Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Sunday 17 May 2015

Result UITM Semester 4 Diploma Pentadbiran Awam


Assalamualaikum, hai readers. harini ada rasa nak berceloteh sikit dekat blog ni, tak ada lah nak berceloteh panjang benor sampai semua orang rasa nak hempuk tuan empunya blog ni dengan laptop memasing. Cuma nak bebel sikit je. tak banyak pun. sikit je, 

Okay, kalau bebudak diploma UITM masa result keluar memang seolah olah lama social tu depa yang punya. Kalau kau bukak twitter/ instagram/facebook time time result UITM baru nak meledak keluar, memang kau rasa. Hadui. memang budak UITM je yang ambil exam kan? Haha.. Budak U lain pun sama je kalau result keluar mesti punya lah riuh sekampung. Bukan benda biasa lagi dah. Okay Aku pun terasa nak share something dekat blog nim jangan risau tajuk atas tu memang ada kaitan dengan benda yang aku nak cerita ni. bukan tajuk yang melalut macam sebelumnya. Orang nak carik Yuhanis tapi keluarnya aku bebel pasal UPU. Heheh sorry.

Sem lepas adalah semester 4 aku sebagai pelajar diploma Pentadbiran Awam di UITM Dungun. Alhamdulillah keputusan yang aku langsung takpernah terlintas untuk capai apatah lagi nak memilikinya memang tak terlintas. Pasal aku ni kaki skip class, aku tak suka pergi class. Apalah masalah aku kan, tapi tak pergi class pun aku bukan merayap. Aku duduk dalam bilik tidur. Itu jelah, memang malas nak pergi class lagilagi pagi pagi buta Ya tuhan class pepagi buta memang tak dapat disangkal tahap kemalasan di hujung tanduk beb. Aku tak faham macam mana masa zaman sekolah dulu aku boleh terpacak kat tapak perhimpuan kul7 pagi sedangkan class start pukul8 dah membebel mcam kereta api nak ke jepun. Mwahahaha. Biasalah manusia tak sah tak mengeluh.

