Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Tuesday 17 March 2015

Cerpen : Suamiku Mr. 3Suku

Sorry sebab lama sangat menyepi, lama sangat tak duk update new bab untuk mr perfect annoying. minggu depan final dah. so a lil bit busy, semoga new cerpen daripada saya dapat ubat sikit rindu tu eh. enjoy reading and sorry if garapan cerita dok best. enjoy ;)

“Duduk serumah. Tidur sebilik. Makan semeja. Argh! Tak suka!”
Bentak gadis itu dalam hati. Tangan dikepal tanda tidak puas hati. Wajah masam ditayang di depan lelaki yang tidak pernah dia terfikir untuk kongsi hidup bersama.
“Kau pasal? Muka mintak kena gilis dengan lori?” Sergah si suami mematikan lamunan pendeknya. Sudah lah dia geram dengan keputusan ayah dan ibunya yang tanpa pengetahuannya menerima lamaran lelaki yang tak pernah di kenal. Dah sekarang ini dia terpaksa berhadapan dengan lelaki yang padanya amat menjengkelkan.
“Ada lori ke dekat sini?” Aku membalas. Tidak gentar sedikit pun menatap wajah sombong lelaki itu. Perasaan menyampah menyelubungi diri.
“Nama apa?” Soal lelaki itu dengan nada yang dingin.
“Huh. 2hari lepas baru lafaz akad nikah. Amnesia terus?” Entah kenapa, aku terasa ingin membalas setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang sudah selamat menjadi pelindung kepada diriku. Pelindung lah sangat. Macam penyagak adalah!
“Penting ke untuk aku ingat nama kau? Aku tanya nama apa!” Tengking lelaki itu lalu dia segera melabuhkan duduknya di atas sofa.
“Balqish Adura.” Jawabku pendek tanpa perasaan.
Can I call you Qish?” Hek eleh! Speaking pulak mamat ni. Bajet-bajet je. Bertambah lah menyampah aku dengan kau ni.
“Yang kau duk terkebil-kebil tu dah kenapa? Aku tahu lah muka aku ni comel sangat sampai kau terpegun.” Dia bersuara lagi apabila aku hanya berdiam diri.
“Suka hati lah nak panggil apa. Qish ke, Adura ke. Whatever..” Balasku selamba. Malas sungguh mahu melayan mamat perasan bagus ni.
“Qish. Kau tahu kenapa aku kahwin dengan kau? Semua ni sebab..
“Semua ni sebab jawatan CEO tu kan! Heh. Mamat penyangak macam awak ni memang tak boleh hidup tanpa kemewahan.” Tanpa sempat dia mahu meneruskan ayatnya, aku sudah memintas dengan wajah yang selamba.
“Er. Mana kau tahu hah?” Si suami sudah berdiri tegak di hadapanku.
Straight to the point Aidzril Faiq. I tahu you kahwin dengan I sebab parents you paksa. You ni, hidup pun tak terurus. Belajar bertahun-tahun tak habis-habis. Repeat paper bukan main berlambak. Pada I, you’re nothing.” Sinis aku berkata-kata menyebabkan wajah si suami sudah merah padam menahan marah kerana aku sesuka hati memperlekehkannya.
“Terkejut kan? I tahu banyak benda pasal you.” Aku sambung lagi ayatku, dengan wajah yang selamba aku terus menapak ingin berlalu ke bilik.
“Hei, nanti dulu! Mana kau tahu semua ni hah? Baik kau cakap sebelum aku debik muka kau.” Aidzril Faiq mencengkam pergelangan tangan Balqish sehingga wanita itu terjerit kesakitan.
“Okay. I tahu daripada parents I. You tahu tak, ibu I pujuk I suruh kahwin dengan you sebab papa dengan mama you tak tahan dengan perangai you yang pemalas ni. Semua benda you tak ambil serius.” Balqish membebel dek kerana geram dengan sikap Aidzril yang sesuka hati berkasar dengan dirinya.
So, kau pun dah tahu kenapa aku kahwin dengan kau. Kau pun tahu hidup aku macam mana. Weh, aku kahwin dengan kau sebab jawatan CEO. Itu je.” Jawab Aidzril. Daripada memek mukanya, aku nampak wajah nya yang amat kesal dengan perkahwinan ini. Sungguh, seperti dalam drama pula. Aku pun tak hingin lah nikah dengan kau!
“You nak cakap apa lagi? I penat, nak rest.” Soal Balqish sambil berpeluk tubuh.
“Rumah ni ada peraturan, kau.. Tetamu yang tak diundang dalam rumah ni, dilarang sama sekali jejak kan kaki walaupun setapak dalam bilik aku. Master bedroom tu bilik aku. Sekali je kau jejak kaki dalam bilik aku, sepuluh line melekat dekat pipi kembung kau.” Aidzril memberi amaran sambil mengangkat tangannya  di hadapan muka Balqish tanda mahu melempang wajah gadis itu.
Then bilik I dekat mana?”
“Ikut suka kau lah nak tidur dekat mana. Dekat garaj ke, dekat dapur ke, kau nak terbongkang dalam stor pon boleh. Janji kau tak ganggu ketenteraman hidup aku.” Aidzril membalas pertanyaan Balqish dengan memek wajah yang amat menjengkelkan. Balqish terasa mahu memberi sepakan penjuru ke wajah lelaki itu. Meluat sungguh!
“I tidur dekat depan bilik you lah kalau macam tu.” Aku tak mahu mengalah, sengaja aku menambah sakit dihatinya lagi.
“Kau pilih jelah bilik mana yang kau suka. Dah pergi berambus sekarang, semak betul tengok kau ni.”
“I tak tahu sampai bila I boleh tahan duduk serumah dengan lelaki pemalas macam you ni, sekali tengok you ni serupa macam pekerja buruh kasar. Sebiji sangat.” Balqish masih tidak berpuas hati dengan perkahwinan mereka. Meskipun sudah selamat bergelar isteri kepada lelaki ini, dia masih tidak dapat menerima hakikat. Dirinya yang bertugas sebagai seorang doktor, dan usianya yang sudah mencecah 27 langsung tidak padan dengan budak muda seperti Aidzril Faiq yang masih lagi belajar di peringkat diploma.
“Kau jangan nak melampau lah perempuan. Kau ni perempuan entah mana-mana lah mama kutip buat bini. Chow!” Sesudah menghabiskan ayatnya, Aidzril segera berlalu pergi meninggalkan Balqish yang sedang termagu-magu sendirian di ruang tamu rumah itu.

