“Kau buat hal lagi ya sayang, kenapa kau suka sangat menyusahkan aku hah?!” Rungut Zafran sambil mengepal penumbuk. Dalam minggu ini sahaja, sudah 3kali motor kesayangannya rosak di tengah jalan. Sebal sungguh hatinya.
Tiba tiba telefon
bimbitnya berdering meminta segera untuk diangkat.
“Hello Zaf. Kau kat
mana tu? Okay tak?”Sapa suara garau itu prihatin.
“Hah aku dah setengah
mati dekat sini. Kau baru sibuk nak call. Aku okay sangat okay Rief terpacak
bawah cahaya matahari yang sejuk ni.” Jerkah Zafran sinis.
“Er.. Sorry Zaf. Aku
dalam meeting tadi. Kau kat mana ni? Cakap lah cepat, aku nak hantar orang ni
ambil kau.” Balas Edrief di hujung talian itu.
“Huh! Aku dekat Jalan
Masjid India ni, cepatlah sikit!” Bentak Zafran geram sebelum mematikan talian.
“Dasar tak guna punya
kawan! Aku dah macam separuh nyawa dekat sini dia tak hantar orang lagi. Bagus!
Arghhh!” Dia menguak kasar rambutnya yang sudah kusut masai itu. Hilang
kemachoannya seketika.
Dia terus berdiri
meninggalkan motornya tersadai di tepi jalan itu dan terus berjalan pantas
menuju ke sebuah restoran. Tekaknya terasa sangat dahaga dek matahari yang
panas memancar kearahnya.
Baru beberapa langkah
Zafran berjalan, tiba tiba tangannya dipaut kalut oleh seseorang. Lantas kakinya
terpasak ke bumi. Dia sendiri tergamam dan tertanya tanya dengan apa yang
sedang berlaku.
“For your information
Zik, ni boyfriend baru I, I dengan dia plan nak nikah hujung bulan ni. You
faham tak? So takada alasan you taknak lepaskan I kan. I serius dengan dia Zik.
Tolong lepaskan I!” Bentak seorang gadis yang entah dari mana datangnya tiba
tiba memaut lengan Zafran sebelum memperkenalkan dia kepada seorang lelaki yang
jelas kelihatan tertekan.
“Ya tuhan, perempuan
gila mana pula ni buat lawak tengah hari buta cakap aku bakal suami dia. Dah
buang tebiat ke apa!” Zafran bermonolog sendirian kerana masih lagi terkejut
dengan drama percuma yang terpaksa ditontonnya itu.
“You… Apa you cakap ni?
I sayang you I cintakan you sampai mati. Tolong lah jangan buat I macam ni, I
merayu ni sayang.”
“Hei you tak dengar ke
apa yang I cakap tadi? He’s my future husband, I akan kahwin dengan dia. Did
you get it?!” Balas gadis itu yang sudah mula berubah intonasi.
“Sayang, I tahu you
tipu I. Sayang please jangan siksa I
macam ni….” Luah lelaki itu sambil cuba untuk merangkul pinggang gadis kecil
molek itu.
Bukkkkkkkkkkkk! Tubuh
lelaki itu terdorong jatuh ke atas lantai.
“Kau jangan nak buat
aksi 18sx dekat sini bro, kau dengar tak dia cakap apa? Dia bakal isteri aku, kau
takpayah nak menagih simpati. Baik kau blah sekarang sebelum lubang hidung kau
cium jalan tar. Berambus!” Balas Zafran bengang kerana dia sememangnya tidak
suka lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita sesuka hati.
“I akan cari you sampai
mati Sara, I bersumpah! I’ll never let you go.” Balas lelaki itu sambil menahan
kesakitan sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Hah yang kau ni pula
apahal tiba tiba paut lengan aku then cakap aku bakal suami kau? Kau dah gila
ke?! Aku kenal kau pun tak!” Tersentak gadis itu sebelum melepaskan pautannya
di lengan Zafran.
“Err… I err nama I
Meyl.” Balas gadis itu tersekat sekat kerana gerun dengan suara Zafran yang
mula meninggi itu, namun dia tetap menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan
lelaki itu.
Zafran hanya memandang
huluran gadis itu dengan pandangan yang sinis. Heh tak ingin aku nak sentuh kau
lah perempuan taktahu malu!
“Weh perempuan, ada aku
suruh kau kenalkan diri kau ke? Aku tanya lain kau jawab lain, patutlah
bangang. Ada boyfriend handsome tapi kau lepaskan macam tu je. Kau ni memang
psycho lah.”
“Hei you jaga sikit
mulut you! You taktahu apa yang terjadi jangan main sedap nak cakap. Mulut
serupa longkang!” Balas gadis itu kegeraman.
“Kau ni memang dasar
perempuan tak tahu malu! Kau dah libatkan aku dengan masalah cinta bodoh kau
ni, lepastu kau nak salahkan aku pula. Cantik perangai kau. Aku sanjung tahu.”
Ucap Zafran dengan nada mengejek.
“Okay okay I minta
maaf, I tahu I salah. Tapi takpayah lah suka suka cakap macam tu. I pun ada
hati okay.”
“So? Apa kaitan dengan
aku? Eh aku tak kisah lah hati kau nak kecut ke nak sentap ke dengan aku, pergi
lantaklah! Aku nak pesan dekat kau. Kau jangan suka suka laki mak kau libatkan
orang lain dalam masalah kau. Nak bercinta gunakan otak, bukan kepala lutut.”
Balas Zafran sebelum meninggalkan gadis itu yang terkebil kebil sendirian.
********
“Bro aku minta maaf sebab
tak dapat tolong kau tadi. Aku dah call Achong tapi tiba tiba dia ada
emergency. Err motor kau mana?” Soal Edrief kalut sejurus sahaja susuk tubuh
sasa itu melangkah longlai ke ruang tamu.
“Kenapa kau tak datang
tadi Rief? Kau tahu tak berejam jam aku tunggu kau kat sana tadi. Dahlah panas
terik! Kau memang tak guna tahu!” Zafran
mula mengamuk, dia menghempas kuat remote television sehingga pecah berderai.
“Err Zaf aku minta
maaf. Aku bukan taknak datang, tapi tadi boss aku minta aku teman dia pergi
lunch. Maafkan aku eh Zaf?” Edrief menepuk lembut bahu sahabatnya itu cuba
untuk menenagkan dirinya.
“Dah lah kau tak salah
pun. Aku malas nak fikir dah, aku penat ni Rief. Motor aku dekat bengkel. Aku
balik naik teksi tadi.” Tutur Zafran perlahan setelan dia mula rasa tenang.
“Hm aku minta maaf lagi
sekali Zaf. Eh kau dah makan? Aku ada belikan nasi ambang, nanti lepas mandi
kau makan tau. Aku nak keluar sekejap jumpa Zerra lepas Isyak nanti.”
“Hah tu lah kerja kau
dating sampai lupa member sendiri. Aku ada benda nak share dengan kau ni,
pinjam telinga gajah kau kejap.” Ujar Zafran sambil membetulkan duduknya.
“Kau tu pergi cari awek
sorang, jangan nak panas baran tak tentu pasal. Kempunan mak kau nanti nak
bermenantu, hah apa dia?” Soal Edrief teruja ingin tahu.
“Perempuan ni
menyusahkan tahu. Ni ha masa aku tunggu kau punya pertolongan yang sampai sudah
tak muncul tu, ada sorang perempuan entah dari planet mana. Tiba tiba datang
dekat aku cakap aku ni bakal suami dia depan ex boyfriend dia. Gila kau tahu!
Dia nak lepaskan diri dia tapi dia libatkan aku yang suci taktahu apa apa ni.
Aku dah cakap perempuan ni memang menyusahkan!” Luah Zafran dengan nada yang
tidak terkawal.
