Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 28 November 2014

Mr. Perfect Annoying! Bab18

Zefrieq yang sedang tekun menyiapkan tugasannya berhenti seketika daripada terus menaip. Matanya dihalakan pada susuk tubuh wanita yang sedang menuju ke arah meja kerjanya. Tiada salam, tiada ketukan pintu, wanita itu terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Zefrieq yang sedang memandang pelik ke arahnya.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang ke?” Soal Qaira dengan wajah masam mencuka. Dia menghempas kuat beg tangannya di meja lelaki itu. Zefrieq semakin hairan dengan kelakuan wanita itu.
“Yang you nak marah-marah ni kenapa? Kenapa tak bagitahu dulu sebelum nak datang?” Soal Zefrieq lembut. Zefrieq sebenarnya tidak gemar berkasar dengan wanita. Namun entah kenapa setiap kali berhadapan dengan gadis yang bernama Ainur Fathrisya, mulutnya sering sahaja meluncurkan kata-kata pedas buat gadis itu. Dia sendiri tidak mengerti.
“You buat-buat lupa atau memang terlupa?” Soal wanita itu sambil memuncungkan bibirnya. Zefrieq hendak tergelak melihat keletah sahabatnya yang sering sahaja merajuk. “Aku gunting juga bibir itik dia ni!” Omel Zefrieq dalam hati.
What are you talking about? I tak faham. Buat-buat lupa apa pula?” Soal Zefrieq seraya memandang Qaira dengan wajah bersahaja. Dia sendiri tidak tahu mengapa sahabatnya itu tiba-tiba naik hantu.
“You sengaja tak datang fashion show I sabtu lepas! you pergi mana? I call banyak kali tak angkat. You memang sengaja Zef. Lain kali takpayah berjanji.” Luah Qaira yang tidak berpuas hati dengan Zefrieq yang dianggap sengaja mahu mempermainkannya.
Zefrieq hanya tersenyum manis mendengar luahan wanita itu. tahulah dia mengapa Qaira Amanda tiba-tiba melenting. Sahabatnya itu memang mudah naik angin jikalau janji tidak ditepati. Zefrieq benar-benar terlupa yang dia ada berjanji mahu menemani wanita itu. Dia bingkas bangun dan mendekati wanita itu lalu dipeluk lembut dari belakang. Qaira hanya membatukan diri.
“Sayang. I betul-betul terlupa pasal tu. I ada appointmentdengan klien I. Serious sayang, I bukan sengaja reka alasan. Tapi I memang betul-betul terlupa nak pergi fashion show tu. I’m so sorry dear.” Pujuk Zefrieq bersama memek muka meminta simpati. Dia memang jaguh jikalau hal-hal yang berkaitan untuk memujuk wanita. Ramai juga wanita yang mampu cair dengan kata-kata manis yang keluar dari mulut lelaki itu. Namun Zefrieq bukan lah lelaki buaya darat, dia hanya bermanis mulut dengan orang yang dia rapat sahaja.
“You tipu.” Balas Qaira sepatah selepas beberapa minit mendiamkan diri.
“Sayang. pandang I. Untuk apa I nak tipu you sayang. I lupa nak save date dalam phoneI. Okay, lepas ni kalau you nak ajak I teman you pergi mana-mana, you sendiri yang save kan date tu dalam phone I ni okay?” Zefrieq sudah melutut di hadapan wanita itu bersama senyuman terukir di bibir. Perlahan-lahan dia menyentuh jari jemari wanita itu dan dicium sekali.
“I minta maaf ya? Janji I tak buat lagi.” Sambung Zefrieq lagi. Qaira Amanda sudah mula tersenyum melihat kesungguhan lelaki itu. Zefrieq Ezzraf adalah teman terbaik buatnya. Pada pandangan mata orang lain yang melihat kemesraan mereka berdua, pastinya dikatakan mereka sedang hangat bercinta.
“Kalau lain kali you buat lagi, you tunggu lah apa yang I akan buat. Merajuk setahun!” Balas Qaira sambil memaut mesra lengan Zefrieq. Jari jemari Zefrieq sudah memaut kemas pinggang wanita itu.
“Tak mahu lah merajuk lama-lama. Nanti I sakit.”
“Sakit apa?” Soal Qaira pelik.
“Sakit merindui seseorang.” Bisik Zefrieq perlahan ke cuping telinga gadis itu. Qaira hanya tersenyum mendengar. Dia sudah masak dengan kata-kata manis yang keluar dari mulut Zefrieq. Namun dia faham yang kata-kata itu tidak membawa apa-apa maksud.
