Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 7 June 2014

Cerpen : Alasan Untuk Bahagia

 “Abang pergi mana tadi? Lewat balik?” Qalisya menyoal suaminya sejurus susuk tubuh itu melabuhkan duduk disebelahnya.
“Abang… Lisya tanya abang ni. Jawab lah.” Qalisya bersuara sekali lagi setelah tidak mendapat respond daripada sang suami. Suaminya hanya tunduk merenung bebola matanya.
“Sayang, kenapa cantik sangat ni?” Soal si suami sambil jarinya bermain dengan rambut ikal mayang isterinya. Qalisya sudah mula tarik muka. Geram kerana pertanyaannya tidak diendahkan.
“Isteri kesayangan abang mula nak merajuk lah tu. Abang gurau sikit pun tak boleh. Abang ada hal dekat luar tadi. Tiba-tiba Tan Sri Muaz call ajak jumpa. Nak bincang pasal projek dekat Nusajaya. I’m so sorry sweetheart.” Terang si suami panjang lebar setelah  isterinya mula menunjukkan adegan untuk merajuk. Lantas tangan si isteri diraihnya.
“Sayang abang. Abang minta maaf okay? Abang lupa nak inform dekat Lisya tadi. Battery handphone pun dah mati.” Sambung si suami sambil menunjukkan I Phone nya yang kelam tidak bercahaya. Dia sedaya upaya membuat memek muka simpati untuk memujuk si isteri.
Tawa Qalisya mula kedengaran. Hailah suaminya ini ada ada sahaja untuk membuatnya ketawa.
“Abang memang bijak kalau nak pujuk hati Lisya balik kan. Hmm…  Okay kali ni Lisya terima alasan abang tu. Tapi kalau lainkali abang buat lagi. Abang tidur luar.”
“Amboi main kasar nampak? Sanggup ke Lisya nak tidur sorang sorang dalam bilik tu? Kalau ada momok macam mana? Nanti dia gigit Lisya, dia gigit Lisya dekat sini…” Si suami mula cuba untuk menggigit bibir isterinya itu. Perbuatan spontan sang suami menyebabkan isterinya sedikit tersentak.
“Abang ni nakal tahu! Abang mana boleh tidur luar. Lisya main main je encik hubby. Lisya takut nak tidur sorang sorang. Lisya takboleh kalau abang takada.” Qalisya bersuara  romantis sambil kepalanya disembamkan di dada suaminya itu.
“Lisya, abang pun takboleh kalau Lisya takada. Hati abang kosong, sunyi. Sepi… Abang nak Lisya teman abang sampai hujung nyawa abang. Boleh tak cinta?”
“Boleh sayang. I will do anything for you. Hmmm.. Abang kena mandi ni. Hidung Lisya rasa macam nak tersumbat tahu bau tengik macam telur busuk ni.”
“Eh amboi sayang. Tadi bukan main manis mulut dia berbicara. Busuk busuk pun saya ada orang sayang tahu.” Balas suaminya sebelum mengucup dahinya dan berlalu ke kamar mandi.
Itulah suaminya, Megat Harith Danial yang dinikahi 6bulan lepas. Perancangan keluarga yang akhirnya membawa mereka ke destinasi bahagia. Kelembutan Harith memikat hati Qalisya yang sudah berjanji pada awal perkahwinan untuk tidak jatuh cinta dengan lelaki itu. Namun takdir mengubah segala galanya. Perbezaan umur antara dia dan suaminya tidak menjadi masalah. Meskipun dirinya masih mentah dalam kehidupan berumah tangga, si suami yang lapan tahun lebih tua darinya banyak memberi tunjuk ajar sehingga diri yang tidak tahu melayan suami menjadi begitu romantis. Qalisya gadis kecil molek yang baru berusia 23tahun masih lagi menuntut di UTM Skudai. Status sebagai isteri tidak menjadi penghalang baginya untuk mengecapi kejayaan, tambahan pula dia mempunyai  seorang suami yang sangat memahami.

***********
Akibat terlalu tergesa gesa untuk ke kelas kerana Qalisya menyedari dirinya telah lewat, dia terlanggar seorang lelaki yang sedang minum sambil berjalan.
“Hoi kau buta ke? Lain kali jalan guna mata, bukan guna lubang hidung!” Bentak lelaki itu kasar sambil mengibas ngibas bajunya yang lencun dek terkena air yang tumpah itu.
“Err sorry. Saya..  Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Qalisya bersuara penuh keikhlasan. Dia benar benar memaksudkannya. Bukannya dia sengaja mencari masalah melanggar lelaki yang tidak dikenalinya itu. Kang tak pasal pasal dapat makian free.
“Qal.. Qalisya? Qalisya Amani  Dato’ Aridd? Soal lelaki itu kalut seperti amat terkejut melihat dirinya setelah mereka bertentangan mata.
“Awak kenal saya? Awak siapa ya? Macam mana boleh kenal saya?” Soal Qalisya pelik. Dia sedaya upaya cuba mengingati lelaki di hadapannya itu. Namu kotak fikirannya terhenti di situ. Tidak dapat mengumpul maklumat tentang lelaki itu.
“Mungkin awak dah lupa. Saya Raziq Johan. Abang saudara bekas kekasih awak, Faliq. Kita pernah jumpa dulu Lisya, masa awak tengah syok bercinta dengan dia.” Balas lelaki itu cuba untuk menggerakkan kotak ingatan gadis itu. Qalisya mula mengingati siapa lelaki itu. Ya, dia kenal lelaki itu. Matanya seakan akan berkaca mengenangkan sebaris nama yang disebut oleh lelaki itu.
“Cik Qalisya, are you with me?” Soal lelaki itu sambil memetik ibu jarinya.
“Err, yes yes. Saya ingat siapa awak. Kita pernah lepak sekali dulu. Oh ya, sorry lagi sekali Raziq. Saya betul betul tak sengaja.”
“Tak apa lah. Saya tak marah pun, saya minta maaf juga sebab tengking awak tadi. Lisya. Awak tentu dah lewat ke kelas kan?” Pertanyaan Raziq membuatkan dia lantas menepuk dahinya sendiri. Dia sudah 1jam lewat untuk ke kelas Madam Zuraina.
“Saya minta maaf Lisya. Pasal saya, awak tak dapat masuk kelas.” Balas lelaki itu yang kelihatan amat bersalah.
“Eh tak, bukan salah awak. Salah saya sebab tak berhati hati tadi. Tak apalah, saya pergi next class je. Pukul 2 nanti.”
“Oh, so you free lah sekarang ni kan? Sudi nak teman saya lunch? Hm. Awak dah buat salah dengan saya tau. So awak kena bertanggungjawab.” Balas lelaki itu sambil memeluk tubuh.
“Amboi awak ni. Main ugut ugut nampak. Okay, saya teman awak lunch and saya belanja awak. Okay cun tak bro?” Qalisya sudah mula seleasa dengan lelaki itu. Dia senyum sumbing sesudah menamatkan ayatnya tadi.
“Eh cantik sangat lah tu Cik Lisya oi, saya memang tunggu je orang belanja. Let’s.” Mereka berdua melangkah beriringan menuju ke cafe D.

**********
Harith mengetuk pintu bilik studi isterinya berkali kali. Namun tidak ada sebarang sahutan dari si isteri. Lantas dia menapak ke dalam bilik itu.
“Khusyuk sangat wife abang ni. Abang ketuk pintu berkali kali sayang tak jawab pun.” Balas si suami sambil memuncungkan mulutnya. Qalisya yang sedang tekun menghadap assignmentnya terus berpaling ke arah suaminya itu. Dia tersenyum kemudian.
“Abang tahu tak? Kadang kadang Lisya rasa Lisya kahwin dengan budak kecil tahu.”
“Habis tu sayang tak layan abang. Abang merajuk lah. Hmmm. Sayang, ni abang buatkan air susu untuk sayang.”Harith meletakkan susu yang dibawanya tadi di meja tulis isterinya itu. Lantas dia mengambil tempat disebelah Qalisya.
“Terima kasih my dear. Susahkan abang je.” Balas Qalisya selepas itu tangannya lincah menaip. Dia mahu cepat cepat menyiapkan kerjanya itu. Dia tidak mahu suaminya menunggu lama.
“Banyak lagi ke sayang? Bila kena submit ni? Ke sayang buat assignment last minute?” Soal si suami sambil tangannya menari nari di atas tengkuk isterinya itu.
“Tak banyak sangat, 30% more. Hm mana ada, abang macam taktahu Lisya taksuka buat kerja last minute kan. Lecturer bagi semalam. And I have to submit tomorrow.”
“Abang saje je nak uji isteri bijak abang ni. Sayang, abang ada good news untuk sayang tau.”
“Good news? Wah apa dia? Macam suspend je bunyi dia.” Soal Qalisya seperti tidak sabar sabar untuk mendengar berita yang bakal disampaikan oleh suaminya itu.
“Abang tak jadi pergi Sabah. Abang suruh Kamal yang handle. Sayang nak tahu kenapa? Abang rasa berat sangat nak tinggalkan sayang…”
“Abang kenapa ni? Kenapa abang campur adukkan hal peribadi dengan kerja?” Soal Qalisya yang seperti tidak senang dengan keputusan suaminya itu.
“Kenapa? Sayang tak suka ke?” Soal Harith perlahan, dia mula terasa hati dengan pertanyaan isterinya itu.
“Abang, jangan lah salah faham. Lisya bukan taksuka. Tapi lisya taknak pasal Lisya abang tak buat kerja abang.”
“Hmm, takadalah sayang. Abang sebenarnya memang nak handle meeting dekat sana. Tapi papa suruh abang bagi peluang dekat Kamal tunjuk kebolehan dia. Sampai bila nak harapkan abang. Banyak dah projek abang yang handle. Tak salah kalau abang bagi kepercayaan dekat orang yang layak.” Balas si suami cuba untuk meyakinkan isterinya.
“Betul ni abang? Abang tak tipu Lisya kan?” Pertanyaan Qalisya membuatkan Harith segera menggeleng kepalanya laju.
“Tak sayang. Abang tak tipu. Abang tak sampai hati nak tipu sayang. Nanti abang sakit, sakit dekat sini sayang…” Balas Harith sambil tangan isterinya dibawa ke dada.
“Kenapa pula sakit dekat sini?” Soal si isteri pelik.
“Sebab kalau abang tipu sayang. Sama lah macam abang sakitkan hati abang sendiri. Apa pun yang abang buat. Abang tak akan selindung dengan sayang. Kita kan dah janji tak akan ada rahsia antara kita.”
“Abang ni. Romantis sangat tahu. Okay abang. Lisya sentiasa pegang dengan janji kita. Abang, kalau dah mengantuk  abang tidurlah dulu. Nanti bila dah siap, Lisya masuk bilik.” Balas Lisya kemudian matanya di arahkan kembali ke skrin computer.
“Sayang, abang nak basuh baju kejap. Nanti kalau sayang dah siap, sayang cari abang dekat bawah ya.”
“Eh abang? Kenapa nak basuh baju pula? Haish abang pergilah tidur. Baju tak banyak pun. Nanti esok Lisya basuh okay?” Balas Lisya yang tidak senang dengan kata kata suaminya itu. Dia tidak mahu suaminya membuat kerja rumah. Itu semua tanggungjawabnya.
“Sayang jangan nak tunjuk protes. Abang takpernah tidur dulu sebelum sayang tidur. Abang tak biasa tidur sorang sorang. Abang tunggu sayang. Goodluck cinta.” Balas suaminya sebelum berlalu meninggalkan dirinya.
“Abang suami terbaik untuk Lisya. Lisya tak akan sia siakan abang.” Lisya bersuara perlahan setelah bayang suaminya tiada.


