“Aku dengar Lish
mengandung, betul ke?” Nedzrish baru sahaja hendak melabuhkan duduk di atas
kerusi empuk itu, wajah sombong Nazrief sudah terjengul di hadapan matanya.
“Kau ni dah kenapa? Dah
tak tahu adab ke? Tak reti nak ketuk pintu dulu?” Balasnya dengan nada bengang.
Dia berang dengan sikap abangnya yang sesuka hatinya sahaja masuk ke dalam
biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Kau tak payah nak
berlagak sangat dengan aku Rish. Kau tu kerja bawah aku, jangan nak sombong
sangat.”
“Tak kisah lah siapa
boss siapa kuli, sekarang ni kau perlu patuhi etika dalam pejabat. Kalau kau
tak boleh nak ikut, sia-sia sajalah kau berada di atas. Tapi tak mampu nak
tunjuk contoh yang baik dekat orang bawahan kau.”
“Aku masuk bilik kau ni
bukan sebab nak bertekak dengan kau, tak sesuai rasanya bergaduh dalam
pejabat.” Ujar Nazrief dengan wajah yang selamba. Tanpa dipelawa, dia segera
melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia kini sedang berdepan dengan adiknya.
“Habis tu kau nak apa
menyemak dalam bilik aku ni? Kau tak nampak ke aku banyak kerja nak buat?
Daripada aku layan orang macam kau ni, lebih baik aku buat kerja. Ada jugak faedah.”
“Relaks, kejap lagi aku
keluar lah. Aku cuma nak ucapkan tahniah dekat kau, sebab tak lama lagi kau
bakal bergelar seorang ayah.” Tuturnya bersama sneyuman sinis.
“Thanks,
kau dah boleh keluar kan sekarang? Aku nak kenal kan kau, yang hujung warna coklat
tu adalah pintu. Kau boleh pulas tombol tu, dan keluar dari bilik aku.
Silakan.” Ujar Nedzrish yang menghalau abangnya dengan cara halus. Geram
sungguh melihat wajah yang sering sahaja menganggu ketenteraman hidupnya.
“Kau tak payah ajar aku
macam aku ni budak tadika. Aku tak habis lagi dengan kau ni Rish.”
“Apa lagi yang kau tak
puas hati ni Rief? Apa masalah kau sebenarnya?”
“Aku tak boleh tengok
kau bahagia dengan Lish. Aku tak suka, aku kalau boleh nak kau dengan dia
bercerai. Baru aku akan puas hati.” Kata-kata yang dituturkan oleh Nazrief
membuatkan Nedzrish naik angin.
“Kau cakap apa ni Rief?
Lish tu isteri aku yang sah, aku tak akan sesekali cerai kan dia. Kau dah gila
ke apa ni suka dekat adik ipar sendiri?” Soal Nedzrish dengan nada marah yang
sedang ditahan-tahan.
“Aku tak peduli, pada
aku kau dengan Lish tak sepadan langsung. Lish tak layak bersuamikan suami
macam kau ni. Apa yang ada pada kau? Nothing
Rish! Kau tu tak ubah macam kudis, tak berguna pada sesiapa pun!”
“Aku tak kisah langsung
kau nak buruk kan aku, sebab kata-kata kau tu tak ubah macam sampah. Aku nak
ingat kan kau sekali lagi, kalau kau kacau rumah tangga aku lagi. Aku tak akan
teragak-agak untuk bagitahu papa dan mama tentang perangai kau selama ni. Jangan
cabar aku Rief!”
“Kau nak bagitahu? Kau
bagitahu lah, aku dah tak kisah lah kalau mama dan papa tahu. Yang penting aku
nak Qalish jadi milik aku. Rish, kalau kau anggap aku ni abang kau, lepas kan
dia. Kau tak layak bahagia kan dia.”
“Kau dah kenapa ni
Rief? Kau dah tak ingat Tuhan ke? Kau cakap macam orang dah tak ada pegangan.
Qalish Audrina isteri aku, isteri aku yang sah! Kenapa kau perlu ganggu
hubungan suci ni? Bersepah Rief perempuan dalam Malaysia ni. Kenapa isteri aku
juga yang kau suka?” Bidas Nedzrish dengan nada sedikit meninggi. Dia sedang
cuba untuk mengumpul kesabaran ketika ini.
“Aku nak kau tahu, aku
memang sengaja tempah baju dekat isteri kau sebab aku nak rapat dengan dia.
Insiden kelmarin dimana Lish berada dalam dakapan aku adalah plan aku, aku
sengaja curah kan air dekat atas lantai supaya lantai jadi licin. Lish jatuh
bukan kerana kebetulan, tapi aku sendiri yang menjadi punca kenapa dia hampir
nak terjatuh. Aku memang sengaja, aku nak kau tengok sendiri yang aku
benar-benar suka kan Lish. Kau dah faham sekarang? Aku suka kan isteri kau,
lepas kan dia Rish.” Sebaik sahaja Nazrief selesai berkata-kata, pipinya terasa
perit tidak terkata. Nedzrish sudah melepaskan sebiji punumbuk tepat ke wajah
lelaki itu.
“Kau memang jahanam!”
Nafasnya sudah turun naik menahan marah yang tidak terkata waktu itu.
“Aku tak kisah kalau
terpaksa bergaduh dengan adik sendiri demi untuk dapat kan Lish, aku tak kisah
Rish.”
“Kau berambus dari
bilik aku sekarang! Berambus Rief! Aku tak nak tengok muka kau!”
“Kau jangan risau,
kalau Lish sayang kan kau. Aku buat lah macam mana sekalipun, dia tetap akan
setia dengan kau. Sekarang ni, kau kena percaya kan isteri kau jelah. Kalau aku
berjaya dapat kan Lish, itu tandanya dia tak sayang kan kau sepenuh hati dia.” Sebelum
berlalu keluar dari bilik, Nazrief menyampaikan kata-kata yang menghiris hati
Nedzrish. Nedzrish hampir sahaja ingin membelasah abangnya, namun Nazrief
cepat-cepat beredar dari situ.
“Aku tak akan lepas kan
isteri aku. Apa sebab sekalipun, aku tetap akan jadi suami Lish sampai akhir
hayat aku.” Tekadnya dalam hati.
*****
Nedzrish
mencampak kasar kunci motorsikalnya ke atas sofa. Wajahnya gelisah seperti
kucing hilang anak. Sebentar tadi dia sudah ke butik milik Qalish Audrina,
tetapi isterinya tiada di situ kerana butik itu berkunci. Apa yang buat dia
bertambah risau apabila melihat kereta isterinya ada di luar butik, tetapi
orangnya tiada. Hatinya tiba-tiba terdetik kerisauan yang amat hebat. Kemanakah
perginya Qalish Audrina? Jam di dinding sudah jelas menunjukkan ukul 11.30
malam. Isterinya masih lagi tidak pulang walaupun hari sudah malam.
“Kau
pergi mana ni sayang...” Nedzrish menguak kasar rambut yang sudah sedikit kusut
itu. Tiba-tiba dia terdengarkan bunyi enjin kereta di luar rumah. Nedzrish
segera membuka pintu rumahnya.
“Macam
kenal je kereta ni, tu bukan kereta Rief ke? Apa kejadah pulak dia berhenti depan rumah ni?” Soal Nedzrish kepada dirinya
sendiri. Dia yang baru saja mahu meneruskan langkah tiba-tiba mematikan
langkahnya apabila terpandangkan isterinya turun daripada kenderaan abangnya.
“Lish
buat apa dengan mamat buaya darat tu? Keluar malam-malam macam ni?” Soalnya
kepada dirinya sendiri juga. Qalish Audrina sedang mengatur langkah
mendekatinya. Wajah keletihan isterinya dipandang serius.
“Awak…
Awak nak kemana?” Soalnya dengan nada perlahan. Dia sebenarnya risau melihat
wajah serius suaminya yang sudah lama tidak menjadi tatapan matanya.
“Kau
masuk dalam sekarang!” Tengkingnya dengan agak kuat sehingga Qalish Audrina
sedikit tersentak. Tanpa menunggu lama isterinya segera melangkah masuk ke dalam
rumah. Nedzrish pula segera menutup pintu.
“Kau
cakap dengan aku kau pergi mana dengan mamat tu?” Tidak menunggu lama, Nedzrish
segera memuntahkan soalan. Rasa cemburu dan marah bergabung menjadi satu
perasaan.
“Awak,
kejap.. Awak jangan marah-marah dulu, saya ada benda nak jelas kan dekat awak
ni.”
“Kau
nak jelas kan apa? Kau nak tegak kan kesalahan kau? Kau apasal? Gatal sangat ni kenapa? Dengan abang ipar pun jadi eh?” Api
kemarahannya semakin melonjak tinggi. Qalish Audrina berasa sedikit gerun melihat
wajah tegang suaminya.
“Rish,
awak jangan tuduh saya bukan-bukan boleh tak? Itu kan abang awak. Tak kan lah
saya nak buat benda tak elok dengan dia. Saya masih waras lah.” Sanggahnya dengan nada tegas. Hatinya terasa dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Nedzrish.