“You ni nakal tau!” Balas Qaira seraya mencubit manja lengan Zefrieq.
“Encik ini airnya…” Terhenti langkah Ainur Fathrisya melihat adegan mesra bossnya bersama wanita yang tidak dikenalinya. Cawan yang dibawa bersama terlepas dari tangan lalu jatuh berkecai ke bawah dek kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya. Wanita itu kelihatan mesra berada dalam pelukan Zefrieq.
“Kau ni dah kenapa? Macam mana kau buat kerja? Pegang cawan pun tak lepas, sampai berkecai jadinya!” Marah Zefrieq seraya melepaskan pelukan antara mereka. Geram sungguh dengan gadis itu yang tidak mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu. Dia sebenarnya malu kerana berkelakuan terlebih mesra dengan Qaira di depan staf nya. Qaira yang kaget melihat Zefrieq yang tiba-tiba mengamuk itu mengambil tempat di sofa. Tidak mahu ikut serta. Zefrieq Ezzraf jikalau angin tak baiknya sudah sampai, jangan siapa berani mendekatinya. Pasti turut sama menjadi mangsa amarahnya.
“Ma.. Maafkan saya boss.” Ujar Fathrisya tersekat-sekat.
“Berapa ribu kali aku nak pesan dekat kau? Sebelum masuk ketuk pintu dulu! Berani kau masuk bilik aku masa aku ada tetamu! Kau ni memang buat kerja guna kepala lutut!” Tengking Zefrieq menyebabkan gadis itu hanya tunduk merenung lantai. Tidak punya kekuatan untuk membalas renungan tajam Zefrieq Ezzraf.
“Saya minta maaf boss. Kan tadi boss suruh saya buatkan air teh susu. So saya ingatkan boss tak ada tetamu, tu yang saya terus masuk. Maaf lagi sekali boss.” Jujur kedengaran suara gadis itu memohon maaf di atas ketelanjurannya sebentar tadi. Zefrieq seakan-akan tersentuh mendengar bicara setiausahanya itu.
“Ada je kau nak menjawab ya. Mengaku sahajalah memang salah kau tak tengok dulu aku ada tetamu ke tidak! Bendul!” Zefrieq yang masih lagi menahan marah menghentak kuat mejana dengan kedua-dua belah tangan.
“You. Yang you nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Kan dia cakap dia tak sengaja. Dah lah tu. Cuba bawa bersabar sikit.” Tegur Qaira yang sudah mula ikut campur itu. Geram juga melihat sikap Zefrieq yang tidak mahu menerima kekurangan orang lain.
“Saya minta maaf sebab dah ganggu privasi kalian berdua. Saya janji ni lastsaya buat macam ni. Encik Zefrieq, saya keluar dulu. Sorry again.” Tutur gadis itu yang sudah selesai mengemas serpihan kaca yang berderai tadi.
“Pastikan tak ada sebarang serpihan kaca dalam bilik ni. Kemas sampai bersih! Selagi tak bersih, jangan berangan nak keluar lunch. Meja aku yang berselerak tu. Pergi kemas!” Arah Zefrieq kedengaran tegas. Dia menarik tangan Qaira lalu ditinggalkan Ainur Fathrisya keseorangan disitu. Qaira hanya menurut langkah Zefrieq. Sempat dia melemparkan senyuman kepada setiausaha sahabatnya itu sebelum beredar pergi. Rasa simpati tumpah buat gadis itu.
****
Zefrieq hanya mendiamkan diri semasa memandu untuk menghantar Qaira pulang ke butiknya. Wanita itu datang ke ofisnya dengan menaiki teksi kerana keretanya rosak. Qaira menjeling Zefrieq yang sedari tadi diam membisu.
“You ni kenapa? Diam je dari tadi. Masa makan tadi pun you tak banyak cakap. Kenapa ni?” Soal Qaira memecah kesunyian antara mereka. Zefrieq hanya memandnag lurus ke arah jalan.
“Tak ada apa-apa. I okay.” Ujar Zefrieq perlahan.
“I tak faham kenapa you nak mengamuk macam orang gila tadi? Tak habis-habis dengan baran you. Bila you nak berubah ni Zef?” Soal Qaira yang sedang bermain-main dengan rambut lurusnya itu.
“Apasal? You dah tak boleh tahan dengan perangai I? Qaira, kalau you rasa I ni teruk. You boleh pergi. I tak halang.” Balas Zefrieq sambil menguak kasar rambutnya. Qaira yang mendengar bicara lelaki itu sudah terkedu. Tidak diduga kata-katanya tadi bakal menyakiti hati lelaki itu. Benarlah tekaannya, Zefrieq masih lagi marah dengan setiausahanya itu.
“Zefrieq. I tak bermaksud nak sakit kan hati you. Seriously, I cuma tak suka you marah budak tu tak tentu pasal. Bukan besar sangat pun salah yang dia buat.”
“You sendiri nampak kan? Dia masuk bilik I tanpa dapat izin daripada I. You sedar tak masa dia terjah masuk tu kita tengah buat apa? Malu lah I bila staf nampak I berpelukan dengan you dalam pejabat!” Balas Zefrieq dingin. Nada suaranya juga sudah bertukar. Qaira hanya menggeleng kepala melihat sikap panas baran Zefrieq itu. Kadang kala rimas juga dia.
“Ya, I tahu memang dia bersalah. Tapi tak perlu lah sampai you suruh dia bersihkan bilik you, you bagi arahan kejam macam tu. Sekali sekala, you kena belajar jaga perasaan staf you Zef. Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan.” Ujar Qaira lagi menasihati Zefrieq.
“Bagus lah! Semua orang nak backup perempuan kampung tu! Kalau you kesian kan sangat dekat dia, pergi ambil dia kerja dengan you. Baru you tahu sakit kepala otak simpan pekerja bendul macam dia tu.” Zefrieq memberhentikan keretanya di hadapan sebuah butik pengantin yang terletak di Ampang. Dia merengus kasar.
“I tak ada niat nak backup dia Zef. I cuma bagitahu apa yang you buat tu salah. You tak patut tengking dan malukan dia depan I tadi. Jangan lah salah faham okay sayang? I tak nak you stress, nanti buah hati I ni tak handsome dah.” Pujuk Qaira sambil tangannya mengusap lembut pipi Zefrieq yang putih bersih itu.
“I tak suka you cakap pasal perempuan tu lagi. I tak berminat nak dengar nasihat you kalau berkaitan dengan si bendul tu.” Balas Zefrieq mendatar.
“Okay. I minta maaf sebab masuk campur hal you dengan staf you. I’m so sorry. Tapi sayang, I minta sangat tolong kawal marah you. I takut nanti company you lingkup dengan sikap you yang mudah angin ni.” Ujar Qaira lagi. Dia merasakan ada kalanya sikap Zefrieq melampaui batas. Sebagai seorang sahabat, wajar baginya menasihati lelaki itu meskipun dia tahu hanya sia-sia.
“Hmm. Yelah. Thank you belanja lunch tadi. Jumpa lagi okay.” Ujar Zefrieq seraya mengusap perlahan kepala wanita itu. Perasaan marah yang membuak-buak hilang perlahan-lahan. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat Qaira menusuk ke tangkai hatinya. Dia memecut laju keretanya meninggalkan Qaira yang sudah pun masuk ke dalam butiknya itu.
*****
“Kenapa lah si mangkuk ayun tu tak habis-habis sakit kan hati aku! Benci nya aku tengok muka kau yang bajet bagus tu!” Dicampak kasar sapu tangan yang berada di tangannya. Dek kerana bengang kerana teruk dimarahi oleh Zefrieq Ezzraf, Ainur Fathrisya tidak berselera untuk menjamah apa-apa makanan. Dia duduk bersimpuh di tepi bangunan pejabat gah itu. Gayanya seperti orang minta sedekah pun ada.
“Amboi. Marah kan saya ke? Sampai main campak-campak sapu tangan saya. Hmm.” Tegur satu suara dari arah belakangnya. Fathrisya lantas menoleh dan tergamam melihat Farel Aimar yang sedang tersenyum memandangnya. Dengan selamba, lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Juga duduk bersimpuh sambil mengibar-ngibar sapu tangan bercorak daun itu. Fathrisya yang tergamam dengan kehadiran lelaki itu hanya tunduk merenung lantai. Malu kerana mungkin sedari tadi Farel sudah melihat drama percumanya sebentar tadi.
“Kenapa senyap? Tadi bukan main petah mulut marah-marah. Saya datang, terus senyap. Kenapa cik adik?” Soal Farel sambil tersenyum nipis.
