Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 26 December 2015

Teaser Be mine, Eh? Bab39

Nedzrish membiarkan sahaja isterinya yang sedang leka melihat persembahan buskers di tepi jalan. Dia sengaja membawa isterinya mengikutinya berjalan-jalan di Bazar Karat sebelum membawa isterinya melihat persembahan pemuzik jalanan itu. Kelihatan isterinya sangat gembira sehingga tidak perasan Nedzrish sudah meninggalkannya dan berdiri di hadapan sebuah kedai tidak jauh dari situ.

“Awak.” Qalish Audrina menegur Nedzrish setelah pemuzik jalanan itu selesai membuat persembahan. Ada lagi persembahan seterusnya, namun apabila dia terpandangkan jam di tangan kirinya, dia membatalkan hasratnya. Sedar tidak sedar, sudah hampir satu jam dia melihat persembahan itu. Seronok sehingga tidak sedar ketiadaan suaminya disisinya.

“Dah puas dah layan abang-abang muzik tu nyanyikan lagu untuk kau?” Soalnya seraya menghembuskan asap rokok. Qalish Audrina kerut dahi melihat Nedzrish yang sedang merokok itu.

“Awak, kan merokok tu tak elok untuk kesihatan.” Ujarnya dengan nada tidak senang. Seingatnya selama mereka berkahwin tidak pernah lagi dia melihat Nedzrish merokok. Sebelum kahwin sahaja lelaki itu pernah menghembuskan asap rokok ke mukanya.

“Dah habis dah pun.” Balasnya lalu dia mencampak puntung rokok yang sudah habis dihisapnya. Dia menyimpan semula kotak rokok yang berada di tangannya ke dalam kocek seluarnya.

“Hmmm... Sejak bila awak merokok?” Soalnya lalu dia mengambil tempat di sebelah Nedzrish. Mereka duduk di atas bahu jalan sambil melihat orang ramai yang sedang lalu-lalang.

“Baru jugak lah. 3tahun yang lepas.”

“Baru 3 tahun awak cakap? Apa alasan awak merokok? Sebab stress?”

“Aku bukan macam perokok tegar yang lain. Aku merokok bila perlu je lah. Kau ni kenapa nak menyibuk?” Ujarnya dengan nada tidak suka. Selama dia dengan Amelda Imani, tidak pernah sekalipun wanita itu menegurnya tentang dirinya seorang perokok. Amelda Imani cuma tidak membenarkan dirinya merokok di hadapan wanita itu.

“Merokok bila perlu? Eh, saya tak pernah dengar pun ayat merokok bila perlu. Dah sah-sah awak sendiri tahu merokok tu kan tak bagus untuk kesihatan, mana ada istilah merokok bila perlu.” Ujarnya dengan wajah serius.

“Bising lah kau ni.” Nedzrish membalas dengan nada dingin. Dia sungguh tidak gemar sesiapa ambil tahu tentang apa yang ingin dilakukannya. Biasalah Nedzrish, lebih gemar mengikut rentaknya sendiri.

“Okay, sorry. Saya lupa yang awak pernah cakap dengan saya jangan masuk campur hal awak. Sorry...” Ujarnya mengalah. Bimbang kalau kata-katanya nanti bakal membuat suaminya naik angin pula.

“Kau suka tak?” Ujar Nedzrish setelah beberapa minit dia mendiamkan diri.

“Suka! Tapi saya peliklah, macam mana awak tahu yang saya suka tengok persembahan buskers ni?” Soalnya dengan rasa ingin tahu. Tak kan Nedzrish ni ahli nujum? Macam mana dia boleh tahu tentang apa yang digemari oleh Qalish?

“Kau suka kan? Itu dah cukup. Tak payah lah kau nak tahu dari mana aku dapat tahu pasal ni.” Balasnya, cuba untuk berahsia.

“Awak.. Tak baik lah biarkan saya tertanya-tanya macam ni. Bagilah tahu please..” Pujuknya sambil membuat wajah simpati. Nedzrish menayang wajah menyampahnya sebelum dia membuka mulut untuk membalas pertanyaan si isteri.

“Aku tahu dari Sofi lah. Tak susah pun kalau nak tahu apa-apa pasal kau, tanya sajalah kembar kau. Mesti dia buka mulut tanpa banyak songeh.”

“Amboi! Berkomplot dengan Sofi nampak. Sejak bila awak dengan dia jadi bestfriend?” Soal Qalish Audrina sambil mengangkat kedua belah keningnya.

“Hai, tak kan dengan Sofi pun kau nak cemburu?” Soal Nedzrish pula. Sengaja mahu mengusik.

Eeee.. Tak kuasa lah saya nak cemburu awak dengan dia. Buang masa sajalah. Saya nak tahu je.” Ujarnya seraya mencebik.

“Alah, aku berkomplot dengan dia pun sebab kau. Kan aku dah dapat buat kau happy, sekurang-kurangnya ada lah juga satu hari ni kau tak rasa menyampah dengan aku. Kan?” Ujarnya lalu tersenyum manis. Ikhlas kelihatan senyuman darinya.

Thank you Rish. Walaupun nampak macam simple, tapi bermakna sangat buat diri saya. Sebab awak bawa saya pergi tengok benda yang memang saya minat. Siapa tak suka kan?” Balasnya ceria.

“Okay, sekarang ni cuba kau bagitahu aku. Kenapa kau suka tengok persembahan live tepi jalan macam ni? Bukan ke kau tak suka tempat yang ramai orang? Tapi bila melibatkan muzik, kau tak kisah pulak?” Soalnya hairan. Semakin lama dia bersama dengan wanita itu, semakin banyak sikap pelik wanita itu dapat dirungkai olehnya.

“Hmm…. Awak nak tahu ke?”

“Dah aku tanya, mesti lah aku nak tahu. Kau ni memang tak reti tanya soalan cerdik sikit ke?” Ujar Nedzrish mulai bengang dengan pertanyaan isterinya. Orang menanya, mestilah mahu tahu.