Edrief sudah ketawa
terbahak bahak mendengar cerita sahabatnya itu, Zafran hanya diam menahan rasa.
“Memang patut pun dia
buat macam tu dekat kau. Yelah kau kan anti sangat dengan perempuan. Kebetulan
kau ada dekat situ dia kaut kau jadi
suami express dia. Eh cantik tak bro?”
“Kalau cantik pun kau
ingat aku nak pandang ke? Ehh aku allergic tahu dengan perempuan ni. Sejak
Sofia tinggalkan aku sebab nak kejar cinta sejati pengkid tu, aku anti dengan
perempuan ni semua. Gedik mengada ngada.”
“Kira cantik lah kan?
Alah okay apa. Dia yang mengorat kau dulu, bukan senang nak dapat perempuan
yang berani macam tu tau.” Balas Edrief sambil ketawa mengekek.
“Kau ni memang tak guna
lah! Kebetulan je tu. Dah lah berdesing telinga aku dengar kau mengutuk aku,
aku nak mandi.” Balas Zafran sebelum berlalu ke biliknya.
********
“Assalamualaikum Dato’.
Laila kata Dato’ nak jumpa dengan saya, ada apa ya?” Tegur Zafran sopan selepas
mendapat keizinan untuk masuk ke dalam bilik bossnya itu.
“Waalaikumussalam,
silakan duduk. Zafran, saya ada sesuatu nak minta tolong pada awak. Saya harap
awak tak menolak. Oh ya ini bukan pertolongan sebenarnya ini adalah arahan. You
will be paid.” Balas Dato’ Mursyid memulakan bicara.
Zafran tergaru garu
kepalanya yang tidak gatal itu sambil dahinya berkerut. “Uish orang tua ni lain
macam aje bunyi dia, seram pula bulu roma aku.” Zafran mula mengomel sendirian.
“Zafran, saya tak
banyak masa ni, saya nak ke London petang karang. Okay dalam masa sebulan ni
awak takpayah datang pejabat, awak akan saya tukarkan kerja dengan anak saudara
saya. Dia betul betul perlukan orang sekarang ni. Kamu kerja dengan dia ya?
Lepas sebulan kamu kerja dekat sini semula, tempat kamu akan diambil sementara
waktu oleh Asyraf.”
“Hah? Tapi kenapa
Dato’? Kerja dengan siapa di mana sebagai apa?” Soal Zafran bertalu talu yang
jelas terkejut dengan arahan mengejut dari bosnya itu.
“Sebab dia terdesak
perlukan orang untuk jadi driver dia sekarang ni, driver dia terpaksa
diberhentikan sebab suka ambil
kesempatan ke atas perempuan. Awak tahu kenapa saya pilih awak? Sebab selama
2tahun awak kerja dekat sini, saya perhatikan awak tak berminat nak bercakap
dengan perempuan. Awak jujur. Sebab itu saya minta tolong awak, tolong ya.
Sebulan aje.”
“Er baiklah Dato’. Saya
akan ikut semua arahan Dato’, terima kasih kerana percayakan saya selama ni.
Boleh saya tahu siapa anak saudara Dato’?” Zafran akhirnya mengalah walaupun
dia tidak suka dengan arahan Dato’ Mursyid yang dianggap mengarut kerana
terpaksa kerja dengan makhluk yang bernama perempuan.
“Dia bekerja di anak
syarikat kita satu lagi, di Putrajaya.
Sara nama dia, anak saudara kesayangan saya tu. Nanti awak berkenalan
lah dengan dia. Selain awak jadi driver dia saya harap awak dapat menjaga
keselamatan dia. Esok awak dah mula bekerja dengan dia. Esok awak terus datang
ke alamat ni, rumah dia.” Kata Dato’ Mursyid sambil menghulurkan sekeping kertas kecil.
“Oh ya Zafran, pasal
duit minyak awak takpayah risau sebab dia akan bagi kemudian. Tapi awak kena hantar
dan pastikan keselamatan dia kemana sahaja dia pergi. Awak faham?”
“Faham. Baiklah Dato’.
Saya ikut semua seperti yang Dato’ arahkan.”
“Terima kasih Zafran
kerana sudi tolong saya, awak boleh keluar sekarang Zafran. Ingat pesan saya ya.”
Ucap Dato’ Mursyid sebelum Zafran meninggalkan biliknya.
********
“Assalamualaikum.”
Zafran memberi salam setelah pintu utama
banglo itu terbuka untuknya.
“Waalaikumussalam, oh
anak ini mesti orang Dato’ Mursyid kan? Boss baru kamu ada dekat dalam baru
sudah sarapan. Kejap lagi dia keluar, eh masuklah dulu.” Pelawa seorang wanita
berusia lewat 50-an yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Ton.
“Eh takapalah Mak Ton,
saya tunggu di luar sahaja. Tolong bagitahu Cik Sara saya dah sampai, oh nama
saya Zafran Mikhail. Panggil Zaf je.” Balas Zafran ramah sambil mengukirkan
senyuman.
“Kamu tunggu kejap ya,
Mak Ton panggilkan Cik.” Kata Mak Ton sambil tergesa gesa masuk ke rumah besar
itu.
“Er… Encik Zafran, nama
saya Meyl Nur Qaisara. Panggil saje Meyl. Boss baru awak. Jom lah kita ke
pejabat saya. Saya dah lewat ni.” Tegur satu suara dari arah belakang
mengejutkan Zafran dari lamunan.
Sebaik sahaja Zafran
menoleh mulutnya ternganga luas dan mukanya mula merah menahan marah.
“Kau?! Perempuan gila?
Kau boss aku? Kau?!” Zafran bersuara sedikit kuat dek kerana terlalu terkejut
kerana tidak menyangka perempuan yang membuatkan dia marah tempoh hari adalah
boss barunya.
“Kalau macam ni aku
letak jawatan sekarang jugak! Aku akan hantar surat letak jawatan pada Dato’
Mursyid esok. Spoil mood aku pagi pagi buta ni.” Luah Zafran sebelum segera
berlalu meninggalkan Meyl yang termangu mangu sendirian.
“Zafran please, saya
minta maaf dekat awak. Awak tak boleh buat macam ni, Dato’ Mursyid dah minta
tolong awak. Awak pun dah setuju so you can’t do this to me. Frankly speaking
saya pun tak tahu orang yang Pak Ngah maksudkan tu adalah awak, kalau saya tahu
memang saya tolak mentah mentah. Awak dah janji Zafran, tolong tunaikan janji awak.” Meyl
sempat menahan Zafran dari berlalu pergi.
“Hei perempuan gila!
Aku cakap aku tak nak, aku tak nak lah! Kau pekak ke apa hah?”
“Okay. Awak boleh pergi
tapi awak tak akan dapat satu sen pun gaji awak untuk bulan lepas dari Zaltech
Holding. Awak fikirkanlah betapa sukarnya nak cari kerja sekarang ni. Awak kira
bernasib baik sebab Pak Ngah saya memang baik hati tolong orang yang dalam
kesusahan.” Meyl cuba memujuk Zafran kerana dia tidak ada pilihan lain. Dia
yakin lelaki itu tidak akan mengapa apakanya. Cuma mulutnya sahaja yang
berbisa, namun tidak menjadi masalah yang serius bagi Meyl.
Zafran terkedu. Bijak
betul perempuan ni bermain dengan emosi. Dia mula mengimbas saat dimana dia
ditimpa kemalangan dan Dato’ Mursyid yang membantunya sehingga dia diberi
peluang untuk bekerja di syarikat beliau.
“Kau memang tak guna!
Kau pergi masuk kereta sekarang sebelum aku ubah fikiran!” Jerit Zafran lantang
lalu dengan langkah laju terus menuju kearah kereta.
