“Mama ingatkan Lish
tidur tadi. Dah lama dah bangun?” Soal Datin Khalidah seraya datang mendekati
menantunya bersama dulang di tangan.
“Dah mandi dah pun ma.
Petang tadi je Lish tidur. Untuk siapa tu ma?” Soalnya bersama mulutnya muncung
ke arah pinggan yang berada di tangan Datin Khalidah.
“Oh, Rish yang kata
dekat mama tadi yang Lish tengah tidur. Untuk Lish lah ni, nak mama suapkan
atau nak makan sendiri?”
“Er.. Kenapa
susah-susah bawa makanan sampai ke atas ni ma. Lish boleh turun sendiri. Susah kan
mama je.” Ujarnya bersama riak wajah serba salah.
“Macam mana Lish nak
turun dengan kaki yang masih tak sembuh lagi tu. Nanti makin teruk pula, kamu
kena banyak berehat. Biar cepat sembuh luka tu.”
“Tak apa ma, Lish boleh
makan sendiri.” Qalish Audrina segera mengambil pinggan di tangan ibu
mertuanya. Segan pula apabila Datin Khalidah sudah bersedia untuk menyuapkan
nasi ke mulutnya.
“Nak segan apa dengan
mama? Lish kan dah jadi sebahagian daripada keluarga mama. Menantu pertama pula
tu, mana ada Lish susahkan mama.” Ujarnya lembut. Dia mengerti tentang keadaan
Qalish yang masih lagi sedang berusaha untuk menyesuaikan diri bersama keluarga
baharunya.
“Lish tak nak susah kan
mama. Lagipula bukan luka dekat tangan ni teruk sangat, boleh pegang sudu dah
pun ma. Dah kurang sikit sakitnya.” Balasnya seraya meneruskan suapan.
“Hmm, Lish ni sama aje
macam Rish. Kalau sakit ataupun demam, bukan main payah lagi mama nak jaga. Nak
ditolong, semuanya tak diberinya.”
“Bukan tak nak bagi
mama tolong, mungkin Rish berfikiran sama macam Lish. Tak nak susah kan mama
je, selagi boleh buat, kita kena cuba sampai dapat. Betul tak ma?”
“Iyelah, kalau bercakap
dengan kauorang berdua ni. Memang mama yang selalu kena mengalah.” Balas Datin
Khalidah sambil ketawa kecil. Dia memerhatikan perangai dan sikap Qalish,
sedikit sebanyak terdapat persamaan antara Nedzrish dan juga isterinya.
“Mama senyum-senyum ni
kenapa? Ada apa-apa yang lucu ke?” Soalnya aneh melihat Datin khalidah
tiba-tiba tersenyum seorang diri.
“Tak, mama cuma
terfikir macam mana kamu boleh jatuh. Yang Rish pun satu hal juga, tak reti nak
jaga isteri dia elok-elok.”
“Bukan salah Rish lah
mama. Qalish yang cuai, tak perasan ada batu besar dekat depan. Lish teruja
dapat naik basikal, sebab dah lama tak naik. Perangai budak-budak tu tak hilang
lagi, itu yang tersembam tu.”
“Lain kali kalau dah
lama tak naik, jangan naik. Tengok ni kan dah luka, walaupun cuma basikal
sahaja. Tapi dah cedera tangan, kaki Lish. Nasib baik tak teruk sangat.” Wajah
penuh kelembutan ibu mertuanya dipandang sekilas. Ada terpancar cahaya kasih
disitu.
“Silap Lish sendiri ma.
Lainkali Lish hati-hati. Mama dah makan?”
“Dah, sebelum Rish
keluar tadi. Makan bertiga dengan dia dan Syaqilah.”
“Rish pergi mana ma?”
Laju sahaja mulutnya menyoal tentang suaminya. Sebelum Nedzrish turun ke bawah,
tiada pula lelaki itu berpesan hendak kemana-mana. Pakaian lelaki itu juga
santai sahaja.