Alhamdulillah tak sia sia aku stop menulis selama dua bulan, tak sia sia aku menghampakan readers aku(kalau ada yang menanti MRPERFECTANNOYING) masa aku stop secara tba-tiba tu. Tak sia sia seminggu sebelum final exam *dengan tak ada study week nya* aku tak tidur malam straight seminggu tak tidur malam. tidur lepas subuh bangun pagi, setiap hari gitu. Memang tersiksa yang amat. Tak sia sia aku tersadai dekat kaki lima sebab penat sangat otak letih after hantar business plan kat lecturer lepas keluar bilik dia terus duduk tepi kaki lima, tertidur jap. time tu memang tak fikir apa. laptop phone semua letak tepi. Kalau nasib aku malang, memang dah lama orang rembat. Tapi ALLAH selamatkan harta-harta aku semua. Nak tahu kenapa aku tak tidur seminggu tu? Sebab assignment final project business plan kena siapkan. Kau faham lah kan, ada je benda yang kau kena betulkan bila buat assignment ni. Plus benda ni libatkan semua manager *siapa ambil ent300* dia tahu. So, hanya dua orang je bagai nak gila buat kerja. Takapalah, aku takdelah p ngadu ke lecturer aku. pasal bebudak dalam group aku tak buat kerja. Its okay, ALLAH Ada, bukan nak kata depa tak buat kerja tapi yang memastikan project ni sampai ke meja lecturer bukan semua. Kalau semua buat kerja, tak adalah aku macam orang gila tak tidur selama seminggu. Aku rasa masa tu aku dah macam bukan manusia tau, macam orang gila bangun je hadap kerja sampai ke subuh. Dengan class aku banyak skip. Tapi finally benda tu membuahkan hasil . Aku percaya ALLAH Akan tolong orang-2 yang penyabar. Aku sakit hati sebenarnya tengok bebudak dalam team tak buat kerja, tapi markah sedak sokmo seumpama dia buat kerja tu sungguh sungguh. Tapi aku tanam dalam hati, tak apa aimi. Kau kena ikhlaskan hati kau, kau perlu yakin akan ada sesuatu yang lebih baik tuhan akan berikan untuk kau. Dan aku percay, dean list untuk kali pertama adalah anugerah daripada ALLAH SWT. ALLAH saksi macam mana aku derita selama seminggu tu, selama aku siapkan assignment bertungkus lumus seolah olah itu adalah assignment individual. Tak apa. ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar. sebab aku percaya, perbuatan manusia ALLAH je dapat balas. Bukan kita sesama manusia pasal kita tak layak nak hukum walaupun dia buat salah dengan kita. Cuba ikhlaskan hati walaupun payah, lepas tuh senyum. Kosongkan minda.
Tak pernah terfikir langsung nak dapat pointer mcm ni, aku bukan nak bangga ke apa ke nak menunjuka ataupun riak ataupun takbur. Tapi cuma nak kongsi rasa happy aku, mana tahu ada yang rasa apa kau rasa. 3.61 untuk mak abah. Aku tak suka course ni serious jiwa aku bukan public admin, saya jiwa menulis. saya berjiwa sastera melayu. ni bukan dunia saya. serious sakit otak hafal politik hafal fakta semua ni benda yang memang kau tak suka belajar tapi kau terpaksa hadap memang tersiksa. Macam macam aku buat time study, study terlentang, study atas katil, study atas meja, study sambil hadap pantai, study kuat kuat sampai bilik sebelah dengar, buat dah semua. nak kabo betapa susahnya nak hafal ni pasal tak berapa gemor dengan jiwa. Tapi pasal aku fikir, mak abah kat jb tu lagi susah payah carik duit, tempuh jem setiap hari p kerja, hantar aku belajar jauh jauh, kejutkan setiap hari nak p jawab exam. Spent time dengar masalah aku, spent money untuk aku. Sia sia jelah kalau aku hancurkan impian mak ayah aku. Jujur aku tak pandai, tapi aku paksa diri aku untuk belajar, takapa kalau kita buat sesuatu secara terpaksa. pasal nanti lama lama ia akan menjadi kebiasaaan. Aku cuma nak buat mak abah gembira, Itu sahaja. Pasal depa ni nyawa aku. Nyawa. Abah mak, kita tak ada duit berkepuk kepuk nak beri ke mak abah, kita harap dengan ini (yang tak seberapa sebab bukan 4FLAT) dapat gembirakan hati mak abah, dapat buah mak abah senyum tiap kali tengok slip result kita. Pasal senyuman mak abah lakaran terindah dalam hidup ni. Mak abah tunggu yer, pasal kita nak study sampai ke master. Kita tahu lama nak tunggu kita berjaya, tapi kita janji kita belajar dan kasi banyak senyuman kat muka mak abah. Sekrang ni hanya mampu bagi hadia ni aje. Harap sudi terima. I love you, Encik Azman & Puan Razitah.

DEAN LIST, MOGA AWAK MILIK SAYA LAGI SEM DEPAN. MOGA JODOH KITA KUAT, SETELAH SEKIAN LAMA SAYA KEJAR AWAK, AKHIRNYA AWAK MILIK SAYA JUGA, AWAK TAHU TAK SAYA PUNYA HAPPY GILA TENGOK RESULT SAYA ADA NAMA AWAK(DEAN LIST) RASA MACAM NAK LOMPAT SAMPAI BINTANG. 


Yelah nampak macam over, tapi pasal dekan ni payah gila nak dapat. so perasaan suka ni bukan datang selalu, so aku rasa eksaited pasal aku pun tak expect mana pun. Sebelum ni pointer tiap sem hanya 3above takpernah capai ke 3.50. Terkejut dia sampai ke hari ini. Tapi syukur sangat di atas pemberianNYA. Terima kasih YA ALLAH.

2 comments:

  1. salam akak pentadbiran awam nie selain kat dungun kat mana ada ye? boleh email sy x? sayhasaifullah@gmail.com

    ReplyDelete