“Dah sampai.” Tutur
Zafran setelah sampai di hadapan
bangunan yang tersergam indah itu.
“Woi kau nak suruh aku
ambil kerusi roda ke bawa kau naik atas hah? Turun lah cepat! Aku takada masa
nak tunggu kau!” Tengking Zafran.
“Sorry I tertidur tadi,
er takpayah lah jerit jerit. I belum pekak lagi okay. Pukul 5 ambil I dekat
sini.” Arah Meyl sebelum keluar dari
perut kereta BMW nya itu.
“Dasar perempuan
menyusahkan.” Zafran menghentak stereng
sekuat hati. Sungguh dia tidak menyangka sama sekali akan bertemu lagi dengan
perempuan sakit mental itu. Arghhh sebulan aku kena hadap muka dia. Boleh kena
darah tinggi aku macam ni asyik nak mengamuk je. Omel Zafran seorang diri.
********
“Zaf, lambat balik
harini?” Sapa Edrief setelah Zafran melabuhkan duduk di sebelahnya.
“Aku lepak mamak tadi,
jumpa Darwish dengan Akil. Hah diaorang kirim salam cinta kat kau.”
“Macam ni lah kawan
bukan nak ajak, hm macam mana kerja baru kau? Okay?” Edrief mula menyoal ingin
tahu.
“Kebetulan je aku singgah tadi, bukan plan
pun. Kau ingat lagi tak perempuan gila yang aku cerita hari tu?”
“Lah ingat sangat,
minggu lepas baru kau cerita. Apa kaitan dengan dia pula?”
“Well dia boss baru
aku.” Cerita Zafran sambil membuat muka selamba.
“Kau biar betul ni Zaf?
Macam mana kau nak kerja dengan dia? Bukan kau taksuka ke dengan dia? Apa
cerita ni bro?” Soal Edrief bertalu talu yang jelas terkejut.
“Kau ingat aku tahu ke
dia bakal boss baru aku? Pagi tadi baru aku tahu lepas aku lapor diri untuk
kerja dengan dia. Terkejut beruk aku. Terus naik darah aku ni tengok muka dia.
Rupa rupanya dia anak saudara Dato’ Mursyid. Terpaksa lah aku hadap muka
perempuan gila tu selama sebulan ni. Hell yeah!”
“Jodoh antara kau
dengan dia kuat ni, tu pasal kau orang dipertemukan sekali lagi. Dah lah bro
buang lah sikit ego kau tu, dia tak bersalah pun. Lagipun dia dah minta maaf
kan.” Edrief cuba untuk menasihati Zafran meskipun dia tahu itu hanya sia sia.
Zafran keras kepala.
“Dah kau tak payah nak
mulakan syarahan agama kau. Aku tak kuasa nak fikir. Yang penting dia dah buat
silap besar sebab kenal dengan aku. Bernanah telinga perempuan tu lepas ni. Aku
masuk bilik dulu bro” Ucap Zafran sebelum berlalu pergi meninggalkan Edrief.
********
Pagi pagi lagi Meyl
sudah menelefonnya menyuruhnya mengambil gadis itu di rumahnya kerana ingin
menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Bangi. Zafran mengetap bibir kerana
terpaksa mengorbankan waktu tidurnya semata mata menghantar bosnya itu.
Brit britt…
“Zafran don’t be late.
Awak ambil saya dekat rumah pukul 10 okay. Oh ya, awak nak ikut sekali tak?”
Dahi Zafran berkerut setelah membaca sms yang dikirimkan
oleh Meyl. Si gila ni nak ajak aku sekali? Dia ni bodoh ke apa? Kawan dia bukan
kawan aku. Dasar perempuan sakit otak. Dalam kegeraman sempat pula dia membebel
sendirian.
“Kau dah kacau hari
cuti aku lepas tu sedap sedap kau je nak arah aku jangan lambat. Selama ni pun
kau yang lembab. Aku selalu punctual tahu. Heh perempuan! Kau takpayah nak ajak
aku sangat, tak ingin aku pergi dengan kau. Jangan nak berangan nak kenalkan
aku sebagai boyfriend kau pula.” Butang send ditekan sebelum dia segera berlalu
ke kamar mandi.
Meyl hanya menggeleng
kepala membaca sms dari Zafran itu, dia tidak berniat untuk membalas kerana tidak mahu bergaduh pagi pagi
buta dengan mamat itu. Hanya akan merosakkan moodnya sahaja. Sejak
mengenali Zafran sehinggalah lelaki itu
menjadi drivernya, dirinya sering sahaja dimaki diherdik. Seperti dia pula yang
menjadi kuli. Meyl mengeluh sendirian.
“Zaf sorry sebab awak
terpaksa tunggu saya lama dalam kereta ni. Kawan saya dari Singapore baru
sampai, tu yang lambat sikit. I’m so sorry.” Meyl meminta maaf setelah dia
masuk ke dalam perut keretanya itu.
“Sedapnya kau cakap.
Kau ingat aku ni tunggul ke apa hah? Perempuan jenis apa kau ni? Tak tahu nak
hormat perasaan orang lain? Kalau kau taknak balik lagi bagi lah tahu aku awal
awal bukan biar aku tercongok macam orang bodoh dekat sini! Sejam aku tunggu
tahu tak!” Zafran menghamburkan kemarahannya.
Meyl hanya mengetap
bibir, dia sudah agak lelaki itu pasti mengamuk. Sememangnya Zafran seorang
yang menepati masa tidak pernah lewat walau sesaat pun. Dia mula rasa bersalah
kerana membiarkan lelaki itu menunggu lama.
“Zaf saya memang betul
betul minta maaf. Saya kelam kabut dekat dalam tadi, tak sempat nak bagitahu
awak. Errr I’m so sorry Zaf.” Ujar Meyl
lembut cuba memujuk Zafran.
“Kau jangan fikir kau
orang kaya, ada syarikat besar kau boleh senang senang sakitkan hati orang
ambil kesempatan keatas orang lain. Kau jangan ingat kata maaf kau boleh beli
hati orang.” Balas Zafran.
“Apa masalah you ni
hah? You pekak ke tak dengar I dah minta maaf. Tak cukup lagi ke? Yes I tahu
salah I. Tapi I dah minta maaf. You nak apa lagi? You boleh berkasar dengan
orang lain but not me. Dah, jalan sekarang!” Meyl bersuara sedikit lantang. Dia
sudah mula berang dengan mulut Zafran yang sangat pedas dan berbisa itu.
“Kau memang hanya tahu
mengarah, perempuan gila!” Ucap Zafran sebelum memecut laju.
Meyl hanya memerhatikan
tingkah laku Zafran. Lelaki itu sering sahaja mengamuk tidak tentu pasal. Hal
kecik akan diperbesarkan seolah olah hal yang serius. Sabar Meyl, tak lama lagi
kau tak akan hadap muka mamat berlagak ni lagi. Meyl membebel sendirian di
dalam hatinya.
********
“Assalamualaikum Zafran.”
Kedengaran suara di hujung talian memberi salam memulakan bicara.
“Waalaikumussalam
Dato’, ye ada apa Dato call saya? Ada apa apa boleh saya bantu?” Soal Zafran
kehairanan kerana Dato’ Mursyid jarang menelefonnya melainkan jika ada hal
penting.
“Tak ada apa apa pun
Zaf. Saya Cuma nak tanya awak. Selama seminggu awak kerja dengan anak saudara
saya tu macam mana? Okay? Semuanya baik baik sahaja kan?”
“Ohh pasal tu. Ya
Dato’. Semuanya baik baik sahaja. Saya jalankan segala tanggungjawab dan amanah
yang telah Dato’ arahkan kepada saya. Dato’ jangan risau, keselamatan Cik Meyl
sentiasa saya utamakan.” Balas Zafran cuba untuk melakonkan watak baiknya itu.