“Teman Syaq keluar
minum. Rish sebenarnya tak nak keluar, dia risau kan kamu kot. Tapi Syaq yang
beria-ria ajak dia keluar sebab budak dua orang tu dah lama tak berjumpa. Kejap
lagi balik lah tu.”
“Iyelah tu dia risau
kan Lish.” Sebenarnya dia bercakap lebih kepada dirinya sendiri. Namun sempat
pula didengari oleh Datin Khalidah.
“Siang tadi pun sewaktu
dia hantar kamu ke bilik lepas cuci luka, wajah dia nampak risau. Dia tak bagi
Syaq hantar bubur kat Lish, dia sendiri nak hantar ke isteri dia.” Cerita Datin
Khalidah bersama senyuman di bibir. Mungkin anak lelakinya sedang cuba untuk
menyesuaikan diri sebagai seorang suami. Dia hanya mampu berdoa supaya Nedzrish
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sebaik mungkin.
“Dia rasa serba salah
kot ma. Tapi bukan salah dia pun.” Qalish sendiri hairan mengapa Nedzrish yang
selama ini tidak kisah akan dirinya, selalu menyakiti hatinya tiba-tiba begitu
prihatin terhadapnya. Wajah cemas lelaki itu terpancar sewaktu insiden tadi.
Wajah lelaki itu lebih cemas berbanding insiden sebelum ini dimana Qalish
hampir kelemasan di Pulau Perhentian.
“Mama harap dia
berubah. Berubah untuk lebih peka dengan tanggungjawab yang dia pikul sekarang.
Mama nak Qalish dengan Rish hidup bahagia.” Datin Khalidah mengelus lembut
tangan kanan menantunya. Sudah jatuh sayang dia terhadap menantunya yang satu
itu. Kesopanan dan kelembutan yang ada pada diri wanita itu mengusik naluri
keibuannya.
“InsyaALLAH ma. Lish pun
harap macam tu.” Ujarnya sekadar mengambil hati si ibu. Bagaimana mereka mahu
hidup bahagia sedangkan Nedzrish sendiri dingin dengannya?
“Mama nak tanya sikit,
Lish tahu tak Rish kerja dekat mana?”
“Tak tahu pula ma. Dia
tak ada bagitahu mama ke?” Soalnya pula. Pelik, tak kan lah Nedzrish
merahsiakan perkara itu daripada mamanya? Kalau dia yang tidak tahu logik juga,
sebab Nedzrish sudah pesan awal-awal antara mereka tiada apa yang perlu
dikongsikan bersama.
“Budak bertuah tu lebih
suka buat hal sendiri. Mama ingat Lish tahu. Itu yang mama tanya.” Ujarnya
seraya melepaskan keluhan kecil.
“Rish tu memang suka
berahsia eh ma? Kalau dengan mama pun dia tak bagitahu, dengan Lish ni jangan
harap lah ma. Tapi yang Lish tahu dia memang tengah kerja sekarang ni. Mengisi
waktu lapang kot ma, sebelum mula semester baru.”
“Rish itulah
satu-satunya anak mama yang susah nak bercakap dengan dia. Bukan sebab dia tak
ada mulut, tapi sebab perangai itu lain daripada lain.”
“Rish kan muda lagi ma.
Orang muda macam tu lah ma, kita bagi dia masa sikit.” Ujarnya seraya
meletakkan pinggan di atas meja kecil di sebelah katilnya.
“Muda apanya, dah
kahwin dah pun. Usia macam Rish tu bukan masa untuk berfoya-foya, sepatutnya
dia fikir untuk lebih bertanggungjawab. Dah kahwin pun masih lagi macam ni.”
Ujar Datin Khalidah melahirkan kebimbangannya.
“Mama tak payah lah
risau sangat pasal Rish tu. Dia tak kemana pun, kalau dia tak keluar bekerja.
Dia ada duduk dekat rumah. Kalau keluar pun, dia keluar dengan kawan-kawan dia.
Biasalah umur macam dia tu, masih lagi nak enjoy.”
