melahirkan cintanya kepada gadis itu.

“I tahu you sayang kan I Rish. I tak pernah ambil hati setiap kali you layan I kasar, sebab I tahu you tak maksudkan apa-apa pun.”

“I tak nak kahwin dengan dia Mel. Sumpah I cakap, I hanya akan berkahwin dengan perempuan idaman I selama ni. Perempuan tu adalah you, Amelda.” Nedzrish memaut lembut dagu Amelda Imani dan gadis itu mendongak memandangnya. Mata gadis itu masih lagi penuh dengan air mata yang masih bersisa.

“Tapi you tetap tak ada pilihan untuk menolak keputusan papa you. Rish, teguh mana pun kesetiaan dan kasih sayang I pada you, kalau sudah ditakdirkan jodoh kita bukan sampai ke jinjang pelamin. I tak mampu nak buat apa-apa Rish.” Amelda Imani tersentuh melihat air mata jernih yang turut mengalir lesu di pipi lelaki itu. Dia tersentuh mendengar kata-kata yang lahir dari hati lelaki itu. Dia tahu lelaki itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Dia turut terluka dengan keputusan drastik papa Nedzrish.

“Kita kahwin Mel. I tak sanggup nak tengok you terluka. You kejar I selama 3tahun, lepas tu senang-senang je I kahwin dengan orang lain. I tak dapat bayangkan macam mana hancurnya perasaan you.” Nedzrish meraih jari jemari Amelda Imani lalu dikucup penuh kasih.

“Rish.. Kalau perkahwinan ni satu perkara yang kecil, I tak ada masalah. Tapi ni bukan hanya melibatkan perasaan kita, kita perlu fikirkan tentang perasaan keluarga kita. Apalah ertinya sebuah perkahwinan tanpa restu keluarga.”

“Habis tu you sanggup nak tengok lelaki yang you sayang dimiliki oleh perempuan lain? Tak apalah Mel kalau you tak nak pertahankan cinta kita. I rasa macam selama ni I bertepuk sebelah tangan lah pulak.” Nedzrish memalingkan wajahnya dari menghadap wajah Amelda Imani yang tidak berkedip memandangnya.

“Rish, you jangan lah salah faham. I bukan tak nak ikut cadangan you, tapi I fikir tentang family you. I tak nak hanya kerana you nak pertahankan hubungan kita, you kecewakan hati papa you.Walau teruk macam mana sekalipun dia tetap papa you Rish.” Amelda Imani tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan. Dia tidak mahu Nedzrish disisihkan oleh keluarganya sendiri hanya kerana mahu mempertahankan cinta mereka. Dia lebih rela menghancurkan hatinya sendiri daripada melihat Nedzrish dibenci oleh papanya.

“You ada pilihan lain tak Mel? Sekarang ni I tersepit. I sanggup berhenti belajar, kahwin dengan you. I akan tanggung you Mel. I akan cari kerja, walaupun I tahu I tak dapat nak mewah kan you nanti. You percaya kan I tak?” Ujar Nedzrish bersungguh-sungguh.

“I percaya kan you sayang. Walaupun semua orang cakap you teruk, I tetap akan ada disisi you untuk berdiri di sebelah you sebagai penguat semangat. Sayang, sekarang you tengah ada masalah. I janji I tak akan tinggalkan you walaupun you dah jadi suami orang.”

“Teruk sangat ke I ni Mel? Sampai you sendiri tak nak kahwin dengan I?”

“Tak Rish tak. You tak pernah pun nampak teruk di mata I. I tak nak serabutkan lagi situasi sekarang. Kahwin dengan I bukan jalan yang terbaik. I tahu you berusaha untuk jaga hati I, I hargai sangat Rish. But please, kalau you sayang I. You ikut cakap papa you Rish.” Amelda Imani terpaksa akur dengan pilihan papa Nedzrish yang mahukan lelaki itu mengahwini wanita lain secepat mungkin. Dia terpaksa menuturkan kata-kata yang mengecewakan hatinya sendiri.

“You pun sama lah macam  papa I! Tak pernah cuba nak faham apa yang I rasa!” Nedzrish membentak lalu tangan Amelda yang melekap pada lengannya ditepis kasar dan dia segera berdiri. Tanpa menoleh sekilas ke arah Amelda Imani yang memanggil namanya berulang kali, dia terus memecut laju motorsikalnya.