***********
 Qalisya mengerling sekilas jam di tangan kanannya itu. Sudah hampir setengah jam dia tersadai di tepi jalan. Selepas keluar meninggalkan kampusnya tiba tiba Toyota Vios miliknya termati di tengah jalan. Sudah berkali kali dia cuba menghubungi Harith namun panggilannya tidak dijawab. Bosan menunggu, dia keluar dari kereta untuk meminta tolong dari orang sekeliling.
“Qalisya, awak kenapa ni? Kereta rosak?” Soal satu suarau garau yang tiba tiba memberhentikan keretanya di hadapan kereta milik gadis itu.
“Eh awak? Raziq.. Awak buat apa dekat sini?” Soal Qalisya kaget dengan kehadiran Raziq Johan apabila dia menoleh kearah pemilik suara tadi.
“Saje, jalan jalan ambil angin. Saya tengah honeymoon ni  Lisya.” Balas Raziq berseloroh. Muka gadis di hadapannya itu sudah masam mencuka. Bengang mungkin dengan gurauannya itu.
“Okay okay. I’m sorry. Saya gurau je Lisya. Kebetulan I baru habis kelas. On the way nak pergi lunch. Kereta you kenapa ni?” Soal lelaki itu prihatin.
“Tak tahu lah kenapa dengan dia ni. Tiba tiba meragam tak tentu pasal. Haish.” Balas Qalisya sambil melepaskan keluhan berat.
“Hmm, awak dah call husband awak minta tolong dia?” Soal Raziq yang sememangnya dia sudah mengetahui status wanita yang sudah mula mencuri hatinya itu.
“Dah, saya call banyak kali tapi dia tak pickup. Maybe dia ada meeting.”
“Okay macam ni Lisya. Saya hantar awak balik rumah okay? Oh ya pasal kereta awak ni awak tak perlu risau sebab saya akan suruh kawan saya yang kerja dekat bengkel kereta untuk repair kereta awak ni. Don’t worry about that okay?”
“Eh tak apa ke ni Raziq? Tak menyusahkan awak ke? Tak apalah. Saya tunggu sampai suami saya datang.” Qalisya menolak pelawaan Raziq dengan sopan. Dia berasa tidak selesa untuk berdua duaan dengan lelaki itu.
“Lisya, awak call dia berkali kali pun dia tak angkat kan. Dah lah jom saya hantar awak balik. Tak kan saya nak biarkan awak sorang sorang dekat bawah cahaya matahari ni. Nanti gelap kulit awak baru tahu.”
“Err. It’s okay Raziq. Saya boleh tunggu suami saya. Thanks but saya rasa tak manis kalau saya balik dengan awak. Saya ni isteri orang.” Balas Qalisya cuba untuk mengingatkan lelaki itu tentang status yang sedang disandangnya.
“Puan Qalisya Amani. Saya tahu dan saya sedar saya tengah bercakap dengan isteri orang, tapi niat saya cuma nak menolong. Tak apalah kalau awak tak sudi. Saya balik dulu. Just takecare of urself.” Balas lelaki itu mendatar sebelum berlalu ke arah Proton Saga  miliknya.
Qalisya bagaikan hendak mengetuk kepalanya saat ini. Dia sedar yang tutur bicaranya sudah membuatkan Raziq yang ikhlas hendak menolongnya terasa hati. Tanpa berlengah dia terus mendapatkan lelaki itu.
“Raz… Raziq, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak tolak pelawaan awak. Okay, awak hantar saya balik. And saya minta tolong awak uruskan kereta saya. Nanti duit saya bagi kemudian dekat awak.”
“Hah, macam tu lah, saya bukan nak buat benda tak elok dekat awak. Silakan masuk Puan.” Balas Raziq sambil mengeyitkan mata.
“Oh ya but before saya hantar awak balik. Saya nak awak teman saya lunch, don’t worry kali ni saya belanja. Okay?” Qalisya hanya menurut. Dia sudah malas mahu membantah. Sudah cukup baik lelaki itu mahu membantunya.
***********
Raziq hanya menggeleng kecil melihat gadis di hadapannya yang sedang leka merenung telefon bimbitnya itu.
 “Lisya, sudah sudah lah duk renung handphone  awak tu. Tak dapat apa apa pun. Dah, habiskan mee awak ni.” Raziq bersuara  perlahan menyedarkan Qalisya dari lamunan.
“Er. Saya dah kenyang. Lepas ni awak hantar saya balik kan?”
“Mestilah. Habis tu awak nak suruh saya tinggalkan awak sorang sorang dekat sini?” Soal Raziq sambil mengangkat keningnya sedikit.
“Awak ni suka  sakat saya lah. Hish, saya bukan apa. Saya risau kalau suami saya…” Belum sempat Qalisya menghabiskan ayatnya Raziq sudah pantas memintas.
“Risau kalau dia dapat tahu awak keluar makan dengan saya? Qalisya, niat saya cuma nak tolong awak. Tentu dia akan faham keadaan awak. Nanti bila awak dah sampai rumah awak terangkan pada dia okay?”
“Hmm. Okay Raziq. Sorry sebab terpaksa susahkan awak. Er.. Saya nak tanya sesuatu boleh?”
“Apa dia?”
“Faliq macam mana sekarang? Dia sihat? Dia dekat mana sekarang?” Qalisya menyoal perlahan. Matanya seakan akan hendak mengalirkan air mata jernih apabila menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi sandaran hatinya satu ketika dahulu.
“Hm kenapa awak tiba tiba tanya pasal dia? Awak rindukan dia eh?” Soal Raziq cuba menebak perasaan Qalisya. Qalisya hanya diam membisu. Tidak tahu mahu membalas apa.
“Sorry Qalisya, saya gurau je. Hm dia dekat Singapore sekarang. Kerja dengan kawan dia.”
“Hah? Dia tak sambung belajar? Kenapa dia terus kerja?” Soal Qalisya bertalu talu. Dia benar benar ingin tahu mengapa Faliq tidak meneruskan pengajiannya.
“Lepas habis diploma dia terus kerja. Saya ada tanya kenapa dia tak nak sambung degree. Tapi awak tahu je lah Faliq tu macam mana. Keras kepala. Dia buat semua tu pun sebab dia taknak bebankan family dia untuk tanggung dia belajar pula. Faliq bukan anak orang kaya macam awak Lisya.”
“Bukan sebab dia kecewa dengan saya?”
“Tak ada lah Lisya. Faliq faham, awak tinggalkan dia bukan atas kerelaan awak. Awak hanya menurut arahan parents awak. Jangan risau, Faliq dah lama maafkan awak. Dan dia sentiasa doakan kebahagiaan awak.” Balas Raziq cuba untuk meyakinkan gadis itu yang sudah mula tayang riak wajah bersalah.
“Saya tak ada niat langsung nak sakitkan hati dia Raz. Saya serius dengan dia, tapi tu lah. Parents saya tak pernah restu hubungan kami. Saya tak mampu nak buat apa apa.” Balas Qalisya sambil melepaskan keluhan berat.
“Kan saya dah cakap. Faliq faham. Dah lah awak jangan risau. Oh ya, awak bahagia dengan suami awak?” Soal Raziq ingin tahu tentang perkembangan gadis itu.
“Alhamdulillah, walaupun pada mulanya saya memang tak cintakan dia langsung. Tapi lama lama perasaan sayang tu datang dengan sendiri. Saya bahagia.” Balas Qalisya sambil tersenyum manis.
“So awak memang betul betul dah lupakan Faliq?”
“Raziq, saya dah sah jadi isteri orang. Kisah cinta saya dengan Faliq dah lama berlalu. Suami saya adalah masa depan saya, Faliq cuma masa lalu saya.”
“Saya harap kebahagiaan awak dengan suami awak berkekalan sampai akhir hayat.” Balas Raziq perlahan. Ada nada kecewa disitu.
“Thankyou Raz. Oh ya kalau awak jumpa dengan Faliq nanti, jangan lupa sampaikan salam saya dekat dia ya.”
“Alright madam. Dah cepat habiskan air tembikai tu. Lepas tu saya hantar awak balik. Karang mengamuk pula suami awak tengok saya duk usung kemari isteri tercinta dia ni.” Balas Raziq bersahaja menyebabkan Qalisya ketawa kuat.

