Sorry sebab lama sangat menyepi, lama sangat tak duk update new bab untuk mr perfect annoying. minggu depan final dah. so a lil bit busy, semoga new cerpen daripada saya dapat ubat sikit rindu tu eh. enjoy reading and sorry if garapan cerita dok best. enjoy ;)
“Duduk serumah. Tidur
sebilik. Makan semeja. Argh! Tak suka!”
Bentak gadis itu dalam
hati. Tangan dikepal tanda tidak puas hati. Wajah masam ditayang di depan
lelaki yang tidak pernah dia terfikir untuk kongsi hidup bersama.
“Kau pasal? Muka mintak
kena gilis dengan lori?” Sergah si suami mematikan lamunan pendeknya. Sudah lah
dia geram dengan keputusan ayah dan ibunya yang tanpa pengetahuannya menerima
lamaran lelaki yang tak pernah di kenal. Dah sekarang ini dia terpaksa
berhadapan dengan lelaki yang padanya amat menjengkelkan.
“Ada lori ke dekat
sini?” Aku membalas. Tidak gentar sedikit pun menatap wajah sombong lelaki itu.
Perasaan menyampah menyelubungi diri.
“Nama apa?” Soal lelaki
itu dengan nada yang dingin.
“Huh. 2hari lepas baru
lafaz akad nikah. Amnesia terus?” Entah kenapa, aku terasa ingin membalas
setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang sudah selamat menjadi
pelindung kepada diriku. Pelindung lah sangat. Macam penyagak adalah!
“Penting ke untuk aku
ingat nama kau? Aku tanya nama apa!” Tengking lelaki itu lalu dia segera
melabuhkan duduknya di atas sofa.
“Balqish Adura.”
Jawabku pendek tanpa perasaan.
“Can I call you Qish?” Hek eleh! Speaking
pulak mamat ni. Bajet-bajet je. Bertambah lah menyampah aku dengan kau ni.
“Yang kau duk terkebil-kebil
tu dah kenapa? Aku tahu lah muka aku ni comel sangat sampai kau terpegun.” Dia
bersuara lagi apabila aku hanya berdiam diri.
“Suka hati lah nak panggil
apa. Qish ke, Adura ke. Whatever..”
Balasku selamba. Malas sungguh mahu melayan mamat perasan bagus ni.
“Qish. Kau tahu kenapa
aku kahwin dengan kau? Semua ni sebab..
“Semua ni sebab jawatan
CEO tu kan! Heh. Mamat penyangak macam awak ni memang tak boleh hidup tanpa
kemewahan.” Tanpa sempat dia mahu meneruskan ayatnya, aku sudah memintas dengan
wajah yang selamba.
“Er. Mana kau tahu
hah?” Si suami sudah berdiri tegak di hadapanku.
“Straight to the point Aidzril Faiq. I tahu you kahwin dengan I
sebab parents you paksa. You ni,
hidup pun tak terurus. Belajar bertahun-tahun tak habis-habis. Repeat paper bukan main berlambak. Pada
I, you’re nothing.” Sinis aku
berkata-kata menyebabkan wajah si suami sudah merah padam menahan marah kerana
aku sesuka hati memperlekehkannya.
“Terkejut kan? I tahu
banyak benda pasal you.” Aku sambung lagi ayatku, dengan wajah yang selamba aku
terus menapak ingin berlalu ke bilik.
“Hei, nanti dulu! Mana
kau tahu semua ni hah? Baik kau cakap sebelum aku debik muka kau.” Aidzril Faiq
mencengkam pergelangan tangan Balqish sehingga wanita itu terjerit kesakitan.
“Okay. I tahu daripada parents I. You tahu tak, ibu I pujuk I
suruh kahwin dengan you sebab papa dengan mama you tak tahan dengan perangai
you yang pemalas ni. Semua benda you tak ambil serius.” Balqish membebel dek
kerana geram dengan sikap Aidzril yang sesuka hati berkasar dengan dirinya.
“So, kau pun dah tahu kenapa aku kahwin dengan kau. Kau pun tahu
hidup aku macam mana. Weh, aku kahwin dengan kau sebab jawatan CEO. Itu je.”