*****
Airmata yang tidak henti-henti mengalir diseka perlahan dengan hujung jarinya. Dia mengurungkan dirinya di dalam bilik sedari siang tadi sejak menerima berita yang mengecewakan dirinya. Qalish kecewa bukan kepalang apabila bapanya memberitahu yang semalam mereka sudah bersetuju untuk menerima lamaran daripada sahabat lamanya. Disebabkan kekecewaan itu, Qalish mengambil keputusan untuk memerap di dalam biliknya dan tidak masuk ke butik pada hari itu.

“Dah lah tu Lish… Umi tak suka tengok Lish keadaan macam ni.” Pujuk Hajah Razitah lembut sambil mengusap kepala anaknya. Qalish Audrina hanya membiarkan sahaja tanpa mahu membalas kata-kata uminya.

“Apa yang abah dengan umi buat ni semua untuk kebaikan Lish. Tak ada ibu bapa dalam dunia ni yang nak biarkan anak dia hidup tak bahagia.” Sambungnya lagi namun kali ini nada suaranya lebih keibuan.

“Kalau abah dengan umi nak tengok Lish bahagia, bukan dengan ini caranya. Disebabkan keputusan abah, hubungan LIsh dengan Yadh yang terjalin selama bertahun-tahun terlerai macam tu je.” Ujar Qalish dengan tangisan yang masih bersisa.

“Ammar Riyadh bukan jodoh Lish. Kalau dia benar-benar sayangkan anak umi ni, mesti dia tak akan bagi beribu alasan untuk menikahi Lish. Berapa lama lagi masa yang dia perlukan. Sampai bila Lish nak tunggu sesuatu yang tak pasti?”

“Yadh cuma minta setahun aje lagi mi. Susah sangat kea bah nak faham? Lish yang nak kahwin sekarang ni, bukan abah ataupun umi. Tak perlu lah nak terburu-buru buat keputusan, sebab Lish bukan terdesak untuk berkahwin.” Qalish menghamburkan kekecewaan terhadap keputusan kedua-dua ibu bapanya itu. Selalunya uminya akan menyebelahinya tetapi tidak untuk kali ini, uminya seolah-olah tidak memikirkan tentang dirinya.

“Kalau nak tunggu budak Riyadh tu, sampai ke tualah Lish tak kahwin. Sudah lah Lish, buat apa Lish nak fikirkan tentang orang yang tak sudi dengan Lish. Umi dengan abah dah terima dah pun lamaran Dato’ Ezzudin tu, tinggal nak bincang tarikh langsung aje ni.” Balas Hajah Razitah bersama nada tegas. Dia bukan tidak simpati melihat keadaan Qalish yang terpaksa menerima hakikat bahawa cintanya selama ini dengan lelaki pujaan hatinya bakal berkahir.

“Yadh bukan tak sudi, tapi dia perlu kan masa. Tak apalah, mungkin dengan perkahwinan yang terpaksa ni akan buat umi dan abah tersenyum puas. Tapi tidak bagi Lish, hati Lish hancur bila umi dan abah terima lamaran tu.” Qalish bingkas bangkit dari perbaringannya dan menuju ke meja kecil di sudut biliknya.

“Qalish nak kemana tu?” Soal Hajah Razitah apabila dilihat anak perempuannya mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding.

“Mana-mana jelah umi. Lish perlukan ketenangan, Lish masih tak boleh terima yang tak lama lagi Lish akan berkahwin dengan lelaki yang langsung Lish tak pernah kenal.” Sinis sekali Qalish Audrina berkata-kata sebelum bayangnya sudah hilang di sebalik pintu biliknya. Hajah Razitah sudah tidak terkata apa. Selama ini Qalish Audrina bukanlah seorang anak yang suka memberontak apabila kemahuannya tidak ditunaikan namun kali ini penerimaan anaknya berbeza sekali. Hajah Razitah hanya mampu mengeluh sendirian.


Monday 1 June 2015

Be mine, eh? Bab6

“Yeay! Dah habis exam!” Amelda Imani bersorak girang. Wajah ceria jelas terpamer di muka gadis itu tiba-tiba memakai tudung pada hari terakhir peperiksaan. Nedzrish Eskandar yang sedang berjalan menuju ke arahnya hanya membuat wajah kosong. Tak dapat jawab exam lah tu…

“Hai sayang. How was your exam? Boleh jawab tak?” Sapa Amelda Imani manja. Dia kemudiannya melambaikan sahaja tangannya ke arah rakan-rakannya yang sudah beransur pulang ke rumah masing-masing.