***********
Harith terkocoh kocoh masuk ke dalam rumah. Hampir saja dia tersandung permaidani di ruang tamu rumahnya itu. Dia terus memanjat anak tangga untuk menuju ke bilik dia dan isterinya.
Bilik pintu dikuak perlahan. Kelihatan Qalisya sedang duduk di birai katil sambil membaca buku. Harith menerpa laju kearah isterinya itu. Tangan isteri tercinta diraih kalut. Dia benar benar rasa bersalah kerana membiarkan panggilan isterinya tidak berjawab tadi.
“Sayang….” Harith menyeru isterinya perlahan. Qalisya hanya tunduk memandang lantai tanpa menoleh kearah suaminya.
“Sayang, abang tahu sayang marahkan abang. Abang minta maaf sangat sangat. Masa sayang call tadi abang dalam meeting. Sorry sayang…” Terang harith sambil mencium tangan isterinya berkali kali.
“Abang tahu tak Lisya call abang berapa kali?” Qalisya menyoal sinis.
“57misscalls.” Harith menjawab perlahan sambil melepaskan keluhan berat.
“Setengah jam Lisya tunggu abang. Lisya tunggu abang pickup call Lisya. Tapi abang terlalu sibuk dengan kerja abang sampai isteri sendiri terabai.” Qalisya mula meluahkan rasa hati. Nada suaranya masih terkawal.
“Abang tahu. Abang minta maaf sayang, lepas habis je meeting abang terus pecut balik rumah. Abang call sayang sms sayang, tapi takada respond pun. Abang risau sangat, tu yang terus drive balik rumah.” Harith masih lagi tidak berputus asa memujuk isterinya itu.
“Baru abang rasa apa Lisya rasa. Seronok kan call banyak kali tapi tak angkat. Ada rasa macam tunggul tak?” Qalisya menyoal dalam nada mengejek.
“Bukan macam tunggul je sayang, abang rasa macam mayat hidup je tadi tau.” Balas Harith sambil tersenyum sumbing. Dia cuba ingin menyakat isterinya yang masih dalam mood merajuk itu.
“Auchhh sakit lah sayang!” Harith mengaduh kesakitan setelah Qalisya melancarkan serangan cubitan di lengan kirinya itu.
“Hah tahu sakit. Lain kali buat lah lawak masa gunung berapi tengah meletup. Sengaja cari pasal kan.”
“Alololo sayang abang merajuk lagi tu. Sayang….” Harith memegang kedua belah bahu isterinya lalu mendudukkan isterinya di atas sofa berdekatan katil bersaiz king itu. Dia kemudiannya berlutut menghadap isterinya.
“Abang betul betul minta maaf. Abang tak pernah ada niat nak abaikan sayang. Sayang selalu dalam fikiran abang even abang tengah dalam meeting. I am sorry eh eh eh?” Harith bersuara seperti budak budak semata mata mahu membuat isterinya memaafkan dirinya.
“Hmm. Okay  Lisya maafkan abang. Lisya pun nak minta maaf sebab Lisya tak faham abang sibuk kerja.”
“Sayang tak ada salah apa apa pun dengan abang. Abang yang buat sayang tertunggu tunggu tadi. Eh sayang, kereta sayang mana?” Harith baru teringat semasa dia masuk ke perkarangan rumah dia perasan Toyota Vios isterinya tiada di halaman rumah mereka.
“Oh ha sebab tu lah Lisya call abang tadi. Masa Lisya on the way nak balik rumah, tiba tiba kereta termati tengah jalan. Kereta dekat workshop. Maybe lusa baru siap.”
“Hah? Lah bulan lepas kan baru abang hantar kereta Lisya pergi servis. Haish buat hal pula dia tu. Habis siapa hantar sayang balik tadi?” Pertanyaan Harith membuatkan Lisya terdiam sejenak.
“Sayang, abang tanya ni. Siapa hantar sayang balik?” Soal Harith benar benar ingin tahu.
“Er. Kawan. Kawan sekampus. Kebetulan dia baru habis kelas and lalu dekat tempat kereta Lisya rosak tadi. Dia yang hantar Lisya balik rumah.”
“Kawan yang mana? Abang kenal tak?”
“Tak. Hm Raziq nama dia. Abang jangan salah faham tau, dia cuma nak tolong. Lisya tak buat apa apa pun dengan dia tadi.” Terang Qalisya perlahan, dia tidak mahu suaminya berfikiran negatif  tentang dirinya.
“As long sayang cakap sayang tak ada buat apa apa dengan dia, abang percayakan sayang. Tapi next time, jangan balik dengan dia okay? Abang akan cuba ada untuk Lisya kalau jadi lagi macam ni.”
“Ya sure, abang pun jangan buat Lisya macam tunggul lagi tau.”
“Mana pernah abang buat isteri comel abang macam tunggul. Abang selalu layan sayang macam princess tahu. Abang minta maaf sekali lagi. Janji tak buat lagi.” Harith tunduk mencium ubun ubun isterinya sesudah mengakhiri ayatnya itu.
“I love you Harith.” Qalisya berbisik di telinga suaminya itu. Perlahan tapi masih didengari oleh Harith.
“I love you more than yesterday and less than tomorrow.”

***********
“Kat sini rupanya Lisya, puas abang cari sayang dekat dalam bilik takada, dapur pun takada. Rupanya sayang rehat dekat sini.” Harith bersuara menyedarkan Qalisya yang sedang leka menikmati angin malam di taman kecil di laman rumah mereka.
“Lisya saje duduk sini ambil angin. Lepas makan tadi rasa kenyang sangat tu yang duduk sini berehat.”
“Kenapa sayang tak ajak abang? Hmm.” Harith bersuara dalam nada merajuk.
“Bukan taknak ajak. Tapi tadi Lisya jenguk bilik abang, abang tengah sibuk buat kerja. Lisya taknak kacau.”
“Abang tak busy pun sayang. Cuma check email. Sayang kenyang lagi ke?” Soal Harith yang masih lagi berdiri disisi isterinya yang sedang duduk.
“Kan kita baru makan nasi tadi, kenapa? Abang lapar ke?” Soal Qalisya pelik.
“Eh sayang ni. Mana ada, abang cuma tanya je. Sayang suka sangat fikir bukan bukan pasal abang kan.”
“Tak fikir bukan bukan pun abang. Sorry sayang. Eh kenapa dengan tangan abang tu? Asyik menyorok je dekat belakang, ada apa?” Soal Qalisya yang hairan dengan gelagat suaminya pada malam itu.
“Sayang tutup mata kejap.” Pinta Harith sambil mengenyit mata kepada isterinya itu.
“Ish kenapa pula kena tutup mata? Taknak lah.” Qalisya bertegas tidak mahu mengikut kata suaminya. Ada ada sahaja suaminya itu.
“Sayang ikut je lah cakap abang. Cepatlah sayang. Tutup mata, kejap je.”
“Hish abang ni mengada ngada betul lah.” Balas Qalisya sambil menurut saje kata kata suaminya. Malas mahu membantah.
“Lisya buka lah mata.” Harith bersuara kira kira sepuluh saat Qalisya memejam matanya.
Sebaik sahaja Qalisya membuka matanya, dia terkejut bukan kepalang. Di atas meja kecil itu suaminya meletakkan sepotong kek red velvet dan sebuah kotak kecil berwarna kuning cair.
“God! Red velvet! My favourite cake. Bila abang beli?” Soal Qalisya girang. Harith yang sememangnya tahu dirinya hantu kek dan amat menggemari red velvet tersenyum kecil.
“Tadi, sebelum abang balik rumah abang singgah kedai kek yang Lisya selalu beli tu. Sayang suka tak?”
“Mestilah suka. Suka sangat abang. Thankyou so much sayang.” Balas Qalisya sambil memeluk suaminya. Erat dan seakan akan tidak mahu melepaskannya.
“Ur most welcome. Ada lagi dekat dalam peti sejuk. Nanti sayang makan lah okay?”
“Okay abang. Nak Lisya suapkan tak?” Soal Qalisya sambil tersenyum manja. Harith sudah mengambil tempat berhadapan dengannya.
“Sayang makan lah dulu. Nanti tak cukup pula. Sayangkan hantu kek. Qalisya, you forgot something.”
“Apa dia bang?” Qalisya menyoal sambil dahinya berkerut seperti  mahu bercantum.
“Tuuuu.” Harith memuncungkan mulutnya kearah sebuah kotak kecil yang  diletakkan disisi piring kek tadi.
“Ni untuk Lisya juga ke?”
“Eh tak lah, tu untuk jiran sebelah punya orang gaji.” Balas Harith selamba.
“Abang ni kan. Lisya tanya elok elok dia jawab macam tu.” Qalisya sudah mula mencebik.
“Ala sayang abang ni. Mula nak merajuk lah tu. Hm mesti lah untuk sayang.  Sayang taknak bukak ke kotak tu?”
Qalisya mengambil kotak kecil itu dan dibeleknya sekilas. Tanpa berlengah dia segera membuka reben yang menghiasi kotak itu.
“Abang! Ni untuk Lisya? Are you kidding me?” Soal Qalisya yang sudah hampir mahu terjerit itu. Dia menunjukkan kunci kereta kepada suaminya.
“Shuhhhh. Sayang dah malam ni. Jangan lah cakap kuat kuat. Ya, untuk Qalisya Amani. Abang harap sayang sudi terima.”
“Tapi Lisya kan dah ada…” Tidak sempat si isteri mahu menghabiskan ayatnya, si suami sudah pantas memintas.
“Ya abang tahu sayang dah ada kereta, tapi tu papa yang bagi. And vios sayang tu asyik meragam je. Tak salah kalau abang sebagai seorang suami yang, ehem ehem kacak lagi macho nak hadiah sebuah kereta untuk sayang kan.” Ujar Harith sambil tersenyum tampan kepada isterinya. Sememangnya Megat Harith Danial seorang yang tampan meskipun sudah menjangkau 30-an. Raut wajahnya seperti remaja berusia 20-an sahaja.
“Lisya taktahu nak cakap apa. I’m speechless. Lisya tak sangka impian Lisya nak bawa kereta minicooper jadi kenyataan.”
“Sayang tak perlu cakap apa apa, abang cuma nak sayang terima hadiah tak seberapa abang ni.” Dia sengaja ingin membuat kejutan untuk isterinya. Bulan lepas isterinya ada mengatakan bahawa teringin untuk memandu Kereta minicooper.
“Thankyou so much. I love you to the moon and back. Thanks again. Thanks for everything abang.” Balas Qalisya perlahan sambil memegang  erat tangan suaminya. Dia membawa tangan suaminya kedadanya.
“Sama sama. Abang sayang Lisya sangat sangat.” Balas Harith yang sudah bangun dari duduknya dan memeluk erat isterinya dari arah belakang.
“Lisya pun sayangkan abang. Kenapa abang buat semua ni?” Soal Qalisya sambil mendongak kearah suaminya yang lebih tinggi darinya.
“Because you are my world sayang. Abang nak buat sayang happy, nak buat sayang tersenyum sepanjang hayat sayang.”
“Thanks sweetheart. Lisya taknak orang lain sebab Lisya dah cukup bertuah ada abang disisi Lisya.”
“Hmm sayang dah lewat ni, kita tidur jom?”
“Okay let’s. Esok pun abang nak bangun pagi nak melawat tapak projek dekat Kota Tinggi kan?”
“Ya sayang.” Balas Harith lalu dengan pantas dia merangkul badan isterinya dan membawa ke dalam rumah. Qalisya memegang erat tengkuk suaminya itu.