Jawab Aidzril. Daripada memek mukanya, aku nampak wajah nya yang amat kesal
dengan perkahwinan ini. Sungguh, seperti dalam drama pula. Aku pun tak hingin
lah nikah dengan kau!
“You nak cakap apa
lagi? I penat, nak rest.” Soal
Balqish sambil berpeluk tubuh.
“Rumah ni ada
peraturan, kau.. Tetamu yang tak diundang dalam rumah ni, dilarang sama sekali
jejak kan kaki walaupun setapak dalam bilik aku. Master bedroom tu bilik aku. Sekali je kau jejak kaki dalam bilik
aku, sepuluh line melekat dekat pipi
kembung kau.” Aidzril memberi amaran sambil mengangkat tangannya di hadapan muka Balqish tanda mahu melempang
wajah gadis itu.
“Then bilik I dekat mana?”
“Ikut suka kau lah nak
tidur dekat mana. Dekat garaj ke, dekat dapur ke, kau nak terbongkang dalam
stor pon boleh. Janji kau tak ganggu ketenteraman hidup aku.” Aidzril membalas
pertanyaan Balqish dengan memek wajah yang amat menjengkelkan. Balqish terasa
mahu memberi sepakan penjuru ke wajah lelaki itu. Meluat sungguh!
“I tidur dekat depan
bilik you lah kalau macam tu.” Aku tak mahu mengalah, sengaja aku menambah
sakit dihatinya lagi.
“Kau pilih jelah bilik
mana yang kau suka. Dah pergi berambus sekarang, semak betul tengok kau ni.”
“I tak tahu sampai bila
I boleh tahan duduk serumah dengan lelaki pemalas macam you ni, sekali tengok
you ni serupa macam pekerja buruh kasar. Sebiji sangat.” Balqish masih tidak berpuas
hati dengan perkahwinan mereka. Meskipun sudah selamat bergelar isteri kepada
lelaki ini, dia masih tidak dapat menerima hakikat. Dirinya yang bertugas
sebagai seorang doktor, dan usianya yang sudah mencecah 27 langsung tidak padan
dengan budak muda seperti Aidzril Faiq yang masih lagi belajar di peringkat
diploma.
“Kau jangan nak
melampau lah perempuan. Kau ni perempuan entah mana-mana lah mama kutip buat
bini. Chow!” Sesudah menghabiskan
ayatnya, Aidzril segera berlalu pergi meninggalkan Balqish yang sedang
termagu-magu sendirian di ruang tamu rumah itu.
*****
Balqish turun untuk
minum air di dapur kerana tekaknya terasa dahaga. Dek kerana masih lagi mamai
dan cahaya televisyen yang samar-samar, kakinya seperti terpijak akan sesuatu
lalu dia jatuh terjelopok.
“Woi! Perogol!” Suara
jeritan itu kedengaran amat membingitkan telinganya. Terasa mahu tampar sahaja
mulut lelaki itu.
“Wei! Ni aku lah! Bini
kau. Yang kau duk jerit perogol-perogol tu dah kenapa, nanti kalau jiran-jiran
dengar, jadi kes pulak.” Balqish yang masih lagi berada di atas badan suaminya
bersuara dalam nada yang masih terkawal.
“Kau ni dah kenapa
Qish? Tak ada tempat lain ke kau nak tidur? Atas badan aku jugak kau nak landing!” Bebel Aidzril Faiq bersama
wajah masam mencuka. Dia yang hanya memakai singlet merenung tajam wajah
selamba Balqish. Wajah isterinya itu selalu saje berlagak selamba seperti tiada
apa-apa yang terjadi.
“Hek eleh. Patutnya aku
yang tanya soalan dekat kau. Yang kau ni pun kenapa tidur dekat depan TV ni ha?
Aku nak pergi dapur, mestilah lalu sini. Terpijak lah mayat hidup ni.” Lancang
saja mulutnya berkata-kata. Bahasa juga sudah bertukar, tiada lagi I-you
seperti sebelum ini. Kau berkasar dengan aku, aku balas peluru berpandu lah!