“Bagitahu
aku kau pergi mana dengan dia?”
“Pergi
makan. Ni saya ada belikan nasi untuk awak, awak makan dulu ya? Lepas tu nanti
saya cerita kan semuanya dekat awak.”
“Seronok
kau eh? Aku dekat sini risau separuh mati dekat kau, sebab kau tak balik-balik
lagi. Aku ni sampai tertidur tunggu kau, aku bangun dari tidur. Kau tak balik
lagi. Aku call kau tak dapat. Hati
aku ni risau tahu tak, aku terus pergi butik kau. Bertambah-tambah risau hati
aku ni bila aku hanya nampak kereta kau dekat luar butik, tapi kau tak ada. Then, bila balik rumah. Seorang isteri,
yang tanpa rasa serba salah. Keluar makan dengan lelaki lain walhal suami dia
separuh mampus risau fikir kan dia!” Wajahnya sudah berubah kemerah-merahan.
Nedzrish mengenggam kedua-dua belah tangannya menahan api kemarah. Dia
benar-benar merasakan Qalish Audrina sengaja mahu menguji dirinya.
“Awak,
awak dah salah faham ni. Saya bukan keluar dengan Abang Rief atas niat
saja-saja. Saya minta maaf sebab saya tak dapat nak inform dekat awak yang tayar kereta saya pancit. Telefon pulak mati sebab dah habis bateri. Bukan
sengaja awak..”
“Habis
tu macam mana kau boleh ada dengan Rief?”
“Kebetulan,
abang awak ada dekat situ. Dia tolong hantar kan saya balik. Itu saja Rish,
kitaorang tak ada buat benda tak elok pun. Dia tolong saya, itu saja.” Ujarnya
bersungguh-sungguh ingin meraih kepercayaan Nedzrish meskipun wajah lelaki itu
masih tetap tegang seperti marahnya tidak surut-surut lagi.
“Kau
memang tak faham bahasa ke? Berapa kali aku nak cakap dengan kau, aku tak suka
kau rapat dengan dia! Kau tu isteri aku, sepatutnya kau dengar cakap suami kau ni.
Bukan main langgar je!” Herdik Nedzrish dengan nada meninggi. Pantang sungguh
melihat isterinya rapat dengan Nazrief, pasti akan meninggalkan sakit di
hatinya. Dia seperti tahu niat Nazrief berbaik dengan isterinya kerana mahu
mendekati isterinya. Bukan atas dasar kekeluargaan.
“Awak,
cuba jangan nak marah saja. Cuba hadam kan baik-baik penjelasan saya. Abang
awak kebetulan ada dekat situ, lagipun kalau saya tak minta pertolongan dia.
Saya nak balik macam mana?”
“Alasan!
Kau boleh pinjam telefon dia untuk call
aku, bukan pergi makan dengan dia. Bukan habis kan masa dengan dia dan biarkan
aku macam orang bodoh tunggu kau dekat sini!” Nedzrish tidak menunggu lama,
bimbang semakin lama dia berhadapan dengan isterinya dia akan bertindak di luar
kawalan kerana hatinya sedang mendidih. Dia bingkas meninggalkan isterinya
sendirian.
“Rish,
jangan salah faham sayang….. Apa yang awak fikir kan tu semua tak betul.”
Qalish Audrina sempat memaut lengan Nedzrish sebelum lelaki itu berlalu ke
tingkas atas.
“Boleh
jalan dengan sayang kau tu!” Nedzrish menepis kuat tangan isterinya sehingga wanita
itu terdorong ke depan. Qalish Audrina hanya mampu menggelengkan kepalanya
melihat suaminya yang marahkan kepada dirinya. Silapnya juga, kalaulah dia
tidak menemani Nazrief keluar makan. Sudah tentu Nedzrish tidak salah faham
seperti itu. Dia melepaskan keluhan kasar, hatinya sedih melihat kekasaran
Nedzrish. Hubungan mereka baru sahaja mahu akrab seperti pasangan romantis yang
lain, namun dugaan pula datang melanda.
*Assalamualaikum pembaca karya saya, okay ni adalah teaser y terakhir InsyaAllah, sebab novel Be mine, eh? Dah berjaya saya siapkan. Lepas ni tinggal edit dan submit kepada penerbit. Apa-apa perkembangan akan diberitahu kelak. Apa-apa pun nak ucapkan sekalung terima kasih kepada silent readers, pembaca setia cerita ni *kalau ada* tq for ur support, doa-doa kan lah kelancaran manuskrip ini dalam proses penilaian nanti. Ada rezeki, adalah. Apa-apa nt saya akan inform dekat Assalamualaikum :)