***********
“Ehem ehem, Puan sorang jeke?” Teguran seorang lelaki jelas membuatkan Qalisya yang sedang tekun membaca buku menoleh kearah suara itu.
“Hish awak ni Raziq. Buat terkejut saya je lah.” Omel Qalisya geram. Dia memang tidak suka dirinya diterjah sesuka hati ketika dia sedang tekun mengulangkaji pelajaran.
“I am sorry Puan Qalisya. Saya takada niat nak buat awak marah.” Balas Raziq yang kelihatan bersalah kerana menganggu gadis kecil molek dihadapannya itu.
“Saya tak marah pun. Cuma terkejut je awak sergah saya macam tu.”
“Ya, ni last. Lepas ni kalau saya buat lagi awak ketuk kepala saya laju laju eh? Awak buat apa dekat sini?” Soal Raziq yang masih lagi berdiri.
“Saya tengah jual sayur. Mahu beli ka?” Balas Qalisya dengan nada yang sinis. Sudah tahu lagi mahu tanya. Haish.
“Saya taktahu pula dalam library boleh jual sayur. Kangkung ada tak Puan?” Soal Raziq sambil menayang sengih.  Suka betul dia menyakat gadis itu.
“Karang ada yang makan kasut saiz 10 ni.”
“Amboi kejam nya dia. Saya suka buat awak marah lah Lisya. Makin comel pula bila awak tengah bengang.” Raziq sudah mula menghamburkan tawanya melihat riaksi Qalisya yang masih lagi geram dengan dirinya.
“Shuhhh ni library ye bukan stadium nak ketawa kuat kuat.”
“Okay okay. Sorry. Hm awak buat apa ni tak balik lagi? Ada kelas lagi ke?” Soal Raziq yang sudah menngambil duduk di hadapan Qalisya.
 “Tengah study. Sengaja saya taknak balik awal. Kelas dah habis pukul2 tadi. Kalau saya balik rumah pun bukan ada orang dekat rumah. So better study dekat sini.”
“Ohh. Sorry kacau awak Lisya.” Tutur Raziq perlahan setelah dia menyedari dirinya menganggu gadis yang sedang khusyuk menelaah ilmu.
“Tak ada lah. Awak pula buat apa dekat sini?” Soal Qalisya sekadar ingin tahu.
“Saya tengah cari bahan untuk first assignment saya. Maklmumlah saya ni budak baru lagi. Awak senior dekat sini, taknak tolong saya?”
“Mana ada senior, next year baru saya habis kalau takada aral melintang. Hm awak nak saya tolong apa?” Soal Qalisya. Dia sudah tutup bukunya itu.
“Tak adalah saya gurau je tadi. Abaikan. Oh ya Lisya, boleh awak bagi number phone awak tak? Bukan apa, senang sikit kalau saya nak tanya apa apa dekat awak nanti.”
“Tak apalah kita kan selalu jumpa. Kalau ada apa apa awak cari je saya dekat library.” Balas Qalisya yang enggan mahu memberikan lelaki itu nombor telefonnya. Dia tidak mahu suaminya salah faham nanti.
“Alahai. Bukan awak duduk dekat sini 24jam. Boleh tak Lisya? Bukan saya nak buat apa pun. Saya Cuma akan contact awak bila ada hal penting je. Tak kan tak sudi nak tolong saya.” Raziq bersuara sedih sengaja mahu memancing perhatian Qalisya.
“Er yelah yelah. Sini lah number awak biar saya miscall.” Qalisya mengalah juga akhirnya.
“Ha macam tulah. Thankyou Puan.”
“Ur welcome. Raz.. jangan lah panggil saya macam tu. Saya tak selesa lah.”
“Hehe okay. Saya tak panggil lagi. Tapi esok lusa belum tentu lah saya tak panggil. Kadang kadang mulut ni gatal nak menyakat awak.”
“Awak ni memang tau, nakal.” Balas Qalisya lalu dia tersenyum kecil. Dia senang berkawan dengan Raziq. Perwatakan Raziq yang ceria dan pandai mengambil hatinya sedikit sebanyak membuatkan gadis itu teringat akan bekas kekasihnya, Faliq.
“Nakal je bukan jahat pun. Oh ya Lisya, tekak saya tiba tiba rasa nak minum cendol lah. Nak temankan saya tak?”
Dia diam sejenak. Cendol.. Faliq juga dulu sangat suka makan cendol. Ah rindunya dia pada lelaki yang pernah bertakhta dihatinya selama 3 tahun.
“Sekarang ke?” Soal Qalisya sambil mengerling sekilas jam di tangannya.
“Ya, ke awak ada hal dengan husband awak? Kalau macam tu takapalah saya fa…”
“Nope, dia tak balik lagi pun time macam ni. Dia selalu balik lambat. Maghrib baru sampai rumah.”
“So takapa ke awak teman saya?” Soal Raziq untuk mendapatkan kepastian daripada Qalisya.
“Tak apa rasanya. Lagipun kita bukan pergi tempat yang tak elok. Sekadar nak basahkan tekak. Saya pun haus juga ni.”
“Awak tak minta izin dengan dia dulu?”
“Ha saya call dia nanti. Nak pergi ke tak nak?”
“Eh mestilah nak. Awak drive kereta awak, saya ikut dari belakang. Saya tunggu dekat luar campus okay.” Putus Raziq setelah itu dia berlalu pergi keluar meninggalkan library bersama Qalisya.

***********
“Abang, abang siap siap macam nak pergi kerja ni nak pergi mana? Tak kan hari cuti pun kerja?” Soal Qalisya yang baru turun dari tingkat atas. Dia hairan melihat suaminya yang lengkap berpakaian seperti mahu ke pejabat.
“Abang kena pergi Melaka kejap.  Abang baru dapat call tadi daripada pembantu abang yang uruskan projek dekat sana. Ada masalah sikit lah sayang.”
“Habis tu abang nak pergi lah ni?” Soal Qalisya tidak senang.
“Ya sayang. Tak kan bang nak biarkan orang lain pula pergi. Abang tak percayakan diaorang lah.” Balas Harith sambil memegang tangan isterinya kejap.
“Abang lupa eh? Semalam kan abang dah janji dengan Lisya yang nak tengok wayang sama sama tengah hari nanti. Kita dah lama tak keluar sekali. Abang asyik sibuk je.” Qalisya mengeluh kemudian.
“Ya Allah Lisya. Abang lupa. Abang betul betul terlupa. Er kita pergi lain kali je lah eh sayang? Abang tak boleh kalau tak pergi. Benda ni penting.” Harith terus mengusap pipi isterinya cuba untuk memujuk. Dia tahu isterinya pasti akan merajuk. Tetapi dia tidak ada pilihan lain. Dia sangat komited dengan kerjayanya.
“Hm penting sangat kan daripada Lisya.”
“Abang minta maaf sayang. Abang harap sayang faham. Abang bukan pergi suka suka. Abang  buat ni semua untuk kita, untuk keluarga kita.” Harith bersuara perlahan cuba untuk meyakinkan isterinya.
“Tak apalah, abang pergi lah, karang lewat pula.” Balas Qalisya yang sudah mula mahu melangkah ke dapur.
“Abang pergi atas urusan kerja bukan abang enjoy dekat sana. Esok abang balik. Sayang tidur rumah papa. Abang tak sempat nak hantar Lisya, nanti Lisya drive sendiri boleh?” Balas Harith dengan nada tegas. Kadang kadang dia rasa rimas mahu melayan sikap isterinya yang jelas tidak mahu memahami dirinya yang sibuk mencari rezeki.
“Pandai pandailah nanti Lisya jaga diri Lisya sendiri. Dah, nak mandi.”
“Sini kejap sayang..” Harith menarik tubuh Qalisya di dalam dakapannya.
“Abang sayang Lisya, abang taknak Lisya fikir bukan bukan, abang minta maaf sekali lagi. Sayang jaga diri baik baik. Esok tunggu abang balik ya sayang.” Harith mencium kedua dua belah pipi isterinya.
“Abang pun hati hati. Lisya sayang abang juga.” Balas Qalisya acuh tak acuh. Dia masih lagi merajuk dengan suaminya.
“Abang pergi dulu, nanti kalau ada apa apa call abang. Jaga diri baik baik.” Qalisya tunduk mencium tangan suaminya itu. Walaupun bengang dengan sikap suaminya yang gilakan kerja itu, dia tetap menghormati lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu.

***********
Qalisya membuang pandang ke luar rumah. Hatinya  kecewa dengan sikap suaminya yang begitu mudahnya membatalkan aktiviti mereka berdua untuk keluar menonton wayang. Dia mengeluh sendirian. Sedang dia asyik termenung, tiba tiba telefonnya berdering nyaring di meja solek. Dengan pantas dia mencapai telefon pintar miliknya. Qalisya merenung sekilas nama pemanggil yang tertera di skrin itu. Dia kemudiannya tergaru garu kepalanya yang tidak gatal itu.
 “Hai. Assalamualaikum. Saya menggangu ke?” Sapa suara di hujung talian itu.
“Waalaikumussalam. Ya Raziq, ada apa?” Balas Qalisya mendatar.
“Ehem ehem. Awak marah ke saya call awak? Maaf menganggu. Saya cuma sekadar nak tanya khabar. Dah seminggu saya tak nampak awak dekat campus.”
“Oh saya ada je. Cuma awak tak perasan kot. Saya sihat. Awak?”
“Sihat Alhamdulillah. Oh ya suami awak mana Lisya? Tak apa ke ni saya kacau isteri orang pagi pagi macam ni?” Raziq bersuara perlahan. Dia sedar dengan perbuatannya yang boleh dikategorikan sebagai suatu kesalahan kerana menganggu isteri orang.
“Hm dia tak ada. Outstation dekat Melaka. Baru pagi tadi dia keluar.”
“Lah yeke. Patutnya hujung minggu macam ni dia ada dekat rumah. Teman awak. Or buat something interesting dengan awak.” Tutur Raziq sengaja ingin mengusik hati Qalisya. Dia mempunyai agenda ingin membawa gadis itu keluar. Kebetulan hatinya terdetik untuk menelefon gadis itu. Ternyata suaminya tiada di rumah. “Ada chance lah ni” Hatinya berbisik nakal.
“Semalam plan nak tengok wayang sama sama. Tapi pagi tadi dia dapat call pergi Melaka and dia tinggalkan saya dekat rumah papa. Esok baru dia balik.”
“Habis sekarang ni awak dekat mana?”
“Rumah saya lah. Lepas maghrib nanti baru saya pergi rumah papa. Tidur sana.”
“Oh. Saya sure awak mesti bosan sorang sorang kat rumah tu kan? Lisya, saya belanja awak tengok wayang nak?” Raziq mula memancing perhatian sang gadis.
“Hah? Keluar tengok wayang dengan awak?” Soal Qalisya kaget dengan pelawaan Raziq. Berani sungguh dia ni ajak isteri orang keluar.
“Ya, kenapa tak boleh ke? Bukan nak buat apa pun. Cuma teman saya tengok wayang. Lepas tu kita makan and saya hantar awak balik. Saya tahu awak perlukan seseorang untuk hilangkan bosan awak kan. Lagipun kita kan kawan.” Penjelasan panjang lebar Raziq membuatkan Qalisya berfikir sejenak.
“Hm tu lah saya pun bosan juga ni. Tak apa kot. Saya cakap dengan suami saya, saya nak keluar dengan kawan. Kalau dia bagi, kita keluarlah.”
“Kalau dia tak bagi takpayah keluar? Jangan macam ni Lisya, niat saya baik cuma nak berkawan dengan awak. Saya tahu dan saya akan jaga batas batas dengan hak orang.” Balas Raziq dalam nada kecewa. Dia mula merasa plannya hampir gagal.
“Er okay Raziq. Awak ambil saya pukul 12.30. Nanti saya sms awak alamat rumah saya.” Putus Qalisya. Dia tidak mahu menghampakan harapan lelaki itu. Sepanjang mengenali Raziq, lelaki itu sering saja berada disisinya ketika dia didalam kesusahan. Qalisya tersenyum kecil. Ada perasaan terharu terbit di hati.
“Ha macam tu lah. Saya janji sebelum maghrib saya hantar awak balik. Cepat siap, jangan lambat pula bersiap. Awak dah cukup cantik kalau tak bersolek pun.” Balas Raziq yang kemudiannya ketawa kecil. Qalisya juga turut sama menghamburkan tawanya.
“Hish awak ni kan, kalau tak buat saya geram memang tak sah kan. Awak pergi lah bersiap. See you soon.” Balas Qalisya sebelum mematikan talian.
Dia kemudian mendail number suaminya berkali kali namun tiada panggil berjawab. Dia mengeluh lagi. Sms di hantar untuk memaklumkan dia ingin keluar.
“Abang. Lisya nak keluar dengan kawan kejap. Bosan duduk dekat rumah. Nanti lepas maghrib lisya pergi rumah papa. Takecare and I miss you.”
Beberapa minit kemudian Harith membalas smsnya itu.
“Sayang keluar hati hati. Jangan balik lewat sangat. Abang dalam meeting tadi dengan lembaga pengarah. Sorry tak pickup call. Anything let me know. Miss you more.”
Qalisya tersenyum membaca bait bait ayat yang dikirimkan oleh Harith itu. Kalaulah Harith tahu dia keluar dengan Raziq, pasti suaminya akan cemburu. Namun Qalisya tetap bertegas, dia tidak mempunyai apa apa hubungan istimewa dengan Raziq, tidak melebihi sebagai kawan.

***********
“Selalu ke awak kena tinggal sorang sorang dekat rumah bila dia ada kerja dekat luar daerah?” Soal Raziq memecah kesunyian yang bertaut pada mereka berdua.
“Er. Selalu jugak lah. Bulan lepas dia ada seminar dekat Korea. Seminggu juga saya duduk rumah papa. Minggu lepas pula kitaorang dah rancang nak pergi Port Dickson mandi laut. Tapi tiba tiba dia kena pergi handle meeting dengan KL.” Balas Qalisya bersama keluhan berat dilepaskan. Ya, kebelakangan ini suaminya terlalu sibuk dengan kerjayanya. Maklumlah Harith anak tunggal. Syarikat bapanya itu akan diwarisi olehnya. Bapanya juga sudah tua dan tidak larat mahu menguruskan syarikat. Qalisya faham tentang itu namun hatinya sering berdetik resah setiap kali ditinggalkan bersendirian. Dia sunyi.
“Oh yeke. Hm kenapa dia takpernah bawa awak ikut dia?”
“Dia bukan taknak bawa tapi kalau saya ikut sekali saya ni tak ubah macam patung. Dia sibuk kehulur sana sini, saya terperap dekat hotel. Tu yang saya selalu duduk rumah papa bila suami saya takada.”
“Kesian awak, dia tak patut abaikan awak macam ni. Lagipun rumah tangga kalian masih baru lagi. Dia tak boleh anggap awak boleh berdikari tanpa dia.” Balas Raziq sambil matanya tidak lepas dari merenung raut wajah halus mulus milik Qalisya Amani. Gadis itu memang cantik dari dulu lagi.
“Kadang kadang saya pun tak faham kenapa dia sibuk sangat. Tapi dia berkali kali pesan dekat saya supaya jangan fikir bukan bukan. Lagipun dia satu satunya harapan ayah dia untuk teruskan legasi perniagaan keluarga mereka.”
“Sibuk kejar duit sampai isteri sendiri terabai? Busy sangat sampai takada masa nak keluar bawa awak jalan jalan?” Sola Raziq sinis. Dia benar benar bengang bila mendapat tahu yang Qalisya sering diabaikan oleh suaminya.
“Entahlah Raziq, saya serahkan semuanya pada Allah. Saya percayakan suami saya.”
“Hm kalau saya jadi dia, saya tak akan sia sia kan awak Qalisya. I will always be there for you, kalau saya yang jadi suami awak.”
“Raziq, thanks sebab selalu ada masa susah dan senang saya. Awak teman terbaik saya setakat ni.” Tutur Qalisya tulus. Dia menghargai kewujudan Raziq yang sentiasa menjadi peneman setianya tika ini.
“Saya harap saya berpeluang untuk buat awak bahagia Lisya.” Ungkapan yang tidak diduga daripada Raziq membuatkan Qalisya tergamam. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan. Seolah olah hatinya berpalu kegembiraan mendengarkan sebaris ayat yang ditutur lelaki itu. Dia kemudianya hanya diam membisu.

***********
Harith melangkah lemah ke dalam rumah. Sudah tiga hari dia tidak pulang ke rumah kerana tuntutan kerja. Baru dia hendak memanjat tangga untuk berehat di kamarnya, Qalisya pantas memintasnya. Harith kaget, dia tidak sedar yang isterinya itu mengekorinya dari tadi sejak dia masuk ke dalam rumah lagi.
“Kenapa abang tak tidur dekat sana je sampai tahun depan.” Tegur Qalisya sinis sambil menjongketkan keningnya sedikit.
“Sayang, kan abang dah bagitahu sayang abang tak jadi balik semalam. Abang call sayang banyak kali tak berjawab pun. Kenapa?”
“Malas.” Balas Lisya sepatah, ya dia memang sengaja tidak mahu menjawab panggilan suaminya. Berkali kali Harith cuba menghubungi Qalisya namun dia hampa. Dia kemudiannya memutuskan hanya menghantar pesanan ringkas untuk memaklumkan dia tidak jadi pulang semalam.
“Sayang, abang minta maaf kalau abang dah buat sayang marah. Abang betul betul tak ada niat. Lepas abang habis kerja terus abang drive balik Jb. Abang tak melencong ke tempat lain pun sayang.” Balas Harith penuh kejujuran. Isterinya memang kuat merajuk dan sensetif orangnya.
“Abang ni kenapa eh? Dulu abang tak macam ni pun. Busy macam mana pun abang, abang tetap luangkan masa untuk Lisya. Now, semuanya dah tak macam dulu. Abang selalu balik kerja lambat. Apa yang kita plan nak buat bila hujung minggu selalu je abang cancel sebab kerja. Abang tahu tak Lisya bosan bila selalu kena tinggal!” Qalisya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Harith hanya tunduk merenung lantai.
“Abang sibuk kerja sayang. Kebelakangan ni projek banyak sangat yang abang kena handle. Kalau projek kecil abang boleh suruh orang lain handle. Ni soal untung rugi syarikat sayang. Kalau abang buat kerja main main, nanti Daddy bising. Sayang, fahamlah sikit.” Balas Harith lembut. Dia masih lagi sabar menjelaskan perkara yang sudah berkali kali dia jelaskan kepada Qalisya. Namun isterinya itu seolah tidak mengerti.
“Lisya taknak faham dan Lisya tak akan faham. Abang tak akan faham apayang Lisya rasa. Abang Cuma pentingkan kerja abang, duit duit dan duit! Abang dah tak pedulikan pasal Lisya lagi.” Balas Lisya sambil memukul mukul dada suaminya. Hatinya benar benar sakit apabila suaminya tidak jadi pulang semalam. Dia sudah merancang  surprise untuk suaminya dengan membuat sebiji cake. Namun dia hampa dengan sikap suaminya yang sering saje mengabaikan dirinya. Qalisya berasa dirinya tidak diperlukan lagi. Hatinya terasa walang.
“Sayang jangan macam ni please. Okay pasal semalam abang betul betul minta maaf. Abang dah siap packing barang nak balik rumah tapi tiba tiba abang dapat tahu salah sorang pekerja abang kemalangan dekat tapak projek. So nak tak nak abang terpaksalah pergi melawat dia, jaga kebajikan pekerja abang. Itukan tugas abang sayang.” Harith memaut pinggang ramping isterinya namun tangannya ditolak kasar oleh Qalisya.
“Stop it Harith, Lisya taknak dengar apa apa penjelasan dari abang. Cukup lah buat Lisya tak ubah macam patung.” Balas Qalisya bengang. Dia kemudiannya berlalu ke dapur.
Harith tergamam dengan tutur bicara isterinya. Selama mereka berkahwin, inilah kali pertama mereka bertengkar. Dia kecewa dengan Qalisya yang tidak pernah cuba memahami kesibukannya mencari rezeki. Qalisya… Maafkan abang sayang, abang janji lepas selesai projek projek ni abang akan jadi macam dulu balik. Abang minta maaf dah lukakan hati sayang. Hatinya bersuara lirih. Dia melangkah gontai ke arah tangga.

***********
Hubungan Qalisya dan Raziq semakin hari semakin rapat sehingga menimbulkan bibit bibit percintaan antara mereka. Qalisya sedar yang dia memegang status sebagai isteri orang, namun dirinya sendiri tidak dapat menolak kehadiran Raziq disisinya. Kesibukan Harith yang sering sahaja pulang lewat ke rumah, outstation dan sering meninggalkan Qalisya bersendirian membuatkan wanita itu terasa semakin jauh dari suaminya. Kehadiran Raziq sedikit sebanyak dapat menghilangkan resah dan kesunyian di hati.
“You nak hantar I balik pukul berapa bie?” Soal Qalisya setelah mereka selesai menikmati makanan di salah sebuah restoran di City Square.
“Kejap lagi lah sayang. Kenapa? Rindukan suami you ke?” Balas Raziq acuh tak acuh.
“You ni kan. Tak ada maknanya, I dah ada you sekarang. So buat apa I nak rindukan dia yang terlalu obses dengan kerja. Dia mana ada masa untuk I dah.”
“Dah tu? You sibuk tanya bila I nak hantar you balik kenapa? I tak puas lagi spent time dengan you. Manja manja dengan you tahu.” Balas Raziq sambil tangannya mengelus jari jemari gadis di hadapannya itu.
“I tanya je. Tak ada niat nak buat you terasa. Lepas ni kita nak pergi mana sayang?”
“Pergi tengok wayang. I janji sebelum pukul 10 malam I hantar you balik. Lisya, sampai bila kita nak macam ni?” Soal Raziq dengan nada yang mendesak.
“Maksud you?”
“Yelah. Sampai bila kita nak keluar senyap senyap macam ni. Sampai bila you nak curang dengan suami you. I nak kahwin dengan you Lisya. You minta cerai dengan suami you, kan senang. Lagipun you dah tak bahagia dengan dia kan.” Lisya diam sejenak. Dia tahu lelaki itu mahukan hubungan yang lebih serius dengannya. Namun dia tidak bersedia untuk berterus terang dengan suaminya lagi.
“You sabar sikit lah bie. I belum ready lagi nak bagitahu dia tentang kita.” Balas Qalisya. Dia bermain main dengan rambut lelaki itu. Dia gemar berbuat demikian.
“Sampai bila sayang I kena tunggu? Dah hampir 4bulan kita macam ni.”
“You sayang I tak?” Soal Qalisya ingin menduga.
“Sayang. Sebab tu I nak cepat cepat kahwin dengan you. I’m deeply in love with you my dear.”
“Kalau you sayang I, you kena sabar sikit lah bie. I janji dalam masa terdekat ni I terus terang dengan Harith pasal kita. Walau apa pun yang terjadi dia mesti lepaskan I. You jangan risau.” Balas Qalisya lembut meyakinkan kekasih hatinya itu. Dia sudah tidak berfikir apa apa lagi. Dia hanya mahu Raziq menjadi suaminya. Dia benar benar yakin dengan kata hatinya.
“I will waiting for you. Tapi jangan lama sangat. I tak sabar nak hidup dengan you.”
***********
“Siapa yang hantar Lisya balik tu? Lisya pergi mana malam baru balik?” Soal Harith sejurus melihat susuk tubuh isterinya di ruang tamu. Dia sengaja pulang awal ke rumah hari ini. Dia ingin meluangkan masa dengan isterinya. Harith sedar hubungan mereka sejak kebelakangan ini semakin renggang.
“Jumpa kawan.” Balas Qalisya malas. Dia kemudiannya berkira kira ingin berlalu ke dapur.
“Nanti dulu. Abang tak habis cakap dengan sayang lagi. Sayang cuba cakap dengan abang betul betul. Sayang pergi mana lepas habis kelas tadi?” Harith menghalang Qalisya untuk berlalu. Dia menarik lembut tangan isterinya duduk disebelahnya. Qalisya hanya menurut.
“Lisya keluar dengan kawan. Lepas habis kelas Lisya keluar tengok wayang. Buat apa Lisya duduk rumah sorang sorang. Daripada Lisya rasa diri Lisya diabaikan, lebih baik Lisya enjoy kat luar.” Balas Qalisya sinis.
“Apa sayang cakap ni? Abang tak pernah abaikan Lisya. Abang balik awal hari ni sebab nak ajak Lisya keluar dinner. Last week pun abang nak ajak Lisya pergi main bowling tapi Lisya kata taknak sebab Lisya ada group discussion kan. So, sekarang ni siapa yang abaikan siapa? Abang dah berubah macam dulu balik. Tapi Lisya yang jauhkan diri dari abang.” Harith bersuara dalam nada kecewa. Dia tidak sangka isterinya itu jauh berubah hanya disebabkan dirinya yang sibuk bekerja mencari rezeki.
“Lisya malas nak gaduh dengan abang. Lisya penat ni abang. Tolonglah faham.” Balas Lisya lalu dia bangkit dari duduknya.
“Sibuk keluar dengan lelaki lain? Sibuk curang belakang abang?” Soal Harith bengang. Namun nadanya masih terkawal. Dia masih lagi menghormati Lisya sebagai seorang isteri dan wanita yang wajar dia lindungi.
“Abang jangan nak sedap sedap mulut je tuduh Lisya bukan bukan. Entah entah abang tu yang sibuk bercinta dengan betina-betina  dekat office abang tu. Tu yang abang selalu balik lewat.” Balas Qalisya berani. Nada suaranya juga sudah tinggi. Dia seolah olah lupa, lelaki yang berhadapan dengannya adalah suaminya sendiri.
“Lisya jangan kurang ajar dengan abang. Abang dah cakap abang takpernah ada orang lain selain Lisya. Lisya ingat abang taktahu apa Lisya buat selama ni belakang abang? Lisya ingat abang buta ke?” Soal Harith, dia sudah mula meninggikan nada suaranya. Minggu lepas dia melihat sendiri dengan mata kepalanya kemesraan Qalisya dengan seorang lelaki di sebuah restoran. Kebetulan dia singgah makan disitu.
“Bagus lah kalau abang dah tahu. Tak perlu lah Lisya nak terangkan apa apa lagi dengan abang. Semuanya dah jelas.” Balas Lisya sambil tersenyum sinis.
“Lisya, abang minta maaf kalau abang yang bersalah dalam hal ni. Abang mengaku abang sibuk kerja tapi abang takpernah lupa tanggungjawab abang sebagai seorang suami. Cuma abang selalu balik lewat, bukan tak balik langsung. Sayang, maafkan abang?” Harith bersuara lembut. Dia cuba ingin memujuk isterinya yang sudah naik angin itu.
“Lisya taknak dengar apa apa lagi dari abang. Sekarang ni abang dah tahu kan Lisya curang belakang abang? So tunggu apa lagi?”
“Apa Lisya cakap ni? Abang tak faham.”
“Lisya nak abang lepaskan Lisya. Ceraikan Lisya, Lisya dah tak bahagia dengan abang lagi.” Mendengar sahaja ucapan itu keluar dari mulut isterinya, Harith meraup wajahnya berkali kali. Dia hampir sahaja mahu rebah saat itu.
“Abang, abang pekak ke? Abang tak dengar ke apa Lisya cakap? Lisya dah tak nak tanggung dosa curang belakang abang. Tolong lah abang. Lisya dah tak boleh nak teruskan hubungan kita.” Balas Lisya bengang dengan respond Harith yang hanya diam tidak berkutik.
“Abang tak akan lepaskan sayang. Kita tak ada masalah apa apa pun. Abang sayang dan cintakan Lisya. Lisya tengah penat ni, sayang rehatlah dulu ya. Nanti kita turun makan sama sama. Abang masak malam ni.” Harith membalas dalam nada lemah. Dia terasa dengan sikap isterinya yang makin hari makin berubah. Dia pantas memaut tangan isterinya dan dikucup sepuas hati.
“Harith. Saya nak awak lepaskan saya as soon as possible. Saya mohon sangat Harith, kalau awak sayangkan saya. Tolong ceraikan saya. Kebahagiaan saya bukan disisi awak lagi.” Luah Qalisya lalu dengan kasar dia merentap tangganya dari genggaman Harith. Dia benar benar sudah tawar hati dengan lelaki itu.
“Sayang jangan buat abang macam ni. Abang tak sanggup kehilangan Lisya. Macam mana abang nak hidup kalau nyawa abang pergi tinggalkan abang sayang?” Harith bersuara sayu. Kolam matanya bergenang seketika.
“Awak faham tak Harith? Saya tak perlukan awak lagi! Saya dah ada orang yang saya sayang. Lagipun awak sedar lah diri awak sikit, awak tak layak untuk saya. Awak tak faham kehendak dan jiwa remaja saya. Berkahwin dengan awak satu kesilapan yang pernah saya buat.” Sesudah menghabiskan ayatnya, dia berlalu pantas meninggalkan Harith bersendirian. Harith tidak menyangka yang isterinya yang selama ini dia belai dan sayang akhirnya meminta untuk dilepaskan. Sayang jangan buat abang macam ni sayang… Abang tak boleh tanpa saya. Hatinya bersuara perit.
***********
Qalisya menguak perlahan pintu utama rumah mereka. Dia pelik kerana keadaan rumah yang suram dan sunyi tanpa cahaya lampu. Seingatnya tadi, dia melihat kereta Harith di laman rumah.
“Surprise!!!!” Harith menyalakan lampu ruang tampu sambil tangannya membawa sebiji cake red velvet kegemaran isterinya. Dia kelihatan tampan mengenakan baju melayu berwarna putih yang pernah dipakai pada hari perkahwinan mereka. Dia sengaja memakai baju itu kerana itu adalah simbolik cinta mereka. Harith mahu melupakan semua yang pernah berlaku antara mereka. Dia tidak mahu Qalisya terus terusan meminta untuk dilepaskan, sesungguhnya hanya tuhan mengerti betapa kasihnya dia pada wanita itu.
“The day is here again, I can’t remember every moment of that day, but I could remember when I first looked at your eyes. Happy Anniversary Sweetheart!” Harith bersuara romantis sambil memberi isyarat supaya Qalisya meniup lilin. Namun Qalisya hanya diam membisu.
“Awak buat apa ni?” Soal Qalisya tidak senang. Sebenarnya jauh di sudut hati dia berasa terharu dengan kejutan yang dibuat oleh suaminya. Tapi semuanya dah terlambat abang. Lisya dah bahagia dengan orang lain.
“Sayang, harini 21.10.2013 genap setahun usia perkahwinan kita. Sayang lupa?” Balas Harith sambil tersenyum.
“Oh. Saya lupa. Penting ke untuk saya ingat?”
“Sayang, abang harap kita dapat lupakan semua yang pernah terjadi pada kita sebelum ni. Abang terlalu sayangkan perkahwinan kita. Abang taknak jadi penyebab kenapa Qalisya menderita. Sebab abang tahu, hanya abang yang boleh bahagiakan sayang.”
“Awak tak malu ke cakap macam ni? Hello Megat Harith Danial. Listen here, awak jangan ingat saya main main pasal cerai. Saya memang betul betul nak awak lepaskan saya. Awak faham tak Harith? Berapa kali saya nak jelaskan yang saya dah tak sayang awak lagi.” Balas Qalisya berang dengan sikap lelaki itu. Dia mahu segera berpisah dengan suaminya.
“Qalisya Amani, abang sayang awak. Abang cintakan awak. Takpernah abang terfikir untuk lepaskan Lisya. Tolong jangan buat keputusan terburu buru, tolong fikirkan masa depan kita sayang.” Harith bersuara dengan suara yang lirih. Kek di tangan diletakkan di atas meja, Qalisya langsung tidak mahu menghargai apa yang cuba dia lakukan, hatinya bergetar hebat.
“Stop it lah Harith. Telinga saya ni dah muak dengar ayat cinta dari awak. Tolong lepaskan saya, saya tak sanggup jadi isteri derhaka. Saya merayu sangat Harith. Masa depan saya bukan dengan awak. Anggap saje lah kita tak ada jodoh.” Balas Qalisya bersahaja. Tidak langsung memandang ke arah suaminya yang sudah kelihatan lemah saat itu.
“No. I will stay with you forever. Abang tak akan ceraikan Lisya.”
“Kenapa dengan awak ni Harith? Jangan jadi lelaki pengecutlah! Saya tak perlukan awak langsung dalam hidup saya. Cinta kita dah lama terkubur. Tolong sedar diri.” Qalisya bersuara dalam nada mengherdik.
“I said no!”    
“Cepat atau lambat, awak kena lepaskan saya Harith. Saya akan tunggu hari tu.” Dia terus berlalu tanpa menunggu Harith untuk berbicara. Dia benar benar menginginkan penceraian antara mereka berdua.
“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa dosa ku Ya Allah. Ampunkanlah dosa isteriku. Kuatkan lah hatiku Ya Allah.” Harith bersuara sayu. Dia kemudiannya jatuh melorot ke lantai. Sungguh dia tidak kuat saat itu. Airmata di pipi mengalir semakin deras dibiarkan begitu sahaja.
***********
“Sayang. I tak sangka you berani minta cerai dengan dia.” Raziq bersuara perlahan sejurus mendengar berita yang disampaikan oleh Qalisya. Dia tersenyum senang.
“I buat semua ni untuk you.” Qalisya tersenyum tipis. Dia juga tidak menyangka kasih sayang yang dibina selama setahun bakal terlerai kerana hatinya sudah beralih arah.
“I tahu. I akan bahagiakan you. Thankyou sayang.” Raziq mencium dahi Qalisya. Gadis itu tersentak dan menjauhkan dirinya sedikit.
“Raziq. Kita belum halal lagi. Please jaga tingkah laku you.”
“Opsss. Sorry sayang. I teruja sangat tadi. I akan hantar rombongan meminang secepat mungkin selepas semuanya selesai okay.”
“It’s okay tapi next time jangan buat lagi.”
“I janji. I minta maaf tau sayang. Hmmm Lisya, ikut I balik rumah sekejap boleh? I tertinggal assignment. I kena submit dekat Prof Zuraidah hari ni juga.” Raziq bersuara sambil mengerling jam di dashboard keretanya.
“Macam mana boleh tertinggal ni sayang? You ni cuai tau.”
“I lupa. Rushing sangat nak jumpa you tadi. Kejap je tak lama pun. Lepas tu kita pergi campus okay darling.” Raziq menghadiahkan senyuman manis untuk Qalisya, gadis itu hanya mengangguk tanda bersetuju.
***********
“Sayang, lambat lagi ke?” Qalisya sudah turun untuk menjenguk Raziq yang sudah hampir setengah jam di dalam rumah. Dia risau jikalau apa apa terjadi pada kekasih hatinya itu.
“Raziq….” Qalisya bersuara lagi. Dia melangkah laju ke dalam rumah untuk mencari lelaki itu.
“Sayang….” Entah bila Raziq muncul, dia sudah terjengul di depan muka Qalisya tanpa memakai baju.
“You kenapa tak pakai baju ni? Kata nak ambil assignment, kenapa lama sangat?” Balas Qalisya aneh dengan sikap Raziq.
“I nak bawa you pergi syurga. Come…” Raziq menarik tangan Qalisya untuk mengikutinya masuk ke dalam biliknya.
“Ish you buat apa ni? I tak nak lah.” Qalisya cuba melepaskan genggaman kuat di pergelangan tangannya. Dia masih lagi terkejut dengan sikap Raziq yang tiba tiba berubah menjadi kasar.
“Kau jangan degil Lisya, ikut aku lah!” Dengan kasar Raziq menolak tubuh kecil molek gadis itu hingga tubuh itu rebah di atas sebuah katil bersaiz queen.
***********
“I tak sangka you sanggup buat I macam ni raziq. I tak sangka.” Qalisya bersuara bersama esak tangisannya. Dia tunduk mengutip pakaiannya. Dia sangat kecewa dengan sikap Raziq yang dianggap lelaki baik tapi memperlakukannya sebegitu.
“Heh perempuan! Kau tahu kenapa aku buat semua ni? Sebab aku nak ajar kau macam mana hancurnya hati seseorang yang cintakan kau separuh nyawa dia, dan kau sanggup kecewakan dia tanpa fikir perasaan dia.” Raziq bersuara lantang. Dia sudah duduk bercanggung di hadapan Qalisya.
“Apa.. Apa yang you cakap ni Raz?” Qalisya benar benar keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.
“Sebenarnya semua ni dah dirancang Lisya. Aku sengaja buat kau jatuh cinta dengan aku. Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau punca hidup Faliq musnah. Kau hancurkan cita cita dia nak jadi seorang docter. Kau pemusnah Lisya!”  Raziq menjerit sepuas hati.
“You cakap apa ni Raziq?! I tak pernah musnahkan hidup dia!”
“Kalau kau nak tahu, kau lah punca kenapa dia taknak sambung belajar. Aku tipu kau haritu semata mata untuk pastikan rancangan aku berjaya. Faliq sekarang meringkuk dekat penjara. Dia dipenjarakan atas kesalahan memiliki dadah. Kau putuskan hubungan dengan dia masa dia nak final Lisya! Ada satu paper dia tak jawab, dan disebabkan keputusan bodoh kau menyebabkan dia terus ambil keputusan berhenti belajar. Kau kejam perempuan! Kau tak layak bahagia”
“Ya Allah… Betul ke ni Raziq?” Matanya sudah mula berkaca kaca. Qalisya sungguh tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Kalau kau tak percaya kau boleh tanya mak ayah dia sendiri. Aku orang yang paling rapat dengan dia. Aku sendiri tengok derita dia. Dia jual dadah sebab dia kecewa sangat dengan keputusan kau. Dia jadi hilang arah. Faliq tak mampu nak teruskan cita cita dia yang selama ni dia impikan sebab semangat dia dah hilang. Dan kau punca segala galanya!”
“Tapi bukan niat saya nak semua ni terjadi Raziq. Awak sendiri tahu kenapa saya buat dia macam tu kan? Saya siksa perasaan saya sendiri. Awak faham tak!”
“Tapi kenapa mesti kau putuskan hubungan masa dia tengah final year? Kenapa Lisya? Kau boleh fikir kan? Macam mana dia nak handle tekanan dia time tu? Ada kau fikir?” Raziq menyoal sinis.
“Kau tak layak bahagia Lisya, aku nak tengok kau pula yang mederita. Pederitaan harus dibayar dengan penderitaan.”
“Tapi awak dah melampau Raziq! Awak tak sepatutnya buat saya macam ni. Saya tak bersalah.”
“Kau tetap bersalah sebab biarkan orang yang sayangkan kau hilang semangat untuk hidup. Kau jangan risau Lisya, tak lama lagi kau akan temui derita yang selama ni Faliq lalui. Aku dah berjaya buat kau tersungkur perempuan murah.” Raziq bersuara sinis sebelum berlalu meninggalkan Qailisya yang masih lagi menangis di atas katil.
***********
Harith hampir sahaja hendak pengsan ketika dia dihubungi jabatan agama memaklumkan bahawa isterinya ditangkap khalwat. Setelah selesai semuanya dan Qalisya sendiri sudah menjelaskan apa yang terjadi. Mereka pulang ke rumah tanpa sebarang bicara keluar dari bibir Harith. Hatinya benar benar terluka dengan sikap isterinya. Sedari tadi Harith tidak berhenti memegang kepalanya yang berdenyut denyut kesakitan. Qalisya hanya diam memeluk tubuh.
“Abang tak sangka Lisya sanggup buat abang macam ni.” Harith memulakan bicara setelah mereka berdua memasuki ruang tamu. Dia tidak memandang Qalisya yang sedang merenung dirinya dengan mata berkaca. Hatinya hancur luluh saat ini.
“Lisya tak salah abang. Lisya tak berniat nak buat abang macam ni.” Qalisya bersuara sayu. Sungguh dia menyesal kerana mengkhianati suaminya, yang akhirnya dirinya sendiri dianiaya kerana dendam. Sungguh dia berasa sangat bersalah dengan suaminya yang selama ini sabar dengan dirinya.
“Lisya tahu tak hati abang hancur bila dapat tahu Lisya kena tangkap khalwat. Hati abang sakit Lisya. Sakit sangat.”
“Abang! Dia memang lelaki tak guna. Dia yang perangkap Lisya, Lisya tak salah. Percayakan lah Lisya bang.” Qalisya mengogoi hiba. Dia memegang kaki suaminya erat. Cuba mencari kemaafan dan melembutkan hati suaminya.
“Abang taknak dengar apa apa lagi dari Lisya. Cukup Lisya cukup. Cukuplah selama ni Lisya tak hormat abang sebagai seorang suami. Cukup lah selama ni Lisya dah jatuhkan maruah abang sebagai  seorang lelaki. Abang dah tak larat nak teruskan permainan Lisya.” Harith sudah berdiri melarikan kakinya daripada Qalisya. Dia tidak mahu wanita yang disayangi sepenuh hati meletakkan hargai dirinya di kakinya. Sesungguhnya dia tidak layak menghukum. Dia juga manusia biasa.
“Abang. Lisya minta maaf. Lisya sanggup buat apa saje supayah abang terima Lisya kembali. Tolonglah abang. Lisya merayu sangat dekat abang. Kalau abang nak pukul Lisya pukul lah abang. Hukumlah Lisya sampai abang rasa puas. Sampai semua rasa sakit hati abang hilang. Lisya rela.”
“Abang tak akan sakiti orang yang terlalu abang sayang. Abang tak layak nak hukum Lisya. Abang maafkan semua khilaf Lisya pada abang. Abang halalkan makan minum Lisya. Cuma kali ni, abang tak mampu nak bersabar lagi. Maafkan abang.” Harith menguak kasar rambutnya yang sudah terjuntai jatuh ke bulu matanya. Dia benar benar nekad dengan keputusannya.
“Abang. Abang sayang Lisya kan? Lisya pun sayang abang. Kita bina hidup baru ye abang?” Qalisya bangun mendapatkan suaminya. Dia mendakap erat badan suaminya itu sambil menangis kuat.
“Lisya. Lisya carilah kebahagiaan yang Lisya impikan selama ini. Abang tak akan kacau Lisya lagi. Maafkan abang sebab tak mampu nak bahagiakan Lisya sampai akhir hayat abang. Abang minta maaf.” Harith bersuara lemah sambil melepaskan tangan Qalisya yang memaut pinggangnya. Dia bergerak setapak ke hadapan.
“Qalisya Amani Mohd Aridd. Aku ceraikan kau dengan talak satu.” Harith melafazkan cerai dengan tenangnya. Dia tidak menoleh Qalisya sedetik pun. Dia harus kuat. Namun hatinya sangat pedih menuturkan sebaris ayat itu.
“Ya Allah abang….” Qalisya sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Dia sudah meraung kuat. Air mata tidak henti henti mengalir di pipi. Harith sakit melihat isterinya yang kelihatan sangat lemah tika itu. Namun itu keputusan yang dia telah lakukan. Dia benar benar berasa tidak sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.
“Maafkan abang Lisya.”
“Abang. Lisya takboleh dan tak sanggup nak lalui hari hari tanpa abang. Tolong lah abang. Lisya merayu dekat abang. Lisya sayangkan hubungan kita. Berilah Lisya kesempatan kedua untuk Lisya tebus semua kesilapan Lisya. Berilah ruang untuk Lisya rawat hati abang yang terluka.” Qalisya berjalan kea rah suaminya lalu dia sujud di kaki suaminya. Dia sudah tidak fikir apa apa lagi, dia tidak sanggup kehilangan lelaki sebaik Harith.
“Apa Lisya buat ni Lisya? Lepaskan kaki abang!” Harith bersuara sedikit lantang. Dia pantas melarikan kakinya. Sesungguhnya hanya tuhan yang memahami derita di hatinya saat ini.
“Lisya nak abang….” Qalisya bersuara penuh mengharap. Matanya seakan akan kabur dek kerana terlalu banyak menangis.
“Kita jumpa di makhamah nanti Lisya. Abang akan failkan penceraian kita.”
“Tapi Lisya taknak….” Qalisya benar benar tidak menyangka Harith bertindak sedemikian. Dia berasa dirinya tidak berguna lagi pada waktu itu. Dirinya jijik dan penuh dengan dosa.
“Abang dah tunaikan permintaan  Lisya untuk bercerai. Saat ni yang Lisya nanti nanti kan? Abang dah tunaikan. Lisya dah bebas sekarang.” Harith bersuara dalam nada mendatar. Dia tidak pernah terfikir untuk melepaskan insan yang selama ini dia sayang. Tetapi perbuatan Qalisya benar benar meluluhkan jiwa lelakinya.
“Bukan ni yang Lisya nak. Lisya menyesal pernah curang dengan abang. Ampunkan Lisya bang.”
“Qalisya. Lepas Isyak nanti abang akan keluar dari rumah ni. Kita dah tak ada apa apa Lisya, kita tak boleh tinggal sebumbung lagi.” Qalisya menangis semahu mahunya. Benarlah dia tidak bermimpi. Suaminya benar benar ingin melepaskan dirinya pergi. Qalisya redha walaupun sangat perit apa yang dia sedang lalui.
“Kalau Lisya masih ingat, masa awal perkahwinan kita. Abang ada cakap yang abang hadiahkan rumah ni untuk Lisya. Ni rumah Lisya, bukan rumah abang lagi. Jadi abang harus pergi.”
“Ini rumah abang. Abang yang berhak ke atas rumah ni. Kalau itu keputusan abang, Lisya terima. Biarlah Lisya yang keluar dari rumah ni. Lisya tak layak dapat semua ni dari abang. Lisya berdosa dengan abang.”
“Untuk apa abang duduk dekat sini lagi kalau kebahagiaan abang dah tak ada, abang harap sangat abang dapat bina sebuah keluarga bahagia dan membesarkan anak anak kita dekat sini. Tapi sayangnya, semua tu hanya mimpi. Semuanya dah hancur Lisya.” Harith melangkah lemah untuk mengemas pakaiannya. Semakin lama dia disitu, dia risau jikalau hatinya tiba tiba berubah.
“Kalau ditakdirkan ada zuriat dalam rahim Lisya, abang akan mengaku dengan rela hati. Itu adalah anak kita. Dan abang berjanji abang akan rahsiakan semua ni dari pengetahuan keluarga kita. Lisya jangan risau, abang dah uruskan semuanya dengan jabatan agama. Abang sendiri yang akan bagitahu family kita kenapa kita bercerai.” Harith berpatah balik menghadap isterinya yang masih lagi menangis.
“Abang, kenapa abang baik sangat?” Qalisya bersuara sayu. Dia tidak sangka semulia itu hati Harith, meskipun dia sudah menghancurkan hati lelaki itu, namun Harith masih lagi memikirkan tentang maruah dirinya.
“Abang akan jaga maruah Lisya, Lisya pernah bahagiakan abang. Dan tak semudah tu abang nak lupakan Lisya. Abang terlalu sayangkan Lisya. Kali ini hati abang sakit. Abang terpaksa pergi.” Usai menghabiskan ayat itu, Harith berjalan laju meninggalkan Qalisya yang sudah meraung hebat sambil memukul mukul lantai mozek.
***********
Qalisya mengeluh melihat ruang biliknya yang sudah semakin kosong itu. Malam itu juga Harith mengangkut semua pakaian dan harta miliknya dari rumah itu. Qalisya tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Sedari tadi dia hanya merenung potret perkahwinan dia dengan Harith yang diletak disudut tepi katil.
Sebelum harith keluar dari rumah itu, dia sempat menitipkan sehelai kertas untuk Qalisya. Qalisya bangkit mengutip kertas yang sudah melayang di atas lantai. Perlahan lahan dia membaca apa yang disampaikan oleh Harith.


Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Terus pergi membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu

Dan tidak bisa ku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Kini yang tinggal hanya
Sisa sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia.



Qalisya membaca bait bait lirik lagu yang pernah dipopularkan penyanyi Asfan. Air matanya semakin mengalir deras. Dia tahu Harith memberi lirik lagu itu kepadanya untuk dia memahami penderitaan yang dilalui oleh dia selama ini. Rambut yang sudah kusut masai dibiarkan begitu sahaja. Dia sangat menyesal dan terkilan dengan dirinya sendiri. Namun saat ini, sudah tidak berguna lagi untuk dia menyesal. Semuanya sudah terlambat. Dia sudah kehilangan lelaki yang sangat berharga dalam hidupnya.
“ Abang tak pernah rasa menyesal dipertemukan dengan Lisya. Abang tak pernah rasa diri abang bodoh kerana terlalu sayangkan Lisya. Sebab abang tahu, hanya Qalisya Amani satu satu nya gadis yang mampu buat abang tersenyum bahagia. Abang tak akan simpan dendam dengan Lisya atas apa yang terjadi antara kita. Abang anggap Allah menduga kerana Allah sayangkan kita. Maafkan abang sayang sebab terpaksa lepaskan sayang pergi dari hidup abang. Lisya jangan fikir abang gembira dengan keputusan yang abang buat. Abang tak nak membebankan Lisya hidup dengan abang. Abang sedar abang tak layak bahagiakan Lisya. Abang gagal dalam mengemudi perkahwinan kita. . Abang nak Lisya bahagia walaupun abang tiada disisi, Lisya adalah anugerah terindah untuk abang. Walaupun hati abang hancur dan remuk saat ini. Abang tetap nak Lisya tahu, kasih sayang abang takpernah berbelah bahagi untuk Lisya. Cuma sekarang yang tinggal hanyalah alasan untuk bahagia. Cinta, kasih sayang antara kita sudah tiada lagi Lisya. Kenangan yang Lisya hadiahkan untuk abang, akan selamanya tersemat di hati. Hati abang dah mati Lisya, takada sebab lagi untuk abang bahagia kerana kebahagiaan abang dah hilang. Abang doakan Lisya berjaya dunia akhirat. Lisya isteri terbaik untuk abang.”
Sesudah membaca bait bait ayat yang ditinggalkan oleh suaminya, Qalisya rebah menyembah ke lantai. Hatinya sakit tidak terkira. Namun ini adalah balasan yang dia harus terima di atas kesilapannya selama ni. Maafkan Lisya abang. Lisya sayang abang sampai bila bila. Qalisya bersuara penuh keperitan. Dia akhirnya terlena di atas lantai bersama sehelai kertas di tangan.

*Heloo thanks for reading. Any comment about this cerpen, boleh comment dekat sini :) Cerpen ni juga saya ada post dekat ilham karangkraf. Enjoy reading!