“Ni rumah aku. Ikut
suka hati aku lah nak tidur dekat mana pun!” Aidzril menolak kasar badan
Balqish Adura yang melekap pada badannya.
“Sakit lah gila!”
Kepalanya terhantuk bucu meja. Mujur tak berdarah. Dasar sewel!
“Sorry lah der. Aku tak biasa sentuh-sentuh dengan perempuan ni.
Badan aku allergic kalau tersentuh
dengan lain jantina. Aku rasa macam kau nak rogol aku je. Lagipun kau dah
hempap badan aku!”
“Dah kau tu gay ke? Siapa nak rogol kau hah? Tak
pernah aku dengar istilah perempuan rogol lelaki. Kalau aku nak sekalipun, tak
hingin aku dengan kau. Dah lah kayu!” Ya. Mamat ni memang kayu. Baru tersentuh
sikit sudah bising macam lah aku ni bukan isteri dia. Gaya macam kitaorang ni
orang asing pula.
“Dah, kau ketepi. Aku
ingatkan kau lagi sekali. Jangan nak mengada-ngada sentuh badan aku. Takpayah
nak test terjun-terjun atas aku. Lagi
sekali kau buat, aku report polis!”
Aidzril memberi amaran sambil tangan kirinya mengambil remote TV.
“Pergi lah kau report, polis gila je yang layan aduan
tak masuk akal kau tu. Tidur pakai seluar lain kali, senonoh sikit perangai tu.”
Balqish segera bangkit dan berlalu ke dapur. Aidzril Faiq baru terperasan akan
keadaan dirinya yang hanya memakai singlet
dan berselimut. Alahai malunya der! Jatuh saham aku! Dahi ditepuk kuat tanda
bengang dengan diri sendiri.
*****
Malam itu pasangan
suami isteri yang pada pandangan mata orang lain kelihatan sangat bahagia,
tetapi sebenarnya tidak sama sekali buat pertama kalinya keluar makan bersama.
Semua ini kerana ajakan si suami yang tiba-tiba melayannya baik. Lelaki itu
berjanji untuk membawanya ke suatu tempat yang special, katanya.
“Roti
tishu satu, teh tarik kurang manis satu, mee goreng basah satu.” Aidzril
membuat pesanan sebaik sahaja dia melabuhkan duduk.
“Ini
saja ka? Cik adik manis tak mau makan ka?” Soal pelayan restoran itu bersama
sengihan di bibir.
“Kau
tak nak makan ke? Order lah cepat.
Karang kebulur pulak.” Desak Aidzril sambil matanya merenung tajam mata bundar
milik isterinya.
“Sorry, tekak I bukan selera tempat macam
ni.” Bidas Balqish bersama jelingan tajam. Aidzril hanya beriak selamba.
“Itu
saja mamak. Thanks.”
Balqish
menayang wajah masam. Dia mengenakan dress
labuh dan rambutnya sengaja dilepaskan. Gayanya seperti mahu makan di tempat
mewah-mewah. Sudahlah datang ke sini dengan motor cabuk suaminya, dia
menyangkakan Aidzril akan membawanya ke suatu tempat yang indah ataupun
restoran mahal-mahal. Ini kedai mamak dia bawa aku. Dasar mat sewel!
“You
ni memang sengaja kan. Suruh I pakai lawa-lawa, last-last makan tempat macam ni.” Balqish memuntahkan amarahnya
namun masih lagi dalam nada yang terkawal.
“Sengaja
apa kau ni? Daripada tadi kau nak angin, kita tengah dalam suasana romantik ni.
Cuba hayati sikit.”
“Memang
romantik pun kita ni. Dinner date
dekat kedai mamak, naik motor cabuk you yang nak jahanam tu. Memang sweet pun. I rasa bertuah sangat tau!”
Perli Balqish bersama senyuman sinis.
“Haa
kan. Kalau dengan lelaki lain kau tak dapat weh layanan first class macam ni. Bak meh tangan.”
“Nak
buat apa tangan?” Soal Balqish pelik.
Tanpa
banyak soal Aidzril terus mencapai kasar tangan lembut isterinya lalu dicengkam
agak kuat.
