“Duduk serumah. Tidur sebilik. Makan semeja. Argh!
Tak suka!”
Bentak gadis itu dalam hati. Tangan dikepal tanda tidak
puas hati. Wajah masam ditayang di depan lelaki yang tidak pernah dia terfikir
untuk kongsi hidup bersama.
“Kau pasal? Muka mintak kena gilis dengan lori?”
Sergah si suami mematikan lamunan pendeknya. Sudah lah dia geram dengan
keputusan ayah dan ibunya yang tanpa pengetahuannya menerima lamaran lelaki
yang tak pernah di kenal. Dah sekarang ni dia terpaksa berhadapan dengan
lelaki yang padanya amat menjengkelkan.
“Ada lori ke dekat sini?” Aku membalas. Tidak gentar
sedikit pun menatap wajah sombong lelaki itu. Perasaan menyampah menyelubungi
diri.
“Nama apa?” Soal lelaki itu dengan nada yang dingin.
“Huh. 2hari lepas baru lafaz akad nikah. Amnesia terus
dah?” Entah kenapa, aku terasa ingin membalas setiap perkataan yang keluar dari
mulut lelaki yang sudah selamat menjadi pelindung kepada diriku. Pelindung lah
sangat. Macam penyagak adalah!
“Penting ke untuk aku ingat nama kau? Aku tanya nama
siapa!” Tengking lelaki itu lalu dia segera melabuhkan duduknya di atas sofa. Rumah
teres 2tingkat ini adalah hadiah perkahwinan daripada bapa mertuaku untuk kami.
“Balqish Adura.” Jawabku pendek tanpa perasaan.
“Can I call
you Qish?” Hek eleh! Speaking
pulak mamat ni…. Bajet-bajet je. Bertambah lah menyampah aku dengan kau ni!
“Yang kau duk terkebil-kebil tu dah kenapa? Aku tahu
lah muka aku ni comel sangat sampai kau terpegun.” Dia bersuara lagi apabila
aku hanya berdiam diri.
“Suka hati lah nak panggil apa pun. Qish ke, Adura
ke. Whatever..” Balasku selamba. Malas
sungguh mahu melayan mamat perasan bagus ni.
“Qish. Kau tahu kan kenapa aku kahwin dengan kau? Semua
ni sebab..
“Semua ni sebab jawatan CEO tu kan! Heh. Mamat penyangak
macam awak ni memang tak boleh hidup tanpa kemewahan.” Tanpa sempat dia mahu
meneruskan ayatnya, aku sudah memintas dengan wajah yang selamba.
“Er. Mana kau tahu hah?” Si suami sudah berdiri
tegak di hadapanku.
“Straight to
the point Encik Aidzril Faiq. I bukan jenis yang suka cakap belit-belit. I tahu
you kahwin dengan I sebab parents you
paksa. You ni, hidup pun tak terurus. Belajar bertahun-tahun tak habis-habis. Repeat paper bukan main berlambak. So
you ni, pada I, lelaki yang tak ada apa-apa. You’re nothing.” Sinis aku berkata-kata menyebabkan wajah si suami
sudah merah padam menahan marah kerana aku sesuka hati memperlekehkannya.
“Terkejut kan? I tahu banyak benda pasal you.” Aku
sambung lagi ayatku, dengan wajah yang selamba aku terus menapak ingin berlalu
ke bilik.