Qalish Audrina cuba untuk memahami sisi hidup seorang Nedzrish Eskandar. Dia
juga pernah melalui fasa kehidupan seperti apa yang sedang dilalui oleh
suaminya sekarang. Padanya itu adalah perkara biasa.
“Kalau Rish tu nak
dengar kata orang tua dia, mama tak risau sangat. Rish tu lebih suka buat
kepala dia sendiri.”
“Hmm. Kalau Lish tanya
satu benda ni mama marah tak?” Ujarnya meminta izin.
“Tanya lah. Apa dia?
Tentang Rish ke?”
“Kenapa Lish tengok Rish
dengan papa macam tak baik je? Papa pun selalu bad mood bila bercakap dengan Rish. Yang Rish pulak, pantang kalau Lish sebut nama papa. Mesti dia tarik muka.
Kenapa ya ma?” Dia memang ingin tahu tentang itu. Hubungan dingin antara
Nedzrish dan bapa mertuanya membuatkan dirinya sering tertanya-tanya mengapakah
hubungan mereka tidak seperti hubungan Dato’ Ezzudin dengan anaknya yang lain.
“Kalau pasal tu,
rasanya lebih baik Lish tanya sendiri dengan Rish. Mama bukan tak nak cerita,
tapi mama rasa lagi bagus kalau Rish cerita sendiri.” Datin Khalidah tidak
berniat untuk merahsiakan apa-apa dari menantunya. Namun dia berasa lebih baik
jikalau apa sahaja yang berkaitan dengan Nedzrish diceritakan sendiri oleh
Nedzrish.
“Lish dah tanya dah.
Dia tak nak cerita.” Ujarnya hampa. Hendak mengorek rahsia itu daripada siapa
lagi? Datin Khalidah juga tidak mahu berkongsi cerita dengannya.
“Nanti bila hubungan
kamu berdua dah baik sikit, Lish tanya dia lagi. Tak susah nak mendekati
Nedzrish, kalau kena dengan caranya.” Ujarnya seraya menepuk lembut bahu Qalish
Audrina. Seketika kemudian Datin Khalidah mencapai dulang yang dibawanya tadi.
“Mama turun dulu ya
Lish.”
“Terima kasih mama.”
Ujarnya seraya menghadiahkan senyuman nipis sebelum batang tubuh ibu mertuanya
hilang dari pandangan matanya. Dia kemudian termenung seketika memikirkan
kata-kata ibunya. Adakah dia perlu untuk memulakan langkah pertama menamatkan
kedingingan antara mereka berdua? Adakah dia perlu untuk memujuk hati Nedzrish untuk
serius dengan hubungan sah mereka? Dia buntu. Namun sedikit sebanyak kata-kata
Datin Khalidah meresap ke dalam jiwanya.
*****
“Siapa kat luar tu?”
Sofina yang sedang mengemas fail di atas meja menegur rakan sekerjanya yang
sedang menuju ke arahnya.
“Encik Ammar, Cik
Sofi.” Ujar Mariah, salah seorang pekerja di butik itu.
“Dia ada cakap tak dia
nak apa?” Soalnya bersama wajah yang sudah berubah riak.
“Dia cari Puan Qalish.
Tapi saya dah cakap Puan tak ada, dia tak percaya. Itu yang dia tunggu aje
dekat luar tu.”
“Tak apa, biar saya
pergi tengok. Awak boleh sambung buat kerja.” Ujarnya sebelum terus menghayun
langkah untuk bertemu dengan bekas teman lelaki sahabat baiknya.
“Sofi.” Tegur lelaki
itu bersama segaris senyuman. Dia mengharapkan Qalish yang keluar untuk bertemu
dengan diinya, namun orang lain pula yang berada di hadapannya kini.
“Lish tak ada.” Tanpa
sempat Ammar Riyadh mahu menyoal, Sofina sudah memberikan jawapan kerana dia
tahu lelaki itu datang ke sini hanya untuk mencari Qalish Audrina.
“Tak payah tipu Yadh
lah. Awak cakap dengan kawan baik awak tu, selagi dia tak keluar. Yadh tak akan
balik.”