“Eh
you ni dah kenapa? Nak tunjuk kekasaran pulak?” Marah Balqish dengan perangai
pelik suaminya malam itu.
“Kan
orang keluar dating pegang tangan, ni
aku tengah cuba jadi lelaki paling sweet
lah. Kau duduk diam tau. Jangan lepas.” Jawab Aidzril selamba. Tangan kanannya
memegang kemas pergelangan tangan isterinya sementara tangan kirinya menyentuh
pipi isterinya. Kasar! Langsung lelaki ini tidak pandai untuk bersweet-sweet.
“Lepaslah
Faiq! Malulah orang tengok. Asyik nak duk pegang tangan aku ni dah kenapa.
Tangan kau tu macam buruh. Kasar tahu tak. Calar pipi comel aku.” Marah Balqish
lalu dia sedaya upaya melepaskan cengkaman si suami.
“No. Selama kita date, keadaan akan macam ni.” Tegas Aidzril. Matanya tidak lepas
dari memandang wajah isterinya yang sungguh cantik malam itu.
Sepuluh
minit berlalu, keadaan masih lagi sama. Kali ini Aidzril membawa tangan isterinya
ke bibirnya lalu dikucup sekejap. Kayu sungguh apabila si suami berbuat begitu.
Aidzril Faiq. Kau sungguh gila! Mata-mata yang memandang tingkah-laku aneh
pasangan itu hanya dibiarkan begitu sahaja. Ketika makanan sudah sampai di meja
itu, sebelah tangannya memegang erat tangan Balqish dan sebelah lagi menyuap
makanan ke mulut. Perasaan malu menebal dalam diri si isteri apabila ada
beberapa orang tergelak melihat aksi “kurang siuman si suami”.
“Weh
bro!” Sapaan tak diduga daripada beberapa orang jejaka yang lebih kurang sebaya
dengan Aidzril Faiq menyapa mereka berdua. Aidzril cepat-cepat melepaskan
pegangan tangan mereka lalu berdiri dan berjabat tangan sesama mereka.
“Siapa
ni weh? Bini kau ke? Ataupun perempuan simpanan?” Soal seorang lelaki bertubuh
sasa kepada Aidzril.
“Ni..
Orang gaji mak aku.” Balas Aidzril tersekat-sekat. Balqish di hadapanya menelan
liur. Orang gaji?!
“Cantik-cantik
macam ni jadi bibik ke bro? Tak percaya aku. Share lah dengan kitaorang bro.” Sampuk seorang lagi yang berkumis nipis.
“Ni
semua sebab make up. Kalau tak pakai make up tak lawa mana pun. Baju
dia pakai ni aku yang sponsor. Kalau
ikutkan taraf dia baju kat pasar malam.” Selamba Aidzril mengutuk Balqish yang
sudah mempamerkan wajah tidak puas hati.
“Serius
lah bro? Weh, haus ni. Open table la!”
“Eh
boleh-boleh. Tarik kerusi. Korang order
lah apa pun, bibik ni belanja. Dia baru dapat gaji.” Balas Aidzril sambil
tersenyum nakal. Balqish di hadapannya sudah melopong.
“Cantik
sangat. Jom weh kita join diaorang.” Sahut rakan Aidzril lalu mereka duduk
mengelilingi meja bulat itu. Mereka riuh bersembang dan langsung tidak
pedulikan Balqish. Aidzril turut rancak bersembang dengan rakan-rakannya.
Balqish mempamerkan reaksi meluat yang teramat sangat. Sebal dihatinya tidak
terkata. Terasa mahu saja campak si suami ke dalam hutan. Biar dilahap sang
harimau. Benci!
****
“Morning Qish!!” Sapa Aidzril bersama
wajah yang ceria.
“Morning.” Balas Balqish tanpa memandang
wajah si suami. Dia terus duduk dan mencapai sekeping roti.
“Buat
apa susah-susah buat breakfast
sendiri, aku dah sediakan semua untuk kau pagi ni.” Aidzril terus merentap roti
yang baru sahaja mahu masuk ke dalam mulut Balqish.
“Tadaaa,
for my princess.” Aidzril muncul dari
dapur bersama dulang di tangan.