“Boleh lah, apa yang I baca tak keluar.” Balas Nedzrish dengan riak wajah bersahaja. Amelda Imani terasa mahu gelak sahaja tapi pantas dia menekup mulutnya. Bimbang Nedzrish akan kecil hati dengannya.

“You belajar ke tak sebenarnya? Subject yang you tak minat kan tadi?”

“Belajar lah. Tapi baru buka buku malam tadi.”

“Rish Rish… I tak tahu lah nak cakap macam mana lagi dengan you tau. Satu pun cakap I ni you tak nak dengar. Macam mana you nak lulus dengan cemerlang kalau belajar pun ala kadar.” Amelda Imani sudah mula tazkirahnya pada hari terakhir mereka berada di kampus UiTM Shah Alam untuk semester itu.

“I tak suruh pun you nasihat kan I. Sebab you sendiri tahu nasihat you tu sama macam mencurah air di laut yang tenang, tak akan ada apa-apa yang berubah.”

“Wei bongok! Bukan mencurah air di laut yang tenang lah. Cakap dengan you ni serupa macam mencurahkan air ke daun keladi. Peribahasa pun masuk longkang you ni.” Bebel Amelda Imani lalu dia mengetuk badan Nedzrish dengan hujung failnya.

“Sama je lah tu. I bukan Cikgu Bahasa Melayu pun nak cakap dengan ayat yang betul. Asalkan ada bunyi macam peribahasa, cukup la.” Nedzrish membalas. Dia tidak pernah mahu mengaku kesilapan dirinya.

“Cakap dengan you ni memang tak ada ruang langsung I nak menang Rish.”

“Sebab you tu lembik, sebab tu lah you selalu kalah. Lepas ni nak pergi mana?” Mereka sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arah tempat parking kenderaan.

“I bukan lembik lah. Sebab I malas nak bergaduh dengan you ni, buang masa je bertekak dengan kayu balak. Hmmm. I ingat nak pergi tengok wayang. Teman?” Amelda Imani mencuri pandang wajah Nedzrish yang tegak memandang ke hadapan. Lelaki itu perasan gadis di sebelahnya sedang memerhatikan wajahnya namun dia buat tidak tahu sahaja.

“Nak tengok cerita apa? Patut lah you tak bagi I bawa motor, you suruh I pergi kampus naik teksi. Rupanya nak paksa I teman you tengok wayang. Kau mempergunakan aku eh?”

“Yang you pun satu hal, bendul sangat kenapa? Ikut je apa yang I suruh buat. Padan lah muka, siapa suruh lurus sangat.” Ujar Amelda Imani sambil tertawa kecil. Meskipun Nedzrish sering kasar dengannya tidak seperti teman lelaki lain, lelaki itu tidak pernah sekalipun membantah apa yang dia suruh lakukan. Nedzrish akan mengikuti meskipun mulut lelaki itu membebel memarahi dirinya.

“Kalau aku tak ikut cakap mak nenek ni, nanti dia tuduh kita ada perempuan lain pulak.”

“Sayang jugak you dekat I kan Rish.” Ujar Amelda Imani sambil tersenyum comel. Nedzrish spontan terpandangkan wajah comel itu lalu dia turut sama menguntum senyuman tampan.

“Tak ada perempuan lain yang aku nak sayang, terpaksa lah sayang kau.” Ujar Nedzrish menutup debaran di hati, dia tidak mahu terlalu hanyut mencintai gadis itu kerana dia bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak mereka inginkan di masa hadapan, dan saat itu dirinya akan kecewa.

“Hmm. Susah sangat nak mengaku you sayang kan I. Tapi tak apalah, asalkan you selalu berkepit dengan I, I tahu you hanya untuk I sorang je. Kan Rish?”

“Ye lah kot. Dah cepat lah, nak tengok wayang ke tidak ni?” Nedzrish sudah berdiri di sebelah pintu kereta tempat duduk penumpang Suzuki Swift milik kekasihnya.

“Hmmm sayang.. I rasa macam malas lah nak drive, you jadi driver I hari ni boleh tak?” Soal Amelda Imani sambil menayangkan kunci keretanya ke udara. Nedzrish mengeluh kasar.