“Er. SorryEncik Farel. Saya tak bermaksud pun nak campak sapu tangan Encik tu. Sebenarnya sapu tangan tu terbang sendiri. Angin kuat sangat tadi.” Ujar Fathrisya bersama sengihan tersungging di bibirnya. “Logik ke sapu tangan terbang sendiri? Hish! Macam mana lah aku boleh tak perasan si handsome ni ada sekali tadi. Malunya!” Omel Fathrisya sambil menutup mukanya.
“Yang awak tutup muka awak tu kenapa Risya? Ingat comel lah main tutup-tutup muka?” Usik Farel membuatkan gadis itu segera menampar kasar lengan Farel. Geram sungguh!
“Ala. Saya gurau je kot. Tak kan tu pun nak marah. Nak jadi macam singa lahap ke? Mengamuk macam orang hilang akal.” Balas Farel lagi setelah dilihat Fathrisya hanya diam membisu.
“Encik jangan sebut pasal singa bengong tu lagi. Saya meluat tahu! Rasa macam nak pijak-pijak je hidung dia yang tinggi tu.” Ujar Fathrisya meluahkan rasa yang terbuku di hatinya sedari tadi. Farel hanya mengulum senyum. Sudah dijangka, sedari tadi dia mendengar gadis itu membebel sendirian memarahi seseorang. Pastinya Zefrieq sudah menyakiti hati gadis itu.
“Zefrieq buat apa pula kali ni dekat awak Risya? Bagi tahu saya, biar saya pelempang sikit hidung dia tu sampai penyek.” Ujar Farel selamba. Fathrisya sudah tergelak mendengarnya. Farel Aimar. Lelaki itu sering sahaja ada di kala dia sedih dan kecewa dengan sikap Zefrieq yang terlalu memeningkan kepalanya itu. Sepupu kepada bossnya itu terlalu prihatin dan baik padanya.
“Berani ke Encik nak debik si singa tu? Silap-silap nanti Encik yang kena lahap dengan dia. Dia kan singa, kerjanya makan orang je lah.” Balas Fathrisya bersama sengihan. Seronok benar mereka berdua mengutuk boss mereka. Dia tidak menyangka Farel Aimar seorang yang tidak kisah dan senang bergaul. Tidak seperti Zefrieq Ezzraf yang sentiasa mementingkan kedudukan dan status.
“Kalau awak cakap hati awak macam The Rock. Saya ni adik kepada John Cena tau. Gagah dan perkasa. Tangan saya ni ha, sekali kalau saya debik muka Zefrieq tu, mahu sebulan tak boleh makan guna mulut.” Ujar Farel sambil tertawa.
“Karang kalau si singa tu dengar, habis kita kena buang kerja. Encik! Terima kasih untuk sapu tangan ni eh, sorry lah sebab saya lupa nak pulangkan. Tapi sapu tangan ni dah ada hingus saya dah. Esok saya pulangkan lepas saya basuh okay?”
“Tak apalah Risya, awak simpan je sapu tangan tu. Anggap sebagai hadiah. Awak kan suka menangis. Kalau awak sedih, awak lap air mata awak dengan sapu tangan saya tu. Saya tak sentiasa ada dengan awak. Tapi sapu tangan tu sentiasa teman awak.” Ucap Farel bersama pandangan matanya yang redup memandang Fathrisya yang kelihatan terkedu dengan kata-katanya. Jujur dia katakan, sejak mengenali gadis itu, hatinya mulai terusik dengan sikap ceria gadis itu.
“Encik. Jaga-jaga sikit dengan mulut Encik tu.” Ujar Fathrisya serius. Wajahnya kembali tegang tanpa senyuman mewarnai wajahnya.
“Er. Kenapa Risya? Saya ada salah cakap ke? Awak terasa ke?” Soal Farel serba-salah. Seingatnya kata-katanya tadi tidak bermaksud untuk menghina atau menyakiti hati gadis itu. Perasaan aneh menyelubungi mindanya kala itu.
“Encik tak salah cakap pun. Tapi mulut Encik tu terlampau manis sangat. Takut nanti semut buat sarang kat mulut Encik. Saya masuk ofis dulu. Terima kasih sebab pinjamkan telinga dan ini..” Balas Fathrisya sambil menunjukkan sapu tangan milik lelaki itu yang sedang dipegang olehnya. Dia bingkas berdiri meninggalkan lelaki itu termagu-magu sendirian tanpa sempat membalas kata-katanya. Farel Aimar hanya tersenyum senang melihat keceriaan gadis itu.

2 comments:

  1. tapi kawan apa sampai boleh peluk macam tu.best nak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan y terlebih mesra, biasalah ikut budaya barat. okayy, nanti akan diupload.

      Delete