“Okay, jangan lah marah.” Ujarnya perlahan. Nedzrish, susah untuk melihat lelaki itu tenang dalam jangka masa yang lama.

“Cerita lah, aku nak dengar.” Nedzrish menyuruh isterinya menceritakan tentang itu dengan nada biasa. Dia bersedia untuk menjadi pendengar malam itu.

“Sebenarnya daripada saya kecil lagi saya minat sangat tengok orang main muzik. Sebab dulu arwah abang saya pandai main gitar, selalulah dia main gitar sambil menyanyi untuk saya. Saya start minat muzik sebab arwah abang saya main muzik.” Qalish Audrina sudah mula membuka cerita.

“Arwah abang? Kau bukan anak tunggal? Kau ada abang?” Soal Nedzrish dengan wajahnya yang jelas terkejut. Dia tidak pernah tahu menahu tentang itu.

“Aah. Sebenarnya adik beradik saya ada dua orang. Kalau abang saya hidup lagi, sekarang ni mesti dia dah jadi pemuzik. Sebab dia belajar bidang muzik masa dia ambil diploma dulu. Tapi tak panjang umur. Ada lagi satu semester dia nak habiskan pengajian dia, ALLAH lebih sayang kan dia.” Ujar Qalish Audrina bersama keluhan kecil. Dia sebolehnya tidak mahu bercerita mengenai arwah abangnya kerana itu hanya akan membuatkan dirinya sedih.

“Kalau dia hidup lagi, umur dia berapa sekarang?”

“32tahun. Saya memang rapat dengan dia memandangkan saya ada dia sebagai abang, dan dia pun hanya ada saya. Kitaorang selalu habiskan masa sama-sama dekat belakang rumah. Dia main gitar, saya nyanyi. Tapi suara saya tak sedap pun. Nyanyi jelah sebab dia kata dia suka dengar suara saya.” Ceritanya sambil tergelak kecil.

So, sebab tu lah kau minat tengok orang main muzik? Tapi kau tak minat nak main muzik pulak eh?” Soal Nedzrish lagi. Dia semakin seronok mendengar cerita isterinya. Mungkin Nedzrish sedang cuba untuk mengenali isterinya dengan lebih dekat lagi.

“Itulah, arwah pernah ajar saya main gitar. Tapi tak sampai sehari saya belajar dengan dia, dia pun give up. Saya tak ada seni lah awak, bukan semua orang boleh main muzik. Pemuzik ni kiranya macam anugerah tau. Sebab diaorang ni talented sangat.” Dalam diam Nedzrish mengiakan apa yang diperkatakan oleh isterinya. Kerana aku juga seorang pemuzik, wahai isteriku.

“Tapi kau ada seni lukis. Okay apa, bukan semua orang boleh reka baju. Susah juga tu kan.” Tutur Nedzrish ikhlas. Dia tidak berniat untuk memuji tapi memang itulah kenyataannya. Kadangkala dia turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh isterinya.

“Semua orang ada kelebihan masing-masing.” Ujarnya optimis.

“Hmm, arwah abang kau meninggal sebab apa?” Soal Nedzrish sekadar ingin tahu.

Accident. Lori rempuh kereta arwah, masa tu arwah dalam perjalanan nak pergi pertandingan Battle Of The Band. Tapi tak kesampaian.”

Sorry sebab aku tak tahu. Aku minta maaf kalau pertanyaan aku tadi tu buat kau sedih. Aku tak ada niat.” Ujar Nedzrish serba salah apabila dilihat wajah isterinya sedikit keruh.

“Lah takapalah. Bukan salah awak pun. Tak salah pun kalau nak tahu. Sekurang-kurangnya bila orang tanya, awak ada la juga sesuatu nak dicakapkan tentang isteri awak ni. Tak adalah nampak macam kahwin paksa sangat. Kan?”

“Betul lah tu. Sofi ada bagitahu aku yang kau dah lama tak tengok persembahan buskers ni, itu yang aku bawa kau pergi sini.”

“Sejak arwah pergi saya jarang dah pergi tengok persembahan macam ni. Kalau dulu arwah yang selalu bawa saya ke tempat macam ni, tapi sekarang nak pergi sendiri tu rasanya tak kot. Lagipun dah sibuk dengan kerja.” Jelas Qalish Audrina lagi.

“Ni kau tak sedih ke aku bawa kau pergi sini?”

“Sedih? Tak lah saya seronok. Tapi dalam masa yang sama sedih tu ada lah juga. Kalau saya rindu sangat dekat arwah, saya akan ajak Sofi temankan saya ke Sogo. Kat sana pun selalu juga orang buat persembahan.”

“Mesti kau rasa kehilangan kan? Yalah, dia satu-satunya abang yang kau ada. Kau minat muzik pun sebab dia. Mesti banyak kenangan antara kau dengan dia.” Ujar Nedzrish yang sedang menyelami hati dan perasaan isterinya tika itu. Dia sendiri tidak dapat membayangkan jikalau dia kehilangan kakaknya Syaqilah, kerana dia sangat akrab dengan wanita itu.

“Kalau nak bercerita tentang kenangan saya dengan dia. Terlalu banyak Rish. Tapi saya redha, kami sekeluarga dah lama redha lepaskan dia pergi. Cuma sesekali tu rasa rindu. Saya ingat lagi, selepas arwah meninggal, saya ada suruh umi cari kan calon suami untuk saya. Tapi, ada syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Saya nak seorang ahli muzik menjadi yang halal untuk saya. Saya taktahu lah kenapa, kalau saya sedih ke atau rasa sunyi. Saya suka kalau orang mainkan muzik untuk saya. Kadang-kadang tu sampai boleh tertidur masa arwah abang main gitar untuk saya.” Ujarnya seraya menggelengkan kepalanya. Tidak sangka dia begitu meminati muzik sehingga mahukan lelaki yang pandai bermain muzik untuk menjadi suaminya.