*****
Balqish turun untuk minum air di dapur kerana tekaknya terasa dahaga. Dek kerana masih lagi mamai dan cahaya televisyen yang samar-samar, kakinya seperti terpijak akan sesuatu lalu dia jatuh terjelopok.
“Woi! Perogol!” Suara jeritan itu kedengaran amat membingitkan telinganya. Terasa mahu tampar sahaja mulut lelaki itu.
“Wei! Ni aku lah! Bini kau. Yang kau duk jerit perogol-perogol tu dah kenapa, nanti kalau jiran-jiran dengar, jadi kes pulak.” Balqish yang masih lagi berada di atas badan suaminya bersuara dalam nada yang masih terkawal.
“Kau ni dah kenapa Qish? Tak ada tempat lain ke kau nak tidur? Atas badan aku jugak kau nak landing!” Bebel Aidzril Faiq bersama wajah masam mencuka. Dia yang hanya memakai singlet merenung tajam wajah selamba Balqish. Wajah isterinya itu selalu saje berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang terjadi.
“Hek eleh. Patutnya aku yang tanya soalan dekat kau. Yang kau ni pun kenapa tidur dekat depan TV ni ha? Aku nak pergi dapur, mestilah lalu sini. Terpijak lah mayat hidup ni.” Lancang saja mulutnya berkata-kata. Bahasa juga sudah bertukar, tiada lagi I-you seperti sebelum ini. Kau berkasar dengan aku, aku balas peluru berpandu lah!
“Ni rumah aku. Ikut suka hati aku lah nak tidur dekat mana pun!” Aidzril menolak kasar badan Balqish Adura yang melekap pada badannya.
“Sakit lah gila!” Kepalanya terhantuk bucu meja. Mujur tak berdarah. Dasar sewel!
Sorry lah der. Aku tak biasa sentuh-sentuh dengan perempuan ni. Badan aku allergic kalau tersentuh dengan lain jantina. Aku rasa macam kau nak rogol aku je. Lagipun kau dah hempap badan aku!”
“Dah kau tu gay ke? Siapa nak rogol kau hah? Tak pernah aku dengar istilah perempuan rogol lelaki. Kalau aku nak sekalipun, tak hingin aku dengan kau. Dah lah kayu!” Ya. Mamat ni memang kayu. Baru tersentuh sikit sudah bising macam lah aku ni bukan isteri dia. Gaya macam kitaorang ni orang asing pula.
“Dah, kau ketepi. Aku ingatkan kau lagi sekali. Jangan nak mengada-ngada sentuh badan aku. Takpayah nak test terjun-terjun atas aku. Lagi sekali kau buat, aku report polis!” Aidzril memberi amaran sambil tangan kirinya mengambil remote TV.
“Pergi lah kau report, polis gila je yang layan aduan tak masuk akal kau tu. Tidur pakai seluar lain kali, senonoh sikit perangai tu.” Balqish segera bangkit dan berlalu ke dapur. Aidzril Faiq baru terperasan akan keadaan dirinya yang hanya memakai singlet dan berselimut. Alahai malunya der! Jatuh saham aku! Dahi ditepuk kuat tanda bengang dengan diri sendiri.

*****
Malam itu pasangan suami isteri yang pada pandangan mata orang lain kelihatan sangat bahagia, tetapi sebenarnya tidak sama sekali buat pertama kalinya keluar makan bersama. Semua ini kerana ajakan si suami yang tiba-tiba melayannya baik. Lelaki itu berjanji untuk membawanya ke suatu tempat yang special, katanya.

“Roti tishu satu, teh tarik kurang manis satu, mee goreng basah satu.” Aidzril membuat pesanan sebaik sahaja dia melabuhkan duduk.
“Ini saja ka? Cik adik manis tak mau makan ka?” Soal pelayan restoran itu bersama sengihan di bibir.
“Kau tak nak makan ke? Order lah cepat. Karang kebulur pulak.” Desak Aidzril sambil matanya merenung tajam mata bundar milik isterinya.
Sorry, tekak I bukan selera tempat macam ni.” Bidas Balqish bersama jelingan tajam. Aidzril hanya beriak selamba.
“Itu saja mamak. Thanks.”

Balqish menayang wajah masam. Dia mengenakan dress labuh dan rambutnya sengaja dilepaskan. Gayanya seperti mahu makan di tempat mewah-mewah. Sudahlah datang ke sini dengan motor cabuk suaminya, dia menyangkakan Aidzril akan membawanya ke suatu tempat yang indah ataupun restoran mahal-mahal. Ini kedai mamak dia bawa aku. Dasar mat sewel!
“You ni memang sengaja kan. Suruh I pakai lawa-lawa, last-last makan tempat macam ni.” Balqish memuntahkan amarahnya namun masih lagi dalam nada yang terkawal.
“Sengaja apa kau ni? Daripada tadi kau nak angin, kita tengah dalam suasana romantik ni. Cuba hayati sikit.”
“Memang romantik pun kita ni. Dinner date dekat kedai mamak, naik motor cabuk you yang nak jahanam tu. Memang sweet pun. I rasa bertuah sangat tau!” Perli Balqish bersama senyuman sinis.
“Haa kan. Kalau dengan lelaki lain kau tak dapat weh layanan first class macam ni. Bak meh tangan.”
“Nak buat apa tangan?” Soal Balqish pelik.
Tanpa banyak soal Aidzril terus mencapai kasar tangan lembut isterinya lalu dicengkam agak kuat.
“Eh you ni dah kenapa? Nak tunjuk kekasaran pulak?” Marah Balqish dengan perangai pelik suaminya malam itu.
“Kan orang keluar dating pegang tangan, ni aku tengah cuba jadi lelaki paling sweet lah. Kau duduk diam tau. Jangan lepas.” Jawab Aidzril selamba. Tangan kanannya memegang kemas pergelangan tangan isterinya sementara tangan kirinya menyentuh pipi isterinya. Kasar! Langsung lelaki ini tidak pandai untuk bersweet-sweet.
“Lepaslah Faiq! Malulah orang tengok. Asyik nak duk pegang tangan aku ni dah kenapa. Tangan kau tu macam buruh. Kasar tahu tak. Calar pipi comel aku.” Marah Balqish lalu dia sedaya upaya melepaskan cengkaman si suami.
No. Selama kita date, keadaan akan macam ni.” Tegas Aidzril. Matanya tidak lepas dari memandang wajah isterinya yang sungguh cantik malam itu.
Sepuluh minit berlalu, keadaan masih lagi sama. Kali ini Aidzril membawa tangan isterinya ke bibirnya lalu dikucup sekejap. Kayu sungguh apabila si suami berbuat begitu. Aidzril Faiq. Kau sungguh gila! Mata-mata yang memandang tingkah-laku aneh pasangan itu hanya dibiarkan begitu sahaja. Ketika makanan sudah sampai di meja itu, sebelah tangannya memegang erat tangan Balqish dan sebelah lagi menyuap makanan ke mulut. Perasaan malu menebal dalam diri si isteri apabila ada beberapa orang tergelak melihat aksi “kurang siuman si suami”.

“Weh bro!” Sapaan tak diduga daripada beberapa orang jejaka yang lebih kurang sebaya dengan Aidzril Faiq menyapa mereka berdua. Aidzril cepat-cepat melepaskan pegangan tangan mereka lalu berdiri dan berjabat tangan sesama mereka.
“Siapa ni weh? Bini kau ke? Ataupun perempuan simpanan?” Soal seorang lelaki bertubuh sasa kepada Aidzril.
“Ni.. Orang gaji mak aku.” Balas Aidzril tersekat-sekat. Balqish di hadapanya menelan liur. Orang gaji?!
“Cantik-cantik macam ni jadi bibik ke bro? Tak percaya aku. Share lah dengan kitaorang bro.” Sampuk seorang lagi yang berkumis nipis.
“Ni semua sebab make up. Kalau tak pakai make up tak lawa mana pun. Baju dia pakai ni aku yang sponsor. Kalau ikutkan taraf dia baju kat pasar malam.” Selamba Aidzril mengutuk Balqish yang sudah mempamerkan wajah tidak puas hati.
“Serius lah bro? Weh, haus ni. Open table la!”
“Eh boleh-boleh. Tarik kerusi. Korang order lah apa pun, bibik ni belanja. Dia baru dapat gaji.” Balas Aidzril sambil tersenyum nakal. Balqish di hadapannya sudah melopong.
“Cantik sangat. Jom weh kita join diaorang.” Sahut rakan Aidzril lalu mereka duduk mengelilingi meja bulat itu. Mereka riuh bersembang dan langsung tidak pedulikan Balqish. Aidzril turut rancak bersembang dengan rakan-rakannya. Balqish mempamerkan reaksi meluat yang teramat sangat. Sebal dihatinya tidak terkata. Terasa mahu saja campak si suami ke dalam hutan. Biar dilahap sang harimau. Benci!

****
Morning Qish!!” Sapa Aidzril bersama wajah yang ceria.
Morning.” Balas Balqish tanpa memandang wajah si suami. Dia terus duduk dan mencapai sekeping roti.
“Buat apa susah-susah buat breakfast sendiri, aku dah sediakan semua untuk kau pagi ni.” Aidzril terus merentap roti yang baru sahaja mahu masuk ke dalam mulut Balqish.
“Tadaaa, for my princess.” Aidzril muncul dari dapur bersama dulang di tangan.
“Apa ni?” Soal Balqish hairan dengan sikap suaminya. Dia mendongak memandang Aidzril yang sedang berdiri.
“Rasa lah dulu.” Pelawa Aidzril bersama senyuman manis. Balqish terpana lalu dia segera mencapai sekeping roti.
“Kenapa rasa dia pelik?” Soal Balqish bersama wajahnya yang berkerut.
“Ohh. Memandangkan rumah ni tak ada pembakar roti, gas pulak habis. Aku bakar guna iron. Asalkan panas, sedap sikit kau nak makan. Air susu ni aku jumpa dalam peti ais, tapi aku rasa susu ni dah berzaman dalam tu sejak awal perkahwinan kita dulu. Haa paling best aku buat sup untuk kau hirup.”
“Err. Patutlah tudung aku bau roti tadi. Kerja kau rupanya. Susu ni dah basi lah kalau gitu. Kau ni! Macam mana buat sup tanpa gas?” Soal Balqish pelik.
“Cuba kau rasa dulu…”
“Tak nak lah macam tak ada rupa sup je.” Tolak Balqish yang ragu-ragu dengan air tangan si suami.
Tanpa berlengah Aidzril pantas mencapai sudu lalu disua sup ke dalam mulut isterinya. Tersedak si isteri dibuatnya.
“Sup apa ni Faiq! Kelat semacam. Bau macam something wrong lah. Tengok ni habis baju!” Marah Balqish sambil mengibas baju kurungnya yang terkena sup.
“Tak sedap ke? Aku letak minyak dengan air paip, bawang aku potong halus, halia, lobak merah sikit dengan kentang. Lepas tu aku gaul lah. Dah siap.”
“Kau ni gila agaknya! Mana boleh kau buat semua benda tu mentah-mentah macam ni. Nak buat sup kena masak dulu. Bukan main kacau macam tu je!” Tempik Balqish sekuat hati. Perangai si suami begitu mencabar kesabarannya. Insiden kelmarin masih lagi meninggalkan bengang di hatinya.
At least aku cuba Qish. Nak masak, gas dah habis..” Aidzril bersuara seakan menjauh. Terasa dengan kata-kata si isteri.
“Tak payah lah buat apa-apa. Tak payah susah-susah untuk aku. Aku tak mintak pun lah.” Balqish segera bangun lalu dia menapak ke ruang tamu dengan perasaan amarah menggunung di dada.
****
Malam itu Balqish pulang agak lewat. Sejurus dia menapak kaki masuk ke dalam rumah, dia pelik kerana keadaan ruang tamu yang gelap. Ketika mahu menghidupkan suis lampu, dia terpijak susuatu lalu badan nya hampir saja jatuh ke belakang.
“Qish…” Balqish membuka matanya dan alangkah terkejutnya apabila wajah si suami hanya beberapa inchi saja dari wajahnya. Aidzril memaut kemas pinggang isterinya, menahan daripada terdorong ke belakang.
“Err..” Dirasakan nafasnya kian sesak. Dah kenapa laki aku ni, pandang macam tak pernah tengok perempuan.
Happy Birthday Qish! Hari ni birthday kau kan?” Aidzril melepaskan si isteri lalu dia mencapai kek yang berada di atas meja dan disua ke isterinya. Muka Balqish jelas terkejut.
“Mesti pelik macam mana aku tahu kan? Firasat suami selalunya betul Qish.” Sambung Aidzril bersama senyuman herot.
“Tak. Birthday aku dah lama lepas. Bulan 2 haritu. Birthday siapa yang kau beria sambut ni?” Soalan si isteri membuatkan Aidzril Faiq terdiam sejenak.
“Tak kisahlah birthday sesiapa pun. Aku dah beli kek, jom kita celebrate.”
“Nak celebrate apa kalau harini bukan ada something special. Merepeklah kau ni.” Bidas Baqish kasar. Dia malas mahu melayan sikap Aidzril yang padanya sangat kebudak-budakan itu. Seperti berkahwin dengan anak kecil pulak.
“Qish. Aku sebenarnya nak mintak maaf pasal kelmarin and pagi tadi. Aku tahu perangai aku ni, kalah budak terencat. Aku tak pernah bercinta weh. Aku tak tahu macam mana nak jadi suami. Bila aku terbaca diari kau, kau kecewa terpaksa kahwin dengan lelaki tak ada masa depan macam aku ni.Itu yang aku buat semua ni Qish. Aku dah jarang ponteng kuliah, tak macam dulu. Ni semua sebab kau. Aku tak nak kau malu bila kawan-kawan kau tanya. Siapa suami kau. Dan kau tak tahu nak beri jawapan apa. Sebab perangai aku yang kau sendiri tak boleh terima. Aku mintak maaf Qish.” Langkah kaki Balqish terpasak ke lantai mendengar ayat-ayat yang dituturkan oleh suaminya. Tidak sangka begitu gigih suaminya cuba berubah untuknya.
“Kenapa kau buat semua ni Faiq? Bukan perkahwinan ni terpaksa ke.” Akhirnya dia bersuara.
“Memang pun. Aku tak heran langsung nak kahwin dengan kau. Tapi dah hari-hari aku hadap muka kau dalam rumah ni sampai naik bosan, jatuh tergolek ego aku ni. Tengok lelaki lain duk usha kau, tercabar jugaklah hati kering aku ni.” Jelas Aidzril.
“Tak tahu nak cakap macam mana, I pun nak mintak maaf sebab tak hargai usaha you selama ni
“Tak payah nak tangkap leleh sangat lah. Jom makan kek ni, aku beli dekat tepi jalan.” Potong Aidzril yang tidak mahu airmata isterinya gugur.
“Kau beli dekat tepi jalan?! Patut lah tak ada rupa kek.!” Marah Balqish sambil menepuk lembut bahu Aidzril yang sedang memotong kek.
“Alah, jimat duit, kek span ni murah je. Tak sampai RM5 pun. Letak coklat kat atas dia, dah rupa macam kek secret recipe.” Balas Aidzril sambil tersengih.
“Kau ni memang sempoi! Otak tak pernah nak betul.” Balas Balqish sambil tergelak besar.
“Seronok tak hidup dengan aku?
“Seronok, macam orang-orang kat tanjung rambutan tu. Terima kasih sebab jadi suami yang paling ting-tong dalam dunia ni.” Balqish terlentok manja di dada suaminya, Aidzril hanya membiarkan dan sebelah tangannya mengusap lembut rambut lurus Balqish.
“Terima kasih sebab sudi kutip budak tak ada masa depan ni jadi suami kau.”
“Semua ni Allah dah tentukan. Jodoh kita, sayang.” Ujar Balqish penuh syahdu. Dia bersyukur kerana akhirnya si suami sudah sudi menerima dirinya sebagai isteri.
“Kau perempuan paling malang dalam dunia ni.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab dapat suami kayu.” Jawab Aidzril sambil menyuap kek ke dalam mulut Balqish.
“Tahu pun kau. Macam tiang bendera pun ada. Dulu aku ingat kau ni gay tau.”
“Dulu aku ingat kau ni janda.”
“Apasal pulak?”
“Sebab badan macam orang dah beranak anak sepuluh!” Seloroh Aidzril sambil ketawa kuat.
“Jangan lah muncung, sa..yang.” Dia memujuk. Lembut namun Balqish sengaja mengeraskan diri.
“Qish. Nak kiss……” Rengek Aidzril manja sambil disua pipinya ke bibir si isteri.
“Hang gatai!”
“Gatai dengan hang ja, janji sampai mati. Hang sorang ja aku cinta!” Ujar Aidzril lalu mengucup lembut dahi Balqish dan terus mengendongnya yang sedang tersenyum gembira. Terus saja dibawa si isteri naik ke atas.
Inilah laki aku, asal boleh je. Sempoi saja corak hidupnya. Perangai tak cukup sifat dia buat aku senyum sampai telinga.



9 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry saya ter-remove comment awak. Thanks for reading :)

      Delete
  2. Best la cerpen, lain drp yg lain :) btw selamat berpuasa dan salam aidilfitri! X lma lgi nk raya dh hihi

    ReplyDelete
  3. Best cerpen awak.. Good Job! Harap dapat Follow dan lawat site saya.. koleksi cerpen2 karya sendiri.. (^_^) terima kasih.. hananielda.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. LawakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  5. LawakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete