Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Monday 11 May 2015

Mr. Perfect Annoying Special

Assalamualaikum. Hi readers. Hi silent readers. Yang membaca e-novel saya iaitu Mr. Perfect Annoying. Mr Perfect Annoying ni sebenarnya firstnovel yang saya tulis. Selama ni saya hanya menulis cerpen (cerita pendek) sebab tak berapa nak ada keyakinan diri lagi. Yelah kalau nak tulis novel ni kena banyak study, sebab nak hasilkan 500muka surat tu bukan senang. Semput jugak den mengarang selama ni. Sebab novel ni macam cerita bersambung-sambung lah kan. Lepas ni apa jadi, lepas ni apa yang terjadi. So semua tu berkait rapat. Ada watak jahat nya, watak memang kau rasa nak sumbat dengan kasut tumit tinggi warna merah saiz 18 je kan.

Sebab tu saya cakap, menulis novel ni bukan satu benda yang mudah. Tahu tak benda paling senang dalam dunia ni apadia? KEYBOARD WARRIORS. Wahh itu y paling senang sebab pada aku depa ni hanya tahu menghentam, cerita melayu ni membosankan lah apa lah. Cuba kau try duduk, karang sebuah cerita daripada permulaan, konflik, klimaks and ending. Nak tengok kemana perginya cerita tu. Yelah senang jelah duk judge itu ini, tak ada dekat tempat orang tu tak pernah rasa. Manusia ni senang je bercakap perihal orang lain, sedangkan dia tak pernah ada dalam kasut orang tu.

Okay, tujuan aku update entry ni sebab nak buat satu pengumuman *beria sangat bunyi dia, macam nak announce nikah je kan, macam lah ada orang peduli* Kehkeh. Okay. Pertama tama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada semua, sama ada pembacay pernah komen tentang cerita ni ataupun yang baca secara senyap. yang mengikuti cerita ni daripada Bab 1 sampai sekarang ni dah bab 56. Daripada Zef dengan Risya sokmo gaduh, sokmo korang geram dengan ego Zef yang tinggi melangut. sampailah dia dah jatuhkan ego dia serendah-rendahnya lepas berkahwin ni. Jauh jugak perjalanan kisah depa ni kan. Terima kasih sesangat saya ucapkan. At the first place saya menulis novel ni sebenarnya sebab bosan time tu cuti sem lama gila dan saya bukan jenis suka kerja. *pemalas kan, tahu dah* so duduk terperap kat rumah tu menulis je lah, benda lain tak pro nak buat. serious tak terfikir nak buat cerita ni sejauh ini. Ini semua sebab ada antara pembaca y nak next bab, kalau bukan kerana support pembaca saya rasa novel ni tergantung. Takpernah buat kan sebelum ni, mana ada pengalaman. So saya ambil keputusan untuk stop post dekat blog saya ni MR PERFECT ANNOYING Sampai Bab 60 sahaja. Saya minta maaf mungkin ada antara anda y akan kecewa (ke aku je y perasan?) Okay, tapi saya rasa lepas ni saya nak siapkan the rest and cuba nasib mana tahu ada peluang ada rezeki untuk peluk risya dengan Zef pulak kat atas katil awak awak semua. Hehehehh. Saya cuma berusaha y terbaik. The rest saya serahkan bertawakal pada yang Maha ESA maha pemberi rezeki. So entry ni special untuk ucapkan thank you so much kepada pembaca setia saya. walaupun saya pernah berhenti dalam masa  dua bulan sebab tuntutan study, bila saya sambung semula still ada yang menyambutnya. Terharu. Kita ni bukan sesapa pun. Orang tak kenal pon. LOL. Thank you, tapi dont worry blog ni tak sepi, lepas ni nak update cerita baru pulak. InsyaALLAH doakan saya. Assalamualaikum :)