“Kau ni macam-macam hal lah. Kalau sehari tak buat perangai gedik tak boleh ke?” Kata Nedzrish sambil berpeluk tubuh. Wajahnya masam merenung wajah comel Amelda Imani yang masih lagi tersenyum memandang dirinya

“Tak boleh. I gedik dengan you sorang je. Bukan dengan lelaki lain. Tak suka ke?"

“Suka sangat, rasa macam nak termuntah je tengok kau menggedik. Dah pergi masuk kereta cepat, lambat tinggal.” Nedzrish segera menyambar kunci kereta di tangan Amelda Imani. Tanpa mengendahkan Amelda Imani yang sedang tercengang itu dia terus masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin.

“Hish dasar kayu! Tak romantik langsung. Ingatkan nak buka kan pintu ke cakap elok-elok ke.” Bebel Amelda Imani sambil kakinya segera dihayunkan kea rah tempat duduk penumpang.



****
Jam tangan yang dipakai di tangan kirinya dilirik sekilas. Sementara itu jari jemarinya sedang melukis sesuatu di atas sekeping kertas. Sesekali dia mengeluh melihat hasil kerjanya tidak seperti yang diharapkan. Untuk kesekian kalinya dia mencampak kasar keras yang sudah direnyukkan ke dalam tong sampah.

“Lish.” Sapa Sofina dari luar bersama ketukan pintu.

“Ya Sofi, ada apa?”

“Aku tak faham lah apa yang terjadi antara kau dengan Riyadh. Kenapa kau tak nak jumpa dia? Aku rimas lah tengok dia berdiri terpacak depan butik kau ni. Menganggu customer keluar masuk je lah.” Sofina yang tidak tahu apa yang sedang terjadi dalam hubungan Qalish dan teman lelakinya menyuarakan ketidakpuas hatiannya. Sudah hampir satu jam lelaki itu berdiri di hadapan butik Qalish. Qalish sendiri tidak membenarkan Ammar Riyadh untuk masuk ke dalam butiknya.

“Dia tak balik lagi ke Sofi? Aku ingat kan mamat lembik tu dah balik kafe dia. Apa dia buat kat depan tu?” Soal Qalish Audrina lalu dia tunduk mengutip kertas-kertas yang berselerekan di atas lantai.

“Dia tunggu kau keluar lah. Sekarang kan dah lunch hour, dia nak ajak kau makan kot. Kau ni pun satu, yang kau tak bagi dia masuk dalam butik ni kenapa? Selalu tak macam ni pun?” Sofina masih lagi tidak berpuas hati selagi Qalish tidak menceritakan hal sebenar. Di dalam kepala Sofina sudah memikirkan pelbagai andaian yang tidak elok sedang berlaku dalam hubungan cinta teman baiknya itu.

“Dia ni tak faham bahasa ke, kan aku dah cakap aku tak nak jumpa dia. Aku malas nak keluar hari ini. Aku nak siapkan design kita yang terkahir ni, pertandingan tak lama lagi kan.” Ujar Qalish sambil mempamerkan riak wajah bosan bercakap mengenai Ammar Riyadh.

“Aku tahu lah kau ada banyak kerja, tapi kau tolong lah jumpa mamat tu sekejap. Aku tengok dah macam orang mati bini dah, sekejap dia berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku, sekejap dia duduk bersimpuh. Tak sampai hati aku tengok dia macam tu.”

“Lantak dia lah Sofi. Tak ada kaitan dengan aku lah.”

“Tak ada kaitan kau cakap Lish? Dia tu cinta hati kau, bukan ke kau sayang bagai nak gila dengan Riyadh tu. Tak kan lah bertengkar sikit terus kau merajuk macam ni. Pergi lah jumpa dia sekejap.” Sofina masih lagi tidak jemu memujuk Qalish yang berwajah masam itu. Tidak dipedulikan jelingan tajam daripada sahabatnya.

“Aku dah tak ada kaitan lagi dengan dia. Sofi please, tolong bagitahu dia aku tak nak jumpa dia. Kalau dia masih lagi berdegil tak nak tinggalkan butik ni, aku tak akan jumpa dia sampai bila-bila. Please sampaikan Sofi.”

“Er tapi Lish, dia kan..”

“Kalau kau rasa aku ni kawan baik kau, tolong jangan banyak tanya boleh tak? Kepala aku dah cukup berserabut dah ni.” Qalish Audrina bersuara dengan nada marah yang ditahan-tahan. Dia tidak berniat untuk memarahi temannya namun sikap Sofina yang kadangkala susah untuk memahami situasi yang dihadapinya agak merimaskannya.

