Zefrieq merenung sejambak bunga ros merah jambu yang
sudah berada di tangannya itu. Dengan perlahan, dicium perlahan bunga itu lalu
dia tersenyum.
“Wangi…”
“Tapi kenapa perempuan tu tiba tiba bagi bunga ni
dekat aku? Tak pernah dibuat orang rasanya perempuan bagi bunga dekat lelaki.
Heh. Dasar perempuan tak tahu malu. Kau fikir kau boleh dapat hati aku? Dalam
mimpi bolehlah!” Zefrieq bermonolog sendirian. Bunga itu diletak kembali di
atas meja, dia tidak berniat untuk membuang bunga itu kerana dalam diam dia
membenarkan apa yang diperkatakan oleh Ainur Fathrisya sebentar tadi.
“Alamak! Aku lupa lah pulak!” Zefrieq menepuk kuat
dahinya. dengan pantas dia melangkah ingin keluar dari biliknya itu.
“Eh, apasal pula boss nak kena jumpa dengan
setiausaha dia? Nanti nampak sangat aku terhegeh hegeh dekat dia. Huish, nanti
tak pasal pasal staf staf gosipkan aku dengan perempuan sewel tu. Tak nak aku.”
Zefrieq membebel seorang diri, dirinya kembali semula menghampiri meja. Lantas
dia mencapai I phone 5s nya. dengan pantas, jari jemarinya menari nari di atas
papan kekunci telefon pintar itu.
“Aku
nak malam nanti kau datang rumah aku. Datin ajak dinner sekali. Nanti petang
aku bagi alamat rumah aku dekat kau.” Butang send di
tekan.
“Err
kenapa tak cakap masa dalam bilik je tadi boss? Tapi kenapa tiba tiba je boss?
Datin tak puas hati dengan kerja saya ke boss?”
Gadis itu membalas. Laju pula minah ni reply sms aku. Ni mesti dia curi tulang.
Huh!
“Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku rimas
betul dengan perempuan macam kau ni. Mulut kalah mak nenek. Mana lah aku tahu
mummy aku tu. Katanya nak eratkan hubungan majikan dengan pekerja.”
“Err boss, saya rasa tak boleh kot. Sebab ada
benda penting yang saya kena selesaikan malam ni.” Terbuntang biji mata
Zefrieq membaca pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya. Perempuan ni
memang sengaja uji kesabaran aku.
“Kau fikir aku peduli dengan hal kau tu?
Kalau aku cakap kau kena pergi malam ni, maknanya aku tak nak dengar sebarang
alasan keluar dari mulut kau. Faham! Malas nak melayan kau ni. Yang penting
malam ni pukul 8.30 kau mesti ada dekat depan rumah aku. Kalau lambat, siap
kau. Aku potong gaji kau sebanyak 30%” Zefrieq mendengus kasar. Dia
menguak rambutnya yang kusut masai itu, runsing fikirannya memikirkan tentang
masa silamnya. Dia perlukan ketenangan tika itu. Kehadiran setiausahanya hanya
menambah beban di otak nya sahaja.
*****
Ainur Fathrisya terkebil kebil membaca kiriman sms
yang baru sahaja diterima daripada lelaki berlagak yang bernama Zefrieq Ezzraf
itu. Keluhan berat dilepaskan. Kalau tak memaksa orang, bukan Zefrieq namanya.
Datin ni pun satu hal juga, nak buat apa lah ajak makan malam bagai. Macam aku
tak tahu si hidung tinggi tu tak suka dekat aku. Eii aku pun menyampah lah
tengok muka dia.
“Yang muka Risya berkerut kerut tu kenapa? Mulut tu
terkumat kamit macam marah kan seseorang tu kenapa?” Tegur Kak Dhieya yang
sedari tadi memerhatikan reaksi di wajah gadis itu.
“Er tak ada apa apa lah kak. Risya pening kepala
sikit je ni. Kak, nak tanya sikit boleh?”
“Dah makan ubat belum? Tanya lah, apa dia?”
“Tak teruk sangat, kejap lagi baik lah tu. Hmm, boss
kakak tu memang macam tu eh perangai dia? Annoying, cerewet, suka mengamuk tak
tentu pasal?” Soal Ainur Fathrisya perlahan. Bimbang jika staf lain mendengar
perbualan mereka.
“Encik Zefrieq tu memang macam tu Risya. Setiausaha
dia sebelum ni paling lama tahan dengan dia pun 4bulan je. Lepas tu semua
resign. Maybe dia stress dengan kerja kot, banyak benda dia kena fikir. Risya
dah tak tahan dengan dia ke?” Soal Kak Dhieya mahu mencungkil rahsia dari gadis
itu.
“Err tak ada lah kak. Risya tak ambil hati pun
dengan sikap berlagak boss kita tu. Tapi kadang kadang rasa macam nak sumbat
cili dalam mulut dia. Berbisa juga kata kata dia, merah telinga ni tahan
bahang.” Cerita gadis itu bersungguh sungguh. Sebal sungguh dengan arahan
lelaki itu yang baru sahaja dia terima, mentang mentang boss. Suka suka kau
arah aku buat itu ini eh.
“Lama lama nanti Risya faham lah perangai dia itu.
Risya ni penyabar orangnya kakak tengok. Encik Zefrieq tu walaupun kita tengok
dia macam tu, tapi sebenarnya hati dia baik tau. Lagi lama Risya kerja dekat
sini, Risya akan kenal siapa sebenarnya Encik Zefrieq. Dia tak lah seteruk mana
yang kita sangkakan.”
“Hmm, harap harap Risya masih boleh bertahan dengan
mamat berlagak tu. Okay lah kak, Risya minta diri dulu nak solat asar sekejap.”
Balas Fathrisya sopan. Dia segera meninggalkan kerjanya seketika dan ingin
menunaikan tanggungjawab terhadap Maha Suci Allah.
No comments:
Post a Comment