“Tipu apanya Yadh? Saya
cakap tak ada maknanya tak adalah. Awak nak masuk dalam? Tengok lah sendiri.
Tak ada masa lah saya nak tipu.” Mamat ini pun satu hal. Sudah dimarahi
berkali-kali kerana kerap mencari Qalish, namun tidak dipedulikannya. Sofina
juga sudah letih menasihati lelaki itu supaya melupakan Qalish Audrina.
“Okay. Memang dia tak
akan masuk ataupun lepas lunch hour
nanti dia masuk?” Soalnya sambil menyeluk poket seluarnya.
“Dia cuti hari ini.
Yadh nak apa lagi daripada dia? Kan dah terang lagi bersuluh, Lish dah sah jadi
milik orang lain.”
“Dia ada bagitahu tak
kenapa dia tak masuk kerja hari ini? Dia tak sihat ke?”
“Haah, kurang sihat.
Dia cedera. Dah lah, awak pergi lah balik tengok kafe awak tu, daripada duduk
dekat sini. Tak dapat satu sen pun.” Ujarnya dengan nada serius. Melihat
kesungguhan lelaki itu dia jatuh simpati pula, namun Ammar Riyadh seharusnya
bertindak matang dan tidak terlalu mengikut kata hatinya.
“Cedera kenapa?” Tidak
diendahkan kata-kata Sofina yang seolah-olah menghalaunya. Hatinya dipaut
kebimbangan apabila Sofina memberitahu Qalish tidak sihat.
“Mana lah saya tahu,
dia tak ada bagitahu pula.”
“Dia dekat rumah ke
sekarang ni?”
“Tak lah, dia ada dekat
dalam butik tu. Tengah main bola.” Ujarnya dengan nada memerli. Bosan sungguh
setiap kali berhadapan dengan lelaki itu. Dia bercakap punyalah panjang, namun
pendek sahaja Ammar Riyadh membalasnya. Bagaimana lah Qalish boleh kekal lama
satu ketika dahulu bersama lelaki pendiam itu?
“Okay, thanks.”
“Nak kemana tu?” Soal
Sofina apabila dilihat langkah kaki lelaki itu seperti tidak menuju ke kafenya
yang terletak di hujung sana.
“Nak pergi rumah
Qalish. Awak kata dia kurang sihat kan?” Ujarnya tanpa riak.
“Nak buat apa pulak
pergi rumah dia? Dia tak ada dekat rumah lah.”
“Habis tu dia dekat
mana? Dekat butik tak ada, dekat rumah pun tak ada. Dia ada dekat mana?”
Dahinya sudah berkerut. Adakah Sofina sedang mempermainkan dirinya?
“Dia berada dalam
pelukan suami dia. Dekat rumah mak mertua dia. Kan saya dah cakap dengan awak,
tak payah lah buang masa kejar Qalish. Dia dah bahagia.”
“Awak tahu rumah mak
mertua dia dekat mana?”
“Eh awak gila ke Yadh?
Dah kenapa sampai nak pergi ke sana pulak?
Saya ni kawan baik dia, bukan diari bergerak dia tau. Tak semua pasal dia saya
tahu.” Semakin lama dia melayan lelaki itu, dia boleh menghidap sakit jantung.
Patut lah Qalish sudah give up untuk menasihati lelaki itu supaya tidak menganggunya
lagi. Ammar Riyadh langsung tidak mempedulikan kata-kata nasihat mereka berdua.
“Sofi, saya cuma nak
tengok keadaan dia macam mana. Bukannya nak buat apa pun. Datang sebagai
seorang kawan. Itu pun salah?”
“Siapa cakap tak salah?
Hello, awak sedar tak awak tu lelaki
dan Qalish tu perempuan? Apa nanti kata mak mertua dia kalau awak ke sana?
Hormat lah sikit status Lish.”
“Bagi jela alamat rumah
mak mertua dia. Mustahil awak tak ada.” Ujarnya sinis.