“Hmm. Okay Lish. Kau sambung lah balik kerja kau.” Sofina akhirnya akur lalu dia segera keluar dari bilik Qalish Audrina.



Seketika kemudian Sofina kembali ke bilik Qalish bersama jambangan bunga dan bungkusan plastik di tangannya. Dia mendapatkan Qalish Audrina yang sedang tekun melukis di atas meja kerjanya.
“Lish. Boyfriend kau dah balik.”

“Balik jugak akhirnya. Faham bahasa pun, ingatkan tak faham bahasa melayu.” Balas Qalish acuh tak acuh. Sofina yang berdiri di hadapannya menggeleng berkali-kali.

“Aku tak pernah nampak kau marah kan Riyadh teruk sampai macam ni sekali. Kenapa ni Lish? Apa yang dia dah buat sampai kau marah sangat?”

“Sofi, aku ada banyak sangat kerja nak kena buat ni. Boleh tak kita cakap pasal ni lain kali?” Qalish malas mahu berterus terang kerana padanya Sofina tentu akan masuk campur apabila dia mengetahui Ammar Riyadh seolah-olah tidak serius dengan hubungan mereka kerana tidak bersetuju dengan cadangan bapa Qalish.

“Itu je lah alasan kau kan Lish. Hmm tak apalah dah orang tak cerita, apa nak buat.” Balas Sofina berpura pura terasa hati.

“Aku bukan tak nak cerita dekat kau Sofi. Tapi aku rasa nanti dulu lah. Lagi pun aku tengah cuba nak selesaikan masalah ni dengan dia sendiri.”

“Banyak lah kau punya cuba untuk selesaikan masalah ni. Kalau kau nak selesaikan masalah kau orang berdua ni, bukan dengan cara larikan diri macam ni. Serupa macam budak kecil bercinta aje kau ni Lish.” Qalish menjegilkan matanya mendengarkan kata-kata sinis yang baru sahaja meluncur keluar dari bibir Sofina.

“Kau tak tahu apa-apa Sofi. Boleh lah kau cakap macam macam pasal aku ni.”

“Sebab tu lah aku nak tahu. Tapi kau yang suka sangat berahsia dengan aku. Selagi aku tak tahu, memang aku akan anggap kau salah.”

“Suka hati kau lah Sofi nak fikir aku ni macam mana. Bukan nya kita boleh puaskan hati semua orang pun.” Ujar Qalish mendatar.

“Hmm tak apalah Lish. Kau selesaikan lah ikut cara mana yang kau rasa terbaik. Hah ni buah hati pengarang jantung kau tu bagi. Sweet nya Riyadh tu, girlfriend tak nak jumpa pun tetap setia tunggu dekat luar. Siap bawa kan makanan untuk kau lagi.” Sofina sengaja memerli Qalish dengan riak wajah bersahaja. Dia meletakkan bungkusan plastik dan jambangan bunga di atas meja wanita itu.

“Bunga ni kalau kau tak nak, jangan buang dalam tong sampah tau. Kalau rasa bunga tu tak membawa apa-apa erti lagi, silakan campak dekat atas meja aku nanti. Aku keluar dulu.” Sofina segera menghilangkan dirinya di sebalik dinding kaca itu. Qalish mengeluh perlahan melihat sikap Sofina. Dengan teragak-agak dia mencapai bungkusan plastik untuk melihat apa yang ada di dalamnya.

Qalish tersentuh melihat minuman kegemarannya serta sebungkus nasi ayam madu di dalam bungkusan plastik itu. Meskipun sudah seminggu Qalish menjauhkan diri daripada Ammar Riyadh, namun lelaki itu tidak pernah berhenti memujuk dirinya. Hari ini lelaki itu bertindak lebih berani dengan berdiri lama di hadapan butiknya. Kemudian matanya tertancap pula pada sekeping nota kecil berwarna kuning.

“I know you’re angry but I want you to think about all the beautiful memories, that have made us believe that we’re meant to be. I am sorry, bae...”




Qalish melipat kembali nota kecil itu lalu disimpan di dalam laci meja kerjanya. Perlahan-lahan dia membuka bekas makanan itu. Dia buntu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya kerana baginya jikalau Ammar Riyadh benar-benar mencintainya sudah pasti lelaki itu tidak akan mencipta alasan demi alasan untuk menikahinya.