“Oh baguslah. Saya saja
nak tanya dan dengar sendiri dari mulut awak. Lega saya. Sebab saya ada call
Meyl dia cakap dia tak ada apa apa masalah dengan awak. Dia suka cara awak
bekerja, awak punctual orangnya dan takpernah
lewat menghantarnya ke pejabat. Terima
kasih ya Zafran”
“Er Dato’ itu memang
sudah menjadi tanggungjawab saya lagipun saya dibayar bukan bekerja secara
percuma jadi saya kena berikan yang terbaik. Dato’ dekat London berapa lama
lagi?”
“Tapi awak tetap dah
tolong saya yang saya sendiri tak mampu untuk melakukan seperti yang awak buat untuk anak saudara saya tu,
lagi dua minggu saya balik. Banyak kerja nak selesaikan dekat sini Zaf.” Ujar
Dato’ Mursyid sambil melepaskan keluhan berat.
“Tak apalah Dato’,
selesaikan satu persatu. Mengenai hal
dekat sini, Dato’ tak perlu risau sebab saya ada untuk jagakan anak saudara
kesayangan Dato’. Razlan pun ada untuk uruskan syarikat sepanjang Dato tiada
disini.”
“Baiklah Zafran, terima
kasih sekali lagi. Saya minta diri dulu sebab ada meeting sebentar lagi. Awak jaga Meyl baik baik Zaf.”
Pesan Dato’ Mursyid untuk kali yang entah ke berapa. Sayang betul dia dekat Meyl Nur Qaisara, seperti
anak kandungnya sendiri.
********
“Hah kau kenapa tiba
tiba suruh aku ambil pukul 9 pula? Oh lupa pula kau kan boss. So kau boleh
masuk ikut sukahati kau lah kan. Dasar orang kaya berlagak.” Zafran mula
memanaskan hati Meyl setelah gadis itu melabuhkan duduk di tempat duduk
belakang.
“You ni tak reti penat
ke gaduh dengan I? Pagi pagi lagi cari pasal. Huh! I nak jumpa dengan klien.
After lunch I masuk office. Oh ya kita pergi bangsar, now. Faster Zafran because klien I dah nak sampai. I
taknak lambat.” Arah Meyl ibarat mem
besar.
“Kau ni memang sakit
jiwa agaknya! Aku terpacak dari pukul 8.30 tadi dekat depan kereta ni tunggu
kau bersiap macam tuan puteri, tapi takadalah cantik mana pun. Pakai make up
tebal tebal serupa macam hantu kak limah.” Balas Zafran sambil tergelak sinis.
Dia memang gemar menyakitkan hati Meyl.
“Ewah ewah sedapnya
mulut si driver cabuk ni cakap muka I macam hantu. Hello muka I suka hati I lah
nak pakai make up tebal mana, bukan I solek muka you pun. Yang macam muka pecah
rumah tu. Mesti lagi hodoh kalau make up kan.” Meyl mula menghangatkan suasana
antara mereka.
“Dah pandai membidas
sekarang si sewel ni. Lagi sekali kau cakap muka suci aku ni macam muka pecah
rumah, aku hantar kau pergi hospital sakit jiwa. Aku serius ni Meyl. Aku yang
drive so aku boleh buat apa sahaja.” Ujar Zafran cuba untuk menakut
nakutkan Meyl.
“Yelah I senyap, dah
sampai nanti bagitahu. I nak tidur kejap,” Balas Meyl perlahan sebelum memejamkan
matanya.
“Bila naik kereta je
kau tidur, pemalas tahu tidur je.” Bebel Zafran sendirian.
********
Zafran hanya
memerhatikan tingkah laku Edrief yang seperti tergesa gesa mahu keluar itu. Dia
hanya menggeleng kepala meilhat kerenah sahabat baiknya itu. Bila hujung minggu
sahaja Edrief pasti akan meluangkan masa
bersama kekasihnya itu. Dia yang masih lagi bersendirian tanpa teman. Biarlah
luka di hati sembuh dulu. Hati Zafran berbisik sendiri.
“Morning Zaf, awal
bangun hari ni.” Sapa Edrief setelah mengambil tempat dihadapannya.
“Good morning bro. Aku
terjaga tadi terus takboleh tidur. Kau nak kemana dengan Zerra pagi pagi ni? Pergi nikah dekat Thailand?”
“Eh mulut kau ni aku
cili baru tahu, Zerra ajak aku teman dia pergi kenduri kahwin bestfriend dia.
Dekat Seremban. Tu yang aku bersiap awal pagi ni, kau tak keluar?” Soal Edrief
sekadar ingin tahu.
“Aku bukan ada
girlfriend macam kau bro yang asyik nak keluar je, aku nak rehat je dekat
rumah. Letih badan asyik bekerja je.”
“Nanti aku bawak balik
minah indon sorang untuk teman kau eh. Aku pergi dulu.” Balas Edrief sebelum
meninggalkan Zafran yang kelihatan bengang dengan kata katanya itu.
“Hello Zaf, awak dah
bangun?” Sapa suara Meyl di hujung talian sejurus Zafran menekan butang hijau.
“Dah lama dah, kau nak
apa cari aku pagi pagi ni? Kau jangan cakap aku kena hantar kau pergi mana
mana. Hari ni hari cuti. Tolong hormat privacy orang Meyl.” Zafran bersuara
keras.
“No excuse Zafran, awak
datang rumah saya pukul 11 ni okay. Saya tunggu. Saya nak ke Sogo jumpa kawan saya.” Arah Meyl tanpa
menghiraukan kata kata Zafran.
“Woi perempuan sewel!
Hari ni hari Ahad masa untuk aku cuti rehat dekat rumah, daripada aku hadap
muka kau baik aku jaga lembu. Kau ambil teksi. Aku malas nak hantar. ”
“I taknak dengar apa
apa alasan dari you Zafran, apa yang I tahu lagi sejam I nak you ada depan
rumah I kalau tak, I akan bagitahu perangai you dekat Pak Ngah. Mesti dia
kecewa habis pekerja yang dia sanjung tak kenang budi.”
“Kau ni memang jahanam
lah perempuan! Kalau kau depan mata aku memang dah lama aku tenyeh muka kau
dengan lesung batu. Jahanam betul!” Zafran mula meninggikan suaranya sebelum
mematikan talian. Dia merengus kasar sebelum berlalu ke kamar mandi.
********
Zafran memberhentikan
kereta milik Meyl di hadapan pusat beli belah terkemuka di ibu kota itu. Dia
mengerling sekilas Meyl yang hanya asyik berbalas sms. Huh perempuan ni. Tadi
nak sangat pergi sini, bila dah sampai taknak turun pula. Macam budak kecil
sungguh.
“Kau nak turun ke tak nak
ni? Kau jangan nak buat aku panas Meyl, kalau kau tak nak turun. Aku balik
sekarang juga!” Zafran mula bersuara melihat Meyl yang seperti tidak mahu turun
dari kereta itu.
“Err sorry, kawan saya
tak jadi datang. Tiba tiba dia kena balik kampung adik dia kemalangan.” Meyl
akhirnya bersuara bersama keluhan dilepaskan.
“So? Apa tunggu lagi,
kalau dari tadi kau cakap kan senang. Kau ni kerja memang nak menyusahkan aku
je lah. Tak habis habis nak buat aku mengamuk.” Zafran mula berkira kira untuk
menghantar Meyl pulang ke rumah.
“Zaf stop. Saya kena
shopping juga sebab saya bosan duduk dekat rumah. Hmm awak teman saya shopping
boleh? Please ya Zafran, tak lama pun. Saya tak biasa jalan sorang sorang ni.”
Meyl sudah memaut bahu Zafran seperti memujuk lelaki itu untuk menemaninya.
“Kau jangan suka suka
nak pegang aku Meyl, tepilah!” Zafran menepis tangan Meyl yang masih lagi memegang bahunya itu.
Hish mamat ni, dah
macam gay aku rasa. Tak berminat dengan perempuan.
“Okay Zaf sorry, but
saya memang betul betul minta tolong awak kali ni, lagipun kita dah sampai dah
kan. Kita pergi lunch dulu then baru pergi shopping. Please Zafran.” Meyl masih
lagi mahu memujuk.
“Huh! Kau memang suka
paksa aku buat itu ini! Kau turun sekarang! Cepat lah jangan nak terhegeh
hegeh!” Arah Zafran sebelum mematikan enjin kenderaan itu.
Meyl hanya memerhatikan
muka Zafran yang masam mencuka. Zafran hanya tunduk menikmati makanannya tanpa
mahu bercakap sepatah pun dengan dia.
“Zaf you tak makan
pedas? Eish pelik lah you ni.” Meyl mula bersuara apabila dia melihat Zafran
tidak menjamah langsung sambal sotong yang dipesannya tadi.
“Tak, aku memang dari
kecil tak makan pedas. Apa masalah kau? Kau yang gatal nak order, aku tak minta
pun.” Balas Zafran acuh tak acuh sambil meneruskan suapan.
“You ni macam pondan
tahu, lembik. Tak makan pedas. Nak kata muka jambu takadalah, muka bengis je
macam singa kelaparan.” Bidas Meyl kegeraman
melihat sikap acuh tak acuh Zafran melayannya bersembang.
“Kau jangan nak cari
pasal Meyl! Aku malas nak gaduh dengan kau depan rezeki, kalau kau taknak aku
tinggalkan kau terkontang kanting dekat sini, baik kau zip mulut murai kau tu.”
Balas Zafran sebelum berlalu ke sinki.
Sudah hampir tiga jam
Zafran menemani Meyl yang bershopping sakan itu. Zafran hanya menggeleng kepala
melihat gelagat Meyl yang sangat cerewet dalam
memilih baju. Dia hanya menanti di luar, tidak kuasa mahu masuk ke dalam
sekali melayan kerenah perempuan gila itu.
“Zafran, sini kejap.”
Tiba tiba si gadis menggamitnya kesana. Zafran terus mengatur langkah dengan
wajah seperti orang bosan menunggu.
“Hah kau nak apa?
Berapa lama aku kena bertapa dekat sini? Sehari? Dua hari? Seminggu?” soal
Zafran sinis.
“I janji ni last. Sekejap
lagi kita balik okay. Zaf, cantik tak baju ni?” Meyl menyoal sambil
menghulurkan sehelai kemeja berwarna biru lembut kepadanya.
“Hmm cantik… tapi kau
nak bagi dekat siapa ni? Setahu aku kau mana ada boyfriend, dah jatuh talak kan
haritu.” Zafran berkata dalam nada mengejek.
“Mulut you memang
sentiasa takada insurans! I nak beli
untuk kawan I. Kalau you, you suka warna apa?”
“Aku tak mampu nak
bayar sebab terlalu mahal sangat nak beli insurans untuk mulut aku kalau dengan
kau, terus sifat sopan santun aku melayang pergi. Hm aku suka warna merah. Dah
lah aku takada masa nak bagi pendapat aku dekat kau. Kau ada otak kan, fikir
sendiri lah. Aku tunggu dekat dalam kereta. Cepat sikit, kalau lambat sangat,
aku suruh bangla jual karpet hantar kau
balik.” Putus Zafran yang jelas malas mahu melayan Meyl yang banyak tanya itu.
Menyerabutkan otaknya sahaja.
********
“Zafran, thanks sebab
teman saya harini. Oh yaa, saya nak cakap esok awak takpayah hantar saya pergi
office. Saya cuti esok. Sebab saya nak melawat tapak projek dekat bangi.” Ujar
Meyl semasa mereka berdua tiba di banglonya itu.
“Kau takpayah nak explain
panjang lebar dekat aku. Cukup lah kau bagi tahu aku main point je, aku bukan
kekasih kau nak kena inform segala benda. Hah kau nak pergi sana dengan siapa?”
“Suka hati I lah mulut
I yang petah bercakap, bukan mulut you yang selalu busuk macam bangkai tikus.
Huh! Yang sibuk tanya apahal?” Meyl sudah mula meninggikan suara. Sebal sungguh
hatinya dengan Zafran yang asyik menyakitkan hati.
“Kau jangan sampai
mulut kau ni aku tampar puas puas Meyl, kurang ajar! Aku perlu tahu sebab tu
keselamatan kau, tak kan tu pun takboleh beza? Spm lulus tak?”
“Hello kalau Spm I tak
lulus takada maknanya I berdiri macam apa yang you nampak sekarang ni. I pergi
dengan PA I, Hanim. Puas hati? Hah ada apa apa lagi nak tanya cik polis
pencen?” Soal Meyl yang kedengaran agak sinis.
“Kalau kau bukan boss
aku takada maknanya aku nak tanya kemana kau pergi dengan siapa lah! Tak ingin
aku nak tahu semua pergerakan kau yang sah sah takada kaitan dengan aku
langsung! Btw Cik Meyl, aku nak ucapkan terima kasih sebab bagi aku masa untuk
rehatkan otak aku dari hadap kau yang otak senteng ni.” Balas Zafran kasar
sebelum berlalu pergi kearah motornya. Semakin lama dia disitu, semakin rancak
dia bertikam lidah dengan gadis itu.
“Err Zaf wait. Nah
ambil lah.” Meyl menghulurkan sebungkus beg plastik kepadanya.
Zafran hanya
menjongketkan bahunya. Namun tetap juga dia mencapai bungkusan yang dihulurkan
oleh Meyl. Tidak sampai hati mahu menolaknya dengan kasar, dia masih mempunya
hati dan perasaan sebagai manusia.
“Apa benda ni hah?
Dadah?!” Tengking Zafran membuatkan Meyl sedikit tersentak.
“Zafran you jangan buat
I hilang sabar dengan you Zafran, tolong kawal sikit mulut you! I tak sehina
itu nak bagi you benda macam tu Zaf, tolong jangan anggap semua orang kaya suka
ambil kesempatan.” Balas Meyl dengan nada marah yang ditahan tahan.
“Kau takpayah nak
sentap sangat dengan aku, ada aku kisah kau nak terasa ke tak? Dari dulu lagi
aku cakap perasaan kau tak penting langsung untuk aku jaga, anyway aku tak
ingin benda ni.” Zafran mencampak kasar bungkusan itu tepat ke arah kaki Meyl.
Meyl hanya diam kaku membisu. Zafran terus memecut laju motornya meninggalkan
Meyl yang menahan rasa disitu.
“Dia taktahu agaknya
aku beli kemeja ni untuk dia. Dia taktahu aku dah tukar warna kemeja ni kepada
warna kegemaran dia. Dia takpernah cuba belajar menghargai pemberian orang. Kejam!”
Meyl bingkas berlalu setelah mengutip kemeja yang sudah tercampak di atas
lantai. Hatinya rasa sebal yang amat, dia sakit dengan perbuatan Zafran.
Bengang!
********
“Malam ni ambil I dekat
rumah pukul 7.30. I ada dinner dekat Hotel Royal Chulan.”
Sudah sepuluh minit sms
itu dibaca berkali kali oleh Zafran. Kenapa ringkas sangat perempuan ni bagi
arahan? Selalunya kalau dia nak suruh aku buat apa apa mesti dia call aku dulu,
hm pelik. Ke dia marah aku pasal semalam? Ah kisah pulak aku, lantak kau lah
perempuan! Kalau kau boleh send sms pendek, aku boleh balas dengan lagi kontot
lah, kau tunggu kejap.
“K”
Butang send ditekan dan
dia segera berlalu ke dapur.
“You ni kenapa lambat?
You tahu tak dinner tu start pukul 8!” Suara serak basah Meyl menujah gegendang
telinga Zafran sebaik sahaja dia memecut
kereta itu laju.
“Alamak kau ni kecoh
lah, aku lambat 5 minit je pun. Aku singgah solat kejap tadi tu yang lambat.”
Zafran bersuara agak perlahan kerana dia memang tidak ada mood untuk bergaduh.
“You dah lah lambat.
Lepastu tak reti nak minta maaf! I taknak dengar lah alasan you, kalau I cakap
ambil I pukul 7.30 means pukul 7.30 tepat you mesti terpacak dekat depan
rumah I. faham!”
“Kau takpayah nak jerit
jerit lah gila, sakit telinga aku ni. First time aku lambat kau dah nak kecoh
macam aku buat salah besar. Nak aku minta maaf? No aku tak akan ucap kata maaf
sekalipun. Sebab aku rasa bukan salah aku.” Balas Zafran selamba.
“You ni memang lelaki
takada perasaan! Takapa Zafran, lagi seminggu you dah nak blah, I kena sabar
sikit dengan perangai biadap you ni.” Meyl jelas tertekan dengan kata kata
Zafran yang tidak mahu mengalah itu.
“You’ll gonna miss me
soon, Meyl.”
“Hah? Apa you cakap
tadi? Ulang balik?” Pinta Meyl ingin tahu.
“Tak ada apa apa. Aku
cuma cakap, aku tak sabar nak tunggu hari tu. Hari yang aku akan serahkan kunci
kereta ni dekat kau, hari yang akan berakhirnya semua sengsara aku selama
bekerja dengan aku. Kau tahu Meyl? Kerja dengan kau macam dalam neraka. Hati
aku sentiasa panas bila dengan kau!”
“I malas nak layan you,
you memang tak mengenang budi. Takpernah nak hargai perasaan orang, takpernah
cuba hormat perempuan. Dasar lelaki memalukan, okay stop. Jangan balas sebab I
taknak gaduh. Fullstop Zaf.” Balas Meyl yang mahu menamatkan pertelingkahan
antara mereka. Dia masih lagi terasa dengan sikap Zafran yang menolak
pemberiannya begitu sahaja.
Zafran hanya menyepikan
diri sebaik sahaja Meyl menyudahkan ayatnya itu. Entah kenapa hatinya tersentuh
mendengar kata kata Meyl yang seperti amat terasa dengan setiap perkataan yang
keluar dari mulutnya. Ahhh hati jangan lah buat aku macam ni!
********
Zafran mengerling
sekilas jam di tangan kirinya itu. Sambil itu matanya meliar keluar kereta
mencari kelibat Meyl.
“Tadi suruh aku tunggu
pukul 11. Ni dah dekat setengah jam aku tunggu dia tak keluar keluar. Apa dia
ingat dia tu tuan puteri ke aku nak kena bentangkan karpet merah untuk dia
masuk kereta ni? Huh.” Zafran bermonolog sendirian sebelum dia mematikan enjin
kenderaan itu dan keluar. Dia harus mencari Meyl, hatinya berpalu keresahan.
“Lepaskan I lah Zikry!
Apa you buat ni? I nak baliklah!” Bentak Meyl yang masih mencuba untuk
meloloskan diri dari dakapan kuat Zikry, bekas teman lelakinya itu.
Sebaik sahaja Meyl
keluar sendirian untuk menuju ke keretanya, dia ditarik kasar oleh Zikry. Dia
dibawa ke satu sudut berdekatan dekat Hotel itu yang kelihatan agak gelap dan
tersorok. Gadis itu mula menggigil ketakutan. Dalam hati tidak pernah putus
berdoa semoga semuanya baik baik sahaja.
“You nak pergi mana
sayang? I dah cakap I tak akan lepaskan you, I pegang janji kita. I akan tetap
setia dengan you sampai mati.” Zikry mula bermain main dengan rambut Meyl yang
sedikit mengerbang ditiup angin.
“You yang khianat cinta
kita, you buat perangai Zikry! You dah kahwin dua tahun lepas tapi you cakap
you single. You dah hancurkan hati I, you dah kecewakan I Zikry. You yang
bersalah.” Meyl mula meraung kuat di atas dada bidang milik lelaki itu. Sungguh
dia tidak kuat tika ini, dia sangat sangat kecewa dan terkilan kerana cinta
yang selama 3 tahun bersemi terlerai di tengah jalan setelah mendapat tahu
status sebenar Zikry, hatinya benar benar terluka.
“Shuhhh sayang…. Jangan
nangis my dear. I tahu I salah, I mengaku. Tapi tolong sayang bagi I peluang,
last chance please.”
“Argh you memang jantan
tak guna! I benci you sampai mati Zik! I taknak tengok muka penipu you depan I
lagi! Lepaskan I, boyfriend I dah tunggu dalam kereta. Lepaskan I!” Jerit Meyl
sekuat hati sebelum cuba melepaskan diri dari kudrat lelaki itu.
“Pangggg”
Zikry menampar kuat
pipi Meyl sehingga kepala gadis itu terhantuk ke atas lantai. Cecair pekat mula
mengalir deras di dahi gadis itu, dia mula mengaduh kesakitan.
“Apa kau buat ni setan!
Kalau apa apa jadi dekat dia nahas kau!” Entah bila Zafran muncul, dia sudah
berdiri terpacak di depan Zikry. Tanpa berlengah Zafran terus membelasah Zikry seperti orang
hilang pertimbangan.
“Zaf, enough Zaf… nanti
polis datang pula. I taknak jadi kecoh nanti. Zaf please, kita balik.” Meyl
mula bersuara apabila dia melihat Zafran tidak henti henti membelasah Zikry.
Dia cuba berdiri namun kudratnya tidak mampu untuk berbuat demikian. Dia rebah
semula.
“Kau dengar sini baik
baik! Lagi sekali aku dapat tahu kau cuba dekati bakal isteri aku siap kau. Aku
buat laporan polis terus. Biar meringkuk kau dalam penjara. Dasar penyagak!”
Zafran bersuara kuat sebelum merangkul pinggang Meyl dan memimpinnya perlahan
lahan menuju ke arah kereta.
“Zaf, hidung you keluar
darah…” Meyl bersuara sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta. Zafran
tersandar kelesuan. Dia benar benar rasa kudratnya hilang tika itu.
“Aku tak sempat nak
elak tadi. Sikit je ni, dahi kau macam mana? Aku bawa ke klinik.” Zafran
bertanya prihatin namun pandangannya tidak sedikit pun dialihkan kepada Meyl.
“Takpayah lah, bukan
teruk sangat pun, nanti I suruh Mak Ton ubatkan je. Err macam mana you boleh
tergerak nak pergi tempat tadi?”
“Kebetulan je tu. Kau
takpayah nak terharu sangat aku selamatkan kau, tu memang tanggungjawab aku. And lagi satu maaflah
sebab aku terpaksa sentuh kau tadi, aku tak maksudkan apa apa pun. Aku cuma nak
tolong kau. That’s all.” Zafran meminta maaf penuh keikhlasan dengan Meyl, dia
benar benar rasa bersalah kerana terpaksa menyentuh gadis yang bukan muhrimnya.
Tapi itu dalam keadaan darurat.
“It’s okay lah.
Thankyou Zafran, kalau you takada tadi I taktahulah apa jadi dekat I. Maybe you
dah tak jumpa I lagi lepas ni.” Meyl mengeluh perlahan.
“Aku nak lepas ni kalau
kau nak pergi mana mana biar aku hantar sampai kau selamat masuk, macam tu juga
kalau kau nak balik. Takpayah jalan sendiri pergi kereta. Aku taknak kalau
benda ni jadi lagi and aku terlepas pandang, Dato’ salahkan aku pula.”
********
Zafran berkira kira
untuk pulang ke rumah, meskipun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Ah aku
lelaki, apa aku peduli.
“Zaf. You tidur sini
lah malam ni, esok pagi you balik rumah you.” Meyl bersuara lemah, dia masih
lagi trauma dengan kejadian tadi.
“Hah? Kau dah gila ke
nak suruh aku tidur sini? Aku siapa? Kau siapa? Aku boleh balik lah Meyl, aku
ada rumah. Tak perlu sampai nak merempat rumah orang.” Zafran membalas dengan
nada yang sinis. Masih lagi mempertahankan egonya.
“I tahu tapi sekarang
ni you tengok sendiri jam dah pukul berapa, I risau kalau apa apa jadi dekat
you. I akan rasa bersalah nanti. Please la Zaf jangan nak keras kepala sangat.
Malam ni je, you tidur bilik tetamu. Esok takpayah hantar I pergi kerja, I MC
esok. Tak larat.”
“Aku bukan pondan lah!
Aku tahu lah nak jaga diri aku sendiri. Aku bukan lembik macam kau, baru kena
debik sikit dah nak pengsan lah apa lah. Aku blah dulu, kau jangan lupa rehat.
Suruh Mak Ton letak ubat dekat dahi tu nanti.” Pesan Zafran seolah olah sangat
prihatin. Ya, sememangnya dia amat risaukan keadaan Meyl ketika itu.
“Suka hati you lah
Zafran, cakap I ni sikit pun you tak nak dengar. Tapi sebelum you balik, meh
sini I ubatkan hidung you yang luka tadi tu. Kuat jugak si Zikry tu kan. Sempat
lagi tumbuk muka you.” Meyl mula menapak ke arah Zafran bersama ubat di tangan.
“Kau takpayah nak
berlakon jadi docter pula. Aku tak hadap langsung kau ubatkan aku. Aku ada
tangan aku belum lumpuh lagi aku boleh ubat sendiri, kau pergi masuk tidur.
Ingat Meyl, aku buat semua ni sebab kerja. Kalau kau bukan bos aku, dahlama aku
biarkan kau pengsan dekat sana tadi. Biar padan muka kau.” Usai menghabiskan
ayatnya yang terakhir, dia melangkah pergi ke arah motor lalu memcut laju
membelah kepekatan malam.
“Zafran, ego you yang
terlalu tinggi buat I jatuh cinta. Tapi
sayang, you langsung tak perasan.” Meyl mengeluh kesedihan. Semenjak kehadiran
Zafran dalam hidupnya, sedikit sebanyak dapat melenyapkan perasaan sakit hati
dan kecewa dengan bekas teman lelakinya yang menduakannya. Meyl melangkah
longlai ke dalam rumah.
********
Zafran memberhentikan
motornya di hadapan teratak indah milik Meyl. Mukanya mendung tanpa secalit
senyuman di bibir.
“Ni kali terakhir aku
jejak rumah ni, kali terakhir aku jumpa dengan dia. Kali terakhir aku tatap
muka comel dia.” Zafran mengeluh sendirian. Dia sendiri tidak faham dengan
rentak hatinya. Seharusnya dia gembira bukan kepalang kerana tempoh sebulan
untuk bekerja dengan gadis yang dibenci itu sudah tamat. Perlahan lahan dia
melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah itu.
“Zaf, harini you
takpayah hantar I pergi kerja. Lepas you ambil gaji you, you boleh balik.” Meyl
bersuara sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh sasa milik Zafran.
“Dah kenapa pula aku
takpayah hantar kau? Kau nak pergi naik apa? Kuda?”
“Eh taklah I terbang
je, I kan superwoman.” Meyl menayang sengih.
“Superwoman tak lembik
macam kau lah.”
“I nak ambil Pak Ngah
dekat airport nanti. Flight dia delay. Tak jadi balik malam tadi, so tengah
hari nanti I akan drive sendiri ambil Pak Ngah I.” Meyl menerangkan panjang
lebar.
“Aku hantar kau ke
sana.”
“Takpayah, you dengar
tak apa I cakap? Tak payah sibuk boleh tak? I boleh drive sendiri, I perlukan
driver sebab I malas nak terperangkap dengan kesesakan jalan raya masa nak
pergi kerja, nanti I stress. It’s okay nak ambil Pak Ngah tak stress mana pun,
I happy adalah jumpa dia.”
“Ada aku tanya kau
happy ke sedih ke? Ada? Mulut kau tu macam aku nak salotep je kasi tak
berbunyi. Dah mana gaji aku? Aku takada masa nak duduk lama lama kat sini,
bosan aku hadap muka kau.” Zafran malas mahu melayan Meyl yang banyak cakap
itu.
Meyl menghulurkan sampul
surat berwarna coklat kepadanya.
“Zafran. Thankyou so
much sebab jadi driver I, ikut kehendak I kesana kemari. Ya, even telinga I
pedih terhiris dengar kata kata pedas you tu, but still, thanyou so much. Lagi
satu, terima kasih sebab selamatkan I malam kelmarin.” Ucap Meyl cuba melawan
kesedihan. Dia sedaya upaya tidak mahu menunjukkan dia mula menyukai lelaki
itu.
“Kau takpayah nak buat
sinetron indon petang petang kat sini. Aku tak kuasa nak layan. Thanks untuk
ini, Cik Meyl.” Kata Zafran sambil mengibarkan sampul surat tadi. Dia terus
berlalu ke arah motornya.
Meyl mengeluh hampa
melihat reaksi Zafran yang dingin itu. Dia mula berkira kira untuk masuk semula
ke dalam rumah. Biarlah dia dengan hidup dia.
“Meyl Nur Qaisara. Aku
tahu aku tak layak nak cakap macam ni, tapi aku peduli apa. Aku cintakan kau
Meyl. Aku dah tak larat nak pertahankan ego aku. Cukuplah sekadar kau tahu aku
sayangkan kau. Jaga diri baik baik lepasni Meyl, aku dah takada untuk jaga kau
lagi. Aku sayang kau. Thanks for the bitter sweet memories. Aku balik dulu.”
Ungkapan penuh makna dari bibir Zafran mematikan langkah Meyl. Kakinya terpasak
ke bumi, lidahnya kelu seperti tidak tahu untuk membalas apa. Dia masih lagi
membelakangi Zafran.
Zafran yang masih
menanti Meyl untuk bersuara masih berdiri disitu. Namun dia hampa. “Kenapa kau
taknak pandang aku walau sesaat pun Meyl? Tak Layak kah aku mencintai kau?”
Akhirnya Zafran melangkah lemah ke luar rumah. Hatinya pedih mengenangkan Meyl
yang diam tanpa respond.
“Zaf tunggu! Awak nak
pergi mana?” Meyl mula mengejar Zafran yang sudah berlalu ke arah motornya.
Zafran terus memecut
laju motornya. Dia benar benar sedih, aku tahu aku tak patut cakap macam tu,
tapi hati aku mendesak. Aku tak layak nak sayang orang macam kau Meyl. Hatinya
bersuara lirih.
********
“Zaf, buka pintu Zaf.”
Laung Edrief kuat dari dapur.
“Ya ya, coming.” Zafran
segera membuka pintu tanpa berlengah.
“Zafran…” Tegur satu
suara yang sememangnya sangat dirindui itu.
“Hah kau nak apa cari
aku sampai ke sini? Kau tak reti malu ke datang rumah lelaki malam malam macam
ni?” Soal Zafran bengang, dia sengaja mahu memanaskan hatinya yang sudah
berdegup kencang itu.
“Er kalau ya pun taknak
jemput I masuk dulu ke?” Meyl menyoal ragu ragu.
“Hah kau nak apa ni?
Jangan lama lama sangat dekat sini, aku taknak jiran sebelah duk mengata pula.”
Zafran bersuara setelah Meyl melabuhkan duduk di atas sofa.
“You memang pengecut
kan Zaf? Kenapa you terus pergi macam tu je haritu? Kenapa Zaf? You senyapkan
diri dari I, kenapa?” soal Meyl bertalu talu.
“Sebab aku tahu aku tak
layak, aku rasa bodoh cintakan orang yang tak pernah ada hati dekat aku. Kau
tahu tak aku ni tak ubah macam melukut di tepi gantang? Aku memang selalu
failed bila bercinta.” Luah Zafran lirih.
“You tahu ke apa yang I
rasa? You tahu ke perasaan I dekat you macam mana Zaf?”
“Takpayah cakap pun aku
tahu, kau tak pernah ada hati dengan aku, kita selalu bertengkar. Tak kan kau
lupa? Tak kan pernah ada terbit cinta untuk aku dalam hati kau kan?”
“Sebab tu I cakap you
ni pengecut! You sebenarnya lembik! You tak yakin dengan diri you sendiri, you
terlalu ego Zafran.”
“I love you too
Zafran………” Meyl menyambung kembali ayatnya, dia sudah mula merenung mata hazel
milik lelaki itu.
“I tahu I tak patut
datang rumah you. Tak manis, tapi ni semua sebab you. You tak berani nak
berhadapan dengan realiti. I dah lama sukakan you Zafran, and sikap ambil berat
you yang buat I jatuh hati. Ego you buat I rasa you lain dari yang lain.” Meyl
mula meluahkan rasa.
“Kau dah buat silap
besar sebab datang rumah aku malam malam macam ni, so aku nak kau bayar balik
kesalahan yang kau dah buat.” Zafran bersuara nakal sengaja mahu menguji gadis
itu.
“Err what do you mean?”
Meyl mula rasa hendak pengsan apabila Zafran mula tersenyum nakal dan asyik
memandang dirinya. Eish janganlah dia buat kerja gila….
“Next month aku hantar
gerabak kereta api nak pergi meminang kau, aku nak kau setuju. Aku taknak
dengar sebarang bantahan dari pihak kau.” Zafran bersuara serius.
“Zaf serious?! You
kalau hantar sekarang pun I terus cakap setuju tau, jom pergi nikah sekarang
nak tak?” Meyl bersuara girang, dia bertanya seolah olah anak kecil. Zafran
menghamburkan tawanya kuat.
“Sayang… jangan gelojoh
sangat tahu. Aku tak pergi mana mana pun, aku tunggu kau sampai hujung
pernafasan cinta kita.” Zafran bersuara penuh makna.
“I main main jelah.
Tapi kalau you nak I ada syarat.”
“Syarat? Kalau kau bagi
sepuluh syarat sekalipun belum tentu aku boleh tunaikan. But at least let me
know. Apa syaratnya wahai Cik Tuan Puteri yang cerewet?”
“Hm I nak you rendahkan
ego you lepasni, I tak sanggup tau nak berdepan dengan ego you yang Klcc pun
kalah. And lagi satu minta tolong buang sikap panas baran you tu ya? I takut
tahu setiap kali you mengamuk tak tentu pasal.” Meyl bersuara seperti meminta
simpati. Zafran sudah mula menghamburkan tawanya.
“My dear Meyl, listen
here. Aku tak nak berjanji sebab kalau
aku tak tunaikan aku akan rasa bersalah dengan kau, tapi aku akan pastikan aku
tunaikan semua permintaan kau. Aku akan cuba berubah, perlahan lahan. Demi masa
depan kita.” Zafran bersuara penuh romantis.
********
Dua bulan kemudian….
Buat pertama kalinya
mereka berdua solat berjemaah setelah sah bergelar suami isteri pagi tadi.
“Sayang, terima kasih
sebab sudi lengkapkan hidup aku.” Zafran bersuara setelah isterinya menyalami
tangannya.
“Apa ni sayang? Aku kau
lagi? Kita kan dah kahwin. Sayang ni kan. Merajuk lah…” Meyl sudah mula
memuncungkan mulutnya. Merajuk! Zafran hanya menepuk dahi, dia terlupa lagi.
“Sayang, isteri abang,
kekasih abang, bidadari abang. Princess abang dunia akhirat. Abang minta maaf
sangat sangat, lupa lagilah. Okay abang janji lepas ni abang tak cakap macam tu
lagi, isteri abang jangan merajuk lebih 5 saat tau.” Zafran mula memujuk si isteri
yang masih lagi tidak mahu memandang dirinya.
“Hm kenapa pula
takboleh merajuk lebih 5 saat?” Meyl mula mengangkat muka memandang suaminya
yang tersenyum tampan, handsomenya dia….
“Sebab abang takboleh
kalau tak dengar suara manja isteri comel abang ni.” Zafran mencuit hidung
isterinya lembut.
“Kalau awak cakap macam
tu lagi. Bukan setakat 5saat, lebih 5 hari saya merajuk! Biar padan dengan muka
awak, pelupa sangat. Macam orang tua.” Meyl mencebik.
“Orang tua yang panas
baran ni juga yang sayang tergila gilakan.” Tawa mereka bergabung, Meyl terasa
amat bahagia tika ini.
“Princess abang. Abang
ada sesuatu nak minta tolong dengan sayang ni. Hm tapi abang taknak paksa
sayang, kita berubah sama sama okay? Sayang… Lepas ni tutuplah aurat perlahan
lahan. Abang tolong sayang, kita buat sama sama okay?” Zafran memegang erat
tangan isteri yang dicintainya itu.
“Abang, bila Meyl dah
setuju nak jadi isteri abang, Meyl kena ikut semua arahan abang selagi tak
menyalahi hukum. Meyl pun ada terfikir mengenai hal tu, tapi Meyl perlukan
abang untuk bimbing Meyl. Boleh ya abang?” Meyl menyandarkan kepalanya di dada
sasa suaminya itu.
“Apa pula takboleh? Benda
baik tak kan abang nak halang sayang. Kita sama sama mengemudi rumah tangga
kita dengan cahaya keimanan okay sayang?”
“Okay Encik panas
baran! Kita sama sama menuju ke syurga. InsyaAllah.”
“Sayang… Panas baran tu
dah takada tahu. Abang nak jadi suami paling awesome dalam dunia ni. Untuk
isteri abang yang paling bertuah ni.” Ujar Zafran lalu mereka berdua berpelukan
diatas sejadah itu.
“Saya sayang awak
sampai syurga Zafran Mikhail, jangan melangkah ke sana tanpa saya ya sayang.
Kita pergi sama sama.” Meyl berbisik penuh romantis sambil mengeratkan pelukan
dalam dakapan sang suami.
p/s : Maaf kalau kurang
memuaskan, sebab ni first cerpen saya. Saya masih lagi baru dan terlalu banyak
perlu diperbaiki. Terima kasih sudi luangkan masa baca. And lagi sekali mohon
maaf jika ada kesilapan tata bahasa and jalan cerita yang kurang best.
I like it and i love it
ReplyDeleteBest tapi perlu di perbaiki lebih lagi
ReplyDeletebest sbab jarang jumpa cerpen prmpuan kaya dgn lelaki kurang berada ni.
ReplyDeleteBestπ
ReplyDeletebestnyerππππππππππππππππππππππππππππ
ReplyDelete