“Kalau rasa-rasa tak
faham bahasa melayu, balik nanti singgah kedai buku. Beli kamus ya.” Ujar
Sofina seraya tersenyum sinis. Pening kepalanya melihat kedegilan Ammar Riyadh.
Malas mahu melayan lelaki itu, dia segera masuk ke dalam butik dan meninggalkan
Ammar Riyadh yang memanggilnya berkali-kali.
****
“Okay Sofi. Thanks.” Ujarnya seraya mematikan
talian. Satu keluhan berat dilepaskan. Sebentar tadi Sofina menelefonnya untuk
memberitahu tentang kehadiran Ammar Riyadh ke butiknya. Dia tidak memahami
mengapa lelaki itu tidak pernah berputus asa untuk mendapatkannya kembali.
Sewaktu mereka bercinta dahulu, apabila Qalish membangkitkan soal perkahwinan.
Pastinya lelaki itu akan mengelak untuk berbincang mengenai itu. Benarlah kata
orang, manusia akan belajar menghargai apabila seseorang itu sudah pergi jauh dari
hidupnya.
“Sampai bila Yadh nak
seksa hati kita macam ni Yadh. Yadh fikir Lish tak terkseksa ke bila tengok
hidup Yadh tak tentu arah bila Lish pergi jauh dari Yadh.” Qalish memicit
kepalanya yang terasa sedikit pening itu. Dia pening memikirkan soal itu. Dia
sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menjauhkan dirinya dari lelaki itu.
Berlarilah sejauh mana, pasti Ammar Riyadh akan mengejarnya tanpa jemu.
“Apasal dengan kau ni?
Mengeluh je dari tadi. Siapa call?”
Nedzrish yang baru keluar dari kamar mandi menegur isterina yang kelihatan
sedikit resah bersama telefon bimbit di tangan kirinya.
“Call dari butik.” Ujarnya pendek.
“Kenapa? Ada masalah
ke?” Nedzrish mengeluarkan sehelai t-shirt berwarna kuning dari dalam
almarinya.
“Ada masalah sikit.
Kita balik hari ini kan?”
“Balik esok jelah.”
Ujarnya tanpa nada. Dia kemudiannya membaringkan tubunya di atas katil
bersebelahan dengan Qalish Audrina yang sedang melunjurkan kakinya di atas
katil.
“Balik esok? Mana boleh
Rish, awak dah janji dengan saya nak balik hari ini kan. Asyik bertangguh je.”
Dia sudah mula merungut, sungguh hatinya tidak tenang meninggalkan butiknya
lama-lama. Fikirannya asyik teringatkan beberapa rekaan baju yang perlu diubah.
Nedzrish tidak membalas
kata-kata isterinya. Sebaliknya tangan kanannya segera menepuk kuat lutut
Qalish Audrina yang masih tidak sembuh sebenarnya. Terjerit isterinya dek
kerana kesakitan.
“Sakit ke?” Soalnya
tanpa rasa bersalah. Qalish sudah tayang wajah seperti mahu menyumbat bola keranjang
ke mulut suaminya.
“Tak sakit pun. Rasa
dia macam kena gigit semut je. Tak sakit langsung.” Ujarnya. Memerli. Sudah
tahu lagi kan mahu bertanya.
“Tak sakit? So, boleh lah kalau aku…
“Sakit lah!” Qalish
Audrina menghalang tangan Nedzrish yang mahu menyakiti kakinya yang sedang
menahan kepedihan kerana luka masih lagi tidak baik.
“Kau sendiri tahu
jawapan dia kan. Rehat lah, tak payah nak fikir kerja sangat. Tak mati kebulur
pun kalau sehari dua tak masuk butik. Relaks okay?” Ujarnya lembut, lebih kepada
memujuk isterinya supaya tidak terlalu risaukan tentang kerjanya.
“No. Mana boleh. Saya setuju nak tinggal sehari lagi dekat sini
sebab awak cakap hari ini kita akan balik ke rumah kita.”