“Apa
ni?” Soal Balqish hairan dengan sikap suaminya. Dia mendongak memandang Aidzril
yang sedang berdiri.
“Rasa
lah dulu.” Pelawa Aidzril bersama senyuman manis. Balqish terpana lalu dia
segera mencapai sekeping roti.
“Kenapa
rasa dia pelik?” Soal Balqish bersama wajahnya yang berkerut.
“Ohh.
Memandangkan rumah ni tak ada pembakar roti, gas pulak habis. Aku bakar guna iron. Asalkan panas, sedap sikit kau nak
makan. Air susu ni aku jumpa dalam peti ais, tapi aku rasa susu ni dah berzaman
dalam tu sejak awal perkahwinan kita dulu. Haa paling best aku buat sup untuk kau hirup.”
“Err.
Patutlah tudung aku bau roti tadi. Kerja kau rupanya. Susu ni dah basi lah
kalau gitu. Kau ni! Macam mana buat sup tanpa gas?” Soal Balqish pelik.
“Cuba
kau rasa dulu…”
“Tak
nak lah macam tak ada rupa sup je.” Tolak Balqish yang ragu-ragu dengan air
tangan si suami.
Tanpa
berlengah Aidzril pantas mencapai sudu lalu disua sup ke dalam mulut isterinya.
Tersedak si isteri dibuatnya.
“Sup
apa ni Faiq! Kelat semacam. Bau macam something
wrong lah. Tengok ni habis baju!” Marah Balqish sambil mengibas baju
kurungnya yang terkena sup.
“Tak
sedap ke? Aku letak minyak dengan air paip, bawang aku potong halus, halia,
lobak merah sikit dengan kentang. Lepas tu aku gaul lah. Dah siap.”
“Kau
ni gila agaknya! Mana boleh kau buat semua benda tu mentah-mentah macam ni. Nak
buat sup kena masak dulu. Bukan main kacau macam tu je!” Tempik Balqish sekuat
hati. Perangai si suami begitu mencabar kesabarannya. Insiden kelmarin masih
lagi meninggalkan bengang di hatinya.
“At least aku cuba Qish. Nak masak, gas
dah habis..” Aidzril bersuara seakan menjauh. Terasa dengan kata-kata si
isteri.
“Tak
payah lah buat apa-apa. Tak payah susah-susah untuk aku. Aku tak mintak pun
lah.” Balqish segera bangun lalu dia menapak ke ruang tamu dengan perasaan
amarah menggunung di dada.
****
Malam itu Balqish pulang agak lewat. Sejurus dia
menapak kaki masuk ke dalam rumah, dia pelik kerana keadaan ruang tamu yang
gelap. Ketika mahu menghidupkan suis lampu, dia terpijak susuatu lalu badan nya
hampir saja jatuh ke belakang.
“Qish…” Balqish membuka matanya dan alangkah
terkejutnya apabila wajah si suami hanya beberapa inchi saja dari wajahnya.
Aidzril memaut kemas pinggang isterinya, menahan daripada terdorong ke belakang.
“Err..” Dirasakan nafasnya kian sesak. Dah kenapa
laki aku ni, pandang macam tak pernah tengok perempuan.
“Happy
Birthday Qish! Hari ni birthday
kau kan?” Aidzril melepaskan si isteri lalu dia mencapai kek yang berada di
atas meja dan disua ke isterinya. Muka Balqish jelas terkejut.
“Mesti pelik macam mana aku tahu kan? Firasat suami
selalunya betul Qish.” Sambung Aidzril bersama senyuman herot.
“Tak. Birthday
aku dah lama lepas. Bulan 2 haritu. Birthday
siapa yang kau beria sambut ni?” Soalan si isteri membuatkan Aidzril Faiq
terdiam sejenak.
“Tak kisahlah birthday
sesiapa pun. Aku dah beli kek, jom kita celebrate.”
“Nak celebrate
apa kalau harini bukan ada something
special. Merepeklah kau ni.” Bidas Baqish kasar. Dia malas mahu melayan
sikap Aidzril yang padanya sangat kebudak-budakan itu. Seperti berkahwin dengan
anak kecil pulak.
“Qish. Aku sebenarnya nak mintak maaf pasal kelmarin
and pagi tadi. Aku tahu perangai aku
ni, kalah budak terencat. Aku tak pernah bercinta weh. Aku tak tahu macam mana
nak jadi suami. Bila aku terbaca diari kau, kau kecewa terpaksa kahwin dengan
lelaki tak ada masa depan macam aku ni.Itu yang aku buat semua ni Qish. Aku dah
jarang ponteng kuliah, tak macam dulu. Ni semua sebab kau. Aku tak nak kau malu
bila kawan-kawan kau tanya. Siapa suami kau. Dan kau tak tahu nak beri jawapan
apa. Sebab perangai aku yang kau sendiri tak boleh terima. Aku mintak maaf
Qish.” Langkah kaki Balqish terpasak ke lantai mendengar ayat-ayat yang
dituturkan oleh suaminya. Tidak sangka begitu gigih suaminya cuba berubah
untuknya.
“Kenapa kau buat semua ni Faiq? Bukan perkahwinan ni
terpaksa ke.” Akhirnya dia bersuara.
“Memang pun. Aku tak heran langsung nak kahwin
dengan kau. Tapi dah hari-hari aku hadap muka kau dalam rumah ni sampai naik
bosan, jatuh tergolek ego aku ni. Tengok lelaki lain duk usha kau, tercabar jugaklah
hati kering aku ni.” Jelas Aidzril.
“Tak tahu nak cakap macam mana, I pun nak mintak
maaf sebab tak hargai usaha you selama ni
“Tak payah nak tangkap leleh sangat lah. Jom makan
kek ni, aku beli dekat tepi jalan.” Potong Aidzril yang tidak mahu airmata
isterinya gugur.
“Kau beli dekat tepi jalan?! Patut lah tak ada rupa
kek.!” Marah Balqish sambil menepuk lembut bahu Aidzril yang sedang memotong
kek.
“Alah, jimat duit, kek span ni murah je. Tak sampai
RM5 pun. Letak coklat kat atas dia, dah rupa macam kek secret recipe.” Balas Aidzril sambil tersengih.
“Kau ni memang sempoi! Otak tak pernah nak betul.”
Balas Balqish sambil tergelak besar.
“Seronok tak hidup dengan aku?
“Seronok, macam orang-orang kat tanjung rambutan tu.
Terima kasih sebab jadi suami yang paling ting-tong dalam dunia ni.” Balqish
terlentok manja di dada suaminya, Aidzril hanya membiarkan dan sebelah
tangannya mengusap lembut rambut lurus Balqish.
“Terima kasih sebab sudi kutip budak tak ada masa
depan ni jadi suami kau.”
“Semua ni Allah dah tentukan. Jodoh kita, sayang.”
Ujar Balqish penuh syahdu. Dia bersyukur kerana akhirnya si suami sudah sudi
menerima dirinya sebagai isteri.
“Kau perempuan paling malang dalam dunia ni.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab dapat suami kayu.” Jawab Aidzril sambil
menyuap kek ke dalam mulut Balqish.
“Tahu pun kau. Macam tiang bendera pun ada. Dulu aku
ingat kau ni gay tau.”
“Dulu aku ingat kau ni janda.”
“Apasal pulak?”
“Sebab badan macam orang dah beranak anak sepuluh!”
Seloroh Aidzril sambil ketawa kuat.
“Jangan lah muncung, sa..yang.” Dia memujuk. Lembut
namun Balqish sengaja mengeraskan diri.
“Qish. Nak kiss……”
Rengek Aidzril manja sambil disua pipinya ke bibir si isteri.
“Hang gatai!”
“Gatai dengan hang ja, janji sampai mati. Hang
sorang ja aku cinta!” Ujar Aidzril lalu mengucup lembut dahi Balqish dan terus
mengendongnya yang sedang tersenyum gembira. Terus saja dibawa si isteri naik
ke atas.
Inilah laki aku, asal boleh je. Sempoi saja corak
hidupnya. Perangai tak cukup sifat dia buat aku senyum sampai telinga.