“Umi tak cakap apa-apa ke dengan permintaan kau tu?” Soal Nedzrish bersama senyuman. Kalaulah isterinya tahu yang dia juga pandai bermain gitar, apa agak-agaknya reaksi isterinya ya?

“Umi geleng kepala je lah awak. Umi cakap kadang-kadang apa yang kita nak, kita tak akan dapat. Tapi belajar lah untuk terima apa yang dikurniakan untuk kita. Betul juga kata-kata umi tu.”

“Okay, andai kata kau ditemukan dengan lelaki yang kau cari selama ni iaitu seorang pemuzik. Kau nak buat apa?” Soalnya penuh minat.

“Kalau saya bujang lagi, saya ajak dia kahwin kot. Hahaha. Tapi masalahnya saya dah kahwin. So memang tak akan dapat lah kan bersuamikan ahli muzik?” Ujarnya lalu tergelak kecil.

“Siapa cakap? Mana tahu apa yang kau nak selama ni, ada depan mata kau sebenarnya.” Ujar Nedzrish berkias. Qalish Audrina sudah kerut dahi tanda tidak memahami kata-kata suaminya.

“Maksud awak?”

“Mungkin impian kau akan tercapai. Tapi bukan sekarang. Mungkin lah.” Ujarnya. Belum bersedia untuk berterus terang.

“Ada-ada sajalah awak ni. Saya tak berharap pun lah. Kalau tak jumpa pun, saya still boleh pergi sini lagi kan? Dengan awak, maybe?” Ujarnya seraya mendongak memandang wajah bersahaja Nedzrish.

“Tengok lah kalau rajin. Dah lah, berembun lama-lama kat luar ni dapat apa? Balik jom.” Ujar Nedzrish lalu dia segera berdiri dan menghulurkan tangan kepada isterinya untuk bangun.

Erk....” Qalish Audrina terkesima melihat perubahan suaminya. Sejak bila Nedzrish pandai hulur tangan untuk membantunya bangun dari duduk? Selalunya lelaki itu akan pergi begitu sahaja dan membiarkan dia bangun sendiri.

“Apa? Kita kan suami isteri? Salah ke?” Nedzrish tayang wajah masam. Salah ke apa yang dia lakukan itu?


“Tak salah. Cuma awak pelik sikit malam ni. Anyway, saya boleh bangun sendiri.” Ujarnya bersama senyuman tanpa menyambut huluran tangan Nedzrish. Nedzrish hanya membalas kata-kata isterinya dengan menjuihkan bibirnya.



Sunday 20 December 2015

Random Teaser (Be Mine Eh)

Qalish Audrina melangkah perlahan mendekati sofa yang berada di ruang tamu rumah mereka. Kelihatan Nedzrish Eskandar sedang menonton rancangan kegemarannya. Sesekali lelaki itu ketawa kecil, mungkin terhibur dengan jalan cerita itu. Dia mengambil tempat tidak jauh dari lelaki itu.

“Awak ni memang tak pernah bosan eh tengok cerita ni?” Soalnya seraya bibirnya dimuncungkan ke arah skrin televisyen itu.

“Comel Hagemaru ni, sama macam muka kau. Sebab tu aku suka tengok, kau kan bulat macam Hagemaru.” Ujarnya seraya ketawa kecil. Matanya yang sedikit sepet itu bertambah kecil apabila dia ketawa.

“Apa awak ni sama kan saya dengan Hagemaru. Saya bukan gemuk dan pendek macam dia pun. Awak memang tak reti beza kan yang mana batu yang mana permata ke?”

“Retilah, kau lah batu. Permata tu aku.” Ujarnya tanpa memandang wajah isterinya. Matanya masih lagi difokuskan ke arah skrin televisyen.

“Amboi-amboi, ikut sedap mulut awak saja kan kalau bercakap?” Qalish Audrina sudah tayang wajah geram. Disangkanya suaminya akan memuji dirinya dengan menyamakan dia dengan permata. Rupa-rupanya Nedzrish tetap berhati batu.

“Mummy marah daddy lah Bella. Daddy gurau je, cakap dengan mummy. Daddy tak ada niat pun nak sakit kan hati mummy. Cakap cepat.” Nedzrish segera mendukung arnab mereka yang kebetulan sedang bermain di ruang tamu rumah mereka.

“Cakap dengan daddy, mummy tak ambil hati langsung. Sebab mummy mana ada hati. Sebab tu daddy suka cakap ikut kepala dia je, sebab dia tak fikir pun perasaan orang lain.” Balas Qalish Audrina memerli suaminya. Nedzrish tergelak melihat respon isterinya yang sedang bengang dengan dirinya.

“Cakap dengan mummy, kalau marah-marah macam ni. Hilang lah seri kecantikan mummy tu, tak mahu marah-marah lagi ya mummy?” Soal Nedzrish seraya menoleh ke arah Qalish Audrina dengan melindungi wajahnya disebalik Bella.

“Awak ingat comel ke buat macam tu?”

“Tak cakap pun comel, alah kau ni sensetif betul lah. Aku gurau saja, tak payah lah ambil serius.” Ujarnya lalu dia meletakkan kembali Bella di atas lantai.

“Saya perasan kan, sejak saya bawa masuk Bella dalam rumah kita. Awak selalu habis kan masa dengan dia. Awak selalu curi-curi bawa dia tidur dekat dalam bilik awak kan? Semalam saya tengok sangkar Bella tak ada, dalam bilik kosong tu pun dia tak ada dekat situ. Mesti awak yang curi dia kan?”

“Mana ada aku curi dia, kan kita dah cakap kita nak jaga Bella sama-sama kan? So, gilir-gilir lah. Jangan lah tamak, ini asyik kau saja nak bawa dia tidur dalam bilik kau. Aku pun nak juga.”

“Awak memang suka arnab ke?” Soalnya ingin tahu tentang suaminya. Terus-terang dia katakan, jikalau ada orang bertanya tentang suaminya. Tidak banyak yang boleh dia ceritakan tentang Nedzrish kerana terlalu banyak tentang lelaki itu dia tidak tidak tahu.

“Nak kata suka sangat tu tak adalah. Tapi kalau nak cakap tak suka pun tak ada juga. Biasa-biasa je.”

“Tapi kenapa saya nampak awak macam sayang sangat dekat Bella. Hari tu saya balik kerja, awak tidur dengan Bella dekat ruang tamu. Nampak macam awak memang sukakan haiwan.”

“Kau suka arnab sejak bila?” Soalnya pula. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu ditekan button “off”.

“Sejak saya sekolah rendah lagi. Tapi masa tu saya tak ada bela arnab, bila dah besar ni baru saya bela. Masa tu sekolah lagi, umi tak kasi bela haiwan. Kenapa?”

“Aku sedang belajar untuk suka apa yang kau suka. Apa yang kau suka, apa yang kau minat. Itu juga lah yang aku minat.” Tuturnya dengan nada biasa. Dia tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan rasa sayangnya terhadap wanita itu kerana dia bimbang untuk berhadapan dengan penerimaan isterinya. Dia bimbang jikalau isteri yang dinikahi tanpa benih cinta, akan menolak cinta nya jikalau dia berterus-terang.

“Aaaa. Apa dia?” Soalnya bingung. Mungkin tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Nedzrish Eskandar.

“Apa kau ingat aku ni astro ke duk ulang tayang berkali-kali? Air liur aku ni banyak habis sebab kau tahu tak.” Ujarnya kembali kepada karakter asalnya yang tidak berlembut dengan isterinya.

“Awak, awak ada girlfriend ke sebelum kahwin dengan saya?” Soalan yang tidak diduga keluar daripada mulut isterinya membuatkan Nedzrish tiba-tiba terbatuk kecil.

Apasal tiba-tiba kau tanya?” Soal Nedzrish dengan wajah gusar. Adakah isterinya pernah ternampak ketika dirinya bersama Amelda Imani?

“Saja tanya, mana lah tahu kalau-kalau saya ni dah rampas hak milik orang.”

“Kalau aku cakap aku memang ada kekasih sebelum aku kahwin dengan kau, kau nak buat apa?”

“Lepas kan awak kot, awak pun tak cinta kan saya kan? Jadi untuk apa kita terus kan perkahwinan ni?” Sebenarnya Qalish Audrina tidak memaksudkan kata-kata yang diucapkan sebentar tadi. Dia hanya mahu melihat respon lelaki itu. Dia ingin mendapatkan kepastian sama ada Nedzrish juga punya perasaan yang sama sepertinya ataupun sebaliknya.

“Aku kahwin dengan kau sebab papa. Tapi sekarang aku tak ada apa-apa sebab untuk lepas kan kau. Aku tak ada girlfriend, sebab aku dah ada isteri.” Tutur Nedzrish dengan wajah serius. Dia berharap Qalish Audrina akan mengerti kata-katanya tanpa dia perlu menerangkan dengan lebih lanjut.

“Tapi awak tak cinta kan saya. Kenapa nak terus kan juga? Sebab papa?”

“Sebab aku.. Sebab aku tak nak nanti baju aku tak ada orang basuh. Kalau aku hidup bujang semula, makan minum aku semua tak ada orang jaga. Aku tak nak duduk dengan mama sebab aku dengan papa tak macam hubungan kau dengan abah kau.” Nedzrish menghembuskan nafas dengan penuh kepayahan. Aduhai! Sudah ada peluang untuk berterus-terang, boleh pula dia tidak lafazkan saja kata-kata cinta kepada Qalish Audrina.

“Sebab tu jelah kan?” Soal Qalish Audrina seraya tersenyum kecil. Dia cuba untuk menyembunyikan kekecewaannya. Bimbang jikalau Nedzrish dapat mengesan dia sudah menyimpan rasa cinta buat lelaki itu.

“Dah tu kau nak suruh aku cakap macam mana? Kau nak suruh aku cakap “I Love You, Aku Cinta Pada Mu, kau yang paling terindah.” Kau nak suruh aku cakap semua tu ke?” Soalnya bersama memek muka cukup menyakitkan hati. Bukan dia sengaja tidak mahu berterus-terang, lidahnya terasa begitu kelu untuk berbicara soal itu.

“Heh, awak ingat saya menaruh hati dekat awak ke? Orang hilang akal sajalah jatuh cinta dekat lelaki yang tak berperasaan macam awak ni, macam tunggul batu.” Selesai menuturkan kata-kata itu, Qalish Audrina segera berlalu ke dapur dengan berbagai perasaan di dalam hatinya.


“Betul ke dia tak suka kan aku? Nampak macam dia suka, tapi kenapa dia kembali dingin ya?” Soalan itu hanya berlegar-legar di dalam mindanya sahaja. Tidak berani untuk mengutarakan soalan tersebut kepada si empunya badan.




Saturday 19 December 2015

Kek Lapis Sedap

Hai Assalamualaikum. hari ini saya nak buat review kek Lapis pulak, hehe pelbagai jenis bisness kan saya review? Bukan apa, takut ada yang bosan asyik baca novel je, so kite mempelbagaikan kegunaan blog ni hehehh, So jom usha kejap kek lapis pelbagai perisa ni jom





Okay yang dua keping ni contoh gambar kek lapis yang dijual. Disini saya sertakan sekali harga setiap satu jenis kek lapis ni, menarik kan? rasa terliur tak? Macam-macam jenis perisa, nak masam manis ada nak perisa kurma ada nak kek nutella pun ada y penting dijamin sedap dan lembut!

SENARAI HARGA KEK LAPIS :

1)MASAM MANIS    RM13
2)BUAH      RM13
3) CAPPUCINO        RM13
4)CHOC RICE      RM13
5)OREO CRUNCH    RM13
6)BLUEBERRY    RM13
7)PELANGI    RM13
8)EVERGREEN    RM13




9)CHOCOLATE VANILLA      RM15
10)CHOCOLATE STRAWBERRY      RM15
11)CHOCOLATE NUTELLA     RM15
12)CHOCOLATE MINT      RM15
13)PRUNE     RM15
14)HORLICKS    RM15
15)KURMA    RM15
16)CHEESE    RM18
17)CHOCOLATE CHEESE     RM22


So ada rasa tertarik tak atau hati berbunga bunga teringin nak rasa cake kawan saya ni? Hehe kalau nak order rasa macam terliur tu meh pm number ni

PM THIS NUMBER FOR ANY QUEST OR NAK ORDER
017-3769115 EKIN

COD : AREA KAJANG
POSTAGE : RM8
KLAU BELI LEBIH DARIPADA 4BIJI KEK, POSTAGE DEPENDS ON KG


Murah kan? So kalau nak order order je cepat cepat pm number tu eh, saya cuma buat review saja, any question boleh pm number yang saya bagi tu.
Thank you :)

Monday 14 December 2015

Teaser Be Mine, Eh? Bab34

Nedzrish Eskandar yang baru sahaja mahu melangkah keluar setelah membuka pintu rumahnya tersentak menerima kedatangan bapa dan ibu mertuanya malam itu. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah isterinya, ini mesti kes nak kenakan dirinya.

“Er.. Umi, abah.” Ujarnya tergagap-gagap.

“Hai Rish. Kenapa macam nampak hantu aje ni?” Soal Hajah Razitah yang hairan dengan menantunya yang gelisah semacam itu. Terkejut menerima kedatangan mereka agaknya.

“Tak. Rish terkejut je. Jemput masuk umi, abah.” Ujar Nedzrish seraya memberi laluan kepada kedua mertuanya untuk masuk ke dalam rumah.

“Umi dengan abah saja datang, nak jenguk anak menantu. Nak harapkan kauorang berdua. Hmm.. Bertahun agaknya baru nak datang rumah kami.” Ujar Hajah Razitah seraya tergelak. Bukan dia punya niat untuk memerli Nedzrish, dia sekadar mahu bergurau sahaja.

“Bukan macam tu umi, Rish ada ajak Lish balik rumah umi. Tapi biasalah, anak umi dengan abah tu sibuk dengan butik dia.” Ujar Nedzrish. Dia meletakkan kesalahan di bahu isterinya seorang. Walhal dia sendiri tidak prihatin tentang perkara itu.

“Tak berubah-ubah anak awak ni. Dah kahwin pun masih lagi gila kan kerja. Ini mana Qalish? Dia tak balik lagi ke?” Soal Haji Azman pula seraya menanggalkan kopiah di kepalanya.

“Kereta ada dekat luar tu bang.” Sampuk Hajah Razitah pula.

“Lish dekat atas. Nak Rish panggilkan dia ke?”

“Umi, abah. Bila sampai? Kenapa tak bagitahu nak datang?” Entah bila munculnya si isteri, Qalish Audrina sudah meluru mendekati uminya. Lalu dikucup mesra kedua-dua tangan orang tuanya itu.

“Kebetulan abah ke rumah kawan abah. Ada buat majlis doa selamat. Itu yang kami singgah sini. Rumah dia dekat depan sana.” Jawab Haji Azman. Jadi, Nedzrish sudah salah faham disini. Dia berfikir bahawa isterinya tahu mengenai kedatangan orang tua wanita itu ke rumah mereka malam itu.

“Oh… Ingatkan abah dengan umi nak buat spotcheck.” Ujar Qalish Audrina seraya tergelak.

“Umi kamu ni rindu sangat dengan kamu. Kenapa dah lama tak balik sana?”

“Yalah Qalish. Dah lama sangat Lish tak balik rumah kita. Sibuk sangat ke?” Soal Hajah Razitah seraya mengelus lembut wajah yang dirinduinya itu. Dua beranak ini memang terlalu rapat.

“Boleh tahan lah. Lish minta maaf abah, umi. Bukan sengaja tak nak balik sana. Tapi sibuk sikit dengan kerja.” Ujar Qalish Audrina seraya matanya memandang Nedzrish yang duduk di hujung sofa.

“Bukan ke mamat ni nak keluar tadi? Dah kenapa tercegat lagi dekat sini?” Soalnya dalam hati.

“Rish ada nak kemana-mana ke? Pakaian macam nak keluar aje ni?” Soal Haji Azman sambil matanya tertumpu pada Nedzrish.

“Er.. Memang rancang nak keluar makan. Sebab Lish cakap dia penat nak masak malam ni. Saya kesian, itu yang saya ajak dia makan dekat luar.” Bedal sahajalah Nedzrish. Dia tidak tahu mahu memberi alasan apa. Sebetulnya dia mahu melepak bersama rakan-rakannya. Tetapi apabila memikirkan dia sedang berhadapan dengan ibu dan bapa mertuanya, tak kan lah dia mahu memberitahu hal sebenar.

Wajah Qalish Audrina sudah berubah mendengar alasan yang sengaja dicipta oleh suaminya.

“Amboi mamat ni. Nak lepaskan diri sendiri, aku pulak yang jadi mangsa. Dia yang tak bagi aku masak sebab dia nak keluar. Aku yang disalahkan. Gr!” Desisnya dalam hati. Kalau tidak mencari masalah dengannya, bukan Nedzrish Eskandar lah tu.

“Lish bagi alasan macam tu dekat Rish? Lish, berapa kali umi nak kena pesan. Penat macam mana sekalipun kita, sesibuk mana pun terhadap kerja. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tak boleh dipandang remeh.” Hajah Razitah sudah mula mahu membebel. Dia sebagai ibu malu mendengar alasan yang diberikan oleh anaknya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Betul cakap umi tu. Jangan abaikan suami kamu. Kalau selalu makan dekat luar, nanti Rish tak terbiasa dengan air tangan Lish.” Tambah Haji Azman pula. Nedzrish terasa mahu gelak guling-guling melihat wajah Qalish Audrina yang sudah berubah warna itu. Marahkan dirinya lah tu. Seperti biasa Nedzrish tayang wajah bersahajanya.

Er.. Rish yang tak kisah bila Lish cakap macam tu.” Sebenarnya tidak tahu mahu membalas apa apabila kedua ibu bapanya membebel kepada dirinya dalam waktu yang sama.

“Memang lah dia tak kisah sebab dia kesian dekat kamu. Tapi Lish tak boleh lah selalu sangat buat perangai macam ni. Umi tak suka lah.”

“Umi, abah. Tak ada apalah. Bukan selalu pun Lish bagi alasan macam tu. Lagipun apa salahnya kalau sekali sekala makan kat luar. Kesian isteri saya ni, siang penat bekerja. Malam pulak kena layan saya. Lagipun dalam hubungan suami isteri give and take tu perlu ada.” Ujar Nedzrish panjang lebar. Qalish Audrina sempat menjeling suaminya tanda protes. Tunjuk bagus konon!

“Yalah, kalau kata Rish macam tu, abah okay. Tak payah lah makan dekat luar. Awak boleh tolong Lish masak kan malam ni? Dah terlanjur abah dengan umi datang, kita makan dekat rumah ajelah.” Cadang Haji Azman. Nedzrish sudah mempamerkan reaksi tidak senang. Dia terpaksa membatalkan rancangannya untuk keluar malam itu.

“Ada bahan-bahan tak nak masak ni?”

“Ada lah umi. Lish tak pernah biarkan peti sejuk tu kosong tanpa bahan mentah tau. Jom umi.” Ujar Qalish Audrina seraya menarik tangan uminya. Rasa menyampah pula duduk disitu lama-lama melihat wajah berlagak baik Nedzrish. Hajah Razitah pula hanya menurut langkah kaki anak tunggalnya.

“Rish, duduk dulu. Kamu nak kemana?” Tegur Haji Azman apabila dilihat Nedzrish juga turut mahu bangun.

“Aaaa... Rish nak tukar baju dulu bah. Nanti Rish turun semula, kita boleh sembang panjang.” Ujar Nedzrish seraya tersenyum hambar. Dia sebenarnya mahu menelefon Amelda Imani, dia sudah berjanji untuk keluar makan bersama Amelda Imani dan rakan-rakan mereka yang lain.

“Baiklah. Nanti turun, jangan tak turun pulak.” Ujar Haji Azman sebelum bayang Nedzrish hilang.


******
“Dah lama tak merasa air tangan anak abah ni. Makin sedap pulak bila dah bersuami ni.” Ujar Haji Azman memuji masakan anaknya. Mereka berempat baru sahaja selesai menikmati makan malam.

Well. Mesti lah. Abah sendiri pernah cakap yang air tangan Lish sama macam masakan umi. Tak gitu abah?” Ujar Qalish Audrina bangga. Dia yang belajar memasak dari ibunya sejak dari sekolah menengah lagi memang hebat di dapur.

“Iyalah, baru puji sikit dah berbakul-bakul pujian untuk diri sendiri.” Kutuk Haji Azman pula.

“Lish jangan selalu sangat tak nak masak untuk suami. Kalau penat sangat tu tak apalah. Tapi kalau boleh jangan lah sampai seminggu berkali-kali ajak Rish makan di luar.” Ujar Hajah azitah pula, lembut dia menasihati anak perempuannya.

“Tak adalah umi. Lish akan sentiasa ingat semua pesan umi.”

“Kamu macam mana Rish? Sedap air tangan isteri kamu ni?” Soal Haji Azman kepada Nedzrish. Menantunya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati ditegurnya.

“Okay je bah. Rish tak kisah, apa saje yang Lish masak. Rish makan. Kan sayang? Walaupun kadang-kadang tu masakan Lish kurang menyengat. Tapi Rish jenis tak memilih sangat.”

“Aduh mamat ni. Nak puji diri sendiri pun agak-agak lah. Ada ke patut dia kutuk masakan aku depan abah dengan umi. Cari pasal ajelah!” Sekali lagi dia menjeling tajam wajah Nedzrish yang duduk berhadapan dengannya.

“Untung Lish dapat suami macam Rish. Macam abah juga, apa yang umi kamu masak abah makan. Tapi jangan kerana Rish tak kisah tentang ni, kamu masak sambil lewa. Selera suami kena jaga. Tahu?” Nedzrish terasa ingin bersorak gembira sahaja. Haji Azman dan Puan Razitah sepertinya memandang dirinya adalah seorang menantu yang sangat baik. Padahal, Qalish sahaja yang tahu perangai sebenar Nedzrish sebagai seorang suami.

“Err.. Ye abah. Lish jaga lah ni suami Lish baik-baik. Sebab tu perut Rish dah makin ke depan sekarang, bahagia sebab Lish masak sedap. Kan darling?” Ujar Qalish Audrina seraya memberi senyuman penuh makna kepada si suami. Nedzrish secara spotan memegang perutnya sendiri.

“Abah tengok sama aje. Sebelum kahwin papan je suami kamu ni. Lepas kahwin pun sekeping juga. Tang mana yang ke depan nya tu?” Soal Haji Azman dengan dahinya berkerut.

“Awak ni. Lish bergurau saja lah tu. Fikir serius pulak abah kamu ni.” Sampuk Hajah Razitah seraya tergelak. Nedzrish dan Qalish turut sama ketawa.

“Ada-ada aje isteri kamu ni Rish. Qalish ada apa-apa program ke hujung minggu ni? Kalau tak ada, abah ingat nak ajak Rish dan Lish balik Pahang. Melawat kubur arwah atuk dan nenek.” Ujar Haji Azman mengubah topik.

“Rasanya sayang ada program kan hujung minggu ni?” Nedzrish memandang wajah Qalish Audrina.

“Haah bah. Lish nak ke Johor Jumaat ni. Ada pertandingan fesyen. Kalau abah dengan umi nak pergi minggu ni, pergi lah dulu. Nanti bila kitaorang ada masa, Lish ajak Rish balik sana.”

“Pertandingan lagi? Bukan ke sebelum kahwin haritu kamu dah masuk?” Soal Hajah Razitah dengan nada kurang senang. Dia sememangnya tidak gemar dengan gaya hidup anaknya yang terlampau gilakan dunia fesyen.

“Itu pertandingan lain umi. Selagi ada peluang, Lish masuk lah.” Ujarnya pendek.

“Umi dengan abah jangan risau. Kalau sebelum ni Lish outstation seorang diri, sekarang ni tak lagi. Rish ada teman dia.” Ujar Nedzrish bersama senyuman. Dia dapat mengesan wajah ibu mertuanya yang berubah sedikit ketika diberitahu oleh isterinya tentang hal itu.

“Rish ada sekali? Bagus lah kalau macam tu. Tak adalah umi dan abah risau sangat bila Lish kerja jauh-jauh macam tu.” Sampuk Haji Azman dengan wajah yang senang. Suka dia melihat keprihatinan menantunya terhadap Qalish Audrina. Kalau lah dia tahu yang Nedzrish terpaksa untuk menemani anaknya ke Johor, pastinya dia tidak dapat menarik nafas lega.

“Rish tak ada hal lain ke? Tak apa ke teman Lish ni?”

“Tak apalah umi. Bukan orang lain pun yang Rish teman. Isteri Rish juga. Lagipun tak seronok lah kena tinggal lama-lama. Lebih baik Rish teman dia, boleh jugak jaga dia dekat sana nanti.” Ujar Nedzrish bersuara penuh sopan santun. Qalish Audrina yang mendengar terasa seperti mahu termuntah sahaja melihat lakonan suaminya.

“Umi tak payah lah risau. Lish pergi tak lama pun lah.” Ujar Qalish Audrina meyakinkan uminya. Setiap kali dia mahu bekerja di luar daerah, uminya pasti keberatan untuk melepaskannya pergi walaupun cuma untuk seketika.

“Kalau Rish ada, umi tak risau. Jaga anak umi ni baik-baik Rish.”

“Sentiasa umi.” Ujar Nedzrish sekadar mahu mengambil hati ibu mertuanya.

“Hmm… Abah rasa elok lah kalau kita tinggalkan budak berdua ni dulu. Lewat dah ni.” Haji Azman yang sedari tadi hanya berdiam diri bersuara apabila tersedar sudah hampir pukul 12malam.

“Abah dengan umi tidur sini sajalah. Lewat dah ni. Risau Lish abah drive malam-malam ni.” Usul Qalish Audrina pula.

“Tak apa. Mata abah ni awas lagi. Bukan kamu tak tahu umi kamu ni tak boleh tinggalkan rumah lama-lama. Nanti rindu katanya.”

“Umi dengan abah balik dulu ya. Nanti kalau senang-senang, balik sana. Boleh kita borak panjang lagi.” Pesan Hajah Razitah kepada anak dan menantunya.

“Bawa kereta elok-elok abah.” Pesan Nedzrish selepas bersalaman dengan bapa mertuanya.

“Nanti kalau Lish ada masa Lish balik sana. Terima kasih sebab datang, abah umi.” Ujarnya setelah mengucup pipi Haji Azman.

“Be a good wife, okay my daughter?”

“Okay abah.” Balasnya bersama senyuman manis. Haji Azman dan Hajah Razitah telah pun menghampiri kenderaan yang diletak di luar rumah anak mereka.


“Dengar tu abah cakap, be a good wife. Bukan be a bad wife. Macam kau ni.” Sempat dia menyakiti hati isterinya. Belum sempat Qalish ingin membalas kata-kata selamba Nedzrish, suaminya telah memanjat tangga untuk melarikan diri. Dia mendengus kegeraman. Sakit hati dengan kata-kata Nedzrish terhadapanya sewaktu bersembang dengan umi dan abahnya pun tidak hilang lagi, ditambah pula dengan kata-katanya sebentar tadi.


******

Nedzrish memandang wajah yang berada di depan matanya. Mindanya sedang mencari-cari jawapan mengapa wanita itu ingin berjumpa dengan dirinya. Sudah hampir beberapa minit berlalu, suasana masih lagi sepi di antara mereka berdua.

“Terima kasih sebab Rish sudi datang jumpa aunty.” Akhirnya setelah lama Nedzrish menunggu wanita itu berbicara, terpacul juga kata-kata dari mulut Aunty Marlia.

“Tak ada apalah aunty. Kebetulan, saya tak sibuk. Itu yang boleh jumpa aunty sekejap ni.”

“Kamu kerja ke Rish?”

“Kerja aunty, hari ini last day. Sebab minggu depan dah nak mula semester baru. Saja mengisi masa lapang.” Ujarnya sekadar mahu bercerita sedikit sebanyak tentang dirinya.

“Bagus lah, cari duit banyak-banyak untuk anak isteri.”

“Aunty datang jumpa Rish ni ada apa ya?” Soal Nedzrish yang tidak sabar ingin tahu tujuan sebenar ibu kepada kekasih hatinya mahu berjumpa dengan dirinya. Sudah tentu ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan.

“Mel tak tahu kan yang aunty ajak Rish jumpa aunty ni?”

“Tak, lepas aunty call Rish, terus Rish ke sini. Rish tak ada bagitahu dia apa-apa pun. Kenapa?” Soal Nedzrish dengan dahinya sudah berlapis.

“Aunty harap Rish tak bagitahu Mel tentang pertemuan kita ni, aunty tahu lambat-laun dia akan tahu juga. Tapi buat masa sekarang ni, aunty tak nak Mel tahu. Boleh?” Soal Puan Marlia dengan wajah sedikit gusar. Dia bimbang jikalau Amelda Imani mengetahui tentang pertemuan dia dan Nedzrish, anaknya akan menyalahinya. Hubungan dia dan Amelda Imani juga sudah sedikit renggang semenjak dia ikut campur urusan peribadi anaknya.

“Tapi kenapa aunty?”

“Ikut sajalah Rish apa yang aunty suruh buat ni.”

“Baik lah kalau itu yang aunty nak. Rish tak akan bagitahu Mel.” Ujar Nedzrish akhirnya akur.

“Okay, aunty tak nak buang masa Rish. Aunty terus terang sajalah ya, tujuan aunty jumpa kamu ni sebab aunty nak minta tolong.”

“Aunty nak suruh Rish tolong apa? Kalau Rish boleh tolong, Rish akan usahakan.”

“Tinggal kan Mel.” Nedzrish terkesima mendengar tiga kata itu. Ibu kekasihnya sendiri meminta dirinya supaya meninggalkan gadis itu. Dugaan apakah?

“Aunty nak Rish tinggal kan Mel? Tapi kenapa aunty? Selama ni Rish tak cukup baik ke untuk Mel? Aunty tahu kan yang kitaorang dah lama kenal, dah dekat dua tahun aunty saya dengan dia bercinta. Tak kan senang-senang je aunty nak suruh saya tinggalkan dia.” Luah Nedzrish panjang lebar. Dia benar-benar tidak menyangka Puan Marlia memintanya supaya melepaskan Amelda Imani kerana selama ini wanita berusi 55 tahun itu merestui hubungan mereka tanpa sebarang bantahan.

“Aunty tahu Rish sayang kan Mel dan Mel terlalu cinta kan Rish. Aunty buat semua ni sebab tak nak Mel terluka. Rish dah berkahwin, kalau Rish masih bujang macam dulu, aunty tak kisah Rish. Bercinta lah berapa lama sekalipun, aunty tak halang.”

“Aunty tahu tak yang saya terpaksa dengan semua ni? Aunty jangan lah fikir saya sengaja nak mempermainkan perasaan Mel. Saya tak ada pilihan aunty, saya terpaksa ikut cakap papa saya. Kalau ikut kan hati saya, hanya Mel sorang saja perempuan yang saya nak hidup bersama. Bukan dengan isteri saya atau sesiapapun.” Ujar Nedzrish menerangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Puan Marlia salah faham tentang statusnya sebagai suami orang dan dia tidak mahu wanita itu berfikiran negatif terhadap dirinya.

“Aunty tak fikir pun Rish macam tu. Aunty nampak keikhlasan Rish selama ni, Rish sayang kan Mel sepenuh hati Rish. Tapi aunty ni, sebagai seorang ibu, aunty tak sanggup nak tengok anak aunty kecewa kerana cinta. Aunty tak salah kan Rish, aunty tak nak Mel disakiti.” Ujar Puan Marlia seraya menanggalkan spek mata hitamnya.

“Rish tak kan buat macam tu dekat Mel. Rish tak ada perasaan apa-apa pun dekat isteri Rish. Rish masih cinta kan Mel.”

“Sekarang boleh lah kamu cakap yang kamu sayang kan Mel, esok lusa belum tentu kamu sayang kan dia. Rish, setia lah pada yang satu. Walaupun isteri kamu tu bukan pilihan hati kamu, tetapi dia jodoh kamu. Jangan sia-siakan apa yang ada depan mata.” Nasihat Puan Marlia sejujur hatinya. Dia sudah menganggap Nedzrish seperti anaknya sendiri, dia juga tidak sanggup untuk memisahkan dua hati yang sudah lama mencintai antara satu sama lain. Tetapi dia tidak mahu Mel kecewa satu saat nanti.

“Saya tak rasa Mel setuju dengan semua ni aunty. Saya boleh bahagikan masa saya, walaupun saya dah berumah tangga. Tapi saya tetap jumpa Mel macam biasa. Tak ada apa pun yang berubah aunty.”

“Itu yang aunty tak suka. Kamu dah ada isteri tapi kamu sibuk keluar dengan perempuan lain. Aunty tak nak anak aunty dituduh perampas pula.”

“Perampas apa pulak ni aunty? Mel tak pernah rampas saya daripada sesiapa. Saya tak nak tengok Mel sedih.”

“Biar dia sedih sekarang Rish, biar kamu berdua berpisah sekarang sebelum keadaan lagi teruk. Dengar lah cakap aunty ni Rish, aunty hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. Tolong ya Rish.” Ujar  Puan Marlia mengharapkan kerjasama daripada Nedzrish. Dia memandang lama wajah suram itu dengan perasaan simpati.

“Kami kenal dah lama aunty. Tak kan lah disebabkan saya ni suami orang, saya perlu putus kan persahabatan yang pernah terjalin dulu?”

“Kalau nak berkawan aunty tak ada masalah Rish, cuma jangan lah kamu bagi dia harapan. Sakit bila mencintai hak orang. Aunty harap Rish faham.”

“Saya cuba aunty.” Ujar Nedzrish seraya melepaskan keluhan berat. Permintaan daripada Puan Marlia cukup sukar untuk dia turuti. Dia masih lagi menyanyangi Amelda Imani meskipun hatinya separuh berbisik supaya memperbaiki hubungan suami isteri bersama Qalish Audrina. Nedzrish pusing memikirkan tentang itu.

*Harini bg lebih sikit sebab baik hati hehe enjoy reading, ada lebih kurang 200pages lg untuk saya siapkan. Doakan kelancaran manuskrip ini ye, tqfrreading.