“Kenapa kau ni susah
sangat nak dengar cakap aku? Kaki kau tak sihat sepenuhnya, kalau nak jalan pun
masih lagi sakit. Macam mana kau nak buat kerja?” Nedzrish mulai bengang
melihat kedegilan Qalish Audrina yang tidak mahu mendengar saranannya. Dia
bukan tidak membenarkan Qalish bekerja, dia cuma mahu pastikan wanita itu
betul-betul sembuh. Itu sahaja.
“Saya buat kerja duduk
lah. Saya bukan nya kerja dekat site.
Saya kerja dalam ofis, ada aircond.
Ada kerusi, tak ada apa pun yang nak dirisaukan.”
“Duduk rumah sampai kaki kau sembuh. Fullstop.” Nedzrish terus memberikan
kata putus. Kalau dibiarkan bertekak lama-lama, semakin banyak pula alasan yang
diberikan oleh isterinya.
“Saya nak balik hari ini. Kalau awak nak duduk sini
lagi sehari, saya tak ada masalah. Esok kalau awak nak balik rumah, awak call je saya. Nanti saya ambil awak.”
“Kalau kau nak kerja juga esok, boleh. Tapi ada satu
syarat.”
“Nak kerja pun ada syarat ke? Apadia Rish?” Ujarnya
bersama riak wajah masam. Entah apalah syarat merapu yang perlu dia patuhi.
“Kau boleh masuk kerja dengan keadaan kaki kau yang
tak baik sepenuhnya, kalau kau guna kerusi roda.” Ujarnya selamba. Dalam hati
sebenarnya sudah ketawa geli hati dengan ideanya sendiri yang terlebih over itu.
“Hah? Ei Rish! Kaki saya ni luka ajelah, bukannya
patah pun sampai nak kena pakai kerusi roda.” Terasa mahu jerit sahaja di
telinga lelaki itu, apa punya syarat lah. Itu bukan syarat menyenangkannya, itu
syarat yang hendak memalukan dirinya.
“Cuba bagitahu aku macam mana kau nak pergi butik?
Jalan pun terhincut-hincut. Kalau kena sepak tu, terus tempang tau.” Tak faham betul dia dengan isterinya yang tidak
peduli tentang kesihatan sendiri.
“Saya boleh jalan lah. Slow-slow kan boleh.” Masih lagi membantah. Nasib kau lah
Nedzrish dapat isteri yang terlalu gilakan kerja.
“Ikut suka hati kau lah. Kau nak jalan menonggeng
ke, nak membongkok ke lantak kau ler.”
Nedzrish sudah malas mahu bertekak dengan isterinya yang jelas tidak mahu
mendengar katanya.
“Kita balik hari ini eh?” Ujarnya lembut.
Mengharapkan suaminya akan bersetuju kali ini.
“Nanti kalau papa dengan mama tanya, kau jawab
sendiri. Aku tak ada kaitan. Aku dah malas nak cakap dengan orang keras kepala
macam kau ni.” Nedzrish segera menurunkan kakinya memijak lantai. Kemudiannya
dia meninggalkan isterinya bersendirian di dalam bilik itu.
*******Salam. Saya akan stop post novel "Be mine, Eh?"smpai bab30 shj di blog. selebihnya saya akan fokus untuk manuskrip penuh. kalini takde novel baru sebab nak fokus untuk siapkan manuskrip penuh, so apa-apa akan diupdate insyaALLAH kalau dgan izin ALLAH naskah ini ke layar cetak. thankyou kepada semua yang support cerita ni dr awal sampai akhir doakan pembikinan novel ni sampai ending ya. Thanks a lot (:
*******Salam. Saya akan stop post novel "Be mine, Eh?"smpai bab30 shj di blog. selebihnya saya akan fokus untuk manuskrip penuh. kalini takde novel baru sebab nak fokus untuk siapkan manuskrip penuh, so apa-apa akan diupdate insyaALLAH kalau dgan izin ALLAH naskah ini ke layar cetak. thankyou kepada semua yang support cerita ni dr awal sampai akhir doakan pembikinan novel ni sampai ending ya. Thanks a lot (: