Gadis berbaju kurung bertanah merah jambu kelihatan tergesa
gesa menapak menuju ke destinasi yang hendak dituju. Dek kerana terlalu
tergopoh gapah dan tidak memandang hadapan ketika mengatur langkah, entah
bagaimana dia gagal mengimbangi dirinya, lalu dirinya terjelopok menyembah
bumi.
“Auchhhh. Pedihnya.” Adu gadis itu. Separuh kakinya
sudah terpelosok ke dalam longkang. Mujur sahaja kain itu tidak terkena air
longkang. Kalau tidak, malang bertimpa timpa buat dirinya.
“Kau ni jalan guna mata ke guna hidung?” Tegur satu
suara dengan kasar. Ainur Fathrisya masih tidak memandang ke arah suara itu. Jari
jemarinya mengusap buku lali kakinya yang terasa begitu pedih.
“Berdarah lah pula. Ya Allah, macam mana aku nak
jalan ni.” Bebel gadis itu sendirian tanpa menghiraukan lelaki yang sedang
bertenggek di hadapannya.
“Hoi minah! Kau pekak ke apa ni? Bisu? Tak reti nak
balas orang tanya?” Soal lelaki itu dengan nada yang sedikit meninggi apabila
pertanyaannya tidak diendahkan oleh gadis itu.
“Awak ni memang tak ada rasa belas ihsan dalam diri
tu ke? Suka suka herdik orang. Dah lah awak penyebab kaki saya masuk dalam
longkang yang busuk ni!” Balas gadis itu kegeraman sambil menghadiahkan
jelingan buat lelaki itu.
“Kau tu yang jalan tak pandang depan. Pakai redah
je. Ni baju aku renyuk siapa nak tanggung?” Jari lelaki itu dihalakan ke arah
baju kemeja yang dipakainya. Kelihatan kemeja berwarna merah itu sedikit renyuk dek kerana bertembung
dengan gadis itu.
“Kau.. Kalau nak jatuh, kau jatuh sorang! Takpayah
nak tarik baju aku ni sekali. Tengok, habis renyuk!” Marah lelaki itu lagi.
Mata gadis itu tertancap ke arah kemeja lelaki itu
yang dikatakan “renyuk”. “Haish mamat ni, tak adalah renyuk mana pun, dia punya
kecoh macam baju dia koyak.”
“Apa yang kau duk terkebil kebil tu woi? Kau nampak
tak ni! Kau tahu tak penat aku iron baju ni. Senang senang kau rentap sampai
renyuk. Bayar!” Balas lelaki itu dengan nada yang masih meninggi seperti
menahan kemarahan yang membuak buak.
“Erk. Awak ni sakit jiwa ke? Setakat baju tu renyuk
sikit awak nak suruh saya bayar. Awak ni memang gila!” Balas Ainur Fathrisya
yang jelas terkejut dengan permintaan “gila” pemuda itu. Tak masuk dek akal
langsung.
“I don’t care. Kau dah buat salah. Sekarang kau
tanggung!”
“Encik. Saya tak tahulah kenapa saya dipertemukan dengan orang sakit jiwa macam
Encik ni. Kalau saya dah tertumpahkan sesuatu dekat baju Encik sampai kotor,
saya boleh terima kalau Encik minta saya ganti rugi. Sekarang ni, baju yang tak
semegah Encik tu cuma renyuk. Encik faham tak cuma renyuk!” Jelas Ainur
Fathrisya kelihatan sangat tertekan berhadapan dengan lelaki seperti itu. Entah
apa yang diamukkan sehingga kesalahan kecil dianggap seperti kesalahan besar.
Lagi pula bukan salah dirinya juga, lelaki itu juga kelihatan tergesa gesa
seperti mengejar sesuatu dan sewaktu mereka bertembung, lelaki itu sibuk
bercakap di telefon. Jadi, bukan salah dirinya sahaja.
“Salah tetap salah, aku tak kiralah salah yang kau
buat tu sebesar kuman sekalipun. Cepat, bayar! Heh, tahu tak harga baju ni
berapa? Rm 150. Kau ada duit? Nampak macam anak tukang kebun.” Ujar lelaki itu
kedengaran sinis sekali.
“Encik! Encik ni memang melampau betul lah! Encik
yang sibuk bercakap dengan phone tadi sampai mata tu tak pandang saya yang
comel ni tengah berjalan. Encik tu buta!” Dia merasakan tahap kesabarannya sudah
tipis tika itu. Mamat berlagak manalah yang terpaksa di hadapnya. Sudahlah
berlagak, sesuka hati menghina orang.
“Cakap je lah kau tu tak ada duit. Aku tahu lah
taktik perempuan kampung macam kau ni. Pura pura terlanggar lelaki handsome
macam aku ni, lepas tu buat buat jatuh tergolek. Then, mulalah masuk jarum nak
mengorat. Kau ingat ni macam zaman dekat U?” Tengking lelaki itu.
Ainur Fathrisya kebingungan mendengar bicara lelaki
itu. Apa lah yang mamat sakit jiwa ni merapu pagi pagi buta macam ni. Kenapalah
aku kena jumpa lelaki psycho ni!
“So kau memang tak mampu nak bayar? Heh. Lagi sekali
aku jumpa kau, nahas kau! Kau penyebab aku attend meeting lambat hari ni. Dasar
perempuan buta!” Ujar lelaki itu seraya bangun meninggalkan gadis itu terkebil
kebil sendirian.
“Kurang asam punya mamat hidung tinggi berlagak! Dah
lah tak minta maaf langsung, sesedap rasa dia herdik orang. Bukannya nak tolong
aku ni. Eiiii” Ainur Fathrisya sedaya upaya mengeluarkan kakinya yang terasa
begitu pedih daripada longkang itu. Mujurlah kakinya tidak terpelosok terlalu
dalam, kalau tidak naya sahaja.
******
“What a bad day!” Zefrieq melempar telefon bimbitnya
sehingga pecah berderai. Tahap kemarahan dalam dirinya kian memuncak. Dia
sendiri tidak dapat mengawal api kemarahan yang tidak diduga itu.
“Disebabkan perempuan kampung tu projek 1million
terlepas macam tu je. Arghh. Tak guna!” Kedua dua belah tangannya dihentak
sekuat hati ke arah dinding. Nafasnya turun naik tika itu.
“Apa bising bising ni Zef? Sampai ke luar dengar suara
Zef.”
“Mumm. Mummy..” Zef bersuara lemah. Entah sejak bila
mummy nya tiba, mungkin sudah lama melihat dia mengamuk seperti orang hilang
akal itu.
“Anak mummy kenapa ni? Ya Allah Zef, hancur berderai
Galaxy Mega Zef ni. Zef tak sayang phone ke Zef? What’s wrong with you?” Soal
Datin Zulaikha sambil tunduk mengutip telefon bimbit anaknya yang sudah hancur
berkecai itu. Dia menggeleng perlahan sambil melepaskan keluhan perlahan
melihat sikap anaknya itu.
“Projek 1miliion. Kita failed my.” Balas Zef tanpa
memandang ke arah mummynya. Dia sudah duduk tersandar lemah, dia benar benar
kecewa kerana gagal membawa projek yang sangat menguntungkan syarikat itu.
“Macam mana boleh terlepas ni Zef? Bukan sepatutnya
pagi tadi Zef berbincang dengan wakil dari Jaya Holdings?” Soal Datin Zulaikha
jelas terkejut.
“Ni semua sebab perempuan kampung yang langgar Zef
pagi tadi. Disebabkan dia Zef lambat. Ni semua salah dia my. Pihak diorang
fikir kita main main. Mereka dah buat keputusan nak berurusan dengan syarikat
lain. Zef kecewa mummy.” Zefreiq menguak kasar rambutnya yang sudah jatuh
terjuntai mencecah dahinya.
“Zef tak pernah cuai. Zef tak pernah main main pasal
kerja. 1 million tu Zef. Bukan sikit.” Datin Zulaikha bersuara perlahan. Jelas,
ada riak kecewa tergambar di wajah wanita berusia lingkungan 60-an itu.
“I know my fault my. Zef minta maaf. Zef minta maaf
sebab dah kecewakan orang yang paling Zef sayang dalam dunia ni. My bad.” Hanya
itu yang mampu dia ungkapkan saat ini. Dia sendiri kecewa dengan dirinya.
Selama dia mengambil alih tempat arwah papanya yang meninggal dunia 3 tahun
lepas akibat menghidap penyakit buah pinggang, dia tidak pernah gagal membawa
keuntungan kepada syarikat. Sejak syarikat milik keluarganya di ambil alih
olehnya, keuntungan syarikat berlipat kali ganda setiap tahun. Anak syarikat
mereka juga semakin bertambah.
“Zef. It’s okay. Bukan salah anak mummy. Dah, jangan
macam ni sayang. mummy tak suka tengok satu satu nya hero kesayangan mummy
sedih, monyok. Muka tu dah macam belacan.” Ujar Datin Zulaikha cuba untuk
membuat anak tunggalnya ceria. Ditatap penuh kasih wajah tampan Zefrieq Ezzraf,
satu satunya permata yang dia punya.
“Mummmmy.” Rengek Zefrieq manja. Geram kerana mummy
nya menyamakan muka macho nya seperti belacan.
“ Ni Zefrieq Ezzraf lah mummy. Kacak, handsome lagi
macho. Tak sama langsung dengan belacan tu tahu.” Balas Zefrieq sambil
tersenyum nipis.
“Macho tapi tak kahwin buat apa.” Balas Datin
Zulaikha selamba mengutuk anak terunanya itu.
“Mummy ni mula lah tu nak buka topik pasal kahwin.
Masuk bulan ni je, dah lebih 100 kali my ulang benda yang sama. Zef bosan lah
my.” Zefrieq bangun mendapatkan Datin Zulaikha yang sedang duduk di atas sofa
di sudut ruang biliknya. Dia kemudiannya melentokkan kepalanya disisi mummynya.
Zefrieq Ezzraf terlalu manja dengan
mummy nya.
“Kalau Zef nak manja manja macam ni, Zef kena
kahwin. Nanti hari hari boleh gedik gedik dengan isteri Zef tu.” Dia yang sedia
maklum dengan perangai anak tunggalnya yang tidak mahu berenggang dengannya.
Meskipun Zef selalu mengamuk jikalau apa yang dia mahukan tidak dapat dipenuhi,
namun disebalik sikap dingin Zefrieq, dia terlalu manja dengan orang yang dia
sayang. Dia tidak kisah orang melabelkan nya “anak emak” kerana semenjak arwah
papanya meninggalkan mereka sekeluarga, Datin Zulaikha lah tempat dia bermanja,
berkongsi cerita suka dan duka. Dia menghargai setiap detik waktu bersama mummy
nya.
“Tak nak lah my. Zef tak terfikir langsung nak nikah
my. Tugas Zef belum selesai dengan company kita ni.” Tutur Zefrieq perlahan.
Sesungguhnya dia rimas setiap kali mummy
nya membangkitkan persoalan tentang status nya yang masih lagi tdak berkahwin.
“Anak mummy ni dah besar tahu. Dah boleh jadi papa,
Sepatutnya sekarang Zef dah hadiahkan mummy menantu tau.” Datin Zulaikha cuba
untuk menarik perhatian anaknya untuk bercakap mengenai hal itu. Hati tua nya
risau memikirkan anaknya yang sudah mencecah usia 29 tahun itu masih tidak mahu
menamatkan zaman bujangnya.
“Zef tak puas hidup bujang. And lagi satu, perempuan
ni merimaskan Zef. Tak kuasa Zef nak bercinta.”
“Oh… Merimaskan. Maknanya mummy pun merimaskan Zef
juga lah?” Soal Datin Zulaikha seakan akan merajuk.
“Bukan tu maksud Zef my. Zef rimas dengan perempuan
perempuan kat luar sana. Lagipun hati Zef, dah lama mati. Zef tak bersedia lagi
nak bina keluarga sendiri.” Balas Zefrieq sambil mengusap perlahan jari jemari
ibunya yang sudah mula menampakkan urat urat.
“Sampai bila Zef nak siksa hati Zef macam ni
sayang?” Soal Datin Zulaikha sebak. Dia tahu anaknya itu terlalu kecewa dengan
apa yang pernah terjadi di masa lampaunya sehingga ke hari ini hati anaknya
seperti tertutup untuk bercinta lagi.
“Sampai bila bila.” Balas Zefrieq tanpa perasaan.
Dia bangkit dari duduknya menuju ke pintu bilknya.
“Jom teman Zef lunch, my awesome mummy.” Tutur
Zefrieq bersama senyuman di bibir. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihan di
hadapan mummy nya. Misi nya hanya satu, mahu menggembirakan hati seorang wanita
yang bergelar ibu selagi hayatnya masih ada.
Datin Zulaikha hanya menurut. Dia tidak pernah
berhenti mendoakan agar anak lelakinya dipertemukan dengan seseorang yang mampu
menghapuskan semua kesedihannya. Dia sebak mengenangkan peristiwa 4tahun lepas
yang menyebabkan anaknya menderita sehingga sekarang.
*Any comment, drop here ya. kalau okay, bab seterusnya akan di update. thanks for reading (:
baru mula baca cerita ni...
ReplyDeleteThanks for reading :)
Deletehabis dekat blog ke?
ReplyDeleteMaksudnya habis dekat blog tu apa ye?
DeleteHai sis..saya suka baca enovel ni..tapi saya just dpt baca sampai bab 31 je..yang selebihnya ada ke?
ReplyDeleteHi awak. ya saya upload sampai bab 31 sahaja sebab selebihnya saya simpan. saya baru siap tulis cerita ni dan insyaALLAH nanti saya akan submit untuk proses penilaian pula. anything i will update :)
Delete